SlideShare a Scribd company logo
1
1.0. Pengenalan
Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan tentang isu masalahsosial dikalangan
pelajar. Malah jika disebut sahaja tentang masalah sosial ianya sering dikaitkan serta tentang
kegiatan yang tidak diingini ataupun tingkahlaku yang tidak mempunyai nilai moral..
Fenomena ini sukar untuk dibendung kerana pelakunya sering terdedah dengan pengaruh-
pengaruh negatif sama ada melalui rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya.
Antara kegiatan-kegiatan yang tidak diingini itu adalah seperti penyalahgunaan dadah,
merokok, menghidu gam, lepak, vandalisme, meminum minuman arak dan ponteng sekolah.
Sehubungan dengan itu, salah satu daripada isu tentang gejala sosial yang sering
diperkatakan ialah ponteng sekolah.Secara umumnya, gejala ponteng sekolah pada dasarnya
melibatkan para pelajar sekolah. Rata-rata mereka ini adalah golongan pelajar yang dikatakan
akan menjadi aset pelapis bagi menerajui serta menjana pembangunan negara di masa
hadapan. Tambahan pula, akibat daripada ponteng sekolah ini kebarangkalian untuk para
pelajar terjebak ke arah gejala sosial yang lebih tragidis adalah lebih luas.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Datuk Mahadzir Mohd Khir,
dalam Utusan Malaysia ( 15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal.
Sejak kebelakangan ini, acapkali disebut dan diperbincangkan tentang gejala ponteng sekolah
di kalangan pelajar sekolah. Fenomena ini payah untuk dibendung kerana pelajar sekolah
sering terdedah dengan pengaruh-pengaruh negatifsama ada melalui rakan sebaya,
persekitaran, media massa dan sebagainya.
Permasalahanponteng sekolah ini semakin parah. Ini dapat dibuktikan melalui
dapatan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul
Raof Husin, 1999), menunjukkan bahawa bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori
salah laku yang tinggi iaitu sebanyak 38053 kes di seluruh Negara (Malaysia).
2.0. Definisi Ponteng Sekolah
Ponteng merupakan satu tingkah laku yang salah dan melanggar peraturan sekolah.
Seseorang pelajar akan dianggap ponteng apabila pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah tanpa
ada sebab yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
2
Menurut Rasidah bt Omar (2005), mendefinisikan ponteng sekolah sebagai ketidakhadiran
pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah.Manurut Kamus Dewan, ponteng
didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari
itu, ponteng juga merujuk kepda pelajar yang datang ke sekolah tetapi tidak menghadiri kelas
sama ada satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
3.0. Jenis Ponteng Sekolah
3.1. Ponteng Sekolah Dengan Kebenaran.
Ponteng sekolah dengan kebenaran dikaitkan dengan pelajar yang tidak hadir ke
sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun diluar bidang kawalan
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Pelajar yang dianggap sebagai ponteng sekolah
dengan kebenaran adalah pelajar yang tidak hadir ke sekolah dengan syarat pelajar tersebut
mestilah membuat kenyataan dalam bentuk hitam putih iaitu melalui surat atau
pemberitahuan secara lisan atau panggilan telefon ataupun disampaikan melalui ibu bapa atau
penjaga.
3.2. Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran
Sementara ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar tidak hadir ke
sekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada bertulis atau
pemberitahuan secara lisan.
4.0. Isu Ponteng Sekolah
Gejala ponteng sekolah merupakan satu masalah yang sangat merunsingkan warga
pendidik terutamanya guru disiplin sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang
guru yang mengajar di kawasan bandar, mendapati bahawa kekerapan murid sekolah rendah
untuk ponteng sekolah pada tahap sederhana tetapi sukar untuk dibendung oleh pihak
sekolah. Klasifikasi kes ponteng yang berlaku di sekolah tempat saya mengajar adalah
seperti kes ponteng sesi pembelajaran dan pengajaran, ponteng aktiviti kokurikulum dan kes
tidak hadir ke sekolah tanpa ada alasan yang munasabah.
3
Isu ponteng sekolah yang melibatkan ponteng sesi pembelajaran dan pengajaran agak
sedikit jumlahnya berbanding dengan kes ponteng sekolah yang lain. Kes ponteng kelas
biasnya di mana murid tidak masuk dalam bilik darjah atau ponteng sesi pembelajaran dan
pengajaran.Ini berlaku kerana murid-murid bosan disebabkan pembelajaran guru yang tidak
menarik dan membosankan atau mereka tidak dapat mengikuti pengajaran kerana
lambat.Namun begitu kes sebegini senang untuk dikesan kerana ianya melibatkan kehadiran
murid dalam satu-satu masa.
Berbeza pula dengan statistik kes ponteng sekolah yang melibatkan ketidakhadiran
murid ke sekolah tanpa sebab munasabah. Bilangan murid yang ponteng adalah agak tinggi
dan akan berlaku mengikut masa atau musim tertentu terutamanya ketika cuti persekolahan
bermula atau semasa perayaan. Bagi sekolah tempat saya mengajar iaitu sekolah di kawasan
bandar, musim ponteng sekolah yang agak ketara atau agak tinggi ialah semasa perayaan.
Ibu bapa akan membawa anak mereka bercuti awal atas alasan hendak balik ke kampung.
Selain itu, kes ponteng sekolah yang selalu dapat di kesan di sekolah tempat saya mengajar
ialah kes ponteng sekolah disebabkan oleh rakan sebaya.Ini di sebabkan pengaruh dari rakan-
rakan yang mengajak merekan melepak atau pergi ke pusat membeli belah atau ke kedai
siber. Jelaslah kes ponteng sekolah ini, amat merugikan pihak sekolah, maupun diri sendiri
remaja itu.
5.0. Punca-Punca Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah maupun kekangan disiplin yang banyak berlaku dan sukar untuk
diatasi. Dengan kata lain, ponteng sekolah meupakan satu indikator yang menanda aras
sistem pendidikan negara. Walau bagaimanapun pihak kerajaan sedang bergiat cergas dalam
mencari punca dan berusaha bagi mengurangkan polimik ini. Di antara punca-punca ponteng
sekolah yang telah dikenal pasti adalah :
5.1. Suasana Sekolah
Hasil kajian dariAbdul Karim (1994), menyatakakn keceriaan sekolah merupakan
salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan sekolah dan disiplin pelajar
di sesebuah sekolah.
4
Menurut Azizah (2002), pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang
menarik boleh membantu kehadiran pelajar kesekolah.Persekitaran sekolah atau bilik
darjah yang tidak ceria, peraturan sekolah yang ketat, ketidak mesraan guru-guru
dengan pelajar, beban kerja yang banyak dan rasa bosan terhadap pembelajaran dan
pengajaran, juga menggalakkan gejala ponteng sekolah.
5.2. Pengaruh Rakan Sebaya
Menurut Mohd Amin (1998), pelajar ponteng sekolah adalah mereka yang
mempunyai pendirian yang rendah dan mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain.
Dalam mencari indentiti diri maka mereka suka mencubasesuatu yang baru dan mudah
menerima ajakan rakan sebaya untuk ponteng sekolah. Segala ajakan dari rakan akan
mereka turuti tanpa memikirkan baik dan buruknya. Ini berlaku kerana mereka
terpedaya dengan alasan-alasan yang diberikan oleh rakan yang suka ponteng. Dalam
hal ini, pelajar harus bijak memilih kawan dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan
siapa anak mereka berkawan untuk menggelakkan anak berkawan dengan pelajar yang
bermasalah.
5.3. Ibu Bapa
Sejak beberapa tahun yang lalu, masyarakat heboh memperkatakan tentang
segelintir pelajarsekolah yang terlibat dengan ponteng sekolah. Kurangnya kawalan
oleh ibu bapaatau ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka dikatakan
menjadi punca utama berlaku gejala tersebut.
Mengikut kajian Sapora Sipon (2005), faktor pendapatan keluarga, kelas
sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, ketidakstabilan keluarga kesemuanya
menyumbang kepada masalah ponteng sekolah.Beliau juga menunjukkan bahawa
kebanyakkan ibu bapa tidak sedar anak mereka ponteng sehingga guru membuat
aduan.Itu pun selepas beberapa hari murid berkenaan tidak hadir.Ibu bapa juga sering
kali terpedaya dengan anak yang pandai berpura-pura berkelakuan baik ketika berada
di rumah.Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka sering melakukan
salah laku di sekolah atau luar sekolah.Kawalan daripada ibu bapa terhadap anak yang
5
bersekolah amat sukar dilakukan kerana dalam kehidupan kini kedua-dua ibu dan
bapa bekerja.
Dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshadmenunjukkan kesibukan
harian inilah mengakibatkan banyak ibu bapa terpedaya danmengambil ringan
terhadap tugas mengawas anak terutama anak yang masih di bangku sekolah.Pada
mereka, sekolah sudah cukup bagi mendisiplinkan pelajar dan menjaga anak pada
waktu siang.Sedangkan dalam hal ini, guru hanya dapat mengawal pelajar ketika
waktu persekolahan sahaja.Di luarsekolah, tugas itu amat sukar atau boleh jadi
mustahil bagi guru membuat pengawasan dan mengambil tindakan.
Sebenarnya ibu bapa atau penjaga sangat berperanan dalam pembentukan dan
pengawalandisiplin anak-anak mereka.Secara tidak formal, kanak-kanak menerima
didikan awal di rumah dari ibu bapa.Sebab itulah anak kecil diumpamakan seperti
kain yang putih bersih maka ibu bapanyalah yang banyak mempengaruhi
pembentukan keperibadiannya.Sebenarnya kanak-kanak lebih banyak masa bersama
keluarga berbanding waktu belajar di sekolah.
Institusi kekeluargaan yang bermasalah merupakan penyumbang kepada
masalah disiplin di kalangan pelajar. Majoriti pelajar yang terlibat dalam masalah
ponteng sekolah ini datangnya dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia ,
sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak mencari kebahagiaan di
luar dan menjadi selesa bersama rakan- rakan hingga mengabaikan sekolah.
Selain itu, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja diluar dari pagi hingga malam,
kononnya supaya dapat memberi kemewahan duniawi kepada keluarga sehingga lupa
untuk bermesra, berkasih sayang dengan anak-anak, jauh sekali untuk bertanya
masalah yang dihadapi oleh anak-anak, akhirnya anak-anak akan mencari cara lain,
iaitu mencari kawan kawan tidak kira sesiapa sahaja, salah pilih kawan anak-anak
tersebut akan terpengaruh dengan aktiviti yang dilakukan oleh tersebut. Ini juga
menyumbang kepaqda masalah ponteng sekolah.
Lain pula dengan ibu bapa yang tidak mengambil berat dengan perkembangan
pendidikan anak-anak.Berkaitan dengan ketidakhadiran ke sekolah. Pelajar yang
tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut, surat amaran akan diberi kepada
ibu bapa atau penjaga kepada pelajar tersebut. Kadang-kadang pihak sekolah tidak
mendapat respons yang diharapkan daripada ibu bapa atau penjaga. Keadaan ini
6
secara tidak langsung menunjukkan sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak
mengambil berat tentang hal-ehwal atau pendidikan anak-anak mereka. Keadaan ini
telah memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk terus ponteng sekolah. Oleh itu,
bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa atau penjaga yang tidak ambil peduli akan
masalah anak-anak juga merupakan penyumbang kepada gejala ponteng sekolah.
5.4. Kurang Berminat Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran di Sekolah
Pelajar ponteng sekolah juga kerana kurang berminat terhadap pembelajaran
dan pengajaran di sekolah.Ini kemungkinan daripada isi kandungan sukatan pelajaran
yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar
banyak menghafal, contohnya mata pelajaran Sejarah, sains, Matematik dan lain-lain
lagi.
Selain itu, kurangnya minat pelajar untuk ke sekolah kerana mereka tidak
mampu untuk menyaingi pelajar lain dengan lebih baik kerana mereka adalah pelajar
yang tergolong dalam pelajar yang lambat. Pelajar-pelajar yang lambat ini yang akan
ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar akibat tidak dapat memberi
saingan kepada rakan-rakan yang lebih cergas.
Penolakan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan
mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam mata pelajaran dan bermasalah sama
seperti mereka. Pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri, mereka akan kerap
dikritik dan tidak diambil berat oleh guru. Mereka akan ditempatkan dalam kelompok
pelajar yang sama taraf akademiknya, yang secara relatifnya juga bermasalah dan
mempunyai sikap antisosial. Sesetengah mereka membentuk geng ataupun kumpulan
yang menyeleweng. Kumpulan akan menjuruskan mereka kepada peningkatan agresif,
antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak dalam aktiviti yang berbau
jenayah (Thomas Dishion & Associates, 1991)
5.5. Faktor Ekonomi
Masalah kewangan juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya masalah ponteng sekolah.Ketidakmampuan dan kegagalan ibu bapa
memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak mampu memberi wang saku yang
mencukupi, tidak mampu membeli buku atau peralatan sekolah yang diminta oleh guru,
menggunakan pakaian yang agak lusuh juga merupakan sebab berlakunya kes ponteng
7
sekolah. Ini disebabkan pelajar tersebut merasa malu dengan rakan rakan akan
kekurangan diri dan akhirnya tidak mahu hadir ke sekolah.
Menurut Mohamad Yunus (1977), salah satu sebab berlakunya ponteng
sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis
dan pakaian sekolah. Pada masa yang sama, pelajar menerima tekanan daripada guru
yang sering menangih pembayaran contohnya untuk membeli buku rujukan atau yuran
kelab. Ini menyebabkan pelajar merasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan
guru dan rakan-rakan lain. Jadi cara untuk mengelak daripada tekanan tersebut pelajar
mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.
5.6. Persekitaran
Persekitaran pelajar juga turut mempengaruhi pelajar untuk melakukan
perkara yang negatif. Kemudahan pusat membeli belah, pusat siber, pusat permainan
video dan sebagainya, yang dibina berhampiran dengan kawasan kediaman pelajar atau
berdekatan dengan sekolah juga memberi impak kepada gejala ponteng sekolah
Pembangunan pusat hiburan sebegini menyebabkan pelajar lebih mudah lari dari
sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli belah atau pusat hiburan tersebut.
Di samping itu juga, masyarakat di sekeliling pelajar juga dilihat boleh
memberi kesan untuk pelajar ponteng sekolah. Jika masyarakat sekitar tempat
kediaman pelajar terdiri daripada masyarakat yang tahap pendidikannya agak kurang
dan cara hidup mereka yang suka minum-minuman keras dan suka berjudi, maka
pelajar tersebut mempuyai kemungkinan yang besar untuk terjerumus ke arah disiplin
yang kurang baik terutamanya ponteng sekolah. Dalam situasi masyarakat sebegini,
pelajar cepat terpengaruh dengan aktiviti yang kurang sihat seperti berjudi minum dan
melepak, tanpa mengira waktu dan akhirnya mereka malas untuk datang ke sekolah
dan beranggapan di sekolah sangat membosankan.
8
6.0. Implikasi Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan
keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu
sendiri. Antara kesan-kesan kurang baik yang timbul ialah seperti berikut:
6.1. Pembaziran masa dan tenaga
Apabila seseorang pelajar itu ponteng sekolah, maka pelajarannya juga akan
terjejas. Sering kali pelajaryangsuka ponteng sekolah akan gagal dalam peperiksaan.
Maka, pelajar tersebut tidak akan mendapat sijil pengikhtirafan dari pihak
kementerian.Ini amat merugikan masa dan tenaga mereka kerana masa yang dibazirkan
tidak dapat dikembalikan lagi. Ini boleh menghancur masa depan pelajar kerana ianya
akan menyukarkan pelajar tersebut untuk mendapat sebarang pekerjaan yang baik pada
masa akan datang. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu
tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam
masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan
selesa.
6.2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar
Masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada pelajar yang suka
ponteng sekolah dan ini secara tidak langsung mereka juga memalukan maruah keluarga.
6.3. Masa Depan tidak terjamin
Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini
akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan
kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
6.4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod
kedatangan fail peribadi pelajar. Sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak
mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%.Justeru, sekiranya
tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan
9
akhir tahun turut terjejas. Selain itu, rekod peribadi pelajar tersebut akan dicatat sebagai
tidak cemerlang dari segi sahsiah.
6.5. Kesan Kepada Guru
Gejala ponteng sekolah ini, bukan sahaja melibatkan pelajar itu sendiri, malah
ianya juga melibatkan pihak sekolah terutamanya guru-guru. Di antara kesannya kepada
guru ialah guru merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan
ponteng sekolah. Selain itu, guru akanmerasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu
setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan kesan
mengakibatkan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kesan lain daripada gejala ponteng sekolah terhadap guru ialah mengganggu proses
pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana
terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak
difahami oleh pelajar ponteng.
Pelajar yang suka ponteng sekolah sering menganggu kelas dan pelajar lain serta
memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap
pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.
7.0. Langkah Mengatasi Ponteng Sekolah
7.1. Pihak Sekolah
Dari hari ke hari, gejala soasial semakin menjadi-jadi.Segala yang berlaku dalam
masyarakat tidak diendahkan.Masing-masing hanyut dibawa arus pemodenan.Maka,
peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan dalam
membentuk mental dan rohani pelajar (Novandri Hasan Basri, 2000).
Menurut Noran Fauziah (1986), sekolah merupakan sebuah institusi sekunder
dalam masyarakat yang mempunyai fungsi formal bagi mensosialisasikan generasi
mudah supaya pada suatu hari nanti mereka dapat mengambil alihperanan generasi tua.
Kepentingan awam perlu dipelihara.Orang-orang tua dihormati dan kanak-kanak
disayangi.Strategi melaksanakan dan mengawaldisiplin perlu bersesuaian dengan jumlah
pelajar kerana pelaksanaannya memerlukan pendekatan yang berlainan.Tanggungjawab
menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan
10
memerlukan kerjasama antara semua pihak.Semua guru adalah guru disiplin.Bagi kes
ponteng sekolah, hukuman ke atas pelajar-pelajar harus dilaksanakan. Ini disebabkan
pelajar yang ponteng sekolah tidakakan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak
dihukum atau dirotan. Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang
sama. Disamping itu, pelajarlain dapat mengambil iktibar dan teladan apabila melihat
rakan merekadihukum rotan.. Kaunseling lebih baik bertindak sebagai pemberi
kesedaran manakala hukuman rotan adalah sebagai pengajaran kepada kesalahan yang
telah dilakukan oleh pelajar.Maka, pembentukan seorang pelajar yang berdisplin
memerlukan gabungan pendidikan secara lembut iaitu kaunseling dan pendidikan keras
iaitu rotan.Lagi pula, tindakan merotan pelajar selama ini telah menunjukkan kesan
positif dalam merealisasikan disiplin pelajar.
Selain itu, kokurikulum juga dapat mengelakkan pelajar daripada ponteng
sekolah.Ko-kurikulum dapat menyemai semangat kekitaan antara pelajar yang terdiri
daripada pelbagai keturunan dan agama.Kegiatan-kegiatan pasukan beruniform juga
boleh membina disipin pelajar yang kukuh.Ia baik untuk memulihkan disiplin pelajar
yang kian merosot ini. Kegiatan persatuan pula boleh mengembangkan bakat pelajar-
pelajar dari segi berpidato, berbahas, berpantun sertakemahiran lain. Kelab-kelab sukan
juga membantu pelajar-pelajar meminati sesuatu permainan dan dapat mengembangkan
potensi mereka dalam permainan tersebut.
Pihak sekolah haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik perhatian seluruh
pelajar untukmenyertai kegiatan-kegiatan tersebut dan bukan atas paksaan. Mereka perlu
biar pelajar sendiri sedar akan faedah menyertai kegiatan tersebut dan menganggapnya
tidak membuang masa. Pihak sekolah dan guru-guru perlu bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan aktiviti dan memberi insentif kepada pelajar yang menyertai kegiatan-
kegiatan sebegini.Kegiatan ko-kurikulum ini sedikit sebanyak dapat membina sikap dan
keperibadian pelajar dan serta mencegah pelajar-pelajar daripada terlibat dengan
perkara-perkara yang negative, terutama ponteng sekolah.
7.2. Guru-Guru
Dalam menyelesaikan masalah ponteng sekolah, guru turut memainkan peranan yang
amatpenting.Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan orang yang paling
rapatdengan pelajar.Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Untuk
berlaku adil apabila menghukumseseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti
11
supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helahpelajar-pelajar yang semakin canggih
cara pembohongan mereka.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik.Tingkah laku
guru haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya.Contohnya adalah
tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke
sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa alasan.Jangan
sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar, pelajar lebihcelik memerhatikan guru-
guru mereka. Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, guru juga perlu mempunyai
dua sikapyang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan
peraturan, prinsip dankepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cekap dan
mengambil tindakan susulan keatas apa yang disuruh atau diarahkan. Sebaliknya pelajar
yang bersalah harusdibimbing dan dibantu.Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar
dan penuh kasih sayang.Denganadanya dua sikap ini yang digandingkan barulah
seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka.Tambahan pula, guru sepatutnya
bertanggungjawab terhadap tugasnya.Amalan kebanyakanguru menyerahkan bulat-bulat
pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidakseharusnya berlaku.
Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat
puladiserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan
menjadi musuh kepadapelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak
tanggungjawab menjadi popular.
Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani
masalah ponteng sekolah.Mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
memupuk kemahiran, di sampingmembetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita
tidak dapat lari daripada bersikap tegas danpenyayang pada ketika-ketika yang sama,
memainkan peranan yang berlainan pada waktu-waktu yangberbeza untuk mendidik dan
bukan sekadar menyampai.
7.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap
sebagai penghubungpihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu
bapa.Penubuhan PIBG adalah untuk memberipeluang kepada guru-guru dan ibu bapa di
sekolah berbincang serta merancang program peningkatanserta memperbaiki
pencapaian pelajar dalam sekolah.Peranan PIBG dalam menyelesaikan masalahdisiplin
tidak. Secara khusus, PIBG haruslah menentukan semua pelajar di sesebuahsekolah
12
memperoleh faedah daripada kemudahan pendidikan yang disediakan sama adadi
rumah atau di sekolah itu sendiri. Di samping itu, PIBG juga perlu mewujudkan suasana
persekitaranyang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani,
rohani, akhlak dan pemikiranyang seimbang dan seterusnya dapat mengurangkan
bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkankadar masalah ponteng
sekolah(Mohammed Abdullah, 1999).
PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program di sekolah untuk
meningkatkanprestasi akademik mahupun prasarana sekolah. Selain mendapat
permuafakatan dalam melaksanakanprogram-program sekolah ini, hubungan antara ibu
bapa dan guru juga boleh terjalin dengan mesra. Jadi masalah ponteng sekolah dapat
diatasimelalui kerjasama dan perbincangan kedua-dua pihak. Ibu bapa juga boleh
memahami tindak-tanduk anak-anak mereka dalam sekolah. PIBG harus bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam usahamemantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu,
maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai murni
kepada pelajar.
7.4.. Ibu bapa
Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan
kasihsayang. Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah
amatpenting dalam membentuk kestabilan emosi, personaliti, kepuasan hidup
dansebagainya. Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan bapa adalah samapenting.
Walaupun demikian, kasih sayang ayah akan memberikan impak yang lebihbanyak
daripada ibu. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah
proses pembelajaran yang pertama yang dialami oleh manusia.
MenurutJayesh Maniar (1998), ibu bapa patut menunjukkan kasih sayang
melaluigerak geri dan juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian,
penghargaandan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima keadaan anak mereka
seadanya dan
bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi
bolehmenangani masalah disiplin yang dihadapi.Tanda pemberian kasih sayang yang
berkesan ialah apabila anak itu dapatmembalas dan menunjukkan kasih sayang mereka
kepada ibu bapa dan seterusnyakepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik.
Namun, dalam kesibukan harianinilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-
13
anak mereka.Ada segelintiribubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh
digantikan dengan kemewahandan wang ringgit.
Ibu bapa patut lebihkan memujuk daripada mengarah. Anak-
anakakanmendengar dengan pujukan ibubapa dan menentang arahan ibu bapa. Anak-
anak yangtidak mendapat kasih sayang di rumah akan cuba mendapatkannya di luar
iaitu rakansebaya. Sekiranya pengaruh rakannya adalah negatif, dari segi tingkahlaku,
kita boleh ramalkan yang anak-anak ini akan menjadi seorang calon yangbermasalah.
8.0. Pendekatan Penyelesaian Ponteng Sekolah
Menurut Ee Ah Meng (1987), pendekatan merujuk kepada cara bagaimana
untuk melaksana, proses menjalankan atau cara penyelesaian sesuatu aktiviti. Bagi
men isu pontenyelesaikan masalah ponteng sekolah di kalangan murid-murid,
ianyamemerlukan suatu pendekatan yang tidak memberi kesan negatif terhadap
pelaku ponteng dalam jangka masa panjang.Kaedah tradisional seperti memarahi,
merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak releven lagi dengan
kemelut disiplin sekarang. Guru-guru harus tahu bahawa murid-murid sekarang
berbeza dengan murid-murid era 60-an dan 70-an dahulu. Murid-murid dulu kaya
dengan nilai-nilai ketimuran dan teguran guru ibarat nasihat yang menjadi pedoman
hidup mereka.Dulu, merotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat
salah laku pelajar.Sekarang murid-murid lebih matang dan sedar akan hak yang
