1. ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA
BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN
DARI DIMENSI VERTIKEL DAN DIMENSI
HORIZONTAL
MUHAMMAD MUQRI BIN MOHD YUSRI
D20211100385
DROUP AA
3. DIMENSI
VERTIKEL
KESINAMBUNGAN
URUTAN
Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan
mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu
kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang
lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya
membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka
pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, objektif atau
kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan
didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai
kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan
menyeluruh.
Principle of Sequence bermaksud jumlah timbun-tambah
ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi
pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip
ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan
berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya
setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan
lebih dekat, meluas & mendalam.
4. DIMENSI
HORIZONTAL
Principle of Integration menetapkan agar
pengalaman pembelajaran
dihubungkaitkan antara satu sama lain
supaya pembelajaran lebih
bermakna dan menyeluruh. Integrasi
dikaitkan dengan elemen merentas
kurikulum: Bahasa, ilmu, kemahiran, nilai,
teknologi, inovasi, kreatif dan
keusahawanan.
Prinsip Skop berkaitan dengan keluasan
dan kedalaman kandungan yang
perlu dimuatkan dalam sesuatu
kurikulum dan pengajaran. Keluasan
dan kedalaman kandungan ini
berkaitan dengan tahap pendidikan
yang membolehkan setiap murid
menguasai kandungan mengikut tah
pendidikan dan kognitif.
Prinsip Imbangan kandungan merujuk kepada kadar
agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian
kandungan dengan masa pembelaiaran yang
diperuntukkan kepada murid-murid untuk
menguasainya