SlideShare a Scribd company logo
1
ULASAN BUKU
JUDUL : KUASA KEPIMPINAN 4E
PENGARANG : JEFFREY A. KRAMES
PENTERJEMAH : NOR AZILA ZAINAL
ABIDIN
PENERBIT : PTS PROFESSIONAL
TAHUN : 2013
Buku ini membincangkan mengenai kisah kepimpinan hebat yang mencetuskan
kontroversi, membawa revolusi dan penuh inspirasi daripada Jack Welch, Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Konglomerat General Electrics (GE) Terbaik di Dunia. Ia
menceritakan sejarah transformasi GE dan teknik kepimpinan oleh Jack Welch.
Jack Welch telah dilantik sebagai CEO syarikat GE pada 1981 ketika dunia korporat
sedang bergolak dengan pelbagai isu yang baru timbul seperti globalisasi, ledakan
industri komputer peribadi, penyusunan semula syarikat-syarikat korporat dan
sebagainya. Sepanjang tahun pertama menjadi CEO, beliau dikritik hebat kerana
beberapa perubahan yang dilakukannya dalam syarikat GE.
Namun selama 20 tahun menerajui GE, beliau telah berjaya mengubah GE daripada
sebuah syarikat pembuatan kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk
dan perkhidmatan yang sangat besar dan cemerlang. Beliau juga berjaya menaikkan
nilai saham syarikat itu sebanyak 30 kali ganda. Formula kepimpinan 4E yang
diperkenalkan oleh Jack Welch adalah terdiri daripada ciri-ciri berikut :-
1) Energy (Tenaga)
 Pemimpin yang memiliki ciri ini sentiasa bertenaga, tangkas dan aktif.
2) Energizes (Mendorong)
 Pemimpin yang memiliki ciri ini akan memastikan beliau dapat mendorong
kakitangan organisasi supaya bergerak dengan lebih maju.
2
 Pemimpin ini juga sentiasa berkeyakinan tinggi dan dapat mempengaruhi
pekerja dibawahnya agar dapat bekerja dengan lebih bersemangat.
 Mereka juga tahu bagaimana nak menyuntik dan menaikkan semangat
pasukannya agar terus berjuang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
3) Edge (Cekal)
 Pemimpin yang memiliki ciri ini adalah seorang tabah dan cekal.
 Mereka juga berani membuat keputusan yang sukar dan tidak menjadikan
kesukaran sebagai halangan mahupun alasan.
 Mereka juga sanggup menghadapi apa jua cabaran membuat keputusan yang
sukar untuk kemajuan organisasi.
4) Executes (Melaksana)
 Pemimpin jenis ini bijak untuk melaksana sesuatu tugas dengan berkesan.
 Pemimpin ini juga bijak mengerah tenaga, semangat dan kegigihan pasukannya
untuk mencapai matlamat organisasi.
Selain membincangkan mengenai ciri kepimpinan 4E, buku ini juga membincangkan
mengenai tujuh (7) langkah mengendali perubahan dalam sesebuah organisasi seperti
berikut:-
1) Jelaskan matlamat perubahan
 Para ahli organisasi perlu dimaklum dengan jelas mengenai matlamat
perubahan. Ini adalah penting bagi memastikan semua ahli faham dan bersedia
dengan perubahan yang bakal dilakukan.
2) Tangani cabaran perubahan dengan bijak dan berani
 Perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan kerana ramai yang susah
keluar daripada zon selesa atau “comfort zone” namun tidak mustahil untuk
dilaksanakan.
 Pemimpin perlu menangani dengan bijak dan berani segala halangan yang bakal
dihadapi dalam memimpin perubahan ini.
3) Kongsi gambaran kejayaan hasil perubahan
 Pemimpin perlu menerangkan hasil yang bakal dicapai kepada semua ahli
organisasi supaya mereka dapat membayangkan keputusan daripada hasil
usaha mereka nanti.
3
4) Tulus dan Ikhlas, kini dan selamanya
 Pemimpin perlu berkomunikasi dengan ikhlas, jujur dan terbuka dengan semua
ahli. Prinsip pintu terbuka amat penting untuk diamalkan.
5) Ulangi dan hebahkan mesej perubahan sekerap mungkin
 Pemimpin jangan serik untuk mengulang dan menghebahkan mesej perubahan
sekerap yang mungkin. Dengan ini dapat mengingatkan ahli organisasi yang
inisiatif perubahan sedang berlaku.
6) Ambil kesempatan hasil daripada perubahan
 Pemimpin perlu mengambil kesempatan ke atas hasil yang telah ditunjukkan
daripada inisiatif perubahan tersebut dengan mengembangkan fungsi organisasi
supaya lebih relevan.
7) Tiada titik noktah bagi perubahan
 Pemimpin perlu mengingatkan kepada semua ahli bahawa perubahan tidak
pernah berhenti akan sentiasa berlaku di dalam mana-mana organisasi dan ahli
mesti sentiasa bersedia berhadapan dengan perubahan.
Dalam bab lain di dalam buku ini juga menerangkan kisah kepimpinan yang lain seperti
kisah Jeff Immelt merobohkan dan membina semula rumah yang dibina oleh Jack
Welch, Kisah James McNerney membina semula Syarikat 3M Gaya Jack Welch, Kisah
Larry Bossidy pelaksana yang cemerlang, Robert Nardelli mengubah wajah syarikat
Home Depot dan Percaturan Strategik Vivek paul.
Secara kesimpulannya, buku ini amat sesuai dan bermanfaat untuk dibaca serta
dihadam oleh semua pemimpin organisasi atau jabatan kerana ia menerangkan dengan
jelas konsep kepimpinan yang sepatutnya diamalkan. Tambahan pula ia adalah
berdasarkan pengalaman Jack Welch iaitu CEO GE yang telah berjaya
mentransformasikan syarikat GE. Ia amat berguna dan relevan dibaca oleh semua
pemimpin dan ahli sesebuah organisasi atau jabatan.
Diulas Oleh:
Nama : Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi
Tarikh : 9 Mei 2013
Jawatan : Pengarah Negeri
Unit/Bahagian/Seksyen : JKJR Negeri Kedah

