SlideShare a Scribd company logo
NCC 3000
ISLAM DAN ALAM SEKITAR
PENULISAN: KONSEP PENJAGAAN ALAM
SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Disediakan oleh:
1. RASYIHAH SYAHARUDIN (UK 22606)
2. SITI NURFATEHAH HAJI OTHMAN (UK 23682)
3. MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL (UK 23514)
1
PENDAHULUAN
Pada era globalisasi hari ini, Malaysia jelas kelihatan telah berkembang pesat
dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju. Teknologi yang berkembang
pesat termasuklah kecanggihan alat-alat komunikasi, mesin-mesin utama di kilang-
kilang yang tujuan utamanya dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk
memudahkan manusia mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mereka dan
memudahkan manusia untuk lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab
seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh menghasilkan hasil
produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan tenaga manusia. Selain itu,
dengan berkembang pesatnya sesebuah Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut
mengalami perkembangan dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan
utama serta majoriti kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk
menjadikan bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia.
Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan yang
dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi kemudahan
kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara. Manakala kesan buruknya
pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kestabilan hutan di Negara ini
semakin terancam kerana banyak kawasan hutan diterokai untuk rancangan
pertanian dan pembalakan. Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana
pokok boleh menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah
tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang mengalir di atas permukaan
tanah boleh menyebabkan hakisan dan secara tidak langsung menyebabkan
pemendapan di muara-muara sungai. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan di
lereng bukit juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan ekosistem di kawasan
tersebut turut terjejas. Menurut sumber Utusan Malaysia Online yang bertarikh 22
Mei 2011, kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur di Highland
Towers pada 11 Disember 1993 dan Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 itu
adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di negara
ini. Terbaru satu lagi kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak-anak
Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan
2
dalam kejadian yang bertarikh 21 Mei 2011 pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25
orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak
yatim itu tertimbus.
Jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku ini, jelas
menunjukkan bahawa usia bumi kita semakin hari semakin tua. Oleh yang demikian,
sebagai khalifah di muka bumi ini, wajib bagi kita menjaga bumi dan alam anugerah
Allah sebaiknya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, tangan-tangan kita sendiri yang
memusnahkan alam sekitar untuk kepentingan masing-masing tanpa memikirkan
kesannya kepada alam dan generasi akan datang tanpa merujuk pada landasan
yang disyariatkan Islam.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30;
“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana
perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan
sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan
yang benar)”
Islam itu sebuah agama yang lengkap dan syumul yang telah diajarkan
semua perkara, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Tidak
terkecuali garis panduan yang telah diajarkan kepada kita bagaimana untuk
memelihara alam sekitar perspektif Islam yang terdiri daripada beberapa sudut
tertentu, iaitu sudut Aqidah, sudut Syariah dan sudut Akhlak.
3
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“AQIDAH”
Perkataan aqidah berasal dari Bahasa Arab “aqada” yang bermaksud ikatan
atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala pengertian dari sudut istilah pula ialah
bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan
terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang
dilahirkan sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar.
Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana
kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang menjadi dasar
kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan kehidupan seharian. Selain itu,
melalui Aqidah yang kukuh serta dengan bersumberkan Al-Quran (wahyu)
menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk
bertindak seperti yang disarankan oleh Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat banyak
dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini
seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari
perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan
bagi orang yang berbuat kerosakan.
Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua
yang berkaitan alam sekitar adalah seperti yang berikut:
1) PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI
 Surah Al- Baqarah ayat 11;
“dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu
membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka
menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya
membuat kebaikan".
4
 Surah Asy Syu’araa’ ayat 183;
"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan
janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di
bumi”
2) KESAN DAN AKIBAT DARI PERBUATAN MANUSIA
 Surah Ar-Rum ayat 41;
“telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh
tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
3) BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN
 Surah Ar-Ra’d ayat 25;
“dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli)
perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan
perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan,
serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka
bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh
balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya”.
4) PERBANDINGAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG ZALIM
TERHADAP ALAM SEKITAR
 Surah Huud ayat 116;
“maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan
dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan
5
akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-
perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang
melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang
Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang
Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala
kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah
mereka orang-orang Yang berdosa”.
Jika setiap individu di muka bumi ini faham dan patuh akan setiap dalil-dalil
Al-Quran yang telah jelas, maka tidak mustahil kerosakan bumi ini dapat
dikurangkan selain daripada faktor usia bumi. Tetapi hakikat yang sebenar tidak
ramai yang mampu patuh akan arahan yang diperintahkan kerana lemahnya Aqidah
tersebut telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Melalui asas Aqidah,
manusia mampu untuk memahami peranan mereka ke atas alam sekitar. Terdapat
tiga tanggungjawab yang berkaitan dengan Aqidah yang digariskan oleh Sayyed
Hossien Nasr iaitu tanggungjawab u’budiyyah, khalifah dan amanah. Ketiga-tiga
tanggungjawab ini penting untuk memahami hakikat Aqidah sebenar dalam diri
setiap individu.
Tanggungjawab u’budiah ialah melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar
dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk
mencegah penebangan hutan secara berleluasa atau manghalang pembuangan sisa
toksik ke dalam sungai, itu sudah menepati tanggungjawab u’budiah kita dalam
memantapkan akidah dalam kehidupan. Bagi tanggungjawab khalifah pula ialah
sentiasa mengingatkan kita bahawa kita bukan pemilik mutlak kepada alam. Oleh
itu, kita lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu yang melibatkan alam sekitar
kita selain dengan memakmurkan dan mengurus bumi dengan tidak melakukan
kerosakan. Manakala tanggungjawab amanah terhadap alam sekitar pula ialah
menggunakan semua yang ada di bumi menurut peraturan yang telah diperintahkan
oleh Allah yang dijelaskan di dalam Al-Quran.
6
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:
“SYARIAH”
Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang
berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam konsep penjagaan
alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar. Hal ini kerana hanya Islam
yang melaksanakan lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran
alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah
di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-
mata.
Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada
ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini
hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang
indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam
untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di
muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah
ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan
alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat.
Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya
menekankan aspek fizikal.
Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap
sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak dapat dipisahkan dengan
hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan pembangunan untuk meneruskan
kebelangsungan hidup seperti bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber
pendapt serta tempat untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan
itu, manusia seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam
dalam penggunaan alam sekitar. Kepentingan alam sekitar dan pembangunan yang
dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh semata-mata mementingkan
pembangunan, sementara alam sekitar hanya dipandang enteng. Alam sekitar
7
seperti pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menhijau merupakan elemen
utama dan penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian
alam. Andai alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti
pembalakan yang tidak terurus serta pencemaran alam sekitar yang berleluasa
dikhuatiri bakal mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang
mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan
penggunaan alam sekitar. Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara
tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat diselia dengan rapi dan
seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasi-generasi mendatang.
Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya
Allah berfirnan dalam Surah Ar-Ra’du:3,
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan
padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih
berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”
8
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“AKHLAK”
Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan (al-
akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan,
perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu
sendiri. Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang
dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang
membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah,
hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar.
Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari
sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat
lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui
akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam
tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu
ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan
alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta’awun.
Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup.
Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan
kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang
mempunyai sikap ini dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak
puas hati jika melihat hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain.
Sebagai contoh, mereka yang mempunyai sikap Qannah dalam diri mereka tidak
akan terlibat dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi
sesetengah pihak yang sanggup membangunkan Negara untuk mendapat nama
tanpa memikirkan akan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan
hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat
83 iaitu:
9
“negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami
sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat
pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan
kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa”.
Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi
manusia dan makhluk lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha
memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu
melahirkan kepercayaan yang telus bahawa setiap komponen alam tabii sentiasa
berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah
yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam
sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang melibatkan
sensitivity alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77;
“Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-
limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat
kerosakan ".
Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan tindakan
kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap ihsan ini,
mampu melatih manusia supaya lebih peka akan keadaan sekeliling. Sebagai contoh
yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam ini
ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk mengawal dirinya
daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya kerana masih ada sikap
ihsan di dalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak
di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa
bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tindak tanduknya walaupun bukan di
10
khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah manusia akan sedar
bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah dan akan merasa
takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah Yunus ayat 40;
“dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di
antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah),
Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan
kerosakan”.
Ta’awun berasal dari Bahasa Arab Ta’awana, Yata’aawuna, Ta’awuna, yang
ertinya tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia
untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Ta’awun ini
bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;
“…..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang
melanggar perintahNya)”
Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab sesama
manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan beberapa
petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa
membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang
iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang
baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah
membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang
kotoran ( hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka sudah tentu
membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih
11
dituntut demi menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat ta’awun dalam diri sudah
semestinya alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.
12
KESIMPULAN
Alhamdulillah, segala syukur dan puji hanyalah kepada Pencipta yang Esa
yang menghidupkan dan mematikan makhluk-makhlukNya. Sesungguhnya apa yang
telah dikurniakan oleh Allah kepada ummat-ummatNya hanyalah pinjaman semata-
mata dan merupakan satu amanah kepada kita untuk menjaga dan memeliharanya
sebaik-baik kurniaan. Alam sekitar merupakan anugerah dan penciptaan teragung
Maha Pencipta kepada hamba-hambanya untuk manusia menginsafi diri di alam
yang fana ini. Islam menggariskan hal-hal tertentu bagi menjamin dan memulihara
alam ini agar sentiasa terpelihara seterusnya dapat diselami oleh generasi-genarasi
yang akan datang.
Bermulanya dari aqidah, islam menekankan betapa pentingnya sifat
u’budiyyah iaitu sifat kehambaan yang dizahirkan oleh manusia dalam memelihara
alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih amanah dan secara tidak langsung
akan menjaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya. Apabila manusia
mengerti terhadap pengertian aqidah dan tuntutan-tuntutannya dalam melestari
kehidupan seharian, maka secara langsungnya segala perlakuan tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah
mendidik dan mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri
kemanusian makhluk.
Seterusnya, dalam kefahaman aqidah membimbing manusiawi, islam
menggariskan system perundangan islam dalam membatasi perbuatan dan perilaku
manusiawi dalam mengurus tadbir alam ini. Bagi menjaga kemaslahatan dan
keberlangsungan hidup manusia, maka syariah perlu ditegakkan dan dipatuhi.
Pelaksanaan syariah ini bermula apabila larangan-larangan Allah di dalam al-Quran
jelas dinyatakan agar jangan membuat kerosakan terhadap ala mini. Dalam hal ini
syariah mengariskan hal-hal tertentu bagi menjaga alam ini, seterusnya memberi
petunjuk yang sewajarnya apabila telah menguna pakai alam ini bagi tujuan
pembangunan dan sebagainya.
Akhlak merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan alam sekitar
mengikut perspektif islam. Manusia yang berakhlak jelas dan terang-terangan akan
13
memastikan kepentingan alam sekitar ini terhadap makhluk sekalian alam. Antara
akhlak dan tingkah laku mulia yang disarankan Islam adalah sifat qanaah dalam
menerima segala pemberian, sifat mahabbah terhadap makhluk sekalian alam ini,
sifat ihsan yang merasakan Allah sentiasa memerhati, serta sifat ta’awun yang saling
bantu-membantu sesame makhluk.
Begitulah keseimbangan etika alam sekitar menurut pandangan islam.
Lengkap dan padat dalam mengimbangi struktur serta elemen-elemen penting alam
sekitar yang telah diamanah kepada makhluk yang berakal khusunya manusia yang
mendiami. Adat meminjam seharusnya mengembalikan segala nikmat yang telah
dipinjamkan dalam keadaan elok dan sejahtera tanpa kerosakan dan begitulah alam
sekitar ini kepada manusia harus menjaga dan memulihara seeloknya amanah yang
telah diberikan dan memulangkannya dengan elok. Wallahu’lam.
14
Sumber Rujukan:
1. Buku: “Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat”
oleh Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali.
2. Buku: “Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia” oleh Ismail Sahid.
3. Buku: “Alam Sekitar Permasalahan dan Pengawalan” oleh Surtahman
Kastin Hasan dan Abd. Ghafar Ismail.
4. Buku: “Islam dan Alam Sekitar” oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossien Nasr
dan Ziauddin Sardar.
5. Internet: http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf
6. Internet:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&sec=Terki
ni&pg=bt_24.htm#ixzz2Sljn797m © Utusan Melayu (M) Bhd.
7. Internet:
http://bicarakalbu02.blogspot.com/2007/09/hubungan-syariat-dengan-
alam-sekitar.html
8. Internet:
http://dakwahsyariah.blogspot.com/2012/01/alam-dan-lingkungan-hidup-
menurut-islam.html

More Related Content

What's hot

Konsep politik islam
Konsep politik islamKonsep politik islam
Konsep politik islamujang77
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
jimoh370
 
Excuse Letter
Excuse LetterExcuse Letter
Excuse Letter
Afifah Nabilah
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
Normurni Mohamad
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyatdr2200s
 
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
NurulainRizal
 
Etika mengikut kelompok
Etika mengikut kelompokEtika mengikut kelompok
Etika mengikut kelompok
SharifahNurAbu
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Mahyuddin Khalid
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslimFazd Alias
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusiaDya Imani
 
Pengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamPengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamKamarudin Jaafar
 
Pembangunan bakat
Pembangunan bakatPembangunan bakat
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
AsmidahIsdal
 
Passive Fire Protection According to UBBL Malaysia
Passive Fire Protection According to UBBL MalaysiaPassive Fire Protection According to UBBL Malaysia
Passive Fire Protection According to UBBL Malaysia
Zhao Wei Kim
 
What's hot (20)

Konsep politik islam
Konsep politik islamKonsep politik islam
Konsep politik islam
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
Konsep perbandaran islam
Konsep perbandaran islamKonsep perbandaran islam
Konsep perbandaran islam
 
Konsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islamKonsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islam
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Proses kejadian manusia
Proses kejadian manusiaProses kejadian manusia
Proses kejadian manusia
 
Excuse Letter
Excuse LetterExcuse Letter
Excuse Letter
 
Aqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyahAqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyah
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
ELC231 Movie Oral Commentary - Big Hero 6
 
Etika mengikut kelompok
Etika mengikut kelompokEtika mengikut kelompok
Etika mengikut kelompok
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusia
 
Pengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamPengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islam
 
Pembangunan bakat
Pembangunan bakatPembangunan bakat
Pembangunan bakat
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
 
Passive Fire Protection According to UBBL Malaysia
Passive Fire Protection According to UBBL MalaysiaPassive Fire Protection According to UBBL Malaysia
Passive Fire Protection According to UBBL Malaysia
 
Similar to KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptxPENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
NurdinWicaksono
 
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMA
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMABab 3 hari akhir kelas 12 SMA
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMA
Udik Pribadi
 
Nurul nadia binti saidin
Nurul nadia binti saidinNurul nadia binti saidin
Nurul nadia binti saidin
Fazi IRin
 
Perhatian islam terhadap hak hak lingkungan
Perhatian islam terhadap hak hak lingkunganPerhatian islam terhadap hak hak lingkungan
Perhatian islam terhadap hak hak lingkunganRizky Faisal
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
sitihawabintimohamadnorlan
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmQila Aqila
 
iman kepada hari kiamat
iman kepada hari kiamatiman kepada hari kiamat
iman kepada hari kiamataraymujahid
 
Makalah manusia dan tugasnya
Makalah manusia dan tugasnyaMakalah manusia dan tugasnya
Makalah manusia dan tugasnya
AevunxCthm
 
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan HidupMakalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
Gunawan Setia Wiguna
 
HAM dalam sudut islam dan barat
HAM dalam sudut islam dan baratHAM dalam sudut islam dan barat
HAM dalam sudut islam dan barat
Naning Yuliana
 
arti produksi dalam Islam UNISKA
  arti produksi dalam Islam UNISKA   arti produksi dalam Islam UNISKA
arti produksi dalam Islam UNISKA
susiekorahayu
 
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidupModul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
Alveraadk
 
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di DuniaPelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Shobrie Hardhi, SE, CFA, CLA, CPHR, CPTr.
 
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
Mimi Mokhtar
 
Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h
EdiSuandi1
 
Syariat islam di perkasa negara maju jaya
Syariat islam di perkasa negara maju jayaSyariat islam di perkasa negara maju jaya
Syariat islam di perkasa negara maju jaya
mohd zaidi
 
Paradigma Tauhid
Paradigma TauhidParadigma Tauhid
Paradigma Tauhid
Linda Falasifah
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insanAzura Aziz
 
Similar to KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar) (20)

PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptxPENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PENGELOLAAN DAN PELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM.pptx
 
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMA
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMABab 3 hari akhir kelas 12 SMA
Bab 3 hari akhir kelas 12 SMA
 
Nurul nadia binti saidin
Nurul nadia binti saidinNurul nadia binti saidin
Nurul nadia binti saidin
 
