SlideShare a Scribd company logo
STANDARDISASI DAN PERANCANGAN
BAHASA DI BRUNEI DARUSSALAM
Tajuk Pembentangan:
Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Pembelajaran
Di Negara Brunei Darussalam
Oleh:
10b1260 Norhayati binti Mohd. Sufri
10b1155 Nur Atiqah binti Hj Mohammad Salleh @ Hj Imran
10b1261 Nur Ajidah binti Amin
10b1235 Warhidayah binti Yussof
10b1219 Nur Amalina Atikah binti Tahier
10b1222 Siti Nurhazirah binti Zaini
Isi kandungan
• Pengenalan
• Permasalahan kajian
• Objektif kajian
• Metodologi kajian
• Skop kajian
• Latar belakang kajian
• Isu dan Cabaran
• Tindakan
• Kesimpulan
• Cadangan
• Tulisan Jawi mula diperkenalkan di Negara Brunei
Darussalam sejak abad ke-15 sejajar dengan kedatangan
agama Islam ke Brunei dan telah menjadi salah satu
sistem tulisan rasmi yang digunakan di negara ini.
• Penggunaannya tidak terhad dalam bidang pendidikan
sahaja.
• Ini membuktikan kepentingan tulisan Jawi itu semakin
dipandang tinggi, apatah lagi penggunaan tulisan Jawi
dijadikan satu komponen dalam kurikulum Bahasa Melayu
yang menekankan bidang bacaan, ejaan dan tulisan.
PENGENALAN
• Namun, terdapat permasalahan yang dihadapi dalam
penggunaannya terutamanya pada sistem ejaannya.
Oleh kerana ejaan Jawi perlu selaras dengan
perkataan Bahasa Melayu, maka timbulnya
kekeliruan di kalangan penggunanya terutama para
guru dan pelajar.
• Ini disebabkan sistem ejaan Jawi yang belum
disempurnakan dan sistem huruf Jawi yang belum
diselaraskan sepenuhnya dengan menggunakan
Sistem Ejaan Jawi Za’ba yang telah diperkenalkan di
negara ini.
• Persoalan kajian ialah
membincangkan sejauh mana
penggunaan tulisan Jawi digunakan
di negara ini, adakah terdapat isu
dan cabaran dalam pelaksanaan
serta penggunaannya?
PERMASALAHAN KAJIAN
• Untuk mengetahui perancangan-perancangan yang
telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan penggunaan tulisan Jawi dalam
pembelajaran di Negara Brunei Darussalam.
• Untuk meneliti dan mengenal pasti masalah-
masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang
terlibat dalam pelaksanaannya.
• Untuk mengetahui apakah tindakan yang telah
dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat.
OBJEKTIF KAJIAN
Metodologi Kajian
• Menggunakan dua kaedah iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.
Kaedah primer iaitu memperolehi data-data melalui temubual
mengumpulkan butiran maklumat. Seramai 6 orang telah ditemu bual
untuk membantu kajian iaitu:
 Hj Alias dari Jabatan Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP
Brunei
 Norlenney binti Haji Mohamed Yusuf
 Masni binti Moktal (Bahagian Peristilahan)
 Shahrum bin Hj Abdul Latif
 Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu
• Selain daripada itu, seramai 86 orang pelajar juga telah diberi soalan
bertulis, setiap pelajar diberi perkataan bertulisan Rumi untuk dieja
dalam tulisan Jawi. Pengkaji juga menemubual guru dan pelajar bagi
mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengetahuan Jawi dan
mengenal pasti kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para
pelajar.
METODOLOGI KAJIAN
• Berikut adalah jumlah pelajar untuk membantu
kajian:
Pelajar Sekolah Rendah: 10 orang
Pelajar Sekolah Menengah: 36 orang
Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam: 40
orang
• Kaedah sekunder pula ialah kaedah kepustakaan.
Dalam usaha untuk mendapatkan data dan
maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian,
bahan-bahan yang terdapat diperpustakaan telah
dimanfaatkan, antaranya ialah bahan-bahan
bercetak seperti buku, artikel dan tesis yang
berkaitan dengan permasalahan kajian.
Skop Kajian
• Kajian ini akan memfokuskan kepada penggunaan
tulisan Jawi dalam bidang pendidikan sahaja yang
melibatkan penggunaannya di sekolah-sekolah.
• Selain itu juga, kajian ini akan menumpukan
kepada dua agensi kerajaan yang terlibat dalam
penggunaan tulisan Jawi dalam pendidikan iaitu
Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di
bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan Jabatan Pengajian Islam di bawah
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
SKOP KAJIAN
Sejarah Tulisan Jawi di Brunei
 Kemunculannya tulisan Jawi secara langsung dengan kedatangan
Agama Islam ke Nusantara, terutamanya digunakan dalam kitab-
kitab ternama Agama Islam.
 Berasal dari tulisan Arab dan huruf-huruf Arab yang dimasukkan
ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.
 Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan
bangsa Melayu. Menurut Sejarah, boleh dikatakan bahawa abad
ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada
perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
kerana tulisan jawi bukan sahaja digunakan dalam urusan agama,
tetapi juga sebagai tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan
perhubungan dengan Negara-negara lain.
LATAR BELAKANG KAJIAN
 Sebagai contoh, dalam abad ke-15 dan ke-16, semua
persuratan kerajaan Brunei yang dikirim kepada
kerajaan Sepanyol di Manila, Filipina, ditulis dalam
bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi.
Surat-surat kerajaan Sepanyol yang dikirim kepada
kerajaan Brunei pula dituliskan dalam bahasa Melayu
kerana kerajaan Brunei tidak akan menerima surat
yang ditulis lain daripada bahasa Melayu.
Pelajaran Jawi di Brunei
 Dengan bermulanya sekolah Melayu pada tahun
1911, semenjak itulah pelajaran Jawi diajarkan.
 Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam,
selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab
terhadap pendidikan di negara ini telah mengambil
keputusan untuk menyerapkan pelajaran Jawi sebagai
satu komponen ke dalam kurikulum pelajaran Bahasa
Melayu (BM) Sekolah Rendah (Darjah 1 – Darjah 6)
dan Menengah (Tingkatan 1 – 3) yang wajib dipelajari
oleh semua pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan
bukan kerajaan. Walau bagaimanapun, di peringkat
sekolah menengah (Tingkatan 4 – 5) tidak diwajibkan
penggunaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam.
• Antara usaha-usaha itu ialah bermula tahun 1991, pelajaran Jawi telah
dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu berdasarkan
memorandum Pengarah Peperiksaan, Bil: BE/DE/C/2 yang bertarikh 11 Jun
1990.
• Selain itu, Sistem Ejaan Jawi telah digunakan di sekolah-sekolah rendah dan
menengah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan sejak tahun 1992,
sepertimana memorandum Pengarah Perlembagaan Kurikulum kepada
Pengarah DBPB Bil: JPKT/17 J2 (36) bertarikh 29 Mei 1996
• Tambahan lagi, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan
Kurikulum telah mengadakan beberapa bengkel yang berkaitan dengan
pelajaran Jawi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan
terhadap pelajaran Jawi di Negara Brunei Darussalam. Apatah lagi hal ini telah
dititahkan oleh KDYMM supaya tahap penguasaan Jawi dipertingkatkan lagi.
• Oleh yang demikian, dengan usaha dan tindakan yang diambil oleh agensi-
agensi terlibat, pelajaran Jawi di negara ini semakin berkembang. Walaupun
tulisan Rumi mula menggugat tulisan Jawi, hal ini harus dipandang serius juga
kerana tulisan Jawi membawa kepentingan dan jasa kepada bangsa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei
 Dewan Bahasa dan Pustaka adalah salah satu agensi
yang turut terlibat dalam melaksanakan sistem
pembelajaran di negara ini. Peranan DBP masa kini
adalah seperti berikut:
 Bertanggungjawab dan mengembangmajukan
Bahasa dan sastera Melayu.
 Menyelidik, mendokumentasi dan menerbitkan
bahan-bahan kebudayaan.
 Menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan
perpustakaan di seluruh negara.
 Mengembangkan budaya ilmu dan membaca di
kalangan masyarakat.
• Salah satu tugas DBP, berperanan dalam pelaksanaan penggunaan Jawi di
negara ini. Mengenai tulisan Jawi, ianya telah dinyatakan dalam Surat
Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil.21/88 iaitu kemestian semua pihak
dalam menggunakan dan mempraktikkan tulisan Jawi pada papan tanda di
bangunan kerajaan dan badan-badan perniagaan termasuklah papan nama,
papan kenyataan, kepala surat, iklan, poster, kain rentang, nama-nama dan
tanda jalan dan lain-lain. Dalam surat keliling itu juga dinyatakan bahawa
tulisan Jawi hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan Rumi
dan diletakkan pada bahagian atas.
• DBP dijadikan sumber rujukan bagi mendapatkan nasihat dan bantuan dalam
penggunaan tulisan Jawi yang betul. Maka dengan ini, penggunaan tulisan
Jawi yang diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah berpandukan
kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh DBP. Ini kerana sekolah-
sekolah tersebut di bawah Kawalan Kementerian Pendidikan. Setiap langkah
yang dibuat oleh DBP untuk memperbaiki dan menguasai ejaan Jawi yang
betul akan dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan, namun Kementerian
Hal Ehwal Ugama mempunyai dasar-dasar tersendiri.
• Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam usaha
pelestarian bahasa Melayu ini termasuklah juga usaha dalam mengekalkan
penggunaan tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam. Dewan Bahasa
dan Pustaka salah satu jabatan yang memainkan peranan penting dalam
melestarikan penulisan jawi selain memartabatkan Bahasa Melayu. Setelah
terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Bahasa Melayu telah
diangkat sebagai bahasa rasmi.Demi memenuhi keperluan dalam
mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi satu bahagian khas khusus dalam menangani
perkembangan dan kemajuan Bahasa Melayu telah pun ditubuhkan. Salah
satu fungsinya ialah dengan mendaulatkan, memperkasa dan
menyebarluaskan tulisan Jawi.
• Menurut sejarah, sekitar abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi
kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.Sejak
abad ke-15 tulisan jawi digunakan secara meluas dalam menyampaikan
ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum dan dalam merekodkan dokumen-
dokumen penting. Namun sayangnya dalam arus era globalisasi kini tulisan
jawi semakin dipinggirkan. Perubahan zaman teknologi mengakibatkan
penggunaan tulisan jawi semakin tergugat dari kemunculan pelbagai
kaedah ejaan dan ketidakseragaman ejaan jawi yang boleh menimbulkan
kekeliruan di kalangan pengguna tulisan jawi masa kini terutama impaknya
terhadap para pelajar.
Jabatan Pengajian Islam (JPI)
 Pada tahun 2002, Jabatan Pengajian Islam ditempatkan
sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan. Namun, pada 1hb
Januari 2006 Jabatan Pengajian Islam ditempatkan semula di
bawah Kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Antara misi,
matlamat dan objektif jabatan ini adalah seperti berikut:
 Misi
- Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya, berkepandaian dan
berakhlak mulia melalui Pendidikan Islam yang bersistem,
berkualiti dan mantap bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
 Matlamat
- Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam secara formal dan tidak
formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat
berugama, berkepandaian, berakhlak mulia dan taat kepada
negara serta pemimpin bagi mendukung falsafah Negara Melayu
Islam Beraja.
 Objektif
- Mewujudkan sistem Pendidikan Ugama yang kemaskini.
- Menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
- Menyediakan kurikulum yang kemaskini, menyeluruh dan menepati
hala tuju pencapaian matlamat, misi dan visi Jabatan.
- Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas
semua jenis persekolahan ugama.
- Meningkatkan kualiti pegawai, guru dan kakitangan Jabatan
Pengajian Islam melalui latihan/ bengkel/ kursus.
• JPI juga berperanan mengawal sistem penggunaan Jawi dalam
pembelajaran terutamanya pada sekolah-sekolah agama dan institusi
pengajian Islam. Mata pelajaran yang diajarkan lebih kepada
pengetahuan agama Islam dan tulisan Jawi digunakan sepenuhnya.
Jabatan ini masih menggunakan sistem ejaan Jawi Za’ba lama, yang
tidak bersependapat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
menggunakan sistem ejaan Jawi Baru atau dikatakan
dikemaskinikan.
SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA
• Sumbangan Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan
menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada
buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak.
• Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek penyenaraian kata-kata dalam
tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah
persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi.
• Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku
Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan
Melayu (Jawi-Rumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya
dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-
apa yang telah dipanjang- lebarkan di sana sahaja”.
• Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam
tulisan Jawi. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya
dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang
susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam
ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya
• Terhasilnya sistem Za’ba inilah yang dijadikan panduan awal kepada pengguna
tulisan Jawi.
Masalah yang dihadapi oleh DBP:
• Masalah berkenaan tulisan jawi ini sebenarnya sudah
lama dibincangkan oleh berbagai pihak terutama dalam
bidang pendidikan dan sektor kerajaan.
• Selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah
Melayu tulisan jawi digunakan seiring dengan tulisan
rumi dan juga usaha untuk mengetepikan tulisan jawi
dengan menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi
negara.
• Sejak itu tulisan jawi mulai tergugat kedudukannya
sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu
amnya.
ISU DAN CABARAN
• Masalah utama yang paling rumit untuk dicapai adalah
dari segi ejaannya.
• Walaupun kerajaan telah mengeluarkan beberapa
arahan dan surat keliling mengenai tulisan jawi iaitu
kemestian semua pihak dalam menggunakan dan
mempraktikkan tulisan jawi pada papan tanda di
bangunan kerajaan dan badan-badan perniagaan dan
tulisan jawi hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya
daripada tulisan rumi dan diletakkan pada bahagian atas
sekali tetap juga ejaan jawi itu tidak dijaga dengan baik
kerana masih terdapat kesilapan dalam ejaannya.
• Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka kini bertambah
mencabar dalam era globalisasi ini, DBP juga perlu sentiasa
‘alert’ dengan keadaan semasa sesuai dengan peralihan
zaman yang semakin canggih.
• Jika dahulu semua tulisan jawi itu mengikut sistem ejaan
Za’ba tetapi sekarang beberapa perubahan telah berlaku
sehingga wujud Sistem Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (PEJYD) pada tahun 1986 yang dirumuskan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur berdasarkan
keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.
Masalah yang dihadapi oleh JPI:
 Menggunakan sistem ejaan Za’ba
 Perubahan kepada sistem ejaan jawi
mengelirukan para pelajar terutamanya kanak-
kanak.
 Masalah ini dianggap kecil namun ia dapat
memberi kesan kepada pendidikan yang
diterima.
 Masalah utama ialah tiada penyelarasan yang
berjaya dilakukan.
 Tulisan Jawi sudah lama dimartabatkan dan seharusnya
mendapat penekanan yang serius agar sistem ejaan jawi itu
diselaraskan bagi mengelak kekeliruan.
 Perbezaan kokurikulum setiap Jabatan - contohnya
Kementerian Pendidikan
 Kementerian Pendidikan hanya meminjam guru daripada JPI
untuk mengajar Pendidikan Ugama Islam (PUI) dan hanya
menggunakan tulisan rumi.
 Buku-buku teks bagi PUI disediakan oleh Kementerian
Pendidikan dan JPI tidak mempunyai kuasa untuk
menjadikan pendidikan tersebut ditulis dalam tulisan jawi.
 Buku-buku teks yang berkaitan dengan tulisan jawi
seharusnya diselaraskan terlebih dahulu sehinggakan ia
memungkinkan kekeliruan terhadap ejaan jawi yang masih
belum mendapat kata putus dari pihak yang berkuasa.
• Secara keseluruhannya, prestasi para pelajar tidak seimbang.
• Hampir semua pelajar tidak begitu menguasai sistem ejaan
Jawi baru dengan baik.
• Ini dapat dibuktikan dariapada dapatan kajian bahawa para
pelajar masih melakukan kesalahan dalam ejaan Jawi baru
dan masih belum mampu menguasai sistem ejaan Jawi baru
dengan baik.
• Sebagai contoh kesalahan ejaan dari kata serapan bahasa
Inggeris, kata serapan bahasa Arab, penggunaan huruf alif,
penggunaan huruf hamzah, penggunaan huruf ha dan lain-lain.
PRESTASI PARA PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENULISAN TULISAN
JAWI
• Dari segi penguasaan ejaan Jawi, menunjukkan
bahawa para pelajar juga tidak mempunyai
pegangan asas mengeja Jawi dengan baik. Hal ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti
1) Masalah kekeliruan tentang penggunaan ejaan Jawi
lama dan baru
2) Ketidakmantapan para pelajar menguasai sistem
ejaan Jawi baru disebabkan oleh kurangnya waktu
belajar
3) Sikap negatif para pelajar terhadap pelajaran Jawi.
Di antara masalah-masalah adalah seperti berikut:
1) Penggunaan vokal alif dalam ejaan Jawi bagi menggantikan vokal /a/
dalam ejaan Rumi. Kesukaran untuk menentukan bila mereka perlu
menterjemahkan vokal /a/ kepada vokal alif atau sebaliknya. Contoh:
perkataan ‘saya’ dan ‘dada’. Vokal /a/ pada perkataan ‘saya’ tidak
diterjemahkan dengan vokal alif manakala berlaku pada perkataan
‘dada’.
2) Kesukaran dalam mengenal pasti dan menulis perkataan Jawi yang
berasal dari perkataan-perkataan serapan bahasa Arab.
3) Kesukaran untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf
hamzah. Contoh dalam perkataan ‘ke arah’ dan ‘malaikat’.
Masalah-Masalah Dan Kekeliruan Yang Terdapat
Dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan
Para Pelajar
4) Masalah dalam menulis perkataan yang berasal dari serapan
bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Contoh: semua huruf ‘k’
dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf
kaf dalam ejaan Jawi. Contoh perkataan kritik.
5) Kekeliruan para pelajar dalam penggunaan huruf qaf dan kaf
bagi menterjemah huruf k.
6) Kesukaran dalam mengingati kaedah-kaedah dalam penulisan
sistem ejaan Jawi baru.
7) Kesukaran untuk menentukan sama ada menggunakan huruf
ha atau ha simpul bagi menterjemah huruf h.
8) Kesukaran dengan kemasukan imbuhan dalam perkataan asal.
9) Keliru dalam meletakkan titik pada huruf nya sama ada ditulis
di atas atau di bawah.
10) Kesulitan dalam membentuk ayat-ayat dalam tulisan Jawi.
11) Kurang penggunaan yang menyebabkan sukar untuk
mempelajarinya.
Tindakan yang dirancang untuk menangani
masalah
Langkah-langkah yang dilakukan oleh DBP:
• Menubuhkan Jawatankuasa Sidang Pakar Pedoman Ejaan
Jawi - Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Ahli-ahli Jawatankuasa Sidang Pakar antaranya :-
 Dewan Bahasa dan Pustaka
 Pendidikan
 Jabatan Pengajian Islam
 Pusat Dakwah
 Jabatan Mufti
• Pada tahun 2012 satu bengkel telah diadakan iaitu
dengan memanggil pakar-pakar untuk mengkaji pedoman
ini.
• Menjalankan usaha penyelarasan ejaan Jawi iaitu
pedoman dan tulisan yang ditangani oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, kerana DBP mempunyai seksyen Jurutulis
Jawi Kanan dan dua orang jurutulis Jawi.
• Pedoman yang ditangani oleh DBP ialah sistem dan
tulisan antaranya mengadakan bengkel tulisan kepada
guru-guru.
• Perancangan pelaksanaan pedoman ini telah dibuat akan
tetapi ia perlu disemak yang bertujuan untuk
penerimaannya kepada pengguna kerana terdapat
beberapa perkara yang berbangkit yang memerlukan
pengubahsuaian dan dikemaskini.
• Seminar Persidangan Kebangsaan Ejaan
Jawi (PKEJ) ini diselengarakan oleh tiga
kementerian iaitu:-
 Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
(Dewan Bahasa dan Pustaka)
 Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Ugama.
• Seminar tersebut diadakan pada tahun 2012
dan terdapat beberapa resolusi tertentu,
salah satunya mengadakan Jawatan Kuasa
Kebangsaan untuk penyelarasan.
• Mengadakan Peraduan menulis jawi.
 Menggalakkan orang yang berbangsa Melayu
dan bukan Melayu mengikuti peraduan menulis
Jawi di pesta buku.
 Majlis MIB telah mengundang warga DBP untuk
mengadakan peraduan tulisan Jawi melalui
majlis tersebut sebagai langkah
mengembangkan tulisan jawi.
Terdapat beberapa usaha untuk mencari jalan
penyelelesaian bagi melaksanakan
perancangannya, tinggal sahaja pihak-pihak
tertentu menjalankan perlaksanaan perancangan
tersebut.
Langkah-langkah yang dilakukan oleh JPI:
• Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat
Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin
Pengiran Haji Abdul Rahman telah menekankan
kepentingan tulisan jawi dalam Majlis Mesyuarat
Pertama dari Musim Permesyuaratan
Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara (MMN).
• Inisiatif telah dijalankan bagi menubuhkan satu
jawatankuasa penyelarasan ejaan jawi yang
terdiri daripada tiga orang pegawai dari
Kementerian Kebudayaan, Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
• Penyelarasan ejaan jawi akan dilakukan sebelum
menerbitkan buku-buku di masa yang akan
datang bagi mengelakkan masalah yang
terdahulu berbangkit.
• Penekanan telah dibuat, sekiranya masih lagi
terdapat kesalahan dalam menulis ejaan jawi,
pihak yang berkuasa tidak akan teragak-agak
untuk mewujudkan satu rang undang-undang bagi
mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang
melakukan kesalahan apabila menulis dalam
tulisan jawi.
• Pihak Jabatan Pengajian Islam turut mengadakan
kursus-kursus kepada pegawai-pegawai Kerajaan
agar sentiasa mengetahui sistem ejaan jawi
dengan berpandukan sistem ejaan zaaba.
• Ia bertujuan agar dapat membantu para guru-guru
yang telah berkhidmat dengan Kerajaan malahan
bagi membimbing bakal-bakal guru agar
mengetahui sistem ejaan jawi di bawah pimpinan
Jabatan Pengajian Islam.
• Pihak jabatan juga telah menyediakan buku-buku
teks yang mudah difahami oleh kanak-kanak yang
belajar di sekolah ugama, kemudian menggantikan
buku-buku teks lama.
• Langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak
Jabatan ialah dengan mengadakan peraduan-
peraduan menulis Jawi dan menggalakkan kanak-
kanak untuk membaca dalam tulisan jawi.
• Taklimat bimbingan tulisan Jawi kepada guru-
guru agama JPI
• Bengkel Seni Khat bagi mengembangkan lagi
penggunaan tulisan Jawi di samping untuk
mempelbagaikan lagi penggunaan tulisan
Jawi.
Antaranya adalah:
• Memberi pendedahan lebih mengenai sistem ejaam Jawi
baru, mendedahkan kaedah, teknik dan strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran Jawi.
• Menyerapkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran
misalnya menukarkan ejaan Rumi kepada ejaan Jawi.
• Mempelbagaikan aktiviti pengajaran Jawi agar pelajar lebih
tertarik.
• Memberi perhatian lebih dan membantu pelajar yang
bermasalah dengan pelajaran Jawi; membetulkan dan
menerangkan kesalahan pelajar.
Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Guru
• Meluaskan pembacaan Jawi pelajar seperti merujuk
kepada buku, kamus, majalah dalam tulisan Jawi.
• Memberikan latihan penggunaan sistem ejaan Jawi
baru supaya pelajar mahir menggunakannya.
• Mengadakan ujian bertulis dan lisan dalam petikan
Rumi dan Jawi.
• Mengadakan kursus, seminar atau bengkel
penggunaan ejaan Jawi yang betul.
• Berdasarkan kepada analisis-analisis yang dilakukan, jelas
menunjukkan bahawa sistem Ejaan Jawi di Negara Brunei
Darussalam khususnya di sekolah-sekolah menghadapi
masalah ketidakseragaman. Antara sebabnya adalah sistem
yang digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti
Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan(DBP) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama(JPI)
menggunakan sistem ejaan yang berlainan. Oleh yang
demikian, kerjasama dari ketiga-tiga kementerian ini adalah
sangat penting bagi menyelesaikan masalah ini.
• Pengguasaan terhadap Jawi perlu dipertingkatkan dan
diperbaiki lagi bagi mengekalkan warisan bangsa serta untuk
mencapai tahap yang diinginkan.
KESIMPULAN
• Memandangkan tahap pemahaman dan prestasi para pelajar
pada penggunaan tulisan Jawi adalah lemah, maka ini perlu
diberi perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab
dengan memberi lebih banyak pendedahan dan latihan.
• Memberi pendedahan yang lebih kepada semua guru
pendidikan Islam dan bahasa Melayu mengenai dengan
sistem ejaan Jawi terkini agar mereka boleh mengajar dengan
betul dan mengelakkan kekeliruan.
• Perhatian lebih perlu diberikan terhadap kaedah ejaan yang
mengelirukan untuk difahami. Ini kerana terdapat
perbendaharaan kata yang mengelirukan sama ada perkataan
yang berasal dari bahasa melayu, serapan bahasa Inggeris
atau serapan bahasa Arab.
CADANGAN
• Memperbanyak latihan menterjemah terutama sekali dalam
perkataan-perkataan yang mempunyai huruf /a/, /k/, hamzah
dan sebagainya.
• Pengajar perlu sentiasa prihatin terhadap kekeliruan pelajar
dan membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang sering
menimbulkan kesukaran bagi tujuan mempermudah
pengajaran dan pemahaman tulisan jawi.
• Sentiasa memantau dan menganalisa kesalahan-kesalahan
dalam penulisan tulisan jawi pelajar.
• Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pengajian
Islam perlu meningkatkan kerjasama bagi menitikberatkan
sistem ejaan Jawi baru. Oleh itu, sistem ejaan Jawi dapat
diselaraskan dengan baik dan untuk mengelakkan kekeliruan
terhadap pelajaran Jawi.
• Meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan,
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencari jalan untuk
meyelesaikan masalah ketidakselarasan Sistem Ejaan Jawi
terutamanya di sekolah rendah dan sekolah ugama bagi
menggelakkan kekeliruan di kalangan pelajar.
• Mengadakan taklimat dan bengkel kepada guru-guru agama
dan seterusnya melakukan ujian serta pemantauan untuk
menilai tahap kemahiran mereka dalam sistem Jawi agar
mereka tidak melakukan kesilapan dan memberi kesan
terhadap pembelajaran kepada pelajar.
• Mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan guru dan
pelajar yang berkaitan dengan Jawi seperti peraduan dan
pertandingan.
Abd. Hamid Hj Mohamad. 2006. Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan:Satu Kajian
Kes Di Kalangan Murid Darjah VI Di Emapat Buah Sekolah Rendah Di Mukim
Tutong. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan bahasa Melayu, Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Dk. Mariam Pg. Hj. Matarsad (1982). Masalah tulisan Jaawi di sekolah rendah dan
maktab: Pengajaran dan penggunaanya. Kertas Kerja Seminar Penyibaran dan
Peningkatan Tulisan Jawi. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 29-31 Julai.
Effiyanna Hj Awg Besar.2009.Pengguasaan Ejaan Jawi Terkini dalam kalangan murid
tahun VI Sekolah Rendah ST. Margaret School Seria: Satu Perbandingan. Latihan
Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Sultan Hassanal
Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
RUJUKAN
Ismail Dahaman (Penyusun) (1996). Pedoman ejaan dan sebutan dan sebutan
bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2005). Pelajaran Jawi dalam sistem
pendidikan negara. Laporan Unit Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan
Negara Brunei Darussalam.
Kang Kyoung Seock (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Umum Ejaan Jawi.2011.Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sarinah Hj Abdul Wahid.2007. Pengguasaan Sistem Ejaan Jawi Baru dalam
Penulisan di Kalangan Murid Darjah 6, Sekolah Rendah Mohammad Alam
Seria. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut
Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Zainal Abidin Ahmad.2000.Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian
Terima Kasih 

More Related Content

What's hot

Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
misri bohari
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
hudhud321
 
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di MalaysiaSesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
ElezaR1
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Ahmad Fahmi
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Norafsah Awang Kati
 
Kssm baru
Kssm baruKssm baru
Kssm baru
cikgusyahril
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Kaedah bacaan al quran
Kaedah bacaan al quranKaedah bacaan al quran
Kaedah bacaan al quranshahratudar
 
Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
muhammad
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Aiisy Afifah
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
Jalalludin6791
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)Ibnu Omar
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Agnes Wong
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 

What's hot (20)

Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
TOKOH TARANNUM MALAYSIA (HAJI MAASOM PERGAU)
 
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di MalaysiaSesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
 
Kssm baru
Kssm baruKssm baru
Kssm baru
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Kaedah bacaan al quran
Kaedah bacaan al quranKaedah bacaan al quran
Kaedah bacaan al quran
 
Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)
Modul kelas pemulihan jawi model j qaf(pp)
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 

Similar to Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam

Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
zulyanei
 
Bahasa arab perkembangan bahasa arab
Bahasa arab perkembangan bahasa arabBahasa arab perkembangan bahasa arab
Bahasa arab perkembangan bahasa arab
najjahsya
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
SYAZWANI IBRAHIM
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawiAinul Mardhiah
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Siti Nur Ain
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
Laila Wati Johari
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Ahmad NazRi
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
johari7755
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
Erra Priska Michael
 
Hubungan etinik
Hubungan etinikHubungan etinik
Hubungan etinikdhaarni
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
Dee Hamid
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasan
N_naim
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanYusmi Yusuf
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanYusmi Yusuf
 

Similar to Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam (20)

Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Bahasa arab perkembangan bahasa arab
Bahasa arab perkembangan bahasa arabBahasa arab perkembangan bahasa arab
Bahasa arab perkembangan bahasa arab
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Hubungan etinik
Hubungan etinikHubungan etinik
Hubungan etinik
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasan
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (8)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam

  • 1. STANDARDISASI DAN PERANCANGAN BAHASA DI BRUNEI DARUSSALAM Tajuk Pembentangan: Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Pembelajaran Di Negara Brunei Darussalam Oleh: 10b1260 Norhayati binti Mohd. Sufri 10b1155 Nur Atiqah binti Hj Mohammad Salleh @ Hj Imran 10b1261 Nur Ajidah binti Amin 10b1235 Warhidayah binti Yussof 10b1219 Nur Amalina Atikah binti Tahier 10b1222 Siti Nurhazirah binti Zaini
  • 2. Isi kandungan • Pengenalan • Permasalahan kajian • Objektif kajian • Metodologi kajian • Skop kajian • Latar belakang kajian • Isu dan Cabaran • Tindakan • Kesimpulan • Cadangan
  • 3. • Tulisan Jawi mula diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sejak abad ke-15 sejajar dengan kedatangan agama Islam ke Brunei dan telah menjadi salah satu sistem tulisan rasmi yang digunakan di negara ini. • Penggunaannya tidak terhad dalam bidang pendidikan sahaja. • Ini membuktikan kepentingan tulisan Jawi itu semakin dipandang tinggi, apatah lagi penggunaan tulisan Jawi dijadikan satu komponen dalam kurikulum Bahasa Melayu yang menekankan bidang bacaan, ejaan dan tulisan. PENGENALAN
  • 4. • Namun, terdapat permasalahan yang dihadapi dalam penggunaannya terutamanya pada sistem ejaannya. Oleh kerana ejaan Jawi perlu selaras dengan perkataan Bahasa Melayu, maka timbulnya kekeliruan di kalangan penggunanya terutama para guru dan pelajar. • Ini disebabkan sistem ejaan Jawi yang belum disempurnakan dan sistem huruf Jawi yang belum diselaraskan sepenuhnya dengan menggunakan Sistem Ejaan Jawi Za’ba yang telah diperkenalkan di negara ini.
  • 5. • Persoalan kajian ialah membincangkan sejauh mana penggunaan tulisan Jawi digunakan di negara ini, adakah terdapat isu dan cabaran dalam pelaksanaan serta penggunaannya? PERMASALAHAN KAJIAN
  • 6. • Untuk mengetahui perancangan-perancangan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam. • Untuk meneliti dan mengenal pasti masalah- masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. • Untuk mengetahui apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat. OBJEKTIF KAJIAN
  • 7. Metodologi Kajian • Menggunakan dua kaedah iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder. Kaedah primer iaitu memperolehi data-data melalui temubual mengumpulkan butiran maklumat. Seramai 6 orang telah ditemu bual untuk membantu kajian iaitu:  Hj Alias dari Jabatan Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP Brunei  Norlenney binti Haji Mohamed Yusuf  Masni binti Moktal (Bahagian Peristilahan)  Shahrum bin Hj Abdul Latif  Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu • Selain daripada itu, seramai 86 orang pelajar juga telah diberi soalan bertulis, setiap pelajar diberi perkataan bertulisan Rumi untuk dieja dalam tulisan Jawi. Pengkaji juga menemubual guru dan pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengetahuan Jawi dan mengenal pasti kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para pelajar. METODOLOGI KAJIAN
  • 8. • Berikut adalah jumlah pelajar untuk membantu kajian: Pelajar Sekolah Rendah: 10 orang Pelajar Sekolah Menengah: 36 orang Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam: 40 orang • Kaedah sekunder pula ialah kaedah kepustakaan. Dalam usaha untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian, bahan-bahan yang terdapat diperpustakaan telah dimanfaatkan, antaranya ialah bahan-bahan bercetak seperti buku, artikel dan tesis yang berkaitan dengan permasalahan kajian.
  • 9. Skop Kajian • Kajian ini akan memfokuskan kepada penggunaan tulisan Jawi dalam bidang pendidikan sahaja yang melibatkan penggunaannya di sekolah-sekolah. • Selain itu juga, kajian ini akan menumpukan kepada dua agensi kerajaan yang terlibat dalam penggunaan tulisan Jawi dalam pendidikan iaitu Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. SKOP KAJIAN
  • 10. Sejarah Tulisan Jawi di Brunei  Kemunculannya tulisan Jawi secara langsung dengan kedatangan Agama Islam ke Nusantara, terutamanya digunakan dalam kitab- kitab ternama Agama Islam.  Berasal dari tulisan Arab dan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.  Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Menurut Sejarah, boleh dikatakan bahawa abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam kerana tulisan jawi bukan sahaja digunakan dalam urusan agama, tetapi juga sebagai tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan perhubungan dengan Negara-negara lain. LATAR BELAKANG KAJIAN
  • 11.  Sebagai contoh, dalam abad ke-15 dan ke-16, semua persuratan kerajaan Brunei yang dikirim kepada kerajaan Sepanyol di Manila, Filipina, ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Surat-surat kerajaan Sepanyol yang dikirim kepada kerajaan Brunei pula dituliskan dalam bahasa Melayu kerana kerajaan Brunei tidak akan menerima surat yang ditulis lain daripada bahasa Melayu.
  • 12. Pelajaran Jawi di Brunei  Dengan bermulanya sekolah Melayu pada tahun 1911, semenjak itulah pelajaran Jawi diajarkan.  Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di negara ini telah mengambil keputusan untuk menyerapkan pelajaran Jawi sebagai satu komponen ke dalam kurikulum pelajaran Bahasa Melayu (BM) Sekolah Rendah (Darjah 1 – Darjah 6) dan Menengah (Tingkatan 1 – 3) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah menengah (Tingkatan 4 – 5) tidak diwajibkan penggunaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam.
  • 13. • Antara usaha-usaha itu ialah bermula tahun 1991, pelajaran Jawi telah dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu berdasarkan memorandum Pengarah Peperiksaan, Bil: BE/DE/C/2 yang bertarikh 11 Jun 1990. • Selain itu, Sistem Ejaan Jawi telah digunakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan sejak tahun 1992, sepertimana memorandum Pengarah Perlembagaan Kurikulum kepada Pengarah DBPB Bil: JPKT/17 J2 (36) bertarikh 29 Mei 1996 • Tambahan lagi, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah mengadakan beberapa bengkel yang berkaitan dengan pelajaran Jawi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap pelajaran Jawi di Negara Brunei Darussalam. Apatah lagi hal ini telah dititahkan oleh KDYMM supaya tahap penguasaan Jawi dipertingkatkan lagi. • Oleh yang demikian, dengan usaha dan tindakan yang diambil oleh agensi- agensi terlibat, pelajaran Jawi di negara ini semakin berkembang. Walaupun tulisan Rumi mula menggugat tulisan Jawi, hal ini harus dipandang serius juga kerana tulisan Jawi membawa kepentingan dan jasa kepada bangsa Melayu.
  • 14. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei  Dewan Bahasa dan Pustaka adalah salah satu agensi yang turut terlibat dalam melaksanakan sistem pembelajaran di negara ini. Peranan DBP masa kini adalah seperti berikut:  Bertanggungjawab dan mengembangmajukan Bahasa dan sastera Melayu.  Menyelidik, mendokumentasi dan menerbitkan bahan-bahan kebudayaan.  Menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.  Mengembangkan budaya ilmu dan membaca di kalangan masyarakat.
  • 15. • Salah satu tugas DBP, berperanan dalam pelaksanaan penggunaan Jawi di negara ini. Mengenai tulisan Jawi, ianya telah dinyatakan dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil.21/88 iaitu kemestian semua pihak dalam menggunakan dan mempraktikkan tulisan Jawi pada papan tanda di bangunan kerajaan dan badan-badan perniagaan termasuklah papan nama, papan kenyataan, kepala surat, iklan, poster, kain rentang, nama-nama dan tanda jalan dan lain-lain. Dalam surat keliling itu juga dinyatakan bahawa tulisan Jawi hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan Rumi dan diletakkan pada bahagian atas. • DBP dijadikan sumber rujukan bagi mendapatkan nasihat dan bantuan dalam penggunaan tulisan Jawi yang betul. Maka dengan ini, penggunaan tulisan Jawi yang diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah berpandukan kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh DBP. Ini kerana sekolah- sekolah tersebut di bawah Kawalan Kementerian Pendidikan. Setiap langkah yang dibuat oleh DBP untuk memperbaiki dan menguasai ejaan Jawi yang betul akan dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan, namun Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai dasar-dasar tersendiri.
  • 16. • Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam usaha pelestarian bahasa Melayu ini termasuklah juga usaha dalam mengekalkan penggunaan tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka salah satu jabatan yang memainkan peranan penting dalam melestarikan penulisan jawi selain memartabatkan Bahasa Melayu. Setelah terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi.Demi memenuhi keperluan dalam mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi satu bahagian khas khusus dalam menangani perkembangan dan kemajuan Bahasa Melayu telah pun ditubuhkan. Salah satu fungsinya ialah dengan mendaulatkan, memperkasa dan menyebarluaskan tulisan Jawi. • Menurut sejarah, sekitar abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.Sejak abad ke-15 tulisan jawi digunakan secara meluas dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum dan dalam merekodkan dokumen- dokumen penting. Namun sayangnya dalam arus era globalisasi kini tulisan jawi semakin dipinggirkan. Perubahan zaman teknologi mengakibatkan penggunaan tulisan jawi semakin tergugat dari kemunculan pelbagai kaedah ejaan dan ketidakseragaman ejaan jawi yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna tulisan jawi masa kini terutama impaknya terhadap para pelajar.
  • 17. Jabatan Pengajian Islam (JPI)  Pada tahun 2002, Jabatan Pengajian Islam ditempatkan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan. Namun, pada 1hb Januari 2006 Jabatan Pengajian Islam ditempatkan semula di bawah Kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Antara misi, matlamat dan objektif jabatan ini adalah seperti berikut:  Misi - Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya, berkepandaian dan berakhlak mulia melalui Pendidikan Islam yang bersistem, berkualiti dan mantap bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.  Matlamat - Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam secara formal dan tidak formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat berugama, berkepandaian, berakhlak mulia dan taat kepada negara serta pemimpin bagi mendukung falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
  • 18.  Objektif - Mewujudkan sistem Pendidikan Ugama yang kemaskini. - Menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran. - Menyediakan kurikulum yang kemaskini, menyeluruh dan menepati hala tuju pencapaian matlamat, misi dan visi Jabatan. - Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan ugama. - Meningkatkan kualiti pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan/ bengkel/ kursus. • JPI juga berperanan mengawal sistem penggunaan Jawi dalam pembelajaran terutamanya pada sekolah-sekolah agama dan institusi pengajian Islam. Mata pelajaran yang diajarkan lebih kepada pengetahuan agama Islam dan tulisan Jawi digunakan sepenuhnya. Jabatan ini masih menggunakan sistem ejaan Jawi Za’ba lama, yang tidak bersependapat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menggunakan sistem ejaan Jawi Baru atau dikatakan dikemaskinikan.
  • 19. SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA • Sumbangan Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. • Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek penyenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi. • Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa- apa yang telah dipanjang- lebarkan di sana sahaja”. • Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya • Terhasilnya sistem Za’ba inilah yang dijadikan panduan awal kepada pengguna tulisan Jawi.
  • 20. Masalah yang dihadapi oleh DBP: • Masalah berkenaan tulisan jawi ini sebenarnya sudah lama dibincangkan oleh berbagai pihak terutama dalam bidang pendidikan dan sektor kerajaan. • Selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu tulisan jawi digunakan seiring dengan tulisan rumi dan juga usaha untuk mengetepikan tulisan jawi dengan menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi negara. • Sejak itu tulisan jawi mulai tergugat kedudukannya sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu amnya. ISU DAN CABARAN
  • 21. • Masalah utama yang paling rumit untuk dicapai adalah dari segi ejaannya. • Walaupun kerajaan telah mengeluarkan beberapa arahan dan surat keliling mengenai tulisan jawi iaitu kemestian semua pihak dalam menggunakan dan mempraktikkan tulisan jawi pada papan tanda di bangunan kerajaan dan badan-badan perniagaan dan tulisan jawi hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan diletakkan pada bahagian atas sekali tetap juga ejaan jawi itu tidak dijaga dengan baik kerana masih terdapat kesilapan dalam ejaannya.
  • 22. • Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka kini bertambah mencabar dalam era globalisasi ini, DBP juga perlu sentiasa ‘alert’ dengan keadaan semasa sesuai dengan peralihan zaman yang semakin canggih. • Jika dahulu semua tulisan jawi itu mengikut sistem ejaan Za’ba tetapi sekarang beberapa perubahan telah berlaku sehingga wujud Sistem Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) pada tahun 1986 yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur berdasarkan keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.
  • 23. Masalah yang dihadapi oleh JPI:  Menggunakan sistem ejaan Za’ba  Perubahan kepada sistem ejaan jawi mengelirukan para pelajar terutamanya kanak- kanak.  Masalah ini dianggap kecil namun ia dapat memberi kesan kepada pendidikan yang diterima.  Masalah utama ialah tiada penyelarasan yang berjaya dilakukan.
  • 24.  Tulisan Jawi sudah lama dimartabatkan dan seharusnya mendapat penekanan yang serius agar sistem ejaan jawi itu diselaraskan bagi mengelak kekeliruan.  Perbezaan kokurikulum setiap Jabatan - contohnya Kementerian Pendidikan  Kementerian Pendidikan hanya meminjam guru daripada JPI untuk mengajar Pendidikan Ugama Islam (PUI) dan hanya menggunakan tulisan rumi.  Buku-buku teks bagi PUI disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan JPI tidak mempunyai kuasa untuk menjadikan pendidikan tersebut ditulis dalam tulisan jawi.  Buku-buku teks yang berkaitan dengan tulisan jawi seharusnya diselaraskan terlebih dahulu sehinggakan ia memungkinkan kekeliruan terhadap ejaan jawi yang masih belum mendapat kata putus dari pihak yang berkuasa.
  • 25. • Secara keseluruhannya, prestasi para pelajar tidak seimbang. • Hampir semua pelajar tidak begitu menguasai sistem ejaan Jawi baru dengan baik. • Ini dapat dibuktikan dariapada dapatan kajian bahawa para pelajar masih melakukan kesalahan dalam ejaan Jawi baru dan masih belum mampu menguasai sistem ejaan Jawi baru dengan baik. • Sebagai contoh kesalahan ejaan dari kata serapan bahasa Inggeris, kata serapan bahasa Arab, penggunaan huruf alif, penggunaan huruf hamzah, penggunaan huruf ha dan lain-lain. PRESTASI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENULISAN TULISAN JAWI
  • 26. • Dari segi penguasaan ejaan Jawi, menunjukkan bahawa para pelajar juga tidak mempunyai pegangan asas mengeja Jawi dengan baik. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti 1) Masalah kekeliruan tentang penggunaan ejaan Jawi lama dan baru 2) Ketidakmantapan para pelajar menguasai sistem ejaan Jawi baru disebabkan oleh kurangnya waktu belajar 3) Sikap negatif para pelajar terhadap pelajaran Jawi.
  • 27. Di antara masalah-masalah adalah seperti berikut: 1) Penggunaan vokal alif dalam ejaan Jawi bagi menggantikan vokal /a/ dalam ejaan Rumi. Kesukaran untuk menentukan bila mereka perlu menterjemahkan vokal /a/ kepada vokal alif atau sebaliknya. Contoh: perkataan ‘saya’ dan ‘dada’. Vokal /a/ pada perkataan ‘saya’ tidak diterjemahkan dengan vokal alif manakala berlaku pada perkataan ‘dada’. 2) Kesukaran dalam mengenal pasti dan menulis perkataan Jawi yang berasal dari perkataan-perkataan serapan bahasa Arab. 3) Kesukaran untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf hamzah. Contoh dalam perkataan ‘ke arah’ dan ‘malaikat’. Masalah-Masalah Dan Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan Para Pelajar
  • 28. 4) Masalah dalam menulis perkataan yang berasal dari serapan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Contoh: semua huruf ‘k’ dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf kaf dalam ejaan Jawi. Contoh perkataan kritik. 5) Kekeliruan para pelajar dalam penggunaan huruf qaf dan kaf bagi menterjemah huruf k. 6) Kesukaran dalam mengingati kaedah-kaedah dalam penulisan sistem ejaan Jawi baru. 7) Kesukaran untuk menentukan sama ada menggunakan huruf ha atau ha simpul bagi menterjemah huruf h. 8) Kesukaran dengan kemasukan imbuhan dalam perkataan asal. 9) Keliru dalam meletakkan titik pada huruf nya sama ada ditulis di atas atau di bawah. 10) Kesulitan dalam membentuk ayat-ayat dalam tulisan Jawi. 11) Kurang penggunaan yang menyebabkan sukar untuk mempelajarinya.
  • 29. Tindakan yang dirancang untuk menangani masalah Langkah-langkah yang dilakukan oleh DBP: • Menubuhkan Jawatankuasa Sidang Pakar Pedoman Ejaan Jawi - Dewan Bahasa dan Pustaka. • Ahli-ahli Jawatankuasa Sidang Pakar antaranya :-  Dewan Bahasa dan Pustaka  Pendidikan  Jabatan Pengajian Islam  Pusat Dakwah  Jabatan Mufti
  • 30. • Pada tahun 2012 satu bengkel telah diadakan iaitu dengan memanggil pakar-pakar untuk mengkaji pedoman ini. • Menjalankan usaha penyelarasan ejaan Jawi iaitu pedoman dan tulisan yang ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana DBP mempunyai seksyen Jurutulis Jawi Kanan dan dua orang jurutulis Jawi. • Pedoman yang ditangani oleh DBP ialah sistem dan tulisan antaranya mengadakan bengkel tulisan kepada guru-guru. • Perancangan pelaksanaan pedoman ini telah dibuat akan tetapi ia perlu disemak yang bertujuan untuk penerimaannya kepada pengguna kerana terdapat beberapa perkara yang berbangkit yang memerlukan pengubahsuaian dan dikemaskini.
  • 31. • Seminar Persidangan Kebangsaan Ejaan Jawi (PKEJ) ini diselengarakan oleh tiga kementerian iaitu:-  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (Dewan Bahasa dan Pustaka)  Kementerian Pendidikan dan Kementerian Ugama. • Seminar tersebut diadakan pada tahun 2012 dan terdapat beberapa resolusi tertentu, salah satunya mengadakan Jawatan Kuasa Kebangsaan untuk penyelarasan.
  • 32. • Mengadakan Peraduan menulis jawi.  Menggalakkan orang yang berbangsa Melayu dan bukan Melayu mengikuti peraduan menulis Jawi di pesta buku.  Majlis MIB telah mengundang warga DBP untuk mengadakan peraduan tulisan Jawi melalui majlis tersebut sebagai langkah mengembangkan tulisan jawi. Terdapat beberapa usaha untuk mencari jalan penyelelesaian bagi melaksanakan perancangannya, tinggal sahaja pihak-pihak tertentu menjalankan perlaksanaan perancangan tersebut.
  • 33. Langkah-langkah yang dilakukan oleh JPI: • Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman telah menekankan kepentingan tulisan jawi dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara (MMN). • Inisiatif telah dijalankan bagi menubuhkan satu jawatankuasa penyelarasan ejaan jawi yang terdiri daripada tiga orang pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • 34. • Penyelarasan ejaan jawi akan dilakukan sebelum menerbitkan buku-buku di masa yang akan datang bagi mengelakkan masalah yang terdahulu berbangkit. • Penekanan telah dibuat, sekiranya masih lagi terdapat kesalahan dalam menulis ejaan jawi, pihak yang berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan satu rang undang-undang bagi mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan apabila menulis dalam tulisan jawi. • Pihak Jabatan Pengajian Islam turut mengadakan kursus-kursus kepada pegawai-pegawai Kerajaan agar sentiasa mengetahui sistem ejaan jawi dengan berpandukan sistem ejaan zaaba.
  • 35. • Ia bertujuan agar dapat membantu para guru-guru yang telah berkhidmat dengan Kerajaan malahan bagi membimbing bakal-bakal guru agar mengetahui sistem ejaan jawi di bawah pimpinan Jabatan Pengajian Islam. • Pihak jabatan juga telah menyediakan buku-buku teks yang mudah difahami oleh kanak-kanak yang belajar di sekolah ugama, kemudian menggantikan buku-buku teks lama. • Langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Jabatan ialah dengan mengadakan peraduan- peraduan menulis Jawi dan menggalakkan kanak- kanak untuk membaca dalam tulisan jawi.
  • 36. • Taklimat bimbingan tulisan Jawi kepada guru- guru agama JPI • Bengkel Seni Khat bagi mengembangkan lagi penggunaan tulisan Jawi di samping untuk mempelbagaikan lagi penggunaan tulisan Jawi.
  • 37. Antaranya adalah: • Memberi pendedahan lebih mengenai sistem ejaam Jawi baru, mendedahkan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi. • Menyerapkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran misalnya menukarkan ejaan Rumi kepada ejaan Jawi. • Mempelbagaikan aktiviti pengajaran Jawi agar pelajar lebih tertarik. • Memberi perhatian lebih dan membantu pelajar yang bermasalah dengan pelajaran Jawi; membetulkan dan menerangkan kesalahan pelajar. Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Guru
  • 38. • Meluaskan pembacaan Jawi pelajar seperti merujuk kepada buku, kamus, majalah dalam tulisan Jawi. • Memberikan latihan penggunaan sistem ejaan Jawi baru supaya pelajar mahir menggunakannya. • Mengadakan ujian bertulis dan lisan dalam petikan Rumi dan Jawi. • Mengadakan kursus, seminar atau bengkel penggunaan ejaan Jawi yang betul.
  • 39. • Berdasarkan kepada analisis-analisis yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa sistem Ejaan Jawi di Negara Brunei Darussalam khususnya di sekolah-sekolah menghadapi masalah ketidakseragaman. Antara sebabnya adalah sistem yang digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan(DBP) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama(JPI) menggunakan sistem ejaan yang berlainan. Oleh yang demikian, kerjasama dari ketiga-tiga kementerian ini adalah sangat penting bagi menyelesaikan masalah ini. • Pengguasaan terhadap Jawi perlu dipertingkatkan dan diperbaiki lagi bagi mengekalkan warisan bangsa serta untuk mencapai tahap yang diinginkan. KESIMPULAN
  • 40. • Memandangkan tahap pemahaman dan prestasi para pelajar pada penggunaan tulisan Jawi adalah lemah, maka ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan memberi lebih banyak pendedahan dan latihan. • Memberi pendedahan yang lebih kepada semua guru pendidikan Islam dan bahasa Melayu mengenai dengan sistem ejaan Jawi terkini agar mereka boleh mengajar dengan betul dan mengelakkan kekeliruan. • Perhatian lebih perlu diberikan terhadap kaedah ejaan yang mengelirukan untuk difahami. Ini kerana terdapat perbendaharaan kata yang mengelirukan sama ada perkataan yang berasal dari bahasa melayu, serapan bahasa Inggeris atau serapan bahasa Arab. CADANGAN
  • 41. • Memperbanyak latihan menterjemah terutama sekali dalam perkataan-perkataan yang mempunyai huruf /a/, /k/, hamzah dan sebagainya. • Pengajar perlu sentiasa prihatin terhadap kekeliruan pelajar dan membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang sering menimbulkan kesukaran bagi tujuan mempermudah pengajaran dan pemahaman tulisan jawi. • Sentiasa memantau dan menganalisa kesalahan-kesalahan dalam penulisan tulisan jawi pelajar. • Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pengajian Islam perlu meningkatkan kerjasama bagi menitikberatkan sistem ejaan Jawi baru. Oleh itu, sistem ejaan Jawi dapat diselaraskan dengan baik dan untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelajaran Jawi.
  • 42. • Meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencari jalan untuk meyelesaikan masalah ketidakselarasan Sistem Ejaan Jawi terutamanya di sekolah rendah dan sekolah ugama bagi menggelakkan kekeliruan di kalangan pelajar. • Mengadakan taklimat dan bengkel kepada guru-guru agama dan seterusnya melakukan ujian serta pemantauan untuk menilai tahap kemahiran mereka dalam sistem Jawi agar mereka tidak melakukan kesilapan dan memberi kesan terhadap pembelajaran kepada pelajar. • Mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan guru dan pelajar yang berkaitan dengan Jawi seperti peraduan dan pertandingan.
  • 43. Abd. Hamid Hj Mohamad. 2006. Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan:Satu Kajian Kes Di Kalangan Murid Darjah VI Di Emapat Buah Sekolah Rendah Di Mukim Tutong. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan bahasa Melayu, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Dk. Mariam Pg. Hj. Matarsad (1982). Masalah tulisan Jaawi di sekolah rendah dan maktab: Pengajaran dan penggunaanya. Kertas Kerja Seminar Penyibaran dan Peningkatan Tulisan Jawi. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 29-31 Julai. Effiyanna Hj Awg Besar.2009.Pengguasaan Ejaan Jawi Terkini dalam kalangan murid tahun VI Sekolah Rendah ST. Margaret School Seria: Satu Perbandingan. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. RUJUKAN
  • 44. Ismail Dahaman (Penyusun) (1996). Pedoman ejaan dan sebutan dan sebutan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2005). Pelajaran Jawi dalam sistem pendidikan negara. Laporan Unit Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Kang Kyoung Seock (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan Jawi.2011.Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sarinah Hj Abdul Wahid.2007. Pengguasaan Sistem Ejaan Jawi Baru dalam Penulisan di Kalangan Murid Darjah 6, Sekolah Rendah Mohammad Alam Seria. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Zainal Abidin Ahmad.2000.Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.