2. Syirik Syirik iaitu mempersekutukan Allah S.A.W dalam beribadat. Antara perbuatan syirik ialah berdoa dan meminta pertolongan kepada orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih korban kerana mereka Syirik bermaksud menyekutukan atau menyamakan Allah S.W.T dengan makluknya. Syirik merupakan perkara yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T dan dosanya tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat. Syirik terbahagi kepada dua: Syirik Jali Syirik Khafi Syirik jali terjadi apabila dilakukan secara terang-terangan seperti bertenung nasib, meyembah berhala dan meyembah pokok. Syirik khafi pula terjadi secara sembunyi contohnya mempercayai tangkal yang boleh mendatangkan kekuatan kepada pemakainya, percaya kepada hantu dan menyembah kubur. Ramai manusia tidak tahu bahawa riak, ujub dan takbur juga merupakan Syirik Khafi.
3. Kesan yang dihadapi oleh manusia Jika seseorang itu Syirik maka ia akan membatalkan iman seseorang kerana mempercayai ada kuasa lain selain Allah. Manusia ini yang mengamalkan perbuatan syirik sebenarnya menafikan kekuasaan Allah. Sebagai seorang menusia yang beragama islam, perbutan syirik akan menjatuhkan maruah agama islam kerana pengamalnya mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran islam
4. Cara Menghindarinya Kita tidak perlu risau kerana ada cara untuk menghindari daripada berlakunya syirik Hal ini boleh dilakukan jika masyarakat islam didedahkan dengan ajaran islam secara meluas yang merangkum semua bidang kehidupan. Sesuatu komuniti islam itu perlu didedahkan kesan daripada perbuatan syirik terhadap keimanan kepada Allah S.W.T Kita juga memerlukan pendakwah yang boleh menerapkan akhlak mulia supaya menjadi amalan dalam pergaulan harian
5. Sihir Sihir atau ilmu guna-guna seperti mengubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu pengasih seperti menjadikan seseorang itu suka pada sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau reda dengannya maka telah rosak akidahnya.
6. Huraian Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh Al-Sheikh Abdul Aziz bin Razz, sihir adalah suatu ilmu atau ajaran yang bertujuan menyesatkan akidah umat islam. Mereka tidak tahu bahawa sihir ialah amalan syaitan. Secara kasar boleh diterangkan bahawa ilmu ini kebiasaanya diamalkan oleh orang yang fasik yang bertujuan memudaratkan orang lain. Hal ini berlaku kerana sifat dendam terhadap seseorang. Sebagai manusia kita hendaklah menghindarinya kerana hukum mempelajari ilmu sihir adalah haram dan berdosa besar.
7. Islam telah mengharamkan umatnya mengamalkan ilmu sihir. Banyak kesan buruk akan berlaku Yang pertama ialah kan merosakkan iman seseorang Yang kedua menyebabkan persengketaan dalam masyarakat Yang ketiga membazir wang, masa dan tenaga
8. Cara membasmi amalan ini Umat islam khususnya pihak yang berkenaan hendaklah memainkan peranan untuk membasmi perbuatan tersebut Sebagai manusia yang lemah kita hendaklah menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat islam. Kita juga perlu menerangkan keburukan dan kesannya terhadap manusia sekiranya mengamalkan ilmu sihir. Pihak berkuasa di Malaysia juga haruslah menghukum semua orang yang terlibat dalam ilmu sihir sama ada yang mengajarkan, yang belajar ataupun yang bersubahat berkenaan ilmu tersebut.
9. Riddah Berpaling secara keseluhuran daripada agama Allah S.W.T atau daripada perkara-perkara yang menjadi amalan mutlak kepada sahnya islam tanpa mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya. Huraian Riddah bermaksud keluar daripada agama islam Seseorang manusia yang berpaling tadah dan keluar daripada aama islam dikenali sebagai murtad. Golongan ini murtad kerana tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T dan menerima segala ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W
10. Faktor manusia itu berpaling secara keseluhuran terbahagi kepada beberapa sebab Mereka mungkin tidak sabar menghadapi kesusahan ketika menjadi muslim.. Golongan manusia ini mengangap ajaran islam ialah kolot. Mereka tidak sanggup mengamalkan segala perintah Allah S.W.T dengan sempurna. Mereka juga akan memakai salib kerana terpengaruh dengan kemewahan hidup. Selain itu, golongan murtad terjadi kerana pihak ynag bertanggungjawab membawanya memeluk agama islam telah menganiayainya dan menyebabkan dia berasa amat kecewa dan berputus asa. Keadaan ini akan mendorong dirinya kembali kepada agama asalnya.
11. Hukum bunuh bukanlah untuk menyeksa tetapi ada tujuaannya Salah satu tujuannya ialah menunjukkan kepada orang ramai islam bukanlah agama yang boleh dipersendakan Keadaan ini juga boleh mengawal seseorang supaya tidak memburukkan agama islam kepada orang lain. Jika keadaan ini tidak dikawal maka ia boleh memecahkan umat islam Jika kita berjaya mengawalnya maka ia bukti bahawa hukum Allah S.W.T adalah tegas terhadap sesiapa yang melakukan kesilapan tanpa mengira pangkat dan darjat. Hukuman yang wajib dikenakan kepada orang yang berpaling dari islam ialah Dihukum bunuh jika tidak mahu kembali kepada islam Perkhwinannya dengan orang islam tidak sah Tidak boleh memusakai harta pusaka
12. Kufur Sesiapa yang benci pada sesuatu yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi kafir atau rosak akidahnya. Huraian Berdasarkan penyataan yang dinyatakan oleh Al-Sheikh Abdul Aziz bin Razz, beliau menerangkan mengenai kufur. Kufur ialah golongan yang tidak percaya kepada Allah S.W.T atau menolak ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W Kufur mengikut islam terbahagi kepada tiga iaitu kufur akidah, kufur syariat dan kufur akhlak. Kufur akan merosakkan iman kerana tidak yakin pada salah satu rukun iman. Mereka yang kufur ini akan memohon pertolongan selain daripada Allah S.W.T dan tidak percaya kepada perkara ghaib. Mereka tidak percaya pada hukum yang terdapat dlaam Al-Quran dan hadis rasulullah S.A.W. Malah mereka menghina ketetapan hukum yang terdapt dalam Al-Quran.
13. Kesimpulannya Nabi Muhammad merupakan pesuruh Allah S.W.T, sebagai umat islam kita hendaklah wajib mempercayainya. Jika tidak kita telah dikira sebagai kufur. Perbuatan kufur akan menyebabkan imam seseornag terbatal. Hal in kerana beriman kepada rasul kerupakan salah satu rukun iman.
14. Kesan perbuatan ini sangat buruk kepada individu dan masyarakat Kufur menyebabkan iman terbatal dan perbuatannya boleh menimbulkan kebencian orang lain. Kesucian agama islam juga akan tercemar dan masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak baik. Kesan paling buruk ialah pegangan masyarakat islam terhadap agama islam menjadi lemah dan sekaligus umat islam dipandang hina oleh dunia.
15. Cara Mencegah Untuk mngelakakan kekufuran seperti benci pada sesuatu yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, kita hendaklah menyebarkan risalah islam tentang perkara yang disuruh dan dilarang oleh agama dalam kehidupan manusia serta sebabnya. Masyarakat islam juga perlu didedahkan melalui penghayatan nilai-nilai islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka dalam semua perkara. Jika perkara ini berjaya diamalkan, maka tidak akn berlaku perkara seperti benci pada sesuatu yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.