SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENGENALAN
Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang mengandungi serangkaian
pelaksanaan oleh guru dan pelajar atas dasar hubungan timbal balik yang
berlangsung untuk mencapai tujuan tertentu. Interaksi antara guru dan pelajar
ini merupakan syarat utama bagi proses pembelajaran. Untuk membuat proses
pembelajaran menjadi efektif, guru dituntut agar mampu mengelolakan proses
pembelajaran yang memberi rangsangan kepada pelajar sehingga mereka
mahu dan mampu belajar. Untuk pembelajaran secara efektif, setiap orang
perlu mengetahui maksud belajar yang betul.
Belajar adalah sebuah tindakan aktif untuk memahami dan mengalami
sesuatu. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan
respon. Jadi, proses belajar terjadi jika pelajar merespon stimulus
(rangsangan) yang diberikan guru. Selain itu juga, untuk meraih pembelajaran
yang efektif pelajar dapat dibimbing oleh guru berdasarkan pengetahuan yang
tersimpan dalam ingatan dan pemikiran guru (kognitif) dengan menggunakan
teori dan kaedah pembelajaran dengan tepat.
2
2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN
Menurut Winkel (1996: 53) di dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar
adalah suatu aktiviti mental atau psikis yang berlangsung dalam interaksi
yang menghasilkan perubahan-perubahan dalam pengetahuan,
pemahaman, ketrampilan, dan nilai sikap. Menurut Degeng (1997: 3) di
dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar merupakan pengetahuan baru
pada struktur kognitif yang sudah dimiliki oleh pelajar. Hal ini bermaksud
bahawa dalam proses pembelajaran, pelajar akan menghubungkan
pengetahuan atau ilmu yang tersimpan dalam memorinya dan kemudian
menghubungkan dengan pengetahuan yang baru.
Menurut teori behavioristik di dalam jurnal Pembelajaran Efektif Dan
Menyenangkan, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari
pengalaman (Gage, Berliner, 1984). Menurut teori ini dalam
pembelajaran, input ialah stimulus dan output ialah respon. Berdasarkan
definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa belajar adalah proses
kegiatan yang dilakukan oleh pelajar untuk perubahan dalam dirinya
berupa tingkah laku, bertambah pengetahuan dalam dirinya. Menurut
Soemosasmito (dalam Trianto, 2009) di dalam jurnal Strategi
Pembelajaran, suatu pembelajaran dikatakan efektif apabila memenuhi
prasyarat utama keefektifan pengajaran iaitu
i. Prestasi waktu belajar pelajar yang tinggi
ii. Tingkah laku pelajar semasa melaksanakan tugas.
iii. Ketetapan antara sukatan pelajaran dengan kemampuan pelajar
(orientasi keberhasilan belajar) diutamakan.
iv. Mengembangkan suasana pelajar yang akrab dan positif.
3
3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN EFEKTIF
i. Menggunakan kaedah jigsaw.
Di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan
kaedah jigsaw di kaji. Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah
pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di
kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran
mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder dan
Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang
dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw
menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan kumpulan kecil ( Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
 Pergantungan secara positif
 Tanggungjawab
 Interaksi secara terus ( bertentang mata)
 Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut
kesesuaian.
 Penilaian kendiri secara berterusan
Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, guru akan
membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan
ini dipanggil kumpulan pakar (specialist group) akan diberi satu
tajuk berkaitan subjek yang diambil. Pelajar-pelajar dalam
kumpulan ini akan mencari maklumat sehingga menjadi pakar
dalam tajuk itu. Pencarian maklumat bebas mengikut kreativiti
kumpulan terbabit, sama ada melalui buku teks tambahan, internet
atau bertanya guru sendiri.
4
Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang
telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan.
Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan jigsaw akan dibentuk supaya setiap
kumpulan mempunyai satu pakar dalam tajuk-tajuk yang telah ditentukan oleh
guru. Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam
menyampaikan apa yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulam
pakar. Dengan kaedah ini, sebahagian daripada penyampaian di dalam kursus di
lakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar sepenuhnya oleh guru.
Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara
kerjasama (cooperative learning method- KOOP) ( Johnson, 2000). Dalam
kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama dalam mendapat maklumat yang
diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Pelajar
harus memastikan rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan
pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan
tajuk-tajuk yang telah ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw. Ini amat
berbeza dengan kaedah biasa di mana guru menjadi satu-satunya tenaga pengajar
dalam subjek yang diambil. Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang
juga salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan
kaedah ini (Aini Hussain et al, 2007).
ii. Kritikan terbuka
Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam
pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada
penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap
selama lima minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan
diberikan topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang
telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
5
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi
markah atas ucapan yang diberi. Pelajar diberi markah berdasarkan
lima perkara iaitu, intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di
khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dam maklum
balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan
disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat
peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya
juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam
di kalangan para pelajar.
iii. Penilaian rakan kumpulan
Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang
digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang
bekerja untuk kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai
aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar
(Kaufman et al. 2000) di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran
Berkesan. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap
kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan
kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus
secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan
adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa
bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan
sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan
mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang
berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
6
Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat
menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh guru. Para
pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai
setiap ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang di ingini seperti
sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan
menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula
kepada guru untuk dianalisa dengan lebih lanjut.
Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri
seorang pelajar (Kaufman et al. 2000). Antaranya ialah ia memberi peluang
kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja
pelajar-pelajar lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu
para pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat
penilaian terhadap sesuatu perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan
lebih bersungguh-sungguh dan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik
dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan apabila penilaian kritikal dibuat
oleh rakan mereka sendiri. Selain daripada itu, kaedah PRK juga mewujudkan
suasana toleransi di antara para pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza
dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan diberikan secara terarah kepada
setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan dapat difahami dengan lebih
baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan para pelajar untuk
bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang wujud di antara mereka.
Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik untuk
menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu untuk
diaplikasikan dalam kerja kursus mereka.
Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar.
Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam
7
aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh,
kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan
aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud
ketirisan dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang
bukan merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja
berpasukan pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan
salah satu alternatif dalam menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian
pengajar. Penggabungan kaedah PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat
menambahkan lagi keupayaan pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih
telus.
Kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya memberi impak positif.
Secara keseluruhannya, kaedah PRK dapat disimpulkan sebagai salah satu kaedah
yang efektif dalam mengukur keberkesanan pembelajaran di dalam kelas.
iv. Pendekatan bermain dalam pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih
berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah
sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) di dalam jurnal
Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan
Prasekolah, bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui
aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan
memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.
Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara
berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih baik.
8
Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) di dalam jurnal Pendekatan Bermain
Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah,
pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak,
malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.
Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak
belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui
bermain. Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan
Maria Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak.
Froebel yang pernah mengasaskan Kindergarten berpandangan, bermain adalah
penting dalam pembelajaran secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007) di
dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi bagi
Pendidikan Prasekolah. Wardle (2008) di dalam jurnal Pendekatan Bermain
Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah menyatakan
bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran
berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Kajian Sharifah Nor et al.
(2009) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, yang melihat pendekatan aktiviti permainan
dari segi perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti
permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif.
v. Menguasai kemahiran belajar
Kemahiran belajar telah di kaji di dalam jurnal Kemahiran Belajar
Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains di Sekolah-Sekolah
Menengah di Malaysia. Kemahiran belajar adalah kemahiran yang
membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,
menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan
9
(Selmen, 1987). Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau
kecekapan yang dikuasai oleh seseorang murid untuk mengumpul,
memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah
pembelajaran seumur hidup (Selmen, 1987).
Secara umum, kemahiran belajar dapat diklasifikasikan kepada
beberapa subskala iaitu kemahiran membaca, kemahiran
mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa,
kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi
peperiksaan (Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq
& Haliza Jaafar, 2007).
a) Kemahiran membaca
Kemahiran membaca secara umumnya terbahagi kepada
kemahiran membaca secara pantas dan membaca secara
kritis (Saniah Sayuti et al., 2000). Membaca secara pantas
melibatkan teknik bacaan sepintas lalu (scanning) dan
bacaan sekilas (skimming) manakala membaca secara kritis
pula melibatkan teknik SQ3R (Survey-Question-Read-
Recite-Review) dan KWLH (Know – What – Learned –
How).
b) Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar melibatkan pemerhatian teliti
sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak badan, serta
mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh
guru (Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad).
Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang
memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman (Mohd.
Yunus Noor, 1990).
10
c) Kemahiran mencatat nota
Kemahiran mencatat nota merupakan elemen penting yang
dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan
memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran
(Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2008).
Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu
kuliah dapat mengingat 90 – 100% daripada yang didengar,
sebaliknya pelajar yang tidak mencatat nota atau belajar
nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada
apa yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu
(Pauk, 1987). Mencatat nota penting dalam memastikan
pelajar dapat mengenal pasti dan memahami idea-idea
penting pelajaran selain membantu membantu ingatan yang
lebih lama (Carmen & Adams, 1984).
d) Kemahiran mengurus masa
Kemahiran mengurus masa merupakan antara faktor
kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang
pelajar (Toh, 2000). Pengurusan masa yang cekap dapat
berlaku sekiranya pelajar mempunyai jadual perancangan
yang jelas. Walaupun begitu, kajian mendapati bahawa
hanya segelintir pelajar sahaja yang merancang dan
mematuhi jadual aktiviti mereka (Padilah Ali, 1986).
e) Kemahiran membuat rujukan
Kemahiran membuat rujukan penting untuk melengkapkan
pelajar dengan kemahiran mengesan maklumat dengan
cekap tanpa perlu membaca kesemuanya. Kemahiran ini
11
penting untuk melengkap dan menambah pengetahuan yang
diperolehi.
f) Kemahiran menghadapi peperiksaan
Kemahiran menghadapi peperiksaan penting dalam
memastikan pelajar mempunyai keyakinan tinggi semasa
menghadapi sesuatu peperiksaan. Walau bagaimanapun,
kajian menunjukkan bahawa pelajar masih kurang mahir
dengan strategi atau teknik menghadapi peperiksaan
(Wong, 2010).
vi. Menggunakan Kaedah Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan
kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Selain itu, teknik ini juga
adalah merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai
keadaan sebenar dan ia melibatkan para pelajar melakukan sesuatu perkara
(secara berpura-pura) dalam suasana yang terancang.
Berdasarkan pengalaman guru yang telah menggunakan teknik simulasi ini, para
pelajarnya menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan semasa
mengikuti sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar lebih bersikap aktif serta cerdas
khususnya mengajukan soalan-soalan serta saranan di antara satu sama lain.
Melalui teknik ini, guru telah menggunakan pelbagai jenis simulasi untuk topik
dan tema yang berbeza. Antaranya ialah, lakonan atau drama, perbahasan dan
juga permainan.
12
5.0 PEMBELAJARAN AKTIF, KREATIF, EFEKTIF DAN
MENYENANGKAN (PAKEM)
Pembelajaran efektif merupakan proses belajar mengajar yang bukan hanya
menekankan pada hasil yang dicapai pelajar, namun bagaimana proses
pembelajaran yang efektif mampu memberikan pemahaman yang baik,
kecerdasan, ketekunan, kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan
tingkah laku dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Untuk
mewujudkan pembelajaran yang efektif, maka guru harus melaksanakan proses
pembelajaran secara maksimum. Selain itu untuk menciptakan suasana dan
persekitaran yang efektif dalam pembelajaran harus adanya faktor-faktor seperti
lingkungan belajar, keahlian guru dalam mengajar, kemudahan serta kerjasama
yang baik antara guru dan pelajar. Perkara tersebut merupakan usaha dalam
persekitaran dan suasana belajar yang kondusif, optimal dan menyenangkan agar
proses pembelajaran dapat berjalan secara efektif sehingga tujuan pembelajaran
dapat dicapai dengan maksimal, salah satunya adalah dengan menerapkan
pembelajaran PAKEM.
PAKEM adalah singkatan dari Pembelajaran Aktif, Kreatif, Efektif, dan
Menyenangkan. Aktif dimaksudkan bahwa dalam proses pembelajaran, guru
harus menciptakan suasana sedemikian rupa sehingga pelajar aktif bertanya, dan
mengemukakan idea. Belajar memang merupakan suatu proses aktif dari si
pembelajar dalam membangun pengetahuannya, bukan proses pasif yang hanya
