Nota Pembelajaran Tatabahasa (Tahun 2)
  1. KATA ADJEKTIF
          Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam
           frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih hebat lagi.
          Kata – kata dalam golongan kata adjektif menerangkan tentang keadaan
           atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
          Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti
           oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali.
  2. KATA KERJA
          Kata kerja ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan
           harian.
          Contohnya : mandi, berlari, membaca, mengajar, bercakap, melukis.
  3. KATA GANTI NAMA DIRI
          Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
           nama orang. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis seperti yang
           berikut :


           Kata ganti nama diri pertama

           Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
           atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata
           ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu :

               -     Bentuk tunggal (contoh : aku, beta, daku, hamba, patik, saya)
               -     Bentuk jamak (contoh : kami, kita)




           Kata ganti nama diri kedua

           Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang kedua atau
           orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada
           dua iaitu :

               -     Bentuk tunggal (contoh : anda, awak, engkau, tuanku, kamu)
               -     Bentuk jamak (contoh : anda, kalian, kamu)



cikgushellagan.blogspot.com                                                          1
Kata ganti nama diri ketiga

          Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
          nama diri orang yang dicakapkan atau diperkatakan.

             -   Contoh : Baginda, beliau, dia, mereka.




  4. KATA NAMA
    Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat,
    benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat
    digolongkan kepada :


                                          Kata nama

                 Kata Nama Am :

                 Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil
                 melainkan pada awal ayat. Dengan kata lain perkataan nama am
                 digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

                     1.   Manusia (contoh : ayah, kakak, kerani, doktor)
                     2.   Binatang (contoh : kucing, lembu, ayam, ikan)
                     3.   Tempat (contoh : negeri, kampung, taman, pulau)
                     4.   Benda (contoh : bangunan, kereta, buku, kasut)


                  Kata Nama Khas :

                  Perkataan kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
                  tertentu, khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan
                  nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

                          1. Manusia (contoh :Encik Lee, Puan Tan, Cikgu Marina,
                             Pak Cik Ahmad, Doktor Zainol)
                          2. Binatang (contoh : Si Tompok, Ayam Belanda, Burung
                             Murai, Si Hitam, Si Belang)
                          3. Tempat (contoh : Pelis, Ipoh, Kampung Setia, Pulau
                             Langkawi)
                          4. Benda (contoh :Proton Saga, Kasut Adidas, Toyota,
                             Honda, Sony)



cikgushellagan.blogspot.com                                                        2

Nota pembelajaran tatabahasa

  • 1.
    Nota Pembelajaran Tatabahasa(Tahun 2) 1. KATA ADJEKTIF  Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih hebat lagi.  Kata – kata dalam golongan kata adjektif menerangkan tentang keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.  Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali. 2. KATA KERJA  Kata kerja ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan harian.  Contohnya : mandi, berlari, membaca, mengajar, bercakap, melukis. 3. KATA GANTI NAMA DIRI  Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut : Kata ganti nama diri pertama Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu : - Bentuk tunggal (contoh : aku, beta, daku, hamba, patik, saya) - Bentuk jamak (contoh : kami, kita) Kata ganti nama diri kedua Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua iaitu : - Bentuk tunggal (contoh : anda, awak, engkau, tuanku, kamu) - Bentuk jamak (contoh : anda, kalian, kamu) cikgushellagan.blogspot.com 1
  • 2.
    Kata ganti namadiri ketiga Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau diperkatakan. - Contoh : Baginda, beliau, dia, mereka. 4. KATA NAMA Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat digolongkan kepada : Kata nama Kata Nama Am : Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. 1. Manusia (contoh : ayah, kakak, kerani, doktor) 2. Binatang (contoh : kucing, lembu, ayam, ikan) 3. Tempat (contoh : negeri, kampung, taman, pulau) 4. Benda (contoh : bangunan, kereta, buku, kasut) Kata Nama Khas : Perkataan kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. 1. Manusia (contoh :Encik Lee, Puan Tan, Cikgu Marina, Pak Cik Ahmad, Doktor Zainol) 2. Binatang (contoh : Si Tompok, Ayam Belanda, Burung Murai, Si Hitam, Si Belang) 3. Tempat (contoh : Pelis, Ipoh, Kampung Setia, Pulau Langkawi) 4. Benda (contoh :Proton Saga, Kasut Adidas, Toyota, Honda, Sony) cikgushellagan.blogspot.com 2