1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
MODUL
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
PJM 3105
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MOTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
i
3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
TERSEBUT.
Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
ii
4. KANDUNGAN
MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan 1
Pembelajaran Motor
1
1.0 Sinopsis
1.1 Hasil Pembelajaran 1
1.2 Kerangka Tajuk 1
Kandungan Isi
Pertumbuhan
Kematangan 2
Perkembangan 3
Aktiviti Fizikal
Pembelajaran Motor
Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.3 Kandungan Isi
Pengukuran yang lazim dignakan dalam kajian
pertumbuhan
6
Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat
9
badan
Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain 10
Perkembangan badan 11
Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
6. PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:
vi
7. Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada
Amali Amali Amali Amali Amali Amali
(3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1)
(1+2) (0+2)
(0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
10 10 5 5 5 5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.
SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
vii
8. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
viii
9. Pengenalan
Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk
dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek
yang berikut:
Penerangan ringkas kursus berkenaan;
Kursus ini menjelaskan difinisi,ciri-ciri,prinsip-prinsip ,factor-faktor,tahap-tahap ,teori
dan aplikasi konsep pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran motor kanak-
kanak .Ia bertujuan memberi pengetahuan kepada para pendidik untuk memahami
kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dari kelahiran hingga peringkat dewasa.
Tajuk-tajuk dalam modul;
Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan,kematangan dan
pembelajaran motor,pertumbuhan dan perkembangan pranatal,pertumbuhan
somatik,tisu adipos dan komposisi badan,perkembangan fungsi anatomi dan
fisiologi,kematangan,faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan
prestasi fizikal kanak-kanak,aktiviti fizikal dan sukan.Ia juga memberi
pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan
kaitannya dengan prestasi,pemprosesan maklumat, attention dan
prestasi,kawalan motor, koordinasi,perbezaan individu,pembelajaran
motor,maklumbalas pengekalan dan pemindahan pembelajaran.
1. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;
2. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
kendiri modul itu;
3. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
10. AGIHAN TAJUK
Kod & Nama Kursus:
PJM 3105
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR
Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
11. JUMLAH JAM
MENGIKUT
INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA
KURSUS
1.Definisi dan Konsep
2.Pertumbuhan dan Perkembangan
1 Pranatal
5 JAM
3.Pertumbuhan Somatik
4.Tisu Adipos dan komposisi badan
5.Perkembangan fungsi Anatomi dan
Fisiologi
2 6.Kematangan 7 JAM
7.Faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan,kematangan dan prestasi
08.Kanak-kanak didalam aktiviti fizikal dan
sukan
3 09.Tingkahlaku motor 5 JAM
10.Pemprosesan maklumat
11.Attention dan prestasi
12.Kawalan Motor
4 13.Koordinasi 6 JAM
14.Perbezaan individu
15.Pembelajaran Motor
16.Latihan
5 7 JAM
17.Maklumbalas
18.Pengekalan dan Pemindahan
JUMLAH 30 JAM
12. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 1 (Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan
Pembelajaran Motor)
Sinopsis
Tiga istilah yang sering digunakan semasa berbincang tentang
bayi,kanak-kanak dan remaja ialah pertumbuhan,perkembangan
dan kematangan .Pertumbuhan dan perkembangan selalunya
digunakan secara bertindih namun mereka berbeza kerana punyai
aktiviti biologikal yang berbeza.Topik ini akan membincangkan
ketiga-tiga elemen ini dengan mendalam.
HASIL PEMBELAJARAN
-Menjelaskan tentang konsep pertumbuhan,kematangan dan
pembelajaran motor.
-Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan pertumbuhan dan
perkembangan pranatal.
KERANGKA TAJUK
DEFINISI
&
KONSEP
PERTUMBUHAN KEMATANGAN PEMBELAJARAN
MOTOR
KANDUNGAN ISI
o Membincangkan kaitan antara Pertumbuhan ,Kematangan dan
Perkembangan Pembelajaran Motor.
o Pertumbuhan dan Perkembangan Postnatal:
Scammon’s Curves”
Tiga istilah lazim yang digunakan apabila perbincangan mengenai bayi,
kanak-kanak dan remaja diketengahkan adalah
o pertumbuhan,
o proses matang
o perkembangan
1
13. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Pertumbuhan
Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh
atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.
o Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:
o (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia)
o (ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)
o (iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)
Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel
(mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang
direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.
Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di
dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas
kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.
Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik,
dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu
jaringan kompleks.
Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.
Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang
terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa
pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk
sejurus kelahiran.
Kematangan
Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu
langkah ke arah mencapai keadaan matang.
Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang
Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ,
memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.
Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ
pembiakan berfungsi sepenuhnya.
Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang
terbentuk sepenuhnya.
Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu
faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik
semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja
Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku)
dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah
keadaan yang matang secara biologikal.
Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan
kematangan
2
14. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Perkembangan
Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.
Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini,
perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan
pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan
unit fungsi.
Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem
organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang
berinteraksi dengan hormon dan nutrien.
Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada
perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa
kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya
Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek
keterampilan sosial,
intelek
kognitif,
emosi
yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut.
Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah
laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan
pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat
di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek.
Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat
faktor-faktor biologi dan persekitaran
Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran
khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak-
kanak.
Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan,
proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan
jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari
dan melompat
Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai
bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman,
pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.
Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh
otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan
tenaga rehat.
Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan
dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.
Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal
akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem,
pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif,
3
15. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan
yang menyeluruh
Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).
Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam
latihan.
Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan
khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.
Pembelajaran Motor - Schmidt & Lee (2005)
o Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:-
o Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk
membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran
melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan
membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir
o Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
o Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana
proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman
o Keempat,pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang
kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
o Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi
pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan
atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk
bergerak yang kekal
o Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan
dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan
dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
o Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan
prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau
pengalaman.
Analisis gambarajah dibawah ini dan tuliskan satu perenggan berdasarkan
pemahaman anda tentang peringkat-peringkat pertumbuhan dan
perkembangan bayi
4
16. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
1.Apakah yang dimaksudkan tentang Lekok Scammon.Beri penerangan tentang lekok-
lekok dalam graf ini.
Dapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan:
Interaksi 1: Pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor
www.med.unc.edu/embryo_images
http://virtualhumanembryo.lsuhsc.edu
Interaksi 2: Pertumbuhan somatik (pertumbuhan pascanatal), tisu adipos dan komposisi
badan
www.cdc.gov/growthcharts/
www.somatotype.org
www.muscle.ucsd/musintro/jump.shtml.
http://www.udel.edu/Biology/Wags/histopage/colorpage/ca/ca.htm
http://www.health.xq23.com/diet_and_nutrition/Adipose_tissue.html.
www.sgd.nia.nih.gov.
5
17. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 3 ( Pertumbuhan somatik )
Sinopsis
Pertumbuhan somatik yang juga dikenal sebagai pertumbuhan postnatal
menerangkan dengan lebih terperinci perkembangan bayi dari segi ketinggian
dan berat badan,indeks jisim tubuh badan dan corak pertumbuhan dimensi
anggota badan secara berkadar dan kaedah penilaian perubahan bentuk badan
semasa pertumbuhan.
Hasil Pembelajaran
Mengintepretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman mengenai pertumbuhan somatik.
Menghuraikan pertumbuhan postnatal berkaitan dengan ketinggian dan berat
badan serta indeks jisim tubuh.
Mengenalpasti perubahan anggota badan dan corak pertumbuhan dimensi
anggota yang lain.
Kerangka Tajuk
Corak
pertumbuhan
dimensi anggota
Perubahan anggota badan
secara berkadar
Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
Kandungan Isi
1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan
anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di
mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan
bentuk badan.
6
18. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke
bahagian atas (puncak) tengkorak.
Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada
kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.
Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk
tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula
kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak
kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur
manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan
tulang humerus.
7
19. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran
acromial dan olecranon (hujung siku).
Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu
berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.
Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit
(subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot
trisep dan subskapular.
8
20. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak
berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.
Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat
(kg) dan ketinggian (m).
2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan
Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan
dalam kajian pertumbuhan.
Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat
badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat
fasa iaitu:
(a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
9
21. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
(b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak,
(c) pesat di peringkat awal remaja, dan
(d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja
adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan
berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.
Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun
manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.
3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang
meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan
muka.
Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang
panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan
berbanding panjang kaki.
Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi
kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.
Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa
dengan berat badan.
Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran
sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.
4 Perubahan perkadaran anggota badan
Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam
kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat
badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota
badan semasa pertumbuhan.
Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi
semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak
sehinggalah ke alam remaja.
Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang
sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun,
semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya
mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut
ketinggian yang serupa.
Perkembangan badan (Development of physique)
1 Kaedah penilaian badan
Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan
iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).
Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah
kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini
berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan).
10
22. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang
berterusan.
Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy,
mesomorphy dan ectomorphy.
Ciri utama endomorf [Rajah (a)] adalah berasaskan kepada organ-organ
pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.
Ciri utama mesomorf [Rajah (b)] adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu
penghubung, supaya otot kelihatan sasa.
Ciri utama ektomorf [Rajah (c)] adalah berasaskan kepada kerapuhan
bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih
berbanding jisim badan.
Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell
adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.
Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.
Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran
tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan
iaitu gemuk, sasa dan kurus.
Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan
antropometrik untuk menganggar jenis badan.
2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan
kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola
yang nyata untuk mesomorf.
Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah
manakala ektomorf berkurangan.
11
23. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 4 ( Tisu Adipos dan Komposisi badan )
Sinopsis
Dalam unit ini kita akan pelajari tentang tisu adipos dan komposisi badan
serta sebaran pelbagai jenis lemak semasa pertumbuhan,kaedah
menganggar komposisi badan kanak-kanak dan remaja serta
pertumbuhan dan perkembangan fat-free mass’,’fat mass dan peratus
lemak.
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan isi pelajaran yang berkaitan dengan tisu adipos dan
komposisi badan. (1.4)
Mengintegrasikan pengetahuan pertumbuhan dan perkembangan
berkaitan ’fat-free mass, ’fat-mass dan peratus lemak untuk menjelaskan
model komposisi badan (2.2)
Kerangka Tajuk
Tisu adipos
&
Komposisi Badan
Kaedah Pertumbuhan
Model Komposisi menganggar jisim bebas Perubahan tisu adipos
badan komposisi badan lemak, jisim semasa pertumbuhan
lemak dan
Perkembangan
tisu adipos dalam
pranatal
Kandungan Isi
1 Model komposisi badan
Dua model yang lazim digunakan di dalam kebanyakan kajian adalah dari
perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama
individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan sebagainya
(model dua bahagian).
Model biokimia – Secara biokimia, badan manusia terdiri daripada empat
unsur utama iaitu air, protein, mineral dan lemak.
Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya
adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari
12
24. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
sekumpulan individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili
populasi norma.
Model dua bahagian adalah merujuk kepada pembahagian jisim badan
kepada komponen lemak dan otot.
Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak
manakala komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak.
2 Kaedah menganggar komposisi badan
Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam
individu adalah secara tidak langsung.
Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan
badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.
Kaedah pencairan isotop – menganggar jumlah air di dalam badan, yang
mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass).
Kaedah pengaktifan neutron – menggunakan isotop nitrogen dan kalsium
untuk menganggar tisu tanpa lemak dan mineral.
Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance –
menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan
elektrik lebih mudah berbanding tisu berlemak).
Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.
Kaedah radiografi – menganggar lemak, otot dan tulang.
Kaedah antropometri – menganggar lemak dan meramal jisim bebas
lemak.
Pengukuran ketumpatan badan:
‐ Ketumpatan = jisim per unit isipadu.
‐ Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air
(1.0 g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3).
‐ Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak
berbanding badan yang berketumpatan tinggi.
‐ Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan.
‐ Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan.
‐ Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang
terdiri daripada lemak.
Mengukur jumlah air dalam badan:
‐ Air adalah komposisi terbesar dalam badan.
‐ Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak.
Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk
menganggar jisim bebas lemak.
Mengukur kalium dalam badan
‐ Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu
pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu
anggaran jisim bebas lemak.
13
25. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak
‐ Kaedah-kaedah pengukuran yang sedia ada yang dilaksanakan ke
atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-kanak.
‐ Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah:
….> Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air
dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan
kanak-kanak?
….> Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa
lemak dicapai dalam dewasa?
….> Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek
kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.
….> Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8
tahun dan bukannya lebih muda.
….> Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif,
dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek.
….> Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan
tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran
dilaksanakan.
….> Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek
berpuasa semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.
3 Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak
Jisim bebas lemak (fat-free mass)
Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam
ketinggian dan berat badan, dan perbezaan jantina memainkan
peranan utama semasa pertumbuhan remaja.
Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai nilai jisim bebas
lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16 tahun berbanding lelaki pada
umur antara 19 ke 20 tahun.
Pada peringkat lewat remaja, lelaki, pada puratanya mempunyai jisim
bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan.
Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam
remaja.
Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih
berbanding perempuan dengan ketinggian yang sama.
Jisim lemak (fat mass)
Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama dalam
hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan perubahan antara 5 – 6
tahun.
Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding
lelaki di peringkat remaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami
pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun.
14
26. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina
semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal kanak-kanak.
Perempuan pada puratanya menunjukkan peratus lemak yang lebih
sedikit berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan mempunyai
peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.
Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16 –
17 tahun, dan seterusnya meningkat apabila berada di peringkat awal
dewasa.
Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan (Adipose tissue
changes during growth)
1 Jenis tisu adipos
Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak.
Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos
putih.
Tisu adipos putih:
‐ Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu titisan
lemak besar, dalam bentuk trigliserida.
‐ Nukleus adiposit dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan
lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan lipid dan
membran sel.
‐ Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak,
lipoprotein dan kolesterol).
‐ Terdapat di seluruh badan.
‐ Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan
organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit.
‐ Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan tenaga.
‐ Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-organ
penting.
Tisu adipos perang:
‐ Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu vakuol
lipid yang besar.
‐ Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih.
‐ Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan berstruktur
kompleks berbanding tisu adipos putih.
‐ Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana haba
(thermogenesis).
‐ Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk,
and haiwan yang berhibernasi.
‐ Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat antara 15 –
50 mikrometer.
15
27. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
‐ Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi sitokrom dan
enzim sitokrom dalam mitokondria, serta kandungan hemoglobin
dalam tisu.
‐ Dalam badan manusia, tisu ini didapati pada tempat-tempat tertentu,
khususnya di bahagian belakang leher, dan bahagian belakang
interscapula bayi yang baru dilahirkan.
‐ Diberkaskan antara sel dan kapilari.
‐ Mempunyai kaitan dengan sistem saraf simpatetik serta mempunyai
reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap hormon seperti
noradrenalin.
‐ Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti
metabolisme tisu lain.
2 Perkembangan tisu adipos dalam pranatal
Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen bayi semasa
minggu ke-14 kehamilan.
Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina.
Dalam perkembangan awalan bayi, adiposit mempunyai beberapa titisan
lipid yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan.
Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang
kepada pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit
dan pemberkasan tisu adipos.
Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion
adiposit.
Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih berkait dengan
kandungan trigliserida adiposit berbanding perubahan sel atau bilangan
sel dalam tisu.
Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih kecil berbanding
dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus, satu populasi adiposit besar
yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.
Tenaga yang tersimpan ini adalah penting bagi bayi semasa proses
transisi dari persekitaran terlindung ke persekitaran terbuka dalam hidup.
Selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme
karbohidrat yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam
adiposit menjadi sumber yang penting.
Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap
untuk memenuhi keperluan tenaga ini.
3 Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal
Tisu adipos perang:
‐ Terdapatnya satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam bayi
yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan, atau 25g di
dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g.
16
28. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
‐ Tisu ini berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi
tidak cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang
mencabar.
‐ Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan, tetapi
sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti
ginjal.
Tisu adipos putih:
‐ Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang
meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel
organ tisu adipos.
‐ Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50
bilion di peringkat dewasa (yang tidak gemuk).
‐ Diameter purata adiposit meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa
kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di peringkat awal dewasa.
‐ Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam
kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14kg di
dalam perempuan di peringkat awal dewasa.
‐ Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di dalam
adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya meningkatkan bilangan
praadiposit dan adiposit.
17
29. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
4 Sebaran lemak semasa pertumbuhan
Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan.
Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan
mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.
Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit:
‐ Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung (visceral),
omental.
‐ Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan secara analisis
pada mayat dan tomografi.
‐ Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa pertumbuhan
boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan bawah kulit kepada
jisim lemak keseluruhan.
‐ Kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding
lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua
jantina.
‐ Selepas 13 – 14 tahun, nisbah akan meningkat bagi lelaki, dan ini
menunjukkan perubahan dalam penyebaran lemak lapisan bawah kulit
di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.
Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak:
‐ Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai
lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki dari awal bayi
sehingga 18 tahun.
‐ Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6
bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6 – 7
tahun.
‐ Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja,
manakala lelaki menunjuk sedikit peningkatan antara 7 – 12/13 tahun,
dan seterusnya penurunan semasa remaja.
‐ Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai lebih lemak
lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4 – 18 tahun.
‐ Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit menunjukkan kestabilan
dalam kedua-dua jantina dan ini adalah selaras dengan dapatan
radiografik.
‐ Lemak lapisan bawah kulit meningkat secara linear dalam perempuan
antara 6 – 7 tahun sehingga remaja.
‐ Pada lelaki pula, jumlah lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan
seterusnya menunjukkan penurunan di umur 15 tahun.
‐ Perubahan ini telah menunjukkan dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih
tempat lipatan kulit (10) berbanding radiografik (5); (ii) tempat
radiografik adalah terhad kepada hujung anggota tetapi tempat lipatan
kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan.
18
30. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku
semasa pertumbuhan.
Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki
di semua peringkat umur, khususnya di peringkat remaja.
Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara antara kedua-
dua jantina di bahagian hujung anggota berbanding badan.
Oleh itu terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di dalam
sebaran lemak di dalam remaja.
Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding
hujung anggota.
Bilangan sel lemak (x 10 )
9
19
31. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 5 (Perkembangan Fungsi Anatomi dan Fisiologi )
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan kepada perubahan biologi dan fisiologi
jantung,darah dan paru-paru serta prestasi kekuatan berkaitan dengan prestasi
motor.
Hasil Pembelajaran
Mengenalpasti perubahan jantung ,darah dan paru-paru semasa
pertumbuhan (1.5)
Menganalisis perkembangan dan prestasi kekuatan berkaitan dengan
motor (1.6)
Menterjemahkan perubahan dan perkembangan fungsi anatomi dan
fisiologi terhadap prestasi motor. (2.3)
Kerangka Tajuk
Perkembangan
Fungsi
Anatomi
&
Fisiologi
Prestasi Aerobik
&
Jantung Darah Paru-Paru Anaerobik
Prestasi Motor
Kandungan Isi
1 Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart,
blood and lungs)
Ciri-ciri peredaran darah fetus
Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio
mesodermal.
3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk.
Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut.
20
32. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial.
Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu
ke-6 selepas persenyawaan, dan salur-salur darah utama terbentuk pada
minggu ke-8.
Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu
membentuk 4 ruang yang jelas.
Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada
kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur
darah utama jantung.
Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil
daripada proses embrio yang terganggu.
Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah
di bawah.
Plasenta (uri) merupakan penghubung antara peredaran fetus dan ibu.
Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus, dan
dua arteri umbilical membawa darah tanpa oksigen dari fetus ke plasenta
untuk dioksigenkan dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam
peredaran ibu.
Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus yang melalui paru-parunya
kerana terdapatnya halangan (pemisah) yang mengalihkan darah dari
sebelah kanan ke sebelah kiri.
Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang merupakan satu
bukaan sehala di dalam septum yang membahagikan atria kanan dan kiri.
Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di mana sejumlah kecil
darah yang dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta dan
bukannya ke arteri pulmonari. Duktus adalah satu salur kecil yang
menghubungkan arteri pulmonari utama dengan aorta.
21
33. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah yang dipamkan oleh
jantung telah melalui paru-paru semasa fetus.
Ductus venosus adalah satu salur sementara yang membenarkan sedikit
darah mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava inferior dan atrium
kanan.
Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70% oksigen tepu manakala
tisu periferi hanya mempunyai antara 55% - 60%.
Perubahan saiz jantung
Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang
hampir sama dengan sebelah kiri.
Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat
berbanding sebelah kanan.
Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3.
Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2
dan akan mencapai antara 600 – 800 cm3 dalam dewasa.
Perubahan fungsi jantung
(i) Denyutan nadi
- Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm.
- Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1
tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10
tahun).
(ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak
- Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada
satu penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja.
- Jumlahnya adalah antara 3 – 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali
ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja.
- Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit.
- Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat
dewasa adalah 5L/min.
(iii) Tekanan darah
- Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik
penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan.
- Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 –
75mmHg.
- Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan
tekanan darah diastolik meningkat ke 50 – 55mmHg.
- Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah
diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja.
22
34. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada
berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah
berkadaran dengan jisim badan.
Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan
penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat.
Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan
(i) Isipadu darah
- Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat dengan jisim badan
dan saiz jantung.
- Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L darah di mana 3L
adalah plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah.
- Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 – 400ml darah
dalam badan.
(ii) Komposisi darah
- Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit iaitu peratus isipadu
darah yang mengandungi sel darah merah (eritrosit).
- Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40% - 45% berbanding
perempuan dewasa yang mempunyai 38% - 42%.
- Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin mempunyai peranan
utama dalam pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan.
- Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah adalah sebanyak 5.5
juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam perempuan dewasa.
- Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang dalam bayi dan awal
kanak-kanak. Menjelang umur 5 tahun, penghasilannya berkurangan.
- Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi penuh dengan hemoglobin
dan komponen-komponen sitoplasma.
- Eritrosit mempunyai hayat antara 110 – 120 hari.
- Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah adalah berkait dengan
pengambilan maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim tubuh.
- Sel darah putih (leukosit) juga berubah semasa pertumbuhan.
- Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai sehingga 40
ribu/mikroliter, tetapi di peringkat dewasa bilangannya adalah 8
ribu/mikroliter.
- Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak perubahan sejak lahir
hingga dewasa, iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter.
(iii) Lipid darah dan lipoprotein
- Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan dengan pelbagai masalah
metabolisme di peringkat dewasa, termasuklah arteriosklerosis yang
berkait dengan tabiat pemakanan dan tahap aktiviti fizikal.
- Trigliserida adalah molekul lemak dan kolesterol bersifat seperti
molekul lemak dalam banyak aspek.
- Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut dalam darah
bersama protein.
23
35. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
- Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol), mempunyai lebih
protein berbanding kolesterol.
- Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol) dan lipoprotein
berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai lebih
kolesterol berbanding protein. Tahap LDL yang tinggi sering dikaitkan
dengan arteriosklerosis.
- Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang
lebih daripada lelaki semasa kelahiran.
Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan
(i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru
- Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan.
- Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan
seterusnya terbahagi kepada dua.
- Pada minggu ke-16, ‘pokok’ bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan
terakhir fetus, alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk
dengan lengkap semasa pasca natal.
- Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan
komponen darah.
- Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam
proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa.
- Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus
menunjukkan bahawa pusat pernafasan di otak dan mekanisme otot-
saraf yang perlu untuk proses ini telah wujud sebelum kelahiran.
- Paru-paru manusia adalah seberat 60 – 70g semasa kelahiran dan
jisim ini meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan.
- Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur
8 tahun).
- Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru.
- Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara
segram tisu manakala orang dewasa adalah antara 8 – 10ml.
Fungsi pernafasan
- Proses respiratori melibatkan dua komponen.
- Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan
karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya.
- Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap
sel-sel atau dikenali sebagai respirasi selular.
- Mekanisme pernafasan termasuklah:
Pusat respiratori terletak di dalam tunjang otak
Reseptor regang di dalam paru-paru, yang mengalirkan impuls
proprioseptif melalui saraf vagus
Reseptor kimia karotid dan aortik, akan terangsang apabila
kandungan oksigen dalam darah menurun
24
36. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan pusat reseptor kimia,
akan terangsang apabila kandungan karbon dioksida dalam darah
meningkat atau pH darah menurun
- Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas
seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur
satu tahun. Di antara umur 5 – 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak
22 nafas seminit dan seterusnya menurun ke 16 atau 17 nafas
seminit.
- Isipadu sisa (residual volume) adalah isipadu gas yang berada di
dalam paru-paru selepas satu hembusan maksimum.
- Isipadu tidal (tidal volume) adalah purata isipadu udara yang
dihembus semasa pernafasan normal.
- Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory reserve volume) adalah
isipadu maksimum gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal
pernafasan isipadu tidal.
- Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) adalah
isipadu maksimum gas yang boleh dihembus dari paras normal
pernafasan isipadu tidal.
- Kapasiti vital (vital capacity) adalah isipadu maksimum gas yang
boleh dikeluarkan dari paru-paru hasil daripada tarikan nafas
maksimum.
- Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity) adalah isipadu maksimum
gas yang boleh disedut.
- Kapasiti sisa fungsi (functional residual capacity) adalah isipadu gas
yang tertinggal di dalam paru-paru selepas satu pernafasan normal.
2 Perkembangan motor (Motor development)
Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran di dalam aktiviti motor
adalah penting dalam perkembangan dunia kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti
motor ini merupakan sebahagian utama dalam tingkah laku kanak-kanak dan
memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang mencabar,
khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu
proses di mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan.
Ini dicirikan dengan suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada:
Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara
genetik
Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanak-kanak (cthnya: saiz
dan komposisi badan)
Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu
Pengalaman motor yang terkini
Kemahiran dan pola pergerakan
Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan asas dalam melaksanakan
sesuatu tugas.
25
37. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada ketepatan, kejituan, dan
prestasi.
Klasifikasi aktiviti motor
(i) Aktiviti motor halus dan kasar
Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan
kemahiran seperti dalam tugasan manipulatif.
Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau
anggota badan seperti dalam aktiviti lokomotor.
Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan
halus.
(ii) Pola motor asas
Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas.
Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan
lokomotor dan manipulatif.
Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan mana-mana
aspek yang disenaraikan.
(iii) Proses dan hasil pergerakan
Proses pergerakan melibatkan:
- teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan,
aksi kaki, dan sebagainya
- mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang
tuas lengan, sudut antara sendi, dan sebagainya
Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan,
contohnya jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya.
Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan
Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada
apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus.
Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran.
Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf
tunjang manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan
integrasi otak dan pusat saraf yang lain.
Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi
sejak lahir ke 3 bulan.
26
38. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi
akan bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan.
Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek
diletakkan pada tapak tangan bayi.
Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan
dilahirkan. Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan
bertindak balas dengan memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian
yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang bertentangan.
27
39. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan
anggota badan.
Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap
daya graviti.
Pantulan primitif (primitive reflexes) yang terdiri daripada pantulan Moro,
startle dan genggaman lazimnya terbentuk dengan sempurna sejak lahir
sehingga bulan ke-3.
Pantulan postur yang terdiri daripada pantulan leher, labyrinthine, righting
mula terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak
Cara penjagaan
Bilangan kelahiran
Bilangan kanak-kanak dalam keluarga
Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif
Status sosioekonomi
Status pemakanan
Persekitaran
28
40. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan)
Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya
Prinsip Perkembangan Motor
Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip perkembangan motor
yang berfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun pertama
selepas kelahiran bayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal
dan prinsip proximodistal.
Prinsip cephalocaudal
Cephalocaudal adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu:
cephalo = kepala dan caudal = penghujung saraf tunjang
Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada perkembangan
kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah
sehingga ke hujung jari kaki. Contohnya, dalam perkembangan janin,
bahagian kepala terbentuk dahulu, diikuti bahagian tangan dan seterusnya
pada bahagian kaki.
Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan badan sebelum
dapat mengawal bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah.
Aktiviti Umur
Kawalan kepala Semasa kelahiran
Bergolek 5 – 6 bulan
Duduk 6 – 6.5 bulan
Berdiri dengan bantuan 8 bulan
Menyusup dan merangkak 9 – 10 bulan
Berdiri sendiri 13 – 14 bulan
Berjalan dan berlari
- Dengan bantuan 9 – 11 bulan
- Sendiri 18 bulan
- Berlari kekok 20 bulan
- Berlari dengan baik 20 bulan
Melompat 20 bulan
Prinsip proximodistal
Proximadistal adalah juga gabungan dua perkataan Latin iaitu:
proximo = hampir dan distal = jauh
29
41. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara khusus perkembangan
kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke
bahagian yang menjauhi paksi badan. Contohnya, kanak-kanak dapat
mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan bahu sebelum mereka
dapat mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari.
Aktiviti Umur
Menggenggam objek tetapi tidak boleh 4 bulan
mengutipnya 6 – 6.5 bulan
Menggenggam objek besar dengan sebelah
tangan dan memindah ke tangan yang lain
7 bulan
Memegang objek kecil tetapi tidak dapat mengutip
9 bulan
Berupaya mencubit objek kecil
15 bulan
Dapat memasukkan objek kecil ke dalam botol
3 Prestasi motor dan kekuatan (Strength and motor performance)
Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lazimnya terbentuk
menjelang umur 6 – 7 tahun. Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi
motor kanak-kanak kerana ini merupakan satu komponen penting dan juga
prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada kekuatan otot.
Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk
tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu
kekuatan statik, dinamik dan letusan (kuasa).
Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas
rintangan luaran tanpa sebarang perubahan pada panjang otot. Lazimnya
kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot yang khusus, contohnya
kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah
kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang
singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik
adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan.
Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah
merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot
untuk suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok.
Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan
kawalan motor dan kekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan
kuasa otot untuk membolehkan badan bergerak mendatar ke hadapan seperti
di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan koordinasi dan kuasa
dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang
melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan.
Imbangan adalah perl dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk
statik atau dinamik manakala kelenturan melibatkan julat pergerakan sendi di
30
42. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yang boleh diuji
termasuklah menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung,
‘hopping’ atau ‘skipping’, membaling untuk ketepatan dan sebagainya.
Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak
Kekuatan otot meningkat di peringkat ini.
Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di
dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling.
Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti
imbangan berbanding lelaki di antara umur 3 – 5 tahun, dan lebih baik di
umur 6 tahun.
Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam
aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke
arah aktiviti imbangan.
Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja
Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau
bagaimanapun, pola peningkatan ini berbeza mengikut aktiviti.
Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau
14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak manakala kekuatan
perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16 atau 17
tahun.
Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14
tahun di mana peningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya
tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut umur.
Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada
lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat
pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual.
Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam
perkembangan kekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula
matang pada tempoh ini dan amat berbeza dalam setiap kanak-kanak.
4 Prestasi aerobik (Aerobic performance)
Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada
perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat,
pengawalatur suhu badan.
Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam
seminit oleh gentian otot yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah
tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik.
Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu
yang membesar adalah:
(a) Adaptasi terhadap senaman submaksimum
31
43. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Kajian telah menunjukkan bahawa tindak balas kardiovaskular dan
pulmonari terhadap senaman di paras submaksimum berubah mengikut
umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada status kematangan
biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi.
(b) Adaptasi terhadap senaman yang lama dan senaman bercorak
daya tahan
Data kajian telah menyatakan bahawa senaman jangka masa panjang
dapat diatasi oleh kanak-kanak dan remaja tanpa sebarang masalah.
Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih daripada 75% substrat
yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka
perlu dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas
permukaan yang lebih besar berbanding dewasa pada setiap kilogram
jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu dibebaskan, kanak-
kanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya
berbanding dewasa tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang.
Ini menyebabkan kanak-kanak kurang upaya untuk bergantungan pada
proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang berlebihan. Oleh
yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca
yang panas dan lama berbanding dewasa.
(c) VO2 max
Kuasa aerobik maksimum adalah berkait dengan saiz badan, kematangan
dan jantina. Kuasa ini diukur pada kadar nadi maksimum senaman, yang
lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Min kadar nadi maksimum
kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini
menurun mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini
mencapai antara 190 ke 195 dsm. Keupayaan kanak-kanak
menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih baik berbanding dewasa.
Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50% kapasiti
aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa.
Perubahan-perubahan ini akan memberi satu anggaran secara tidak
langsung terhadap kapasiti aerobik kanak-kanak semasa pertumbuhan.
5 Prestasi anaerobik (Anaerobic performance)
Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak-
kanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga
yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa yang lama. Oleh yang
demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka
adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini.
Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi,
fisiologi dan biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah
mengikut umur memberi satu kesan terus kepada penghasilan tenaga
anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur
32
44. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman
submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa.
Oleh yang demikian, pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang
sedang membesar kurang bergantung pada metabolisme glikogen untuk
menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan anaerobik.
33
45. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 6 (Kematangan )
Sinopsis
Dalam bab ini kita akan pelajari aspek-aspek kematangan
biological,penilaian kematangan tulang rangka,seksual dan
somatik
Hasil Pembelajaran
Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor
Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)
Menjelaskan tentang konsep dan penilaian kematangan biologi, tulang
rangka, seksual dan somatik. (1.1)
Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan konteks kematangan
semasa remaja dan variasi dalam pertumbuhan dan prestasi. (1.5)
Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor
Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)
Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan. (3.4)
Kerangka Tajuk
KEMATANGAN
Kematangan Pengaturan masa dan Variasi berkait dengan
Biologi urutan perubahan kematangan dalam
pertumbuhan
34
46. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Kandungan Isi
1 Kematangan biologi: Konsep dan penilaian
Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang
matang.
Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang
memastikan perkembangan ke arah keadaan matang.
Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak
semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.
Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek
biologikal berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua
orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak
semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur
tersebut.
Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya
berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan
somatik.
2 (a) Menilai kematangan rangka
Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal
atau status kematangan.
Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana
perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang
menyeluruh.
Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat
pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal
dewasa.
Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang
awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat
dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan
antara individu-individu.
Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas
utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.
Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di
atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.
35
47. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
(a) 3 tahun (b) 5 tahun
(c) 14 tahun
Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat.
Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis.
Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang
kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.
Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan
untuk menentukan kematangan tulang.
Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus
pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang
di dalam tulang yang terlibat.
Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan
perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di
peringkat dewasa.
Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-
masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan
pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa.
Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah
Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.
