2. Lencana Sekolah Menengah Methodist mempunyai ciri-ciri berikut:-
LENCANA SEKOLAH INI MEMPUNYAI 2 WARNA, IAITU KUNING DAN
BIRU.
WARNA BIRU:Keharmonian dan Kedamaian.
WARNA KUNING : Kecermalangan dalam bidang pendidikan dan
kemuliaan.
OBOR YANG BERNYALA : Ilmu dan pengetahuan yang akan menyinari
kehidupan pelajar.
SENIKATA DALAM BAHASA LATIN “ORA ET LABORA” bermakna
Berdoa dan Berusaha.
SENIKATA DALAM BAHASA INGGERIS, “LET THERE BE LIGHT”
bermakna Usaha selalu untuk Mencapai Kecemerlangan.
3. Sejarah Sekolah M.E.S
Pada tahun 1927 Geraja Methodist Malaya dalam usaha
memperkembangkan pendidikan ke kawasan luar bandar telah
menubuhkan sebuah sekolah di sebuah rumah berbumbung atap dan
berlantai tanah liat. Sekolah Inggeris yang bersejarah ini telah
ditubuhkan oleh Rev. S.M.Arumugam di Banting. Guru bahasa Inggeris
yang pertama ialah Encik Ganamoney. Kelas pertama ini dengan lebih
kurang 40 orang murid berfungsi dengan nama ‘Methodist English
School’. Pada tahun 1931 Rev. S. S. Pakianathan dari Gereja
Methodist telah berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan sekolah
yang kecil ini. Sekolah ini terpaksa ditutup semasa perang dunia dan
dibuka semula dengan kedatangan British. Selepas perang dunia,
seorang tokoh pendidik iaitu En. G.S Argumugam telah mendapat
kebenaran dari pengawai Daerah, En.P.H. Setehell untuk menggunakan
Kelab Stonor di Telok Datok dan memulakan sekolah tersebut dengan
60 orang murid. Selepas 2 tahun sekolah terpaksa berpindah ke
sebuah kedai di jalan Jugra, Banting dan berfungsi di bawah Puan Lily
Bastiampilay. Dari sini sekolah berpindah dari satu tempat yang lain.
Pada tahun 1951 Madam Chi Liung telah membenarkan panggung
wayangnya(Golden City) digunakan sebagai Sekolah untuk 100 orang
murid.
4. Bangunan Lama MES
MAKLUMAT AM
KOD SEKOLAH : BEB1069
GRED : A
LOKASI : LUAR BANDAR
BIL. GURU : 81
BIL. STAFF SOKONGAN : 10
BIL. MURID : 1424
BIL. PELAJAR PMR : 289
BIL. PELAJAR SPM : 267
NO. TEL : 03-31871532
NO. FAX : 03-31818708
5. PENGETUA MES
1. En. V.K Vincent Danial
(1959 ~ 1983)
2. En. I. Selladurai
(1983 ~ 1993)
3. En. Ang Seng Hin
(1993 ~ 1994)
4. En. I. Selladurai
(1995 ~ 1998)
5. Pn. Alice Goerge
(1998 ~ 1999)
6. Dr. Hannah Pillay
(1999 ~ 2002)
7. Pn. Susila S. Solomon
(2003 ~ 2006)
6. 8. En. Chay Kin Siong
(2006 ~ 2010)
9. En. Woon Boon Yiat
(2011 ~ Kini)
7. Oleh kerana sambutan dari orang awam sangat
menggalakan, kerajaan telah meminta Gereja
Methodist Malaya untuk mendirikan sebuah
Sekolah bangunan di atas tanah wakaf yang
diberikan oleh kerajaan. Jawantankuasa ini telah
dipengurisikan oleh Pengawai Daerah dan ahli-
ahlinya terdiri dari beberapa orang ahli Gereja
Methodist. Pada tahun 1952 Rev. J.A.P.Osward
telah dihantar dari Kuala Lumpur ke Banting oleh
Gereja Methodist dan beliau meneruskan projek
bangunan sekolah.
8. Pada 12-01-1953 Methodist English School (MES)
telah dimulakan dengan 5 buah bilik darjah, 202
orang murid dan 8 orang guru. Ini merupakan
sekolah aliran Inggeris bantuan modal kerajaan
yang pertaman di Daerah Kuala Langat. Guru
Besar yang pertama ialah Rev.J.A.P. Oswald.
Pada tahun 1954 Rev Oswald dengan bantuan dari
Gereja Methodist dan bantuan orang ramai telah
mendirikan sebuah bangunan lagi dengan 10 buah
bilik darjah, tandas dan kantin. Rev. Oswald juga
telah menggalakan pelajar-pelajar yang berlebih
umur (over-aged pupils) untuk mengikuti kelas di
waktu petang yang dipanggil ‘Methodist
Afternoon School (MAS)’.
9. Pendidikan Menengah (Secondary Education)
bermula pada 01-01-1957 apabila 48 orang pelajar
Darjah 6 telah lulus ‘Malayan Secondary School
Entrance Examination’ dan dinaikkan ke Tingkatan
1. Pada akhir tahun 1957 Rev. J.A.P Oswald telah
bersara dan Encik Leow Sae Yin telah dilantik Guru
Besar pada tahun 1958. Beliau telah berkhidmat
hanya satu tahun. Pada 01-02-1959 En. V.K.
Vincent Daniel telah dilantik telah sebagai Guru
Besar. Tahun ini dianggap sangat kritikal dalam
sejarah sekolah kerana seramai 48 orang murid
Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan ‘Lower
Certificate of Education (LCE)’ dan kumpulan inilah
yang akan menentukan kewujudan Tingkatan 4 pada
tahun yang berikutnya.
10. Atas usaha-usaha gigih En. V.K. Vincent Daniel dan
guru-guru, daripada 48 orang muridperintis
(pioneers) „Sekolah Menengah‟ ini, 22 orang murid
telah lulus peperiksaan L. C. E. dan layak masuk ke
Tingkatan 4 pada tahun 1960. Pada tahun
berikutnya (1961) seramai 25orang murid Tingkatan
5 telah didaftarkan untuk peperiksaan “Cambridge
School Certificate / Federation of Malaysia
Certificate”(CSC/FMC). Daripad 25 orang murid
yang merupakan Perintis peperiksaan CSC/FMC
ini, 19 orang muris telah berjaya dengan
mencatatkan keputusan 76%. Tahun 1961
merupakan tahun yang paling penting di dalam
sejarah MES. Inilah tahun yang terakhir “Methodist
English School” berfungsi sebagai
“Comprehensive School” dengan kelas-kelas dari
Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan bilangan
murid 1000 dalam 27 buah kelas ditadbirkan oleh
seorang Guru Besar.
11. Pada 01-01-1962 Methodist English School dipecah kepada 2
unit pentadbiran yang berasingan. En. Sam Paranjothy telah
dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Methodist (MES)
manakala En. V.K. Vincent Daniel dilantik Pengetua Sekolah
Menengah Methodist (MES). Dalam perkembangan pendidikan
di daerah ini, peranan yang dimainkan oleh 2 buah institusi
yang lain juga perlu direkodkan. Sekolah Inggeris Persendirian
(Methodist Afternoon School-MAS) dan sekolah Lanjutan
Pendidikan (Further Education Classes) adalah 2 buah Institusi
yang berpusat di MES Telok Datok, khasnya untuk menampung
pelajar-pelajar yang berlebih umur seperti golongan guru,
pengawai kerajaan, peniaga dan mereka yang gagal
LCE/CSC/FMC. Beribu-beribu orang pelajar yang kini
memegang jawatan yang tinggi menuntut ilmu di MAS dan EFC.
MAS wujud dari tahun 1953 hingga tahun 1969, manakala FEC
dari tahun 1963 hingga 1971.
12. Pendidikan menengah di MES telah bermula pada tahun 1957. Bangunan yang
dibina khas untuk menengah ialah ‘Bangunan Merdeka’ pada tahun 1957.
Bangunan ini dinamakan ‘Merdeka Block’ kerana pada tahun itulah wang sebanyak
$13.000/- yang dikutip oleh Jawantankuasa Sambutan Hari Merdeka Daerah Kuala
Langat dari orang awam digunakan untuk membina stu bangunan yang
mengandungi 4 buah bilik darjah. Wang ini telah dikutip oleh Jawantankuasa yang
dipengurusikan oleh Pengawai Daerah Kuala Langat, Tuan Syed Abdullah untuk
membina sebuah pancutan air (Water fountain) untuk memperingati Hari
kemerdekaan. Tetapi Rev. J.A.P Oswald yang juga seorang ahli Jawatankuasa ini
dapat mempengaruhi Jawantankuasa Sambutan Hari Merdeka ini bahawa dengan
membina sebuah sekolah menengah akan tetap mengingatkan Merdeka dengan
lebih tepat lagi. Akhirnya wang ini diserahkan kepada Rev. Oswald. Pihak Gereja
Methodist Malaya telah memberi sumbangan sebanyak $5,000/- untuk projek
pembinaan Blok Merdeka ini. Rancangan pembinaan bangunan telah dijalankan
dengan pesat oleh En. V.K. Vincent Vincent Daniel. Beliau bertanggungjawab
untuk pembinaan sebuah makmal Sains dan 2 bilik darjah dengan harga $30,000/-
pada tahun 1960. Pada tahun 1961 beliau mendapat peruntukan dari kerajaan
sebanyak $18,000/- untuk mendirikan sebuah Asrama untuk guru wanita. Pada
tahun 1962 satu bangunan 2 tingkat dibina dengan harga $77,000/-. Bangunan 2
tingkat ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Abdul Rahman b. Hj. Taib, Menteri
Kesihatan pada 26-10-1962.
13.
14. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuam, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.
15. MATLAMAT PENDIDIKAN
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara,
matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan
yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan
sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Insan yang baik memiliki serta menghayati ciri-ciri
berikut:-
-Percaya dan patuh pada Tuhan
-Berilmu pengetahuan
-Berakhlak mulia
-Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara
-Berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara dan memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu
16. VISI DAN MISI
VISI
Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak, bermotivasi tinggi dan
berorientasi kecemerlangan.
Membentuk satu pasukan tenaga akademik yang profesional dari
segi sikap, budayakerja dan berakhiak.
Menyediakan suasana yang kondusif dalam bidang pembelajaran
dan persekitaran
Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang
sistematik dan mesra pelanggan.
Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang
sistematik dan mesra pelanggan dan
MISI
• Ke arah menjadikan sekolah sebagai Intitusi pendidikankan yang
berupaya melahirkan pelajar yang mampu menghadapi cabaran-
cabaran alaf baru dan memenuhi aspirasi negara.
17. Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran untuk
mengembangkan potensi pelajar mengikut kemampuan.
Mewujudkan budaya dan ikllrn sekolah yang sihat ke arah
melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhak dan berwibawa.
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan
pelanggan (pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.
Mengamalkan etika dan budaya kerja yang positIf ke arah
perkhidmatan yang berkualiti dan penyayang.
Sentiasa mengekalkan prestasi dan kualiti pencapalan dalam
peperiksaan awam, dalaman dan kegiatan kokurikulum.
Menyediakan kemudahan-kernudahan dan peralatan yang
mencukupi untuk menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Menyediakan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi
keperluan rohani dan kebajikan pelajar.
18.
19.
20. There is a school in Banting town, Banting town,
The best, the very best for miles, miles around,
And when we sing, with laughter, loud and free,
the folks all think it’s Jubilee! Jubilee
In the classroom it’s Geography, Geometry, Biology
And any other subject on the earth, sky and sea,
Hurrah! Hurrah for MES, Hurrah! Hurrah,
Our hearts, our hearts they Swell with joy, swell with
joy,
And our song shall ring on many distance shore,
Our Alma Mater evermore, evermore!
Our Alma Mater evermore, evermore! by Mr. V.K.01-02-1959 –
Words
(Pengetua M.E.S
Vincent Daniel
15-11-1983)
21. 1. OBJEKTIF PERATURAN
Peratuan-peratuan ini berkuatkuasa di Sekolah Men. Methodist (MES) Telok
Datok sahaja untuk menjadi panduan kepada semua pelajar semasa mereka
berada di sekolah ini. Peratuan ini mesti dipatuhi bagi :
• Melicinkan pekerjaan pentadbiran sekolah.
• Melicinkan proses pembelajaran pelajar-pelajar.
• Menanam semangat cintakan sekolah dan Negara.
• Menghormati guru-guru dan rakan
• Membentuk perpaduan dan hidup berharmoni
• Mencapai matlamat persekolahan yang maksima di
kalangan pelajar-pelajar di bidang akademik dan kurikulum.
• Membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
emosi dan rohani.
22. 2. PENGUATKUASA DISIPLIN
• Pengetua Sekolah
• Lembaga Disiplin dan Tatatertib
• Guru-guru
• Pengawas-pengawas Sekolah
• Ketua kelas dan AJK
23. 3. WAKTU PERSEKOLAHAN
• Sesi Pagi
Hari Isnin – Selesa :
07.30 pagi – 01.25 petang
Rabu – Khamis :
07.30 pagi – 12.50 tengahari
Jumaat :
07.30 pagi – 12.15 tengahari
• Sesi Petang
Hari Isnin – Rabu :
01.25 tengahari – 06.35 petang
Khamis :
12.50 tengahari – 06.35 petang
Jumaat :
02.35 petang – 06.35 petang
• Kelas Hari Sabtu
Tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa
24. 4. TATATERTIB KELAKUAN
Menghormati Guru :
• Anda adlah wajib menghormati guru, kakitangan sekolah
atau mereka yang lebih tua dari anda
• Memberi salam atau ucap selamat kepada guru, kakitangan
sekolah dan mereka yang lebih tua dari anda adalah wajib.
• Anda wajib berdiri dengan sikap hormat sempurna apabila
berhadapan dengan guru bagi menerima arahan atau
menyampaikan sesuatu.
• Anda hanya boleh meninggalkan atau memasuki satu-satu
kelas selepas mendapat kebenaran daripada guru yang
sedang mengajar di kelas tersebut.
• Anda perlu mendapatkan PAS KELUAR dari guru jika anda
ingin keluar dari kelas untuk sesuatu tujuan.
25. Penumpuan Pelajaran :
• Anda mestilah menumpukan perhatian
kepada pelajaran anda, menyempurnakan
kerja-kerja rumah dan tugas-tugas lain
seumpamanya yang diarahkan oleh guru-guru
• Anda mestilah menghadirkan diri dalam setiap
kelas biasa, kelas-kelas bimbingan dan kelas-
kelas tambahan yang ditetapkan.
26. Kebersihan dan kekemasan diri :
• Anda mestilah membuang sampah-sampah di bakul-bakul sampah
atau tempat-tempat pembuangan sampah sahaja. Kertas atau
sampah-sarap yang anda jumai di mana-mana di kawasan sekolah,
hendaklah dipungut dan dibuangkan ke dalam bakul sampah.
• Anda dilarang meludah di merata-rata tempat.
• Pastikan bahawa diri anda sentiasa bersih, berpakaian bersih,
kemas, sesuai dengan kehendak peraturan pakaian sekolah.
• Anda diwajibkan berambut pendek, tidak bermisai dan tidak
berjanggut sesuai dengan kehendak pekeliling Ikhtisas No. 2/1976
mengenai potongan rambut murid-murid kelaki.
• Anda tidak boleh menyimpan kuku panjang, tidak boleh
mewarnakan kuku dan tidak boleh memakai inai.
27. Budi Bahasa
• Anda hendaklah sentiasa berkelakuan baik sama ada di dalam atau
di luar sekolah dan majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.
• Anda hendaklah sentiasa bersopan-santun, berbudi bahasa kepada
para tetamu dan pelawat-pelawat yang datang ke sekolah.
• Anda adalah dikehendai entiasa bersedia menghulurkan
pertolongan ihlas dan jujur kepada sesama teman dan mereka yang
menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan.
• Anda adalah wajib memupuk persahabatan, ikhlas dan jujur kepada
semua pelajar sekolah ini, hormat kepada yang lebih tua, sayang
keada teman sebaya dan adik-adik yang lebih kecil.
• Anda mestilah minta izin dengan hormat sambil menundukkan
badan, apabila anda terpaksa melintas di hadapan guru, ibubapa,
dan orang yang lebih tua dari anda.
28. PERATURAN PAKAIAN (AM)
0 Lencana sekolah mesti sentiasa disematkan di bahagian
dada sebelah kiri atau di atas saku.
0 Semasa di sekolah mesti memakai pakaian seragam
sekolah yang lengkap bersih dan kemas tidak terlaulu
longgar dan tidak terlalu ketat.
0 Pakaian seragam sekolah tidak boleh diubahsuai
mengikut kehendak sendiri. ( Rujuk contoh pakaian
sekolah)
0 Semasa menghadiri kegiatan kokurikulum hendaklah
berpakaian sekolah atay berbaju “T” yang dibenarkan
oleh pihak sekolah dan bersukan :
Lelaki
Baju “T” putih atau baju “T” rasmi dan berseluar pendek (biru atau hitam) atau
seluar sukan (track bottom).
Perempuan
Seluar sukan sesuai berwarna biru atau hitam dan berbaju berlengan (Baju “T”
berlengan dibenarkan).
( Semua pelajar digalakkan memakai seluar panjang )
29. * Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berselipar ke sekolah
pada bila-bila masa.
* Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian
(baju/seluar) jenis jean ketika berada dalam kawasan
sekolah.
* Pelajar yang tidak mematuhi cara pakaian yang
ditetapkan tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
* Pakaian yang „berfesyen‟ adalah dilarang.
* Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian seperti
jaket, topi, baju sejuk atau lain-lain selain dariada pakaian
rasmi sekolah.
* Pelajar tidak dibenarkan bersolek.
30. 6. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR
PEREMPUAN
• Pelajar-pelajar perempuan dibenarkan memilih
sama ada hendak memakai pakaian baju kurung
atau skirt „Pinafore Tunic‟. Pelajr-pelajar Islam
digalakkan memakai tudung seperti dalam
peraturan. Jenis kain untuk baju mestilah yang tidak
nipis dan tidak menampakkan susuk tubuh.
• Pinafore Tunic‟ dan Blouse
„Pinafore Tunic‟ adalah berwarna „torquise‟ dan
labunya hendaklah sampai ke paras lutut. „Blouse‟
adalah berwarna putih dan berlengan pendek.
Lihat contoh di lampiran D.
31. *Tudung
Pelajar-pelajar dibenarkan memakai tudung. Hanya
tudung jenis tiga segi dua sama dibenarkan.
Berwarna putih.
Ukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
Tudung bahagian bawah dagu jahit habis.
Tudung yang berulam tepi tidak dibenarkan
Boleh gunakan pin atau „brooch‟ yang kecil sahaja.
Cara memakai tudung – lihat Lampiran E.
32. Kasut
Kasut berwarna putih, tiada warna
lain.
Pengawas dibenarkan memakai kasut
warna hitam.
Bersetokin warna putih (tanpa warna
lain)
33. Rambut
Rambut pelajar-pelajar perempuan tidak
dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu.
Jika panjang mencecah bahu, mestilah diikat satu
atau dua.
Rambut bahagian depan tidak dibenarkan.
Ruben – hanya warna hitam dibenmenutupi dahi
dan mesti disepit. Hanya sepit hitam arkan.
Cetak rambut (hair band) warna hitam yang kecil
boleh dipakai.
Rambut tida dibenarkan didandan mengikut
fesyen kecuali seperti yang telah ditentukan oleh
pihak sekolah sahaja. Penggunaan „gel‟ adalah
dilarang.
Rambut tidak boleh diwarnakan (dye).
Rambut fesyen berekor tidak dibenarkan.
35. 7. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR LELAKI
Baju
Baju berlengan pendek atau panjang
berwarna putih dengan poket di sebelah
kiri. Baju lengan panjang hendaklah
dibutangkan atau dilipat hingga ke situ.
Baju sentiasa masuk ke dalam.
36. Seluar
Seluar berwarna hijar kehitam-hitaman (hijau tua).
Boleh memakai seluar pendek atay seluar panjang.
Ukuran seluar panjang dipergelangan kaki mestilah
di antara 40cm – 48cm keliling iaitu 20cm – 24cm
ukuran lintang.
Panjang seluar mestilah menutupi baku tali.
Seluar tidk dibenarkan terlalu ketat atau terlalu
longgar.
Seluar fesyen adalah dilarang.
37. • Kasut
Kasut putih – Tiada warna lain.
Bersetokin putih (tanpa warna lain)
Pengawas dibenarkan memakai kasut warna
hitam.
38. • Tali Pinggang
Tidak melebihi 3 SM lebar.
Tali pinggang berkepala besar tidak
boleh dipakai (Termasuk jenis „GQ‟)
39. *Baju Melayu (untuk murid sesi
pagi sahaja)
* Pelajar – pelajar lelaki Islam digalakkan memakai ‘Baju
Melayu’ pada hari Jumaat.
Baju Melayu – Cekak Musang berwarna putih.
Butang dikenakan setiap masa.
Seluar berwarna putih.
Kasut dana sarungkaki (rujuk di atas).
Sampin berwarna „torquise‟.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam sampin.
Bersongkok hitam atau biru gelap.
Lihat contoh di Lampiran C.
40. Rambut : Surat pekeliling Iktisas kem. Pel 2/1976. Lihat
contoh di Lampiran A. Setiap pelajar lelaki tidak
dibenarkan berambut panjang. Istilah rambut panjang
adalah seperti berikut :
Di bahagian belakang – rambut jatuh melebihi garisan di
bawah cuping dua telinga.
Di bahagian depan – rambut menutup garisan tengah
dahi.
Di bahagian tepi – rambut mencecah telinga atau
sebahagian daripadanya dan „side – burn‟ melebihi
garisan tengah hidung.
Di bahagian atas – rambut lebih daripada 6 panjang
(Rujuk gambarajah) Lampiran A.
Pelajar-pelajar lelaki yang beragama sikh boleh
berambut pan jang. Jika mereka memakai serban tetapi
yang tidak berserban, peraturannya adalah seperti di
atas.
Tidak bleh menyimpan beberapa helai rambut panjanng
(ekor rambut) dan tidak boleh gunakan „gel‟.
Rambut tidak boleh diwarnakan.
41. Misai dan Janggut
Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan
menyimpan misai atau janggut atau
kedua-duanya. Istilah misai tidak
termasuk bulu roma tebal yang mula
tumbuh pada pelajar – pelajar lelaki
yang beransur baligh dan mereka ini
tidaklah patut dipaksa bercukur.
42. *Barang Kemas
Tidak dibenarkan kecuali jam tangan sahaja.
Pelajar-pelajar yang ingin memakai rantai leher atau
rantai tangan kerana kepercayaan agama hendaklah
mendapatkan kebenaran khas (bertulis) dari pengetua
sekolah.
43. 8. PELANGGARAN DISIPLIN (Rujuk Peraturan
Disiplin Kementeriaan Pendidikan )
• Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku
jenayah:-
Memeras ugut
Menjadi anggota kumpulan jahat / haram
Berjudi
Mencuri
Memukul guru / pengawas / murid-murid lain
Membawa / memiliki senjata merbahaya dengan
tujuan jahat.
Mengancam mengugut pengetua / guru-guru /
murid-murid lain (ancaman yang serius dan
merbahaya )
44. Pelanggaran yang dianggap sebagai
tingkahlaku lucah atau biadab:-
Membaca, meninjau dan menyebarkan bahan -
bahan dan gambar - gambar lucah.
Mengintai murid murid perempuan.
Bercumbu – cumbuan
Menggunakan kata – kata lucah
Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis
kata – kata lucah.
45. Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku
anti sosial:-
Merosakkan harta benda kerajaan / sekolah / guru – guru atau
sebarang milik persendirian.
Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah.
Membuat bising dan menggangu ketenteraman umum dan
kelas.
Bergaduh dan berlawan.
Berkelakuan biadab terhadap guru / pengetua ( sikap bongkak
atau membuat penghinaan ) .
Mengadakan pelacoan ( ragging ) dalam apa jua bentuk dan
rupa .
Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran pengetua.
Menyalahgunakan kemudahan sekolah / kuasa yang
diamanahkan kepadanya.
Melanggar peraturan – peraturan dan undang – undang yang
dikuatkuasakan oleh sekolah dan pejabat pendidikan.
Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu / mendapat
kebenaran pihak sekolah / pengetua.
Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
46. Perbuatan – perbuatan curang atau
tingkahlaku tidak jujur / tidak
amanah :
Meniru dalam ujian / peperiksaan.
Meniru tandatangan ibubapa / penjaga / pengetua /
guru – guru.
Bercakap bohong.
Mengubah markah.
Ponteng kelas.
47. * Perbuatan – perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku
tidak sopan :
Berbahasa kasar dan mencarut.
Tidak menghormati guru / pengawas.
Menghisap atau memiliki rokok.
Berambut panjang.
Tidak memberi perhatian pada masa guru sedang
mengajar.
Selalu lewat masuk kelas.
Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukan.
Masih membantah hukuman guru / pengetua, sekalipun
sudah diberi tiga atau empat kali amaran.
Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak
peraturan disiplin sekolah.
48. 0 Kesalahan – Tatatertib yang berat :
Menjadi anggota kumpulan jahat / pertubuhan haram.
Membawa / memiliki senjata merbahaya dengan tujuan haram.
Memukul guru / pengetua / pengawas / murid-murid lain.
Mengancam guru / pengetua / pengawas . Murid-murid lain (dengan ancaman
yang serius dan merbahaya).
Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
pihak sekoklah atau pejabat pendidikan.
Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran
pihak sekolah / pengetua.
Merosakkan harta berita kerajaan / sekolah / guru-guru atau sebarang milik
persendirian.
Mencuri.
Terlibat dengan dadah.
Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan.
Menghisap / memiliki rokok.
Berjudi.
Membantah hukuman guru / pengetua, sekaligus sudah diberi tiga atau empat
kali amaran.
Berkelakuan biadab terhadap guru / pengetua (menunjukan sikap bongkaak atau
membuat penghinaan)
Sengaja menimbulkan sesuatu eprkara yang sensitif seperti menghina
keturunan, agama dan kebudayaan dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum.
Pontenng perhimpunan dan tidak menyanyi lagu-lagu patriotik.
49. • Jenis Hukuman :
* Tertakluk kepada berat ringanya kesalahan yang
dilakukan. Hukuman yang boleh dikenakan ke
atas seorang pelajar ialah :-
Diberi teguran dan amaran bertulis.
Diberi nasihat dan kaunseling.
Dirotan.
Digantung persekolahan.
Diberhentikan sekolah.
Membayar gantirugi.
Menarikbalik biasiswa yang diberi.
Lain-lain hukuman yang difikirkan sesuai.
50. 9. KEGIATAN KOKURIKULUM
• Tiap-tiap pelajar diwajibkan menyertai dan bergerak aktif
dalam tiga kegiatan berkumpulan (persatuaan / pakaian
seragam / sukan)
• Gerakerja kokurikulum diadakan sekurang-kurangnya sekali
dalam dua minggu.
• Kad laporan kedatangan Gerko hendaklah ditandatangani
oleh guru penasihat persatuan apabila pelajar datang
menjalankan kegiatan.
• Latihan Olahraga dan Merentas Desa adalah diwajibkan
bagi setiap pelajar (kecuali mereka yang disahkan oleh
doktor sebagai tidak layak mengikutnya).
• Sekiranya seorang pelajar itu terlalu aktif di dalam berbagai
bidang sukan, keanggotaan Gerkonya boleh dikurangkan.
51. 10. TIDAK HADIR SEKOLAH
Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti
membawa surat doktor atau keterangan
ibubapa padaa hari berikutnya.
Sekiranya pelajar tidak datang lebih
daripada tiga (3) hari, hendaklah ibubapa
memberitahu pihak sekolah secara bertulis
dengan segera.
Pihak sekolah akan menghantar surat
peringatan sekiranya pelajar tidak datang
lebij daripada tiga (3) hari – lihat lampiran F.
52. 11. DATANG LEWAT KE SEKOLAH
Setiap pelajar yang datang lewat, tidak
dibenarkan masuk ke kelas tanpa kebenaran
pengetua atau guru yang ditugaskan.
Pelajar-pelajar yang kerap datang lewat ke
sekolah (yang disengajakan) boleh diambil
tindakan disiplin.
Dalam hal-hal tertentu, ibubapa/penjaga boleh
secara rasmi menulis meminta kebenaran
daripada Pengetua.
53. * Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa pelajar-pelajar
sekolah lain atau orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran Pengetua.
* Menggunakan kelas secara rasmi dan tidak rasmi mestilah
mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
* Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas
pukul 7:30 pagi sehingga loceng pertama berbunyi dan pada
waktu rehat.
* Pelajar-pelajar dibenarkan makan di kantin sekolah hanya pada
waktu rehat persekolahan sahaja. Makanan dan minuman meti
dihabiskan di kantin.
* Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran
Pengetua.
* Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah dilarang di
sekolah ini.
54.
55.
56.
57.
58.
59. Bil Nama pengawai Gred Jawatan Opsyen
1 En.Woon Boon Yiat DG48 Pengetua Sejarah
2 Dr.Hj.Alias bin Hj Abd DG48 PKPentadbiran B.Melayu/Pengurusa
Ghani n
3 Tn.Hj.Abdol Jani DG48 PK Hal Ehwal B.Melayu/sejarah
bin.H.Tahiri Murid
4 En.Rajendran a/l DG48 PK Kokurikulum Bahasa Ingerris
Palaniappan
5 Pn.Rahimah binti Abdul DG48 GKMP Bahasa Bahasa Melayu
Rahman
6 En.Nyoi Teek Choy DG48 GKMP Sains & Kimia
Math
7 Pn.Lucy Uning DG44 GKMP Teknik & Perdagangan /
Vok Ekonomi
8 Pn.Mahesvary a/p DG44 GKMP Sejarah / geografi
Marimuthu Kemanusiaan
9 Cik Liew Mei Woon DG44 Kaunselor Kaunseling
10 En.Gopalan a/l Mutihah DG44 Kaunselor Kaunseling / B.Tamil
60. 11 Tn. Hj. Abdul Ghani bin DG44 Guru Penolong B.Melayu/Ekonomi
Ahmad
12 En. Ahmad Noorazizi bin DG41 Guru Penolong Biologi /Fizik
Noor Kamar
13 Pn. Arizan binti DG41 Guru Penolong Pengajian Am/Sejarah
Mohamed
14 Pn.Arniza binti Mohd DG44 Guru Penolong B.Melayu /Seni
Hamzah
15 Pn. Caroline Selvarani DG44 Guru Penolong Bahasa Inggeris
a/p R.Solomon
16 En. Chia Siow Kim DG41 Guru Penolong Biologi /Kimia
17 Pn.Hajar binti Zakaria DG41 Guru Penolong TESL Bahasa Inggeris
18 Pn. Halimatun Sa`adiah DG41 Guru Penolong Biologi
binti Hamidun
19 Pn. Hjh. Hamsidah binti DG44 Guru Penolong Geografi/B.Melayu
Saian
20 En.Har Chee Keong DG41 Guru Penolong B.Cina/PJK
61. 21 Pn.Jamaayah binti Abd. DG Guru Penolong Matematik
Wahab
22 Pn.Kalai Selvi a/p Maniam DG Guru Penolong Biologi/Sains
23 Pn.Kalaichelvi a/p Munisamy DG Guru Penolong Perakaunan
24 En. Lian Hua Min DG Guru Penolong Bahasa Inggeris
25 En. Lim Yee Shun DG Guru Penolong B.Cina/Sejarah
26 En. Mohamad Zakiamani bin DG Guru Penolong Fizik
Mohd. Suput
27 En.Mohd Rodzi bin Zakaria DG Guru Penolong B.Melayu/Matematik
28 En. Mohd Saufian bin Mohd DG Guru Penolong Biologi/Sains
Saad
29 Pn. Muolifah binti Wasis DG Guru Penolong Bahasa Melayu
30 Pn. Nasiwah binti Mairaj DG Guru Penolong Sains
62. 31 Cik Nadiah binti DG41 Guru Penolong Biologi/Sains
Mohammed Shariff
32 Pn. Nor Azah binti Mohd DG44 Guru Penolong Seni
Hashim
33 Pn. Nor Azyyati binti Yusoff DG44 Guru Penolong Biologi/Kimia
@Jusoh
34 Pn.Nor Ma’izatul Akmam DG41 Guru Penolong TESL/English
binti Sulaiman Literature
35 Pn. Nur Idayu binti Ishak DG41 Guru Penolong Perdagangan/KH
B
36 En. Ramachandaran a/l DG44 Guru Penolong Bahasa
Kannan Tamil/Ekonomi
37 Pn. Rathanam a/p Micheal DG44 Guru Penolong Bahasa Inggeris
38 Pn. Ros Melati binti DG41 Guru Penolong Perakaunan
Sutomah @ Sutarmo
39 En. Sabari bin Kasdi DG44 Guru Penolong Perakaunan
40 Pn. Sreedevi a/p Krishnan DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
63. 41 En. Subramanaim a/I DG44 Guru Penolong B.Tamil/Penguru
Thangiah san
42 Tn. Hj. Syed Mohamad DG44 Guru Penolong Sejarah
Zubaidi bin Syed Ismail
43 Cik Tavamani a/p DG41 Guru Penolong Perakaunan/Eko
Muniandy nomi
44 Pn. Tee Ley Kian DG41 Guru Penolong B.Cina/B.Inggeri
s
45 Pn. Thilakavathy a/p DG41 Guru Penolong Kimia/Biologi
Chenggoden
46 En. Thiruchelvam a/l S. GG48 Guru Penolong Bahasa Inggeris
Thangaveloo
47 Pn. Umadevi a/p S. DG44 Guru Penolong Ekonomi
Krishnan
48 Pn. Umadhevy a/p DG41 Guru Penolong Sejarah/Geograf
Ananda i
49 En. Yeoh Chiew Seong DG48 Guru Penolong B.Cina/Matema
tik
50 Pn. Yokammal a/p DG44 Guru Penolong Bahasa Tamil
Mariasomalia
64. 51 En.Zainuddin bin Tipan DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
52 En. Zaman bin Dullah DG44 Guru Penolong Pendidikan
Islam
53 En. Zulkarnain bin Salleh DG41 Guru Penolong Sejarah/Pengaji
an Am
65. Bil Nama Pengawai Gred Jawatan Opsyen
1 En. Mahadi bin Muhammad DG44 PK Petang Bahasa Melayu
2 En. Johari bin Manan DG41 Penolong PK Petang B.Melayu/Seni
3 Cik Norhayati binti Saarin @ DG41 Kaunselor Kaunseling
Sairin
4 En. Ahmad Ahmani bin DG41 Guru Penolong Sains Pertanian
Muhammad Afik
5 En. Azni b Misran DG41 Guru Penolong Teknologi
Makanan
6 Pn. Chandra a/p Muniandy DG41 Guru Penolong B.Tamil/Sejarah
7 Pn. Chua Lee Ming DG41 Guru Penolong Matematik
8 Pn. Kalai Chelvi a/p DG41 Guru Penolong Biologi/Matema
Bashkaran tik
9 Pn. Kalaimamani a/p DG41 Guru Penolong Bahasa Inggeris
Karuppiah
10 Pn. Khatijah binti Kosin DG41 Guru Penolong Perdagangan
66. 11 Cik Lim Lily DG44 Guru Penolong Bahasa Cina
12 Pn.Lok Lay Cheng DG44 Guru Penolong Bahasa Cina
13 En. Mohd. Sadli bin Abd. DGA29 Guru Penolong Sains Pertanian
Hamid
14 En. Mohammad Iqbal bin DGA32 Guru Penolong Fabrikasi Logam
Azmi
15 En. Muniandy a/l DG44 Guru Penolong B.Tamil
Govindasamy
16 Pn. Norlina binti Hj. DG41 Guru Penolong Sejarah
Tarmaji
17 Pn. Norlina binti DG44 Guru Penolong Matematik
Sapatanoh
18 Pn. Puvanambigai a/p DG44 Guru Penolong Ekonomi/Sejara
Balakrishnan h
19 Pn. Ruzaiti binti Md. Nor DG41 Guru Penolong Bahasa Melayu
20 En. Selvasingam a/l DG41 Guru Penolong Perdagangan/Pe
Sachinathan rniagaan
67. 21 Pn. Sharifah Mazura bt DG41 Guru Penolong TESL/Ekonomi
Selamat
22 Pn. Siti Noorul Arafah DG41 Guru Penolong Seni
binti A. Wahab
23 Pn. Surayah binti Salim DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
24 Pn. Tham Pow Yin DG41 Guru Penolong B.Cina/IT
25 En. Zaninudin bin Ahmad DG44 Guru Penolong Matematik/Seja
rah
68. Bil Nama Jawatan
1 Pn. Roslina Binti Kamaruddin Pembantu Tadbir N26 (CC)
2 Cik Shuriani binti Saat Pembantu Tadbir W
3 Pn. Maziah binti Abdul Rahman Pembantu Tadbir N17
4 Pn. Zurairah binti Salehan Pembantu Tadbir N17
5 Pn. Sharifah Azila Binti Syed Yaacob Pembantu Tadbir N17
6 Pn. Maznah binti Mohamed Pembantu Makmal C17
7 Pn. Nurul Huda binti Yaakub Pembantu Makmal C17
8 En. Arbangi Bin Diman Pembantu Am Pejabat N4
9 En. Takrir bin Banuri Jaga R1
69. Sesi Pagi Tingkatan 5 Pn Nasiwah bt Sesi petang Tingkatan 2 Zaninudin bin
Mairaj Ahmad
Tingkatan 4 En Mohd Rodzi b Tingkatan 1 Pn. Lok Lay
Zakaria Cheng
Tingkatan 3 Pn. Yokammal Keseluruhan En. Ahmad
a/p Mariasomalia Petang Ahmani b.
Muhamad
Afik
70. 5 Newton Pn Jamaayah Abd Wahab
5 Curie En. Ramachandran a/l Kannan
5 Pasteur En. Har Chee Keong
5 Einstein Pn Sreedevi a/p Krishnan
5 Smith En Zainuddin b Tipan
5 Pacioli Pn Kalaichelvi a/p Munisamy
5 Keynes En Lim Yee Shun
5 Ford Tn Hj Syed Mohammad Zubaidi b Syed Ismail
71. 4 Newton Pn. Caroline Selvarani
4 Curie Pn. Umadavi a/p Krishnan
4 Pasteur Pn Halimatun Sa’adiah bt Hamidun
4 Smith Pn Rathanam a/p Michael
4 Pacioli Pn Nor Azah bt Mohd Hashim
4 Keynes Pn. Arnizza binti Mohd. Hamzah
4 Ford Pn Kalai Selvi a/p Maniam
72. 3 Melor Pn Ros Melati Sutomah @ Sutarmo
3 Mawar En. Mohd Saufian b. Mohd Saad
3 Anggerik En Thiruchelvam a/I Thangaveloo
3 Kekwa Cik Thilakavathy a/p Chenggoden
3 Teratai Pn. Nor Ma’izatul Almam bt Sulaiman
3 Tulip Pn. Nur Idayu binti Ishak
3 Dahlia Pn. Waindah Bt. Supaat
3 Melati En. Zulkarnain bin Salleh
74. 1 Melor Pn. Siti Noorul Arafah bt A. Wahab
1 Mawar Pn. Norlina bt Tarmaji
1 Anggerik Pn. Chandra a/p Muniandy
1 Kekwa Pn. Surayah bt. Salim
1 Teratai Pn. Kalai Chelvi8 a/p Bashkaran
1 Tulip En. Ahmad Ahmani bin Mohd Afik
Peralihan Melor Pn. Chua Lee Meng
75. ii. Prosedur Serahan Kutipan Bayaran
a. Kutipan boleh dibuat daripada pelajar mulai Januari 2012 sehingga
akhir Februari 2012.
b.Segala wang kutipan atau sumbangan /derma lain mesti diserahkan
dengan kadar segera kepada pegawai yang berkenaan :
Jenis Kutipan Pegawai Penerima
4.1 Derma Tabung Pembangunan Pn. Yokammal a/p Mariasomalia
4.2 Derma Tabung PIBG En.Yeoh Chiew Seong
Bendahari PIBG
4.3 Derma Program Peningkatan En. Yeoh Chiew Seong
Prestasi
76. c. Persediaan sebelum wang diserahkan ke pegawai penerima adalah
seperti berikut:
1. Buku resit(ambil dari pegawai penerima dan diserahkan
semula akhir Februari)
2. Selepas Februari,guru yang telah mengutip wang perlu
mengisikan resit pada pegawai berkenaan.
3. Resit diberi mengikut giliran apabila pelajar membayar dan
BUKAN mengikut senarai nama dalam kelas.
d. Sediakan senarai nama pelajar yang belum membayar yuran setiap
bulan. Gunakan borang yang berkenaan.
e. Surat peringatan hendaklah diberi kepada ibu bapa / penjaga
pelajar yang tidak menjelaskan bayaran dengan menggunakan
Surat Peringatan 1(SP1) ini perlu dihantar kepada ibu bapa /
penjaga apabila bayaran belum dijelaskan berakhir pada minggu
ketiga bulan Mac 2012.
77. f. Surat Peringatan 2 pula dihantar apabila bayaran belum dijelaskan
pada minggu ketiga bulan.