mendengar ceramah guru tentang pengetahuan. Jika pembelajaran tidak
memberikan kesempatan kepada para pelajar untuk berperanan aktif, maka
pembelajaran tersebut bertentangan dengan hakikat belajar. Kreatif dimaksudkan
ialah guru menciptakan kegiatan belajar yang pelbagai sehingga memenuhi
kemampuan pelajar. Menyenangkan adalah suasana belajar-mengajar yang
menyenangkan sehingga pelajar memusatkan perhatiannya secara penuh pada
belajar sehingga waktu curah perhatiannya (“time on task”) tinggi. Menurut hasil
penelitian, tingginya waktu curah perhatian terbukti meningkatkan hasil belajar.
13
Keadaan aktif dan menyenangkan tidaklah cukup jika proses pembelajaran
tidak efektif, iaitu tidak menghasilkan apa yang harus dikuasai pelajar setelah
proses pembelajaran berlangsung, sebab pembelajaran memiliki sejumlah tujuan
pembelajaran yang harus dicapai. Jika pembelajaran hanya aktif dan
menyenangkan tetapi tidak efektif, maka pembelajaran tersebut tak ubahnya
seperti bermain biasa.
Secara garis besar, PAKEM dapat digambarkan sebagai berikut:
Pelajar terlibat dalam pelbagai kegiatan yang mengembangkan pemahaman dan
kemampuan mereka dengan penekanan pada belajar melalui perbuatan.
Guru menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar dan pelbagai cara untuk
membangkitkan semangat, termasuk menggunakan rujukan sebagai sumber
mengajar untuk menjadikan pembelajaran menarik, menyenangkan, dan sesuai
bagi para pelajar.
Guru menerapkan cara mengajar yang lebih koperatif dan interaktif, termasuk
cara belajar berkumpulan.
Guru mendorong pelajar untuk membina caranya sendiri dalam pembelajaran,
menyatakan idea semasa pembelajaran, dan melibatkan pelajar dalam pengajaran.
5.0 HUBUNGAN GURU DALAM PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF.
GURU YANG EFEKTIF DALAM PEMBELAJARAN.
Pengajaran yang efektif membawa maksud yang amat bermakna dalam
hidup seseorang guru dan juga dunia pendidikan. Kajian-kajian lepas
menunjukan bahawa guru yang efektif dalam pengajaran mempunyai
pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano, Pickering dan
Pollock, 2001) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan Kerangka Untuk
Pengajaran. Dalam pengajaran, guru bukan setakat mengetahui sesuatu
ilmu sahaja, namun mereka perlu mengaplikasikan atau mempraktiskan
14
ilmu tersebut dalam kelas yang diajar. Ini dikatakan sebagai knowing in
action (Fetherston, 2007) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan
Kerangka Untuk Pengajaran. Antara ciri-ciri guru yang efektif dalam
pembelajaran yang efektif adalah :
 Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran
dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid.
Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid- murid sebelum
pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia
dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan
perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur
dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning
outcome.
Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan yang terlalu besar dalam min
pencapaian, guru perlu menyemak semula tentang kelemahan atau kesilapan
dalam pengajarannya, untuk usaha penambah-baikan. Pendekatan ini akan
memudahkan guru membuat susulan agar objektif pengajaran dan pembelajaran
dicapai pada tahap maksimum. Penentuan objektif amat mustahak dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru tidak akan mencapai tahap efektif
sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.
 Pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang.
Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang
mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif terhadap bidangnya.
Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemas kini, menarik,
15
bertenaga dan inspirasional. Lebih menarik dan efektif sekiranya
guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang
dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan
datang.
 Kepelbagaian kaedah mengajar
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian
dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu
sentiasa mengubah suai strategi mengikut jangkaan keberkesanan
penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk
menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian
atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk
sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu
dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang
digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian
tindakan atau pemerhatian saintifik.
Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat
berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan
komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih
tertarik kepada kaedah yang kemas kini dan menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan
video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya
tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor,
akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti
pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
16
 Keceriaan, interaksi dan penglibatan murid.
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan
murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan
interaksi dalam pendidikan pelbagai hala guru-pelajar, pelajar-
pelajar, dan pelajar-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar akan merasa pendapat dan kehadirannya
diperlukan serta dihargai. Pelajar-pelajar perlu mengenali di antara
satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan
baik-baik serta digemari yang membuktikan saling communicate
with interest and enthusiasm.
Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai
pemikiran positif dan bersangka baik terhadap pelajar agar ilmu
yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus,
berminda ceria dan humur. Situasi sedemikian akan dapat
menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan
keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek
dan jangka panjang pelajar dan guru.
 Motivasi, minat dan mencungkil sikap ingin tahu.
Pelajar-pelajar boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan,
pendapat dan menunjuk cara perlakuan. Penglibatan pelajar-pelajar
secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam
untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari
faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran.
Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau
kelas pelajar. Apabila guru berjaya mencetuskan minat pelajar-
pelajar, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan
sentiasa ternanti-nanti kedatangan guru berkenaan. Ramai
penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan
17
merupakan faktor utama penglibatan serius pelajar dalam sesuatu
pembelajaran.
 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran.
Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar
akan menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti
pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya
penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang
tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah
komited dan efektif.
Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa
yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran
yang di dalam pengetahuan dan kemahiran pelajar yang diajar.
Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan
penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan
bombastik. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas
akan memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan
prestasi pembelajaran.
Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas
mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit. Perkara abstrak
boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar atau
sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian.
Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah
atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan
atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit
dengan objek sebenar.
18
 Ujian dan penilaian.
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis
soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di
antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji
kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian,
membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman.Soalan-
soalan berbentuk provokatif atau boleh mendatangkan rangsangan
dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif.
Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka.
Persoalan boleh diajukan berdasarkan pendekatan konsep
Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sentisis, penilaian, dan apresiasi. Hussein (1992:130)