melindungi mereka sebagai pelajar dan adakalanya mereka berani mencabar
kewibawaan pihak sekolah.
Menurut Dato’ Noh Omar (2006), didapati dengan peraturan yang sedia ada,
kesalahan ponteng sekolah tidak boleh dianggap sebagai kesalahan melanggar
undang-undang. Oleh hal yang demikian, tidak ada tindakan yang boleh diambil oleh
pihak berwajib. Bagi menangani masalah disiplin ini termasuk kes ponteng sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Jawatankuasa Induk
Menangani Gejala Disiplin Murid pada 2006, Jawatankuasa Bertindak Menangani
Isu-Isu di Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Melalui Aspek Perundangan dan
Penguatkuasaan, Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan
Kesihatan serta Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Masyarakat. Keempat-
empat jawatankuasa ini akan menjadi pakar runding kepada pihak sekolah bagi
14
menangani isu ponteng di peringkat sekolah. Pengurusan isu-isu disiplin yang
dilaksanakan oleh sekolah saya di Bahagian Bintulu dikendalikan oleh Guru Kanan
Hal Ehwal Murid dan guru disiplin .
Antara langkah yang diambil oleh pihak sekolah bagi menangani gejala
ponteng sekolah ini adalah melaksanakan program Guru Penyayang. Berdasarkan
kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.5/2012 KP(BPSH-
SPDK)201/005/02Jld.3(46); Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bagi Mengurangkan Kes
Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid (2012), menyatakan bahawa pihak sekolah
perlu melaksanakan program Guru Penyayang di peringkat sekolah. Menurut Portal
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2015), guru penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional
guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Pengisian program guru penyayang di sekolah saya adalah menyambut
kedatangan murid di dewan makan iaitu tempat murid berkumpul sebelum masuk
kelas, membudayakan amalan sapaan atau salam seperti “Selamat pagi”, “Apa
khabar?” dan “Selamat jalan”. Murid-murid yang sakitakan diberi rawatan oleh guru
yang bertugas dengan layanan yang mesra dan baik. Bagi murid yang melakukan
salah laku atau ponteng, guru akan memanggil ibu bapa murid berkenaan dan
berbincang dengan pihak sekolah secara aman. Pendekatan ini diambil bagi
mengurangkan kes ponteng sekolah.
Pihak sekolah turut berkolaborasi dengan pihak luar seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Unit Kesihatan serta Unit Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ceramah akan diberi berkenaan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah,
gangsterlisme, vandalisme dan kes ponteng sekolah akan disampaikan oleh PDRM
pada setiap tahun bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengatasi sifaf kes ponteng di kalangan murid di sekolah.
Pendekatan terakhir yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah aktiviti
kokurikulum seperti Kem Bersepadu Unit Beruniform, Sukan Sekolah dan Sukan
Antara Zon. Setiap murid di sekolah saya akan terlibat secara langsung dalam aktiviti
permainan, unit beruniform dan kelab. Penglibatan murid secara aktif dapat dilihat
menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti perkhemahan dan acara
15
sukan.Kebanyakan murid yang suka ponteng sekolah merupakan pelajar aktif dalam
bersukan.Ini membuktikan bahawa, aktiviti yang digemari oleh para pelajar akan
menarik minat mereka untuk aktif dan suka berada di sekolah dan dapat mengatasi
gejala ponteng sekolah.
9.0. Refleksi
Dalam menghadapi zaman globalisasi dan cabaran alaf baru, pendidikan moral di
kalangan generasi muda perlu diperhebatkan bagi memupuk tingkah laku serta budaya
hidup yang murni. Melalui Pendidikan Moral, pelajar perlu diajar supaya menerima dan
menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam adat resam dan institusi-institusi lain yang
ada dalam masyarakat. Di samping mempunyai fungsi mengekalkan kebudayaan,
sekolah juga menjadi agen perubahan sosial kerana melalui kemajuan dalam bidang
pendidikan banyak teknologi baru yang telah dicipta. Lazimnya ciptaan teknologi baru
ini akan membawa kepada perubahan nilai pula. Pendidikan moral juga perlu diajar
kepada pelajar bukan Islam, manakala pelajar Islam pula mempelajari moral atau akhlak
dalam mata pelajaran agama.Pendidikan moral atau akhlak ini bukan sahaja diberi secara
langsung sebagai satu mata pelajaran akademik, tetapi seharusnya juga dilaksanakan
secara implisit atau tersembunyi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan ini. Segala usaha, telah dicurahkan apabila
tugasan ini berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya
tugasan ini merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang saya kira amat baik untuk
direnungi dan dihayati.
Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan
kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak tanpa
berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Jadi, setiap
16
masalah yang berlaku dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir secara kreatif dan
kritis dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat menganalisis dan mengkaji secara
lebih jauh bahan-bahan ilmiah yang saya baca untuk mendapatkan maklumat tambahan
tentang isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang menjadi tajuk kajian saya.
Dengan analisis yang lebih mendalam, saya dapat memahami isi yang cuba disampaikan
oleh pengarang.
Terdapat beberapa kesukaran yang telah saya alami semasa menjalankan kajian
ini. Antara kesukarannya adalah memilih tajuk kajian. Lambakan artikel-artikel
mengenai isu gejala sosial di kalangan pelajar menyukarkan saya untuk memilih isu
yang terbaik. Namun begitu masalah ini dapat diatasi selepas melakukan perbincangan
dengan ahli rakan-rakan yang nyata sangat membantu.
10.0. KESIMPULAN
Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan,
maka satu langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu
pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Sememangnya terdapat pelbagai program
yang dirangka untuk pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir pelajar
sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah
berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan
para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan
dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Pelajar adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam
politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di
kalangan pelajar adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang
dihadapi oleh pelajar harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras dengan
falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelangsungan kemajuan
dan keharmonian negara.
17
RUJUKAN
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2005). “Merawat Kemelut Moral.”Harian Metro Online
(Malaysia)
Mohammed Abdullah (1999). “PIBG Penggerak Kemajuan dan Prestasi Sekolah”.
Dewan Masyarakat.Edisi Oktober.7
Noran Fauziah (1986).“Fungsi Sekolah dalam Masyarakat”.Dewan Masyarakat.Edisi
Februari.53-54
Novandri Hasan Basri (2000). “Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan
Penyelesaian”.Dewan Budaya.Edisi Budaya.8-9Utusan.
Sharifah Rinah Sh.Iismail.(2005). “Disiplin Pelajar”.Halaman Web S.M.K. Jandek
Sobri Ahmad (2003). “Belia Disaran Contohi Ketokohan Perdana Menteri.” Majlis Belia
Malaysia.
Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad (2005). “Disiplin pelajar - Kerjasama ibu bapa, guru
penting.” Utusan Malaysi.a
URL
http://www.aroundmanitoba.com/family/FamilyArchives/FamilyColArchives.html
http://www.personaliti.cjb.net/
http://www.padfield.com/index.html
http://www.redemptoristpublications.com/index.html
http://www.dhs.vic.gov.au/emergency
Buku :
18
Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan; Menghadapi
Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin dan Che Hashim Hassan. (2006). Krisis dan
Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Ee Ah Meng.(1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Bahasa.
Marimuthu t. (1996). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Cetakan Ketiga. Shah Alam : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Makzan Musa.(1997). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur :Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Noraini Ahmad. (2000). Kaunseling Remaja.Kuala Lumpur :Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.(2007). Bab 5; Pengukuhan Disiplin
Pelajar.Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kertas Kerja :
Azizi Yahaya dan Shahrin Hasyim.(2007). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gejala
Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor.Johor Baharu :
Universiti Teknologi Malaysia.
Romzi Ismail. (2000). Penglibatan Remaja dalam Perlumbaan Motosikal Haram: Peranan
Keluarga dan Masyarakat dalam Menangani Gejala Ini. Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
19

