Modul ini membincangkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional mengikut Tahap 1 dan 2. Ia juga membincangkan pengenalan bidang-bidang kegiatan, tema, alat dan bahan serta imaginasi dan ekspresi kanak-kanak.