PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
KRT 6044
INTERAKSI 8:
PENULISAN DAPATAN
KAJIAN E-LEARNING
TAN SEE YUNG (M20141000718)
PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KESANYA
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology
(ICT) merupakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam usaha ke arah pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan dalam
pembangunan ICT dalam pendidikan. Menurut Johari dan Fazliana dalam kajiannya,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dikatakan dapat meningkatkan
minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui
sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995;
Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999). Perkembangan terkini
menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama
untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina
pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Honey dan Brunner (1994) melaporkan
kekurangan kemudahan komputer dan perisian, serta ketidaksepadanan perisian dan
perkakasan sebagai dua halangan utama dalam penggunaan komputer.
Menurut Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin (2011) dalam kajiannya,
 majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya
sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan
peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap
tinggi.
 Aplikasi hamparan elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-
kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.
 Selain itu, majoriti guru turut didapati mengguna aplikasi persembahan elektronik
dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya
untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada
tahap sederhana.
 Guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti
guru didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut.
Justeru, pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah.
 Secara keseluruhannya, guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap
tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan
didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji.
 Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti
guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan
perkataan.
Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima
sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai,
pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan individu
tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja
perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan
pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran.
Kelebihan Penggunaan Aplikasi ICT
 memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran
 menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti,
 menggalakkan pelajar menggunakan perisian ICT untuk pembentangan hasil
projek individu dan kumpulan.
 mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
Hasil dapatan kajian daripada Johari dan Fazliana (2011) ialah para pendidik Fakulti
Pendidikan sudah lama menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan juga dalam aktiviti seharian.
Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang mengikuti
program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menggunakan
laman web sebagai media pembelajaran sangat bersetuju bahawa web tersebut sangat
berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah dapat disokong
dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke dalam web yang dibina.
Perkembangan teknologi internet telah memberi manfaat dalam menghasilkan P&P yang
lebih efektif.
Kebaikan Penggunaan Halaman Web:
 memberi peluang kepada pendidik menyampaikan dan menerbitkan bahan
pengajaran secara talian terus (online).
 Selain itu, ia juga memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin
pencarian dengan kadar yang cepat.
 Penekanan perlu diberi bahawa ia bukan hanya sebagai penyampai maklumat
tetapi juga merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Abdullah, 2002).
Sebab-sebab pendidik jarang menggunakan ICT dalam P&P:
 masa yang terhad,
 tiada kemahiran menaip
 kurang kemahiran menyediakan bahan multimedia yang menarik
 masalah teknikal
 banyak tugasan lain selain P&P
 beban kerja yang banyak
Rujukan:
Johari Hassan & Fazliana Rashida (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education.
2011. Vol (4): 22-37
Robiah &Nor Sakinah. (2007). ICT Dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran Dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan. 32(2007): 139-152
Rosnaini, Mohd Arif & Jallaludin. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT
Di Kalangan Guru Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. 2011. Jld 1, No.1
Sharifah & Kamarul. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal
Pendidikan Malaysia. 36(1): 25-34

Laporan dapatan kajian

  • 1.
    PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIKDAN WEB KRT 6044 INTERAKSI 8: PENULISAN DAPATAN KAJIAN E-LEARNING TAN SEE YUNG (M20141000718) PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR
  • 2.
    PENGGUNAAN ICT DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KESANYA Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) merupakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan dalam pembangunan ICT dalam pendidikan. Menurut Johari dan Fazliana dalam kajiannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999). Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Honey dan Brunner (1994) melaporkan kekurangan kemudahan komputer dan perisian, serta ketidaksepadanan perisian dan perkakasan sebagai dua halangan utama dalam penggunaan komputer. Menurut Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin (2011) dalam kajiannya,  majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi.  Aplikasi hamparan elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang- kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.  Selain itu, majoriti guru turut didapati mengguna aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.  Guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru, pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah.
  • 3.
     Secara keseluruhannya,guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji.  Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran. Kelebihan Penggunaan Aplikasi ICT  memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran  menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti,  menggalakkan pelajar menggunakan perisian ICT untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.  mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar Hasil dapatan kajian daripada Johari dan Fazliana (2011) ialah para pendidik Fakulti Pendidikan sudah lama menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam aktiviti seharian. Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menggunakan laman web sebagai media pembelajaran sangat bersetuju bahawa web tersebut sangat berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke dalam web yang dibina. Perkembangan teknologi internet telah memberi manfaat dalam menghasilkan P&P yang lebih efektif.
  • 4.
    Kebaikan Penggunaan HalamanWeb:  memberi peluang kepada pendidik menyampaikan dan menerbitkan bahan pengajaran secara talian terus (online).  Selain itu, ia juga memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin pencarian dengan kadar yang cepat.  Penekanan perlu diberi bahawa ia bukan hanya sebagai penyampai maklumat tetapi juga merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Abdullah, 2002). Sebab-sebab pendidik jarang menggunakan ICT dalam P&P:  masa yang terhad,  tiada kemahiran menaip  kurang kemahiran menyediakan bahan multimedia yang menarik  masalah teknikal  banyak tugasan lain selain P&P  beban kerja yang banyak Rujukan: Johari Hassan & Fazliana Rashida (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education. 2011. Vol (4): 22-37 Robiah &Nor Sakinah. (2007). ICT Dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan. 32(2007): 139-152 Rosnaini, Mohd Arif & Jallaludin. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT Di Kalangan Guru Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. 2011. Jld 1, No.1 Sharifah & Kamarul. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36(1): 25-34