Peti sejuk adalah peralatan elektrik yang digunakan untuk menyimpan makanan dan minuman dengan menggunakan sistem pendinginan. Ia terdiri daripada beberapa komponen utama seperti pemampat, pemeluwap, penyejat dan termostat yang bekerjasama untuk mengawal suhu dalam peti sejuk. Peti sejuk hadir dalam pelbagai saiz dan jenis untuk memenuhi keperluan pengguna.
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. MalaysiaMuhrif Maharoff
Asas penyaman Udara:
- Bagaimana penyaman udara tercipta. teori
- Jenis Pemampat
- Jenis Gas penyejukan
- Cara Sistem bekerja
- Masalah kerosakan Penyaman udara
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. MalaysiaMuhrif Maharoff
Asas penyaman Udara:
- Bagaimana penyaman udara tercipta. teori
- Jenis Pemampat
- Jenis Gas penyejukan
- Cara Sistem bekerja
- Masalah kerosakan Penyaman udara
Alat penukar panas atau Heat Exchanger (HE) adalah alat yang digunakan untuk memindahkan panas dari sistem ke sistem lain tanpa perpindahan massa dan bisa berfungsi sebagai pemanas maupun sebagai pendingin.
Similar to Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB (20)
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
2. PENGENALAN
Peti sejuk atau peti ais adalah satu
peralatan elektrik yang kebanyakan setiap
rumah memilikinya. Ia diambil daripada
perkataan ‘sejuk’ yang bermaksud memberi
kesejukan atau menyegarkan makanan dan
minuman yang disimpan di dalamnya.
Sistem kerjanya adalah dengan menyedut
haba panas dari dalam kabinet, ke luar dan
memberi kedinginan kepada makanan dan
minuman yang tersimpan di dalamnya.
Klik untuk menonton video
3. Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk
dan saiz mengikut gaya hidup atau
keperluan pengguna masa kini.
Ia dikategorikan mengikut jumlah isipadu
muatan yang mampu dimuatkan di dalam
unit liter.
Antara kegunaan utamanya adalah
menyimpan barangan yang mudah rosak
seperti daging, ikan, sayuran, hasil tenusu
dan lain-lain di dalam tempoh yang
panjang. Suhu yang sesuai untuk
penyimpanan susu adalah 6°C.
liter
4. Biasanya terdapat dua jenis peti sejuk
yang utama dan mudah didapati iaitu dari
jenis Pembeku (Freezer) dan jenis bukan
pembeku (non Freezer).
Peti sejuk jenis pembeku (freezer) akan
membekukan barangan yang disimpan di
dalam kabinetnya, sebagai contoh peti
pembeku ais krim atau ais batu.
Kebiasaannya terdapat di kedai-kedai.
Manakala peti sejuk bukan pembeku (non
freezer) pula adalah seperti peti sejuk
biasa yang terdapat di rumah kita.
6. Satu lagi contoh peti
sejuk bukan pembeku
iaitu peti sejuk kaca
yang digunakan khusus
untuk menyimpan
aneka minuman dalam
tin, kotak dan juga
minuman dalam botol.
Pintu peti sejuk ini
diperbuat daripada
kaca yang
membolehkan ianya
kelihatan dari luar.
7. Bagi peti sejuk bukan pembeku (non
freezer) ataupun lebih dikenali peti
sejuk rumah, ianya terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu ruang pembeku
(freezer), ruang penyejuk (chiller)
dan ruang penyegar (freshner).
Manakala untuk peti sejuk 4 pintu,
satu lagi ruangan ialah ruang
penyejuk kedua (second chiller).
8. Suhu dalam kabinet di setiap ruangan peti sejuk
rumah khasnya 3 pintu.
i) Ruang Pembeku = 0°C ~ -15°C
ii) Ruang Penyejuk = 3°C ~ 5°C
iii) Ruang Penyegar = 5°C ~ 7°C
9. Antara jenis-jenis peti sejuk bukan pembeku.
a. Mini Bar b. Jenis 1 pintu
c. Jenis 2 pintu d. Jenis 3 pintu
15. A. Pemampat (Compressor).
Pemampat memainkan peranan
yang amat penting dalam sistem peti
sejuk. Ianya mengepam gas bahan
pendingin ke seluruhan sistem.
Kebiasaannya peti sejuk
menggunakan pemampat dari jenis
salingan tertutup (sealed hermetic).
23. Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba
yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada
peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.
Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan
terasa panas apabila disentuh.
Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini
diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada
masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti
sejuk.
Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada
badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti
sejuk lebih menarik.
25. C. Penyaring (Strainer).
Penyaring bekerja dengan menapis kotoran
yang terhasil daripada hakisan bahan
pendingin di dalam sistem peti sejuk.
Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin
tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya
disaring oleh penyaring ini.
Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran
yang mungkin akan memasuki sistem seperti
karat, serpihan logam atau tembaga ketika
kerja-kerja mengimpal dilakukan.
27. D. Tiub Kapilari.
Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai
kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub
kapilari atau tiub rerambut.
Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil.
Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh
panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.
Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari
apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam
sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada
pada tekanan yang sama.
Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis
penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung
yang ketat di sekitar talian sedutan.
Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya
melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu
menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang
meningkatkan prestasi pemampat.
30. E. Penyejat (Evaporator).
Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada
makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti
sejuk.
Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat
seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya
lebih efektif.
Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai
penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar
setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.
Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat
diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain
akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian
penyejat.
31. Antara jenis-jenis
penyejat ialah :-
1. Gelung bersirip;
2. “Serpentine
Plate”;
3. Kelompang.
Gambar Penyejat.
1.
2.
3.
Klik pada gambar penyejat.
37. - Penyejat jenis kelompang ini akan
berlubang jika terkena benda tajam ketika
mencungkil bongkah ais yang terbentuk
pada permukaannya.
38. F. Pelaras suhu (Termostat).
Termostat juga dikenali sebagai pengawal
suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu
secara automatik berdasarkan bacaan suhu
pada setiap bahagian peti sejuk.
Ia adalah umpama suis automatik yang
bekerja berdasarkan pengawalan suhu.
Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu
yang dilaraskan pada termostat, ia akan
memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.
40. G. Pengawal masa (Timer).
Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang
berfungsi untuk mengawal arus masuk dari
termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.
Lihat litar pendawaian pada muka surat 12.
Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost
timer’ yang mempunyai 4 terminal.
Arus timer diperolehi dari termostat yang
berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2
menghubungkan timer dengan fius dan pemanas.
Terminal 4 menghubungkan timer dengan
pemampat dan motor kipas.
Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang
berhubung dengannya akan bermasalah.
Page 12
43. H. Pemanas (heater).
Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti
sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.
Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di
penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya
penimbunan frost.
Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan
dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).
Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz
penyejat.
Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas
lilit, kaca dan aluminium.
Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di
bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan
lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah
penyejat.
44. Gambar pemanas / heater.
Kadaran pemanas :
220 Volt / 120 Watt.
Pemanas jenis kaca
Pemanas lilit Pemanas kaca
45. I. Kipas (Fan).
Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada
peti sejuk 2 pintu dan ke atas.
Ia berfungsi untuk menghembuskan udara
dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti
sejuk.
Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik
atau aluminium.
Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’
dan ‘blower wheel’.
Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’.
Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas
akan ‘off’.
47. J. Kapasitor.
Kapasitor berfungsi untuk
membangkitkan atau memutar motor
elektrik (pemampat / kipas) sehingga
mencapai putaran penuh.
Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu
menggerakkan pemampat / kipas dan
segera terputus ketika putaran
pemampat / kipas mencapai tahap
maksimum.
49. K. Pelindung Beban Lampau
(Overload Protector).
Overload Protector atau Pelindung Beban
Lampau merupakan komponen keselamatan
untuk pemampat.
Alat ini dapat melindungi komponen elektrik
peti sejuk daripada kerosakan akibat arus
yang dihasilkan pemampat melebihi had
normal.
Jika arus pada pemampat melebihi dari arus
yang sepatutnya, overload akan memutuskan
bekalan yang masuk ke pemampat.
51. L. Geganti (Relay).
Geganti @ relay merupakan suis
automatik untuk menggerakkan motor
pemampat.
Ia bekerja dengan menyesuaikan
putaran magnet yang dibangkitkan
sehingga dapat menghubungkan atau
memutuskan semula arus elektrik
secara automatik.
53. M. Defrost Thermostat
Termostat defrost jenis suis bi-metalik,
mengawal kenaikan suhu dalam ruang beku
semasa kitaran defrost. Apabila suhu
mencapai tahap yang tertentu, termostat
defrost akan membuka, lalu mematikan arus
elektrik ke elemen pemanasan “heater’’.
Termostat defrost yang tidak berfungsi akan
menyebabkan ‘’defrost heater’’ terus on
sehingga menyebabkan kerosakan pada
elemen pemanas dan kerosakan yang
lainnya.
56. Electronic PCB.
Papan kawalan elektronik adalah "otak" peti sejuk
yang mengawal komponen utama seperti pemampat
dan kipas. Jika papan kawalan elektronik gagal
berfungsi dengan baik, peti sejuk tidak boleh
menyejuk dengan betul.
Jika komponen atau bahagian lain yang rosak juga
akan menghalang papan kawalan daripada berfungsi,
seperti relay atau overload.
Satu lagi gejala papan kawalan yang ‘rosak’ ialah
kipas, lampu atau komponen lain tidak akan
berfungsi juga.