More Related Content

What's hot

国小华语一年级试卷
国小华语一年级试卷国小华语一年级试卷
国小华语一年级试卷
Andreen Poh
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Pensil Dan Pemadam
 
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
afiqah Yamani
 
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
najihabashir
 

What's hot (20)

soalan pendidikan islam tahun 2
soalan pendidikan islam tahun 2soalan pendidikan islam tahun 2
soalan pendidikan islam tahun 2
 
国小华语一年级试卷
国小华语一年级试卷国小华语一年级试卷
国小华语一年级试卷
 
intervensi moral.pptx
intervensi moral.pptxintervensi moral.pptx
intervensi moral.pptx
 
Program sandaran npqel
Program sandaran npqelProgram sandaran npqel
Program sandaran npqel
 
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfFail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
 
Soalan kbar dan kbat dst tahun 1
Soalan kbar dan kbat dst tahun 1Soalan kbar dan kbat dst tahun 1
Soalan kbar dan kbat dst tahun 1
 
OPPM smartpartnership BI.pptx
OPPM smartpartnership BI.pptxOPPM smartpartnership BI.pptx
OPPM smartpartnership BI.pptx
 
Rph sains t2
Rph sains t2Rph sains t2
Rph sains t2
 
Jsu sains paper 2
Jsu sains paper 2Jsu sains paper 2
Jsu sains paper 2
 
Borang maklumat amalan baik
Borang maklumat amalan baikBorang maklumat amalan baik
Borang maklumat amalan baik
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
 
Aktiviti kelab-komputer
Aktiviti kelab-komputerAktiviti kelab-komputer
Aktiviti kelab-komputer
 
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebm
 
BOBA-Boleh Baca dengan cepat dan mudah
BOBA-Boleh Baca dengan cepat dan mudahBOBA-Boleh Baca dengan cepat dan mudah
BOBA-Boleh Baca dengan cepat dan mudah
 
Pentaksiran bilik darjah (PBD) dan Pembelajaran Bermakna
Pentaksiran bilik darjah (PBD) dan Pembelajaran BermaknaPentaksiran bilik darjah (PBD) dan Pembelajaran Bermakna
Pentaksiran bilik darjah (PBD) dan Pembelajaran Bermakna
 
Modul peralihan
Modul peralihanModul peralihan
Modul peralihan
 
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA MELAYU TAHUN 3
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA MELAYU TAHUN 3DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA MELAYU TAHUN 3
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA MELAYU TAHUN 3
 
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
Soalan Penilaian 2 Pendidikan Islam Tingkatan 2
 
Ujian Bulan Mac Pendidikan Kesihatan Tahun 3 2016
Ujian Bulan Mac Pendidikan Kesihatan Tahun 3 2016Ujian Bulan Mac Pendidikan Kesihatan Tahun 3 2016
Ujian Bulan Mac Pendidikan Kesihatan Tahun 3 2016
 

Similar to Kuasa kepimpinan 4 e jeffrey a. krames

Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCATransformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
Seta Wicaksana
 
Kerja berpasukan dan lain lain
Kerja berpasukan dan lain lainKerja berpasukan dan lain lain
Kerja berpasukan dan lain lain
Aqmar Ayub
 
3 mengenali fenomena perubahan
3 mengenali fenomena perubahan3 mengenali fenomena perubahan
3 mengenali fenomena perubahan
Rina Putrawan
 

Similar to Kuasa kepimpinan 4 e jeffrey a. krames (20)

Part 1 pengertian dan efek dari kepemimpinan.pptx
Part 1 pengertian dan efek dari kepemimpinan.pptxPart 1 pengertian dan efek dari kepemimpinan.pptx
Part 1 pengertian dan efek dari kepemimpinan.pptx
 
Daniel Change Or Sinking Berubah Atau Tenggelam
Daniel   Change Or Sinking   Berubah Atau TenggelamDaniel   Change Or Sinking   Berubah Atau Tenggelam
Daniel Change Or Sinking Berubah Atau Tenggelam
 
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptxUNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
 
Anis matta perubahan
Anis matta perubahanAnis matta perubahan
Anis matta perubahan
 
Chapter 9 Leadership and Change
Chapter 9 Leadership and ChangeChapter 9 Leadership and Change
Chapter 9 Leadership and Change
 
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptxUNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
UNIVA BAB VII KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL.pptx
 
Perilaku Organisasi
Perilaku OrganisasiPerilaku Organisasi
Perilaku Organisasi
 
Perkembangan Dan Perubahan Organisasi
Perkembangan Dan Perubahan OrganisasiPerkembangan Dan Perubahan Organisasi
Perkembangan Dan Perubahan Organisasi
 
Program Managerial Leadership terlengkap - sample
Program Managerial Leadership terlengkap - sampleProgram Managerial Leadership terlengkap - sample
Program Managerial Leadership terlengkap - sample
 
Change Management
Change ManagementChange Management
Change Management
 
Makalah konsep berubah
Makalah konsep berubahMakalah konsep berubah
Makalah konsep berubah
 
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
 
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNAMakalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
Makalah konsep berubah AKPER PEMKAB MUNA
 
Leading
LeadingLeading
Leading
 
Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCATransformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
Transformasi menuju SDM Unggul dalam Era VUCA
 
Kerja berpasukan dan lain lain
Kerja berpasukan dan lain lainKerja berpasukan dan lain lain
Kerja berpasukan dan lain lain
 
Makalah konsep berubah
Makalah konsep berubahMakalah konsep berubah
Makalah konsep berubah
 
3 mengenali fenomena perubahan
3 mengenali fenomena perubahan3 mengenali fenomena perubahan
3 mengenali fenomena perubahan
 
Manajemen Perubahan Dasar
Manajemen Perubahan DasarManajemen Perubahan Dasar
Manajemen Perubahan Dasar
 
Effective change management for leaders to achieve business competitive and s...
Effective change management for leaders to achieve business competitive and s...Effective change management for leaders to achieve business competitive and s...
Effective change management for leaders to achieve business competitive and s...
 

Kuasa kepimpinan 4 e jeffrey a. krames

  • 1. 1 ULASAN BUKU JUDUL : KUASA KEPIMPINAN 4E PENGARANG : JEFFREY A. KRAMES PENTERJEMAH : NOR AZILA ZAINAL ABIDIN PENERBIT : PTS PROFESSIONAL TAHUN : 2013 Buku ini membincangkan mengenai kisah kepimpinan hebat yang mencetuskan kontroversi, membawa revolusi dan penuh inspirasi daripada Jack Welch, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Konglomerat General Electrics (GE) Terbaik di Dunia. Ia menceritakan sejarah transformasi GE dan teknik kepimpinan oleh Jack Welch. Jack Welch telah dilantik sebagai CEO syarikat GE pada 1981 ketika dunia korporat sedang bergolak dengan pelbagai isu yang baru timbul seperti globalisasi, ledakan industri komputer peribadi, penyusunan semula syarikat-syarikat korporat dan sebagainya. Sepanjang tahun pertama menjadi CEO, beliau dikritik hebat kerana beberapa perubahan yang dilakukannya dalam syarikat GE. Namun selama 20 tahun menerajui GE, beliau telah berjaya mengubah GE daripada sebuah syarikat pembuatan kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang sangat besar dan cemerlang. Beliau juga berjaya menaikkan nilai saham syarikat itu sebanyak 30 kali ganda. Formula kepimpinan 4E yang diperkenalkan oleh Jack Welch adalah terdiri daripada ciri-ciri berikut :- 1) Energy (Tenaga)  Pemimpin yang memiliki ciri ini sentiasa bertenaga, tangkas dan aktif. 2) Energizes (Mendorong)  Pemimpin yang memiliki ciri ini akan memastikan beliau dapat mendorong kakitangan organisasi supaya bergerak dengan lebih maju.
  • 2. 2  Pemimpin ini juga sentiasa berkeyakinan tinggi dan dapat mempengaruhi pekerja dibawahnya agar dapat bekerja dengan lebih bersemangat.  Mereka juga tahu bagaimana nak menyuntik dan menaikkan semangat pasukannya agar terus berjuang dan mencapai matlamat yang ditetapkan. 3) Edge (Cekal)  Pemimpin yang memiliki ciri ini adalah seorang tabah dan cekal.  Mereka juga berani membuat keputusan yang sukar dan tidak menjadikan kesukaran sebagai halangan mahupun alasan.  Mereka juga sanggup menghadapi apa jua cabaran membuat keputusan yang sukar untuk kemajuan organisasi. 4) Executes (Melaksana)  Pemimpin jenis ini bijak untuk melaksana sesuatu tugas dengan berkesan.  Pemimpin ini juga bijak mengerah tenaga, semangat dan kegigihan pasukannya untuk mencapai matlamat organisasi. Selain membincangkan mengenai ciri kepimpinan 4E, buku ini juga membincangkan mengenai tujuh (7) langkah mengendali perubahan dalam sesebuah organisasi seperti berikut:- 1) Jelaskan matlamat perubahan  Para ahli organisasi perlu dimaklum dengan jelas mengenai matlamat perubahan. Ini adalah penting bagi memastikan semua ahli faham dan bersedia dengan perubahan yang bakal dilakukan. 2) Tangani cabaran perubahan dengan bijak dan berani  Perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan kerana ramai yang susah keluar daripada zon selesa atau “comfort zone” namun tidak mustahil untuk dilaksanakan.  Pemimpin perlu menangani dengan bijak dan berani segala halangan yang bakal dihadapi dalam memimpin perubahan ini. 3) Kongsi gambaran kejayaan hasil perubahan  Pemimpin perlu menerangkan hasil yang bakal dicapai kepada semua ahli organisasi supaya mereka dapat membayangkan keputusan daripada hasil usaha mereka nanti.
  • 3. 3 4) Tulus dan Ikhlas, kini dan selamanya  Pemimpin perlu berkomunikasi dengan ikhlas, jujur dan terbuka dengan semua ahli. Prinsip pintu terbuka amat penting untuk diamalkan. 5) Ulangi dan hebahkan mesej perubahan sekerap mungkin  Pemimpin jangan serik untuk mengulang dan menghebahkan mesej perubahan sekerap yang mungkin. Dengan ini dapat mengingatkan ahli organisasi yang inisiatif perubahan sedang berlaku. 6) Ambil kesempatan hasil daripada perubahan  Pemimpin perlu mengambil kesempatan ke atas hasil yang telah ditunjukkan daripada inisiatif perubahan tersebut dengan mengembangkan fungsi organisasi supaya lebih relevan. 7) Tiada titik noktah bagi perubahan  Pemimpin perlu mengingatkan kepada semua ahli bahawa perubahan tidak pernah berhenti akan sentiasa berlaku di dalam mana-mana organisasi dan ahli mesti sentiasa bersedia berhadapan dengan perubahan. Dalam bab lain di dalam buku ini juga menerangkan kisah kepimpinan yang lain seperti kisah Jeff Immelt merobohkan dan membina semula rumah yang dibina oleh Jack Welch, Kisah James McNerney membina semula Syarikat 3M Gaya Jack Welch, Kisah Larry Bossidy pelaksana yang cemerlang, Robert Nardelli mengubah wajah syarikat Home Depot dan Percaturan Strategik Vivek paul. Secara kesimpulannya, buku ini amat sesuai dan bermanfaat untuk dibaca serta dihadam oleh semua pemimpin organisasi atau jabatan kerana ia menerangkan dengan jelas konsep kepimpinan yang sepatutnya diamalkan. Tambahan pula ia adalah berdasarkan pengalaman Jack Welch iaitu CEO GE yang telah berjaya mentransformasikan syarikat GE. Ia amat berguna dan relevan dibaca oleh semua pemimpin dan ahli sesebuah organisasi atau jabatan. Diulas Oleh: Nama : Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi Tarikh : 9 Mei 2013 Jawatan : Pengarah Negeri Unit/Bahagian/Seksyen : JKJR Negeri Kedah