Kemahiran sosial merupakan alat penting bagi remaja untuk berinteraksi dengan orang lain secara positif, membina persahabatan berkualiti, dan mengendalikan konflik secara efektif. Kemahiran ini membantu menstabilkan emosi, meningkatkan sistem kekebalan, dan meningkatkan kesihatan mental. Namun, budaya di kalangan remaja cenderung menekankan persahabatan sementara berdasarkan keseronokan saja, bu
1. KEMAHIRAN SOSIAL
Selain daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, alat penting dalam
kehidupan seorang remaja ialah kemahiran sosial. Kemahiran sosial ialah hubungan
interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif yang harus membawa
manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada dalam bentuk material, kestabilan
emosi, peningkatan kekuatan fizikal, intelek atau spiritual. Remaja yang tidak
mempunyai kemahiran sosial akan bermasalah dalam kehidupan mereka. Kemahiran
yang membantu anda menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti membina
persahabatan, berbual dengan orang lain, mempunyai budi pekerti yang baik, dan
mempunyai rasa empati terhadap orang lain.
Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah
termasuklah mendengar dan mematuhi arahan, berkelakuan sopan dan menghindari
gangguan, meminta bantuan, memberi sumbangan dalam perbincangan, membuat
keputusan, pengendalian konflik, membina kemahiran akademik, melaksanakan
kewajipan, dan bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri.
Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan
perasaan seseorang itu sendiri. Ini termasuklah mengetahui perasaan saya sendiri,
meluahkan perasaan saya, memahami perasaan orang lain, menguruskan kemarahan
saya, mengatasi perasaan takut dan malu saya,dan menghargai diri saya.
Selain itu dengan adanya kemahiran sosial saya dapat berinteraksi dengan
positif. Saya dapat mengambil inisiatif untuk membantu orang lain, mendekati orang lain
dengan cara yang boleh diterima, dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak,
belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan, dan berkongsi
bahan/permainan.
2. Kemahiran sosial juga merujuk kepada persahabatan. Ramai remaja hari ini
mempunyai rakan tetapi rakan mereka hanya bersama dengan mereka ketika senang
dan meninggalkan mereka ketika susah dan menderita. Oleh sebab itulah perlu bagi
remaja mencari sahabat atau rakan yang berkualiti. Rakan yang berkualiti atau sahabat
sebenarnya mampu memberi bantuan dalam menstabilkan emosi dan meredakan
tekanan ketika remaja menghadapi masalah atau dilanda duka.
Sebagai contoh, sekiranya anda sakit dan terlantar di hospital, maka sahabat
yang berkualiti akan sentiasa menziarahi anda dengan senyuman sehingga anda
sembuh. Persahabatan merupakan kesan kemahiran sosial yang kurang diberikan
perhatian, sama ada oleh remaja atau masyarakat umum. Ia mempunyai banyak
manfaat termasuk dari segi kesihatan. Sebagaimana yang disebut dalam Reader's
Digest, Edisi November 2002 mengenai manfaat kesihatan melalui persahabatan yang
telah dibuktikan oleh lebih daripada 100 penyelidikan.
Persahabatan mampu meningkatkan peluang seseorang untuk hidup ketika
menghadapi penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan memberikan
mereka sistem kekebalan penyakit yang lebih kuat.persahabatan juga memberi mereka
yang mempunyai sokongan sosial jangkaan umur yang lebih panjang daripada mereka
yang tidak ada. Selain itu persahabatan juga membaiki kesihatan mental mereka.
Namun kita dapati budaya di kalangan remaja hari ini menjurus kepada bentuk
persahabatan yang bersifat sementara, hanya perkara yang berkaitan dengan
keseronokan dan hiburan dan tidak membentuk sikap pengorbanan dan kerjasama,
dalam perkara melakukan kebaikan dalam masyarakat. Mereka tidak memahami erti
dan nilai persahabatan yang sebenarnya. Ini merupakan kesan daripada pengaruh nilai
dan budaya Barat yang berasaskan hedonisme, kebebasan dan mementingkan diri
sendiri.
Selain itu, kemahiran sosial juga membolehkan pelajar mengetahui cara
menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih baik. Antara
strategi pengendalian konflik adalah kawal emosi dan memberi ketenangan, jauhkan
diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda, luahkan perasaan anda
3. secara asertif, kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab
untuk konflik tersebut? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan
konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya dengan
cara yang baik.
Kita juga boleh bertanya kepada seseorang tersebut sama ada dia mempunyai
masa untuk berbincang dan beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya :
Saya sangat sedih ketika ini). Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan
konflik tersebut dan teruskan untuk berbincang dengan tenang. Sekiranya konflik itu
tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu
yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian.
Kesimpulanya, kecerdasan intelektual (IQ) hanya menyumbang 20% bagi
kesuksesan, sedangkan 80% adalah sumbangan faktor kekuatan-kekuatan lain,
diantaranya adalah kecerdasan emosional atau Emotional Quotient (EQ) yakni
kemampuan memotivasi diri sendiri, mengatasi frustasi, mengontrol desakan hati,
mengatur suasana hati (mood), berempati serta kemampuan bekerja sama. Dalam
proses belajar, kedua inteligensi itu sangat diperlukan. IQ tidak dapat berfungsi dengan
baik tanpa partisipasi penghayatan emosional terhadap mata pelajaran yang
disampaikan di sekolah. Namun biasanya kedua inteligensi itu saling melengkapi.
Keseimbangan antara IQ dan EQ merupakan kunci keberhasilan belajar di sekolah
(Goleman, 2002). Pendidikan di sekolah bukan hanya perlu mengembangkan rational
intelligence iaitu model pemahaman yang lazimnya dipahami pelajar saja, melainkan
juga perlu mengembangkan emotional intelligence pelajar.