More Related Content

What's hot

Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Tangan-tangan Putih
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
Awatif Atif
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
SK SUNGAI KAJANG
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
Arra Asri
 

What's hot (20)

Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Apa itu refleksi
Apa itu refleksiApa itu refleksi
Apa itu refleksi
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Apa itu-dadah
Apa itu-dadahApa itu-dadah
Apa itu-dadah
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJAMASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 

Viewers also liked (15)

Bab 13
Bab 13Bab 13
Bab 13
 
Bidang tugas jawatankuasa kantin
Bidang tugas jawatankuasa kantinBidang tugas jawatankuasa kantin
Bidang tugas jawatankuasa kantin
 
Menangani gejala disiplin di sekolah
Menangani gejala disiplin di sekolahMenangani gejala disiplin di sekolah
Menangani gejala disiplin di sekolah
 
Carta organisasi unit kantin 2012
Carta organisasi unit kantin 2012Carta organisasi unit kantin 2012
Carta organisasi unit kantin 2012
 
Unit 13 kasih sayang terhadap keluarga
Unit 13 kasih sayang terhadap keluargaUnit 13 kasih sayang terhadap keluarga
Unit 13 kasih sayang terhadap keluarga
 
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
 
Kasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluargaKasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluarga
 
disiplin
disiplindisiplin
disiplin
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
 
Pendidikan moral nota
Pendidikan moral notaPendidikan moral nota
Pendidikan moral nota
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
 
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 
Slideshow(tema 2 sayangi keluarga)
Slideshow(tema 2 sayangi keluarga)Slideshow(tema 2 sayangi keluarga)
Slideshow(tema 2 sayangi keluarga)
 

Similar to kasih sayang

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
PRA-UNIVERSITY
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Yee Ivy
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Rosdi Ramli
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Ade Rifai Kolot
 
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
Noorhayati Yusop
 

Similar to kasih sayang (20)

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 new
 
Bahagian c ulasan
Bahagian  c ulasanBahagian  c ulasan
Bahagian c ulasan
 
Proposal bab i
Proposal bab iProposal bab i
Proposal bab i
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
19337443 kajian-tindakan-oum-gejala-ponteng-sekolah
 
Fenomena siswa putus sekolah
Fenomena siswa putus sekolahFenomena siswa putus sekolah
Fenomena siswa putus sekolah
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 

kasih sayang

  • 1. 1 1.0. Pengenalan Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan tentang isu masalahsosial dikalangan pelajar. Malah jika disebut sahaja tentang masalah sosial ianya sering dikaitkan serta tentang kegiatan yang tidak diingini ataupun tingkahlaku yang tidak mempunyai nilai moral.. Fenomena ini sukar untuk dibendung kerana pelakunya sering terdedah dengan pengaruh- pengaruh negatif sama ada melalui rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya. Antara kegiatan-kegiatan yang tidak diingini itu adalah seperti penyalahgunaan dadah, merokok, menghidu gam, lepak, vandalisme, meminum minuman arak dan ponteng sekolah. Sehubungan dengan itu, salah satu daripada isu tentang gejala sosial yang sering diperkatakan ialah ponteng sekolah.Secara umumnya, gejala ponteng sekolah pada dasarnya melibatkan para pelajar sekolah. Rata-rata mereka ini adalah golongan pelajar yang dikatakan akan menjadi aset pelapis bagi menerajui serta menjana pembangunan negara di masa hadapan. Tambahan pula, akibat daripada ponteng sekolah ini kebarangkalian untuk para pelajar terjebak ke arah gejala sosial yang lebih tragidis adalah lebih luas. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Datuk Mahadzir Mohd Khir, dalam Utusan Malaysia ( 15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal. Sejak kebelakangan ini, acapkali disebut dan diperbincangkan tentang gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar sekolah. Fenomena ini payah untuk dibendung kerana pelajar sekolah sering terdedah dengan pengaruh-pengaruh negatifsama ada melalui rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya. Permasalahanponteng sekolah ini semakin parah. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), menunjukkan bahawa bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah laku yang tinggi iaitu sebanyak 38053 kes di seluruh Negara (Malaysia). 2.0. Definisi Ponteng Sekolah Ponteng merupakan satu tingkah laku yang salah dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar akan dianggap ponteng apabila pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
  • 2. 2 Menurut Rasidah bt Omar (2005), mendefinisikan ponteng sekolah sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah.Manurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepda pelajar yang datang ke sekolah tetapi tidak menghadiri kelas sama ada satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. 3.0. Jenis Ponteng Sekolah 3.1. Ponteng Sekolah Dengan Kebenaran. Ponteng sekolah dengan kebenaran dikaitkan dengan pelajar yang tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun diluar bidang kawalan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Pelajar yang dianggap sebagai ponteng sekolah dengan kebenaran adalah pelajar yang tidak hadir ke sekolah dengan syarat pelajar tersebut mestilah membuat kenyataan dalam bentuk hitam putih iaitu melalui surat atau pemberitahuan secara lisan atau panggilan telefon ataupun disampaikan melalui ibu bapa atau penjaga. 3.2. Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran Sementara ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada bertulis atau pemberitahuan secara lisan. 4.0. Isu Ponteng Sekolah Gejala ponteng sekolah merupakan satu masalah yang sangat merunsingkan warga pendidik terutamanya guru disiplin sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang guru yang mengajar di kawasan bandar, mendapati bahawa kekerapan murid sekolah rendah untuk ponteng sekolah pada tahap sederhana tetapi sukar untuk dibendung oleh pihak sekolah. Klasifikasi kes ponteng yang berlaku di sekolah tempat saya mengajar adalah seperti kes ponteng sesi pembelajaran dan pengajaran, ponteng aktiviti kokurikulum dan kes tidak hadir ke sekolah tanpa ada alasan yang munasabah.
  • 3. 3 Isu ponteng sekolah yang melibatkan ponteng sesi pembelajaran dan pengajaran agak sedikit jumlahnya berbanding dengan kes ponteng sekolah yang lain. Kes ponteng kelas biasnya di mana murid tidak masuk dalam bilik darjah atau ponteng sesi pembelajaran dan pengajaran.Ini berlaku kerana murid-murid bosan disebabkan pembelajaran guru yang tidak menarik dan membosankan atau mereka tidak dapat mengikuti pengajaran kerana lambat.Namun begitu kes sebegini senang untuk dikesan kerana ianya melibatkan kehadiran murid dalam satu-satu masa. Berbeza pula dengan statistik kes ponteng sekolah yang melibatkan ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab munasabah. Bilangan murid yang ponteng adalah agak tinggi dan akan berlaku mengikut masa atau musim tertentu terutamanya ketika cuti persekolahan bermula atau semasa perayaan. Bagi sekolah tempat saya mengajar iaitu sekolah di kawasan bandar, musim ponteng sekolah yang agak ketara atau agak tinggi ialah semasa perayaan. Ibu bapa akan membawa anak mereka bercuti awal atas alasan hendak balik ke kampung. Selain itu, kes ponteng sekolah yang selalu dapat di kesan di sekolah tempat saya mengajar ialah kes ponteng sekolah disebabkan oleh rakan sebaya.Ini di sebabkan pengaruh dari rakan- rakan yang mengajak merekan melepak atau pergi ke pusat membeli belah atau ke kedai siber. Jelaslah kes ponteng sekolah ini, amat merugikan pihak sekolah, maupun diri sendiri remaja itu. 5.0. Punca-Punca Ponteng Sekolah Ponteng sekolah maupun kekangan disiplin yang banyak berlaku dan sukar untuk diatasi. Dengan kata lain, ponteng sekolah meupakan satu indikator yang menanda aras sistem pendidikan negara. Walau bagaimanapun pihak kerajaan sedang bergiat cergas dalam mencari punca dan berusaha bagi mengurangkan polimik ini. Di antara punca-punca ponteng sekolah yang telah dikenal pasti adalah : 5.1. Suasana Sekolah Hasil kajian dariAbdul Karim (1994), menyatakakn keceriaan sekolah merupakan salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan sekolah dan disiplin pelajar di sesebuah sekolah.
  • 4. 4 Menurut Azizah (2002), pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik boleh membantu kehadiran pelajar kesekolah.Persekitaran sekolah atau bilik darjah yang tidak ceria, peraturan sekolah yang ketat, ketidak mesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak dan rasa bosan terhadap pembelajaran dan pengajaran, juga menggalakkan gejala ponteng sekolah. 5.2. Pengaruh Rakan Sebaya Menurut Mohd Amin (1998), pelajar ponteng sekolah adalah mereka yang mempunyai pendirian yang rendah dan mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Dalam mencari indentiti diri maka mereka suka mencubasesuatu yang baru dan mudah menerima ajakan rakan sebaya untuk ponteng sekolah. Segala ajakan dari rakan akan mereka turuti tanpa memikirkan baik dan buruknya. Ini berlaku kerana mereka terpedaya dengan alasan-alasan yang diberikan oleh rakan yang suka ponteng. Dalam hal ini, pelajar harus bijak memilih kawan dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan untuk menggelakkan anak berkawan dengan pelajar yang bermasalah. 5.3. Ibu Bapa Sejak beberapa tahun yang lalu, masyarakat heboh memperkatakan tentang segelintir pelajarsekolah yang terlibat dengan ponteng sekolah. Kurangnya kawalan oleh ibu bapaatau ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka dikatakan menjadi punca utama berlaku gejala tersebut. Mengikut kajian Sapora Sipon (2005), faktor pendapatan keluarga, kelas sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, ketidakstabilan keluarga kesemuanya menyumbang kepada masalah ponteng sekolah.Beliau juga menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa tidak sedar anak mereka ponteng sehingga guru membuat aduan.Itu pun selepas beberapa hari murid berkenaan tidak hadir.Ibu bapa juga sering kali terpedaya dengan anak yang pandai berpura-pura berkelakuan baik ketika berada di rumah.Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka sering melakukan salah laku di sekolah atau luar sekolah.Kawalan daripada ibu bapa terhadap anak yang
  • 5. 5 bersekolah amat sukar dilakukan kerana dalam kehidupan kini kedua-dua ibu dan bapa bekerja. Dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshadmenunjukkan kesibukan harian inilah mengakibatkan banyak ibu bapa terpedaya danmengambil ringan terhadap tugas mengawas anak terutama anak yang masih di bangku sekolah.Pada mereka, sekolah sudah cukup bagi mendisiplinkan pelajar dan menjaga anak pada waktu siang.Sedangkan dalam hal ini, guru hanya dapat mengawal pelajar ketika waktu persekolahan sahaja.Di luarsekolah, tugas itu amat sukar atau boleh jadi mustahil bagi guru membuat pengawasan dan mengambil tindakan. Sebenarnya ibu bapa atau penjaga sangat berperanan dalam pembentukan dan pengawalandisiplin anak-anak mereka.Secara tidak formal, kanak-kanak menerima didikan awal di rumah dari ibu bapa.Sebab itulah anak kecil diumpamakan seperti kain yang putih bersih maka ibu bapanyalah yang banyak mempengaruhi pembentukan keperibadiannya.Sebenarnya kanak-kanak lebih banyak masa bersama keluarga berbanding waktu belajar di sekolah. Institusi kekeluargaan yang bermasalah merupakan penyumbang kepada masalah disiplin di kalangan pelajar. Majoriti pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah ini datangnya dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia , sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak mencari kebahagiaan di luar dan menjadi selesa bersama rakan- rakan hingga mengabaikan sekolah. Selain itu, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja diluar dari pagi hingga malam, kononnya supaya dapat memberi kemewahan duniawi kepada keluarga sehingga lupa untuk bermesra, berkasih sayang dengan anak-anak, jauh sekali untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh anak-anak, akhirnya anak-anak akan mencari cara lain, iaitu mencari kawan kawan tidak kira sesiapa sahaja, salah pilih kawan anak-anak tersebut akan terpengaruh dengan aktiviti yang dilakukan oleh tersebut. Ini juga menyumbang kepaqda masalah ponteng sekolah. Lain pula dengan ibu bapa yang tidak mengambil berat dengan perkembangan pendidikan anak-anak.Berkaitan dengan ketidakhadiran ke sekolah. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut, surat amaran akan diberi kepada ibu bapa atau penjaga kepada pelajar tersebut. Kadang-kadang pihak sekolah tidak mendapat respons yang diharapkan daripada ibu bapa atau penjaga. Keadaan ini
  • 6. 6 secara tidak langsung menunjukkan sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil berat tentang hal-ehwal atau pendidikan anak-anak mereka. Keadaan ini telah memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk terus ponteng sekolah. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa atau penjaga yang tidak ambil peduli akan masalah anak-anak juga merupakan penyumbang kepada gejala ponteng sekolah. 5.4. Kurang Berminat Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran di Sekolah Pelajar ponteng sekolah juga kerana kurang berminat terhadap pembelajaran dan pengajaran di sekolah.Ini kemungkinan daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak menghafal, contohnya mata pelajaran Sejarah, sains, Matematik dan lain-lain lagi. Selain itu, kurangnya minat pelajar untuk ke sekolah kerana mereka tidak mampu untuk menyaingi pelajar lain dengan lebih baik kerana mereka adalah pelajar yang tergolong dalam pelajar yang lambat. Pelajar-pelajar yang lambat ini yang akan ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar akibat tidak dapat memberi saingan kepada rakan-rakan yang lebih cergas. Penolakan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam mata pelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri, mereka akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru. Mereka akan ditempatkan dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya, yang secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap antisosial. Sesetengah mereka membentuk geng ataupun kumpulan yang menyeleweng. Kumpulan akan menjuruskan mereka kepada peningkatan agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dishion & Associates, 1991) 5.5. Faktor Ekonomi Masalah kewangan juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah.Ketidakmampuan dan kegagalan ibu bapa memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak mampu memberi wang saku yang mencukupi, tidak mampu membeli buku atau peralatan sekolah yang diminta oleh guru, menggunakan pakaian yang agak lusuh juga merupakan sebab berlakunya kes ponteng
  • 7. 7 sekolah. Ini disebabkan pelajar tersebut merasa malu dengan rakan rakan akan kekurangan diri dan akhirnya tidak mahu hadir ke sekolah. Menurut Mohamad Yunus (1977), salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Pada masa yang sama, pelajar menerima tekanan daripada guru yang sering menangih pembayaran contohnya untuk membeli buku rujukan atau yuran kelab. Ini menyebabkan pelajar merasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan rakan-rakan lain. Jadi cara untuk mengelak daripada tekanan tersebut pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. 5.6. Persekitaran Persekitaran pelajar juga turut mempengaruhi pelajar untuk melakukan perkara yang negatif. Kemudahan pusat membeli belah, pusat siber, pusat permainan video dan sebagainya, yang dibina berhampiran dengan kawasan kediaman pelajar atau berdekatan dengan sekolah juga memberi impak kepada gejala ponteng sekolah Pembangunan pusat hiburan sebegini menyebabkan pelajar lebih mudah lari dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli belah atau pusat hiburan tersebut. Di samping itu juga, masyarakat di sekeliling pelajar juga dilihat boleh memberi kesan untuk pelajar ponteng sekolah. Jika masyarakat sekitar tempat kediaman pelajar terdiri daripada masyarakat yang tahap pendidikannya agak kurang dan cara hidup mereka yang suka minum-minuman keras dan suka berjudi, maka pelajar tersebut mempuyai kemungkinan yang besar untuk terjerumus ke arah disiplin yang kurang baik terutamanya ponteng sekolah. Dalam situasi masyarakat sebegini, pelajar cepat terpengaruh dengan aktiviti yang kurang sihat seperti berjudi minum dan melepak, tanpa mengira waktu dan akhirnya mereka malas untuk datang ke sekolah dan beranggapan di sekolah sangat membosankan.
  • 8. 8 6.0. Implikasi Ponteng Sekolah Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan kurang baik yang timbul ialah seperti berikut: 6.1. Pembaziran masa dan tenaga Apabila seseorang pelajar itu ponteng sekolah, maka pelajarannya juga akan terjejas. Sering kali pelajaryangsuka ponteng sekolah akan gagal dalam peperiksaan. Maka, pelajar tersebut tidak akan mendapat sijil pengikhtirafan dari pihak kementerian.Ini amat merugikan masa dan tenaga mereka kerana masa yang dibazirkan tidak dapat dikembalikan lagi. Ini boleh menghancur masa depan pelajar kerana ianya akan menyukarkan pelajar tersebut untuk mendapat sebarang pekerjaan yang baik pada masa akan datang. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa. 6.2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar Masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada pelajar yang suka ponteng sekolah dan ini secara tidak langsung mereka juga memalukan maruah keluarga. 6.3. Masa Depan tidak terjamin Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. 6.4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar Pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%.Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan
  • 9. 9 akhir tahun turut terjejas. Selain itu, rekod peribadi pelajar tersebut akan dicatat sebagai tidak cemerlang dari segi sahsiah. 6.5. Kesan Kepada Guru Gejala ponteng sekolah ini, bukan sahaja melibatkan pelajar itu sendiri, malah ianya juga melibatkan pihak sekolah terutamanya guru-guru. Di antara kesannya kepada guru ialah guru merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah. Selain itu, guru akanmerasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan kesan mengakibatkan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesan lain daripada gejala ponteng sekolah terhadap guru ialah mengganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar ponteng. Pelajar yang suka ponteng sekolah sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu. 7.0. Langkah Mengatasi Ponteng Sekolah 7.1. Pihak Sekolah Dari hari ke hari, gejala soasial semakin menjadi-jadi.Segala yang berlaku dalam masyarakat tidak diendahkan.Masing-masing hanyut dibawa arus pemodenan.Maka, peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan dalam membentuk mental dan rohani pelajar (Novandri Hasan Basri, 2000). Menurut Noran Fauziah (1986), sekolah merupakan sebuah institusi sekunder dalam masyarakat yang mempunyai fungsi formal bagi mensosialisasikan generasi mudah supaya pada suatu hari nanti mereka dapat mengambil alihperanan generasi tua. Kepentingan awam perlu dipelihara.Orang-orang tua dihormati dan kanak-kanak disayangi.Strategi melaksanakan dan mengawaldisiplin perlu bersesuaian dengan jumlah pelajar kerana pelaksanaannya memerlukan pendekatan yang berlainan.Tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja, bahkan
  • 10. 10 memerlukan kerjasama antara semua pihak.Semua guru adalah guru disiplin.Bagi kes ponteng sekolah, hukuman ke atas pelajar-pelajar harus dilaksanakan. Ini disebabkan pelajar yang ponteng sekolah tidakakan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak dihukum atau dirotan. Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang sama. Disamping itu, pelajarlain dapat mengambil iktibar dan teladan apabila melihat rakan merekadihukum rotan.. Kaunseling lebih baik bertindak sebagai pemberi kesedaran manakala hukuman rotan adalah sebagai pengajaran kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar.Maka, pembentukan seorang pelajar yang berdisplin memerlukan gabungan pendidikan secara lembut iaitu kaunseling dan pendidikan keras iaitu rotan.Lagi pula, tindakan merotan pelajar selama ini telah menunjukkan kesan positif dalam merealisasikan disiplin pelajar. Selain itu, kokurikulum juga dapat mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah.Ko-kurikulum dapat menyemai semangat kekitaan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama.Kegiatan-kegiatan pasukan beruniform juga boleh membina disipin pelajar yang kukuh.Ia baik untuk memulihkan disiplin pelajar yang kian merosot ini. Kegiatan persatuan pula boleh mengembangkan bakat pelajar- pelajar dari segi berpidato, berbahas, berpantun sertakemahiran lain. Kelab-kelab sukan juga membantu pelajar-pelajar meminati sesuatu permainan dan dapat mengembangkan potensi mereka dalam permainan tersebut. Pihak sekolah haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik perhatian seluruh pelajar untukmenyertai kegiatan-kegiatan tersebut dan bukan atas paksaan. Mereka perlu biar pelajar sendiri sedar akan faedah menyertai kegiatan tersebut dan menganggapnya tidak membuang masa. Pihak sekolah dan guru-guru perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memberi insentif kepada pelajar yang menyertai kegiatan- kegiatan sebegini.Kegiatan ko-kurikulum ini sedikit sebanyak dapat membina sikap dan keperibadian pelajar dan serta mencegah pelajar-pelajar daripada terlibat dengan perkara-perkara yang negative, terutama ponteng sekolah. 7.2. Guru-Guru Dalam menyelesaikan masalah ponteng sekolah, guru turut memainkan peranan yang amatpenting.Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan orang yang paling rapatdengan pelajar.Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukumseseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti
  • 11. 11 supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helahpelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka. Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik.Tingkah laku guru haruslahboleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya.Contohnya adalah tidak masuk akal seseorangguru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kalitidak memasuki kelas tanpa alasan.Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar, pelajar lebihcelik memerhatikan guru- guru mereka. Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, guru juga perlu mempunyai dua sikapyang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip dankepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cekap dan mengambil tindakan susulan keatas apa yang disuruh atau diarahkan. Sebaliknya pelajar yang bersalah harusdibimbing dan dibantu.Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar dan penuh kasih sayang.Denganadanya dua sikap ini yang digandingkan barulah seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka.Tambahan pula, guru sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya.Amalan kebanyakanguru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidakseharusnya berlaku. Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat puladiserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepadapelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak tanggungjawab menjadi popular. Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah ponteng sekolah.Mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran, di sampingmembetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita tidak dapat lari daripada bersikap tegas danpenyayang pada ketika-ketika yang sama, memainkan peranan yang berlainan pada waktu-waktu yangberbeza untuk mendidik dan bukan sekadar menyampai. 7.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap sebagai penghubungpihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa.Penubuhan PIBG adalah untuk memberipeluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah berbincang serta merancang program peningkatanserta memperbaiki pencapaian pelajar dalam sekolah.Peranan PIBG dalam menyelesaikan masalahdisiplin tidak. Secara khusus, PIBG haruslah menentukan semua pelajar di sesebuahsekolah
  • 12. 12 memperoleh faedah daripada kemudahan pendidikan yang disediakan sama adadi rumah atau di sekolah itu sendiri. Di samping itu, PIBG juga perlu mewujudkan suasana persekitaranyang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiranyang seimbang dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkankadar masalah ponteng sekolah(Mohammed Abdullah, 1999). PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program di sekolah untuk meningkatkanprestasi akademik mahupun prasarana sekolah. Selain mendapat permuafakatan dalam melaksanakanprogram-program sekolah ini, hubungan antara ibu bapa dan guru juga boleh terjalin dengan mesra. Jadi masalah ponteng sekolah dapat diatasimelalui kerjasama dan perbincangan kedua-dua pihak. Ibu bapa juga boleh memahami tindak-tanduk anak-anak mereka dalam sekolah. PIBG harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usahamemantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu, maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai murni kepada pelajar. 7.4.. Ibu bapa Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan kasihsayang. Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah amatpenting dalam membentuk kestabilan emosi, personaliti, kepuasan hidup dansebagainya. Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan bapa adalah samapenting. Walaupun demikian, kasih sayang ayah akan memberikan impak yang lebihbanyak daripada ibu. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses pembelajaran yang pertama yang dialami oleh manusia. MenurutJayesh Maniar (1998), ibu bapa patut menunjukkan kasih sayang melaluigerak geri dan juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaandan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima keadaan anak mereka seadanya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi bolehmenangani masalah disiplin yang dihadapi.Tanda pemberian kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapatmembalas dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnyakepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik. Namun, dalam kesibukan harianinilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-
  • 13. 13 anak mereka.Ada segelintiribubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan dengan kemewahandan wang ringgit. Ibu bapa patut lebihkan memujuk daripada mengarah. Anak- anakakanmendengar dengan pujukan ibubapa dan menentang arahan ibu bapa. Anak- anak yangtidak mendapat kasih sayang di rumah akan cuba mendapatkannya di luar iaitu rakansebaya. Sekiranya pengaruh rakannya adalah negatif, dari segi tingkahlaku, kita boleh ramalkan yang anak-anak ini akan menjadi seorang calon yangbermasalah. 8.0. Pendekatan Penyelesaian Ponteng Sekolah Menurut Ee Ah Meng (1987), pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk melaksana, proses menjalankan atau cara penyelesaian sesuatu aktiviti. Bagi men isu pontenyelesaikan masalah ponteng sekolah di kalangan murid-murid, ianyamemerlukan suatu pendekatan yang tidak memberi kesan negatif terhadap pelaku ponteng dalam jangka masa panjang.Kaedah tradisional seperti memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak releven lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Guru-guru harus tahu bahawa murid-murid sekarang berbeza dengan murid-murid era 60-an dan 70-an dahulu. Murid-murid dulu kaya dengan nilai-nilai ketimuran dan teguran guru ibarat nasihat yang menjadi pedoman hidup mereka.Dulu, merotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar.Sekarang murid-murid lebih matang dan sedar akan hak yang melindungi mereka sebagai pelajar dan adakalanya mereka berani mencabar kewibawaan pihak sekolah. Menurut Dato’ Noh Omar (2006), didapati dengan peraturan yang sedia ada, kesalahan ponteng sekolah tidak boleh dianggap sebagai kesalahan melanggar undang-undang. Oleh hal yang demikian, tidak ada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berwajib. Bagi menangani masalah disiplin ini termasuk kes ponteng sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid pada 2006, Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu di Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Melalui Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan, Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan serta Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Masyarakat. Keempat- empat jawatankuasa ini akan menjadi pakar runding kepada pihak sekolah bagi
  • 14. 14 menangani isu ponteng di peringkat sekolah. Pengurusan isu-isu disiplin yang dilaksanakan oleh sekolah saya di Bahagian Bintulu dikendalikan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disiplin . Antara langkah yang diambil oleh pihak sekolah bagi menangani gejala ponteng sekolah ini adalah melaksanakan program Guru Penyayang. Berdasarkan kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.5/2012 KP(BPSH- SPDK)201/005/02Jld.3(46); Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bagi Mengurangkan Kes Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid (2012), menyatakan bahawa pihak sekolah perlu melaksanakan program Guru Penyayang di peringkat sekolah. Menurut Portal Universiti Pendidikan Sultan Idris (2015), guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Pengisian program guru penyayang di sekolah saya adalah menyambut kedatangan murid di dewan makan iaitu tempat murid berkumpul sebelum masuk kelas, membudayakan amalan sapaan atau salam seperti “Selamat pagi”, “Apa khabar?” dan “Selamat jalan”. Murid-murid yang sakitakan diberi rawatan oleh guru yang bertugas dengan layanan yang mesra dan baik. Bagi murid yang melakukan salah laku atau ponteng, guru akan memanggil ibu bapa murid berkenaan dan berbincang dengan pihak sekolah secara aman. Pendekatan ini diambil bagi mengurangkan kes ponteng sekolah. Pihak sekolah turut berkolaborasi dengan pihak luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Kesihatan serta Unit Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ceramah akan diberi berkenaan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, gangsterlisme, vandalisme dan kes ponteng sekolah akan disampaikan oleh PDRM pada setiap tahun bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi sifaf kes ponteng di kalangan murid di sekolah. Pendekatan terakhir yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah aktiviti kokurikulum seperti Kem Bersepadu Unit Beruniform, Sukan Sekolah dan Sukan Antara Zon. Setiap murid di sekolah saya akan terlibat secara langsung dalam aktiviti permainan, unit beruniform dan kelab. Penglibatan murid secara aktif dapat dilihat menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti perkhemahan dan acara
  • 15. 15 sukan.Kebanyakan murid yang suka ponteng sekolah merupakan pelajar aktif dalam bersukan.Ini membuktikan bahawa, aktiviti yang digemari oleh para pelajar akan menarik minat mereka untuk aktif dan suka berada di sekolah dan dapat mengatasi gejala ponteng sekolah. 9.0. Refleksi Dalam menghadapi zaman globalisasi dan cabaran alaf baru, pendidikan moral di kalangan generasi muda perlu diperhebatkan bagi memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni. Melalui Pendidikan Moral, pelajar perlu diajar supaya menerima dan menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam adat resam dan institusi-institusi lain yang ada dalam masyarakat. Di samping mempunyai fungsi mengekalkan kebudayaan, sekolah juga menjadi agen perubahan sosial kerana melalui kemajuan dalam bidang pendidikan banyak teknologi baru yang telah dicipta. Lazimnya ciptaan teknologi baru ini akan membawa kepada perubahan nilai pula. Pendidikan moral juga perlu diajar kepada pelajar bukan Islam, manakala pelajar Islam pula mempelajari moral atau akhlak dalam mata pelajaran agama.Pendidikan moral atau akhlak ini bukan sahaja diberi secara langsung sebagai satu mata pelajaran akademik, tetapi seharusnya juga dilaksanakan secara implisit atau tersembunyi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan ini. Segala usaha, telah dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya tugasan ini merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang saya kira amat baik untuk direnungi dan dihayati. Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak tanpa berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Jadi, setiap
  • 16. 16 masalah yang berlaku dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat menganalisis dan mengkaji secara lebih jauh bahan-bahan ilmiah yang saya baca untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang menjadi tajuk kajian saya. Dengan analisis yang lebih mendalam, saya dapat memahami isi yang cuba disampaikan oleh pengarang. Terdapat beberapa kesukaran yang telah saya alami semasa menjalankan kajian ini. Antara kesukarannya adalah memilih tajuk kajian. Lambakan artikel-artikel mengenai isu gejala sosial di kalangan pelajar menyukarkan saya untuk memilih isu yang terbaik. Namun begitu masalah ini dapat diatasi selepas melakukan perbincangan dengan ahli rakan-rakan yang nyata sangat membantu. 10.0. KESIMPULAN Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan, maka satu langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir pelajar sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan pelajar adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh pelajar harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras dengan falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.
  • 17. 17 RUJUKAN Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2005). “Merawat Kemelut Moral.”Harian Metro Online (Malaysia) Mohammed Abdullah (1999). “PIBG Penggerak Kemajuan dan Prestasi Sekolah”. Dewan Masyarakat.Edisi Oktober.7 Noran Fauziah (1986).“Fungsi Sekolah dalam Masyarakat”.Dewan Masyarakat.Edisi Februari.53-54 Novandri Hasan Basri (2000). “Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan Penyelesaian”.Dewan Budaya.Edisi Budaya.8-9Utusan. Sharifah Rinah Sh.Iismail.(2005). “Disiplin Pelajar”.Halaman Web S.M.K. Jandek Sobri Ahmad (2003). “Belia Disaran Contohi Ketokohan Perdana Menteri.” Majlis Belia Malaysia. Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad (2005). “Disiplin pelajar - Kerjasama ibu bapa, guru penting.” Utusan Malaysi.a URL http://www.aroundmanitoba.com/family/FamilyArchives/FamilyColArchives.html http://www.personaliti.cjb.net/ http://www.padfield.com/index.html http://www.redemptoristpublications.com/index.html http://www.dhs.vic.gov.au/emergency Buku :
  • 18. 18 Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan; Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin dan Che Hashim Hassan. (2006). Krisis dan Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ee Ah Meng.(1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Bahasa. Marimuthu t. (1996). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Cetakan Ketiga. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Makzan Musa.(1997). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Noraini Ahmad. (2000). Kaunseling Remaja.Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.(2007). Bab 5; Pengukuhan Disiplin Pelajar.Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas Kerja : Azizi Yahaya dan Shahrin Hasyim.(2007). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Johor.Johor Baharu : Universiti Teknologi Malaysia. Romzi Ismail. (2000). Penglibatan Remaja dalam Perlumbaan Motosikal Haram: Peranan Keluarga dan Masyarakat dalam Menangani Gejala Ini. Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 19. 19