virus

1,089 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,089
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
14
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

virus

  1. 1. Virus KomputerMichealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, DieHard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, YankeeDoodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukannama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama viruskomputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskanperisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalahsebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalampenjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiakdengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasakomputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language).Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatiksetelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian inidisebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkitifail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapatvirus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXEdan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisianberkisar di dalam fail-fail ini.
  2. 2. Jenis-jenis virusVirus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail sertajumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan danmampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virussektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virusMultipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yangmenggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkitifail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepadafail .COM tersebut.Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan failtersebut tidak dapat berfungsi.Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod bootutama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain.Contoh Tequila dan Anticad.Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar failtersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor bootdisket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form danStoned.TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan danmenjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan.Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.
  3. 3. Ciri-ciri virusPertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepatdan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilanganyang kecil.Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secaraperlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Iamampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan danapabila dikesan mungkin sudah terlambat.Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan mendudukibahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan iatidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentukvirus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.
  4. 4. Akibat virusPernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuahfail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dantergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan "boot" semula denganmenekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan datadan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu cirikerosakan yang dilakukan oleh virus komputer.Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampumelakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu merosakkan :cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama.perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan menggangguROM.memadamkan fail dari cakera keras.merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.
  5. 5. Bagaimana ia merebakBiasanya virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektorboot dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan padakomputer lain. Biasanya anak-anak membawa disket rakan mereka untukdigunakan di rumah dan disket rakan mereka dijangkiti virus. Seterusnyakomputer mereka dirumah dijangkiti kemudian tanpa disedari menyalin kerjasekolah dari komputer tersebut ke dalam disket dan disket itu digunakan dalammakmal sekolah. Hasilnya seluruh rangkain komputer sekolah dijangkiti virus.
  6. 6. Mencegah virusVirus boleh dihalang dengan mengadakan satu tatacarapencegahan iaitu periksa disket dengan perisian anti-virussebelum menggunakannya. Perisian anti virus yang bolehdigunakan ialah Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Dr SolomonAnti Virus, F-Prot 2.23, PcCilin 95, Thunderbyte 7.01, F/Win AntiVirus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti virusdikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6bulan. Pengemaskinian ini perlu dilakukan kerana virus akanberubah dan virus baru akan muncul setiap bulan. Tiada satuperisian anti virus yang mampu menghapuskan semua viruskerana setiap perisian mempunyai kelebihan dan kekurangannya.Anti virus yang dicadangkan ialah Norton Anti Virus dan Mc AfeeAnti Virus.Rujukan :Disini anda boleh mendapatkan perisian anti-virus percumauntuk DOS & Windows NTMcAfee Anti Virus - Terdapat banyak maklumat mengenai virusdan menawahkan perisian anti-virus versi penilaian (EvaluationVersion)Dr. Solomon Anti Virus - Perisian penilainan percumaF-Prot - Berbagai perisian sedia dimuat turun(download) untukpengguna bertafdar sahaja(memerlukan password)PcCilin 95 - Perisian anti-virus(termasuk Macro virus) percumaThunderbyte - Perisian anti-virus versi penilainan percuma
  7. 7. Definisi Virus KomputerWalaupun perisian cetak rompakmerupakan salah satu diantara jenayahkomputer, mereka cipta virus komputerjuga merupakan salah satu diantarajenayah kerana ia dianggap mencerobohatau mengganggu. Virus komputer didalam istilah komputer ialah sejenisprogram parasit yang tertanam di dalamsalah sebuah perisian atau program.Kebiasaannya ia disimpan atau terletak dikawasan tertentu di dalam disk yangdinamakan "boot sector". Apabila kitamenjalankan/melarikan perisian yangdijangkiti virus tersebut atau cubamengakses disk yang dijangkiti akanmengaktifkan virus tersebut. Virus bolehdiprogramkan untuk melakukan pelbagaiperkara termasuklah menyalin diri merekake dalam program lain, memaparkanmaklumat tertentu di monitor,memusnahkan fail maklumat ataumemadam kelesuruhan cakera keras "harddisk".
  8. 8. Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digerunisekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar padatahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabilapengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada haritersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segalamaklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untukmembina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputerlain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabilasalah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraianmengenai virus komputer tersebut. Tidak seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, viruskomputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan.Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untukmengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentuuntuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifatuntuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkankerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan
  9. 9. Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kitahanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisianuntuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasakomputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila viruskomputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkanperisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda.Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialahdengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisianyang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai viruskomputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semuadisk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus.Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisianini mampu mengesan disk dan perisian yang dipercayai mempunyai virus danmemusnahkannya
  10. 10. Aktiviti Virus KomputerSepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yangmemasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan didalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistemoperasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telahdijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Iaakan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector"untuk dijangkiti.Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian antivirus. Lebih baik jika kitameninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai virus komputer agar memudahkan kitauntuk menghapuskannya kelak. Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakanorang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya"unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting.Perisian antivirus mempunyai beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya.Kebanyakan perisian antivirus memasangkan program "memory -resident Windows 95virtual device driver (VxD)" yang akan dilaksanakan secara automatik apabila andamenghidupkan komputer anda. Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugasuntuk mencari virus. Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidakmemadai.. Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaanvirus dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampudiperiksa oleh perisian ini.
  11. 11. Perisian AntivirusSebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenaiperisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisiperisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenisperisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculanvirus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenisperisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan sepertiauto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian inibertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan viruskomputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirusyang berada di pasaran dan laporan mengenainya
  12. 12. Dr.Solomon Antivirus ToolkitPerisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semuajenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segikelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untukmendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanyamelalui/menggunakan disk.Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik keranamampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satuujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yangdikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuahbadan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virustelah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramahpengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanyamenekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugasdilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopediamengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkanoleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu"bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkanvirus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebihlanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
  13. 13. F-Prot ProfesionalPerisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyaipilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaransekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan failpengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula"reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding denganDr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakanantivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virusbagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atauperisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Protadalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjayamengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak78 peratus daripada virus yang ditemui.Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untukmengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Inidapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telahpasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakansatu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemuidi dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkitikepada System Administrator.
  14. 14. IBM Antivirus Version 2.5Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus.Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporanIBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yangbaru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yangagak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walaubagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untukmengesyorkan anda menggunakannya.IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskanvirus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akanmerosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak bolehdibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja failtersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal.Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampumenghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-cirilain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootableemergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootableemergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi.Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergike alamat http://www.av.ibm.com
  15. 15. Diantara perisian antivirus lain yangboleh didapati ialah sepertiMcafee Virusscan for windows 95,Norton Antivirus 2.0 for windows95,Trend Micro Inc. PC-Cilin dan jugaThunderbyte Antivirus Utilities.Menghapuskan virusUntuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisianantivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 5.0, McAfee Virusscan4.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin dan Armour. Andahendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskiniuntuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasamenuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkandiri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yangdilakukan oleh virus CIH. Selain daripada perisian-perisian di atas andajuga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH danExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web sepertiwww.download.com dan www.filemine.com.
  16. 16. Worm.ExploreZipVirus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah emel dengan mesej "Got your email. Ill reply ASAP. Untilthen, heres the zipped documents.", anda hendaklah terus membuang fail ini.Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian- perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan kerosakan besar.
  17. 17. CIH Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh duniaterutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing- hau berusia 24 tahun. Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.
  18. 18. BackDoor-GBackDoor-G adalah sebuah aturcaraTrojan yang dihantar melalui Internetmenerusi spam emel dan iadipindahkan dalam format program“screensaver”. Jika program inidijalankan maka komputer itu bolehdicapai dan dicerobohi oleh penggunayang tidak dibenarkan. BackDoor-Gakan menjangkiti komputer yangmenggunakan Windows dan ia tidakboleh dikesan oleh pengguna.Aturcara ini juga mampu menukarnama failnya dan bersembunyidaripada pengesanan perisianantivirus.