Perhatian islam terhadap hak hak lingkungan
Perhatian islam terhadap hak hak lingkunganPerhatian islam terhadap hak hak lingkungan
Perhatian islam terhadap hak hak lingkungan
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
 
Agama , haris
Agama , harisAgama , haris
Agama , haris
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalm
 
iman kepada hari kiamat
iman kepada hari kiamatiman kepada hari kiamat
iman kepada hari kiamat
 
Makalah manusia dan tugasnya
Makalah manusia dan tugasnyaMakalah manusia dan tugasnya
Makalah manusia dan tugasnya
 
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan HidupMakalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
Makalah Menjaga Kelestarian Lingkungan Hidup
 
HAM dalam sudut islam dan barat
HAM dalam sudut islam dan baratHAM dalam sudut islam dan barat
HAM dalam sudut islam dan barat
 
arti produksi dalam Islam UNISKA
  arti produksi dalam Islam UNISKA   arti produksi dalam Islam UNISKA
arti produksi dalam Islam UNISKA
 
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidupModul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
Modul bab 7 agama menjaga kelestarian lingkungan hidup
 
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di DuniaPelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
 
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di DuniaPelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
 
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
MPW1143 - Bab 2 pandangan semesta islam (mum)
 
Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h Khutbah idul adha 1441 h
Khutbah idul adha 1441 h
 
Syariat islam di perkasa negara maju jaya
Syariat islam di perkasa negara maju jayaSyariat islam di perkasa negara maju jaya
Syariat islam di perkasa negara maju jaya
 
Paradigma Tauhid
Paradigma TauhidParadigma Tauhid
Paradigma Tauhid
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
Recently uploaded

INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
Rismawati408268
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
jaya35ml2
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Recently uploaded (20)

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

  • 1. NCC 3000 ISLAM DAN ALAM SEKITAR PENULISAN: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Disediakan oleh: 1. RASYIHAH SYAHARUDIN (UK 22606) 2. SITI NURFATEHAH HAJI OTHMAN (UK 23682) 3. MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL (UK 23514)
  • 2. 1 PENDAHULUAN Pada era globalisasi hari ini, Malaysia jelas kelihatan telah berkembang pesat dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju. Teknologi yang berkembang pesat termasuklah kecanggihan alat-alat komunikasi, mesin-mesin utama di kilang- kilang yang tujuan utamanya dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk memudahkan manusia mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mereka dan memudahkan manusia untuk lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh menghasilkan hasil produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, dengan berkembang pesatnya sesebuah Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut mengalami perkembangan dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan utama serta majoriti kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk menjadikan bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia. Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan yang dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi kemudahan kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara. Manakala kesan buruknya pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kestabilan hutan di Negara ini semakin terancam kerana banyak kawasan hutan diterokai untuk rancangan pertanian dan pembalakan. Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana pokok boleh menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang mengalir di atas permukaan tanah boleh menyebabkan hakisan dan secara tidak langsung menyebabkan pemendapan di muara-muara sungai. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan di lereng bukit juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan ekosistem di kawasan tersebut turut terjejas. Menurut sumber Utusan Malaysia Online yang bertarikh 22 Mei 2011, kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur di Highland Towers pada 11 Disember 1993 dan Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 itu adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di negara ini. Terbaru satu lagi kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan
  • 3. 2 dalam kejadian yang bertarikh 21 Mei 2011 pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku ini, jelas menunjukkan bahawa usia bumi kita semakin hari semakin tua. Oleh yang demikian, sebagai khalifah di muka bumi ini, wajib bagi kita menjaga bumi dan alam anugerah Allah sebaiknya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, tangan-tangan kita sendiri yang memusnahkan alam sekitar untuk kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kesannya kepada alam dan generasi akan datang tanpa merujuk pada landasan yang disyariatkan Islam. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30; “Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” Islam itu sebuah agama yang lengkap dan syumul yang telah diajarkan semua perkara, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Tidak terkecuali garis panduan yang telah diajarkan kepada kita bagaimana untuk memelihara alam sekitar perspektif Islam yang terdiri daripada beberapa sudut tertentu, iaitu sudut Aqidah, sudut Syariah dan sudut Akhlak.
  • 4. 3 KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : “AQIDAH” Perkataan aqidah berasal dari Bahasa Arab “aqada” yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala pengertian dari sudut istilah pula ialah bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang dilahirkan sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar. Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang menjadi dasar kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan kehidupan seharian. Selain itu, melalui Aqidah yang kukuh serta dengan bersumberkan Al-Quran (wahyu) menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk bertindak seperti yang disarankan oleh Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat banyak dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan bagi orang yang berbuat kerosakan. Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua yang berkaitan alam sekitar adalah seperti yang berikut: 1) PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI  Surah Al- Baqarah ayat 11; “dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
  • 5. 4  Surah Asy Syu’araa’ ayat 183; "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” 2) KESAN DAN AKIBAT DARI PERBUATAN MANUSIA  Surah Ar-Rum ayat 41; “telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” 3) BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN  Surah Ar-Ra’d ayat 25; “dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya”. 4) PERBANDINGAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG ZALIM TERHADAP ALAM SEKITAR  Surah Huud ayat 116; “maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan
  • 6. 5 akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan- perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa”. Jika setiap individu di muka bumi ini faham dan patuh akan setiap dalil-dalil Al-Quran yang telah jelas, maka tidak mustahil kerosakan bumi ini dapat dikurangkan selain daripada faktor usia bumi. Tetapi hakikat yang sebenar tidak ramai yang mampu patuh akan arahan yang diperintahkan kerana lemahnya Aqidah tersebut telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Melalui asas Aqidah, manusia mampu untuk memahami peranan mereka ke atas alam sekitar. Terdapat tiga tanggungjawab yang berkaitan dengan Aqidah yang digariskan oleh Sayyed Hossien Nasr iaitu tanggungjawab u’budiyyah, khalifah dan amanah. Ketiga-tiga tanggungjawab ini penting untuk memahami hakikat Aqidah sebenar dalam diri setiap individu. Tanggungjawab u’budiah ialah melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk mencegah penebangan hutan secara berleluasa atau manghalang pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, itu sudah menepati tanggungjawab u’budiah kita dalam memantapkan akidah dalam kehidupan. Bagi tanggungjawab khalifah pula ialah sentiasa mengingatkan kita bahawa kita bukan pemilik mutlak kepada alam. Oleh itu, kita lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu yang melibatkan alam sekitar kita selain dengan memakmurkan dan mengurus bumi dengan tidak melakukan kerosakan. Manakala tanggungjawab amanah terhadap alam sekitar pula ialah menggunakan semua yang ada di bumi menurut peraturan yang telah diperintahkan oleh Allah yang dijelaskan di dalam Al-Quran.
  • 7. 6 KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT: “SYARIAH” Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam konsep penjagaan alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar. Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata- mata. Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T. Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat. Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya menekankan aspek fizikal. Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak dapat dipisahkan dengan hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan pembangunan untuk meneruskan kebelangsungan hidup seperti bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber pendapt serta tempat untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan itu, manusia seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam dalam penggunaan alam sekitar. Kepentingan alam sekitar dan pembangunan yang dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh semata-mata mementingkan pembangunan, sementara alam sekitar hanya dipandang enteng. Alam sekitar
  • 8. 7 seperti pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menhijau merupakan elemen utama dan penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian alam. Andai alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti pembalakan yang tidak terurus serta pencemaran alam sekitar yang berleluasa dikhuatiri bakal mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan penggunaan alam sekitar. Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat diselia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasi-generasi mendatang. Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya Allah berfirnan dalam Surah Ar-Ra’du:3, “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”
  • 9. 8 KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT : “AKHLAK” Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan (al- akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar. Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta’awun. Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup. Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang mempunyai sikap ini dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak puas hati jika melihat hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai sikap Qannah dalam diri mereka tidak akan terlibat dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi sesetengah pihak yang sanggup membangunkan Negara untuk mendapat nama tanpa memikirkan akan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat 83 iaitu:
  • 10. 9 “negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi manusia dan makhluk lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu melahirkan kepercayaan yang telus bahawa setiap komponen alam tabii sentiasa berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh- tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang melibatkan sensitivity alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77; “Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah- limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap ihsan ini, mampu melatih manusia supaya lebih peka akan keadaan sekeliling. Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam ini ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk mengawal dirinya daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya kerana masih ada sikap ihsan di dalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tindak tanduknya walaupun bukan di
  • 11. 10 khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah manusia akan sedar bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah dan akan merasa takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah Yunus ayat 40; “dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan kerosakan”. Ta’awun berasal dari Bahasa Arab Ta’awana, Yata’aawuna, Ta’awuna, yang ertinya tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Ta’awun ini bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud; “…..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)” Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan beberapa petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang kotoran ( hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus.” (Riwayat Ibnu Majah) Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka sudah tentu membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih
  • 12. 11 dituntut demi menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat ta’awun dalam diri sudah semestinya alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.
  • 13. 12 KESIMPULAN Alhamdulillah, segala syukur dan puji hanyalah kepada Pencipta yang Esa yang menghidupkan dan mematikan makhluk-makhlukNya. Sesungguhnya apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada ummat-ummatNya hanyalah pinjaman semata- mata dan merupakan satu amanah kepada kita untuk menjaga dan memeliharanya sebaik-baik kurniaan. Alam sekitar merupakan anugerah dan penciptaan teragung Maha Pencipta kepada hamba-hambanya untuk manusia menginsafi diri di alam yang fana ini. Islam menggariskan hal-hal tertentu bagi menjamin dan memulihara alam ini agar sentiasa terpelihara seterusnya dapat diselami oleh generasi-genarasi yang akan datang. Bermulanya dari aqidah, islam menekankan betapa pentingnya sifat u’budiyyah iaitu sifat kehambaan yang dizahirkan oleh manusia dalam memelihara alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih amanah dan secara tidak langsung akan menjaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya. Apabila manusia mengerti terhadap pengertian aqidah dan tuntutan-tuntutannya dalam melestari kehidupan seharian, maka secara langsungnya segala perlakuan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah mendidik dan mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri kemanusian makhluk. Seterusnya, dalam kefahaman aqidah membimbing manusiawi, islam menggariskan system perundangan islam dalam membatasi perbuatan dan perilaku manusiawi dalam mengurus tadbir alam ini. Bagi menjaga kemaslahatan dan keberlangsungan hidup manusia, maka syariah perlu ditegakkan dan dipatuhi. Pelaksanaan syariah ini bermula apabila larangan-larangan Allah di dalam al-Quran jelas dinyatakan agar jangan membuat kerosakan terhadap ala mini. Dalam hal ini syariah mengariskan hal-hal tertentu bagi menjaga alam ini, seterusnya memberi petunjuk yang sewajarnya apabila telah menguna pakai alam ini bagi tujuan pembangunan dan sebagainya. Akhlak merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan alam sekitar mengikut perspektif islam. Manusia yang berakhlak jelas dan terang-terangan akan
  • 14. 13 memastikan kepentingan alam sekitar ini terhadap makhluk sekalian alam. Antara akhlak dan tingkah laku mulia yang disarankan Islam adalah sifat qanaah dalam menerima segala pemberian, sifat mahabbah terhadap makhluk sekalian alam ini, sifat ihsan yang merasakan Allah sentiasa memerhati, serta sifat ta’awun yang saling bantu-membantu sesame makhluk. Begitulah keseimbangan etika alam sekitar menurut pandangan islam. Lengkap dan padat dalam mengimbangi struktur serta elemen-elemen penting alam sekitar yang telah diamanah kepada makhluk yang berakal khusunya manusia yang mendiami. Adat meminjam seharusnya mengembalikan segala nikmat yang telah dipinjamkan dalam keadaan elok dan sejahtera tanpa kerosakan dan begitulah alam sekitar ini kepada manusia harus menjaga dan memulihara seeloknya amanah yang telah diberikan dan memulangkannya dengan elok. Wallahu’lam.
  • 15. 14 Sumber Rujukan: 1. Buku: “Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat” oleh Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali. 2. Buku: “Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia” oleh Ismail Sahid. 3. Buku: “Alam Sekitar Permasalahan dan Pengawalan” oleh Surtahman Kastin Hasan dan Abd. Ghafar Ismail. 4. Buku: “Islam dan Alam Sekitar” oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossien Nasr dan Ziauddin Sardar. 5. Internet: http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf 6. Internet: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&sec=Terki ni&pg=bt_24.htm#ixzz2Sljn797m © Utusan Melayu (M) Bhd. 7. Internet: http://bicarakalbu02.blogspot.com/2007/09/hubungan-syariat-dengan- alam-sekitar.html 8. Internet: http://dakwahsyariah.blogspot.com/2012/01/alam-dan-lingkungan-hidup- menurut-islam.html