Sakit jantung disebabkan oleh gangguan aliran darah ke jantung akibat penyempitan arteri jantung. Ini berlaku disebabkan pembentukan gumpalan lemak dalam arteri yang dikenali sebagai atherosklerosis. Gejala sakit jantung termasuk sesak nafas, degupan jantung tidak normal, sakit dada dan pengsan. Sakit jantung perlu dirawat segera kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dikesan awal.