Kajian ini meneliti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih, Pahang, dengan fokus pada kesediaan guru dan murid serta pelaksanaan pengajaran. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti guru berkelayakan dan berminat mengajar, manakala murid juga bersedia untuk belajar, tetapi terdapat isu kekurangan guru berkelayakan yang dihadapi oleh sekolah. Kajian ini diharapkan dapat membantu jabatan pelajaran dan pentadbir sekolah dalam menempatkan guru yang sesuai dan meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan murid.