SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Prosa Tradisional
                              (Hikayat Indera Nata)
                 Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

Sinopsis

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama
mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya
tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah
Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala
binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri
Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang
buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada
Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang
terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat
sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata
memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas
perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira
dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari
negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma
memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan
apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa
untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu
segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri
itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat
dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa
pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan
Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu .
Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah
bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang
putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai
tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih
bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi
putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri
dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain
yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan
ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti
kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata
di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila
mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara
Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti
dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti
dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai
cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga
telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam
sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira
melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan
ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati.
Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja
Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui
binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh
orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
• Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka
daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
 Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.•
 Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.•

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
 Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada
mengembara.•
• Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
• Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah
bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia
bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat• helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa
lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam
menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk
melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia
 Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
di hutan.•
 Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.•

Watak dan Perwatakan
Watak Utama

Indera Nata
 Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati•
 Digelar Si Piatu•
• Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat
bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
 Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh
bercakap dengan binatang.•
 Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas•
 Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.•

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma
 Anak Raja Mesir•
 Memiliki rupa paras yang cantik•
 Menjadi tawanan raksasa .•
 Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan
berpantun.•
 Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
menyelamatkan diri daripada raksasa•

Raksasa suami isteri
 Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.•
 Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.•
 Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut•
• Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu
untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
 Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma•

Indera Jenaka
 Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar•
• Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan
kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
 Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si
Piatu iaitu Indera Nata.•

Latar

Latar Tempat
i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
 Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata•
ii. Negeri Pattani
 Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata
boleh bercakap dengan haiwan.•
iii. Sebuah bukit yang tinggi
 Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-
sama tujuh orang puteri yang ditawan.•
iv. Sebuah peti emas
 Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa
balik ke mahligai.•
v. Tepi Laut / Pantai
 Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.•
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
 Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.•
 Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.•

Latar Masa
 Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.•
 Waktu petang – raksasa tidur.•
 Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.•
 Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama
tujuh puteri.•
 Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.•

Latar Masyarakat
 Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
Puteri Cendera Kesuma•
 Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
dimakan oleh raksasa•
 Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom
mengembara mencari gajah bergading emas•
• Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
bantuan Betara Gangga.
 Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.•
 Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga•

Gaya Bahasa

 Bahasa Klasik – sebermula, hatta•
 Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .•
• Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu
adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
 Puisi – pantun contoh:•
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga;
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.
 Bahasa Arab – Allah•
Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya
gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.•


Nilai

 Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.•
 Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan
tujuh puteri.•
 Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.•
• Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan
raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah
bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.•
Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.•
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.•
Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.•
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.•

More Related Content

What's hot

Gladiator ala jawa
Gladiator ala jawaGladiator ala jawa
Gladiator ala jawaDya Aisyiah
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892permysurylyeenda
 
senopati pamungkas1
senopati pamungkas1senopati pamungkas1
senopati pamungkas1Kang Pur
 
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalAntologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalsjj_jamilah
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
2 geliga hikmat
2 geliga hikmat2 geliga hikmat
2 geliga hikmatAini13
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaAzwira Ariwana
 
Legenda aceh batu mustika bertuah
Legenda aceh   batu mustika bertuahLegenda aceh   batu mustika bertuah
Legenda aceh batu mustika bertuahChia Ie
 
Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Wibowo Kusuma
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayatSalVani SalVani
 
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAUNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAamrinarosada7x
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN Rozaiman Makmun
 
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Rozaiman Makmun
 

What's hot (20)

Gladiator ala jawa
Gladiator ala jawaGladiator ala jawa
Gladiator ala jawa
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
 
senopati pamungkas1
senopati pamungkas1senopati pamungkas1
senopati pamungkas1
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Merah silu
Merah siluMerah silu
Merah silu
 
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisionalAntologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
Antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui TeladanProsa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
 
2 geliga hikmat
2 geliga hikmat2 geliga hikmat
2 geliga hikmat
 
Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Legenda aceh batu mustika bertuah
Legenda aceh   batu mustika bertuahLegenda aceh   batu mustika bertuah
Legenda aceh batu mustika bertuah
 
Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayat
 
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIAUNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
UNSUR EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SASTRA MELAYU KLASIK HIKAYAT - BAHASA INDONESIA
 
Khoja Maimum
Khoja MaimumKhoja Maimum
Khoja Maimum
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
 
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
 

Viewers also liked

Watak dan perwatakan hikayat indera nata
Watak dan perwatakan hikayat indera nataWatak dan perwatakan hikayat indera nata
Watak dan perwatakan hikayat indera natasuhana91
 
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsas
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsasPungut Cerpen Tingkatan 5 komsas
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsasSHiRa_96
 
Pantun nasehat rajin belajar
Pantun nasehat rajin belajarPantun nasehat rajin belajar
Pantun nasehat rajin belajarGina Hayana
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5Atiqah Yoseob
 
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)Kementerian Pelajaran Malaysia
 

Viewers also liked (6)

Watak dan perwatakan hikayat indera nata
Watak dan perwatakan hikayat indera nataWatak dan perwatakan hikayat indera nata
Watak dan perwatakan hikayat indera nata
 
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsas
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsasPungut Cerpen Tingkatan 5 komsas
Pungut Cerpen Tingkatan 5 komsas
 
Pantun nasehat rajin belajar
Pantun nasehat rajin belajarPantun nasehat rajin belajar
Pantun nasehat rajin belajar
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
 
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
 
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
 

Similar to Hikayat indera nata form 4

Cerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxCerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxlinkgoods
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS Idrus Aizat
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasanDAINURI Net
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Masnadiamunasalma
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxsitizhakiyah1
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.jimoh370
 
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMProsa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMhanif_azraei
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Felix net
 
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptx
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptxPROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptx
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptxPavadarsniKunasekar
 
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)Nur Jihan Atiqah
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaopen_kraken98
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 

Similar to Hikayat indera nata form 4 (20)

Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Cerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptxCerita Rakyat Nusantara.pptx
Cerita Rakyat Nusantara.pptx
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Hikayat si miski1
Hikayat si miski1Hikayat si miski1
Hikayat si miski1
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasan
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Mas
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPMProsa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
Prosa Tradisional Dua geliga hikmat Bahasa Malaysia SPM
 
Iis sholikhati ( keong emas)
Iis sholikhati ( keong emas)Iis sholikhati ( keong emas)
Iis sholikhati ( keong emas)
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
Contoh Macam-macam Teks Kelas IX
 
Naskah 2
Naskah 2Naskah 2
Naskah 2
 
Drama7orang
Drama7orangDrama7orang
Drama7orang
 
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptx
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptxPROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptx
PROSA BAHAGIA SESUDAH DERITA (2).pptx
 
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)Prosa tradisional   dua geliga hikmat (form 5)
Prosa tradisional dua geliga hikmat (form 5)
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 

Hikayat indera nata form 4

  • 1. Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti
  • 2. dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa. Persoalan 1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja • Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan. Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.• Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.• 2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.• • Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. 3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri • Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera. Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat• helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa. 4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.• Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.• Watak dan Perwatakan
  • 3. Watak Utama Indera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati• Digelar Si Piatu• • Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.• Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas• Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.• Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir• Memiliki rupa paras yang cantik• Menjadi tawanan raksasa .• Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.• Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa• Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.• Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.• Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut• • Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma• Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar• • Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.• Latar Latar Tempat i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata• ii. Negeri Pattani Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.•
  • 4. iii. Sebuah bukit yang tinggi Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama- sama tujuh orang puteri yang ditawan.• iv. Sebuah peti emas Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.• v. Tepi Laut / Pantai Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.• Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati) Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.• Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.• Latar Masa Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.• Waktu petang – raksasa tidur.• Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.• Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.• Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.• Latar Masyarakat Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma• Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa• Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas• • Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.• Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga• Gaya Bahasa Bahasa Klasik – sebermula, hatta• Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .• • Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Puisi – pantun contoh:• Ikan pari bertelur beribu Bertelur sejengkal juga; Hujan arah ke langit biru, Tawakalku dapat juga. Bahasa Arab – Allah•
  • 5. Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.• Nilai Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.• Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.• Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.• • Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata. Pengajaran Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.• Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.• Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.• Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.• Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.•