REFLEKSI
Selepas menjalani Program Pesta Tanglung Ke-35 (PTUKM), saya menyedari
bahawa kepentingan nilai etika dan profesional memainkan peranan yang penting dalam
menjalani semua proses aktiviti yang ingin dilaksanakan. Dalam menjalankan perancangan
program, saya didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membangunkan tahap
kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara
berintegriti dan amanah melalui jawatan yang disandangkan. Hal ini kerana, saya
mengetahui menjadi seorang Ajk Hiasan Pentas daripada sesuatu aktiviti yang besar bukan
satu kerja yang mudah, malah kami perlu berkerjasama antara satu sama lain daripada
semua ahli kumpulan dan masing-masing memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjayakan aktiviti ini. Hasil daripada khusus ini, melengkapkan pelajar menjadi seorang
individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan
masyarakat sejagat.
Nilai etika dan profesional yang perlu untuk melaksanakan sesuatu program ialah
semua ahli kumpulan perlu mempunyai kecekapan, ketekunan, kreativiti yang dilakukan
dengan keperibadian yang mulia. Sebagai contoh, semasa raptai pada malam persembahan
pentas, kami didapati bahawa jumlah kaki tangan yang diperlukan tidak mencukupi untuk
mengubahkan latar belakang persembahan. Maka saya berfikir secara kreatif melekatkan
semua barang hiasan yang diperlukan ke atas kertas kotak seperti cawan, pinggan, kain
meja dan bunga ke atas permukaan kertas kotak maka apabila sampai latar belakang itu,
kami tidak perlu berkelam-kabut untuk menyusun barangan atas meja, maka dapat
mempercepatkan pertukaran latar belakang.
Selain itu, saya juga dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab
dan amanah. Semasa persembahan, saya perlu sentiasa peka dan bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku secara mengejut semasa aktiviti
dijalankan dan bertanggungjawab melaksanakan kerja yang diberikan dengan sempurna
dan saksama. Misalnya, semasa persembahan saya mendapati bahawa beg pelakon
tertinggal di atas pentas selepas persembahannya, maka saya bertanggungjawab menolong
mengambil balik beg yang ditinggalkan itu semasa kami menukar latar belakang supaya
persembahan dapat menjalani dengan lebih lancar.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengalaman yang
tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui jawatan yang disandangkan dalam Program
Pesta Tanglung Ke-35. Sebagai Ajk hiasan pentas, saya sedar bahawa nilai etika dan
profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan adalah penting. Kita perlu
berusaha untuk menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan masyarakat sejagat.

Refleksi etika

  • 1.
    REFLEKSI Selepas menjalani ProgramPesta Tanglung Ke-35 (PTUKM), saya menyedari bahawa kepentingan nilai etika dan profesional memainkan peranan yang penting dalam menjalani semua proses aktiviti yang ingin dilaksanakan. Dalam menjalankan perancangan program, saya didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membangunkan tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah melalui jawatan yang disandangkan. Hal ini kerana, saya mengetahui menjadi seorang Ajk Hiasan Pentas daripada sesuatu aktiviti yang besar bukan satu kerja yang mudah, malah kami perlu berkerjasama antara satu sama lain daripada semua ahli kumpulan dan masing-masing memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan aktiviti ini. Hasil daripada khusus ini, melengkapkan pelajar menjadi seorang individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat sejagat. Nilai etika dan profesional yang perlu untuk melaksanakan sesuatu program ialah semua ahli kumpulan perlu mempunyai kecekapan, ketekunan, kreativiti yang dilakukan dengan keperibadian yang mulia. Sebagai contoh, semasa raptai pada malam persembahan pentas, kami didapati bahawa jumlah kaki tangan yang diperlukan tidak mencukupi untuk mengubahkan latar belakang persembahan. Maka saya berfikir secara kreatif melekatkan semua barang hiasan yang diperlukan ke atas kertas kotak seperti cawan, pinggan, kain meja dan bunga ke atas permukaan kertas kotak maka apabila sampai latar belakang itu, kami tidak perlu berkelam-kabut untuk menyusun barangan atas meja, maka dapat mempercepatkan pertukaran latar belakang. Selain itu, saya juga dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab dan amanah. Semasa persembahan, saya perlu sentiasa peka dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku secara mengejut semasa aktiviti dijalankan dan bertanggungjawab melaksanakan kerja yang diberikan dengan sempurna dan saksama. Misalnya, semasa persembahan saya mendapati bahawa beg pelakon tertinggal di atas pentas selepas persembahannya, maka saya bertanggungjawab menolong mengambil balik beg yang ditinggalkan itu semasa kami menukar latar belakang supaya persembahan dapat menjalani dengan lebih lancar.
  • 2.
    Kesimpulannya, saya telahmempelajari banyak kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui jawatan yang disandangkan dalam Program Pesta Tanglung Ke-35. Sebagai Ajk hiasan pentas, saya sedar bahawa nilai etika dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan adalah penting. Kita perlu berusaha untuk menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat sejagat.