Makanan nasi Arab tradisional bernama nasi mandy memiliki rasa dan aroma khas yang berasal dari penggunaan rempah-rempah seperti buah pala, lada hitam, dan bunga cengkih dalam proses memasaknya. Restoran Zam Zam di Shah Alam, Selangor dikenal menyajikan nasi mandy yang autentik dengan memilih bahan berkualitas tinggi dan teknik memasak yang tepat.
Bagi Ibu", Temen" terutama cewe yang sdh Married ataupun belum, mungkin ingin belajar masak, ini saya uploadkan resep masakan buat Anda semua...
Terima kasih
1. Rasa, aroma nasi Arab
MANDY, sejenis masakan nasi Arab yang enak seolah-olah nasi minyak.
Ini kerana cara masakannya menggunakan rempah- ratus hampir menyamai beriani.
Berasal dari Timur Tengah, keenakan nasi mandy atau juga dikenali sebagai salathah
juga disebabkan aroma dan cara masakannya yang tersendiri.
Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, menyediakan nasi mandy
menerusi penyediaan bahannya yang tepat.
Rasa, aroma dan keseluruhan masakan mengekalkan keaslian dari tanah Arab supaya
tidak mengecewakan penggemarnya.
Bagi menyedapkan masakan, ia turut mengutamakan buah pala, zaitun, salad serta
sayuran bagi meneutralkan kandungan kolesterol.
Pilihan ayam, kambing serta kebab antara yang menjadi sebutan penggemar.
Begitu juga tarikan utama ke restoran menerusi dekorasinya seiring dengan nuansa Arab
tradisional dan moden kontemporari sekali gus menggamit pengunjung untuk menikmati
makanan seisi keluarga sambil bersantai.
Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan e-mel kepada
zamzam_arabicrestaurant@gmail.com
Petua chef:
2. * Pilih ayam segar untuk memastikan cita rasa seiring dengan resipi yang dihidangkan.
* Perap ayam dalam tempoh yang agak lama bagi menentukan ayam dan rempah-
ratusnya mesra.
* Pastikan beras pilihan paling bermutu tinggi.
Bahan untuk memerap ayam:
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)
1 biji lemon dibelah
2 labu bawang besar dipotong gelang
Sedikit safron
Rempah mandy secukupnya
Rempah mandy:
1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Semua bahan ini perlu dikisar)
Rempah ratus:
4 sentimeter kulit kayu manis
5 helai daun bay
1 sentimeter buah pelaga
1 sentimeter lada hitam
1/2 sentimeter cengkih
1 1/2 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)
1/4 sudu teh serbuk limau
2 labu bawang besar untuk nasi
1 labu mayang - untuk digoreng
Cara penyediaan:
- Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan
juga sedikit garam.
3. - Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan
beras.
- Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat
dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan
membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.
- Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan
gaul biar sebati.