(b) Menilai kematangan seksual
Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks
sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan),
zakar dan buah zakar (lelaki) dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan
perempuan).
Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat
remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi
dalam pertumbuhan sepanjang hayat.
36
48. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara
pemerhatian.
Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat
kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.
Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri –
peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin
(lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan).
Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri
dan adalah sukar untuk dinilai.
Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau
dewasa bagi setiap ciri.
Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan
adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap
individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-
masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan
berkembang dari peringkat 1 ke 5.
Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan
kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah
retrospective.
(c) Menilai kematangan somatik
Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan
memerlukan data kajian berbentuk longitudinal.
Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan
ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat
remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.
Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan
sebagai penilaian kematangan somatik.
Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah
indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.
Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai
semasa pertumbuhan pesat remaja.
Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota
lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki,
ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan
kekuatan otot.
Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan
peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat
umur.
3 Salingkaitan petunjuk / indikator kematangan
Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik
semuanya berkait secara positif antara satu sama lain.
37
49. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara
seksual akan mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan
pesat, dan sebaliknya.
Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks
sekunder.
Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat
kematangan adalah rapat.
Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada
95% ketinggian matang.
Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan
kematangan seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila
pertumbuhan pesat dan kematangan seksual remaja bermula.
Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan
pada rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual,
ketinggian dan kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah
rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon steroid.
Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan.
4 Pengaturan masa dan urutan perubahan dalam kematangan semasa remaja
Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang
digunakan untuk kematangan somatik.
Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat
maksimum dan seterusnya mula menurun.
Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan
semasa peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada
julat umur yang lazim dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja.
Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki.
Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap
tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki.
Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya
femur, diikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas.
Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan
pertumbuhan maksimum humerus dan radius.
Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai
kaki yang panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami
pertumbuhan pesat lebih awal berbanding anggota atas.
VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas
haid dan kemudiannya akan berada di keadaan malar.
VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas
haid.
Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan
saiz badan, di mana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini
menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang secepat jisim badan.
38
50. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak
adalah faktor signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa
kematangan seksual dalam perempuan.
Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan
pesat mungkin mempengaruhi motivasi untuk bertanding.
5 (a) Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan
Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi
masa pertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat
diperhatikan dengan jelas.
Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan
kematangan awal, normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur
semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder.
Penilaian berdasarkan umur rangka
Umur rangka Kategori kematangan
Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi Normal
Lebih daripada 1 tahun umur kronologi Awal
Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Lewat
Penilaian berdasarkan haid
Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun Kategori kematangan
Antara 12 dan 14 tahun Normal
Atas 14 tahun Lewat
Bawah 12 tahun Awal
Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat
berbanding mereka yang normal atau lewat matang.
Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja
bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan.
Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil
berbanding bahu mereka.
Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar
berbanding bahu mereka.
Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki
dan perempuan.
Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara
endomorf dan mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif
antara ektomorf dan umur rangka dalam kanak-kanak berumur antara
9 dan 17 tahun.
Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12
tahun, menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat
remaja.
39
51. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16
tahun, menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa
pertumbuhan.
Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di
bahagian anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian
abdomen semasa peringkat remaja.
Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan
12 tahun, dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun.
Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara
9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat remaja.
Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf
yang tinggi.
Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau
awal dewasa adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau
panjang.
Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih
rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi
pertumbuhan yang pesat.
Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan
pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama.
Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan
dan betis meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja,
berbanding perempuan.
Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat
dari umur kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.
Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak
awal matang (lelaki dan perempuan) adalah besar.
(b) Variasi berkait dengan kematangan dalam prestasi
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif
antara umur rangka dan prestasi.
Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan
adalah lebih tinggi untuk prestasi motor.
Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan
menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak-
kanak lewat matang.
Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh
umur kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status
kematangan.
Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah
dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan
saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas
kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatan
dan prestasi motor.
Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki
adalah positif dan signifikan kepada kematangan rangka.
40
52. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara
signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan seksual.
Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status
kematangan dalam perempuan semasa remaja.
Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status kematangan
semasa remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status
kematangan, saiz badan dan prestasi.
Kematangan
a) Dapatkan maklumat mengenai 3 kaedah penilaian
kematangan rangka iaitu
(i) kaedah Greulich-Pyle,
(ii) kaedah Tanner-Whitehouse
(iii) kaedah Fels
dan buatkan perbandingan antara mereka
b) Dapatkan maklumat mengenai 2 kaedah menentukan umur
yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu
(i) kaedah status quo
(ii) kaedah retrospective
dan buatkan perbandingan antara mereka
41
53. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)
TAJUK 7 (Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,
Kematangan dan prestasi )
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
Kandungan Isi
42
55. PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(XXX PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
KRISHNA KUMAR VARATHARAJ SARJANA
PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA
MUDA/DIPLOMA/SIJIL
krishkumar@ipgperlis.edu.my
2 TAHUN
(NAMA) (KELULUSAN)
(JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA
MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)
(PENGALAMAN KERJA)
(NAMA) (KELULUSAN)
(JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA
MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)
(PENGALAMAN KERJA)
56. IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat