Kata adjektif adalah kata yang digunakan untuk menyatakan sifat atau keadaan bagi kata nama atau frasa. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna, termasuklah kata adjektif jarak, sifat, cara, ukuran, pancaindera, warna, perasaan, bentuk dan waktu.
Kata adjektif adalah kata yang digunakan untuk menyatakan sifat atau keadaan bagi kata nama atau frasa. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna, termasuklah kata adjektif jarak, sifat, cara, ukuran, pancaindera, warna, perasaan, bentuk dan waktu.
Dokumen tersebut membagi benda menjadi 3 kategori: benda bernyawa (manusia, binatang), benda tidak bernyawa (barang), dan tempat (bangunan). Kategori tersebut diisi dengan contoh-contoh seperti nama dokter, binatang peliharaan, alat tulis, kendaraan, pulau, kebun binatang, bangunan terkenal, dan judul buku tentang psikologi pendidikan.
Kata nama am merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya dan ditulis dengan huruf kecil. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, tempat, bandar, negeri, judul buku dan ditulis dengan huruf besar.
Dokumen ini membahas tentang kata nama khas dan kata ganti nama dalam bahasa Melayu. Kata nama khas merujuk kepada nama yang ditulis dengan huruf besar untuk manusia atau benda tertentu. Kata ganti nama digolongkan menjadi kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri, termasuk kata ganti nama diri tanya seperti siapa, mana, dan apa.
Kata tugas adalah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebuah ayat tetapi berfungsi untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, atau tugas lain. Kata tugas dapat dikelompokkan menjadi kata sendi, kata hubung, kata bilangan, kata bantu, dan lain-lain berdasarkan fungsinya. Beberapa contoh kata sendi dan kata hubung beserta penjelasan penggunaannya d
Slaid ini bertujuan untuk menerangkan tentang Kata Nama. Namun slaid ini hanya menjelaskan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. Kata Ganti Nama tidak ada di dalam slaid ini. Sila rujuk slaid saya yang hanya menumpukan kepada Kata Ganti Nama sahaja. Slaid ini dibuat khusus untuk pelajar sekolah rendah.
1. BIDANG TATABAHASA - BMM 3105
PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
GOLONGAN KATA
KATA NAMA
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI
MOHD HAFIZUL BIN RAKMADIN
PISMP BM (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012
IPG KAMPUS KENT TUARAN, SABAH
2. BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)
KONSEP
KATA NAMA
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105
PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
3. PENGENALAN
KATA NAMA
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi
unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya
perkataan sedemikian menamakan orang, haiwan,
tempat, benda, atau konsep.
Contohnya : Semua kucing hitam.
Perkataan kucing dalam frasa di atas ialah kata nama yang
menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya.
4. BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)
KONSEP
GOLONGAN KATA NAMA
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105
PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
5. PENGENALAN
GOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata nama merangkumi sejumlah
perkataan yang boleh menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata
ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda
atau konsep.
6. PENGENALAN
GOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata nama pula dipecahkan kepada
subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik
perkataannya iaitu seperti yang berikut :
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
KATA GANTI NAMA
7. PENGENALAN
GOLONGAN KATA NAMA
Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah
makna yang didukung oleh setiap perkataan
yang tergolong dalam kata nama. Dengan
berdasarkan makna demikian seluruh kata
nama dapat dipecahkan kepada tiga
subgolongan seperti yang diterangkan dislaid
sebelum ini.
8. SUBGOLONGAN
KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang
merujuk nama sesuatu benda yang khusus
dam ejaannya berbangkalkan huruf besar.
Kata nama khas terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu :
KATA NAMA KHAS HIDUP
KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
9. KATA NAMA KHAS
HIDUP
Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua
iaitu :
KATA NAMA KHAS HIDUP MANUSIA
Nina, Haiqal, Hafizul, Sultan Mahmud, Tun Mahathir
KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIA
Tompok, Si Belang, Comel, Avanas Comosus (nanas hijau)
10. KATA NAMA KHAS
TAK HIDUP
Antara contoh-contoh kata nama khas tak
hidup ialah :
Matu, Sarawak, Labuan, Wisma pahlawan,
Planet Marikh, Kapal Diraja Malaysia
11. SUBGOLONGAN
KATA NAMA AM
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk
benda atau perkara yang umum sifatnya.
Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua
jenis seperti yang berikut:
KATA NAMA AM KONKRIT
KATA NAMA AM ABSTRAK
12. KATA NAMA AM
KONKRIT
Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama
yang membawa konsep kebendaan.
Contohnya :
tangan, rumah, kambing, sungai,
lautan, pekerja, ketua,
jambatan, kereta, kapal
13. KATA NAMA AM
ABSTRAK
Kata ama am abstrak ialah jenis kata nama
yang membawa konsep mujarad atau bukan
kebendaan. Contohnya :
mimpi, roh, kedamaian,
keamanan, perpaduan, sarapan,
kehendak, demokras, reformasi
14. SUBGOLONGAN
KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama dapat dibahagikan kepada
dua subgolongan kecil, iaitu :
KATA GANTI NAMA TUNJUK
KATA GANTI NAMA DIRI
15. KATA GANTI NAMA
TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama
yang berfungsi mengarah kepada sesuatu
perkara, benda atau tempat. Terbahagi
kepada dua iaitu
KATA GANTI NAMA TUNJUK - UMUM :
ini - menunjuk pada yang dekat)
itu - menunjuk pada yang jauh)
KATA GANTI NAMA TUNJUK - TEMPAT :
sini - menunjuk pada yang dekat
situ - menunjuk pada yang jauh
16. KATA GANTI NAMA
DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata nama yang
menjadi pengganti sesuatu benda, perkara,
atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu :
KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG
17. KATA GANTI NAMA
DIRI TANYA
Kata ganti nama diri tanya ialah sejenis kata
nama yang berfungsi menanyakan hal benda,
perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk
kata ganti nama diri tanya iaitu :
KATA GANTI NAMA TUNJUK DIRI - TANYA :
siapa – merujuk kepada orang
apa – merujuk kepada benda atau perkara
mana – merujuk keoada benda atau orang
18. KATA GANTI NAMA
DIRI ORANG
Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti
nama yang merujuk manusia dan terdiri
daripada tiga katogeri iaitu :
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA
Saya,aku,patik,beta,kami,kita
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUA
Saudara,kamu,awak,engkau,anda
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA
Ia,dia,beliau,mereka,-nya
19. BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)
SEKIAN
.. DAN TERIMA KASIH
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105
PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER