SlideShare a Scribd company logo
1 of 61
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-
malaysia-yang-berdaulat/identiti-masyarakat-dan-budaya-
melayu/
Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu
Identiti Individu

Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada
individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri
dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan
identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai
perkara.

Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri
pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali
ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti
seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.

Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau
tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.

Individu dan Budaya

Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai
itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari dan
menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam
menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah
tidak terpisah daripada budayanya.

Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai
sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakat
dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya.

Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat
mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya.
Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggota
masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum.

Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang
melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga
terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.

Identiti dan Perubahan Budaya
Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses
sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai
anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada
masyarakat dan budaya lain.

Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti
tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan,
maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial
dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat
masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu
merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.

Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan
masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota-
anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu menyatakan dengan jelas
tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti
yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang
dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan
dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat
dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.

Identiti dan Prasangka

Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat.
Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama.
Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi
yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.

Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan
menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya
mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau
orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya
lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam
konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi
semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina
berasaskan kepentingan tertentu.

Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara
satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan
ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara
satu dengan yang lain.

Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh
orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak
memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, dan
inilah yang dikatakan ethnocentric.
Kelompok majoriti dan kelompok minoriti

Kelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusaha
mengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan peranan
penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satu generasi kepada
generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan identiti. Walaupun perubahan berlaku,
tetapi kelompok itu berusaha mengekalkan identiti.

Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk
mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunya
dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untuk
mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu,
maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama
identiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika
Selatan, Sri Lanka dan lain-lain.

Krisis Identiti

Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada
peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalam
mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai
menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu,
selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam
keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu
yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.

Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda
orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa
perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalam
mengekalkan tradisi.

Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi
masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini
selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.

Mencari dan Mengenali Identiti

Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara
luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu
berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu
jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya,
iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.

Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri
sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara
pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang
tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat
terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau
bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya
Melayu yang dianggap dominan.

Identiti Sosial dan Identiti Budaya

Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial
dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang
lebih luas masyarakat itu membina identiti.

Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah
seperti dinyatakan di bawah:

(1)Kekeluargaan dan perkahwinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan.
(2)Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden.
(3)Sistem        kepimpinan          dan        politik       –        kedudukan           pemimpin.
(4)Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.
(5)Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya.
Penempatan                          kampung                          –                        bandar.
(6)Simbol              status/kelas            sosial.            Kekayaan,                kekuasaan.
(7)Pakaian, makanan.

Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya,
atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.

Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu
meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.

Pandangan Orang Luar tentang Orang Melayu

Isabella Bird, (The Golden Chersonese, Oxford University Press) seorang pengembara Inggeris
telah menceritakan tentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abad ke
19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukan kepada pekerjaan
bertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggal di bandar. Rumah dan perkampungan
mereka di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah
mereka dibina agak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atas tiang, dinding
rumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbung rumah dari daun nipah yang disirat.
Bumbung rumah agak tinggi dan curam. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeza,
kecuali tangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya dari batu. Rumah
mereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu juga digunakan sebagai tempat tidur. Dalam
rumah tidak banyak perabot. Tikar digunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasang
renggang supaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makanan boleh
disapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malam nyamuk di keliling dapat
dihalau dengan memasang unggun api di bawah rumah.
Didapati rumah Melayu itu membela monyet yang digunakan untuk memetik kelapa. Seterusnya
Bird juga menerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga dan pembelot.
Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalam aktiviti ekonomi seperti
menganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka dari sutera atau kain kapas yang menutup bahagian
lutut hingga leher.

Rupa paras Melayu berkulit sawo matang, kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidung
leper, mulut lebar dengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan pula disiput.

Perempuan Melayu dikatakan malas bekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kain
baju. Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Baju kebaya
dikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas atau permata. Sanggul rambut atau siput
rambut disematkan pin sanggul. Kain yang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yang
diperbuat dari perak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarung dan baju
Melayu dan di kepala mereka memakai destar.

Undang-undang mereka adalah berteraskan undang-undang Islam. Bird juga memetik pendapat
seorang pegawai Inggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itu lembut,
halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Mereka sensitif dan sanggup
membunuh untuk menjaga dan mempertahankan harga diri dan keluarga. Mereka beragama
Islam dan cita-cita utama mereka ialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalangan
mereka yang telah ke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahan
seperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Mereka menghabiskan masa dengan
mendengar muzik, cerita atau mengadakan ritual keagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dan
setiap kariah terdapat 44 buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnya
sendiri mesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang juga
melaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kenduri sering diadakan seperti
pada masa kelahiran, memotong jambul, perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduri
ini lazimnya disembelih kerbau. Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percaya kepda hantu,
pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh, orang Melayu percaya adanya
hantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya. Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit,
polong dan lain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan pula dalam bentuk
wanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkan badan untuk pergi mencari darah
perempuan yang baru bersalin. Orang Melayu juga percaya kesan azimat yang dipakai pada
badan mereka. Bagi Bird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialah
keris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diri atau kejantanan lelaki
Melayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri. Orang mengamuk sekiranya harga dirinya
dicemuh atau diperendahkan, ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamuk
kerana pandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dan celaan tersebut.

Orang Melayu mengikut F. Swettenham (“The Real Malay”) dalam Stories and Sketches by Sir
F. Swettenham; selected and introduced by William Roff, Oxford University Press) adalah
sebagaimana berikut ini:

Untuk memahami orang Melayu dengan mendalam, Swettenham berpendapat, seseorang itu
perlu tinggal di kalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminati
kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandang serong terhadap prejudis
mereka, bersimpati dan membantu mereka ketika mereka dalam kesusahan dan kalau boleh
bukan sahaja berkongsi keseronokan mereka tetapi juga risiko yang mereka hadapi. Hanya
dengan cara ini sahaja seseorang itu boleh memperolehi kepercayaan dan keyakinan orang
Melayu. Melalui keyakinan ini sahaja seseorang itu akhirnya boleh memahami hati budi orang
Melayu, terutama bersifat batiniah itu.

Orang Melayu yang sebenarnya, adalah pendek, berbadan tegap dan gempal. Rambutnya lurus
hitam, kulit sawo matang, hidung dan bibirnya tebal dan matanya cerah dan nampak cerdik.
Tingkahlakunya lemah lembut dan mudah untuk didampingi. Orang Melayu bersifat curiga
terhadap orang luar tetapi tidak menunjukkan sikap tersebut secara terbuka. Orang Melayu
berani dan boleh dipercayai menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Walau bagaimanapun
dia bersifat boros dan suka meminjam wang tetapi lambat membayarnya balik. Dia petah dan
bijak bercakap, pandai berkias (dan mungkin juga menyindir), sering memetik peribahasa dan
kata-kata hikmah, pandai melawak dan berjenaka dan sukakan kepada jenaka yang baik. Orang
Melayu suka ambil tahu hal orang lain, terutama jirannya. Oleh itu orang Melayu dikatakan kuat
gosip atau suka menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu beragama Islam dan pada pendapat
Swettenham ini menyebabkan mereka bersifat fatalistik, iaitu percaya kepada qada’ dan qadar
(nasib dan rezeki ditentukan Allah). Tetapi pada masa yang sama mereka juga percaya kepada
perkara-perkara karut dan tahyul yang bertentangan dengan Islam. Dia tidak minum arak dan
jarang sekali menghisap candu tetapi dia amat minat berjudi, sama ada menyabung ayam ataupun
permainan-permainan yang ada elemen pertaruhan.

Secara semulajadi orang Melayu adalah ahli sukan. Mereka suka dan berminat menangkap dan
menjinakkan gajah. Mereka juga merupakan seorang nelayan atau penangkap ikan yang cekap.
Dari satu segi orang Melayu konservatif, bangga dan megah terhadap negerinya dan
masyarakatnya. Mereka menyanjung adat dan tradisi lama masyarakat Melayu. Mereka takut
kepada Raja, hormat dan tunduk kepada kuasa. Orang Melayu memandang rendah kepada
sebarang pembaharuan dan seboleh-bolehnya akan menolak sebarang pengenalan kepada
perubahan secara mendadak. Sebaliknya, jika mereka diberi masa untuk memeriksa dan
menelitinya dan perubahan tersebut tidak dipaksa ke atas mereka, mereka boleh diyakinkan
tentang keuntungan dan faedah yang boleh dicapai melalui pembaharuan-pembaharuan tersebut.
Orang Melayu cepat mempelajari ilmu yang diajar kepadanya. Bagi Swettenham, sekiranya
orang Melayu ingin dan juga bercita-cita tinggi dia boleh menjadi seorang mekanik yang baik.
Walau bagaimanapun orang Melayu malas. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan yang
teratur di dalam hidupnya. Dia tidak tahu tentang ketepatan masa termasuk juga waktu
makannya. Padanya waktu itu tidak penting. Rumah orang Melayu tidak tersusun dan kotor
tetapi dia mandi dua kali sehari. Dia juga suka berhias dan memakai pakaian yang kemas. Orang
Melayu tidak toleran kepada sebarang penghinaan. Baginya malu yang diterima hanya boleh
dibersihkan dengan darah. Dia akan masam muka dan memendam rasa apabila kewibawaannya
dan maruahnya tersentuh atau terguris sehingga dia dirasuk oleh perasaan hendak membalas
dendam. Jika dia tidak dapat membalas pada orang berkenaan atau berkaitan dia akan
mengancam orang pertama yang ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
Inilah yang dikatakan amuk. Semangat kesukuan kuat di kalangan orang Melayu. Dia taat dan
setia kepada Raja, Penghulu dan pemimpin. Pemberian kurnia oleh Raja kepada rakyat dan
pemberian hadiah dari rakyat kepada Raja adalah satu amalan yang biasa.
Walaupun orang Melayu beragama Islam dan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolak
agamanya, orang Melayu bukannya menganggap agama orang lain rendah. Dia juga bukan
seorang hipokrit. Kehidupannya akan menghadapi kitaran hidup berikut:

Pada masa kecil dia dijaga dengan baik, dia tidur bila dia suka dan makan apabila dia merasa
lapar (elemen masa tidak penting). Dia jarang dipukul atau dirotan, oleh itu dia jarang menangis.
Pada umur 15 atau 16 tahun dia rajin belajar dan dihantar mengaji Qoran walaupun mengaji
dalam bahasa yang dia tidak faham. Pada umur di antara 16 hingga 25 tahun dia harus dielakkan
kerana pada peringkat umur ini dia suka bersuka-sukaan, berfoya-foya, boros, pemurah, suka
berjudi, banyak terikat dengan hutang, sering terlibat dalam melarikan isteri jirannya dan suka
menonjol-nonjolkan dirinya. Selepas itu jika dia tidak meneruskan dengan perangai buruknya,
dia akan cuba, dengan bantuan orang-orang yang lebih tua darinya, berusaha memantapkan
kedudukan sosialnya. Jadi, apabila dia mencecah umur 40 tahun dia akan menjadi seorang
manusia yang bijak (dan berpengalaman). Anak perempuan pula dibiarkan hidup bebas sehingga
umur 5 tahun dan kemudian diberi pakaian yang sempurna. Sejak itu dia dididik dan diasuh
dalam membantu kerja-kerja rumah dan dapur. Dia juga diajar turun ke sawah. Tujuannya untuk
menyediakan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Pada peringkat umur 15/16 tahun dia
sukakan pakaian yang cantik dan juga sudah tahu memakai barang-barang kemas. Gadis yang
belum kahwin diasuh dan diajar bagi mengelakkan dari mengadakan hubungan dengan lelaki
yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Selepas berkahwin orang perempuan Melayu
mendapat kebebasan yang seluas-luasnya. Orang Melayu amat mementingkan bangsa dan
keturunan. Lelaki Melayu boleh kahwin empat dan boleh menceraikan isteri/ isteri-isteri dan
menggantikan mereka dengan isteri yang baru. Sekiranya dia mampu dia akan menggunakan
kesempatan ini tetapi lelaki Melayu jarang-jarang mempunyai empat orang isteri pada satu masa.

Orang Melayu mengikut pandangan Hugh Clifford (“The Pople of the East-Coast” dalam buku,
In Court and Kampung) diterangkan di bawah ini.

Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur
iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat
negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat
resam. Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk
mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan
sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung
ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga
dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya
keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka: kecek anak
Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak
Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang. Namun demikian, orang Pahang
juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di
permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong!
Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak
mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga
amat taat dan setia kepada Raja. Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa
yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di
antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan
ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak
suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga
hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut
kena denda. Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang
kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja)
apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-
kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa
makanan sendiri. Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan
mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki
mereka. Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu.
Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar
lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan
tenaganya secara percuma.

Orang Terengganu pula jauh berbeza daripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakan
keamanan dan keharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan dan
perdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untuk mencari rezeki tanpa
diganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkan sikap taksub dan taat setia membabi
buta seperti yang ditunjukkan oleh orang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksa
menanggung bermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Diraja mereka
sendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untuk belajar, berdagang dan
bertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalam suasana buku, duit dan tawar menawar
perniagaan dan perdagangan. Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutu
barang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan harga barangan yang
hendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. Orang Terengganu dilahirkan dalam dunia
perniagaan dan perdagangan. Dia boleh dan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segan
dan silu ataupun malu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yang
paling terkenal di Tanah Melayu.

Sekiranya seorang kanak-kanak Pahang dibesarkan dalam suasana perang atau khabar angin
tentang peperangan, dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorang
pahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanak Terengganu. Walaupun lelaki
Terengganu memakai senjata tetapi dia kurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Keris
yang dipakai hanya sebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku kerana
masyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggi mereka yang
berpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu. Jelasnya orang
Terengganu memuliakan mereka yang berpelajaran dan berilmu sama ada yang menguntungkan
mereka di dunia mahupun akhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagai
pengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. Pandangan Clifford ini mungkin tidak
adil kerana mencintai keamanan dan tidak suka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut.
Sebaliknya ia menggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakat yang
madani.

Walau bagaimanapun prestasi dan imej orang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orang
Melayu lain, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu.
Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koran sebelum akil baligh lagi.
Pada masa yang sama mereka juga tahu menulis dan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganu
adalah masyarakat yang mementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenal
kerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan seperti barangan tembaga,
senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yang terbaik, tercantik dan terhalus di
kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kain
dan songket mereka. Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya,
serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagai barangan tempatan yang
dihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segi pakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbeza
dari orang Pahang. Kita boleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walau
bagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya. Namun begitu,
sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orang Terengganu itu lebih kemas sesuai
dengan kerja mereka sebagai peniaga dan pedagang.

Orang Kelantan juga mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Bagi mereka yang berjumpa dengan
orang Kelantan buat kali pertamanya mungkin tidak akan faham tentang tutur-katanya. Orang
Kelantan juga tidak faham bahasa orang lain kecuali dialeknya sendiri. Rupa atau paras orang
Kelantan serupa sahaja; tidak begitu bersih baik dari segi rupa mahupun perangai. Walau
bagaimanapun dia mempunyai temperamen yang baik dan sentiasa bergembira. Orang Kelantan
kuat dan gagah. Mengikut Clifford, ada orang Kelantan yang boleh memecahkan pintu dengan
kepalanya. Contohnya, seorang lelaki yang diberi gelaran Awang Kepala Keras. Selain itu, dia
juga boleh memikul beban yang berat, mengayuh perahu untuk beberapa jam dan boleh
melakukan kerja lebih dari orang Melayu lain. Tingkahlaku orang Kelantan agak kasar dan tidak
sensitif seperti orang Melayu lain. Mereka kurang prihatin terhadap perasaan orang lain. Orang
Kelantan berani tetapi beraninya membabi buta tanpa memikirkan akan bahaya yang mungkin
dihadapi. Bagi masyarakat lain di Pantai Timur (orang Pahang dan Terengganu) watak baik
orang Kelantan ditenggelami oleh reputasi orang Kelantan sebagai pencuri, perompak atau
penceluk. Semasa merompak mereka dikatakan menggunakan senjata tajam yang dikenali
sebagai parang jengok. Perempuan Kelantan lebih menonjol dari wanita-wanita lain di Tanah
Melayu. Mereka sering kelihatan di pasar sama ada meniaga atau membeli. Mereka senang
bertutur mesra dengan semua orang dan tidak menunjukkan sifat-sifat malu yang lazim
ditunjukkan oleh perempuan Melayu yang lain. Ada kalanya kemesraan mereka khusus dengan
pelanggan lelaki bersifat `flirtatious’ atau kemanja-manjaan. Di Kelantan, lelaki dan perempuan,
lain cara berpakaian mereka jika dibandingkan dengan orang Melayu lain. Orang lelaki Kelantan
tidak memakai baju atau seluar sebaliknya mereka lebih selesa memakai sarung. Kain sarung
diikat singkat hingga ke lutut dan apabila duduk lutut mereka terdedah. Orang perempuan
Kelantan pula suka berkemban dan bahagian bahu dan dada sering terdedah. Cara berpakaian
begini membuat orang lain menganggap orang Kelantan tidak beradat dan beradab sopan.
Sebelum tahun 1888 orang Kelantan takut ke Pahang kerana orang Pahang menganggap orang
Kelantan itu hanya layak untuk menajamkan matakerisnya sahaja. Dalam perkataan lain orang
Kelantan itu baik dibunuh sahaja. Seperti orang Melayu lain di Pantai Timur, orang Kelantan
juga suka berjudi sama ada berlaga ayam, kambing atau kerbau.

Pada keseluruhannya bagaimanakah agaknya cara hidup orang Pantai Timur? Mengikut Clifford,
di Kelantan, Terengganu dan Pahang, cara hidup mereka hampir serupa. Di kawasan pendalaman
rakyatnya lebih lurus dan amanah, lebih rajin, mengalami prubahan yang sedikit dan hidup
mereka sehari-hari berkisar kepada saraan hidup semata-mata. Mereka juga cepat tua. Mereka
bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidup
mereka mudah dan sudah pasti membosankan. Hidup mereka sederhana dan kebanyakan mereka
tidak mampu untuk kahwin lebih dari satu. Penduduk yang tinggal di tepi pantai pula berbeza.
Gosip dari istana, cerita-cerita tentang keberanian pahlawan, perbincangan tentang ilmu dan
sebagainya memenuhi masa hidup mereka. Bagi golongan remaja lelaki, dayang-dayang dan
gundek-gundek Raja keadaan dan pergaulan yang bebas menambahkan lagi kenakalan remaja
mereka. Walaupun risikonya tinggi, golongan remaja ini jarang-jarang mahu melepaskan
peluang tersebut. Mereka yang didapati berkendak dengan gundek Raja bolah dihukum bunuh.

