MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
PHYSICSBERNOULLI AND PRESSURE MAGIC-1.pptx
1. B E R N O U L L I & P R E S S U R E
M A G I C
PHYSICS
NAMA AHLI : 1. FATIMAH
2. NURUL AISYAH
3. NURUL SYAKILA
4. NOOR SHAHSHAH
5. NGUI YI NI
6. PRISILA
7. SITTI HASMIATI
KELAS : 5.1.1
3. Prinsip Bernoulli
• Prinsip Bernoulli, merupakan salah
satu teori penting di dalam
dinamik bendalir (fluid dynamics)
yang mengaitkan kelajuan bendalir
dengan tekanannya.
• Prinsip ini telah diperkenalkan
oleh seorang ahli fizik dan
matematik yang bernama Daniel
Bernoulli.
Daniel
Bernoulli
4. • Kaitan prinsip Bernoulli antara tekanan,
kelajuan dan ketinggian boleh dijelaskan
dengan prinsip pengabadian tenaga.
• Jika kelajuan bendalir meningkat, sama ada
tekanannya ataupun tenaga keupayaannya
(ketinggian) akan menurun untuk mengimbangi
jumlah keseluruhan tenaga.
• Apabila halaju bendalir itu meningkat,
tekanan pada bendalir itu berkurangan.
Manakala apabila halaju bendalir itu
berkurang, tekanan pada bendalir itu pula
meningkat.
5. • Satu contoh praktikal yang sering digunakan
untuk menunjukkan prinsip Bernoulli adalah
tiub venturi.
• Di dalam tiub venturi, jisim air/udara yang
memasuki tiub mesti bersamaan dengan jisim
udara yang keluar daripada tiub. Pada
bahagian tiub yang mengecil tersebut,
kelajuan bendalir harus meningkat untuk
memastikan jumlah jisim bendalir yang sama
keluar daripada luas tiub yang lebih kecil
tersebut.
6.
7. Penerbangan
Prinsip ini diguna pakai pada
keratan sayap kapal terbang
untuk menentukan daya angkat
pada aerofoil.
Bola Sepak
Pergerakan bola yang melengkung ini disebabkan oleh bola itu
berputar secara melintang di udara dimana udara juga mengalir
pada bola itu. Udara akan mengalir lebih laju pada bahagian bola
yang berputar mengikut arus yang sama. Tekanan pada bahagian
bola itu berkurangan dan tekanan pada bahagian yang
bertentangan pula semakin meningkat.
Kenderaan
Jalanan
Apabila sebuah lori bergerak secara laju dan memotong motosikal di sebelah,
halaju udara di antara lori dan motosikal menjadi lebih laju justeru menyebabkan
kawasan itu mengalami tekanan yang rendah. Manakala pada bahagian
bertentangan motosikal itu mempunyai tekanan yang tinggi kerana halaju udara
yang rendah.
Aplikasi prinsip Bernoulli
10. Ciri-ciri Tekanan
Dalam Cecair
1. Tekanan bertindak ke semua arah
Tekanan menolak ke semua arah. Dalam
kedalaman yang tertentu tekanan bertindak
sama pada semua arah. Jika suatu bekas
ditebuk dengan lubang yang sama besar pada
ketinggian yang sama, air akan keluar dengan
laju yang sama pada jarak yang sama dari lilitan
bekas.
11. 2. Tekanan tidak
bergantung kepada
bentuk bekas
Tekanan pada kedalaman yang sama
adalah sama kerana paras air bagi
setiap tiub itu sama walaupun
diameter dan bentuk tiub adalah
berbeza.
3. Tekanan tidak
bergantung kepada luas
objek
Luas tapak objek yang berada dalam
cecair tidak mempengaruhi tekanan
dalam cecair.
12. 1. Kedalaman cecair
2. Ketumpatan cecair
Tekanan bertambah dengan kedalaman, semakin dalam kita masuk ke
dalam cecair semakin bertambah tekanan cecair yang akan kita rasa.
Tekanan cecair pada paras laut adalah berbeza dengan dasar laut. Tekanan
di dasar laut adalah tinggi manakala tekanan pada paras laut adalah kecil.
Ketumpatan cecair mempengaruhi tekanan dalam cecair.
Semakin bertambah ketumpatan, semakin bertambah tekanan
dalam air.
Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Cecair
14. 1. Sistem pembekalan
air
Tangki air diletakkan pada kedudukan
tinggi dari tanah. Ini adalah untuk
memastikan bahawa air mempunyai
tekanan yang secukupnya untuk mengalir
ke tempat pengguna di paras yang lebih
rendah.
3. Kedudukan cecair
intravena
Ketinggian beg cecair intravena
mempengaruhi kadar pengaliran cecair
untuk masuk ke dalam badan pesakit. Ini
kerana perbezaan ketinggian menghasilkan
tekanan yang membolehkan turus cecair
menolak cecair intravena masuk ke dalam
badan pesakit.
2. Empangan
Dinding empangan di bahagian dasar adalah lebih
lebar daripada di bahagian atas. Ini kerana tekanan
air bertambah apabila kedalaman bertambah.
Bahagian dasar dibina dengan lebar yang luas
yang mampu menahan tekanan air yang tinggi.
Turbin diletakkan pada paras yang lebih rendah
supaya tekanan air bertambah mengikut
kedalaman. Dengan tekanan tinggi ini, air boleh
menolak turbin dan seterusnya dapat menjana
elektrik.