SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca
penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor
satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun
2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah
punca penyakit jantung.
Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga
tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan
penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri
dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol
berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam
keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel,
bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup
kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang
menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida)
kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan
menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk
menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab
penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab
sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam
New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari
mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal.
Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung.
Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan
bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara
ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab
utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal
bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas.
Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda
mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita
menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah
homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua
serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein
dalam darah yang tinggi.
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School
mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh
menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda.
Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub,
Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan
risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan
strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras
homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang
rendah dalam tubuh mereka.
Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-
kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan
puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat
diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang
cukup.

More Related Content

Viewers also liked

Penyakit jantung koroner
Penyakit jantung koronerPenyakit jantung koroner
Penyakit jantung koronerpt.cingursapi
 
punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantungnurfazilah
 
Serangan Jantung - Komunikasi Kesihatan
Serangan Jantung - Komunikasi KesihatanSerangan Jantung - Komunikasi Kesihatan
Serangan Jantung - Komunikasi KesihatanYonizam Syahrul
 
Senaman amalan gaya_hidup_sihat
Senaman amalan gaya_hidup_sihatSenaman amalan gaya_hidup_sihat
Senaman amalan gaya_hidup_sihatAinku Nurul Ain
 
Penyakit jantung
Penyakit jantungPenyakit jantung
Penyakit jantungMaazah Saad
 
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.pptBriliant Nissa
 

Viewers also liked (10)

Penyakit jantung koroner
Penyakit jantung koronerPenyakit jantung koroner
Penyakit jantung koroner
 
PENYAKIT JANTUNG
PENYAKIT JANTUNGPENYAKIT JANTUNG
PENYAKIT JANTUNG
 
punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantung
 
Serangan Jantung - Komunikasi Kesihatan
Serangan Jantung - Komunikasi KesihatanSerangan Jantung - Komunikasi Kesihatan
Serangan Jantung - Komunikasi Kesihatan
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Senaman amalan gaya_hidup_sihat
Senaman amalan gaya_hidup_sihatSenaman amalan gaya_hidup_sihat
Senaman amalan gaya_hidup_sihat
 
Penyakit jantung
Penyakit jantungPenyakit jantung
Penyakit jantung
 
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
4E LISAN
4E LISAN4E LISAN
4E LISAN
 

Similar to Jantung 3 (20)

Lp kolesterol
Lp kolesterolLp kolesterol
Lp kolesterol
 
Turunkan kolesterol anda!
Turunkan kolesterol anda!Turunkan kolesterol anda!
Turunkan kolesterol anda!
 
Pjk AKPER PEMKAB MUNA
Pjk AKPER PEMKAB MUNA Pjk AKPER PEMKAB MUNA
Pjk AKPER PEMKAB MUNA
 
DESY WAHYUNI.ppt
DESY WAHYUNI.pptDESY WAHYUNI.ppt
DESY WAHYUNI.ppt
 
Pjk AKPER MUNA
Pjk AKPER MUNA Pjk AKPER MUNA
Pjk AKPER MUNA
 
Askep stroke
Askep strokeAskep stroke
Askep stroke
 
PENYAKIT JANTUNG KORONER : ATEROSKLEROSIS VERSUS KOLESTEROL TINGGI & BAGAIMAN...
PENYAKIT JANTUNG KORONER : ATEROSKLEROSIS VERSUS KOLESTEROL TINGGI & BAGAIMAN...PENYAKIT JANTUNG KORONER : ATEROSKLEROSIS VERSUS KOLESTEROL TINGGI & BAGAIMAN...
PENYAKIT JANTUNG KORONER : ATEROSKLEROSIS VERSUS KOLESTEROL TINGGI & BAGAIMAN...
 
Bpjs tanggung 80 juta rupiah
Bpjs tanggung 80 juta rupiahBpjs tanggung 80 juta rupiah
Bpjs tanggung 80 juta rupiah
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
318542779-Prolanis-Dislipidemia-ppt.pptx
318542779-Prolanis-Dislipidemia-ppt.pptx318542779-Prolanis-Dislipidemia-ppt.pptx
318542779-Prolanis-Dislipidemia-ppt.pptx
 
Na n0
Na n0Na n0
Na n0
 
Na n0
Na n0Na n0
Na n0
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Penyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudisPenyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudis
 
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAHDIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Indyyyyyyyyyyyyyyy
IndyyyyyyyyyyyyyyyIndyyyyyyyyyyyyyyy
Indyyyyyyyyyyyyyyy
 

More from Mat Rodi Abdulah

More from Mat Rodi Abdulah (13)

Slide kemurungan
Slide kemurunganSlide kemurungan
Slide kemurungan
 
Arahan Solt Berjemaah
Arahan Solt BerjemaahArahan Solt Berjemaah
Arahan Solt Berjemaah
 
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
F2 f aktivi 1_menyelesai masalah_proses pm_2013
 
Contoh minit curai taklimat
Contoh minit curai taklimatContoh minit curai taklimat
Contoh minit curai taklimat
 
Contoh minit curai sekolah
Contoh minit curai sekolahContoh minit curai sekolah
Contoh minit curai sekolah
 
Contoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintarContoh minit curai perkongsian pintar
Contoh minit curai perkongsian pintar
 
Contoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursusContoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursus
 
Jantung7
Jantung7Jantung7
Jantung7
 
Jantung5
Jantung5Jantung5
Jantung5
 
Jantung 2
Jantung 2Jantung 2
Jantung 2
 
Rawatan sakit jantung guna ayat al
Rawatan sakit jantung guna ayat alRawatan sakit jantung guna ayat al
Rawatan sakit jantung guna ayat al
 
K ertas kerja program elit
K ertas kerja program elitK ertas kerja program elit
K ertas kerja program elit
 
Perancangan strategik bi 2
Perancangan strategik bi 2Perancangan strategik bi 2
Perancangan strategik bi 2
 

Jantung 3

  • 1. Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung. Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda. Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung. Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.
  • 2. Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian- kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.