Jenis-jenis jual beli
1. Jual sarf
2. Jual faedah
3. Jual Jizaf
4. Jual Fuduli
5. Jual Mua’tah
6. Jual Tasi’r
7. Jual ‘Urbun
Jual beli Fuduli
Takrif –Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan
milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya –seorang suami menjual
barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya.
Hukum jual beli Fuduli :-
Mazhab Maliki dan Hanafi
Sah sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat :
(1) sekiranya ia menguntungkan pemilik asal
(2) sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga
(3) mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli
(4) mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad
Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Zahiri
Batal walaupun setuju kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad.
Hujah:
(1)pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah
(2)bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu
Jual beli Mua’tah
Maksud – pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan
qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada
sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya
Hukum jual beli Mua’tah :-
-Menurut Jumhur Ulamak(Hanafi ,Malik dan Hanbali)
sah dan harus dilaksanakan.
Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai
Menurut pendapat Imam Syafi’e
tidak sah
kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran.
Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain
tidak tahu
Segelintir pengikut Imam Syafi’e (Imam Nawawi , Bagahawi dan Mutawalli)-
sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz
kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling
berterimaan di majlis akad.
Jual beli Tas’ir
Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang
supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual . Contohnya barang keperluan
asas seperti beras.
Hukum jual beli Tas’ir :-
Menurut Syafi’e
haram sebab bukan miliknya
Malik dan Hanafi
harus sebab maslahah umum
Jual beli U’rbun
Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai
wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram) Sekiranya
tidak bersetuju Wang tersebut diberikan kepada penjual.
.Hukum jual U’rbun :-
Jumhur Ulamak
Haram , batal dan tidak sah
kerana mengandungi unsure-unsur penipuan dan kezaliman
Nabi sendiri melarang jual beli cara U’rbun kerana termasuk dalam penipuan dan
makan harta orang lain secara haram berlaku penindasan dan hangus sekiranya tidak
jadi berurusan

Jenis jual beli

  • 1.
    Jenis-jenis jual beli 1.Jual sarf 2. Jual faedah 3. Jual Jizaf 4. Jual Fuduli 5. Jual Mua’tah 6. Jual Tasi’r 7. Jual ‘Urbun Jual beli Fuduli Takrif –Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya –seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya. Hukum jual beli Fuduli :- Mazhab Maliki dan Hanafi Sah sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat : (1) sekiranya ia menguntungkan pemilik asal (2) sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga (3) mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli (4) mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Zahiri Batal walaupun setuju kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad. Hujah: (1)pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah (2)bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu Jual beli Mua’tah Maksud – pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya Hukum jual beli Mua’tah :- -Menurut Jumhur Ulamak(Hanafi ,Malik dan Hanbali) sah dan harus dilaksanakan. Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai Menurut pendapat Imam Syafi’e tidak sah kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran. Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain tidak tahu Segelintir pengikut Imam Syafi’e (Imam Nawawi , Bagahawi dan Mutawalli)-
  • 2.
    sah walaupun tidakdibuktikan dengan lafaz kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad. Jual beli Tas’ir Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual . Contohnya barang keperluan asas seperti beras. Hukum jual beli Tas’ir :- Menurut Syafi’e haram sebab bukan miliknya Malik dan Hanafi harus sebab maslahah umum Jual beli U’rbun Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram) Sekiranya tidak bersetuju Wang tersebut diberikan kepada penjual. .Hukum jual U’rbun :- Jumhur Ulamak Haram , batal dan tidak sah kerana mengandungi unsure-unsur penipuan dan kezaliman Nabi sendiri melarang jual beli cara U’rbun kerana termasuk dalam penipuan dan makan harta orang lain secara haram berlaku penindasan dan hangus sekiranya tidak jadi berurusan