SlideShare a Scribd company logo
BMR 3022: Karya Agung Melayu
Hikayat Merong Mahawangsa
Kumpulan 5
Ahli kumpulan:
1. Ubaidah Binti Harun D20121057967
2. Nur Atikah Binti Zakaria D20121058030
3. Nursyarmimie Binti Ahmad D20121058034
4. Mira Adilla Binti Sabri D20121058036
5. Nur Azni Binti Razlan D20121058038
• Karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan
budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang
berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa
(Mohd Rashid Idris et.al, 2014).
• Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang
berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu,
falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau
psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang
sejarahnya.
PENGENALAN
Hikayat
merong
mahawangs
a
merupakan
salah
sebuah
karya
agung
Karya ini selesai
disalin semula
iaitu pada tahun
1316
Fakir diminta
oleh
Sultannya
iaitu sultan
Muadzam
Shah untuk
menulis
hikayat.
Bertujuan untuk
memastikan agar
anak cucu
keturunan sultan
kedah mengetahui
tentang asal usul,
peraturan segala
raja-raja Melayu dan
istiadat raja-raja
Melayu
• Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang
belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh
geroda.
• Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat
menjadi raja.
• Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya
Raja Merong Mahapudisat menjadi raja.
• Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
• Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan
puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan
oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha
Inderawangsa.
• Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya,
Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya
menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak
dan anakandanya yang ketiga iaitu seorang puteri
sebagai Raja Patani.
• Putera bongsu pula menggantikan ayahanda mereka
sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri
Mahawangsa.
• Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar
persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai
hadiah kepada kekandanya iaitu Raja Siam setiap kali
kekandanya mendapat putera.
• Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa
menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita
Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah
sebagai Raja Bersiung.
• Apabila Raja Bersiung turun dari takhta setelah ditentang
kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja
Phra Ong Mahapudisat.
• Raja ini digantikan oleh puteranya Raja Phra Ong
Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah
yang pertama memeluk agama Islam.
• Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada
Sultan Muzaffar Syah.
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran
dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir.
• Dalam bidang sastera pula, pemikiran ini selalunya dimulakan
dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya
diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah
fikiran yang bernas.
• Secara mudahnya, pemikiran :
i. perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin
disampaikan dalam sesebuah karya.
ii. pemikiran dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam
sesebuah karya.
Pemikiran
dalam
Hikayat
Merong
Mahawangsa
Pembukaa
n negeri
Kedah
Penubuhan
kerajaan
Asal usul raja
dan
kedaulatan
pemerintahan
beraja
Kedatanga
n Islam
• Peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda
dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia
akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja
Rom dan Raja China yang ingin mengahwinkan anak-anak
mereka.
• Burung Garuda menyerang rombongan anak raja Rom yang
diketuai oleh Merong Mahawangsa.
• Perpisahan inilah menyebabkan Merong Mahawangsa sampai
ke satu kawasan yang mengharapkannya untuk menjadi raja
di kawasan tersebut (Langkasuka) . Disinilah bermulanya
kerajaan Negeri Kedah yang berada di bawah
pemerintahannya kemudian diturunkan takhtanya kepada
anaknya, Raja Merong Mahadipusat.
• “… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat
tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat
daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri
Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat
negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada
namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong
Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan
negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”
• (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
• Sebelum berangkat menghadap anak Raja Rom, Merong
Mahawangsa telah mewasiatkan anakandanya untuk memperbesar
empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-anakanda
Raja Merong Mahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru. Hal ini
dibuktikan daripada teks yang berikut:
“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Mahadipusat, jikalau
anakku
beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia
seorang
sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur
menenggara
daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik
antara
timur laut.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
• Anakanda yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan
yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah
pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak
• Mustafa Mohd Isa (1999:90) menyatakan bahawa Hikayat Merong
Mahawangsa juga mahu menonjolkan raja-raja Kedah itu berasal
daripada raja besar dunia (raja Merong Mahawangsa)
• Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di negeri
Kedah, ia balik ke Rom. Melalui keturunanya itu, lahirlah dinasti
keturunan raja Kedah.
• Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini
semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria
atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim. Kejahatan Raja Bersiung ini
mungkin kerana ibunya cucu Nang Miri itu gergasi.
• Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat dalam teks
yang berikut:
“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia
pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu
berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu
biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh
sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke
mari kepada aku.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46
& 47)
ASAL USUL RAJA DAN KEDAULATAN PEMERINTAHAN BERAJA
• Pemikiran tentang kedaulatan Raja, jelas dipaparkan
oleh pengarang.
• Pengarang seolah-olah tidak mengakui penentangan
terhadap Raja Bersiung adalah sah dari sisi undang-
undang.
• Pengarang telah menghilangkan Raja Bersiung dalam
buluh bagi menunjukkan bahawa raja mempunyai tempat
yang tinggi berbanding dengan rakyat dan raja tidak
boleh diperlakukan sesuka hati oleh rakyat kerana ia
akan menjatuhkan nama institusi beraja yang selama ini
dihormati oleh masyarakat terutamanya masyarakat
tradisional.
• Namun, setelah Raja Bersiung keluar dari Kedah,
anakandanya iaitu Raja Phra Ong Mahaputisat telah
memerintah Kedah dengan aman dan sentosa.
Kemunculan Agama Islam
Syeikh Abdullah
mengikuti Penghulu
Syaitan Iblis untuk
melakukan kejahatan dan
kesesatan terhadap
masyarakat agar terus
hidup dalam kesesatan
dan kegelapan.
Penghulu Syaitan Iblis
cuba untuk menyesatkan
Raja Phra Ong
Mahawangsa dengan arak
dan air kencingnya,
Syeikh Abdullah telah
menghalangnya.
Syeikh Abdullah muncul di
hadapan Raja Phra Ong
Mahawangsa
Kehadiran Syeikh Abdullah
di hadapan Raja Phra Ong
Mahawangsa telah
menyedarkan baginda
kerana Syeikh Abdullah
telah menerangkan
segala-galanya kepada
baginda
Baginda telah dibukakan
hati untuk menerima
ajaran Islam yang dibawa
oleh Syeikh Mahawangsa.
“Maka kata Raja Phra Ong
Mahawangsa, ‘Jikalau
demikian, hendaklah tuan
hamba tolong hamba
sekalian ini, ajarkan
agama Islam yang
sebenar itu.”
(Hikayat Merong
Mahawangsa, Halaman
100)
Rakyat jelata turut
memeluk agama Islam
perubahan pada namanya
iaitu Raja Muzalfar Syah
Sistem pentadbiran
berlandaskan Islam
• Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah
didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi
dasar ilmu-ilmu lain.
• Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016),
falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.
• ‘Berfalsafah’ ialah mencari kebenaran dari kebenaran,
tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan
berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat.
• Terdapat beberapa bidang falsafah antaranya etika,
metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik
dan logik.
• Falsafah etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan
pengajaran.
• Kita mestilah menghormati autoriti. Contohnya burung geroda yang
tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang
berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung geroda tersebut
merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan putera
Raja Rum dengan puteri Raja China, dia tetap bertanya dan merujuk
kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya
itu.
“Maka kata burung geroda kepada burung rajawali: Dimana dapat ia
sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada
boleh jadi, tetap natilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi
Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau
sudah ada seperti yang demikian itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan
nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu’
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 3)
FALSAFAH ETIKA
• Falsafah ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta
benda.
• Kehadiran sistem ekonomi iaitu wujudnya pusat perdagangan Melayu di
negeri Kedah. Kejayaan negeri Kedah sebagai pusat perdagangan
diasaskan oleh seorang raja yang adil dan bijak dalam
pemerintahannya. Kebijaksanaan ini bukanlah digambarkan secara
membabi buta tetapi penuh dengan rasional. Buktinya apabila negeri
Kedah diperintah oleh seorang raja yang bijak dan adil iaitu Raja Phra
Ong Mahaputisat negeri Kedah menjadi maju semula dan menjadi
tumpuan pedagang dari luar.
‘Adapun Raja Phra Ong Mahaputisat…duduklah di atas tahta
peninggalan ayahandanya di negeri Kedah Zamin Turan terlalu adil
dan murah pada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka
sekalian mereka itupun memuji-muji akan dia, banyaklah datang
segala mereka berniaga dari sebulan kepada sebulan makin
bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang ke negeri
itu’.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)
FALSAFAH EKONOMI
• Falsafah sejarah ialah persoalan yang berkaitan dengan makna masa
silam seperti tamadun dan keruntuhan.
• Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan
pembukaan negeri Kedah. Segala-galanya bermula daripada peristiwa
perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah
Sulaiman. Apabila Raja Merong Mahawangsa menjadi raja di
Langkasuka, maka baginda telah memerintah Langkasuka dengan
baik. Kemudian, Raja Merong Mahawangsa telah memberikan tahtanya
kepada puteranya iaitu Merong Mahapudisat untuk memerintah
Langkasuka.
“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan
negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah
pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat
negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun
demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian,
hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan
sebutannya.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)
FALSAFAH SEJARAH
• Membawa maksud tafsiran harga, harga sesuatu yang
dibandingkan dengan harga yang lain. Hal ini bermakna
nilai ialah ukuran kepada sesuatu seperti sifat
keperibadian yang ada pada seseorang individu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
• Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan dikenakan
tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau
mendapat nasib yang buruk.
• Contohnya
“Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong
Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun
mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat
serta memegang senjata masing-masing di tangan.”
Merong mahawangsa halaman 6
• Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi
seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu
amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan
adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.
• Contohnya:
• “...setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk
sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun
menyorong puannya sirih persantapan pada Raja Jin
Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih hai saudaraku
Raja Harman Syah,”serta menyuruh keluar ia
itu.”
(Hikayat MerongMahawangsa, halaman 23)
• Sirih dan pinang berperanan penting dalam upacara, adat
resam dan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Dalam
petikan di atas adat makan sirih digunakan ketika menyambut
tetamu.
• Masyarakat dahulu kaya dengan budi perkerti. Nilai menghormati
orang tua juga termasuk dalam karya-karya yang menjadi penghibur
disamping mendidik. Contohnya dalam hikayat yang dikaji ini.
• “Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “Hai ibuku,
bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak
raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua
China dengan beberapa buah bahtera…”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman
14)
• Dapat dilihat melalui contoh yang ditunjukkan, walaupun anak raja
Rom dalam keadaan sakit setelah bahteranya di musnahkan oleh
burung geroda, beliau masih lagi mampu mengucapkan kata-kata
yang bersopan kepada Mak Inang. Malahan beliau membahasakan
ibu kepada Mak Inang.
• budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada
satu generasi ke generasi.
• Budaya juga dikaitkan dengan cara hidup manusia iaitu
proses perkembangan sahsiah, akal dan usaha manusia
dalam sesuatu kelompok.
• Sewaktu pengislaman Sultan Kedah.
• Contohhnya
“Adapun yang harus bagi kita perbuat masjid tempat sembahyang itu
diperbuat gendangraya kepada delapan hari sekali dipukul daripada
pagi sampai waktu zuhur, sembahyang Jumaat. Maka berhenti tanda
berhimpun segala anak mukim hendak sembahyang Jumaat kepada
masjid itu, kadar kedengaran bunyi dendang raya. Itulah tuanku, yang
bernama tiang agama pada syariat Nabi Muhammad Rasulullah pada
segala kaum umatnya yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya
itu, supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri itu
mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa taala, adalah
sudah dengan tempatnya rumah akan ganti Ka’batu’Llah di negeri
Mekah Madinah.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 103)
• Sheikh Abdullah memberitahu perkara yang perlu dilakukan sebagai
seorang hamba yang beragama Islam.
• Kelihatan sangat jelas pada awal karya ditulis iaitu
sebelum kedatangan Islam, kebanyakan nama yang
digunakan berasal daripada perkataan Hindu.
• Penggunaan perkataan dewa-dewa turut dikenal pasti
seperti contoh yang dikemukakan.
• “Maka sembah seorang menteri daripada dewa-dewa,
‘Ada, tuanku, kepada dataran tanah besar sebelah Pulau
Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak menanti
ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 21)
• Pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan,
pedoman, arahan dan pentunjuk hidup.
• Pendapat atau pertimbangan itu hasil pemikiran manusia
berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan
tempat hidupnya.
• Orang Melayu berpegang teguh kepada adat resam, contohnya
pantang larang, dan adat istiadat.
• Sehingga ke hari ini adat ini masih diteruskan dan menjadi pegangan
masyarakat melayu.
• Contohnya ditunjukkan dengan penggunaan sirih dan pinang yang
berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya oleh
masyarakat pada ketika itu. Dalam hikayat ini jelas menunjukkan
penggunaan sirih dan pinang dalam menyambut tetamu.
setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekalianya itu
berjabat tangan. Maka raja China pun menyorongkan puannya
sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya,
“Makalah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,” serta
menyuruh keluaria itu.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 26)
• Perilaku ini telah diamalkan sejak dahulu sehingga ke
hari ini.
• Sehinggakan sesiapa yang ingkar perintah raja akan
mendapat tulah.
• Contohnya:
• Raja Merong Mahawangsa telah menerima tugas yang
diberikan oleh raja Rom dengan senang hati. Arahan
yang diberikan oleh raja Rom agar Raja Merong
Mahawangsa pergi ke Benua China untuk
menggantikannya dan menyampaikan hasratnya untuk
mengahwinankan anakandanya dengan puteri raja
Benua China. Hal ini menunjukkan bahawa, sikap Raja
Merong Mahawangsa yang menerima tugas yang
diberikan membuktikan bahawa beliau merupakan
seorang yang taat kepada raja dan pemimpin.
 Menurut Karya Agung Melayu (2016:91), kepengarangan
ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya
sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang
pengarang itu.
 Hal ini bermakna kepengarangan memperlihatkan
bagaimana cara pengarang berkarya dan membina
kekuatan dirinya.
 Kepengarangan ini juga merujuk kepada keterampilan,
kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam
berkarya.
 Seseorang pengarang akan berkarya melalui pandangan
dan pengalaman hidup yang dilaluinya melalui bayangan,
ingatan, pembacaan dan pemerhatian.
 Menurut Karya Agung Melayu (2014:97), estetika
bermaksud nilai teks sastera dengan melihat kepada
aspek keindahan dan kekuatannya.
 Estetika merupakan rasa keindahan, kegembiraan atau
keseronokan yang merujuk kepada bernilainya dan
bermanfaatnya sesuatu karya.
 Estetika merujuk kepada penikmatan yang memukau dan
penglihatan yang menakjubkan malah mampu menawan
perasaan dan kekal dalam pemikiran pembaca.
 Aspek estetika boleh dilihat dari aspek seni bahasa atau
gaya bahasa.
Pengarang menggunakan unsur mitos
• Dilihat dalam kisah ‘Burung Geroda dan Nabi Allah
Sulaiman’.
• Hal ini dapat dilihat melalui mukjizat Nabi Allah Sulaiman
iaitu baginda boleh berkata-kata dengan unggas dan
haiwan.
• Pengarang juga mencampuradukkan unsur Islam dan
unsur Hindu.
• Hal ini dapat dilihat melalui nama unggas kenderaan
Visynu iaitu Garda.
• Contohnya :
 “Sabda Nabi Allah Sulaiman “hai burung geroda!Demi
Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu
di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa
yang dapat mencheraikan dia” maka sembah burung
geroda, “ya Nabi Allah, akan pekerjaan itu atasmu-lah
mencheraikan dia. Jika tiada dapat hamba mencheraikan
anak raja kedua….”
(muka surat 5, bab 2)
Pengarang menggunakan unsur mitos
• Dilihat dalam kisah ‘Raja Bersiung’.
• Hal ini dapat dilihat melalui lambang kezaliman raja ke atas
rakyatnya.
• Pengarang juga menggarap dalam karyanya dengan
menggunakan suatu mazhab dalam agama Budha Tantrik yang
bernama Bhairaya yang mana mazhab ini mengorbankan
manusia sebagai sebahagian daripada upacara yang dilakukan.
• Pengarang menganggap perbuatan memakan manusia itu
sesuatu yang ganjil dan gagah malah ia harus dikagumi.
• Hal ini akan menyebabkan pengarang menyatakan bahawa
rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan
berani.
• Peristiwa-peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk
merakamkan keagungan asal usul raja.
• Contohnya :
 “…Maka Raja Bersiung pun segera turun dengan pedang-
nya yang sudah terhunus serta titah-nya ‘bunoh-lah orang
itu’. Maka kata Kampar itu, “Hai!Raja ini membunoh
dengan tiada di-periksa”. Maka Raja Bersiung pun marah,
datanglah hampir dengan Kampar itu mengangkat
pedang-Nya hendak menetak. Maka kata Kampar, “Hai
Raja Bersiung, gila-kah hendak membunoh orang tiada
dengan periksa sungguh pun memakan hati darah orang,
lepaskan-lah ikatan aku ini serta aku tiada dengan senjata
ini ada-kah boleh aku melawan?Bunoh-lah sekarang
neschaya puas-lah raja memakan hati darah-ku”.
(muka surat 70, bab 9)
Gaya bahasa hiperbola
• Hikayat Merong Mahawangsa banyak menggunakan gaya bahasa
hiperbola.
• Hiperbola ini bermaksud penyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan
dalam usaha menekankan pandangan idea atau peristiwa.
• Hiperbola ini juga berfungsi untuk memperhebatkan lagi penceritaan
unsur mitos.
• Contohnya :
 “Maka tengah ramai sakalian bertikam itu maka Raja Nuloh Betong pun
sampai-lah menyerbukan diri-nya sakalian kadalam kaum Dato’ Sangki itu
bertikam bertetak pedang bertangkisan bertikam keris terlalunya
ramai tiada sangja bunyi lagi”
Gaya bahasa simile
• Simile bermaksud kiasan yang membandingkan benda yang berbeza
tetapi mempunyai persamaan.
• Contohnya :
 “Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panahnya
yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti
halilintar membelah, maka segera tepiskan dengan sayap tiada kena”.
Gaya bahasa metafora
• Metafora bermaksud ia mengandungi satu perkataan yang bersifat konkrit
dan satu perkataan pula bersifat abstrak.
• Contohnya :
 “Sa-telah sudah siap maka tunggul panji-panji pun berkibaran-lah serta
disuroh-nya pula gendang perang menaikkan berani hati yang takut”.
Penggunaan bahasa istana
• Penggunaan bahasa istana diperlukan dalam karya Bahasa Melayu Klasik
adalah kerana mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga
diraja.
• Contohnya :
 “Maka raja itu pun bersemayamlah”
 “…oleh raja kapada segala dayang-dayang menyuroh membawa
hidangan yang lebeh untuk disantap baginda itu disuroh beri kepada…”
Penggunaan bahasa klasik
• Penggunaan ayat Melayu Klasik ini meleret-leret.
• Contohnya:
 “Hatta maka adalah seorang budak perempuan chuchu kepada Nang Miri
Gergasi kerana toknya Nang Miri Gergasi itu pergi ka Benua Siam
hantarkan Raja Benua Siam itu kerana Nang Miri Gergasi itu pun ia suatu
penghulu dan raja kapada segala tentera gergasi”.
• Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan,
kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara
(mampu menafsir, menganalisa, mengolah maksud
yang tersirat dan tersurat di sebalik maklumat serta
berupaya mengemukakan maklumat baru.
(kamus Dewan Edisi Keempat, 2010)
Mana
sikana
Ilmu
teologi
Ilmu etika
Ilmu
metafizika
Ilmu
estetika
Ilmu
kosmologi
Ilmu
mantik
• Ilmu teologi berasal daripada perkataan “Theos” (Yunani)
yang diertikan sebagai “Tuhan” dan “Logos” yang bermaksud
“ilmu”.
• Ilmu teologi diintepretasikan sebagai ilmu ketuhanan. Ilmu ini
berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia,
sama ada berdasarkan kebenaran wahyu atau penyelidikan akal
murni. Ilmu teologi berfungsi untuk memantapkan
kepercayaan-kepercayaan dan keimanan bagi menghilangkan
keraguan dari sudut Islam.
• Contoh ilmu Teologi yang menunjukkan unsur kepercayaan
kepada Tuhan di dalan karya Hikayat Merong Mahawangsa:
i. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung
garuda! Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun
jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam
kayu sekali pun tiada siapa yang dapat
mencheraikan dia” (HMM : 5)
ii “Hai chuchu-ku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat
di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya
nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman
jua; tiada berapa lama-nya nenek hendak
kembalikan chuchu-ku kapada ayah bonda chuchu-
ku jua. (HMM: 23)
• Etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat kebiasaan.
• Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan
buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika.
• Etika bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan
tentang yang baik dan yang buruk.
Contoh:
Maka termashor-lah Raja Merong Mahawangsa itu sudah dudok menjadi
raja pada tempat itu. Maka segala dagang senteri pun berhimpun-lah
datang berniaga ke-dalam negeri itu, dengan baik budi bahasa-nya
baginda itu serta ra’ayat menchari makan pergi mari ka negeri. (HMM :
19)
• Ilmu estetika adalah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian.
Contoh:
Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir seperti ayer
deras laku-nya dan kepala pun seperti buah masak gugor ka-bumi
dan berkaparan segala senjata yang patah dan sumbing dan rosak
binasa, itu pun jadi sula dan ranjau menikamkan kaki tangan orang
yang berkelahi (HMM : 156)
• Ilmu kosmologi merupakan falsafah yang mengkaji tentang hal-hal yang berhubung
dengan alam disebut sebagai kosmologi.
Contoh:
Maka kelihatan-lah pada mata sekalian datang tedoh redum dari sa-
belah matahari hidup itu seperti hendak menimpa atas kapal, kechi,
bahtera (HMM : 9)
Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan garang-
nya seperti tiada berlawananlah kelakuan rupa-nya; datang dengan
angin ribut, guroh, petir, kilat sabong menyabong. (HMM : 11)
• Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara karya
yang menceritakan asal usul keturunan raja di Kedah.
• Segala bentuk, nilai ilmu, nilai budaya, seni bahasa,
kepengarangan dan lain-lain lagi memperlihatkan karya
ini adalah antara karya tradisional yang wajar diberikan
perhatian memandangkan ia telah menjadi warisan
Melayu yang agung sejak dari dahulu lagi.

