FRASA KERJA
DALAM BAHASA
MELAYU
DI SEDIAKAN OLEH :
SAHARA BINTI MACHA
ZALEHA BINTI BUJANG
NOOR ZUHADAH BINTI JOHARI
Frasa Kerja
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada
satu perkataan atau lebih dan intinya kata
kerja.
Kata kerja tersebut boleh merupakan kata
kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
- Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan.
- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
serta unsur-unsur lain.
BINAAN FRASA KERJA
Frasa kerja yang tidak
mengandungi objek
Frasa kerja yang mengandungi
objek,
KONSEP FRASA KERJA TIDAK
MENGANDUNGI OBJEK
Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak
perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
Contoh ayat :
1. Ali menang.
2. Adik sedang tidur.
KONSEP FRASA KERJA MENGANDUNGI
OBJEK
Subjek
Frasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
1. Mereka makan ayam goreng
itu.
2. Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.
3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh
frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.
Contohnya :
BINAAN FRASA KERJA TIDAK MENGANDUNGI
OBJEK
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek
terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut
kata kerja tak transitif.
 Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh
sebarang frasa nama sebagai objek.
 Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang
mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut
boleh mengalami ayat pasif.
Jenis kata kerja tak
transitif
Kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap
Kata kerja tak
transitif dengan Kata
Nama sebagai
Penerang
Kata kerja tak transitif
dengan pelengkap
Kata adjektif
sebagai
pelengkap
Frasa sendi
nama sebagai
pelengkap
Kata nama
sebagai
pelengkap
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
• Kata kerja tak transitif jenis ini tidak
memerlukan apa-apa unsur sebagai
pelengkap. Contohnya :
1. Semua penonton duduk.
2. Padi menguning.
3. Dia tercengang.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
PELENGKAP
• Kata kerja yang tidak mempunyai makna sekiranya
tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :
1. Kata adjektif sebagai pelengkap
Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik,
lemah, dan miskin.
Contoh ayat :
1. Badannya menjadi lemah.
2. Mereka tidak berbuat jahat.
2. Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak
transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata demikian
ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok,
singgah dan sebagainya.
Contoh ayat :
1. Mereka tinggal di Miri.
2. Keretanya membelok ke kanan.
3. Kata nama sebagai pelengkap
Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas
dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap
demikian.
1. Kata kerja yang
berimbuhan ber-…-kan
2. Kata kerja yang boleh
diikuti oleh kata nama
sebagai pelengkap ialah
menjadi dan ada.
Contohnya :
1. Dia berbantalkan lengan.
2. Pengemis itu berbantalkan
rumput.
3. Pak Kaduk berbajukan
kertas.
Contohnya :
1. Dia menjadi guru.
2. Orang itu ada harta.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
KATA NAMA SEBAGAI PENERANG
 Kata nama sebagai penerang yang mengikuti
kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana
ayat yang mengandunginya tidak boleh
dipasifkan.
 Kata nama tersebut hanya sebagai penerang
bukan pelengkap kerana kata nama penerang
boleh ditiadakan tanpa merosakkan
kesempurnaan makna ayat.
• Contohnya :
Subjek
Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Lelaki itu berseluar jean.
Kanak-kanak
itu
berbaju Melayu.
Mereka bersawah padi.
keluarganya berkedai kopi.
Peladang itu berkebun kelapa.
BINAAN FRASA DENGAN OBJEK
• Contohnya :
• 1. Saya menjawab surat itu.
• 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.
Frasa kerja
dengan satu
objek
• Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja
transitif.
• Objek tepat ialah objek yang menjadi
penyambut secara langsung dan objek sipi
tidak menjadi penyambut secara langsung.
• Contoh ayat:
• 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
• - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi
Frasa kerja
dengan Dua
objek
Frasa kerja
dengan kata
bantu
Kata Bantu
Aspek
Menerangkan
waktu pada kerja
yang dilakukan.
Kata Bantu
ragam
Menerangkan
ragam
(atau suasana
perasaan) sesuatu
perbuatan.
Kata Bantu Aspek
Kata Aspek Bantu
Sudah dilakukan Sedang
dilakukan
Belum dilakukan
Sudah
Telah
pernah
sedang
masih
belum
akan
Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek
masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah,
sedang atau belum dilakukan, contohnya :
Contoh ayat :
1. Saya pernah melihat orang itu.
2. Adik saya masih tidur lagi.
3. Ibu belum memasak nasi.
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama
Belum + pernah
Masih + belum
Masih + sedang
Sudah + pernah
Telah + pernah
Akan + sedang
Belum + akan
Sedang + masih
Pernah + akan
Telah + masih
Kata Bantu Aspek
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh
hadir bersama. Contohnya :
Kata Bantu Ragam
hendak
mahu
harus
boleh
dapat
mesti
Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah :
Contoh ayat :
1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Kamu boleh pergi sekarang.
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama
Harus + mahu
Harus + dapat
Mesti + mahu
Mesti + dapat
Hendak + mahu
Mahu + mesti
Boleh + mesti
Mahu + harus
Kata Bantu Ragam
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh hadir
bersama. Contohnya :
Kata bantu aspek + kata bantu
ragam
Kata bantu ragam + kata bantu
aspek
Contohnya :
1. Hamdan sedang hendak ke
pasar.
2. Ellif belum hendak mandi.
3. Herman masih belum dapat
tidur.
Contohnya :
1. Mereka mesti akan datang
lagi.
2. Hazairi harus sudah tidur.
3. Polis mesti telah menangkap
pencuri itu.
Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata
bantu ragam secara berderetan, baik secara
mendahului atau mengikutnya. Misalnya :
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja transitif dengan
ayat komplemen
Frasa kerja tak transitif
dengan ayat komplemen
1. Orang itu menafikan
bahawa barang-barangnya
telah hilang.
2. Kami menegaskan bahawa
kejayaan bergantung pada
usaha gigih.
1. Pak Abut percaya bahawa
tetamu anaknya dari kota.
2. Ibu Herna berpendapat
bahawa sumbangan PIBG
sekolah anaknya
berkesan.
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,
boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku
ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :

Frasakerja sintaksis

  • 1.
    FRASA KERJA DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : SAHARA BINTI MACHA ZALEHA BINTI BUJANG NOOR ZUHADAH BINTI JOHARI
  • 2.
    Frasa Kerja Merupakan binaanyang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. - Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. - Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
  • 3.
    BINAAN FRASA KERJA Frasakerja yang tidak mengandungi objek Frasa kerja yang mengandungi objek,
  • 4.
    KONSEP FRASA KERJATIDAK MENGANDUNGI OBJEK Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Contoh ayat : 1. Ali menang. 2. Adik sedang tidur.
  • 5.
    KONSEP FRASA KERJAMENGANDUNGI OBJEK Subjek Frasa Kerja Kata Kerja Objek Keterangan 1. Mereka makan ayam goreng itu. 2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. 3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Contohnya :
  • 6.
    BINAAN FRASA KERJATIDAK MENGANDUNGI OBJEK Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.  Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.  Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.
  • 7.
    Jenis kata kerjatak transitif Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja tak transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang Kata kerja tak transitif dengan pelengkap Kata adjektif sebagai pelengkap Frasa sendi nama sebagai pelengkap Kata nama sebagai pelengkap
  • 8.
    KATA KERJA TAKTRANSITIF TANPA PELENGKAP • Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya : 1. Semua penonton duduk. 2. Padi menguning. 3. Dia tercengang.
  • 9.
    KATA KERJA TAKTRANSITIF DENGAN PELENGKAP • Kata kerja yang tidak mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. • Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah : 1. Kata adjektif sebagai pelengkap Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, dan miskin. Contoh ayat : 1. Badannya menjadi lemah. 2. Mereka tidak berbuat jahat.
  • 10.
    2. Frasa sendinama sebagai pelengkap Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata demikian ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya. Contoh ayat : 1. Mereka tinggal di Miri. 2. Keretanya membelok ke kanan.
  • 11.
    3. Kata namasebagai pelengkap Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. 1. Kata kerja yang berimbuhan ber-…-kan 2. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya : 1. Dia berbantalkan lengan. 2. Pengemis itu berbantalkan rumput. 3. Pak Kaduk berbajukan kertas. Contohnya : 1. Dia menjadi guru. 2. Orang itu ada harta.
  • 12.
    KATA KERJA TAKTRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG  Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.  Kata nama tersebut hanya sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna ayat.
  • 13.
    • Contohnya : Subjek FrasaKerja Kata Kerja Penerang Lelaki itu berseluar jean. Kanak-kanak itu berbaju Melayu. Mereka bersawah padi. keluarganya berkedai kopi. Peladang itu berkebun kelapa.
  • 14.
    BINAAN FRASA DENGANOBJEK • Contohnya : • 1. Saya menjawab surat itu. • 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya. Frasa kerja dengan satu objek • Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif. • Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung dan objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung. • Contoh ayat: • 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. • - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi Frasa kerja dengan Dua objek
  • 15.
    Frasa kerja dengan kata bantu KataBantu Aspek Menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata Bantu ragam Menerangkan ragam (atau suasana perasaan) sesuatu perbuatan.
  • 16.
    Kata Bantu Aspek KataAspek Bantu Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan Sudah Telah pernah sedang masih belum akan Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan, contohnya : Contoh ayat : 1. Saya pernah melihat orang itu. 2. Adik saya masih tidur lagi. 3. Ibu belum memasak nasi.
  • 17.
    Boleh hadir bersamaTidak boleh hadir bersama Belum + pernah Masih + belum Masih + sedang Sudah + pernah Telah + pernah Akan + sedang Belum + akan Sedang + masih Pernah + akan Telah + masih Kata Bantu Aspek Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :
  • 18.
    Kata Bantu Ragam hendak mahu harus boleh dapat mesti Antarakata-kata bantu jenis ini termasuklah : Contoh ayat : 1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika. 2. Mereka mahu berikhtiar lagi. 3. Kamu boleh pergi sekarang.
  • 19.
    Boleh hadir bersamaTidak boleh hadir bersama-sama Harus + mahu Harus + dapat Mesti + mahu Mesti + dapat Hendak + mahu Mahu + mesti Boleh + mesti Mahu + harus Kata Bantu Ragam Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh hadir bersama. Contohnya :
  • 20.
    Kata bantu aspek+ kata bantu ragam Kata bantu ragam + kata bantu aspek Contohnya : 1. Hamdan sedang hendak ke pasar. 2. Ellif belum hendak mandi. 3. Herman masih belum dapat tidur. Contohnya : 1. Mereka mesti akan datang lagi. 2. Hazairi harus sudah tidur. 3. Polis mesti telah menangkap pencuri itu. Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya :
  • 21.
    Frasa Kerja denganAyat Komplemen Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen 1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang. 2. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih. 1. Pak Abut percaya bahawa tetamu anaknya dari kota. 2. Ibu Herna berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan. Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :