SlideShare a Scribd company logo
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan
Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya
Menjadi Murtad Kandungan
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam.
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada
tiga bahagian.
Bahagian yang pertama:
(1) I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, I'tiqad
bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama-
lamanya.
(2) I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis
makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri,
atau berbilang-bilang atau menerima mati.
(3) I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., atau
i'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad
yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau i!tiqad bahawa kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa
hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah hukum-hukum
lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengingkari mana-
mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang
diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an-
Nabiyyin.
(4) - I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak
ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara
yang berlaku padanya.
(5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu
tubuh yang lain.
(6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
(7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang
tersebut di atas.
(8) Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita
hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,
mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-
malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan Hukum-hukum-
Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya. Dan juga perkataan yang
menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama
menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa
perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum
Islam:
(1) "Hukum apa ini?"
(2) "Hukum ini sudah lapuk."
(3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
(4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
(5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?"
(6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat
apa salahnya?"
(7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa
salahnya?"
(8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju "
(9) Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di jarinya.
(10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu
bahawa memotong kuku adalah sunat.
(11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya.
(12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan
cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
(13) Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada
padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan
oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
(14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan. Misalnya:
(a) Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau aku
lakukan perkara itu jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah
melakukan perkara yang dituduhkan kepadanya itu, maka jadilah ia kafir, kecuali
kata-kata itu dituturkan dengan tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan
itu sahaja, bukan dengan tujuan redhanya menjadi kafir. Sungguhpun demikian ia
telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut, dan sekiranya ia
benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya, maka
tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa kerana perkatannya itu memberi erti
ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kepada agama Islam.
(b) Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata:
"Kalau aku berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan
tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redhanya
menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia
berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut;
dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia
lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut,
kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia kafir (Murtad), Wal
Iyazubillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin al-Dhahak,
yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Majah.
Bahagian yang ketiga:
Perbuatan, iaitu:
(1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan
mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan
mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat
untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada m ana-mana
makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku' sembahyang dengan
tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan tujuan itu
maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya
tetap haram.
(2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh
orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
(3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla.
(4) Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-rasul-Nya,
Malaikat-Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan
menghina dan merendah-rendahkannya; kalau tidak dengan tujuan yang tersebut
maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas-
kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci, Hadis-hadis Nabi dan Nama-nama Allah
serta ilmu agama untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu; tetapi
kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda-
sendakannya maka orang yang melakukan itu menjadi murtad.
(5) Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika
ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana ia
mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa
perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama
akalnya sihat. Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia
i'tiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulama berselisih kepada tiga
pendapat: Pertama - Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib
atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat kembali mengerjakan
sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke
atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh dengan pedang. Kedua - Orang itu jadi kafir
juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya. Ketiga - Orang itu
tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di "Ta'zir" dengan dipenjarakan
sehingga ia mengerjakan sembahyang. Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta
alasan-alasannya diterangkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim,
mengenai hadis Jabir yang menyatakan keburukan orang yang meninggalkan
sembahyang yang termaklum.
Perkara-perkara yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari
misal-misal yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang melakukannya
menjadi murtad. Mereka menetapkan hukuman yang tersebut dengan berdasarkan:
Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-Taubah, Ayat 37 Surah Fussilat dan ayat-ayat
Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin Jabal yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan
hadis Qais bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud kedua-dua hadis itu:
Bahawa Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w., serta
menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari Allah.
Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang
cintakan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati, apa lagi
melakukan, sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan
berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik dan hidayat-Nya.
Cara-cara masuk Islam: Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada
orang murtad atau orang kafir asli, hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara
yang berikut:
(1) Melafazkan dua kalimah syahadat: ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ‫أ‬َ‫ن‬ُْ ‫أ‬ْ‫ا‬ ‫أ‬ْ‫ل‬ْ‫ه‬َ ‫أ‬ِ‫ا‬َ ‫أ‬َ ِ‫ُه‬ ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ُْ ‫أ‬ِ‫ن‬ُْ ُُ‫ش‬ِ‫م‬ْ‫د‬َ‫ا‬ ‫أ‬َ‫س‬َُ‫ل‬ ُْ ‫أ‬ِ‫ُه‬ Memadai
juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta
mengakui maksud kandungannya. Memadai menyebut yang demikian bukan
sahaja kepada orang yang tidak mengetahui Bahasa Arab bahkan juga kepada
orang yang mengetahui bahasa itu. Juga memadai dengan menyatakan
pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Nabi
Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah.
(2) Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w., itu hanya kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah pengakuannya
bahawa: Kerasulan Baginda s.a.w., umum kepada umat manusia seluruhnya.
(3) Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang
diterangkan dahulu, hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia bertaubat
daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad.
Semoga Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan
Islam, dengan mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan dan
kebahagiaan.
Dipetik dari: buku: Mastika Hadith Rasulullah s.a.w Jilid- 1, Bab - 6 Tajuk - WAJIB
BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR Fasal Ketiga : Perkara-perkara Yang Menyebabkan
Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi
Murtad

More Related Content

What's hot

8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
Angah Rahim
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Zafirah Abdullah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
ieda kahar
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamYu Diey
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Noor Aziah Mamat
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
Salam Salleh
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
jimoh370
 
2.3 ayat2 mutasyabihat
2.3 ayat2 mutasyabihat2.3 ayat2 mutasyabihat
2.3 ayat2 mutasyabihat
wk_aiman
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
fathizul93
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Farra Shahirra
 
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
Irwan John Imbayan
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslimShahirah Said
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
hudhud321
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
NOOR SYAFIQAH BT AHAMADI PALAH
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Ainur Jannah
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Ezad Azraai Jamsari
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
WanMohamadZulhilmi1
 
Pemikiran
PemikiranPemikiran
Pemikiran
Kamarudin Jaafar
 
What's hot (20)

8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
2.3 ayat2 mutasyabihat
2.3 ayat2 mutasyabihat2.3 ayat2 mutasyabihat
2.3 ayat2 mutasyabihat
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
 
Pemikiran
PemikiranPemikiran
Pemikiran
 
Viewers also liked

Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab MerekaMengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Abu Muhammad
 
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
Abu Muhammad
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanakmalmustafakamal
 
Nota Iman dan Kehidupan 1
Nota Iman dan Kehidupan 1Nota Iman dan Kehidupan 1
Nota Iman dan Kehidupan 1
farahmohammat
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Tazkirah PTAR
 
Tugas ppt (rukun islam)
Tugas ppt (rukun islam)Tugas ppt (rukun islam)
Tugas ppt (rukun islam)
Zaka88
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Nur Asilah Ahmad
 
PENGERTIAN RUKUN IMAN
PENGERTIAN RUKUN IMANPENGERTIAN RUKUN IMAN
PENGERTIAN RUKUN IMAN
Mandiri Sekuritas
 
BBM - Rukun Islam
BBM - Rukun IslamBBM - Rukun Islam
BBM - Rukun Islam
Anum Aksan
 
Rukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islamRukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islam12110068
 
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
Nur Putri Maulidia
 
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
Tarbiya Faculty of Islamic State University at Jakarta
 
Xose Manuel Carreira Portfolio
Xose Manuel Carreira PortfolioXose Manuel Carreira Portfolio
Xose Manuel Carreira Portfolio
Xosé Manuel Carreira Rodríguez
 
Paleo Diet
Paleo DietPaleo Diet
Paleo DietHopey78
 
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
schoowebcampus
 
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
scranton toyota
 
Session 7362 Handout 427 0
Session 7362 Handout 427 0Session 7362 Handout 427 0
Session 7362 Handout 427 0
jln1028
 
Viewers also liked (20)

Perkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan AkidahPerkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan Akidah
 
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab MerekaMengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
Mengenali Syiah Melalui Kitab-Kitab Mereka
 
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
RUKUN IMAN - Ringkas Dan Padat
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
 
Nota Iman dan Kehidupan 1
Nota Iman dan Kehidupan 1Nota Iman dan Kehidupan 1
Nota Iman dan Kehidupan 1
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
 
Tugas ppt (rukun islam)
Tugas ppt (rukun islam)Tugas ppt (rukun islam)
Tugas ppt (rukun islam)
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
 
Rukun islam
Rukun islamRukun islam
Rukun islam
 
PENGERTIAN RUKUN IMAN
PENGERTIAN RUKUN IMANPENGERTIAN RUKUN IMAN
PENGERTIAN RUKUN IMAN
 
BBM - Rukun Islam
BBM - Rukun IslamBBM - Rukun Islam
BBM - Rukun Islam
 
Rukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islamRukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islam
 
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
Rukun Islam (Contoh Media Pembelajaran PAI)
 
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
Karya Inovatif Guru PAI (Siti Khadijah Ibrahim)
 
Xose Manuel Carreira Portfolio
Xose Manuel Carreira PortfolioXose Manuel Carreira Portfolio
Xose Manuel Carreira Portfolio
 
Paleo Diet
Paleo DietPaleo Diet
Paleo Diet
 
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
ハイジ・インターフェイスに学ぶ、良いインターフェイスのつくり方 先生:美馬 直輝
 
Chapter 8, objective
Chapter 8, objectiveChapter 8, objective
Chapter 8, objective
 
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
2012 Toyota Tacoma for Sale PA | Toyota Dealer serving Wilkes Barre
 
Session 7362 Handout 427 0
Session 7362 Handout 427 0Session 7362 Handout 427 0
Session 7362 Handout 427 0
 
Similar to Perkara Yang Merosakkan Iman

Perkara2 yg membatalkan iman
Perkara2 yg membatalkan imanPerkara2 yg membatalkan iman
Perkara2 yg membatalkan iman
Halimah Taib
 
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
RINIRISDAYANTI0125
 
Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4
kasmuddin nanang
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
Amiruddin Ahmad
 
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaWeek 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaredrumming
 
20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidahAdhitya Ramadian
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
@f!Q@H @F!N@
 
Materi zina
Materi zinaMateri zina
Materi zina
Konitah Dianah
 
Fiqh amal islami
Fiqh amal islamiFiqh amal islami
Fiqh amal islami
azmi bahari
 
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptxKUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
YulizaAnugraeni
 
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamStudi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Dwi Febrianto
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
The True Syahadah Part 1
The True Syahadah Part 1The True Syahadah Part 1
The True Syahadah Part 1
Nur Fariska
 
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq muliaAqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
Chamid Imamsyafi'i
 
Tanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsanTanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsan
Operator Warnet Vast Raha
 
Ayat
AyatAyat

Similar to Perkara Yang Merosakkan Iman (20)

Perkara2 yg membatalkan iman
Perkara2 yg membatalkan imanPerkara2 yg membatalkan iman
Perkara2 yg membatalkan iman
 
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
 
Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaWeek 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
 
20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
 
Materi zina
Materi zinaMateri zina
Materi zina
 
Bida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam MasyarakatBida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam Masyarakat
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
Fiqh amal islami
Fiqh amal islamiFiqh amal islami
Fiqh amal islami
 
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptxKUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
KUFUR NIFAQ KEL 6.pptx
 
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamStudi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
The True Syahadah Part 1
The True Syahadah Part 1The True Syahadah Part 1
The True Syahadah Part 1
 
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq muliaAqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
 
Tanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsanTanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsan
 
Tanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsanTanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsan
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
More from Abu Muhammad

Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?
Abu Muhammad
 
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiFiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Abu Muhammad
 
Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan KematianIsu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian
Abu Muhammad
 
Solat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninahSolat : Jangan Abai Toma'ninah
Solat : Jangan Abai Toma'ninah
Abu Muhammad
 
Perpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan KhalafPerpaduan Salaf dan Khalaf
Perpaduan Salaf dan Khalaf
Abu Muhammad
 
The Amazing Quran
The Amazing QuranThe Amazing Quran
The Amazing Quran
Abu Muhammad
 
Kesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi NamaKesalahan Dalam Memberi Nama
Kesalahan Dalam Memberi Nama
Abu Muhammad
 
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
99 Usul Kenali Hadith Dhaif Dan Palsu
Abu Muhammad
 
Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran TariqatBelitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Belitan Iblis Dalam Ajaran Tariqat
Abu Muhammad
 
Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan SyirikSurat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Surat Berantai Boleh Menyebabkan Syirik
Abu Muhammad
 
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan UmmahSyiah Rafidhah -  Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Syiah Rafidhah - Di antara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah
Abu Muhammad
 
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Bukti Kesesatan Syiah Dari Kitab-kitab Mereka
Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
The Deviant Shiites (Page  3 of 4)The Deviant Shiites (Page  3 of 4)
The Deviant Shiites (Page 3 of 4)
Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)
The Deviant Shiites (Page  2 of 4)The Deviant Shiites (Page  2 of 4)
The Deviant Shiites (Page 2 of 4)
Abu Muhammad
 
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
The Deviant Shiites (Page 1 of 4)
Abu Muhammad
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Abu Muhammad
 
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Abu Muhammad
 
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 2 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 2 dari 4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 2 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 2 dari 4
Abu Muhammad
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 1 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 1 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 1 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 1 dari 4
Abu Muhammad
 
More from Abu Muhammad (20)

Perkara Yang Merosakkan Iman

  • 1. Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad Kandungan Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam. Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama: (1) I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, I'tiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama- lamanya. (2) I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, atau berbilang-bilang atau menerima mati. (3) I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., atau i'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau i!tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah hukum-hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengingkari mana- mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an- Nabiyyin. (4) - I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya. (5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain. (6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam. (7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas. (8) Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang. Bahagian yang kedua: Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat- malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan Hukum-hukum- Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
  • 2. (1) "Hukum apa ini?" (2) "Hukum ini sudah lapuk." (3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan." (4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus." (5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?" (6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?" (7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?" (8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju " (9) Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di jarinya. (10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. (11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya. (12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. (13) Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. (14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan. Misalnya: (a) Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau aku lakukan perkara itu jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara yang dituduhkan kepadanya itu, maka jadilah ia kafir, kecuali kata-kata itu dituturkan dengan tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja, bukan dengan tujuan redhanya menjadi kafir. Sungguhpun demikian ia telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut, dan sekiranya ia benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa kerana perkatannya itu memberi erti ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kepada agama Islam. (b) Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata: "Kalau aku berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redhanya menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut; dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut, kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia kafir (Murtad), Wal Iyazubillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin al-Dhahak, yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Majah.
  • 3. Bahagian yang ketiga: Perbuatan, iaitu: (1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada m ana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram. (2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan. (3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla. (4) Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-rasul-Nya, Malaikat-Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah-rendahkannya; kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas- kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci, Hadis-hadis Nabi dan Nama-nama Allah serta ilmu agama untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda- sendakannya maka orang yang melakukan itu menjadi murtad. (5) Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana ia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama akalnya sihat. Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia i'tiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulama berselisih kepada tiga pendapat: Pertama - Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat kembali mengerjakan sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh dengan pedang. Kedua - Orang itu jadi kafir juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya. Ketiga - Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di "Ta'zir" dengan dipenjarakan sehingga ia mengerjakan sembahyang. Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta alasan-alasannya diterangkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim, mengenai hadis Jabir yang menyatakan keburukan orang yang meninggalkan sembahyang yang termaklum. Perkara-perkara yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari misal-misal yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang melakukannya menjadi murtad. Mereka menetapkan hukuman yang tersebut dengan berdasarkan: Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-Taubah, Ayat 37 Surah Fussilat dan ayat-ayat Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin Jabal yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan hadis Qais bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud kedua-dua hadis itu:
  • 4. Bahawa Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w., serta menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari Allah. Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang cintakan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati, apa lagi melakukan, sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik dan hidayat-Nya. Cara-cara masuk Islam: Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada orang murtad atau orang kafir asli, hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara yang berikut: (1) Melafazkan dua kalimah syahadat: ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ‫أ‬َ‫ن‬ُْ ‫أ‬ْ‫ا‬ ‫أ‬ْ‫ل‬ْ‫ه‬َ ‫أ‬ِ‫ا‬َ ‫أ‬َ ِ‫ُه‬ ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ُْ ‫أ‬ِ‫ن‬ُْ ُُ‫ش‬ِ‫م‬ْ‫د‬َ‫ا‬ ‫أ‬َ‫س‬َُ‫ل‬ ُْ ‫أ‬ِ‫ُه‬ Memadai juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta mengakui maksud kandungannya. Memadai menyebut yang demikian bukan sahaja kepada orang yang tidak mengetahui Bahasa Arab bahkan juga kepada orang yang mengetahui bahasa itu. Juga memadai dengan menyatakan pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah. (2) Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., itu hanya kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah pengakuannya bahawa: Kerasulan Baginda s.a.w., umum kepada umat manusia seluruhnya. (3) Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang diterangkan dahulu, hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia bertaubat daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad. Semoga Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan Islam, dengan mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan dan kebahagiaan. Dipetik dari: buku: Mastika Hadith Rasulullah s.a.w Jilid- 1, Bab - 6 Tajuk - WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR Fasal Ketiga : Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad