MASALAH 
PENGLIHATAN
MATA 
Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. Jika mata tidak 
lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. Untuk 
mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, 
pengalaman serta mata kita. Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh 
menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala.
PENGENALAN 
CARTA SNELLEN Dari segi undang-undang, ia melibatkan 
penilaian ketajaman penglihatan dan medan 
penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi 
undang-undang mempunyai ketajaman 
penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata 
yang lebih baik penglihatannya walaupun 
dengan pembetulan
Melalui sistem klasifikasi undang-undang 
ini juga, orang yang kabur 
penglihatannya mempunyai ketajaman 
penglihatan di antara 20/70 dengan 
20/200 dengan mata yang lebih baik 
penglihatannya.
Individu yang buta ini terpaksa belajar 
membaca dengan menggunakan 
sistem tulisan braille ataupun 
menggunakan kaedah mendengar 
iaitu pita audio dan rakaman. 
Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan 
rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna 
penglihatannya serta dapat membaca tulisan 
cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat 
pembesar atau buku yang memakai huruf cetak 
yang besar.
DEFINISI 
Kecacatan penglihatan atau buta adalah 
sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian 
daripada alat-alat pancaindera telah rosak 
sama ada rosak teruk atau mengalami 
kehilangan yang sedikit sehingga 
meninggalkan kesan yang negatif terhadap 
pertumbuhan seseorang kanak-kanak. 
Dari aspek pendidikan, masalah 
penglihatan bermaksud, cacat separuh atau 
kurang nampak ialah mereka yang 
berkemampuan untuk membaca dan melihat 
huruf biasa. Buta ialah mereka yang langsung 
tidak dapat melihat dan perlu menggunakan 
kod Braille untuk membaca.
Kanak-kanak yang cacat penglihatan 
biasanya normal seperti kanak-kanak biasa 
cuma mereka hanya kekurangan dari segi 
kebolehan melihat sahaja. Namun yang 
menimbulkan masalah adalah cacat 
penglihatan yang disertai dengan beberapa 
kecacatan lain seperti pekak, autisme dan 
kecacatan anggota badan. 
Bagi kanak-kanak yang mempunyai kecacatan 
pelbagai ini, ia menimbulkan masalah terutamanya 
dalam penerimaan pendidikan. Kanak-kanak cacat 
penglihatan sepenuhnya iaitu buta adalah sama 
seperti kanak-kanak normal lain cuma kekurangan 
dari segi melihat. Malah kebanyakan daripada 
mereka menunjukkan pencapaian yang 
menggalakkan berbanding dengan murid yang 
rabun.
FAKTOR-FAKTOR 
baka dan keturunan penyakit 
kecederaan sifilis 
komplikasi semasa hamil dan semasa lahir 
Rubella : Penyakit virus berjangkit 
seakan-akan cacar yg boleh 
menyebabkan kecacatan kepada 
bayi sekiranya dihidapi oleh 
seseorang ibu yg mengandung 
antara satu hingga tiga bulan.
TAHAP 
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan 
antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision 
berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman penglihatan) dan juga 
adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam 
tahap berikut: 
SEDERHANA 
TERUK 
SANGAT TERUK
SEDERHANA 
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak 
melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan 
dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. 
TERUK 
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan 
lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami 
kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan, walaupun dengan 
bantuan khas.
SANGAT TERUK 
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi 
kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung 
kepada deria-deria lain
JENIS-JENIS MASALAH 
PENGLIHATAN
ASTIGMATISME 
 Astigmatisme atau mata silindris 
merupakan kelainan pada mata yang 
disebabkan oleh kerana lengkung 
kornea mata yang tidak merata.
MYOPIA 
Ini adalah penyakit rabun mata yang 
paling lazim di kalangan kanak-kanak dan 
remaja dan boleh disebabkan oleh 
keturunan. 
Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki 
bentuk kornea yang terlalu melengkung 
atau bola mata yang terlalu panjang. 
Ini akan menyebabkan cahaya 
difokuskan ke bahagian hadapan retina 
dan bukannya ke atas retina seperti yang 
sepatutnya. 
Rabun dekat biasanya dapat dikesan 
ketika kanak-kanak memulakan alam 
persekolahan, seawal-awalnya ketika 
berumur 6 tahun.
Imej terbentuk di 
hadapan retina 
Penggunaan 
kanta cembung 
membolehkan 
imej difokuskan di 
retina.
HYPEROPIA 
Dikenali juga sebagai rabun jauh 
Terjadi apabila bentuk kornea kurang 
melengkung atau bola mata terlalu pendek 
dan menyebabkan cahaya bertumpu ke 
bahagian belakang retina. 
Bayi dan kanak-kanak kecil lebih 
cenderung untuk rabun jauh. 
Keadaan ini akan menjadi lebih baik 
apabila mata semakin membesar dan 
menjadi lebih panjang
Imej terbentuk di 
belakang retina 
Penggunaan 
kanta cekung 
membolehkan 
imej kembali 
difokus pada 
retina
RABUN WARNA 
Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai 
penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. 
Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma 
persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai 
penglihatan normal. 
Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi 
warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. 
Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu 
sendiri berbeza. 
Ada segelintir orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di 
mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna. 
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah 
atau biru-kuning.
STRABISMUS (JULING) 
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata 
tidak searah dan memandang pada titik 
yang berbeza. 
Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk 
memfokuskan objek yang sama pada 
kedua-dua belah mata kerana 
penyimpangan ke dalam atau ke luar pada 
sebelah atau kedua-dua belah mata. 
Sekiranya tidak dirawat, strabismus 
boleh mengakibatkan kehilangan 
penglihatan kekal.
SEBAB-SEBAB MATA JULING 
Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang 
diketahui 
Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang 
tidak berfungsi dengan baik pada mata 
yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot 
mata itu sendiri. 
Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata 
bergerak ke dalam. 
Mata juling adalah lebih lazim di kalangan 
kanak-kanak yang mengalami masalah 
otak seperti Cerebral Palsy, Down 
Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
DIPLOPIA(DOUBLE VISION) 
Diplopia berasal dari bahasa Yunani, 
diplo = ganda 
opia = penglihatan 
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu 
gangguan penglihatan yang mana objek terlihat 
‘double’ atau berganda.
GLAUKOMA 
Glaukoma adalah sejenis kerosakan 
mata yang disebabkan oleh tekanan cecair 
yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. 
Kesemua jenis Glaukoma adalah 
disebabkan gangguan atau dihalang oleh 
bendalir yang mengedarkan ke dalam 
mata. 
Pusat atau sempadan penglihatan akan 
rosak atau hilang keseluruhannya apabila 
tekanan meningkat dan merosakkan saraf 
optik. 
Tekanan yang tinggi ini akan 
merosakkan sel retina dan serabut saraf 
sehingga ruang penglihatan sekitar 
seseorang itu menjadi semakin sempit dan 
akhirnya akan terus menjadi buta.
AMBLYOPIA 
Dikenali sebagai lazy eye / mata malas 
Suatu keadaan di mana salah satu mata 
tidak berfungsi dan perlu bergantung pada 
sebelah mata yang sihat. 
Mata malas merupakan gangguan yang 
terjadi pada masa perkembangan 
penglihatan. 
Oleh sebab ketajaman penglihatan 
berkurang, mata menjadi malas melakukan 
fungsinya.
Saraf mata yang seharusnya 
berkembang menjadi terhenti. 
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana 
dengan hanya satu mata sahaja, individu 
mampu melakukan kegiatan dengan 
normal. 
Sekiranya mata yang baik mengalami 
gangguan, barulah dapat dikesan bahawa 
salah satu mata sebenarnya malas 
melakukan fungsinya.
RAWATAN OKLUSI MATA
KATARAK 
Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan 
kanta mata berselaput dan rabun. 
Kanta mata menjadi keruh dan cahaya 
tidak dapat menembusinya. 
Keadaan ini menjejaskan penglihatan 
seseorang dan akan menjadi buta 
sekiranya lewat, atau tidak dirawat. 
Masalah katarak berbeza dengan 
glaukoma yang merupakan sejenis 
kerosakan mata yang disebabkan oleh 
tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam 
bebola mata.
Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti 
berikut :- 
Pesakit kencing manis yang gagal 
mengawal penyakitnya. 
Kandungan gula dalam darah menjadikan 
kanta kurang kenyal dan membentuk 
katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke 
atas. 
Katarak merupakan suatu proses akibat 
usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir 
dengan komplikasi 
Katarak boleh berlaku pada bayi atau 
kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap 
jangkitan seperti penyakit Rubella semasa 
mengandung.
RETINITIS PIGMENTOSA 
Penyakit ini menyebabkan penghidapnya 
kehilangan penglihatan sisi (periferi). 
TUNNEL VISION 
Medan penglihatan pesakit akan semakin 
menyusut dan kebiasaannya di peringkat 
yang teruk akan menyebabkan pesakit 
hanya boleh melihat di medan penglihatan 
tengah sahaja.
UVEITIS 
Peradangan pada uvea Uvea adalah lapisan pada mata yang 
berada di antara lapisan sklera dan retina 
dan terdiri dari iris, badan siliar dan koroid. 
Menyerang secara tiba-tiba 
dengan gejala mata merah dan 
sakit tetapi terjadi juga secara 
perlahan dengan mata sedikit 
merah dan sakit. Namun, 
pandangan kabur secara 
bertahap.
DEGENERASI MAKULA 
biasanya akan dialami oleh golongan 
warga emas 70 tahun ke atas 
penyakit ini boleh dihidapi awal akibat 
pengambilan ubat-ubatan tertentu, rokok 
dan alkohol 
Pesakit akan menghadapi kemerosotan 
penglihatan akibat sel-sel pada bahagian 
retina yang paling sensitif akan menyusut 
dan musnah secara mendadak. 
kesusahan untuk membaca atau menulis di 
samping tahap penglihatan jauh yang merosot. 
Penglihatan warna juga boleh terganggu akibat 
penyakit ini.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK 
BERMASALAH 
PENGLIHATAN
FIZIKAL 
• Bebola mata berputar 
• Mata sensitif terhadap cahaya 
• Bahagian tepi mata kelihatan merah 
• Kelopak mata bengkak 
• Mata selalu berair 
• Juling 
• Terdapat bintik-bintik di tengah mata
TINGKAHLAKU 
• Memusingkan kepala pada sebelah arah ketika 
melihat objek 
• Selalu mengerut atau mengecilkan mata 
• Kerap mengerdipkan mata 
• Selalu terlanggar objek 
• Menonton TV atau membaca dengan jarak yang 
dekat 
• Kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri 
• Selalu menutup sebelah mata 
• Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
KOGNITIF 
• Daya pengamatan tentang jisim amat lemah 
dan terbatas 
• Keliru dengan huruf
PSIKOMOTOR 
• Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam 
matematik 
• Mengetahui tentang sesuatu konsep melalui 
sentuhan 
(Cth : Konsep Panas – Sejuk )
TINDAKAN PENDIDIKAN YANG 
DICADANGKAN 
Guru dan ibu bapa perlu memberi 
rangsangan dan sering bersama-sama 
melakukan sesuatu pergerakan yang ingin 
diajar kepada kanak-kanak ini. 
Latihan yang berulangan diperlukan 
dengan menyertakan berbagai rangsangan 
seperti bunyi dan warna yang terang untuk 
kanak-kanak rabun. 
Kanak-kanak perlu diajar untuk 
menggunakan imbangan seperti duduk 
dengan postur yang betul. 
Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan 
mendapatkan keseimbangan.
Aktiviti motor halus boleh dijalankan seperti 
menggenggam, meramas, menekan, 
menggunting, mewarna, dan menyurih 
(tracing) boleh dilakukan kepada kanak-kanak 
cacat penglihatan. 
Mereka boleh diajar untuk menggunakan 
bola getah dan gunting untuk melakukan 
sesuatu aktiviti di samping menguatkan 
otot tangan mereka. 
Apabila sesuatu tahap asas dalam 
pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti 
gross motor boleh dicadangkan untuk 
dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti 
pemadanan objek.
Aktiviti circle games seperti jongkang 
jongkit, gelungsur, marry-go-round juga 
boleh dilakukan. Semua aktiviti ini 
memerlukan pengawasan untuk menjamin 
keselamatan mereka 
Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, 
mendaki, berguling, meregang dan 
berpusing juga membolehkan kanak-kanak 
ini mengembangkan kemahiran motor 
mereka selain dapat memberikan 
kepuasan dalam melakukan sesuatu 
aktiviti (Kain, 2004).
AKTIVITI YANG MELIBATKAN DERIA 
Sentuh 
Pandu tangan kanak-kanak untuk 
menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak 
pelbagai benda ataupun objek 
pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri 
peluang kepada kanak-kanak untuk 
menjalankan aktiviti seharian seperti 
bermain, mengurus diri, menyertai 
keluarga di dapur ataupun di taman. 
Bau 
Pastikan kanak-kanak diberikan peluang 
untuk menghidu benda, misalnya makanan 
yang dimakannya, minumannya, sabun 
yang digunakan untuk mandi, bau pasar, 
bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan 
lain-lain.
Pendengaran 
Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan 
benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di 
sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan 
jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. 
•Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan 
kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. 
•Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak.
Rasa 
Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut 
kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika 
objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. 
Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. 
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi 
rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang 
diberikan itu.
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan 
peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya 
adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, 
gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan 
kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik 
penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, 
spectacle magnifier, dan teleskop. 
stand magnifier 
spectacle magnifier 
duplicator braille 
hand held magnifier
TIPS UJIAN KETAJAMAN 
•Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat 
berkembang dalam tumbesaran bayi. 
•Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang 
terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati 
objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan 
mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur 
empat bulan. 
•Perkembangan penglihatan ini berkembang 
berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman 
penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.
* Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh 
dilakukan dengan menggunakan lampu 
suluh kecil yang digerakkan beberapa kali 
dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga 
bulan. Selalunya bayi akan mengikut 
dengan gerakan kepala ke mana arah 
lampu digerakkan. 
* Menggunakan mainan yang sederhana 
besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika 
bayi berumur tiga hingga empat bulan. 
Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang 
mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan 
bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan 
tersebut.
* Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini 
boleh dilakukan semasa bayi berumur 
enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula 
manik yang berwarna-warni pada 
tapak tangan anda di hadapan bayi. 
Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan 
cuba mengutipnya dan dimasukkan ke 
dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz 
gula-gula yang berbeza. 
* Memadankan gambar-gambar yang 
serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan 
menggunakan dua set gambar yang 
serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak 
berumur dua hingga tiga tahun pada 
jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika 
anak sudah mula bercakap, suruh dia 
sebutkan objek yang ditunjukkan atau 
padankan gambar yang tunjukkan.
KESIMPULAN 
Mata merupakan salah satu pancaindera manusia yang sangat 
penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada 
masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya 
menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. 
Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak 
yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan 
redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya 
menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan 
dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya 
dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi 
dengan pihak luar.

masalah penglihatan

  • 1.
  • 2.
    MATA Mata adalahsatu deria yang sangat berharga kepada manusia. Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala.
  • 3.
    PENGENALAN CARTA SNELLENDari segi undang-undang, ia melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi undang-undang mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan pembetulan
  • 4.
    Melalui sistem klasifikasiundang-undang ini juga, orang yang kabur penglihatannya mempunyai ketajaman penglihatan di antara 20/70 dengan 20/200 dengan mata yang lebih baik penglihatannya.
  • 5.
    Individu yang butaini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman. Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar.
  • 6.
    DEFINISI Kecacatan penglihatanatau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian daripada alat-alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Dari aspek pendidikan, masalah penglihatan bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca.
  • 7.
    Kanak-kanak yang cacatpenglihatan biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan melihat sahaja. Namun yang menimbulkan masalah adalah cacat penglihatan yang disertai dengan beberapa kecacatan lain seperti pekak, autisme dan kecacatan anggota badan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai ini, ia menimbulkan masalah terutamanya dalam penerimaan pendidikan. Kanak-kanak cacat penglihatan sepenuhnya iaitu buta adalah sama seperti kanak-kanak normal lain cuma kekurangan dari segi melihat. Malah kebanyakan daripada mereka menunjukkan pencapaian yang menggalakkan berbanding dengan murid yang rabun.
  • 8.
    FAKTOR-FAKTOR baka danketurunan penyakit kecederaan sifilis komplikasi semasa hamil dan semasa lahir Rubella : Penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.
  • 9.
    TAHAP Terdapat beberapatahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman penglihatan) dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: SEDERHANA TERUK SANGAT TERUK
  • 10.
    SEDERHANA Masalah padatahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. TERUK Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan, walaupun dengan bantuan khas.
  • 11.
    SANGAT TERUK Masalahpada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung kepada deria-deria lain
  • 12.
  • 13.
    ASTIGMATISME  Astigmatismeatau mata silindris merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.
  • 14.
    MYOPIA Ini adalahpenyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun.
  • 15.
    Imej terbentuk di hadapan retina Penggunaan kanta cembung membolehkan imej difokuskan di retina.
  • 17.
    HYPEROPIA Dikenali jugasebagai rabun jauh Terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang
  • 18.
    Imej terbentuk di belakang retina Penggunaan kanta cekung membolehkan imej kembali difokus pada retina
  • 20.
    RABUN WARNA Ramaiyang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Ada segelintir orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna. Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.
  • 22.
    STRABISMUS (JULING) Suatukeadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
  • 23.
    SEBAB-SEBAB MATA JULING Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
  • 26.
    DIPLOPIA(DOUBLE VISION) Diplopiaberasal dari bahasa Yunani, diplo = ganda opia = penglihatan Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat ‘double’ atau berganda.
  • 29.
    GLAUKOMA Glaukoma adalahsejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
  • 31.
    AMBLYOPIA Dikenali sebagailazy eye / mata malas Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya.
  • 32.
    Saraf mata yangseharusnya berkembang menjadi terhenti. Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.
  • 33.
  • 34.
    KATARAK Sejenis kerosakanmata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
  • 35.
    Golongan yang berisikomengidap katarak adalah seperti berikut :- Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
  • 37.
    RETINITIS PIGMENTOSA Penyakitini menyebabkan penghidapnya kehilangan penglihatan sisi (periferi). TUNNEL VISION Medan penglihatan pesakit akan semakin menyusut dan kebiasaannya di peringkat yang teruk akan menyebabkan pesakit hanya boleh melihat di medan penglihatan tengah sahaja.
  • 39.
    UVEITIS Peradangan padauvea Uvea adalah lapisan pada mata yang berada di antara lapisan sklera dan retina dan terdiri dari iris, badan siliar dan koroid. Menyerang secara tiba-tiba dengan gejala mata merah dan sakit tetapi terjadi juga secara perlahan dengan mata sedikit merah dan sakit. Namun, pandangan kabur secara bertahap.
  • 41.
    DEGENERASI MAKULA biasanyaakan dialami oleh golongan warga emas 70 tahun ke atas penyakit ini boleh dihidapi awal akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu, rokok dan alkohol Pesakit akan menghadapi kemerosotan penglihatan akibat sel-sel pada bahagian retina yang paling sensitif akan menyusut dan musnah secara mendadak. kesusahan untuk membaca atau menulis di samping tahap penglihatan jauh yang merosot. Penglihatan warna juga boleh terganggu akibat penyakit ini.
  • 44.
  • 45.
    FIZIKAL • Bebolamata berputar • Mata sensitif terhadap cahaya • Bahagian tepi mata kelihatan merah • Kelopak mata bengkak • Mata selalu berair • Juling • Terdapat bintik-bintik di tengah mata
  • 46.
    TINGKAHLAKU • Memusingkankepala pada sebelah arah ketika melihat objek • Selalu mengerut atau mengecilkan mata • Kerap mengerdipkan mata • Selalu terlanggar objek • Menonton TV atau membaca dengan jarak yang dekat • Kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri • Selalu menutup sebelah mata • Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
  • 47.
    KOGNITIF • Dayapengamatan tentang jisim amat lemah dan terbatas • Keliru dengan huruf
  • 48.
    PSIKOMOTOR • Lemahdalam melukis saiz dan jarak dalam matematik • Mengetahui tentang sesuatu konsep melalui sentuhan (Cth : Konsep Panas – Sejuk )
  • 49.
    TINDAKAN PENDIDIKAN YANG DICADANGKAN Guru dan ibu bapa perlu memberi rangsangan dan sering bersama-sama melakukan sesuatu pergerakan yang ingin diajar kepada kanak-kanak ini. Latihan yang berulangan diperlukan dengan menyertakan berbagai rangsangan seperti bunyi dan warna yang terang untuk kanak-kanak rabun. Kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan imbangan seperti duduk dengan postur yang betul. Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan mendapatkan keseimbangan.
  • 50.
    Aktiviti motor halusboleh dijalankan seperti menggenggam, meramas, menekan, menggunting, mewarna, dan menyurih (tracing) boleh dilakukan kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Mereka boleh diajar untuk menggunakan bola getah dan gunting untuk melakukan sesuatu aktiviti di samping menguatkan otot tangan mereka. Apabila sesuatu tahap asas dalam pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti gross motor boleh dicadangkan untuk dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti pemadanan objek.
  • 51.
    Aktiviti circle gamesseperti jongkang jongkit, gelungsur, marry-go-round juga boleh dilakukan. Semua aktiviti ini memerlukan pengawasan untuk menjamin keselamatan mereka Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, mendaki, berguling, meregang dan berpusing juga membolehkan kanak-kanak ini mengembangkan kemahiran motor mereka selain dapat memberikan kepuasan dalam melakukan sesuatu aktiviti (Kain, 2004).
  • 52.
    AKTIVITI YANG MELIBATKANDERIA Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman. Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
  • 53.
    Pendengaran Bercakap dengankanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. •Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. •Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak.
  • 54.
    Rasa Galakkan kanak-kanakmemasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.
  • 55.
    Pendidikan bagi kanakbermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. stand magnifier spectacle magnifier duplicator braille hand held magnifier
  • 56.
    TIPS UJIAN KETAJAMAN •Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi. •Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan. •Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.
  • 57.
    * Ujian penglihatancahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan. * Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.
  • 58.
    * Mengunakan gula-gulamanik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza. * Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.
  • 59.
    KESIMPULAN Mata merupakansalah satu pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar.