PERSOALAN MURTAD (kufur) 
Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada 
akar kata radda yang bermaksud kembali dan 
dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali 
kepada kekufuran. 
Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali 
kepada kufur setelah menerima Islam
Murtad dari sudut istilah pula ialah keluar 
daripada Islam kepada kekufuran atau kufur 
selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua 
kalimah syahadah serta patuh kepada hukum 
daripada kedua-duanya. 
 Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai 
memutuskan pegangan terhadap Islam dengan 
niat atau dengan perkataan atau dengan 
perbuatan sama ada berupa persendaan, 
penghinaan atau kepercayaan. 
.
Hukum murtad 
Al-Quran dan al-Hadith telah menegaskan 
dengan jelas berkenaan dengan hukum murtad ke 
atas seseorang Muslim. 
Allah (s.w.t) berfirman maksudnya: Dan sesiapa 
di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari 
agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia 
tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, 
rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di 
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli 
neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya
samb 
Dalil daripada hadith yang menyabitkan hukum 
murtad ialah sabda Rasulullah (s.a.w.) yang 
diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas yang maksudnya: 
Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda: Sesiapa yang 
telah menukarkan agamanya maka hendaklah 
kamu bunuhnya. [1] 
 
[1] Hadis riwayat Bukhari
samb 
Islam menetapkan hukuman bunuh kepada sesiapa 
sahaja yang murtad atau keluar daripada agama 
Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman yang 
paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat 
pula, dia akan dihumbankan ke dalam api neraka 
buat selama-lamanya
Murtad boleh berlaku dengan berbagai cara 
sebagaimana berikut:- 
i) murtad melalui perbuatan 
ii) murtad melalui percakapan 
iii) murtad melalui iktikad 
iv) murtad melalui keengganan dan penafian 
terhadap perintah Allah (s.w.t.)
i ) Murtad Melalui Perbuatan 
Murtad melalui perbuatan apabila melakukan sesuatu 
tindakan atau perbuatan yang dilarang syarak dengan 
sengaja, mempersendakan hukum Allah, memandang 
ringan atau mahu menentang hukum Islam. 
Sebagai contohnya, sengaja sujud kepada matahari, bulan 
atau lain-lain objek, sengaja melempar al-Quran, kitab 
hadith atau tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya ke 
tempat yang kotor atau hina, sengaja mempersenda atau 
menentang ajaran al-Quran atau al-Hadith, mengamalkan 
sihir dan seumpamanya.
ii) Murtad Melalui Percakapan 
menjadi murtad melalui percakapan apabila dia mengaku 
dirinya kafir atau menafikan Allah (s.w.t.) sebagai Tuhan. 
Begitu juga jika dia mengaku ada tuhan yang lain daripada 
Allah (s.w.t.), menafikan salah satu sifat-sifat Allah (s.w.t.) 
 seperti mendakwa Allah mempunyai anak, mendakwa 
dirinya menjadi nabi, membenarkan orang lain mendakwa 
dirinya menjadi nabi, menafikan kewujudan para nabi dan 
malaikat, menafikan al-Quran serta isi kandungannya dan 
lain-lain lagi.
iii) Murtad Melalui Iktikad 
Seseorang Islam boleh murtad melalui 
kepercayaan yang menyeleweng daripada konsep 
akidah Islam yang sebenar 
seperti meyakini bahawa alam ini wujud secara 
semulajadi tanpa khaliq, 
menganggap Allah (s.w.t.) bersifat baharu, 
beriktikad berlakunya penyatuan zat antara khalik 
dengan makhluk, 
 mempercayai roh Allah (s.w.t.) boleh menjelma 
dalam diri seseorang dan lain-lain lagi iktikad 
yang bermaksud satu penghinaan terhadap Allah 
(s.w.t.).
iv) Murtad Melalui Keengganan dan Penafian 
Terhadap Perintah Allah 
Seseorang itu boleh murtad melalui 
keengganannya daripada menunaikan perintah 
Allah (s.w.t.). 
 Ijmak ulama memutuskan bahawa seseorang 
yang meninggalkan solat kerana mengingkari 
kefarduannya dianggap murtad. 
Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman 
Khalifah Abu Bakr al-Siddiq yang telah 
memerangi mereka yang telah ingkar tuntutan 
berzakat.
KEPERCAYAAN YANG KARUT 
Terdapat sebahagian umat Islam yang masih 
terpengaruh dan berpegang pada kepercayaan 
benda-benda ghaib seperti toyol, pelesit, hantu, 
bomoh dan sebagainya. Padahal, kepercayaan 
purba yang mengandungi unsur-unsur khurafat 
dan tahyul pada hakikatnya bukan sahaja 
bercanggah dengan akidah Islam, malah ia tidak 
dapat diterima realitinya oleh akal yang waras dan 
pertimbangan ilmu yang benar.
Perkara ghaib 
Menurut bahasa, istilah ghaib berasal daripada akar 
kata ghaaba-yaghiibu-ghaiban 
bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau 
dirasai oleh pancaindera manusia yang lima kerana ia 
terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya 
menjangkauinya
. Manakala menurut istilah pula, perkara ghaib 
merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat 
atau dirasai oleh pancaindera yang lima bagi 
seorang manusia biasa, tetapi diakui dan diyakini 
dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan 
dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang 
sempurna dan waras seperti wujud Allah dan 
sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, hari akhirat, 
syurga, neraka dan lain-lainnya.
Definisi khurafat 
Kamus Arab al mujam al wasit; 
Sebagi cerita-cerita lama yang mempesonakan yang 
dicampuradukkan dengan perkara dusta 
Kamus dewan: 
Sebagai kepercayaan karut yang diada-adakan 
berpandukan kepada perbuatan dan kejadian alam 
yang berlaku
Kesimpulan; 
Khurafat sebagai bid’ah akidah 
Iaitu apa saja kepercayaan terhadap sesuatu perkara 
yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.
Hukum beramal dengan khurafat 
Mengamalkan khurafat dan kepercayaan karut boleh 
merosakkan akidah dan hukumnya haram 
Sabda nabi yang bermaksud: 
“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap sesat itu akan 
dimasukkan kedalam Neraka”
Contoh-contoh khurafat 
Percaya kepada keramat seperti kubur, pokok kayu , 
batu hikmatyang konon dapat menyembuhkan 
penyakit. 
Memohon bantuan daripada jin seperti adat memuja 
pantai, adat merenjis tepung tawar, dan sebagainya
Ciri-ciri khurafat 
Tidak berdasarkan kepada nas syarak 
Cerita-cerita rekaan , dogeng, khayalan 
Bersumberkan kepercayaan lama 
Menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok 
dan sebagainya 
Mempunyai unsur negatif dari segi akidahdan syariat 
Islam
Punca amalan khurafat 
Kejahilan dan kekurangan ilmu agama 
tidak cukup pengetahuan agama dan tidak 
beramal dengan ilmu yang ada 
Melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu 
Mengamalkan taklid buta 
Menerima dakwaan tanpa bukti 
menerima sesuatu perkara tanpa merujuk kepada 
yang arif

kufur , murtad

  • 1.
    PERSOALAN MURTAD (kufur) Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran. Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam
  • 2.
    Murtad dari sudutistilah pula ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada kedua-duanya.  Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai memutuskan pegangan terhadap Islam dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan atau kepercayaan. .
  • 3.
    Hukum murtad Al-Qurandan al-Hadith telah menegaskan dengan jelas berkenaan dengan hukum murtad ke atas seseorang Muslim. Allah (s.w.t) berfirman maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya
  • 4.
    samb Dalil daripadahadith yang menyabitkan hukum murtad ialah sabda Rasulullah (s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas yang maksudnya: Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda: Sesiapa yang telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu bunuhnya. [1]  [1] Hadis riwayat Bukhari
  • 5.
    samb Islam menetapkanhukuman bunuh kepada sesiapa sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumbankan ke dalam api neraka buat selama-lamanya
  • 6.
    Murtad boleh berlakudengan berbagai cara sebagaimana berikut:- i) murtad melalui perbuatan ii) murtad melalui percakapan iii) murtad melalui iktikad iv) murtad melalui keengganan dan penafian terhadap perintah Allah (s.w.t.)
  • 7.
    i ) MurtadMelalui Perbuatan Murtad melalui perbuatan apabila melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan yang dilarang syarak dengan sengaja, mempersendakan hukum Allah, memandang ringan atau mahu menentang hukum Islam. Sebagai contohnya, sengaja sujud kepada matahari, bulan atau lain-lain objek, sengaja melempar al-Quran, kitab hadith atau tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya ke tempat yang kotor atau hina, sengaja mempersenda atau menentang ajaran al-Quran atau al-Hadith, mengamalkan sihir dan seumpamanya.
  • 8.
    ii) Murtad MelaluiPercakapan menjadi murtad melalui percakapan apabila dia mengaku dirinya kafir atau menafikan Allah (s.w.t.) sebagai Tuhan. Begitu juga jika dia mengaku ada tuhan yang lain daripada Allah (s.w.t.), menafikan salah satu sifat-sifat Allah (s.w.t.)  seperti mendakwa Allah mempunyai anak, mendakwa dirinya menjadi nabi, membenarkan orang lain mendakwa dirinya menjadi nabi, menafikan kewujudan para nabi dan malaikat, menafikan al-Quran serta isi kandungannya dan lain-lain lagi.
  • 9.
    iii) Murtad MelaluiIktikad Seseorang Islam boleh murtad melalui kepercayaan yang menyeleweng daripada konsep akidah Islam yang sebenar seperti meyakini bahawa alam ini wujud secara semulajadi tanpa khaliq, menganggap Allah (s.w.t.) bersifat baharu, beriktikad berlakunya penyatuan zat antara khalik dengan makhluk,  mempercayai roh Allah (s.w.t.) boleh menjelma dalam diri seseorang dan lain-lain lagi iktikad yang bermaksud satu penghinaan terhadap Allah (s.w.t.).
  • 10.
    iv) Murtad MelaluiKeengganan dan Penafian Terhadap Perintah Allah Seseorang itu boleh murtad melalui keengganannya daripada menunaikan perintah Allah (s.w.t.).  Ijmak ulama memutuskan bahawa seseorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya dianggap murtad. Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq yang telah memerangi mereka yang telah ingkar tuntutan berzakat.
  • 11.
    KEPERCAYAAN YANG KARUT Terdapat sebahagian umat Islam yang masih terpengaruh dan berpegang pada kepercayaan benda-benda ghaib seperti toyol, pelesit, hantu, bomoh dan sebagainya. Padahal, kepercayaan purba yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan tahyul pada hakikatnya bukan sahaja bercanggah dengan akidah Islam, malah ia tidak dapat diterima realitinya oleh akal yang waras dan pertimbangan ilmu yang benar.
  • 12.
    Perkara ghaib Menurutbahasa, istilah ghaib berasal daripada akar kata ghaaba-yaghiibu-ghaiban bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya
  • 13.
    . Manakala menurutistilah pula, perkara ghaib merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima bagi seorang manusia biasa, tetapi diakui dan diyakini dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna dan waras seperti wujud Allah dan sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lainnya.
  • 14.
    Definisi khurafat KamusArab al mujam al wasit; Sebagi cerita-cerita lama yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta Kamus dewan: Sebagai kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan dan kejadian alam yang berlaku
  • 15.
    Kesimpulan; Khurafat sebagaibid’ah akidah Iaitu apa saja kepercayaan terhadap sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.
  • 16.
    Hukum beramal dengankhurafat Mengamalkan khurafat dan kepercayaan karut boleh merosakkan akidah dan hukumnya haram Sabda nabi yang bermaksud: “Setiap bid’ah itu sesat dan setiap sesat itu akan dimasukkan kedalam Neraka”
  • 17.
    Contoh-contoh khurafat Percayakepada keramat seperti kubur, pokok kayu , batu hikmatyang konon dapat menyembuhkan penyakit. Memohon bantuan daripada jin seperti adat memuja pantai, adat merenjis tepung tawar, dan sebagainya
  • 18.
    Ciri-ciri khurafat Tidakberdasarkan kepada nas syarak Cerita-cerita rekaan , dogeng, khayalan Bersumberkan kepercayaan lama Menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya Mempunyai unsur negatif dari segi akidahdan syariat Islam
  • 19.
    Punca amalan khurafat Kejahilan dan kekurangan ilmu agama tidak cukup pengetahuan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang ada Melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu Mengamalkan taklid buta Menerima dakwaan tanpa bukti menerima sesuatu perkara tanpa merujuk kepada yang arif