menukilkan bahawa Rutter, et al., (1979) di dalam jurnal Guru
Efektif Dan Peranan Guru Dalam Mencapai Objektif Persekolahan
Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, telah mengenalpasti di
antara ciri-ciri sekolah rendah berkesan di United Kingdom ialah
penglibatan guru, adanya penyelarasan dan ketekalan guru, sesi
berstruktur, pengajaran yang mencabar keintelektualan,
perhubungan maksimum antara guru dengan pelajar, persekitaran
untuk mengajar dan belajar, dan, iklim positif.
 Tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan.
Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai
keberkesanan sebenar pembelajaran pelajar. Ini dilakukan pada
penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian
formatif atau summatif. Soalan yang dikemukakan perlu
dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan.
Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya
dengan cara pelajar yang mendapat pencapaian tinggi
dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk proses pengkayaan
19
pembelajaran manakala pelajar-pelajar lemah dikelompokkan
dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru memberi
perhatian dan tumpuan yang lebih banyak.
6.0 HUBUNGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR DALAM
PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF.
Domain kognitif melibatkan perubahan dalam penimbaan ilmu
pengetahuan. Manakala domain afektif terlibat dengan perubahan sikap
dan tingkah laku yang menjurus kepada pelajar dalam pelbagai budaya
hidup. Domain psikomotor pula berfokus kepada kemahiran fizikal dan
kinestetik, termasuklah penggunaan alatan sehingga pelajar mahir dalam
konteks pembelajaran.
Benjamin Bloom menyarankan beberapa kategori pembelajaran kognitif
seperti:
 Pengetahuan : Keupayaan dalam mengingat bahan yang telah
dipelajari
 Pemahaman : Keupayaan dalam penguasaan makna, menerang dan
menyatakan sesuatu idea.
 Aplikasi : Keupayaan atau kebolehan untuk menggunakan bahan
yang telah dipelajari dalam situasi yang baharu sebagai aplikasi.
 Analisis : Kebolehan untuk memisahkan bahan kepada bahagian-
bahagian dan cuba menunjukan hubungan antara bahagian-
bahagiannya.
 Sintesis : Kebolehan untuk mencantumkan idea-idea yang terpisah
untuk membentuk bahagian yang baharu.
 Penilaian : Kebolehan untuk menilai keberkesanan terhadap
sesuatu tindakan.
20
Dalam konteks domain kognitif, kategori analisis, sintesis dan
penilaian dianggap proses penyelesaian masalah. Domain kognitif
ialah penyampaian ilmu pengetahuan dalam konteks bilik darjah.
Suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh guru ialah
domain afektif yang melibatkan perubahan sikap dan tingkah laku.
Guru perlu sedar dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam
konteks afektif kerana pelajar terdiri daripada pelbagai budaya dan
bahasa. Antara tahap-tahap domain afektif ialah :
 Menerima : Sedar atau melibatkan diri dalam persekitaran.
Contohnya pembelajaran.
 Respons : Menunjukan beberapa tingkah laku sebagai hasil
daripada pengalaman.
 Menilai : Membayangkan dengan jelas penglibatan atau
komitmen terhadap sesuatu tugas yang diberi.
 Organisasi : Mengintegrasikan nilai baharu dalam nilai-
nilai yang sedia ada.
 Mencirikan nilai : Berusaha secara konsisten dengan nilai
baharu untuk memberikan pengiktirafan.
Objektif psikomotor berfokus kepada kemahiran fizikal dan
kinestetik yang membantu pelajar dan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Domain psikomotor
dicirikan oleh tahap tingkah laku yang progresif daripada
pemerhatian kepada kemahiran fizikal. Domain psikomotor
menyarankan empat kategori iaitu :
 Memerhati : Memerhati dengan aktif peristiwa yang
berlaku secara fizikal.
21
 Imitasi : Mencuba untuk meghadapi tingkah laku
fizikal. Pelajar sebagai pembelajar sedar tentang
usaha untuk mengimitasi model.
 Mempraktis : Mencuba suatu aktiviti fizikal
berkali-kali. Kesemua aksi dibuat secara turutan.
Pelajar menguasai kemahiran tetapi bukan seorang
pakar.
 Adaptasi : Mengubah suai aktiviti fizikal untuk
menjadikannya lengkap. Melatih pelajar menjadi
mahir.
Oleh itu, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada cara guru
mengajar dengan menghubungkan domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
7.0 CADANGAN-CADANGAN PENYELESAIAN DAN
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH
MEMPERTINGKATKAN MUTU PEMBELAJARAN
PELAJAR-PELAJAR.
a) Pelajar harus mengubah gaya pembelajarannya daripada sikap yang terlalu
bergantung kepada guru kepada sikap berdikari, iaitu dapat membebaskan
diri daripada belenggu meminta bantuan dan melaksanakan arahan kendiri
untuk mempelajari isi kandungan bagi semua subjek yang diikuti. Pelajar
digalakkan berfikir, mencari, mengesan, menilai, memilih dan
menggunakan segala maklumat yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu
masalah secara berkesan dan membuat keputusan yang betul.
22
b) Pelajar perlu mengetahui apakah jenis gaya pembelajaran yang sesuai
untuk diri mereka dan seterusnya menyesuaikan diri untuk menggunakan
pendekatan gaya pembelajaran tersebut.
c) Guru boleh mencampurkan pelajar yang berkeputusan rendah dengan
pelajar yang bersifat kolaboratif dalam melakukan sesuatu tugas. Ini dapat
meningkatkan kecenderungan pelajar lemah untuk meminati mata
pelajaran apabila terdapat desakan lembut secara beransur-ansur daripada
rakan sekumpulan.
d) Ibu bapa harus memberi kebebasan dan tidak mengongkong anak-anak
untuk menggunakan gaya pembelajaran yang tidak sesuai dengan gaya
pembelajaran pelajar masa kini.
e) Fakulti boleh mereka bentuk program yang dapat meningkatkan
penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Ini bertujuan untuk
meningkatkan kemampuan diri mereka dalam menjadi seorang pelajar
yang berkualiti.
23
8.0 KESIMPULAN
Antara pembelajaran efektif yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran
pelajar adalah kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian rakan kumpulan,
pendekatan bermain dalam pembelajaran, kaedah simulasi dan juga
menguasai kemahiran-kemahiran belajar.
Selain itu juga, pengajaran guru yang efektif merupakan kunci untuk pelajar
mendapat pembelajaran yang efektif. Kepentingan seseorang guru memang
tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.
Malahan, faktor guru yang efektif merupakan indikator utama dalam
menentukan kejayaan pelajar.
Pembelajaran melalui kognitif, afektif dan psikomotor amat penting dalam
proses untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih afektif. Pelajar
sebagai seorang pembelajar perlu diberi peluang mengoptimumkan
penyampaian dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua subjek yang
diajar.
Hakikatnya, pembelajaran yang efektif adalah proses pembelajaran dan
mengajar yang bukan saja terfokus kepada hasil yang dicapai pelajar, malah
mampu memberikan pemahaman yang baik, kecerdasan, ketekunan,
kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan tingkah laku dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan pelajar dan juga guru.
24
9.0 RUJUKAN
Cia Lai Lai dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajaran efektif dan
kerangka untuk pengajaran. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada
http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/22.pdf
Martono (2005). Strategi Pembelajaran: Jurnal Visi Ilmu Pendidikan, 9(6),
365-373, 2005.
Mohamad Johdi Hj.Saleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam
Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah : Perspektif Guru Besar,
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang , 59-72, 2007.
Muhd Fauzi, Aminuddin Shazi Shaarani, Aini Hussain, Mohd Faisal
Ibrahim, Salina Abdul Samad dan Mohd Marzuki Mustafa ( 2008). Ciri-ciri
pengajaran dan pengajaran berkesan. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada
http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/a/13.pdf.
Salmiza Saleh dan Afik Aziz (2012). Kemahiran belajar dalam kalangan
pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Asia Pacific
Journal of Education & Educator. Jil 27, 29-36, 2012.
Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011). Pendekatan bermain dalam
pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2(11), 1-15, 2011.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddun, Abd Aziz Abd
Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2013)
Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
25
Tejo Nurseto ( 2011). Pembelajaran yang efektif dan menyenangkan.
Diperoleh pada April 23, 2013 daripada
http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pengabdian/tejo-nurseto-mpd/11-
pembelajaran-efektif-menyenangkan.pdf .

More Related Content

What's hot

Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Ai Li
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
Arthur Jupong
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
khai naem
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
NorlelaAlim
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Noor Hafizah Abd. Rahim
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Siti Ayu Megawati
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumAslah Zakadi
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
zaidillah zainuddin
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Xiaoling Lew
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 

What's hot (20)

Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 

Viewers also liked

Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahiezaku
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guruhuda hamdan
 
Jurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikroJurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikro92 degrees
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
alin4box
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Norulhuda Ahmad
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
Wan Amir Wan
 

Viewers also liked (8)

Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
 
Jurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikroJurnal refleksi pengajaran mikro
Jurnal refleksi pengajaran mikro
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 

Similar to penulisan ilmiah

Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
Hera Rahmaliani
 
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)Susi Yanti
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
izz7556
 
Bab i ii ptk
Bab i ii ptkBab i ii ptk
Bab i ii ptk
fahmi rhazak
 
Tgz ipah 2 a kurikulum
Tgz ipah 2 a kurikulumTgz ipah 2 a kurikulum
Tgz ipah 2 a kurikulumHanie Mutzz
 
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaUsaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaOperator Warnet Vast Raha
 
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Nur Rawaidah Rahmat
 
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiSkripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiarif mutawalli
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
Muhammad Zarqony
 
Tugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaTugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaNIKAPUTRIMUSTIKADEVI
 
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptxpemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
AkbarMuhammad38
 
2.docx
2.docx2.docx
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
Alfan Fazan Jr.
 
Hakikat Pembelajaran
Hakikat PembelajaranHakikat Pembelajaran
Hakikat Pembelajaran
Shinta Alya
 

Similar to penulisan ilmiah (20)

Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
Karya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut rahaKarya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut raha
 
Karya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut rahaKarya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut raha
 
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
(1) lesson studi dlm pengembangan profesionalitas tenaga kependidikan (kelompok)
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i ii ptk
Bab i ii ptkBab i ii ptk
Bab i ii ptk
 
Tgz ipah 2 a kurikulum
Tgz ipah 2 a kurikulumTgz ipah 2 a kurikulum
Tgz ipah 2 a kurikulum
 
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesiaUsaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
Usaha peningkatan hasil belajar bahasa indonesia
 
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
 
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiSkripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Tugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaTugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nika
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptxpemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
pemebelajaranportofolio-201116025752.pptx
 
2.docx
2.docx2.docx
2.docx
 
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
Contoh Proposal PTK-Meningkatkan Prestasi Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial Mel...
 
Hakikat Pembelajaran
Hakikat PembelajaranHakikat Pembelajaran
Hakikat Pembelajaran
 
PTK IPA SMP
PTK IPA SMP PTK IPA SMP
PTK IPA SMP
 

penulisan ilmiah

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang mengandungi serangkaian pelaksanaan oleh guru dan pelajar atas dasar hubungan timbal balik yang berlangsung untuk mencapai tujuan tertentu. Interaksi antara guru dan pelajar ini merupakan syarat utama bagi proses pembelajaran. Untuk membuat proses pembelajaran menjadi efektif, guru dituntut agar mampu mengelolakan proses pembelajaran yang memberi rangsangan kepada pelajar sehingga mereka mahu dan mampu belajar. Untuk pembelajaran secara efektif, setiap orang perlu mengetahui maksud belajar yang betul. Belajar adalah sebuah tindakan aktif untuk memahami dan mengalami sesuatu. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon. Jadi, proses belajar terjadi jika pelajar merespon stimulus (rangsangan) yang diberikan guru. Selain itu juga, untuk meraih pembelajaran yang efektif pelajar dapat dibimbing oleh guru berdasarkan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan dan pemikiran guru (kognitif) dengan menggunakan teori dan kaedah pembelajaran dengan tepat.
  • 2. 2 2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN Menurut Winkel (1996: 53) di dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar adalah suatu aktiviti mental atau psikis yang berlangsung dalam interaksi yang menghasilkan perubahan-perubahan dalam pengetahuan, pemahaman, ketrampilan, dan nilai sikap. Menurut Degeng (1997: 3) di dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar merupakan pengetahuan baru pada struktur kognitif yang sudah dimiliki oleh pelajar. Hal ini bermaksud bahawa dalam proses pembelajaran, pelajar akan menghubungkan pengetahuan atau ilmu yang tersimpan dalam memorinya dan kemudian menghubungkan dengan pengetahuan yang baru. Menurut teori behavioristik di dalam jurnal Pembelajaran Efektif Dan Menyenangkan, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984). Menurut teori ini dalam pembelajaran, input ialah stimulus dan output ialah respon. Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa belajar adalah proses kegiatan yang dilakukan oleh pelajar untuk perubahan dalam dirinya berupa tingkah laku, bertambah pengetahuan dalam dirinya. Menurut Soemosasmito (dalam Trianto, 2009) di dalam jurnal Strategi Pembelajaran, suatu pembelajaran dikatakan efektif apabila memenuhi prasyarat utama keefektifan pengajaran iaitu i. Prestasi waktu belajar pelajar yang tinggi ii. Tingkah laku pelajar semasa melaksanakan tugas. iii. Ketetapan antara sukatan pelajaran dengan kemampuan pelajar (orientasi keberhasilan belajar) diutamakan. iv. Mengembangkan suasana pelajar yang akrab dan positif.
  • 3. 3 3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN EFEKTIF i. Menggunakan kaedah jigsaw. Di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan kaedah jigsaw di kaji. Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan kumpulan kecil ( Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:  Pergantungan secara positif  Tanggungjawab  Interaksi secara terus ( bertentang mata)  Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.  Penilaian kendiri secara berterusan Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, guru akan membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar (specialist group) akan diberi satu tajuk berkaitan subjek yang diambil. Pelajar-pelajar dalam kumpulan ini akan mencari maklumat sehingga menjadi pakar dalam tajuk itu. Pencarian maklumat bebas mengikut kreativiti kumpulan terbabit, sama ada melalui buku teks tambahan, internet atau bertanya guru sendiri.
  • 4. 4 Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan. Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan jigsaw akan dibentuk supaya setiap kumpulan mempunyai satu pakar dalam tajuk-tajuk yang telah ditentukan oleh guru. Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan apa yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulam pakar. Dengan kaedah ini, sebahagian daripada penyampaian di dalam kursus di lakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar sepenuhnya oleh guru. Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara kerjasama (cooperative learning method- KOOP) ( Johnson, 2000). Dalam kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama dalam mendapat maklumat yang diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Pelajar harus memastikan rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan tajuk-tajuk yang telah ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw. Ini amat berbeza dengan kaedah biasa di mana guru menjadi satu-satunya tenaga pengajar dalam subjek yang diambil. Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang juga salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan kaedah ini (Aini Hussain et al, 2007). ii. Kritikan terbuka Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan diberikan topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
  • 5. 5 Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar diberi markah berdasarkan lima perkara iaitu, intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dam maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar. iii. Penilaian rakan kumpulan Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja untuk kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000) di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
  • 6. 6 Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh guru. Para pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai setiap ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang di ingini seperti sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula kepada guru untuk dianalisa dengan lebih lanjut. Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri seorang pelajar (Kaufman et al. 2000). Antaranya ialah ia memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja pelajar-pelajar lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu para pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan lebih bersungguh-sungguh dan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan apabila penilaian kritikal dibuat oleh rakan mereka sendiri. Selain daripada itu, kaedah PRK juga mewujudkan suasana toleransi di antara para pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan diberikan secara terarah kepada setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan dapat difahami dengan lebih baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan para pelajar untuk bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang wujud di antara mereka. Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik untuk menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu untuk diaplikasikan dalam kerja kursus mereka. Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar. Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam
  • 7. 7 aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud ketirisan dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang bukan merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja berpasukan pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan salah satu alternatif dalam menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian pengajar. Penggabungan kaedah PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat menambahkan lagi keupayaan pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih telus. Kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya memberi impak positif. Secara keseluruhannya, kaedah PRK dapat disimpulkan sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan pembelajaran di dalam kelas. iv. Pendekatan bermain dalam pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.
  • 8. 8 Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak. Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui bermain. Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan Maria Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Froebel yang pernah mengasaskan Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Wardle (2008) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Kajian Sharifah Nor et al. (2009) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif. v. Menguasai kemahiran belajar Kemahiran belajar telah di kaji di dalam jurnal Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains di Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia. Kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan
  • 9. 9 (Selmen, 1987). Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang murid untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup (Selmen, 1987). Secara umum, kemahiran belajar dapat diklasifikasikan kepada beberapa subskala iaitu kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan (Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq & Haliza Jaafar, 2007). a) Kemahiran membaca Kemahiran membaca secara umumnya terbahagi kepada kemahiran membaca secara pantas dan membaca secara kritis (Saniah Sayuti et al., 2000). Membaca secara pantas melibatkan teknik bacaan sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming) manakala membaca secara kritis pula melibatkan teknik SQ3R (Survey-Question-Read- Recite-Review) dan KWLH (Know – What – Learned – How). b) Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar melibatkan pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak badan, serta mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru (Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad). Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman (Mohd. Yunus Noor, 1990).
  • 10. 10 c) Kemahiran mencatat nota Kemahiran mencatat nota merupakan elemen penting yang dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran (Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2008). Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu kuliah dapat mengingat 90 – 100% daripada yang didengar, sebaliknya pelajar yang tidak mencatat nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu (Pauk, 1987). Mencatat nota penting dalam memastikan pelajar dapat mengenal pasti dan memahami idea-idea penting pelajaran selain membantu membantu ingatan yang lebih lama (Carmen & Adams, 1984). d) Kemahiran mengurus masa Kemahiran mengurus masa merupakan antara faktor kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar (Toh, 2000). Pengurusan masa yang cekap dapat berlaku sekiranya pelajar mempunyai jadual perancangan yang jelas. Walaupun begitu, kajian mendapati bahawa hanya segelintir pelajar sahaja yang merancang dan mematuhi jadual aktiviti mereka (Padilah Ali, 1986). e) Kemahiran membuat rujukan Kemahiran membuat rujukan penting untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu membaca kesemuanya. Kemahiran ini
  • 11. 11 penting untuk melengkap dan menambah pengetahuan yang diperolehi. f) Kemahiran menghadapi peperiksaan Kemahiran menghadapi peperiksaan penting dalam memastikan pelajar mempunyai keyakinan tinggi semasa menghadapi sesuatu peperiksaan. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pelajar masih kurang mahir dengan strategi atau teknik menghadapi peperiksaan (Wong, 2010). vi. Menggunakan Kaedah Simulasi Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Selain itu, teknik ini juga adalah merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan para pelajar melakukan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suasana yang terancang. Berdasarkan pengalaman guru yang telah menggunakan teknik simulasi ini, para pelajarnya menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan semasa mengikuti sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar lebih bersikap aktif serta cerdas khususnya mengajukan soalan-soalan serta saranan di antara satu sama lain. Melalui teknik ini, guru telah menggunakan pelbagai jenis simulasi untuk topik dan tema yang berbeza. Antaranya ialah, lakonan atau drama, perbahasan dan juga permainan.
  • 12. 12 5.0 PEMBELAJARAN AKTIF, KREATIF, EFEKTIF DAN MENYENANGKAN (PAKEM) Pembelajaran efektif merupakan proses belajar mengajar yang bukan hanya menekankan pada hasil yang dicapai pelajar, namun bagaimana proses pembelajaran yang efektif mampu memberikan pemahaman yang baik, kecerdasan, ketekunan, kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan tingkah laku dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Untuk mewujudkan pembelajaran yang efektif, maka guru harus melaksanakan proses pembelajaran secara maksimum. Selain itu untuk menciptakan suasana dan persekitaran yang efektif dalam pembelajaran harus adanya faktor-faktor seperti lingkungan belajar, keahlian guru dalam mengajar, kemudahan serta kerjasama yang baik antara guru dan pelajar. Perkara tersebut merupakan usaha dalam persekitaran dan suasana belajar yang kondusif, optimal dan menyenangkan agar proses pembelajaran dapat berjalan secara efektif sehingga tujuan pembelajaran dapat dicapai dengan maksimal, salah satunya adalah dengan menerapkan pembelajaran PAKEM. PAKEM adalah singkatan dari Pembelajaran Aktif, Kreatif, Efektif, dan Menyenangkan. Aktif dimaksudkan bahwa dalam proses pembelajaran, guru harus menciptakan suasana sedemikian rupa sehingga pelajar aktif bertanya, dan mengemukakan idea. Belajar memang merupakan suatu proses aktif dari si pembelajar dalam membangun pengetahuannya, bukan proses pasif yang hanya mendengar ceramah guru tentang pengetahuan. Jika pembelajaran tidak memberikan kesempatan kepada para pelajar untuk berperanan aktif, maka pembelajaran tersebut bertentangan dengan hakikat belajar. Kreatif dimaksudkan ialah guru menciptakan kegiatan belajar yang pelbagai sehingga memenuhi kemampuan pelajar. Menyenangkan adalah suasana belajar-mengajar yang menyenangkan sehingga pelajar memusatkan perhatiannya secara penuh pada belajar sehingga waktu curah perhatiannya (“time on task”) tinggi. Menurut hasil penelitian, tingginya waktu curah perhatian terbukti meningkatkan hasil belajar.
  • 13. 13 Keadaan aktif dan menyenangkan tidaklah cukup jika proses pembelajaran tidak efektif, iaitu tidak menghasilkan apa yang harus dikuasai pelajar setelah proses pembelajaran berlangsung, sebab pembelajaran memiliki sejumlah tujuan pembelajaran yang harus dicapai. Jika pembelajaran hanya aktif dan menyenangkan tetapi tidak efektif, maka pembelajaran tersebut tak ubahnya seperti bermain biasa. Secara garis besar, PAKEM dapat digambarkan sebagai berikut: Pelajar terlibat dalam pelbagai kegiatan yang mengembangkan pemahaman dan kemampuan mereka dengan penekanan pada belajar melalui perbuatan. Guru menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar dan pelbagai cara untuk membangkitkan semangat, termasuk menggunakan rujukan sebagai sumber mengajar untuk menjadikan pembelajaran menarik, menyenangkan, dan sesuai bagi para pelajar. Guru menerapkan cara mengajar yang lebih koperatif dan interaktif, termasuk cara belajar berkumpulan. Guru mendorong pelajar untuk membina caranya sendiri dalam pembelajaran, menyatakan idea semasa pembelajaran, dan melibatkan pelajar dalam pengajaran. 5.0 HUBUNGAN GURU DALAM PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF. GURU YANG EFEKTIF DALAM PEMBELAJARAN. Pengajaran yang efektif membawa maksud yang amat bermakna dalam hidup seseorang guru dan juga dunia pendidikan. Kajian-kajian lepas menunjukan bahawa guru yang efektif dalam pengajaran mempunyai pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano, Pickering dan Pollock, 2001) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan Kerangka Untuk Pengajaran. Dalam pengajaran, guru bukan setakat mengetahui sesuatu ilmu sahaja, namun mereka perlu mengaplikasikan atau mempraktiskan
  • 14. 14 ilmu tersebut dalam kelas yang diajar. Ini dikatakan sebagai knowing in action (Fetherston, 2007) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan Kerangka Untuk Pengajaran. Antara ciri-ciri guru yang efektif dalam pembelajaran yang efektif adalah :  Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid- murid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning outcome. Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan yang terlalu besar dalam min pencapaian, guru perlu menyemak semula tentang kelemahan atau kesilapan dalam pengajarannya, untuk usaha penambah-baikan. Pendekatan ini akan memudahkan guru membuat susulan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai pada tahap maksimum. Penentuan objektif amat mustahak dalam pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru tidak akan mencapai tahap efektif sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.  Pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemas kini, menarik,
  • 15. 15 bertenaga dan inspirasional. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.  Kepelbagaian kaedah mengajar Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubah suai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemas kini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
  • 16. 16  Keceriaan, interaksi dan penglibatan murid. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi dalam pendidikan pelbagai hala guru-pelajar, pelajar- pelajar, dan pelajar-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Pelajar-pelajar perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka baik terhadap pelajar agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang pelajar dan guru.  Motivasi, minat dan mencungkil sikap ingin tahu. Pelajar-pelajar boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjuk cara perlakuan. Penglibatan pelajar-pelajar secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas pelajar. Apabila guru berjaya mencetuskan minat pelajar- pelajar, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa ternanti-nanti kedatangan guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan
  • 17. 17 merupakan faktor utama penglibatan serius pelajar dalam sesuatu pembelajaran.  Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran. Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar akan menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran pelajar yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit. Perkara abstrak boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian. Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.
  • 18. 18  Ujian dan penilaian. Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman.Soalan- soalan berbentuk provokatif atau boleh mendatangkan rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif. Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Persoalan boleh diajukan berdasarkan pendekatan konsep Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sentisis, penilaian, dan apresiasi. Hussein (1992:130) menukilkan bahawa Rutter, et al., (1979) di dalam jurnal Guru Efektif Dan Peranan Guru Dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, telah mengenalpasti di antara ciri-ciri sekolah rendah berkesan di United Kingdom ialah penglibatan guru, adanya penyelarasan dan ketekalan guru, sesi berstruktur, pengajaran yang mencabar keintelektualan, perhubungan maksimum antara guru dengan pelajar, persekitaran untuk mengajar dan belajar, dan, iklim positif.  Tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan. Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan sebenar pembelajaran pelajar. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian formatif atau summatif. Soalan yang dikemukakan perlu dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan. Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya dengan cara pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk proses pengkayaan
  • 19. 19 pembelajaran manakala pelajar-pelajar lemah dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru memberi perhatian dan tumpuan yang lebih banyak. 6.0 HUBUNGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR DALAM PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF. Domain kognitif melibatkan perubahan dalam penimbaan ilmu pengetahuan. Manakala domain afektif terlibat dengan perubahan sikap dan tingkah laku yang menjurus kepada pelajar dalam pelbagai budaya hidup. Domain psikomotor pula berfokus kepada kemahiran fizikal dan kinestetik, termasuklah penggunaan alatan sehingga pelajar mahir dalam konteks pembelajaran. Benjamin Bloom menyarankan beberapa kategori pembelajaran kognitif seperti:  Pengetahuan : Keupayaan dalam mengingat bahan yang telah dipelajari  Pemahaman : Keupayaan dalam penguasaan makna, menerang dan menyatakan sesuatu idea.  Aplikasi : Keupayaan atau kebolehan untuk menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi yang baharu sebagai aplikasi.  Analisis : Kebolehan untuk memisahkan bahan kepada bahagian- bahagian dan cuba menunjukan hubungan antara bahagian- bahagiannya.  Sintesis : Kebolehan untuk mencantumkan idea-idea yang terpisah untuk membentuk bahagian yang baharu.  Penilaian : Kebolehan untuk menilai keberkesanan terhadap sesuatu tindakan.
  • 20. 20 Dalam konteks domain kognitif, kategori analisis, sintesis dan penilaian dianggap proses penyelesaian masalah. Domain kognitif ialah penyampaian ilmu pengetahuan dalam konteks bilik darjah. Suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh guru ialah domain afektif yang melibatkan perubahan sikap dan tingkah laku. Guru perlu sedar dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam konteks afektif kerana pelajar terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. Antara tahap-tahap domain afektif ialah :  Menerima : Sedar atau melibatkan diri dalam persekitaran. Contohnya pembelajaran.  Respons : Menunjukan beberapa tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman.  Menilai : Membayangkan dengan jelas penglibatan atau komitmen terhadap sesuatu tugas yang diberi.  Organisasi : Mengintegrasikan nilai baharu dalam nilai- nilai yang sedia ada.  Mencirikan nilai : Berusaha secara konsisten dengan nilai baharu untuk memberikan pengiktirafan. Objektif psikomotor berfokus kepada kemahiran fizikal dan kinestetik yang membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Domain psikomotor dicirikan oleh tahap tingkah laku yang progresif daripada pemerhatian kepada kemahiran fizikal. Domain psikomotor menyarankan empat kategori iaitu :  Memerhati : Memerhati dengan aktif peristiwa yang berlaku secara fizikal.
  • 21. 21  Imitasi : Mencuba untuk meghadapi tingkah laku fizikal. Pelajar sebagai pembelajar sedar tentang usaha untuk mengimitasi model.  Mempraktis : Mencuba suatu aktiviti fizikal berkali-kali. Kesemua aksi dibuat secara turutan. Pelajar menguasai kemahiran tetapi bukan seorang pakar.  Adaptasi : Mengubah suai aktiviti fizikal untuk menjadikannya lengkap. Melatih pelajar menjadi mahir. Oleh itu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada cara guru mengajar dengan menghubungkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. 7.0 CADANGAN-CADANGAN PENYELESAIAN DAN LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERTINGKATKAN MUTU PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR. a) Pelajar harus mengubah gaya pembelajarannya daripada sikap yang terlalu bergantung kepada guru kepada sikap berdikari, iaitu dapat membebaskan diri daripada belenggu meminta bantuan dan melaksanakan arahan kendiri untuk mempelajari isi kandungan bagi semua subjek yang diikuti. Pelajar digalakkan berfikir, mencari, mengesan, menilai, memilih dan menggunakan segala maklumat yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan dan membuat keputusan yang betul.
  • 22. 22 b) Pelajar perlu mengetahui apakah jenis gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka dan seterusnya menyesuaikan diri untuk menggunakan pendekatan gaya pembelajaran tersebut. c) Guru boleh mencampurkan pelajar yang berkeputusan rendah dengan pelajar yang bersifat kolaboratif dalam melakukan sesuatu tugas. Ini dapat meningkatkan kecenderungan pelajar lemah untuk meminati mata pelajaran apabila terdapat desakan lembut secara beransur-ansur daripada rakan sekumpulan. d) Ibu bapa harus memberi kebebasan dan tidak mengongkong anak-anak untuk menggunakan gaya pembelajaran yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini. e) Fakulti boleh mereka bentuk program yang dapat meningkatkan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan diri mereka dalam menjadi seorang pelajar yang berkualiti.
  • 23. 23 8.0 KESIMPULAN Antara pembelajaran efektif yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran pelajar adalah kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian rakan kumpulan, pendekatan bermain dalam pembelajaran, kaedah simulasi dan juga menguasai kemahiran-kemahiran belajar. Selain itu juga, pengajaran guru yang efektif merupakan kunci untuk pelajar mendapat pembelajaran yang efektif. Kepentingan seseorang guru memang tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Malahan, faktor guru yang efektif merupakan indikator utama dalam menentukan kejayaan pelajar. Pembelajaran melalui kognitif, afektif dan psikomotor amat penting dalam proses untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih afektif. Pelajar sebagai seorang pembelajar perlu diberi peluang mengoptimumkan penyampaian dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua subjek yang diajar. Hakikatnya, pembelajaran yang efektif adalah proses pembelajaran dan mengajar yang bukan saja terfokus kepada hasil yang dicapai pelajar, malah mampu memberikan pemahaman yang baik, kecerdasan, ketekunan, kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan tingkah laku dan mengaplikasikannya dalam kehidupan pelajar dan juga guru.
  • 24. 24 9.0 RUJUKAN Cia Lai Lai dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajaran efektif dan kerangka untuk pengajaran. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/22.pdf Martono (2005). Strategi Pembelajaran: Jurnal Visi Ilmu Pendidikan, 9(6), 365-373, 2005. Mohamad Johdi Hj.Saleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah : Perspektif Guru Besar, Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang , 59-72, 2007. Muhd Fauzi, Aminuddin Shazi Shaarani, Aini Hussain, Mohd Faisal Ibrahim, Salina Abdul Samad dan Mohd Marzuki Mustafa ( 2008). Ciri-ciri pengajaran dan pengajaran berkesan. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/a/13.pdf. Salmiza Saleh dan Afik Aziz (2012). Kemahiran belajar dalam kalangan pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Asia Pacific Journal of Education & Educator. Jil 27, 29-36, 2012. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(11), 1-15, 2011. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddun, Abd Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2013) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
  • 25. 25 Tejo Nurseto ( 2011). Pembelajaran yang efektif dan menyenangkan. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pengabdian/tejo-nurseto-mpd/11- pembelajaran-efektif-menyenangkan.pdf .