More Related Content

What's hot

Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
aisya97
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
bintusuhaimi5
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
Jenny 美
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Adia Nidurasan
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
nurulhawaniarifin
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGZakira Hafizah
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Rasit Masrii
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
munnianwar
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
NurZahidah22
 
Kebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan mediaKebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan media
Putri Idora
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
NUR HUMAIRAH AMIRA
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
wmkfirdaus
 
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Nur IeeZaa
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Hafezah Yusof
 

What's hot (20)

Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Kebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan mediaKebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan media
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
 
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
 

Similar to Hikayat merong-mahawangsa

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
zaidatol zulkiflly
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
AT05F
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
cikgurusdi
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Amie Gy
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEH
Amie Gy
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
M-ma NurNa
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Eika sempoi
Eika sempoiEika sempoi
Eika sempoi
Eika Sempoi
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
Nusratina Zulkifeli
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu
FaFai S.
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Alif Akram
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
X-MIPA1 SMANCIL
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Alif Akram
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
murni mohamat
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
murni mohamat
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
firo HAR
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islam
furnival linggang
 

Similar to Hikayat merong-mahawangsa (20)

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEH
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Eika sempoi
Eika sempoiEika sempoi
Eika sempoi
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islam
 

Recently uploaded

Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
JALANJALANKENYANG
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
opkcibungbulang
 
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
tsuroyya38
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
AsyeraPerangin1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdfMakalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Andre664723
 
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remajamateri penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
DewiInekePuteri
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
 
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
92836246-Soap-Pada-Pasien-Dengan-as-Primer.pdf
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdfMakalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
 
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remajamateri penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
 
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
 

Hikayat merong-mahawangsa

  • 1. BMR 3022: Karya Agung Melayu Hikayat Merong Mahawangsa Kumpulan 5 Ahli kumpulan: 1. Ubaidah Binti Harun D20121057967 2. Nur Atikah Binti Zakaria D20121058030 3. Nursyarmimie Binti Ahmad D20121058034 4. Mira Adilla Binti Sabri D20121058036 5. Nur Azni Binti Razlan D20121058038
  • 2.
  • 3. • Karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa (Mohd Rashid Idris et.al, 2014). • Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.
  • 4. PENGENALAN Hikayat merong mahawangs a merupakan salah sebuah karya agung Karya ini selesai disalin semula iaitu pada tahun 1316 Fakir diminta oleh Sultannya iaitu sultan Muadzam Shah untuk menulis hikayat. Bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan kedah mengetahui tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja Melayu
  • 5. • Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. • Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. • Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. • Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. • Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • 6. • Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga iaitu seorang puteri sebagai Raja Patani. • Putera bongsu pula menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. • Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya iaitu Raja Siam setiap kali kekandanya mendapat putera.
  • 7. • Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiung. • Apabila Raja Bersiung turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. • Raja ini digantikan oleh puteranya Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. • Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.
  • 8.
  • 9. • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir. • Dalam bidang sastera pula, pemikiran ini selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas. • Secara mudahnya, pemikiran : i. perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. ii. pemikiran dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya.
  • 11. • Peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom dan Raja China yang ingin mengahwinkan anak-anak mereka. • Burung Garuda menyerang rombongan anak raja Rom yang diketuai oleh Merong Mahawangsa. • Perpisahan inilah menyebabkan Merong Mahawangsa sampai ke satu kawasan yang mengharapkannya untuk menjadi raja di kawasan tersebut (Langkasuka) . Disinilah bermulanya kerajaan Negeri Kedah yang berada di bawah pemerintahannya kemudian diturunkan takhtanya kepada anaknya, Raja Merong Mahadipusat.
  • 12. • “… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.” • (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
  • 13. • Sebelum berangkat menghadap anak Raja Rom, Merong Mahawangsa telah mewasiatkan anakandanya untuk memperbesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-anakanda Raja Merong Mahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru. Hal ini dibuktikan daripada teks yang berikut: “Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Mahadipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30) • Anakanda yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak
  • 14. • Mustafa Mohd Isa (1999:90) menyatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa juga mahu menonjolkan raja-raja Kedah itu berasal daripada raja besar dunia (raja Merong Mahawangsa) • Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di negeri Kedah, ia balik ke Rom. Melalui keturunanya itu, lahirlah dinasti keturunan raja Kedah. • Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim. Kejahatan Raja Bersiung ini mungkin kerana ibunya cucu Nang Miri itu gergasi. • Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat dalam teks yang berikut: “Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 & 47) ASAL USUL RAJA DAN KEDAULATAN PEMERINTAHAN BERAJA
  • 15. • Pemikiran tentang kedaulatan Raja, jelas dipaparkan oleh pengarang. • Pengarang seolah-olah tidak mengakui penentangan terhadap Raja Bersiung adalah sah dari sisi undang- undang. • Pengarang telah menghilangkan Raja Bersiung dalam buluh bagi menunjukkan bahawa raja mempunyai tempat yang tinggi berbanding dengan rakyat dan raja tidak boleh diperlakukan sesuka hati oleh rakyat kerana ia akan menjatuhkan nama institusi beraja yang selama ini dihormati oleh masyarakat terutamanya masyarakat tradisional. • Namun, setelah Raja Bersiung keluar dari Kedah, anakandanya iaitu Raja Phra Ong Mahaputisat telah memerintah Kedah dengan aman dan sentosa.
  • 17. Syeikh Abdullah mengikuti Penghulu Syaitan Iblis untuk melakukan kejahatan dan kesesatan terhadap masyarakat agar terus hidup dalam kesesatan dan kegelapan. Penghulu Syaitan Iblis cuba untuk menyesatkan Raja Phra Ong Mahawangsa dengan arak dan air kencingnya, Syeikh Abdullah telah menghalangnya. Syeikh Abdullah muncul di hadapan Raja Phra Ong Mahawangsa Kehadiran Syeikh Abdullah di hadapan Raja Phra Ong Mahawangsa telah menyedarkan baginda kerana Syeikh Abdullah telah menerangkan segala-galanya kepada baginda Baginda telah dibukakan hati untuk menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Syeikh Mahawangsa. “Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, ‘Jikalau demikian, hendaklah tuan hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu.” (Hikayat Merong Mahawangsa, Halaman 100) Rakyat jelata turut memeluk agama Islam perubahan pada namanya iaitu Raja Muzalfar Syah Sistem pentadbiran berlandaskan Islam
  • 18.
  • 19. • Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. • Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016), falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. • ‘Berfalsafah’ ialah mencari kebenaran dari kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. • Terdapat beberapa bidang falsafah antaranya etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik.
  • 20. • Falsafah etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. • Kita mestilah menghormati autoriti. Contohnya burung geroda yang tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung geroda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan putera Raja Rum dengan puteri Raja China, dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu. “Maka kata burung geroda kepada burung rajawali: Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetap natilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikian itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu’ (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 3) FALSAFAH ETIKA
  • 21. • Falsafah ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. • Kehadiran sistem ekonomi iaitu wujudnya pusat perdagangan Melayu di negeri Kedah. Kejayaan negeri Kedah sebagai pusat perdagangan diasaskan oleh seorang raja yang adil dan bijak dalam pemerintahannya. Kebijaksanaan ini bukanlah digambarkan secara membabi buta tetapi penuh dengan rasional. Buktinya apabila negeri Kedah diperintah oleh seorang raja yang bijak dan adil iaitu Raja Phra Ong Mahaputisat negeri Kedah menjadi maju semula dan menjadi tumpuan pedagang dari luar. ‘Adapun Raja Phra Ong Mahaputisat…duduklah di atas tahta peninggalan ayahandanya di negeri Kedah Zamin Turan terlalu adil dan murah pada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka sekalian mereka itupun memuji-muji akan dia, banyaklah datang segala mereka berniaga dari sebulan kepada sebulan makin bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang ke negeri itu’. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75) FALSAFAH EKONOMI
  • 22. • Falsafah sejarah ialah persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam seperti tamadun dan keruntuhan. • Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan pembukaan negeri Kedah. Segala-galanya bermula daripada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman. Apabila Raja Merong Mahawangsa menjadi raja di Langkasuka, maka baginda telah memerintah Langkasuka dengan baik. Kemudian, Raja Merong Mahawangsa telah memberikan tahtanya kepada puteranya iaitu Merong Mahapudisat untuk memerintah Langkasuka. “… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75) FALSAFAH SEJARAH
  • 23.
  • 24. • Membawa maksud tafsiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain. Hal ini bermakna nilai ialah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian yang ada pada seseorang individu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
  • 25. • Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib yang buruk. • Contohnya “Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta memegang senjata masing-masing di tangan.” Merong mahawangsa halaman 6
  • 26. • Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun. • Contohnya: • “...setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorong puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,”serta menyuruh keluar ia itu.” (Hikayat MerongMahawangsa, halaman 23) • Sirih dan pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Dalam petikan di atas adat makan sirih digunakan ketika menyambut tetamu.
  • 27. • Masyarakat dahulu kaya dengan budi perkerti. Nilai menghormati orang tua juga termasuk dalam karya-karya yang menjadi penghibur disamping mendidik. Contohnya dalam hikayat yang dikaji ini. • “Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua China dengan beberapa buah bahtera…” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 14) • Dapat dilihat melalui contoh yang ditunjukkan, walaupun anak raja Rom dalam keadaan sakit setelah bahteranya di musnahkan oleh burung geroda, beliau masih lagi mampu mengucapkan kata-kata yang bersopan kepada Mak Inang. Malahan beliau membahasakan ibu kepada Mak Inang.
  • 28.
  • 29. • budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi. • Budaya juga dikaitkan dengan cara hidup manusia iaitu proses perkembangan sahsiah, akal dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.
  • 30. • Sewaktu pengislaman Sultan Kedah. • Contohhnya “Adapun yang harus bagi kita perbuat masjid tempat sembahyang itu diperbuat gendangraya kepada delapan hari sekali dipukul daripada pagi sampai waktu zuhur, sembahyang Jumaat. Maka berhenti tanda berhimpun segala anak mukim hendak sembahyang Jumaat kepada masjid itu, kadar kedengaran bunyi dendang raya. Itulah tuanku, yang bernama tiang agama pada syariat Nabi Muhammad Rasulullah pada segala kaum umatnya yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya itu, supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri itu mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa taala, adalah sudah dengan tempatnya rumah akan ganti Ka’batu’Llah di negeri Mekah Madinah.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 103) • Sheikh Abdullah memberitahu perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang beragama Islam.
  • 31. • Kelihatan sangat jelas pada awal karya ditulis iaitu sebelum kedatangan Islam, kebanyakan nama yang digunakan berasal daripada perkataan Hindu. • Penggunaan perkataan dewa-dewa turut dikenal pasti seperti contoh yang dikemukakan. • “Maka sembah seorang menteri daripada dewa-dewa, ‘Ada, tuanku, kepada dataran tanah besar sebelah Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak menanti ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 21)
  • 32.
  • 33. • Pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan dan pentunjuk hidup. • Pendapat atau pertimbangan itu hasil pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.
  • 34. • Orang Melayu berpegang teguh kepada adat resam, contohnya pantang larang, dan adat istiadat. • Sehingga ke hari ini adat ini masih diteruskan dan menjadi pegangan masyarakat melayu. • Contohnya ditunjukkan dengan penggunaan sirih dan pinang yang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya oleh masyarakat pada ketika itu. Dalam hikayat ini jelas menunjukkan penggunaan sirih dan pinang dalam menyambut tetamu. setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekalianya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makalah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,” serta menyuruh keluaria itu. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 26)
  • 35. • Perilaku ini telah diamalkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. • Sehinggakan sesiapa yang ingkar perintah raja akan mendapat tulah. • Contohnya: • Raja Merong Mahawangsa telah menerima tugas yang diberikan oleh raja Rom dengan senang hati. Arahan yang diberikan oleh raja Rom agar Raja Merong Mahawangsa pergi ke Benua China untuk menggantikannya dan menyampaikan hasratnya untuk mengahwinankan anakandanya dengan puteri raja Benua China. Hal ini menunjukkan bahawa, sikap Raja Merong Mahawangsa yang menerima tugas yang diberikan membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang taat kepada raja dan pemimpin.
  • 36.
  • 37.  Menurut Karya Agung Melayu (2016:91), kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.  Hal ini bermakna kepengarangan memperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan membina kekuatan dirinya.  Kepengarangan ini juga merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya.  Seseorang pengarang akan berkarya melalui pandangan dan pengalaman hidup yang dilaluinya melalui bayangan, ingatan, pembacaan dan pemerhatian.
  • 38.  Menurut Karya Agung Melayu (2014:97), estetika bermaksud nilai teks sastera dengan melihat kepada aspek keindahan dan kekuatannya.  Estetika merupakan rasa keindahan, kegembiraan atau keseronokan yang merujuk kepada bernilainya dan bermanfaatnya sesuatu karya.  Estetika merujuk kepada penikmatan yang memukau dan penglihatan yang menakjubkan malah mampu menawan perasaan dan kekal dalam pemikiran pembaca.  Aspek estetika boleh dilihat dari aspek seni bahasa atau gaya bahasa.
  • 39. Pengarang menggunakan unsur mitos • Dilihat dalam kisah ‘Burung Geroda dan Nabi Allah Sulaiman’. • Hal ini dapat dilihat melalui mukjizat Nabi Allah Sulaiman iaitu baginda boleh berkata-kata dengan unggas dan haiwan. • Pengarang juga mencampuradukkan unsur Islam dan unsur Hindu. • Hal ini dapat dilihat melalui nama unggas kenderaan Visynu iaitu Garda.
  • 40. • Contohnya :  “Sabda Nabi Allah Sulaiman “hai burung geroda!Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” maka sembah burung geroda, “ya Nabi Allah, akan pekerjaan itu atasmu-lah mencheraikan dia. Jika tiada dapat hamba mencheraikan anak raja kedua….” (muka surat 5, bab 2)
  • 41. Pengarang menggunakan unsur mitos • Dilihat dalam kisah ‘Raja Bersiung’. • Hal ini dapat dilihat melalui lambang kezaliman raja ke atas rakyatnya. • Pengarang juga menggarap dalam karyanya dengan menggunakan suatu mazhab dalam agama Budha Tantrik yang bernama Bhairaya yang mana mazhab ini mengorbankan manusia sebagai sebahagian daripada upacara yang dilakukan. • Pengarang menganggap perbuatan memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah malah ia harus dikagumi. • Hal ini akan menyebabkan pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan berani. • Peristiwa-peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan keagungan asal usul raja.
  • 42. • Contohnya :  “…Maka Raja Bersiung pun segera turun dengan pedang- nya yang sudah terhunus serta titah-nya ‘bunoh-lah orang itu’. Maka kata Kampar itu, “Hai!Raja ini membunoh dengan tiada di-periksa”. Maka Raja Bersiung pun marah, datanglah hampir dengan Kampar itu mengangkat pedang-Nya hendak menetak. Maka kata Kampar, “Hai Raja Bersiung, gila-kah hendak membunoh orang tiada dengan periksa sungguh pun memakan hati darah orang, lepaskan-lah ikatan aku ini serta aku tiada dengan senjata ini ada-kah boleh aku melawan?Bunoh-lah sekarang neschaya puas-lah raja memakan hati darah-ku”. (muka surat 70, bab 9)
  • 43. Gaya bahasa hiperbola • Hikayat Merong Mahawangsa banyak menggunakan gaya bahasa hiperbola. • Hiperbola ini bermaksud penyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan pandangan idea atau peristiwa. • Hiperbola ini juga berfungsi untuk memperhebatkan lagi penceritaan unsur mitos. • Contohnya :  “Maka tengah ramai sakalian bertikam itu maka Raja Nuloh Betong pun sampai-lah menyerbukan diri-nya sakalian kadalam kaum Dato’ Sangki itu bertikam bertetak pedang bertangkisan bertikam keris terlalunya ramai tiada sangja bunyi lagi”
  • 44. Gaya bahasa simile • Simile bermaksud kiasan yang membandingkan benda yang berbeza tetapi mempunyai persamaan. • Contohnya :  “Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah, maka segera tepiskan dengan sayap tiada kena”. Gaya bahasa metafora • Metafora bermaksud ia mengandungi satu perkataan yang bersifat konkrit dan satu perkataan pula bersifat abstrak. • Contohnya :  “Sa-telah sudah siap maka tunggul panji-panji pun berkibaran-lah serta disuroh-nya pula gendang perang menaikkan berani hati yang takut”.
  • 45. Penggunaan bahasa istana • Penggunaan bahasa istana diperlukan dalam karya Bahasa Melayu Klasik adalah kerana mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. • Contohnya :  “Maka raja itu pun bersemayamlah”  “…oleh raja kapada segala dayang-dayang menyuroh membawa hidangan yang lebeh untuk disantap baginda itu disuroh beri kepada…” Penggunaan bahasa klasik • Penggunaan ayat Melayu Klasik ini meleret-leret. • Contohnya:  “Hatta maka adalah seorang budak perempuan chuchu kepada Nang Miri Gergasi kerana toknya Nang Miri Gergasi itu pergi ka Benua Siam hantarkan Raja Benua Siam itu kerana Nang Miri Gergasi itu pun ia suatu penghulu dan raja kapada segala tentera gergasi”.
  • 46.
  • 47. • Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara (mampu menafsir, menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik maklumat serta berupaya mengemukakan maklumat baru. (kamus Dewan Edisi Keempat, 2010)
  • 49. • Ilmu teologi berasal daripada perkataan “Theos” (Yunani) yang diertikan sebagai “Tuhan” dan “Logos” yang bermaksud “ilmu”. • Ilmu teologi diintepretasikan sebagai ilmu ketuhanan. Ilmu ini berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama ada berdasarkan kebenaran wahyu atau penyelidikan akal murni. Ilmu teologi berfungsi untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan dan keimanan bagi menghilangkan keraguan dari sudut Islam. • Contoh ilmu Teologi yang menunjukkan unsur kepercayaan kepada Tuhan di dalan karya Hikayat Merong Mahawangsa:
  • 50. i. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung garuda! Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” (HMM : 5) ii “Hai chuchu-ku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman jua; tiada berapa lama-nya nenek hendak kembalikan chuchu-ku kapada ayah bonda chuchu- ku jua. (HMM: 23)
  • 51. • Etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat kebiasaan. • Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika. • Etika bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Contoh: Maka termashor-lah Raja Merong Mahawangsa itu sudah dudok menjadi raja pada tempat itu. Maka segala dagang senteri pun berhimpun-lah datang berniaga ke-dalam negeri itu, dengan baik budi bahasa-nya baginda itu serta ra’ayat menchari makan pergi mari ka negeri. (HMM : 19)
  • 52. • Ilmu estetika adalah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Contoh: Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir seperti ayer deras laku-nya dan kepala pun seperti buah masak gugor ka-bumi dan berkaparan segala senjata yang patah dan sumbing dan rosak binasa, itu pun jadi sula dan ranjau menikamkan kaki tangan orang yang berkelahi (HMM : 156)
  • 53. • Ilmu kosmologi merupakan falsafah yang mengkaji tentang hal-hal yang berhubung dengan alam disebut sebagai kosmologi. Contoh: Maka kelihatan-lah pada mata sekalian datang tedoh redum dari sa- belah matahari hidup itu seperti hendak menimpa atas kapal, kechi, bahtera (HMM : 9) Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan garang- nya seperti tiada berlawananlah kelakuan rupa-nya; datang dengan angin ribut, guroh, petir, kilat sabong menyabong. (HMM : 11)
  • 54. • Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara karya yang menceritakan asal usul keturunan raja di Kedah. • Segala bentuk, nilai ilmu, nilai budaya, seni bahasa, kepengarangan dan lain-lain lagi memperlihatkan karya ini adalah antara karya tradisional yang wajar diberikan perhatian memandangkan ia telah menjadi warisan Melayu yang agung sejak dari dahulu lagi.