  19. 19. Pretty ParkPretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus ituakan bercantum kepada koleksi alamat dalam failMicrosoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumatseperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat pentingyang lain mengenai komputer pengguna itu dandihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.
  20. 20. Komputer Menjadi Perlahan. Padakebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengansistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.
  21. 21. Sesetengah Perisian Komputer Tidak BolehDipasang. Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripadamemasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Inimenyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.
  22. 22. Folder Option Hilang. Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virusboleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka. Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalamkomputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya.
  23. 23. Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikanfungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.
  24. 24. Virus komputerApakah virus komputer?•Virus komputer adalah satu program komputer yang bolehmereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpakebenaran atau pengetahuan pengguna.cara virus berjangkit•Melalui rangkaian internet dan komputerKebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidakdiketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turunberisiko diserang virus.Email juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus didalam komputer.•Melalui disk mediaPenggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yangtelah diserang virus akan menyebabkan virus menyelinap masuk kedalam disket bersama-sama data tersebut.Oleh yang demikian disket tersebut telah diserang virus danpenggunaan disket tersebut terhadap komputer lain akanmenyebabkan komputer itu diserang virus.
  25. 25. cara melindungi komputer dari diserang virus•Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer.•Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yangdicurigai keselamatannya.•Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti disket, usb flashdrive, memory stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelummenggunakannya.Tanda-tanda komputer diserang virus.•Operasi sistem komputer menjadi perlahan•Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan•Jumlah sektor yang rosak bertambah•Ruang memori berkurang dengan cepat•Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak•Mesej pelik dipaparkan•Fail-fail tiba-tiba hilang•Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh•Atribut fail bertukar•Semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus
  26. 26. Lindungi Komputer Anda dari SpywareSpyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalamkeadaan tidak dapat dilihat dan maklumat yang dikumpultentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut.Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan dankesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware,dan sebagainya. Kesan terhadap serangan Spyware adalahseperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulankatalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponenWindows.Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spywareialah mengelakannya. Elakkan dari memasang perisianSpyware pada komputer anda, sekiranya anda telahmemasangnya, Spyware sukar untuk di buang, dan Spywareakan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumberSpyware ialah Active X/Install For the Web dan add-ons untukprogram-program lain.Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-lamanweb yang menawarkan perisian untuk dipasang ke komputeranda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well-known, reputable vendors seperti Macromedia Flash atau SunJava, elakkan dari memasang program ini. Install For the Webspyware installer seperti gambar dibawah:-
  27. 27. Apakah anti virus?•Anti virus merupakan perisian yang mengenal pasti data yang telahdiserang virus komputer.•Penggunaan anti virus di dalam komputer akan meminimakan risikokomputer diserang virus.•Terdapat pelbagai perisian anti virus yang terdapat sekarang sepertiNorton Symantec, AntiVir, NOD32, Panda dsb.Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputersaya di dalam keselamatan?Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatanmudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hackingattack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputeryang mempunyai sistem yang mudah diserang.
  28. 28. Pemasangan Virus Scanner dan Pengemaskini (Update)Sekiranya komputer anda tidak mempunyai program antivirus ataulesen untuk mengemaskini program antivirus anda tidak lama, andaboleh memuat turun program virus Avira AntiVir dari laman portalanda.Pastikan virus definitions anda telah dikemaskini. Virus definitionuntuk Avira Antivir akan terpapar pada tetingkap utama seperti yangditunjuk di bawah. Kerana hampir setiap hari virus-virus baru akankeluar menyerang, jika Virus Definition anda sudah terlalu lama dantidak dikemaskinikan, program antivirus tidak dapat digunakan lagi.Anda boleh mengemaskinikan Virus Definition dengan cara klik padaStart update.Anda boleh mengetahui jenis-jenis virus dan malware dengan klikpada menu Help, kemudian klik Content. Anda akan dapati tajuk”Virus and more” dan disitu terdapat penerangan mengenai virus danmalware termasuk aktiviti yang mereka lakukan semasa menyerangkomputer.

×