Orang Melayu mengikut pandangan Munshi Abdullah (Kisah Pelayaran Abdullah :
diselenggarakan oleh Kassim Ahmad). Pelayarannya ke Kelantan, Abdullah telah sempat juga
singgah di Pahang (Pekan) dan Terengganu (Kuala Terengganu). Sebagai seorang etnografer dia
telah mencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tiga buah negeri di
Pantai Timur ini. Catatannya ini menarik jika kita bandingkan perbezaan dan persamaan
pandangan tersebut dengan apa yang ditulis oleh Hugh Clifford. Mengikut Abdullah, negeri
Pahang seperti sebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidak terdapat
sebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalan kaki. Abdullah percaya negeri
Pahang kaya dengan hutan sebab penduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam dengan
pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanah Pahang
subur. Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknya hanya 10 orang sahaja
yang nampak berkerja. Yang lainnya, sama ada lalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkin
maksud Abdullah, mencuri atau menjadi samseng kampung). Setiap lelaki Pahang ada sekurang-
kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya. Tabiat lelaki Pahang ialah suka
melawar sahaja. Gemar memakai seluar dan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malas
bekerja atau tidak mahu berusaha. Kebanyakan mereka kurus kering keana mereka juga suka
menghisap madat atau candu. Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yang ketagih candu. Rumah
mereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup, rumah mereka ada yang kecil dan ada yang
besar. Kesemua rumah tersebut didirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumah
mereka semak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun kerana rumah-rumah yang
didirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapat sebuah rumah di sini dan sebuah rumah di
sana. Ada rumah yang dibina dalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai. Ada kawasan rumah
yang dipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan di bawah rumah
selalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumah dapur akan terdapat kelimbahan atau
lopak air yang bertakung dan menjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yang
mencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pinggan mangkuk makan dibasuh.
Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk kerana tidak terdapat longkang untuk mengalirkan air
yang bertakung itu. Di bawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atas
rumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untuk menghalau nyamuk.
Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Pakaian di atas rumah
juga akan menjadi hitam disebabkan asap dan jelaga. Tanaman yang banyak ditanam di
sekeliling rumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit. Terdapat juga
sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisang dijual tetapi hasil kebun ini datangnya
dari kawasan hulu negeri. Orang Pahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau,
lembu, ayam dan itik. Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidup masyarakat tani
(peasang) atau masyarakat kampung yang di samping bercucuk tanam dan berternak untuk
saradiri juga menghasilkan tanaman kontan. Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor
dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemaran
gagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yang bersepah. Hasil dagangan
Pahang yang terbesar ialah emas dan timah. Ada juga penduduk yang menghasilkan sutera. Ada
juga antara mereka yang ke hutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yang
digunakan di Pahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit.

Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya mereka
adalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal nama
mereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran ini
juga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengan
golongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja. Mereka bertengku dan
berhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dari
yang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampak
jelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan cara
hidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atau
perkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu. Mereka tinggal di tepi
pantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantar
mengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namun
demikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkan
nescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang. Di Pahang, seperti di
negeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakan
pemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hamba
Raja. Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadap
Sultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepada
sultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti oleh
orang ramai. Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukul
anak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakan
oleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang. Oleh kerana mereka
dilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranya
mereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba raja
tadi. Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Sula
dilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya.
Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagai
keris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitu
kawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akan
ditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut. Rakyat Pahang dikatakan takut
hendak mengubah cara hidup mereka, terutama taksub kepada golongan raja kerana takutkan
daulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang mashur tetapi
sekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin. Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang dan
ditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu dan
menjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannya
hidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya. Rakyat takut
dan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akan
diminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkan
semangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.
Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka pada
waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yang istimewa dalam masyarakat Melayu.
Apabila melalui istana dan perkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama
sekali. Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaian serba kuning.
Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh. Dia bertanya, mengapa tidak
dilarang burung terbang di atas istana, atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat
menggigit raja dan sebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapan
madat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja. Sepatutnya
raja menjadi contoh, teladan dan role model untuk rakyat tetapi di Pahang dan Terengganu
sebaliknya berlaku. Golongan raja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa,
bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlak mulia bagaimanakah
pula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagih madat jarang mementingkan kebersihan
dirinya. Pakaian mereka kotor dan berdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak
dibasuh. Baju mereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidak
bersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari. Jalan-jalan dan lorong-lorong di
sekitar pekan didapati kotor dan penuh dengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut juga
sering becak. Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dan tidak
sama. Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Ada rumah yang membelakangi
jalan ada yang mengiring jalan dan terdapat juga lorong-lorong yang sempit yang hanya muat
untuk seorang lalu sahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Atap
rumah pula dipasang tinggi. Keliling rumah kotor dan di bawah rumah terdapat banyak sampah
sarap. Di bawah rumah dapur pula terdapat kelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyak
sabut yang diperun pada waktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanam
banyak pokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah. Di pasar terdapat ramai
peniaga barang-barang makanan tetapi kesemua mereka perempuan. Barangan makanan yang
dijual adalah penganan, cucur, pisang rebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya.
Terdapat perbezaan di antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuat
dari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumah tersebut diberi tembok
tetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludah sirih dan juga lumut. Di Terengganu juga
banyak ditanam pokok limau yang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murah
harganya. Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidak suka
memakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yang busuk-busuk seperti
tempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dan sebagainya. Di Terengganu juga tiada tempat atau
sekolah orang mengajar Bahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanak
belajar mengaji. Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di mana perkataan yang
berakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya, ikan = ikang, tuan = tuang, bulan = bulang, makan
= makang dll. Walau bagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya. Di
Terengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakan ada 4-5 campak buang
(lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas (pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecuali
memikul senjta-senjata ini ke hulu ke hilir. Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannya
rajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu juga rakyat takut hendak
mengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takut nanti diminta atau dirampas atau
dirompak oleh golongan raja. Abdullah risau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga,
anak-anak di rumah akan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yang
akan jadi pada generasi akan datang?
Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7 batang campak buang
di samping parang lading atau chenangkas atau pedang. Sebilah keris juga lazimnya tersisip di
pinggang. Ada juga di kalangan mereka yang membawa senapang. Warna kulit mereka
semuanya hitam. Tanah perkampungan orang Kelantan subur dan ditanam penuh dengan nyiur,
durian dan buah-buahan tempatan yang lain. Terdapat juga binatang ternakan seperti lembu, dan
kerbau yang gemuk-gemuk. Di pasar penuh dengan perempuan yang berniaga. Seperti di
Terengganu, di pasar terdapat juga makanan busuk-busuk yang disukai orang tempatan seperti
budu, ikan asin, siput asin dll. Orang tempatan tidak banyak makan daging tetapi sebaliknya suka
makan ikan yang banyak terdapat di perairan negeri itu. Abdullah disuruh makan timun tetapi
apa yang dipanggil oleh orang Kelantan timun itu adalah tembikai. Kenderaan Raja Kelantan
adalah gajah. Abdullah menghadap raja, dikeluarkan tempat sirih dahulu dan dia disuruh makan
sirih sementara menunggu raja santap. Raja Kelantan pada waktu itu berwajah rendah, hitam
manis, tubuhnya gempal, mukanya bulat dan hidungnya mancung. Rambutnya mencecah bahu.
Pada pinggangnya tersisip sebilah keris. Keadaan kampung tidak tersusun. Sampah-sarap
berselerakan menyebabkan alam persekitaran berbau busuk. Orang Kelantan, sama ada raja
mahupun rakyat tidak memakai kasut. Di Kelantan terdapat ramai perempuan jalang yang
dikenali sebagai orang bujang. Apabila waktu petang mereka datang menghampiri perahu.
Mereka datang berkemban dan memakai sanggul lintang. Pada rambut mereka diletakkan bunga
melor yang telah dikarang. Bagi orang Kelantan pekerjaan ini tidak dianggap hina. Mengikut
Abdullah, “adat dalam negeri tiada menjadi hina pekerjaan itu”. Kebanyakan orang Kelantan
juga suka menyabung dan berjudi. Mengikut Abdullah, dari 100 orang hanya 2 sahaja yang
mengikut perintah Allah seperti sembahyang. Rakyat taat kepada sultan. Apabila sultan
berperang sama sendiri (perang saudara kerana berebut takhta) rakyat dikerah untuk berlawan.
Mereka membuat kubu dan terpaksa membawa bekalan makan sendiri kerana raja tidak
menyediakan makanan untuk mereka. Anak bini di rumah dibiar mencari nafkah sendiri. Rakyat
yang dikerah berperang juga terpaksa bawa senjata sendiri kerana raja juga tidak membekalkan
mereka dengan sebarang senjata. Peperangan ini biasanya memakan masa berbulan-bulan kerana
masing-masing pasukan akan hanya melepaskan beberapa das tembakan dari kubu mereka setiap
hari. Peperangan ini menguji ketahanan mental dan juga bekalan makanan masing-masing
pasukan. Apabila makanan habis rakyat yang dikerah akan balik ke rumahnya untuk
menyediakan bekalan makanan bagi jangka masa berikutnya. Di Sabak (sebuah perkampungan
nelayan di tepi pantai) rakyat rata-rata miskin. Kain baju mereka compang-camping. Kepala
mereka gondol. Pekerjaan penduduk ialah memukat dan bertanam padi. Tempat tinggal mereka
merupakan pondok, atap dan dindingnya dibuat dari daun nipah. Lantai pula jongkang-jongkit.
Kawasan rumah busuk, bau ikan dan sampah sarap yang bertimbun-timbun. Sawah mereka luas
dan bersih. Di sawah terdapat beratus-ratus ekor kerbau dan lembu. Raja Kelantan disifatkan
zalim oleh Abdullah. Rakyat sering dianiaya. Rakyat sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja
tetapi makan minum rakyat tersebut laki-bini tidak diberi. Sebaliknya, perahu, tanaman dan
ternakan akan diambil (rampas) oleh raja mengikut sesuka hatinya. Begitu juga dengan anak-
anak perempuan yang cantik akan diambil oleh raja untuk menjadi gundeknya
http://pgsdunnes2008.wordpress.com/page/17/

Bahasa dan budaya

           Edwad sapir dan Benjamin Lee Whorf (dan oleh karena itu disebut hipotesis Sapir-Whorf)
   yang menyatakan bahwa bahasa mempengaruhi kebudayaan. Atau dengan bahasa itu
   mempengaruhi cara berpikir dan bertindak anggota masyarakat penuturnya. Karena eratnya
   hubungan antara bahasa dengan kebudayaan ini, ada pakar yang menyamakan hubungan keduanya
   itu sebagai bayi kembar siam, dua hal yang tidak bisa dipisahkan.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama


Fungsi Agama Kepada Manusia
Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh
fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup.
Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang
dihuraikan di bawah:

       Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
       Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi
       penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam
       dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan
       sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya
       bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).

       Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
       Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab
       oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal
       nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk
       menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.

       Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
       Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana
       sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah
       laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.

       Memainkan fungsi kawalan sosial.
       Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri
       sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini
       dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/budaya/




BUDAYA
Budaya Popular dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya Melayu

Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa
bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat
di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah
menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan
pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju.
1.     Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan
peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut
berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam
menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.

2        Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia.
Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan
masyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban
manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting,
tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi
perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global.

Perbincangan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagai
suatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budaya
Melayu.

3      Selain itu, perbincangan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya popular
dalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial.
Perbincangan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaan
dan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu.

Konsep dan Pemikiran Fenomenon Budaya Popular

Fenomenon budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya
yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah
adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh
anggota-anggota masyarakat.

4      Dalam konteks yang lebih khusus konsep “budaya” dalam budaya popular itu merujuk
kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakat
untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik.

5       Unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama, dan
dengan ini menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama.

Majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada golongan muda,
termasuk golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya merupakan fenomenon popular di
kalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusaha
budaya popular itu menumpukan sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada golongan
muda mudi itu. Walau bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar secara meluas
meliputi semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan kelompok itu.

Konsep budaya popular tidak boleh dianggap membawa maksud yang sama dengan budaya
massa.
6       Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melalui
media massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya massa itu, yang tersebar
meluas melalui media popular turut diminati ramai dan menjadi sebahagian daripada budaya
popular. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi, peranan media massa itu amat penting
dalam membina fenomenon budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu mendorongkan
kepesatan perkembangan budaya popular.

Budaya popular sebagai fenomenon budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan
dinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakat
itu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaran
bahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalangan
remaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular dengan rendahnya
penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat.

7      Persoalan seperti itu akan diperkatakan dalam kertas ini. Walau bagaimanapun, budaya
popular kini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhi
semua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Budaya popular itu tersebar luas,
merintasi kelas atau kelompok.

Perkembangan Budaya Popular

Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan
pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden di
Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh
pemerintah kolonial.8 Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan
fenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga
sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi
memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular.
Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan
kemunculan budaya popular Melayu.

Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup
penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik
ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi
mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza
daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur
budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.9

Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan,
mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsur
budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi
keperluan orang ramai.10

Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan
perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan
itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan,
dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat
dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-
bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.

Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusaha
menguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lain
juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalah
selaras dengan cita rasa budaya orang ramai.11 Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui proses
modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untuk
menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagai
komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial.12

Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluang
pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan
berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh
meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu.13

Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru masyarakat
moden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan terhadap
budaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak lagi
bertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional. Budaya
popular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara yang
merupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagian
daripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju.
Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggi
boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.

Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas.
Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambah
bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai
keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi
tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha
mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur
fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih
menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang lebih
mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan
sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individu
tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular
yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu.
Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota
masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota
kelompok dan seterusnya masyarakat.

Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan penghasilan
industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya menjadi
tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar-
besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini unsur-unsur
budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan yang lain
juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan dagangan. Bahan-
bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya berbagai-bagai
kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa. Industri budaya
dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati semakin
digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam membolehkan
penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas dalam
pasaran.

Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada kelas
sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup kelompok-
kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara sub-budaya
dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita berusaha
menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang
merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok
sosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan
perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara
kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat
dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan
kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasi
kelompok-kelompok sosial.14

Kandungan Budaya Popular

Dalam masyarakat Melayu tradisi berbagai jenis budaya rakyat diminati ramai dan dapat
dianggap budaya popular tradisi.15 Ini termasuklah berbagai-bagai jenis seni dan mainan yang
tersebar luas. Kegiatan seni dan mainan itu memberikan anggota-anggota masyarakat hiburan,
pengisian masa lapang, keseronokan, dan penghayatan seni. Di samping itu berbagai-bagai jenis
tradisi rakyat itu mempunyai fungsi dan peranan yang lebih penting, seperti ritual mengubat
penyakit, perlakuan keagamaan dan sebagainya.16

Tradisi budaya rakyat sebagai budaya popular tradisional yang ekspresif dan simbolik
menyatakan gaya hidup masyarakat Melayu masa lalu. Melaluinya masyarakat menyampaikan
maklumat, sindiran dan kritik sosial di samping peranannya yang ekspresif dan simbolik.

Dalam masyarakat moden, penawaran bahan-bahan budaya popular itu terdapat kepelbagaian,
dan fungsi atau peranannya juga boleh ditinjau dalam berbagai konteks. Peranan budaya popular
moden itu tidak terbatas setakat hiburan sahaja. Ini akan dibincangkan dalam teks seterusnya.
Kini, budaya popular moden itu termasuk muzik dan nyanyian, drama, filem, tarian, jenaka, dan
seumpamanya, baik yang disalurkan melalui media elektronik mahupun melalui teknologi lain.
Selain itu, bahan-bahan bercetak seperti majalah popular17, novel, dan cerita-cerita popular lain
didapati amat pesat perkembangannya. Permainan juga sebahagian daripada budaya popular
yang pesat berkembang.

Media elektronik dan media cetak sebagai contoh, pengisian utamanya ialah bahan-bahan budaya
popular yang menyatakan masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan.
Media elektronik menyalurkan antaranya, muzik dan nyanyian, filem dan drama, tarian, lawak
jenaka, permainan, sukan, perlumbaan, masakan, pengembaraan, peraduan/tekateki, dan cerita-
cerita sensasi/ganjil. Majalah popular adalah media cetak yang tersebar luas. Antara isi
kandungan majalah popular itu termasuklah, gosip bintang-bintang popular dan tokoh-tokoh
terkenal, cerita-cerita sensasi dan ganjil, termasuk cerita-cerita hantu, perhiasan diri dan
penjagaan kecantikan serta kesihatan, perhiasan rumahtangga, cerita percintaan, ulasan filem,
muzik dan nyanyian, hiburan semasa, pengembaraan dan melancong, fesyen, permainan, sukan,
komik/jenaka dan umumnya gaya hidup moden dan bandaran. Adakala cerita dan gaya hidup
kampung turut mendapat minat ramai, terutama mereka yang tinggal di bandar. Cerita-cerita
khayalan, seperti cerita hantu, jin, mistik dan kejadian ganjil adalah juga bahan-bahan sensasi
dalam perkembangan budaya popular.

Budaya Popular Tradisional

Fenomenon budaya popular dalam masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang baru.18 Tetapi
kedudukan budaya popular tradisi yang telah lama berkembang dan diwarisi orang Melayu sejak
zaman berzaman itu adalah berlainan daripada budaya popular moden. Unsur-unsur budaya
ekspresif tradisional, seperti seni dan mainan didapati penyebarannya terbatas, iaitu bersifat
kedaerahan oleh kerana sistem perhubungannya terbatas. Unsur-unsur budaya popular tradisional
itu adalah tersebar dan berkembang di kalangan rakyat, atau dikenali sebagai tradisi budaya
rakyat.19

Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional yang terdiri daripada golongan memerintah dan
rakyat mempengaruhi struktur budaya, iaitu tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat.
Tradisi budaya istana itu dapat dianggap mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi.
Golongan itu yang mempunyai kekayaan dan kuasa berusaha mempertahankan tradisi budaya
istana itu sebagai melambangkan kedudukan golongan bangsawan itu. Tradisi rakyat sebagai
budaya popular tradisional menyatakan dengan jelas kedudukan sosial dan ekonomi golongan
itu.

Tradisi budaya rakyat itu jelas menyatakan sifat-sifat kedaerahan, misalnya suasana
penyampaian, penggunaan bahasa dialek dan seumpamanya. Tradisi itu berkembang sebagai
tradisi lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi sebagai usaha
mempertahankan tradisi. Ikatan emosi kepada tradisi itu didapati tradisi itu dapat dipertahankan
walaupun perkembangannya berasaskan minat dan penghayatan mendalam. Melalui tradisi itu
kita dapat memahami dan menyelami pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Pemupukan
nilai-nilai sosial didapati sangat berkesan dilakukan melalui tradisi itu. Selain itu, tradisi itu juga
merupakan saluran komen dan kritik sosial.20

Tradisi budaya rakyat mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri dalam masyarakat, perlu
diteliti peranannya tidak terbatas sebagai unsur seni dan mainan. Unsur-unsur budaya popular
tradisi itu boleh diteliti kaitan atau hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Terdapat
unsur-unsur budaya yang merupakan ritual berasaskan kepercayaan, seperti mantera, main dewa,
main puteri dan seumpamanya. Unsur-unsur seni yang dipengaruhi Islam juga turut popular
dalam masyarakat Melayu, seperti hadrah, marhaban, zikir dan nasyid. Populariti unsur-unsur
budaya itu diperkukuhkan oleh ikatan emosional kepada tradisi, kepercayaan warisan dan Islam.

Tradisi budaya rakyat itu mempunyai peranan dan kepentingannya dalam kehidupan masyarakat.
Nilai-nilai seni tidak dapat dipisahkan daripada nilai guna sesuatu unsur tradisi itu. Populariti
sesuatu tradisi itu berasaskan nilai-nilai sosial yang memberikan penekanan peranan dan
kepentingannya                                 dalam                                 masyarakat.
Pemisahan antara tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat itu tidaklah merupakan
pemisahan yang jelas. Hubungan antara kedua-dua itu sangat rapat. Perbezaan itu boleh dianggap
sebagai gaya hidup yang berlainan, tetapi sebagai tradisi budaya Melayu, masih dianggap tidak
jauh berbeza.

Suasana alam sekitar dan kehidupan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial membolehkan
mereka menghasilkan tradisi budaya popular yang beranika ragam. Malahan dengan sifat
kedaerahan dan pelbagai suku ethnik Melayu di alam Melayu yang luas itu, orang Melayu
mewarisi kekayaan khazanah tradisi budaya yang amat berharga. Warisan tradisi budaya rakyat
itu memerlukan penyelidikan mendalam, terutama untuk memahami struktur dalaman, iaitu
aspek ekspresif dan simbolik.21

Kepentingan budaya rakyat dalam konteks masyarakatnya

Unsur-unsur budaya rakyat pada umumnya mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteks
masyarakat masa lalu. Unsur-unsur itu bukan sahaja bertujuan untuk memberikan hiburan atau
mengisi keperluan yang lebih tinggi kepada ramai. Sesuatu jenis seni atau mainan seperti muzik,
tarian dan teater merupakan saluran memupuk nilai-nilai sosial dan menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat dalam masyarakat yang buta huruf. Di samping segala itu ada kaitan
dengan kepercayaan warisan, unsur-unsur itu juga mempunyai kaitan dengan ritual yang
bertujuan untuk membawa kesejahteraan dan keharmonian hidup anggota-anggota kelompok.
Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat di sebalik unsur-unsur budaya tradisi
tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Tradisi ini mempengaruhi keseluruhan
cara hidup orang-orang Melayu masa lalu. Segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan
tersendiri dalam masyarakat, yang dapat difahami dan dirasai anggota-anggotanya.

Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya proses modenisasi
dan urbanisasi, nilai-nilai sosial dan world-view yang mereka warisi turut mengalami perubahan.
Kedudukan budaya rakyat tidak dapat menyesuaikan dengan keperluan masyarakat moden yang
mengalami perubahan itu. Unsur-unsur budaya warisan itu cuba disesuaikan dengan fungsi atau
kepentingan baru tetapi umumnya didapati tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan cita rasa
budaya ramai. Dalam keadaan ini, kita dapati unsur-unsur budaya popular memainkan peranan
yang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden.

Melihat kepada perkembangan Islam atau proses islamisasi yang semakin mendalam dan meluas
tidak dapat dinafikan bahawa itu juga membawa kesan yang menyeluruh kepada kedudukan
budaya rakyat itu. Kepercayaan warisan yang menghidupkan unsur-unsur budaya rakyat itu
kerapkali dianggap bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam. Perkara itu semakin
dipandang serius, terutama di kalangan golongan muda. Mereka tidak menggalakkan unsur-unsur
kepercayaan warisan itu terus berkembang. Anggapan demikian sudah pasti mempunyai kesan-
kesan yang jelas kepada kedudukan budaya rakyat itu. Tetapi unsur budaya tradisi yang
berteraskan kepada Islam, seperti nasyid dapat dipopularkan mengikut keperluan semasa. Lagu-
lagu nasyid kini membuktikan popularitinya dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami
perubahan.

Perubahan sosio-ekonomi yang berlaku secara menyeluruh, mempengaruhi nilai orang ramai
dalam memberi penekanan dan mengutamakan kepada kegiatan cari makan bagi memperbaiki
kedudukan sosial mereka. Usaha memperbaiki ekonomi dapat memberikan kepuasan sosial, dan
seterusnya dapat menjamin kedudukan sosial. Nilai-nilai yang lebih menekankan kepada
kepentingan material, mendorongkan orang bersikap lebih mementingkan diri sendiri, bukannya
tumpuan kepada kebajikan secara bersama. Sedangkan dalam masyarakat tradisional,
kepentingan kelompok sangat ditekankan bagi menjamin keharmonian dan keseimbangan sosial
sebagaimana yang dinyatakan dalam tradisi budaya rakyat.

Generasi muda kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding dengan
budaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampung-kampung selalu
dianggap bersifat kekampungan. Misalnya, barang-barang kerajinan tangan yang dihasilkan oleh
orang kampung selalu dianggap kurang mutu. Warisan tradisi itu dianggap mempunyai nilai-nilai
yang rendah dan kurang fungsi dalam masyarakat moden. Sebaliknya penghasilan seni popular
terutama dari negara-negara maju diberikan nilai tinggi. Nilai-nilai sosial demikian dipengaruhi
budaya barat telah dapat diterima secara meluas oleh penduduk negara ini. Berasaskan kepada
nilai-nilai sosial seperti ini, barang-barang penghasilan kraftangan Melayu kurang mendapat
perhatian ramai dan ini membawa kesan kepada kegiatan kerajinan tangan tempatan. Barang-
barang tempatan, seperti pertukangan tembaga, besi dan ukiran kayu yang indah kurang
mendapat perhatian orang ramai, terutama generasi muda. Malah, batik tempatan selalu dianggap
bermutu rendah berbanding dengan tekstil yang dibawa dari luar. Pandangan demikian
mempengaruhi nilai-nilai sosial penduduk tempatan secara meluas. Barang-barang yang diimport
dari negara-negara maju, terutama dari barat sentiasa diberi nilai tinggi. Berikutan dengan ini
maka barang-barang yang diimport selalu berharga lebih tinggi berbanding dengan barang-
barang tempatan.

Budaya Kolonial

Matlamat kolonial campur tangan politik di negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Bagi
mengisi kepentingan itu maka berlaku perubahan dalam politik dan pentadbiran, pendidikan,
teknologi, dan sosial. Pemerintah kolonial menumpukan kepada pembangunan ekonomi, seperti
lombong bijih dan perladangan dan berkaitan dengan itu penyediaan kemudahan asas dan
pembangunan pusat pelabuhan dan bandar-bandar turut diberikan perhatian. Pembangunan
ekonomi yang berasaskan ekonomi kapitalis, berlaku kemasukan modal dan teknologi dari barat,
serta tenaga buruh dari India dan China. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial
itu berbeza daripada tradisi kehidupan orang Melayu. Pembangunan yang membawa perubahan
itu dianggap sebagai pembaharuan dan kemajuan dalam konteks kemodenan. Kesannya itu turut
membawa perubahan kepada perkembangan budaya.

Walau bagaimanapun, pemerintah kolonial tidak mempunyai rancangan pembangunan untuk
membawa perubahan kepada orang Melayu. Malahan, mereka berusaha mengekalkan orang
Melayu dalam sektor tani. Pemisahan kumpulan-kumpulan ethnik dalam sektor berbeza di
negara ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku kekacauan yang boleh mengganggu kegiatan
ekonomi mereka.

Walaupun orang Melayu tidak terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan kolonial,
seperti pembangunan bandar-bandar moden itu, tetapi orang Melayu turut menerima kesan
pembangunan kemodenan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu.

Pemerintah kolonial berusaha memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial kolonial yang
berasaskan kemodenan dan budaya kolonial di kalangan golongan elit, terutama elit Melayu
yang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan kolonial di negara ini. Pendidikan
Inggeris yang diberikan tumpuan kepada anak-anak golongan elit atau bangsawan Melayu oleh
pemerintah kolonial didapati berjaya membawa perubahan nilai, sikap dan pemikiran golongan
itu untuk terus menyanjung dan menghormati pemerintah kolonial. Bahasa dan budaya kolonial
amat dipandang tinggi dan dihormati, dan itulah juga yang dianggap membawa kemodenan
kepada negara ini.22

Untuk membangunkan bandar-bandar moden sebagai pusat pembangunan ekonomi, pemerintah
kolonial menggalakkan berbagai-bagai jenis dan corak perniagaan di bandar-bandar itu. Dengan
itu bandar-bandar kolonial itu juga menjadi pusat perkembangan budaya kolonial, yang dianggap
sebagai moden.23 Pemerintah kolonial tidak memberikan tumpuan kawalan terhadap berbagai
kegiatan dagangan di bandar-bandar moden itu. Berikutan dengan itu bandar-bandar moden itu
turut menjadi pusat kegiatan maksiat yang dianggap bercanggah dengan nilai-nilai Melayu
Islam.24 Di samping itu berbagai-bagai unsur budaya popular dari barat berkembang pesat di
bandar-bandar moden itu. Nilai-nilai yang dipupuk di kalangan orang-orang bandar bahawa
budaya yang dibawa dari barat itu semuanya moden yang dikaitkan dengan kemajuan. Berbagai-
bagai jenis kegiatan seni dan mainan barat didapati semakin popular di bandar-bandar moden,
dan ini menjadi ikutan orang Melayu di bandar.25

Budaya Popular Moden

Bandar-bandar moden yang dibangunkan oleh pemerintah kolonial merupakan pusat
perkembangan ekonomi dan budaya. Bagi mengisi keperluan hidup penduduk bandar yang kian
meningkat, maka penawaran unsur-unsur budaya popular didapati semakin meluas. Sebagai
contoh, teater popular Melayu moden, iaitu Bangsawan yang pada mulanya berkembang di Pulau
Pinang didapati mendapat minat ramai. Ciri-ciri baru yang dibawa oleh teater itu dan sebagai
“urban product”, Bangsawan muncul sebagai teater popular moden yang ditawarkan secara
komersial dan berkembang luas.26

Pentas Bangsawan merupakan pusat perkembangan muzik dan nyanyian27, tarian dan jenaka di
samping drama28. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak lagi terikat
kepada tradisi. Seniman di pentas Bangsawan berusaha melahirkan sesuatu yang baru, yang
menyatakan kemodenan bagi menarik penonton.

Bangsawan muncul sebagai teater popular adalah suatu perubahan dalam perkembangan budaya
popular Melayu. Bangsawan membawa pembaharuan, misalnya isu, komen dan kritik sosial
masyarakat Melayu semasa yang sedang mengalami proses perubahan, iaitu pengalaman
kemodenan mereka yang tinggal di bandar-bandar moden itu. Bangsawan membawa kemodenan
dan pembaharuan yang menjadikan teater itu popular. Oleh itu, Bangsawan membawa isu dan
persoalan tentang masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan.

Kemajuan teknologi barat yang dibawa oleh pemerintah kolonial, seperti piring hitam, radio dan
filem telah berjaya menyalurkan bahan-bahan budaya, terutamanya sebagai bahan hiburan orang
ramai. Berasaskan teknologi itu kemudian muncul industri yang berkaitan yang memberikan
peluang kepada orang Melayu turut terlibat dalam menyalurkan bahan-bahan budaya untuk
keperluan orang ramai, terutama orang Melayu. Teknologi moden itu memerlukan kepakaran
dan pengetahuan, yang menyebabkan industri itu dikuasai orang bukan Melayu. Orang Melayu,
seperti artis atau bintang-bintang yang terlibat hanya mampu memberikan sumbangan tenaga.29

Populariti bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden itu juga yang
membawa kepada kelemahan Bangsawan sebagai teater popular. Sedangkan bahan-bahan
budaya yang disalurkan melalui teknologi moden boleh sentiasa disesuaikan dengan perubahan
selera budaya orang ramai sebagai pengguna.

Dalam bidang mainan juga didapati penyebaran berbagai jenis mainan yang dianggap moden dan
maju itu kian meluas dan popular di kalangan orang Melayu. Berbagai-bagai bahan budaya
popular lain, seperti fesyen, perhiasan diri dan seumpamanya turut mempengaruhi kehidupan
orang Melayu.

Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian penting
keperluan hidup moden. Malahan keperluan terhadap bahan-bahan budaya popular itu juga
adalah penting dalam mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk meningkatkan
pencapaian ekonomi.

Struktur Sosial dan Budaya Popular

Adakala fenomenon budaya popular itu dapat dilihat sebagai menyatakan kelas sosial.30 Budaya
popular itu menyatakan golongan majoriti rakyat biasa, sedangkan golongan atasan dan golongan
menengah mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi sebagai menyatakan kelas
kelompok itu. Secara sedar atau tidak fenomenon ini memang berlaku dan didapati dalam
masyarakat di negara ini. Tetapi bahagian budaya elit itu tidaklah pula dominan. Selalunya
tradisi budaya elit itu dapat dipertahankan apabila kos atau harganya tinggi. Adakala berlaku
lambang-lambang budaya elit itu menjadi bahan popular apabila ia mampu dibeli dan dimiliki
ramai.

Pemisahan kelompok sosial Melayu berasaskan kelas yang dinyatakan oleh fenomenon budaya
itu sebenarnya tidak jelas dan pembahagian itu sebenarnya tidak mudah dilakukan. Tetapi
penyebaran budaya popular adalah meluas yang merintasi kelas sosial. Golongan kelas atasan
atau menengah juga turut menerima dan merupakan sebahagian khalayak budaya popular.

Berikutan pesatnya pembangunan bandar-bandar moden adakala tidak memberikan ruang kepada
unsur-unsur budaya Melayu tradisional atau tradisi budaya rakyat untuk turut berkembang. Oleh
itu, tradisi budaya itu dapat dipertahankan di kampung-kampung Melayu. Masyarakat tani
Melayu mempertahankan tradisi budaya rakyat itu, tetapi apabila proses modenisasi dan
urbanisasi pesat berlaku berikutan meningkatnya pembangunan di luar bandar, maka tradisi
rakyat itu tidak mampu dipertahankan lagi. Sebahagian tradisi rakyat itu semakin lemah
kedudukannya. Fenomenon budaya popular turut menjadi sebahagian kehidupan orang Melayu
di kampung.

Penyaluran dan Penyebaran Budaya Popular

Budaya popular tersebar luas, yang dipupuk oleh nilai-nilai moden, bandar dan maju. Orang
ramai sebagai pengguna bahan-bahan budaya telah melalui perubahan nilai-nilai sosial, dalam
pengalaman mereka mengalami proses modenisasi dan urbanisasi.31 Mereka terdedah kepada
penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular. Nilai-nilai sosial mereka yang dipengaruhi
perkembangan semasa sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang baru, moden
dan semasa.

Sistem perhubungan yang baik, terutama pembangunan teknologi telekomunikasi, seperti media
elektronik, media cetak dan penyediaan kemudahan asas yang semakin meluas mendedahkan
orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di luar bandar mengalami proses modenisasi dan
urbanisasi yang didedahkan oleh berbagai-bagai bahan budaya popular. Orang Melayu di semua
peringkat dapat menerima baik pembangunan dan perubahan yang berlaku di sekitar mereka.
Perkembangan ini memberikan kesan kepada perubahan nilai-nilai sosial, sikap, world-view dan
pemikiran anggota-anggota masyarakat.

Perkembangan pesat pendidikan moden turut mempengaruhi perubahan nilai dan sikap orang
Melayu. Mereka lebih terbuka dan menerima bahan-bahan budaya popular sebagai bahagian
keperluan hidup moden. Malahan budaya popular memainkan peranan dalam menyalurkan
maklumat dan pendidikan kepada ramai.

Pesatnya perpindahan orang Melayu ke bandar sejak DEB hingga kini, memberikan peluang
orang Melayu terlibat dalam berbagai-bagai lapangan kegiatan ekonomi bukan tani dan
seterusnya meningkatkan proses modenisasi dan urbanisasi. Oleh itu didapati bahan-bahan
budaya popular memainkan peranan penting dalam mengisi keperluan gaya hidup moden.

Perubahan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan atau kedudukan ekonomi turut
mempengaruhi gaya hidup orang ramai. Berkaitan dengan ini turut mempengaruhi penyebaran
dan perkembangan budaya popular.

Kesetabilan politik dan kesejahteraan sosial juga mempengaruhi penyebaran dan penyaluran
bahan-bahan budaya popular kepada ramai.
Perkembangan pesat media massa, iaitu media elektronik dan media cetak turut membawa
perubahan nilai dan pemikiran orang ramai. Media massa itu juga mendedahkan kira-kira 80%
daripada isi kandungannya berupa bahan-bahan budaya popular, baik bahan-bahan luar mahupun
bahan-bahan budaya tempatan.32 Suasana ini sudah pasti dengan mudah dapat mempengaruhi
orang ramai dengan gaya hidup moden. Bahan-bahan budaya popular merupakan suatu
keperluan kehidupan moden.

Penawaran bahan-bahan budaya popular dalam konteks masyarakat moden didapati lebih
dominan di kalangan orang-orang muda. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu lebih
banyak tertumpu di kalangan muda mudi. Berkaitan dengan ini perkembangan budaya muda
mudi yang popular di negara-negara maju turut mempengaruhi perkembangan budaya popular
tempatan. Adakala oleh kerana terdapat perbezaan nilai di antara orang dewasa dengan orang
muda, selalunya persoalan kejatuhan moral orang muda dikaitkan dengan budaya popular itu.33
Budaya popular selalu dianggap oleh golongan dewasa membawa nilai-nilai baru yang
merupakan kelainan daripada nilai-nilai tradisi dan Islam.

Budaya Popular dan Ekonomi

Budaya popular moden dapat tersebar luas apabila kegiatannya berasaskan kepada usaha
komersial. Unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya yang merupakan bahan-bahan
pengguna kepada orang ramai sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain.

Industri budaya melibatkan pengurusan yang tersusun bagi menjamin pulangan yang baik. Orang
Melayu pernah berjaya menawarkan Bangsawan secara komersial.34 Seterusnya artis-artis atau
seniman-seniman yang berkebolehan telah memberikan sumbangan dalam berbagai industri
budaya moden, seperti rakaman muzik dan nyanyian, filem, perlibatan dalam pementasan dan
persembahan yang dilakukan secara komersial. Budaya popular telah memberikan peluang
pekerjaan sepenuh masa atau sambilan, baik sebagai mereka yang profesional dalam sesuatu
bidang mahupun terlibat dalam industri budaya popular sebagai pekerja biasa. Malahan,
perkembangan budaya popular telah dapat memberikan kedudukan ekonomi yang baik kepada
bintang-bintang popular.

Pembangunan budaya popular itu juga turut memberikan sumbangan pendapatan kepada negara.
Ini tidak terbatas dalam industri budaya popular Melayu, malahan kemasukan bahan-bahan
budaya popular asing, terutama dari negara-negara maju turut memberikan pulangan ekonomi
kepada negara.

Kerajaan berusaha membantu kegiatan industri budaya popular tempatan atau yang diusahakan
oleh orang Melayu, yang bertujuan produktiviti bahan-bahan budaya tempatan itu dapat
ditingkatkan.35

Kini orang Melayu turut terlibat dalam berbagai-bagai industri budaya popular, seperti muzik,
nyanyian, filem, pementasan, majalah popular, sukan dan sebagainya. Namun, berbagai halangan
selalu mereka hadapi. Misalnya, kegiatan cetak rompak yang sukar untuk dikawal. Kerajaan
berusaha mengawal masalah ini agar kegiatan industri budaya popular, terutama yang
diusahakan orang Melayu dapat ditingkatkan.
Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja melibatkan pengurusan moden,
malahan usaha pemasaran juga perlu dilakukan secara berkesan. Penawaran bahan-bahan budaya
itu disertakan dengan berbagai cara promosi, seperti iklan. Peningkatan teknologi moden dapat
meningkatkan produktiviti dan meluaskan penyebaran pasaran. Kerajaan juga berusaha
mengawal persaingan dengan pasaran bahan-bahan budaya dari luar.

Penawaran bahan-bahan budaya popular dapat dilakukan sepanjang tahun, tanpa terbatas kepada
musim atau masa-masa tertentu sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Melayu
tradisional. Para pengguna memerlukan bahan-bahan budaya itu tidak mengira masa,
sebagaimana juga bahan-bahan pengguna yang lain.

Populariti sesuatu bahan budaya itu bergantung kepada sambutan atau permintaan para
pengguna. Adakala minat orang ramai itu dipengaruhi publisiti, promosi dan iklan yang
dilakukan oleh pengusaha. Tetapi orang ramai sebagai pengguna boleh memilih daripada
berbagai bahan budaya popular yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, publisiti
kerapkali mempengaruhi orang ramai. Umumnya, penawaran bahan-bahan budaya popular itu
mampu didapati orang ramai.

Budaya popular itu melahirkan bintang-bintang yang diminati ramai. Sesuatu bahan budaya itu
boleh menjadi popular berikutan dengan bintang-bintang popular mengambil bahagian. Sistem
bintang ini dapat memainkan peranan penting dalam menentukan turun naiknya penawaran
sesuatu bahan budaya itu.

Penawaran bahan-bahan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu terpaksa
bersaing di pasaran terbuka. Dengan terdapat persaingan itu di pasaran selalunya memberi
dorongan pula kepada pengusaha, artis atau seniman dan mereka yang terlibat untuk berusaha
melakukan pembaharuan, menyesuaikan dengan perubahan atau menghasilkan sesuatu yang
berlainan bagi menarik perhatian ramai. Persaingan itu juga mendorongkan pengusaha untuk
memperbaiki dan meningkatkan mutu sesuatu yang dihasilkan. Oleh itu budaya popular itu
sentiasa berubah menyesuaikan dengan selera peminat, di samping itu masing-masing pengusaha
dan seniman berusaha meningkatkan mutu bahan-bahan budaya.

Ekonomi dan Nilai-nilai Sosial

Pihak pengusaha dalam penawaran bahan-bahan budaya selalu mementingkan pulangan
ekonomi. Bagi tujuan itu selalu pula dikatakan pihak pengusaha kurang memberikan perhatian
tentang mutu seni, tetapi lebih mementingkan selera budaya orang ramai sebagai pengguna.36
Berkaitan dengan ini, orang ramai sebagai pengguna kini didedahkan kepada penawaran bahan-
bahan budaya di peringkat global. Persaingan dalam penawaran bahan-bahan budaya itu orang
Melayu juga dapat menilai dari segi mutu sesuatu bahan budaya itu. Mereka itu juga mempunyai
latarbelakang pendidikan yang mampu memberikan nilai terhadap sesuatu bahan itu. Oleh itu,
pihak pengusaha, artis dan mereka yang terlibat dalam penghasilan bahan-bahan budaya popular
berusaha menghasilkan sesuatu yang baik atau bermutu tinggi.

Adakala pihak pengusaha menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian ramai.
Mereka berusaha mengeksploit keinginan semula jadi manusia, seperti unsur seks,37 keganasan,
dan perlakuan atau kejadian luar biasa. Bahan-bahan budaya dari luar negara kurang
menimbangkan aspek moral dan etika berlandaskan Islam dan tradisi tempatan. Tetapi bagi
pengusaha tempatan, mereka sangat peka dan memahami nilai-nilai sosial tradisi Melayu dan
Islam. Di samping itu pihak berkuasa dan masyarakat Melayu sentiasa mengawasi
perkembangan bahan-bahan budaya popular Melayu supaya bersesuaian dengan budaya Melayu
dan Islam.

Selama ini pihak berkuasa berusaha mengawal kemasukan bahan-bahan budaya popular dari
luar, misalnya mengadakan sekatan dan penapisan bagi menjamin kesesuaian bahan-bahan itu
dengan nilai-nilai sosial tempatan dan Islam. Tetapi kini penyebaran bahan-bahan budaya dari
luar adakala tidak mampu diteliti oleh kerajaan. Misalnya, internet kini terdapat berbagai rupa
bentuk bahan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Usaha
mengawalnya kini tidak lagi berkesan. Tekanan dari luar seperti undang-undang tidak dapat
dilakukan secara menyeluruh. Oleh itu, usaha yang dapat dilakukan ialah dengan
memperkukuhkan ketahanan diri, terutama dengan meningkatkan pendidikan Islam di kalangan
muda mudi.

Tradisi Budaya Rakyat dan Budaya Popular

Pesatnya pembangunan yang dilalui orang Melayu telah membawa kepada meningkatnya
perkembangan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya
popular dari luar negara juga kian meningkat dan ini memberikan persaingan kepada
perkembangan budaya tempatan.

Penawaran bahan-bahan budaya popular berusaha menyesuaikan dengan citarasa budaya para
pengguna. Pengusaha industri budaya bekerjasama dengan artis atau seniman dan pemain yang
berusaha menghasilkan sesuatu yang baru, yang dapat menyatakan kemodenan dan kemajuan.
Sebagai bahan pengguna, bahan-bahan budaya sentiasa berubah, silih berganti. Mereka yang
terlibat dalam kegiatan yang berkaitan menumpukan sepenuh masa untuk menghasilkan sesuatu
yang baru.

Bahan-bahan budaya popular membawa nilai-nilai moden dan gaya hidup bandar yang
menyatakan perkembangan semasa sebagaimana yang diharapkan oleh orang bandar. Orang
Melayu yang pesat mengalami perubahan itu mahukan sesuatu yang dapat memberikan mereka
mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Bahan-bahan budaya popular memberikan
tumpuan kepada aspek itu dan itulah yang menentukan populariti sesuatu bahan budaya itu.38

Tradisi budaya rakyat yang terikat kepada tradisi tidak dapat bersaing dengan perkembangan
budaya popular. Peminatnya semakin berkurang, malahan mereka yang mahir dan berkebolehan
dalam berbagai-bagai jenis tradisi budaya rakyat semakin sukar didapati. Generasi muda yang
sepatutnya mengambil tempat meneruskan tradisi itu didapati sangat terbatas. Beberapa faktor
boleh dikaitkan dengan kemerosotan tradisi budaya rakyat,

Generasi muda tidak berminat kepada tradisi itu kerana mereka tidak dapat menghayatinya.
Mereka tidak mengenali dan tidak diberikan pendedahan kepada tradisi rakyat itu.
Perkembangan budaya popular itu memberi pilihan kepada orang ramai. Unsur-unsur tradisi
budaya rakyat tidak dapat menarik perhatian ramai, terutama ikatannya kepada tradisi
berbanding                      dengan                       budaya                   popular.
Perkembangan pendidikan dan teknologi moden turut mempengaruhi kelemahan tradisi rakyat.
Budaya popular membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan dan kemajuan, sedangkan budaya
rakyat          dianggap            tidak          menyatakan           nilai-nilai        itu.
Tradisi budaya selalunya berkaitan dengan kepercayaan warisan yang adakalanya dianggap tidak
sesuai                        dengan                          ajaran                    Islam.
Sebahagian daripada tradisi itu tidak lagi berfungsi atau tidak dapat memainkan peranan dalam
masyarakat                        Melayu                         moden                    kini.
Adakala tradisi rakyat itu bercirikan kedaerahan, yang tidak dapat difahami mereka dari luar
daerah.

Dalam kepesatan perkembangan bahan-bahan budaya popular itu, terdapat pula usaha untuk
mempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Dalam proses penyesuaian sebagai usaha komersial,
pembaharuan dilakukan. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat yang
baik di pasaran, dan penyebaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan
itu adalah meluas. Contoh lain, dikir barat yang dihasilkan dalam bentuk VCD, keset dan
sebagainya        turut      popular,         tetapi      penyebarannya       agak        terbatas.
Adakala unsur-unsur budaya rakyat itu disesuaikan dengan perkembangan teknologi moden yang
dihasilkan sebagai bahan budaya popular. Misalnya, terdapat usaha menggabungkan muzik
tradisi dengan muzik moden sebagai usaha kreatif bagi menghasilkan suatu muzik popular.
Dalam keadaan ini unsur budaya rakyat tradisi itu mulai luntur atau hilang nilai-nilai keaslian.
Namun, kaedah itu boleh dilakukan dengan tujuan untuk mempopularkan unsur-unsur budaya
rakyat. Tetapi bentuk atau unsur asli itu perlu dipertahankan agar keasliannya tidak hilang.

Tradisi budaya rakyat dalam bentuk asli itu perlu dipertahankan bagi mengawal nilai-nilai
keasliaannya. Budaya rakyat itu membawa nilai-nilai tersendiri yang menyatakan makna dan
pengertiannya. Tradisi budaya itu sebagai warisan budaya rakyat bukan sahaja merupakan
budaya ekspresif, malahan juga sebagai budaya simbolik. Daripada tradisi itu konteks aslinya
dapat difahami jiwa Melayu, misalnya dari segi ketinggian nilai seninya.

Pembinaan Budaya Kebangsaan

Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya
kebangsaan itu bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga
penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini.39 Melalui
budaya kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah dan
membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budaya
kebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang
dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan
perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapati
semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untuk
mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasa
dan budaya.
Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan serta
perlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budaya
kebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi menumpukan perancangan dan perlaksanaan budaya
kebangsaan itu,40 terutama pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat.

Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan perkembangan di peringkat
nasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional pribumi Malaysia. Dalam pemuliharaan dan
penggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan diberikan. Malahan ada usaha mendorongkan
generasi muda terlibat dalam kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak,
terutama pencinta-pencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkat
nasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan perkembangan seni
dan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan bengkel tentang berbagai warisan
tradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian oleh berbagai-bagai pihak.

Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda terhadap budaya
rakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah dinyatakan bahan-bahan budaya popular
sentiasa dapat menarik minat ramai. Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat itu
ditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi
mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular.

Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yang
menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi.41 Apabila
mereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat penting
untuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan
itu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat
membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiri
bangsa dan negara.

Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbangga
dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahan
budaya popular. Bahan-bahan budaya popular sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain
untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan
kepada kedua-dua fenomenon itu, maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagai
persaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu.

Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancangan
pembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.42
Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan,
iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kini
dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Memahami masalah yang
dihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai unsur seni tradisional adalah berkaitan
dengan masalah ekonomi. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu
tidak memberikan pulangan ekonomi sewajarnya. Mereka terpaksa bergiat dalam lapangan
berkaitan secara sambilan semata-mata berasaskan kepada minat.
Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyat
tidak memberikan pendapatan sewajarnya. Ini tidak dapat menarik minat generasi muda untuk
melibatkan diri. Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi muda
untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan budaya. Pelancongan
diharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada kegiatan budaya itu.

Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomenon budaya popular. Penawaran bahan-
bahan budaya kepada para pelancong itu dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industri
budaya yang berkaitan dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidang
kesenian. Usaha meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negara
lain didapati mampu meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau warisan
budaya rakyat tempatan.

Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia, didapati industri yang berkaitan
dengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan, terdapat badan-badan swasta dan
agensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan industri kraftangan tradisional
bumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni persembahan dan mainan tradisional tidak
mengalami pertumbuhan sebagaimana yang dijangkakan. Terdapat usaha komersial yang
dilakukan secara kecil-kecilan tetapi setakat ini tidak membuktikan kejayaan yang baik.

Perkembangan warisan budaya tradisi atau tradisi rakyat bagi tujuan industri pelancongan itu
terdapat pula kelemahannya. Unsur-unsur budaya yang ditawarkan itu, berasaskan kepentingan
komersial selalunya disesuaikan dengan citarasa budaya para pelancong. Atas kepentingan itu
didapati pihak pengusaha kurang memberikan tumpuan untuk mempertahankan mutu seni
sebagaimana dalam bentuk asalnya. Dalam seni persembahan sebagai contoh, persembahan
untuk pelancong yang tidak memahami konteks tradisi budaya tempatan, dilakukan semata-mata
untuk pelancong, tetapi tidak dipersembahkan dalam suasana sebenar sebagaimana yang menjadi
amalan dalam budaya itu.

Budaya Popular dan Budaya Kebangsaan

Dalam hasrat membina budaya kebangsaan itu, ruang lingkup budaya yang diliputi itu
sepatutnya tidak terbatas kepada warisan budaya tradisional atau budaya rakyat. Budaya itu
dinamiks. Budaya Melayu juga adalah dinamiks, yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan
perubahan yang dilalui masyarakat. Perkembangan budaya terkini itu kemudian akan menjadi
tradisi. Proses penciptaan dan penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian
daripada proses perubahan masyarakat dan budaya Melayu. Dengan itu juga dapat
memperkukuhkan kedudukan budaya Melayu. Masyarakat dan budaya akan terus dinamiks, iaitu
perubahan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan peradaban Melayu itu. Dalam konteks ini
penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada kemajuan budaya yang
dicapai masyarakat Melayu. Dalam konteks ini budaya kebangsaan itu perlu dibina atas warisan
budaya tradisi dan pembangunan budaya moden, iaitu budaya popular. Oleh itu dalam
penghasilan bahan-bahan budaya popular itu juga perlu mempertahankan mutu yang sewajarnya.
Bahan-bahan budaya popular itu juga tidak dapat dinafikan masih mempunyai mutu dan nilai-
nilai seni yang akan menjadi warisan budaya Melayu. Penghasilan budaya popular itu juga
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu
Identiti Melayu

More Related Content

What's hot

KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)Ashikin Azeman
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Muhd Hasrul
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnikkita1malaysia
 
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduan
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, PerpaduanKonsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduan
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduankhatijah1889
 
konsep-konsep asas hubungan etnik
konsep-konsep asas hubungan etnikkonsep-konsep asas hubungan etnik
konsep-konsep asas hubungan etnikRaJa MakSum
 
Individu, keluarga dan masyarakat
Individu, keluarga dan masyarakatIndividu, keluarga dan masyarakat
Individu, keluarga dan masyarakatMuchammad Susanto
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Struktur masyarakat-indonesia.selesai
Struktur masyarakat-indonesia.selesaiStruktur masyarakat-indonesia.selesai
Struktur masyarakat-indonesia.selesaiBagoes Prasetya
 
Topik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokTopik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokFadhlie Prinusas
 
budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia
budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysiabudaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia
budaya dan kepelbagaian kelompok di MalaysiaSheeAriep Areila
 
Presentation hubungan etnik
Presentation hubungan etnikPresentation hubungan etnik
Presentation hubungan etnikTeyha Mdiah
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikDatoknye
 
Organisasi Masyarakat
Organisasi MasyarakatOrganisasi Masyarakat
Organisasi Masyarakatpajinggahan
 

What's hot (19)

Bab2 010211
Bab2 010211Bab2 010211
Bab2 010211
 
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduan
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, PerpaduanKonsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduan
Konsep Asas Etnik, Budaya, Masyarakat, Perpaduan
 
konsep-konsep asas hubungan etnik
konsep-konsep asas hubungan etnikkonsep-konsep asas hubungan etnik
konsep-konsep asas hubungan etnik
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Individu, keluarga dan masyarakat
Individu, keluarga dan masyarakatIndividu, keluarga dan masyarakat
Individu, keluarga dan masyarakat
 
Struktur masyarakat indonesia
Struktur masyarakat indonesiaStruktur masyarakat indonesia
Struktur masyarakat indonesia
 
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Struktur masyarakat-indonesia.selesai
Struktur masyarakat-indonesia.selesaiStruktur masyarakat-indonesia.selesai
Struktur masyarakat-indonesia.selesai
 
Topik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokTopik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompok
 
budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia
budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysiabudaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia
budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia
 
Presentation hubungan etnik
Presentation hubungan etnikPresentation hubungan etnik
Presentation hubungan etnik
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnik
 
Organisasi Masyarakat
Organisasi MasyarakatOrganisasi Masyarakat
Organisasi Masyarakat
 

Viewers also liked

Mobile phones strictly allowed article
Mobile phones strictly allowed articleMobile phones strictly allowed article
Mobile phones strictly allowed articleLearn Politics
 
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11Ben Gran ISU Presentation 9-22-11
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11Ben Gran
 
ViM People - IP_Transfer
ViM People - IP_TransferViM People - IP_Transfer
ViM People - IP_TransferViMPeople
 
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1sp11bialystok
 
Fyltex Months Part 2
Fyltex Months Part 2Fyltex Months Part 2
Fyltex Months Part 2MarcelaLugo
 
Epid 1 kelompok 3 -alzheimer
Epid 1  kelompok 3 -alzheimerEpid 1  kelompok 3 -alzheimer
Epid 1 kelompok 3 -alzheimerNanda Restu
 
Audience profile
Audience profileAudience profile
Audience profilepaigepacex
 
Ordenado power point
Ordenado power pointOrdenado power point
Ordenado power pointCrx Irre
 
Manson Phu Facebook
Manson Phu FacebookManson Phu Facebook
Manson Phu Facebooka_downs13
 
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012Cgtmanresa Bages
 
Comber planing mills
Comber planing millsComber planing mills
Comber planing millsAsif Raza
 
África
ÁfricaÁfrica
ÁfricaExocek
 
二醫技三A 黃名君[1]
二醫技三A   黃名君[1]二醫技三A   黃名君[1]
二醫技三A 黃名君[1]輝 哲
 

Viewers also liked (20)

Crown
CrownCrown
Crown
 
Mobile phones strictly allowed article
Mobile phones strictly allowed articleMobile phones strictly allowed article
Mobile phones strictly allowed article
 
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11Ben Gran ISU Presentation 9-22-11
Ben Gran ISU Presentation 9-22-11
 
ViM People - IP_Transfer
ViM People - IP_TransferViM People - IP_Transfer
ViM People - IP_Transfer
 
1
11
1
 
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1
Kronika Świetlicy 2011/2012 semestr 2 cz.1
 
Fyltex Months Part 2
Fyltex Months Part 2Fyltex Months Part 2
Fyltex Months Part 2
 
Epid 1 kelompok 3 -alzheimer
Epid 1  kelompok 3 -alzheimerEpid 1  kelompok 3 -alzheimer
Epid 1 kelompok 3 -alzheimer
 
Audience profile
Audience profileAudience profile
Audience profile
 
Nacionalni parkovi
Nacionalni parkoviNacionalni parkovi
Nacionalni parkovi
 
Ordenado power point
Ordenado power pointOrdenado power point
Ordenado power point
 
Manson Phu Facebook
Manson Phu FacebookManson Phu Facebook
Manson Phu Facebook
 
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012
Revista Catalunya - Papers nº137. Març 2012
 
Comber planing mills
Comber planing millsComber planing mills
Comber planing mills
 
Friendly cities
Friendly citiesFriendly cities
Friendly cities
 
Thanks To God
Thanks To GodThanks To God
Thanks To God
 
Tarea 8
Tarea 8Tarea 8
Tarea 8
 
África
ÁfricaÁfrica
África
 
二醫技三A 黃名君[1]
二醫技三A   黃名君[1]二醫技三A   黃名君[1]
二醫技三A 黃名君[1]
 
Farsund digitalworkshop
Farsund digitalworkshopFarsund digitalworkshop
Farsund digitalworkshop
 

Similar to Identiti Melayu

Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa Puja Lestari
 
Komunikasi antar budaya 2
Komunikasi antar budaya 2Komunikasi antar budaya 2
Komunikasi antar budaya 2maneicon22
 
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASI
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASIGERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASI
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASIUniversity Of Cenderawasih
 
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptx
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptxfaktor penyebab perubahan sosial budaya.pptx
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptxSatriyaRafioPasha
 
Peran agama dalam perkembangan budaya
Peran agama dalam perkembangan budayaPeran agama dalam perkembangan budaya
Peran agama dalam perkembangan budayaBabyHenry
 
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diri
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diriBagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diri
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diriRaffy Mundung
 
Kepribadian (Sosiolog)
Kepribadian (Sosiolog)Kepribadian (Sosiolog)
Kepribadian (Sosiolog)Nadia Tsalisa
 
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap KepribadianPsokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap KepribadianIndri Indrutt
 
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)PAKLONG CIKGU
 
akulturasi dan asimilasi.pptx
akulturasi dan asimilasi.pptxakulturasi dan asimilasi.pptx
akulturasi dan asimilasi.pptxistiqomah88
 

Similar to Identiti Melayu (20)

Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa
Pancasila sebagai karakter dan identitas bangsa
 
BAB 3.pptx
BAB 3.pptxBAB 3.pptx
BAB 3.pptx
 
Komunikasi antar budaya 2
Komunikasi antar budaya 2Komunikasi antar budaya 2
Komunikasi antar budaya 2
 
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASI
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASIGERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASI
GERAK KEBUDAYAAN, PERUBAHAN SOSIAL, dan MODERNISASI
 
Slide-LSE-LSE-Slide-4.ppt
Slide-LSE-LSE-Slide-4.pptSlide-LSE-LSE-Slide-4.ppt
Slide-LSE-LSE-Slide-4.ppt
 
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptx
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptxfaktor penyebab perubahan sosial budaya.pptx
faktor penyebab perubahan sosial budaya.pptx
 
Bm-jati diri
Bm-jati diriBm-jati diri
Bm-jati diri
 
Tuesday
TuesdayTuesday
Tuesday
 
Peran agama dalam perkembangan budaya
Peran agama dalam perkembangan budayaPeran agama dalam perkembangan budaya
Peran agama dalam perkembangan budaya
 
Makalah multikulturalisme
Makalah multikulturalismeMakalah multikulturalisme
Makalah multikulturalisme
 
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diri
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diriBagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diri
Bagaimana cara kebudayaan mempengaruhi konsep diri
 
Pkn makalah identitas nasional
Pkn makalah identitas nasionalPkn makalah identitas nasional
Pkn makalah identitas nasional
 
Makalah kesenian
Makalah kesenianMakalah kesenian
Makalah kesenian
 
Ccu
CcuCcu
Ccu
 
Kepribadian (Sosiolog)
Kepribadian (Sosiolog)Kepribadian (Sosiolog)
Kepribadian (Sosiolog)
 
5. malaysia
5. malaysia5. malaysia
5. malaysia
 
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap KepribadianPsokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
 
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
 
akulturasi dan asimilasi.pptx
akulturasi dan asimilasi.pptxakulturasi dan asimilasi.pptx
akulturasi dan asimilasi.pptx
 

Identiti Melayu

  • 1. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara- malaysia-yang-berdaulat/identiti-masyarakat-dan-budaya- melayu/ Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu Identiti Individu Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara. Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya. Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat. Individu dan Budaya Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari dan menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah tidak terpisah daripada budayanya. Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakat dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya. Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya. Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggota masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum. Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya. Identiti dan Perubahan Budaya
  • 2. Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain. Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu. Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota- anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia. Identiti dan Prasangka Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat. Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan. Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina berasaskan kepentingan tertentu. Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain. Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, dan inilah yang dikatakan ethnocentric.
  • 3. Kelompok majoriti dan kelompok minoriti Kelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusaha mengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan identiti. Walaupun perubahan berlaku, tetapi kelompok itu berusaha mengekalkan identiti. Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunya dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untuk mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu, maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama identiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain. Krisis Identiti Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalam mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama. Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalam mengekalkan tradisi. Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu. Mencari dan Mengenali Identiti Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya, iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat. Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang
  • 4. tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya Melayu yang dianggap dominan. Identiti Sosial dan Identiti Budaya Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang lebih luas masyarakat itu membina identiti. Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah seperti dinyatakan di bawah: (1)Kekeluargaan dan perkahwinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan. (2)Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden. (3)Sistem kepimpinan dan politik – kedudukan pemimpin. (4)Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid. (5)Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya. Penempatan kampung – bandar. (6)Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan. (7)Pakaian, makanan. Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya, atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan. Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat. Pandangan Orang Luar tentang Orang Melayu Isabella Bird, (The Golden Chersonese, Oxford University Press) seorang pengembara Inggeris telah menceritakan tentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abad ke 19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukan kepada pekerjaan bertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggal di bandar. Rumah dan perkampungan mereka di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah mereka dibina agak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atas tiang, dinding rumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbung rumah dari daun nipah yang disirat. Bumbung rumah agak tinggi dan curam. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeza, kecuali tangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya dari batu. Rumah mereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu juga digunakan sebagai tempat tidur. Dalam rumah tidak banyak perabot. Tikar digunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasang renggang supaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makanan boleh disapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malam nyamuk di keliling dapat dihalau dengan memasang unggun api di bawah rumah.
  • 5. Didapati rumah Melayu itu membela monyet yang digunakan untuk memetik kelapa. Seterusnya Bird juga menerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga dan pembelot. Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalam aktiviti ekonomi seperti menganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka dari sutera atau kain kapas yang menutup bahagian lutut hingga leher. Rupa paras Melayu berkulit sawo matang, kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidung leper, mulut lebar dengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan pula disiput. Perempuan Melayu dikatakan malas bekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kain baju. Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Baju kebaya dikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas atau permata. Sanggul rambut atau siput rambut disematkan pin sanggul. Kain yang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yang diperbuat dari perak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarung dan baju Melayu dan di kepala mereka memakai destar. Undang-undang mereka adalah berteraskan undang-undang Islam. Bird juga memetik pendapat seorang pegawai Inggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itu lembut, halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Mereka sensitif dan sanggup membunuh untuk menjaga dan mempertahankan harga diri dan keluarga. Mereka beragama Islam dan cita-cita utama mereka ialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalangan mereka yang telah ke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahan seperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Mereka menghabiskan masa dengan mendengar muzik, cerita atau mengadakan ritual keagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dan setiap kariah terdapat 44 buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnya sendiri mesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang juga melaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kenduri sering diadakan seperti pada masa kelahiran, memotong jambul, perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduri ini lazimnya disembelih kerbau. Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percaya kepda hantu, pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh, orang Melayu percaya adanya hantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya. Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit, polong dan lain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan pula dalam bentuk wanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkan badan untuk pergi mencari darah perempuan yang baru bersalin. Orang Melayu juga percaya kesan azimat yang dipakai pada badan mereka. Bagi Bird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialah keris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diri atau kejantanan lelaki Melayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri. Orang mengamuk sekiranya harga dirinya dicemuh atau diperendahkan, ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamuk kerana pandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dan celaan tersebut. Orang Melayu mengikut F. Swettenham (“The Real Malay”) dalam Stories and Sketches by Sir F. Swettenham; selected and introduced by William Roff, Oxford University Press) adalah sebagaimana berikut ini: Untuk memahami orang Melayu dengan mendalam, Swettenham berpendapat, seseorang itu perlu tinggal di kalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminati
  • 6. kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandang serong terhadap prejudis mereka, bersimpati dan membantu mereka ketika mereka dalam kesusahan dan kalau boleh bukan sahaja berkongsi keseronokan mereka tetapi juga risiko yang mereka hadapi. Hanya dengan cara ini sahaja seseorang itu boleh memperolehi kepercayaan dan keyakinan orang Melayu. Melalui keyakinan ini sahaja seseorang itu akhirnya boleh memahami hati budi orang Melayu, terutama bersifat batiniah itu. Orang Melayu yang sebenarnya, adalah pendek, berbadan tegap dan gempal. Rambutnya lurus hitam, kulit sawo matang, hidung dan bibirnya tebal dan matanya cerah dan nampak cerdik. Tingkahlakunya lemah lembut dan mudah untuk didampingi. Orang Melayu bersifat curiga terhadap orang luar tetapi tidak menunjukkan sikap tersebut secara terbuka. Orang Melayu berani dan boleh dipercayai menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Walau bagaimanapun dia bersifat boros dan suka meminjam wang tetapi lambat membayarnya balik. Dia petah dan bijak bercakap, pandai berkias (dan mungkin juga menyindir), sering memetik peribahasa dan kata-kata hikmah, pandai melawak dan berjenaka dan sukakan kepada jenaka yang baik. Orang Melayu suka ambil tahu hal orang lain, terutama jirannya. Oleh itu orang Melayu dikatakan kuat gosip atau suka menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu beragama Islam dan pada pendapat Swettenham ini menyebabkan mereka bersifat fatalistik, iaitu percaya kepada qada’ dan qadar (nasib dan rezeki ditentukan Allah). Tetapi pada masa yang sama mereka juga percaya kepada perkara-perkara karut dan tahyul yang bertentangan dengan Islam. Dia tidak minum arak dan jarang sekali menghisap candu tetapi dia amat minat berjudi, sama ada menyabung ayam ataupun permainan-permainan yang ada elemen pertaruhan. Secara semulajadi orang Melayu adalah ahli sukan. Mereka suka dan berminat menangkap dan menjinakkan gajah. Mereka juga merupakan seorang nelayan atau penangkap ikan yang cekap. Dari satu segi orang Melayu konservatif, bangga dan megah terhadap negerinya dan masyarakatnya. Mereka menyanjung adat dan tradisi lama masyarakat Melayu. Mereka takut kepada Raja, hormat dan tunduk kepada kuasa. Orang Melayu memandang rendah kepada sebarang pembaharuan dan seboleh-bolehnya akan menolak sebarang pengenalan kepada perubahan secara mendadak. Sebaliknya, jika mereka diberi masa untuk memeriksa dan menelitinya dan perubahan tersebut tidak dipaksa ke atas mereka, mereka boleh diyakinkan tentang keuntungan dan faedah yang boleh dicapai melalui pembaharuan-pembaharuan tersebut. Orang Melayu cepat mempelajari ilmu yang diajar kepadanya. Bagi Swettenham, sekiranya orang Melayu ingin dan juga bercita-cita tinggi dia boleh menjadi seorang mekanik yang baik. Walau bagaimanapun orang Melayu malas. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan yang teratur di dalam hidupnya. Dia tidak tahu tentang ketepatan masa termasuk juga waktu makannya. Padanya waktu itu tidak penting. Rumah orang Melayu tidak tersusun dan kotor tetapi dia mandi dua kali sehari. Dia juga suka berhias dan memakai pakaian yang kemas. Orang Melayu tidak toleran kepada sebarang penghinaan. Baginya malu yang diterima hanya boleh dibersihkan dengan darah. Dia akan masam muka dan memendam rasa apabila kewibawaannya dan maruahnya tersentuh atau terguris sehingga dia dirasuk oleh perasaan hendak membalas dendam. Jika dia tidak dapat membalas pada orang berkenaan atau berkaitan dia akan mengancam orang pertama yang ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Inilah yang dikatakan amuk. Semangat kesukuan kuat di kalangan orang Melayu. Dia taat dan setia kepada Raja, Penghulu dan pemimpin. Pemberian kurnia oleh Raja kepada rakyat dan pemberian hadiah dari rakyat kepada Raja adalah satu amalan yang biasa.
  • 7. Walaupun orang Melayu beragama Islam dan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolak agamanya, orang Melayu bukannya menganggap agama orang lain rendah. Dia juga bukan seorang hipokrit. Kehidupannya akan menghadapi kitaran hidup berikut: Pada masa kecil dia dijaga dengan baik, dia tidur bila dia suka dan makan apabila dia merasa lapar (elemen masa tidak penting). Dia jarang dipukul atau dirotan, oleh itu dia jarang menangis. Pada umur 15 atau 16 tahun dia rajin belajar dan dihantar mengaji Qoran walaupun mengaji dalam bahasa yang dia tidak faham. Pada umur di antara 16 hingga 25 tahun dia harus dielakkan kerana pada peringkat umur ini dia suka bersuka-sukaan, berfoya-foya, boros, pemurah, suka berjudi, banyak terikat dengan hutang, sering terlibat dalam melarikan isteri jirannya dan suka menonjol-nonjolkan dirinya. Selepas itu jika dia tidak meneruskan dengan perangai buruknya, dia akan cuba, dengan bantuan orang-orang yang lebih tua darinya, berusaha memantapkan kedudukan sosialnya. Jadi, apabila dia mencecah umur 40 tahun dia akan menjadi seorang manusia yang bijak (dan berpengalaman). Anak perempuan pula dibiarkan hidup bebas sehingga umur 5 tahun dan kemudian diberi pakaian yang sempurna. Sejak itu dia dididik dan diasuh dalam membantu kerja-kerja rumah dan dapur. Dia juga diajar turun ke sawah. Tujuannya untuk menyediakan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Pada peringkat umur 15/16 tahun dia sukakan pakaian yang cantik dan juga sudah tahu memakai barang-barang kemas. Gadis yang belum kahwin diasuh dan diajar bagi mengelakkan dari mengadakan hubungan dengan lelaki yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Selepas berkahwin orang perempuan Melayu mendapat kebebasan yang seluas-luasnya. Orang Melayu amat mementingkan bangsa dan keturunan. Lelaki Melayu boleh kahwin empat dan boleh menceraikan isteri/ isteri-isteri dan menggantikan mereka dengan isteri yang baru. Sekiranya dia mampu dia akan menggunakan kesempatan ini tetapi lelaki Melayu jarang-jarang mempunyai empat orang isteri pada satu masa. Orang Melayu mengikut pandangan Hugh Clifford (“The Pople of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung) diterangkan di bawah ini. Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam. Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka: kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang. Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja. Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan
  • 8. ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda. Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja- kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri. Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka. Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma. Orang Terengganu pula jauh berbeza daripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakan keamanan dan keharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan dan perdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untuk mencari rezeki tanpa diganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkan sikap taksub dan taat setia membabi buta seperti yang ditunjukkan oleh orang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksa menanggung bermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Diraja mereka sendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untuk belajar, berdagang dan bertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalam suasana buku, duit dan tawar menawar perniagaan dan perdagangan. Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutu barang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan harga barangan yang hendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. Orang Terengganu dilahirkan dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Dia boleh dan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segan dan silu ataupun malu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yang paling terkenal di Tanah Melayu. Sekiranya seorang kanak-kanak Pahang dibesarkan dalam suasana perang atau khabar angin tentang peperangan, dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorang pahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanak Terengganu. Walaupun lelaki Terengganu memakai senjata tetapi dia kurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Keris yang dipakai hanya sebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggi mereka yang berpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu. Jelasnya orang Terengganu memuliakan mereka yang berpelajaran dan berilmu sama ada yang menguntungkan mereka di dunia mahupun akhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagai pengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. Pandangan Clifford ini mungkin tidak adil kerana mencintai keamanan dan tidak suka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut. Sebaliknya ia menggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakat yang madani. Walau bagaimanapun prestasi dan imej orang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orang Melayu lain, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu. Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koran sebelum akil baligh lagi.
  • 9. Pada masa yang sama mereka juga tahu menulis dan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganu adalah masyarakat yang mementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenal kerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan seperti barangan tembaga, senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yang terbaik, tercantik dan terhalus di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kain dan songket mereka. Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya, serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagai barangan tempatan yang dihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segi pakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbeza dari orang Pahang. Kita boleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walau bagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya. Namun begitu, sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orang Terengganu itu lebih kemas sesuai dengan kerja mereka sebagai peniaga dan pedagang. Orang Kelantan juga mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Bagi mereka yang berjumpa dengan orang Kelantan buat kali pertamanya mungkin tidak akan faham tentang tutur-katanya. Orang Kelantan juga tidak faham bahasa orang lain kecuali dialeknya sendiri. Rupa atau paras orang Kelantan serupa sahaja; tidak begitu bersih baik dari segi rupa mahupun perangai. Walau bagaimanapun dia mempunyai temperamen yang baik dan sentiasa bergembira. Orang Kelantan kuat dan gagah. Mengikut Clifford, ada orang Kelantan yang boleh memecahkan pintu dengan kepalanya. Contohnya, seorang lelaki yang diberi gelaran Awang Kepala Keras. Selain itu, dia juga boleh memikul beban yang berat, mengayuh perahu untuk beberapa jam dan boleh melakukan kerja lebih dari orang Melayu lain. Tingkahlaku orang Kelantan agak kasar dan tidak sensitif seperti orang Melayu lain. Mereka kurang prihatin terhadap perasaan orang lain. Orang Kelantan berani tetapi beraninya membabi buta tanpa memikirkan akan bahaya yang mungkin dihadapi. Bagi masyarakat lain di Pantai Timur (orang Pahang dan Terengganu) watak baik orang Kelantan ditenggelami oleh reputasi orang Kelantan sebagai pencuri, perompak atau penceluk. Semasa merompak mereka dikatakan menggunakan senjata tajam yang dikenali sebagai parang jengok. Perempuan Kelantan lebih menonjol dari wanita-wanita lain di Tanah Melayu. Mereka sering kelihatan di pasar sama ada meniaga atau membeli. Mereka senang bertutur mesra dengan semua orang dan tidak menunjukkan sifat-sifat malu yang lazim ditunjukkan oleh perempuan Melayu yang lain. Ada kalanya kemesraan mereka khusus dengan pelanggan lelaki bersifat `flirtatious’ atau kemanja-manjaan. Di Kelantan, lelaki dan perempuan, lain cara berpakaian mereka jika dibandingkan dengan orang Melayu lain. Orang lelaki Kelantan tidak memakai baju atau seluar sebaliknya mereka lebih selesa memakai sarung. Kain sarung diikat singkat hingga ke lutut dan apabila duduk lutut mereka terdedah. Orang perempuan Kelantan pula suka berkemban dan bahagian bahu dan dada sering terdedah. Cara berpakaian begini membuat orang lain menganggap orang Kelantan tidak beradat dan beradab sopan. Sebelum tahun 1888 orang Kelantan takut ke Pahang kerana orang Pahang menganggap orang Kelantan itu hanya layak untuk menajamkan matakerisnya sahaja. Dalam perkataan lain orang Kelantan itu baik dibunuh sahaja. Seperti orang Melayu lain di Pantai Timur, orang Kelantan juga suka berjudi sama ada berlaga ayam, kambing atau kerbau. Pada keseluruhannya bagaimanakah agaknya cara hidup orang Pantai Timur? Mengikut Clifford, di Kelantan, Terengganu dan Pahang, cara hidup mereka hampir serupa. Di kawasan pendalaman rakyatnya lebih lurus dan amanah, lebih rajin, mengalami prubahan yang sedikit dan hidup mereka sehari-hari berkisar kepada saraan hidup semata-mata. Mereka juga cepat tua. Mereka
  • 10. bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidup mereka mudah dan sudah pasti membosankan. Hidup mereka sederhana dan kebanyakan mereka tidak mampu untuk kahwin lebih dari satu. Penduduk yang tinggal di tepi pantai pula berbeza. Gosip dari istana, cerita-cerita tentang keberanian pahlawan, perbincangan tentang ilmu dan sebagainya memenuhi masa hidup mereka. Bagi golongan remaja lelaki, dayang-dayang dan gundek-gundek Raja keadaan dan pergaulan yang bebas menambahkan lagi kenakalan remaja mereka. Walaupun risikonya tinggi, golongan remaja ini jarang-jarang mahu melepaskan peluang tersebut. Mereka yang didapati berkendak dengan gundek Raja bolah dihukum bunuh. Orang Melayu mengikut pandangan Munshi Abdullah (Kisah Pelayaran Abdullah : diselenggarakan oleh Kassim Ahmad). Pelayarannya ke Kelantan, Abdullah telah sempat juga singgah di Pahang (Pekan) dan Terengganu (Kuala Terengganu). Sebagai seorang etnografer dia telah mencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tiga buah negeri di Pantai Timur ini. Catatannya ini menarik jika kita bandingkan perbezaan dan persamaan pandangan tersebut dengan apa yang ditulis oleh Hugh Clifford. Mengikut Abdullah, negeri Pahang seperti sebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidak terdapat sebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalan kaki. Abdullah percaya negeri Pahang kaya dengan hutan sebab penduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam dengan pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanah Pahang subur. Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknya hanya 10 orang sahaja yang nampak berkerja. Yang lainnya, sama ada lalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkin maksud Abdullah, mencuri atau menjadi samseng kampung). Setiap lelaki Pahang ada sekurang- kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya. Tabiat lelaki Pahang ialah suka melawar sahaja. Gemar memakai seluar dan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malas bekerja atau tidak mahu berusaha. Kebanyakan mereka kurus kering keana mereka juga suka menghisap madat atau candu. Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yang ketagih candu. Rumah mereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup, rumah mereka ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua rumah tersebut didirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumah mereka semak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun kerana rumah-rumah yang didirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapat sebuah rumah di sini dan sebuah rumah di sana. Ada rumah yang dibina dalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai. Ada kawasan rumah yang dipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan di bawah rumah selalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumah dapur akan terdapat kelimbahan atau lopak air yang bertakung dan menjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yang mencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pinggan mangkuk makan dibasuh. Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk kerana tidak terdapat longkang untuk mengalirkan air yang bertakung itu. Di bawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atas rumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untuk menghalau nyamuk. Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Pakaian di atas rumah juga akan menjadi hitam disebabkan asap dan jelaga. Tanaman yang banyak ditanam di sekeliling rumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit. Terdapat juga sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisang dijual tetapi hasil kebun ini datangnya dari kawasan hulu negeri. Orang Pahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau, lembu, ayam dan itik. Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidup masyarakat tani (peasang) atau masyarakat kampung yang di samping bercucuk tanam dan berternak untuk saradiri juga menghasilkan tanaman kontan. Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor
  • 11. dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemaran gagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yang bersepah. Hasil dagangan Pahang yang terbesar ialah emas dan timah. Ada juga penduduk yang menghasilkan sutera. Ada juga antara mereka yang ke hutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yang digunakan di Pahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit. Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya mereka adalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal nama mereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran ini juga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengan golongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja. Mereka bertengku dan berhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dari yang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampak jelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan cara hidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atau perkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu. Mereka tinggal di tepi pantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantar mengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namun demikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkan nescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang. Di Pahang, seperti di negeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakan pemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hamba Raja. Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadap Sultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepada sultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti oleh orang ramai. Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukul anak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakan oleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang. Oleh kerana mereka dilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranya mereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba raja tadi. Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Sula dilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya. Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagai keris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitu kawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akan ditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut. Rakyat Pahang dikatakan takut hendak mengubah cara hidup mereka, terutama taksub kepada golongan raja kerana takutkan daulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang mashur tetapi sekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin. Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang dan ditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu dan menjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannya hidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya. Rakyat takut dan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akan diminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkan semangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.
  • 12. Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka pada waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yang istimewa dalam masyarakat Melayu. Apabila melalui istana dan perkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama sekali. Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaian serba kuning. Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh. Dia bertanya, mengapa tidak dilarang burung terbang di atas istana, atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat menggigit raja dan sebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapan madat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja. Sepatutnya raja menjadi contoh, teladan dan role model untuk rakyat tetapi di Pahang dan Terengganu sebaliknya berlaku. Golongan raja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa, bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlak mulia bagaimanakah pula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagih madat jarang mementingkan kebersihan dirinya. Pakaian mereka kotor dan berdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak dibasuh. Baju mereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidak bersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari. Jalan-jalan dan lorong-lorong di sekitar pekan didapati kotor dan penuh dengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut juga sering becak. Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dan tidak sama. Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Ada rumah yang membelakangi jalan ada yang mengiring jalan dan terdapat juga lorong-lorong yang sempit yang hanya muat untuk seorang lalu sahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Atap rumah pula dipasang tinggi. Keliling rumah kotor dan di bawah rumah terdapat banyak sampah sarap. Di bawah rumah dapur pula terdapat kelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyak sabut yang diperun pada waktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanam banyak pokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah. Di pasar terdapat ramai peniaga barang-barang makanan tetapi kesemua mereka perempuan. Barangan makanan yang dijual adalah penganan, cucur, pisang rebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya. Terdapat perbezaan di antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuat dari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumah tersebut diberi tembok tetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludah sirih dan juga lumut. Di Terengganu juga banyak ditanam pokok limau yang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murah harganya. Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidak suka memakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yang busuk-busuk seperti tempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dan sebagainya. Di Terengganu juga tiada tempat atau sekolah orang mengajar Bahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanak belajar mengaji. Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di mana perkataan yang berakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya, ikan = ikang, tuan = tuang, bulan = bulang, makan = makang dll. Walau bagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya. Di Terengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakan ada 4-5 campak buang (lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas (pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecuali memikul senjta-senjata ini ke hulu ke hilir. Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannya rajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu juga rakyat takut hendak mengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takut nanti diminta atau dirampas atau dirompak oleh golongan raja. Abdullah risau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga, anak-anak di rumah akan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yang akan jadi pada generasi akan datang?
  • 13. Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7 batang campak buang di samping parang lading atau chenangkas atau pedang. Sebilah keris juga lazimnya tersisip di pinggang. Ada juga di kalangan mereka yang membawa senapang. Warna kulit mereka semuanya hitam. Tanah perkampungan orang Kelantan subur dan ditanam penuh dengan nyiur, durian dan buah-buahan tempatan yang lain. Terdapat juga binatang ternakan seperti lembu, dan kerbau yang gemuk-gemuk. Di pasar penuh dengan perempuan yang berniaga. Seperti di Terengganu, di pasar terdapat juga makanan busuk-busuk yang disukai orang tempatan seperti budu, ikan asin, siput asin dll. Orang tempatan tidak banyak makan daging tetapi sebaliknya suka makan ikan yang banyak terdapat di perairan negeri itu. Abdullah disuruh makan timun tetapi apa yang dipanggil oleh orang Kelantan timun itu adalah tembikai. Kenderaan Raja Kelantan adalah gajah. Abdullah menghadap raja, dikeluarkan tempat sirih dahulu dan dia disuruh makan sirih sementara menunggu raja santap. Raja Kelantan pada waktu itu berwajah rendah, hitam manis, tubuhnya gempal, mukanya bulat dan hidungnya mancung. Rambutnya mencecah bahu. Pada pinggangnya tersisip sebilah keris. Keadaan kampung tidak tersusun. Sampah-sarap berselerakan menyebabkan alam persekitaran berbau busuk. Orang Kelantan, sama ada raja mahupun rakyat tidak memakai kasut. Di Kelantan terdapat ramai perempuan jalang yang dikenali sebagai orang bujang. Apabila waktu petang mereka datang menghampiri perahu. Mereka datang berkemban dan memakai sanggul lintang. Pada rambut mereka diletakkan bunga melor yang telah dikarang. Bagi orang Kelantan pekerjaan ini tidak dianggap hina. Mengikut Abdullah, “adat dalam negeri tiada menjadi hina pekerjaan itu”. Kebanyakan orang Kelantan juga suka menyabung dan berjudi. Mengikut Abdullah, dari 100 orang hanya 2 sahaja yang mengikut perintah Allah seperti sembahyang. Rakyat taat kepada sultan. Apabila sultan berperang sama sendiri (perang saudara kerana berebut takhta) rakyat dikerah untuk berlawan. Mereka membuat kubu dan terpaksa membawa bekalan makan sendiri kerana raja tidak menyediakan makanan untuk mereka. Anak bini di rumah dibiar mencari nafkah sendiri. Rakyat yang dikerah berperang juga terpaksa bawa senjata sendiri kerana raja juga tidak membekalkan mereka dengan sebarang senjata. Peperangan ini biasanya memakan masa berbulan-bulan kerana masing-masing pasukan akan hanya melepaskan beberapa das tembakan dari kubu mereka setiap hari. Peperangan ini menguji ketahanan mental dan juga bekalan makanan masing-masing pasukan. Apabila makanan habis rakyat yang dikerah akan balik ke rumahnya untuk menyediakan bekalan makanan bagi jangka masa berikutnya. Di Sabak (sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai) rakyat rata-rata miskin. Kain baju mereka compang-camping. Kepala mereka gondol. Pekerjaan penduduk ialah memukat dan bertanam padi. Tempat tinggal mereka merupakan pondok, atap dan dindingnya dibuat dari daun nipah. Lantai pula jongkang-jongkit. Kawasan rumah busuk, bau ikan dan sampah sarap yang bertimbun-timbun. Sawah mereka luas dan bersih. Di sawah terdapat beratus-ratus ekor kerbau dan lembu. Raja Kelantan disifatkan zalim oleh Abdullah. Rakyat sering dianiaya. Rakyat sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja tetapi makan minum rakyat tersebut laki-bini tidak diberi. Sebaliknya, perahu, tanaman dan ternakan akan diambil (rampas) oleh raja mengikut sesuka hatinya. Begitu juga dengan anak- anak perempuan yang cantik akan diambil oleh raja untuk menjadi gundeknya
  • 14. http://pgsdunnes2008.wordpress.com/page/17/ Bahasa dan budaya Edwad sapir dan Benjamin Lee Whorf (dan oleh karena itu disebut hipotesis Sapir-Whorf) yang menyatakan bahwa bahasa mempengaruhi kebudayaan. Atau dengan bahasa itu mempengaruhi cara berpikir dan bertindak anggota masyarakat penuturnya. Karena eratnya hubungan antara bahasa dengan kebudayaan ini, ada pakar yang menyamakan hubungan keduanya itu sebagai bayi kembar siam, dua hal yang tidak bisa dipisahkan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama Fungsi Agama Kepada Manusia Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah: Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia. Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t). Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia. Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Memainkan fungsi kawalan sosial. Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
  • 15. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/budaya/ BUDAYA Budaya Popular dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya Melayu Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju.
  • 16. 1. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global. 2 Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Perbincangan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagai suatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budaya Melayu. 3 Selain itu, perbincangan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya popular dalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial. Perbincangan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaan dan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu. Konsep dan Pemikiran Fenomenon Budaya Popular Fenomenon budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh anggota-anggota masyarakat. 4 Dalam konteks yang lebih khusus konsep “budaya” dalam budaya popular itu merujuk kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik. 5 Unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama, dan dengan ini menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama. Majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada golongan muda, termasuk golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya merupakan fenomenon popular di kalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusaha budaya popular itu menumpukan sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada golongan muda mudi itu. Walau bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar secara meluas meliputi semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan kelompok itu. Konsep budaya popular tidak boleh dianggap membawa maksud yang sama dengan budaya massa.
  • 17. 6 Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melalui media massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya massa itu, yang tersebar meluas melalui media popular turut diminati ramai dan menjadi sebahagian daripada budaya popular. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi, peranan media massa itu amat penting dalam membina fenomenon budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu mendorongkan kepesatan perkembangan budaya popular. Budaya popular sebagai fenomenon budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan dinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakat itu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalangan remaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular dengan rendahnya penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat. 7 Persoalan seperti itu akan diperkatakan dalam kertas ini. Walau bagaimanapun, budaya popular kini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhi semua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Budaya popular itu tersebar luas, merintasi kelas atau kelompok. Perkembangan Budaya Popular Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden di Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh pemerintah kolonial.8 Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan fenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular. Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan kemunculan budaya popular Melayu. Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.9 Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan, mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi keperluan orang ramai.10 Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga
  • 18. membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan, dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan- bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan. Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusaha menguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lain juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalah selaras dengan cita rasa budaya orang ramai.11 Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui proses modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untuk menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagai komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial.12 Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluang pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu.13 Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru masyarakat moden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan terhadap budaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak lagi bertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional. Budaya popular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara yang merupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagian daripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju. Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggi boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat. Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas. Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang lebih mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat. Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan penghasilan industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya menjadi
  • 19. tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar- besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini unsur-unsur budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan yang lain juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan dagangan. Bahan- bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya berbagai-bagai kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa. Industri budaya dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati semakin digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam membolehkan penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas dalam pasaran. Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada kelas sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup kelompok- kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara sub-budaya dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita berusaha menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok sosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasi kelompok-kelompok sosial.14 Kandungan Budaya Popular Dalam masyarakat Melayu tradisi berbagai jenis budaya rakyat diminati ramai dan dapat dianggap budaya popular tradisi.15 Ini termasuklah berbagai-bagai jenis seni dan mainan yang tersebar luas. Kegiatan seni dan mainan itu memberikan anggota-anggota masyarakat hiburan, pengisian masa lapang, keseronokan, dan penghayatan seni. Di samping itu berbagai-bagai jenis tradisi rakyat itu mempunyai fungsi dan peranan yang lebih penting, seperti ritual mengubat penyakit, perlakuan keagamaan dan sebagainya.16 Tradisi budaya rakyat sebagai budaya popular tradisional yang ekspresif dan simbolik menyatakan gaya hidup masyarakat Melayu masa lalu. Melaluinya masyarakat menyampaikan maklumat, sindiran dan kritik sosial di samping peranannya yang ekspresif dan simbolik. Dalam masyarakat moden, penawaran bahan-bahan budaya popular itu terdapat kepelbagaian, dan fungsi atau peranannya juga boleh ditinjau dalam berbagai konteks. Peranan budaya popular moden itu tidak terbatas setakat hiburan sahaja. Ini akan dibincangkan dalam teks seterusnya. Kini, budaya popular moden itu termasuk muzik dan nyanyian, drama, filem, tarian, jenaka, dan seumpamanya, baik yang disalurkan melalui media elektronik mahupun melalui teknologi lain. Selain itu, bahan-bahan bercetak seperti majalah popular17, novel, dan cerita-cerita popular lain
  • 20. didapati amat pesat perkembangannya. Permainan juga sebahagian daripada budaya popular yang pesat berkembang. Media elektronik dan media cetak sebagai contoh, pengisian utamanya ialah bahan-bahan budaya popular yang menyatakan masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan. Media elektronik menyalurkan antaranya, muzik dan nyanyian, filem dan drama, tarian, lawak jenaka, permainan, sukan, perlumbaan, masakan, pengembaraan, peraduan/tekateki, dan cerita- cerita sensasi/ganjil. Majalah popular adalah media cetak yang tersebar luas. Antara isi kandungan majalah popular itu termasuklah, gosip bintang-bintang popular dan tokoh-tokoh terkenal, cerita-cerita sensasi dan ganjil, termasuk cerita-cerita hantu, perhiasan diri dan penjagaan kecantikan serta kesihatan, perhiasan rumahtangga, cerita percintaan, ulasan filem, muzik dan nyanyian, hiburan semasa, pengembaraan dan melancong, fesyen, permainan, sukan, komik/jenaka dan umumnya gaya hidup moden dan bandaran. Adakala cerita dan gaya hidup kampung turut mendapat minat ramai, terutama mereka yang tinggal di bandar. Cerita-cerita khayalan, seperti cerita hantu, jin, mistik dan kejadian ganjil adalah juga bahan-bahan sensasi dalam perkembangan budaya popular. Budaya Popular Tradisional Fenomenon budaya popular dalam masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang baru.18 Tetapi kedudukan budaya popular tradisi yang telah lama berkembang dan diwarisi orang Melayu sejak zaman berzaman itu adalah berlainan daripada budaya popular moden. Unsur-unsur budaya ekspresif tradisional, seperti seni dan mainan didapati penyebarannya terbatas, iaitu bersifat kedaerahan oleh kerana sistem perhubungannya terbatas. Unsur-unsur budaya popular tradisional itu adalah tersebar dan berkembang di kalangan rakyat, atau dikenali sebagai tradisi budaya rakyat.19 Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional yang terdiri daripada golongan memerintah dan rakyat mempengaruhi struktur budaya, iaitu tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat. Tradisi budaya istana itu dapat dianggap mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi. Golongan itu yang mempunyai kekayaan dan kuasa berusaha mempertahankan tradisi budaya istana itu sebagai melambangkan kedudukan golongan bangsawan itu. Tradisi rakyat sebagai budaya popular tradisional menyatakan dengan jelas kedudukan sosial dan ekonomi golongan itu. Tradisi budaya rakyat itu jelas menyatakan sifat-sifat kedaerahan, misalnya suasana penyampaian, penggunaan bahasa dialek dan seumpamanya. Tradisi itu berkembang sebagai tradisi lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi sebagai usaha mempertahankan tradisi. Ikatan emosi kepada tradisi itu didapati tradisi itu dapat dipertahankan walaupun perkembangannya berasaskan minat dan penghayatan mendalam. Melalui tradisi itu kita dapat memahami dan menyelami pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Pemupukan nilai-nilai sosial didapati sangat berkesan dilakukan melalui tradisi itu. Selain itu, tradisi itu juga merupakan saluran komen dan kritik sosial.20 Tradisi budaya rakyat mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri dalam masyarakat, perlu diteliti peranannya tidak terbatas sebagai unsur seni dan mainan. Unsur-unsur budaya popular
  • 21. tradisi itu boleh diteliti kaitan atau hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Terdapat unsur-unsur budaya yang merupakan ritual berasaskan kepercayaan, seperti mantera, main dewa, main puteri dan seumpamanya. Unsur-unsur seni yang dipengaruhi Islam juga turut popular dalam masyarakat Melayu, seperti hadrah, marhaban, zikir dan nasyid. Populariti unsur-unsur budaya itu diperkukuhkan oleh ikatan emosional kepada tradisi, kepercayaan warisan dan Islam. Tradisi budaya rakyat itu mempunyai peranan dan kepentingannya dalam kehidupan masyarakat. Nilai-nilai seni tidak dapat dipisahkan daripada nilai guna sesuatu unsur tradisi itu. Populariti sesuatu tradisi itu berasaskan nilai-nilai sosial yang memberikan penekanan peranan dan kepentingannya dalam masyarakat. Pemisahan antara tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat itu tidaklah merupakan pemisahan yang jelas. Hubungan antara kedua-dua itu sangat rapat. Perbezaan itu boleh dianggap sebagai gaya hidup yang berlainan, tetapi sebagai tradisi budaya Melayu, masih dianggap tidak jauh berbeza. Suasana alam sekitar dan kehidupan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial membolehkan mereka menghasilkan tradisi budaya popular yang beranika ragam. Malahan dengan sifat kedaerahan dan pelbagai suku ethnik Melayu di alam Melayu yang luas itu, orang Melayu mewarisi kekayaan khazanah tradisi budaya yang amat berharga. Warisan tradisi budaya rakyat itu memerlukan penyelidikan mendalam, terutama untuk memahami struktur dalaman, iaitu aspek ekspresif dan simbolik.21 Kepentingan budaya rakyat dalam konteks masyarakatnya Unsur-unsur budaya rakyat pada umumnya mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteks masyarakat masa lalu. Unsur-unsur itu bukan sahaja bertujuan untuk memberikan hiburan atau mengisi keperluan yang lebih tinggi kepada ramai. Sesuatu jenis seni atau mainan seperti muzik, tarian dan teater merupakan saluran memupuk nilai-nilai sosial dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat dalam masyarakat yang buta huruf. Di samping segala itu ada kaitan dengan kepercayaan warisan, unsur-unsur itu juga mempunyai kaitan dengan ritual yang bertujuan untuk membawa kesejahteraan dan keharmonian hidup anggota-anggota kelompok. Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat di sebalik unsur-unsur budaya tradisi tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Tradisi ini mempengaruhi keseluruhan cara hidup orang-orang Melayu masa lalu. Segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan tersendiri dalam masyarakat, yang dapat difahami dan dirasai anggota-anggotanya. Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya proses modenisasi dan urbanisasi, nilai-nilai sosial dan world-view yang mereka warisi turut mengalami perubahan. Kedudukan budaya rakyat tidak dapat menyesuaikan dengan keperluan masyarakat moden yang mengalami perubahan itu. Unsur-unsur budaya warisan itu cuba disesuaikan dengan fungsi atau kepentingan baru tetapi umumnya didapati tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai. Dalam keadaan ini, kita dapati unsur-unsur budaya popular memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden. Melihat kepada perkembangan Islam atau proses islamisasi yang semakin mendalam dan meluas tidak dapat dinafikan bahawa itu juga membawa kesan yang menyeluruh kepada kedudukan
  • 22. budaya rakyat itu. Kepercayaan warisan yang menghidupkan unsur-unsur budaya rakyat itu kerapkali dianggap bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam. Perkara itu semakin dipandang serius, terutama di kalangan golongan muda. Mereka tidak menggalakkan unsur-unsur kepercayaan warisan itu terus berkembang. Anggapan demikian sudah pasti mempunyai kesan- kesan yang jelas kepada kedudukan budaya rakyat itu. Tetapi unsur budaya tradisi yang berteraskan kepada Islam, seperti nasyid dapat dipopularkan mengikut keperluan semasa. Lagu- lagu nasyid kini membuktikan popularitinya dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami perubahan. Perubahan sosio-ekonomi yang berlaku secara menyeluruh, mempengaruhi nilai orang ramai dalam memberi penekanan dan mengutamakan kepada kegiatan cari makan bagi memperbaiki kedudukan sosial mereka. Usaha memperbaiki ekonomi dapat memberikan kepuasan sosial, dan seterusnya dapat menjamin kedudukan sosial. Nilai-nilai yang lebih menekankan kepada kepentingan material, mendorongkan orang bersikap lebih mementingkan diri sendiri, bukannya tumpuan kepada kebajikan secara bersama. Sedangkan dalam masyarakat tradisional, kepentingan kelompok sangat ditekankan bagi menjamin keharmonian dan keseimbangan sosial sebagaimana yang dinyatakan dalam tradisi budaya rakyat. Generasi muda kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding dengan budaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampung-kampung selalu dianggap bersifat kekampungan. Misalnya, barang-barang kerajinan tangan yang dihasilkan oleh orang kampung selalu dianggap kurang mutu. Warisan tradisi itu dianggap mempunyai nilai-nilai yang rendah dan kurang fungsi dalam masyarakat moden. Sebaliknya penghasilan seni popular terutama dari negara-negara maju diberikan nilai tinggi. Nilai-nilai sosial demikian dipengaruhi budaya barat telah dapat diterima secara meluas oleh penduduk negara ini. Berasaskan kepada nilai-nilai sosial seperti ini, barang-barang penghasilan kraftangan Melayu kurang mendapat perhatian ramai dan ini membawa kesan kepada kegiatan kerajinan tangan tempatan. Barang- barang tempatan, seperti pertukangan tembaga, besi dan ukiran kayu yang indah kurang mendapat perhatian orang ramai, terutama generasi muda. Malah, batik tempatan selalu dianggap bermutu rendah berbanding dengan tekstil yang dibawa dari luar. Pandangan demikian mempengaruhi nilai-nilai sosial penduduk tempatan secara meluas. Barang-barang yang diimport dari negara-negara maju, terutama dari barat sentiasa diberi nilai tinggi. Berikutan dengan ini maka barang-barang yang diimport selalu berharga lebih tinggi berbanding dengan barang- barang tempatan. Budaya Kolonial Matlamat kolonial campur tangan politik di negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Bagi mengisi kepentingan itu maka berlaku perubahan dalam politik dan pentadbiran, pendidikan, teknologi, dan sosial. Pemerintah kolonial menumpukan kepada pembangunan ekonomi, seperti lombong bijih dan perladangan dan berkaitan dengan itu penyediaan kemudahan asas dan pembangunan pusat pelabuhan dan bandar-bandar turut diberikan perhatian. Pembangunan ekonomi yang berasaskan ekonomi kapitalis, berlaku kemasukan modal dan teknologi dari barat, serta tenaga buruh dari India dan China. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu berbeza daripada tradisi kehidupan orang Melayu. Pembangunan yang membawa perubahan
  • 23. itu dianggap sebagai pembaharuan dan kemajuan dalam konteks kemodenan. Kesannya itu turut membawa perubahan kepada perkembangan budaya. Walau bagaimanapun, pemerintah kolonial tidak mempunyai rancangan pembangunan untuk membawa perubahan kepada orang Melayu. Malahan, mereka berusaha mengekalkan orang Melayu dalam sektor tani. Pemisahan kumpulan-kumpulan ethnik dalam sektor berbeza di negara ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku kekacauan yang boleh mengganggu kegiatan ekonomi mereka. Walaupun orang Melayu tidak terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan kolonial, seperti pembangunan bandar-bandar moden itu, tetapi orang Melayu turut menerima kesan pembangunan kemodenan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu. Pemerintah kolonial berusaha memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial kolonial yang berasaskan kemodenan dan budaya kolonial di kalangan golongan elit, terutama elit Melayu yang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan kolonial di negara ini. Pendidikan Inggeris yang diberikan tumpuan kepada anak-anak golongan elit atau bangsawan Melayu oleh pemerintah kolonial didapati berjaya membawa perubahan nilai, sikap dan pemikiran golongan itu untuk terus menyanjung dan menghormati pemerintah kolonial. Bahasa dan budaya kolonial amat dipandang tinggi dan dihormati, dan itulah juga yang dianggap membawa kemodenan kepada negara ini.22 Untuk membangunkan bandar-bandar moden sebagai pusat pembangunan ekonomi, pemerintah kolonial menggalakkan berbagai-bagai jenis dan corak perniagaan di bandar-bandar itu. Dengan itu bandar-bandar kolonial itu juga menjadi pusat perkembangan budaya kolonial, yang dianggap sebagai moden.23 Pemerintah kolonial tidak memberikan tumpuan kawalan terhadap berbagai kegiatan dagangan di bandar-bandar moden itu. Berikutan dengan itu bandar-bandar moden itu turut menjadi pusat kegiatan maksiat yang dianggap bercanggah dengan nilai-nilai Melayu Islam.24 Di samping itu berbagai-bagai unsur budaya popular dari barat berkembang pesat di bandar-bandar moden itu. Nilai-nilai yang dipupuk di kalangan orang-orang bandar bahawa budaya yang dibawa dari barat itu semuanya moden yang dikaitkan dengan kemajuan. Berbagai- bagai jenis kegiatan seni dan mainan barat didapati semakin popular di bandar-bandar moden, dan ini menjadi ikutan orang Melayu di bandar.25 Budaya Popular Moden Bandar-bandar moden yang dibangunkan oleh pemerintah kolonial merupakan pusat perkembangan ekonomi dan budaya. Bagi mengisi keperluan hidup penduduk bandar yang kian meningkat, maka penawaran unsur-unsur budaya popular didapati semakin meluas. Sebagai contoh, teater popular Melayu moden, iaitu Bangsawan yang pada mulanya berkembang di Pulau Pinang didapati mendapat minat ramai. Ciri-ciri baru yang dibawa oleh teater itu dan sebagai “urban product”, Bangsawan muncul sebagai teater popular moden yang ditawarkan secara komersial dan berkembang luas.26 Pentas Bangsawan merupakan pusat perkembangan muzik dan nyanyian27, tarian dan jenaka di samping drama28. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak lagi terikat
  • 24. kepada tradisi. Seniman di pentas Bangsawan berusaha melahirkan sesuatu yang baru, yang menyatakan kemodenan bagi menarik penonton. Bangsawan muncul sebagai teater popular adalah suatu perubahan dalam perkembangan budaya popular Melayu. Bangsawan membawa pembaharuan, misalnya isu, komen dan kritik sosial masyarakat Melayu semasa yang sedang mengalami proses perubahan, iaitu pengalaman kemodenan mereka yang tinggal di bandar-bandar moden itu. Bangsawan membawa kemodenan dan pembaharuan yang menjadikan teater itu popular. Oleh itu, Bangsawan membawa isu dan persoalan tentang masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan. Kemajuan teknologi barat yang dibawa oleh pemerintah kolonial, seperti piring hitam, radio dan filem telah berjaya menyalurkan bahan-bahan budaya, terutamanya sebagai bahan hiburan orang ramai. Berasaskan teknologi itu kemudian muncul industri yang berkaitan yang memberikan peluang kepada orang Melayu turut terlibat dalam menyalurkan bahan-bahan budaya untuk keperluan orang ramai, terutama orang Melayu. Teknologi moden itu memerlukan kepakaran dan pengetahuan, yang menyebabkan industri itu dikuasai orang bukan Melayu. Orang Melayu, seperti artis atau bintang-bintang yang terlibat hanya mampu memberikan sumbangan tenaga.29 Populariti bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden itu juga yang membawa kepada kelemahan Bangsawan sebagai teater popular. Sedangkan bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden boleh sentiasa disesuaikan dengan perubahan selera budaya orang ramai sebagai pengguna. Dalam bidang mainan juga didapati penyebaran berbagai jenis mainan yang dianggap moden dan maju itu kian meluas dan popular di kalangan orang Melayu. Berbagai-bagai bahan budaya popular lain, seperti fesyen, perhiasan diri dan seumpamanya turut mempengaruhi kehidupan orang Melayu. Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian penting keperluan hidup moden. Malahan keperluan terhadap bahan-bahan budaya popular itu juga adalah penting dalam mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk meningkatkan pencapaian ekonomi. Struktur Sosial dan Budaya Popular Adakala fenomenon budaya popular itu dapat dilihat sebagai menyatakan kelas sosial.30 Budaya popular itu menyatakan golongan majoriti rakyat biasa, sedangkan golongan atasan dan golongan menengah mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi sebagai menyatakan kelas kelompok itu. Secara sedar atau tidak fenomenon ini memang berlaku dan didapati dalam masyarakat di negara ini. Tetapi bahagian budaya elit itu tidaklah pula dominan. Selalunya tradisi budaya elit itu dapat dipertahankan apabila kos atau harganya tinggi. Adakala berlaku lambang-lambang budaya elit itu menjadi bahan popular apabila ia mampu dibeli dan dimiliki ramai. Pemisahan kelompok sosial Melayu berasaskan kelas yang dinyatakan oleh fenomenon budaya itu sebenarnya tidak jelas dan pembahagian itu sebenarnya tidak mudah dilakukan. Tetapi
  • 25. penyebaran budaya popular adalah meluas yang merintasi kelas sosial. Golongan kelas atasan atau menengah juga turut menerima dan merupakan sebahagian khalayak budaya popular. Berikutan pesatnya pembangunan bandar-bandar moden adakala tidak memberikan ruang kepada unsur-unsur budaya Melayu tradisional atau tradisi budaya rakyat untuk turut berkembang. Oleh itu, tradisi budaya itu dapat dipertahankan di kampung-kampung Melayu. Masyarakat tani Melayu mempertahankan tradisi budaya rakyat itu, tetapi apabila proses modenisasi dan urbanisasi pesat berlaku berikutan meningkatnya pembangunan di luar bandar, maka tradisi rakyat itu tidak mampu dipertahankan lagi. Sebahagian tradisi rakyat itu semakin lemah kedudukannya. Fenomenon budaya popular turut menjadi sebahagian kehidupan orang Melayu di kampung. Penyaluran dan Penyebaran Budaya Popular Budaya popular tersebar luas, yang dipupuk oleh nilai-nilai moden, bandar dan maju. Orang ramai sebagai pengguna bahan-bahan budaya telah melalui perubahan nilai-nilai sosial, dalam pengalaman mereka mengalami proses modenisasi dan urbanisasi.31 Mereka terdedah kepada penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular. Nilai-nilai sosial mereka yang dipengaruhi perkembangan semasa sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang baru, moden dan semasa. Sistem perhubungan yang baik, terutama pembangunan teknologi telekomunikasi, seperti media elektronik, media cetak dan penyediaan kemudahan asas yang semakin meluas mendedahkan orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di luar bandar mengalami proses modenisasi dan urbanisasi yang didedahkan oleh berbagai-bagai bahan budaya popular. Orang Melayu di semua peringkat dapat menerima baik pembangunan dan perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Perkembangan ini memberikan kesan kepada perubahan nilai-nilai sosial, sikap, world-view dan pemikiran anggota-anggota masyarakat. Perkembangan pesat pendidikan moden turut mempengaruhi perubahan nilai dan sikap orang Melayu. Mereka lebih terbuka dan menerima bahan-bahan budaya popular sebagai bahagian keperluan hidup moden. Malahan budaya popular memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat dan pendidikan kepada ramai. Pesatnya perpindahan orang Melayu ke bandar sejak DEB hingga kini, memberikan peluang orang Melayu terlibat dalam berbagai-bagai lapangan kegiatan ekonomi bukan tani dan seterusnya meningkatkan proses modenisasi dan urbanisasi. Oleh itu didapati bahan-bahan budaya popular memainkan peranan penting dalam mengisi keperluan gaya hidup moden. Perubahan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan atau kedudukan ekonomi turut mempengaruhi gaya hidup orang ramai. Berkaitan dengan ini turut mempengaruhi penyebaran dan perkembangan budaya popular. Kesetabilan politik dan kesejahteraan sosial juga mempengaruhi penyebaran dan penyaluran bahan-bahan budaya popular kepada ramai.
  • 26. Perkembangan pesat media massa, iaitu media elektronik dan media cetak turut membawa perubahan nilai dan pemikiran orang ramai. Media massa itu juga mendedahkan kira-kira 80% daripada isi kandungannya berupa bahan-bahan budaya popular, baik bahan-bahan luar mahupun bahan-bahan budaya tempatan.32 Suasana ini sudah pasti dengan mudah dapat mempengaruhi orang ramai dengan gaya hidup moden. Bahan-bahan budaya popular merupakan suatu keperluan kehidupan moden. Penawaran bahan-bahan budaya popular dalam konteks masyarakat moden didapati lebih dominan di kalangan orang-orang muda. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu lebih banyak tertumpu di kalangan muda mudi. Berkaitan dengan ini perkembangan budaya muda mudi yang popular di negara-negara maju turut mempengaruhi perkembangan budaya popular tempatan. Adakala oleh kerana terdapat perbezaan nilai di antara orang dewasa dengan orang muda, selalunya persoalan kejatuhan moral orang muda dikaitkan dengan budaya popular itu.33 Budaya popular selalu dianggap oleh golongan dewasa membawa nilai-nilai baru yang merupakan kelainan daripada nilai-nilai tradisi dan Islam. Budaya Popular dan Ekonomi Budaya popular moden dapat tersebar luas apabila kegiatannya berasaskan kepada usaha komersial. Unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya yang merupakan bahan-bahan pengguna kepada orang ramai sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain. Industri budaya melibatkan pengurusan yang tersusun bagi menjamin pulangan yang baik. Orang Melayu pernah berjaya menawarkan Bangsawan secara komersial.34 Seterusnya artis-artis atau seniman-seniman yang berkebolehan telah memberikan sumbangan dalam berbagai industri budaya moden, seperti rakaman muzik dan nyanyian, filem, perlibatan dalam pementasan dan persembahan yang dilakukan secara komersial. Budaya popular telah memberikan peluang pekerjaan sepenuh masa atau sambilan, baik sebagai mereka yang profesional dalam sesuatu bidang mahupun terlibat dalam industri budaya popular sebagai pekerja biasa. Malahan, perkembangan budaya popular telah dapat memberikan kedudukan ekonomi yang baik kepada bintang-bintang popular. Pembangunan budaya popular itu juga turut memberikan sumbangan pendapatan kepada negara. Ini tidak terbatas dalam industri budaya popular Melayu, malahan kemasukan bahan-bahan budaya popular asing, terutama dari negara-negara maju turut memberikan pulangan ekonomi kepada negara. Kerajaan berusaha membantu kegiatan industri budaya popular tempatan atau yang diusahakan oleh orang Melayu, yang bertujuan produktiviti bahan-bahan budaya tempatan itu dapat ditingkatkan.35 Kini orang Melayu turut terlibat dalam berbagai-bagai industri budaya popular, seperti muzik, nyanyian, filem, pementasan, majalah popular, sukan dan sebagainya. Namun, berbagai halangan selalu mereka hadapi. Misalnya, kegiatan cetak rompak yang sukar untuk dikawal. Kerajaan berusaha mengawal masalah ini agar kegiatan industri budaya popular, terutama yang diusahakan orang Melayu dapat ditingkatkan.
  • 27. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja melibatkan pengurusan moden, malahan usaha pemasaran juga perlu dilakukan secara berkesan. Penawaran bahan-bahan budaya itu disertakan dengan berbagai cara promosi, seperti iklan. Peningkatan teknologi moden dapat meningkatkan produktiviti dan meluaskan penyebaran pasaran. Kerajaan juga berusaha mengawal persaingan dengan pasaran bahan-bahan budaya dari luar. Penawaran bahan-bahan budaya popular dapat dilakukan sepanjang tahun, tanpa terbatas kepada musim atau masa-masa tertentu sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Melayu tradisional. Para pengguna memerlukan bahan-bahan budaya itu tidak mengira masa, sebagaimana juga bahan-bahan pengguna yang lain. Populariti sesuatu bahan budaya itu bergantung kepada sambutan atau permintaan para pengguna. Adakala minat orang ramai itu dipengaruhi publisiti, promosi dan iklan yang dilakukan oleh pengusaha. Tetapi orang ramai sebagai pengguna boleh memilih daripada berbagai bahan budaya popular yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, publisiti kerapkali mempengaruhi orang ramai. Umumnya, penawaran bahan-bahan budaya popular itu mampu didapati orang ramai. Budaya popular itu melahirkan bintang-bintang yang diminati ramai. Sesuatu bahan budaya itu boleh menjadi popular berikutan dengan bintang-bintang popular mengambil bahagian. Sistem bintang ini dapat memainkan peranan penting dalam menentukan turun naiknya penawaran sesuatu bahan budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu terpaksa bersaing di pasaran terbuka. Dengan terdapat persaingan itu di pasaran selalunya memberi dorongan pula kepada pengusaha, artis atau seniman dan mereka yang terlibat untuk berusaha melakukan pembaharuan, menyesuaikan dengan perubahan atau menghasilkan sesuatu yang berlainan bagi menarik perhatian ramai. Persaingan itu juga mendorongkan pengusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu sesuatu yang dihasilkan. Oleh itu budaya popular itu sentiasa berubah menyesuaikan dengan selera peminat, di samping itu masing-masing pengusaha dan seniman berusaha meningkatkan mutu bahan-bahan budaya. Ekonomi dan Nilai-nilai Sosial Pihak pengusaha dalam penawaran bahan-bahan budaya selalu mementingkan pulangan ekonomi. Bagi tujuan itu selalu pula dikatakan pihak pengusaha kurang memberikan perhatian tentang mutu seni, tetapi lebih mementingkan selera budaya orang ramai sebagai pengguna.36 Berkaitan dengan ini, orang ramai sebagai pengguna kini didedahkan kepada penawaran bahan- bahan budaya di peringkat global. Persaingan dalam penawaran bahan-bahan budaya itu orang Melayu juga dapat menilai dari segi mutu sesuatu bahan budaya itu. Mereka itu juga mempunyai latarbelakang pendidikan yang mampu memberikan nilai terhadap sesuatu bahan itu. Oleh itu, pihak pengusaha, artis dan mereka yang terlibat dalam penghasilan bahan-bahan budaya popular berusaha menghasilkan sesuatu yang baik atau bermutu tinggi. Adakala pihak pengusaha menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian ramai. Mereka berusaha mengeksploit keinginan semula jadi manusia, seperti unsur seks,37 keganasan,
  • 28. dan perlakuan atau kejadian luar biasa. Bahan-bahan budaya dari luar negara kurang menimbangkan aspek moral dan etika berlandaskan Islam dan tradisi tempatan. Tetapi bagi pengusaha tempatan, mereka sangat peka dan memahami nilai-nilai sosial tradisi Melayu dan Islam. Di samping itu pihak berkuasa dan masyarakat Melayu sentiasa mengawasi perkembangan bahan-bahan budaya popular Melayu supaya bersesuaian dengan budaya Melayu dan Islam. Selama ini pihak berkuasa berusaha mengawal kemasukan bahan-bahan budaya popular dari luar, misalnya mengadakan sekatan dan penapisan bagi menjamin kesesuaian bahan-bahan itu dengan nilai-nilai sosial tempatan dan Islam. Tetapi kini penyebaran bahan-bahan budaya dari luar adakala tidak mampu diteliti oleh kerajaan. Misalnya, internet kini terdapat berbagai rupa bentuk bahan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Usaha mengawalnya kini tidak lagi berkesan. Tekanan dari luar seperti undang-undang tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Oleh itu, usaha yang dapat dilakukan ialah dengan memperkukuhkan ketahanan diri, terutama dengan meningkatkan pendidikan Islam di kalangan muda mudi. Tradisi Budaya Rakyat dan Budaya Popular Pesatnya pembangunan yang dilalui orang Melayu telah membawa kepada meningkatnya perkembangan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya popular dari luar negara juga kian meningkat dan ini memberikan persaingan kepada perkembangan budaya tempatan. Penawaran bahan-bahan budaya popular berusaha menyesuaikan dengan citarasa budaya para pengguna. Pengusaha industri budaya bekerjasama dengan artis atau seniman dan pemain yang berusaha menghasilkan sesuatu yang baru, yang dapat menyatakan kemodenan dan kemajuan. Sebagai bahan pengguna, bahan-bahan budaya sentiasa berubah, silih berganti. Mereka yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan menumpukan sepenuh masa untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Bahan-bahan budaya popular membawa nilai-nilai moden dan gaya hidup bandar yang menyatakan perkembangan semasa sebagaimana yang diharapkan oleh orang bandar. Orang Melayu yang pesat mengalami perubahan itu mahukan sesuatu yang dapat memberikan mereka mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Bahan-bahan budaya popular memberikan tumpuan kepada aspek itu dan itulah yang menentukan populariti sesuatu bahan budaya itu.38 Tradisi budaya rakyat yang terikat kepada tradisi tidak dapat bersaing dengan perkembangan budaya popular. Peminatnya semakin berkurang, malahan mereka yang mahir dan berkebolehan dalam berbagai-bagai jenis tradisi budaya rakyat semakin sukar didapati. Generasi muda yang sepatutnya mengambil tempat meneruskan tradisi itu didapati sangat terbatas. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kemerosotan tradisi budaya rakyat, Generasi muda tidak berminat kepada tradisi itu kerana mereka tidak dapat menghayatinya. Mereka tidak mengenali dan tidak diberikan pendedahan kepada tradisi rakyat itu. Perkembangan budaya popular itu memberi pilihan kepada orang ramai. Unsur-unsur tradisi
  • 29. budaya rakyat tidak dapat menarik perhatian ramai, terutama ikatannya kepada tradisi berbanding dengan budaya popular. Perkembangan pendidikan dan teknologi moden turut mempengaruhi kelemahan tradisi rakyat. Budaya popular membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan dan kemajuan, sedangkan budaya rakyat dianggap tidak menyatakan nilai-nilai itu. Tradisi budaya selalunya berkaitan dengan kepercayaan warisan yang adakalanya dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam. Sebahagian daripada tradisi itu tidak lagi berfungsi atau tidak dapat memainkan peranan dalam masyarakat Melayu moden kini. Adakala tradisi rakyat itu bercirikan kedaerahan, yang tidak dapat difahami mereka dari luar daerah. Dalam kepesatan perkembangan bahan-bahan budaya popular itu, terdapat pula usaha untuk mempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Dalam proses penyesuaian sebagai usaha komersial, pembaharuan dilakukan. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat yang baik di pasaran, dan penyebaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan itu adalah meluas. Contoh lain, dikir barat yang dihasilkan dalam bentuk VCD, keset dan sebagainya turut popular, tetapi penyebarannya agak terbatas. Adakala unsur-unsur budaya rakyat itu disesuaikan dengan perkembangan teknologi moden yang dihasilkan sebagai bahan budaya popular. Misalnya, terdapat usaha menggabungkan muzik tradisi dengan muzik moden sebagai usaha kreatif bagi menghasilkan suatu muzik popular. Dalam keadaan ini unsur budaya rakyat tradisi itu mulai luntur atau hilang nilai-nilai keaslian. Namun, kaedah itu boleh dilakukan dengan tujuan untuk mempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Tetapi bentuk atau unsur asli itu perlu dipertahankan agar keasliannya tidak hilang. Tradisi budaya rakyat dalam bentuk asli itu perlu dipertahankan bagi mengawal nilai-nilai keasliaannya. Budaya rakyat itu membawa nilai-nilai tersendiri yang menyatakan makna dan pengertiannya. Tradisi budaya itu sebagai warisan budaya rakyat bukan sahaja merupakan budaya ekspresif, malahan juga sebagai budaya simbolik. Daripada tradisi itu konteks aslinya dapat difahami jiwa Melayu, misalnya dari segi ketinggian nilai seninya. Pembinaan Budaya Kebangsaan Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya kebangsaan itu bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini.39 Melalui budaya kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasa dan budaya.
  • 30. Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan serta perlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budaya kebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi menumpukan perancangan dan perlaksanaan budaya kebangsaan itu,40 terutama pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat. Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan perkembangan di peringkat nasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional pribumi Malaysia. Dalam pemuliharaan dan penggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan diberikan. Malahan ada usaha mendorongkan generasi muda terlibat dalam kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak, terutama pencinta-pencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkat nasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan perkembangan seni dan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan bengkel tentang berbagai warisan tradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian oleh berbagai-bagai pihak. Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda terhadap budaya rakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah dinyatakan bahan-bahan budaya popular sentiasa dapat menarik minat ramai. Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat itu ditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular. Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi.41 Apabila mereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat penting untuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan itu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiri bangsa dan negara. Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbangga dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahan budaya popular. Bahan-bahan budaya popular sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan kepada kedua-dua fenomenon itu, maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagai persaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu. Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.42 Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan, iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Memahami masalah yang dihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai unsur seni tradisional adalah berkaitan dengan masalah ekonomi. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu tidak memberikan pulangan ekonomi sewajarnya. Mereka terpaksa bergiat dalam lapangan berkaitan secara sambilan semata-mata berasaskan kepada minat.
  • 31. Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyat tidak memberikan pendapatan sewajarnya. Ini tidak dapat menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri. Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi muda untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan budaya. Pelancongan diharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada kegiatan budaya itu. Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomenon budaya popular. Penawaran bahan- bahan budaya kepada para pelancong itu dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industri budaya yang berkaitan dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidang kesenian. Usaha meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negara lain didapati mampu meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau warisan budaya rakyat tempatan. Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia, didapati industri yang berkaitan dengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan, terdapat badan-badan swasta dan agensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan industri kraftangan tradisional bumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni persembahan dan mainan tradisional tidak mengalami pertumbuhan sebagaimana yang dijangkakan. Terdapat usaha komersial yang dilakukan secara kecil-kecilan tetapi setakat ini tidak membuktikan kejayaan yang baik. Perkembangan warisan budaya tradisi atau tradisi rakyat bagi tujuan industri pelancongan itu terdapat pula kelemahannya. Unsur-unsur budaya yang ditawarkan itu, berasaskan kepentingan komersial selalunya disesuaikan dengan citarasa budaya para pelancong. Atas kepentingan itu didapati pihak pengusaha kurang memberikan tumpuan untuk mempertahankan mutu seni sebagaimana dalam bentuk asalnya. Dalam seni persembahan sebagai contoh, persembahan untuk pelancong yang tidak memahami konteks tradisi budaya tempatan, dilakukan semata-mata untuk pelancong, tetapi tidak dipersembahkan dalam suasana sebenar sebagaimana yang menjadi amalan dalam budaya itu. Budaya Popular dan Budaya Kebangsaan Dalam hasrat membina budaya kebangsaan itu, ruang lingkup budaya yang diliputi itu sepatutnya tidak terbatas kepada warisan budaya tradisional atau budaya rakyat. Budaya itu dinamiks. Budaya Melayu juga adalah dinamiks, yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Perkembangan budaya terkini itu kemudian akan menjadi tradisi. Proses penciptaan dan penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada proses perubahan masyarakat dan budaya Melayu. Dengan itu juga dapat memperkukuhkan kedudukan budaya Melayu. Masyarakat dan budaya akan terus dinamiks, iaitu perubahan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan peradaban Melayu itu. Dalam konteks ini penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada kemajuan budaya yang dicapai masyarakat Melayu. Dalam konteks ini budaya kebangsaan itu perlu dibina atas warisan budaya tradisi dan pembangunan budaya moden, iaitu budaya popular. Oleh itu dalam penghasilan bahan-bahan budaya popular itu juga perlu mempertahankan mutu yang sewajarnya. Bahan-bahan budaya popular itu juga tidak dapat dinafikan masih mempunyai mutu dan nilai- nilai seni yang akan menjadi warisan budaya Melayu. Penghasilan budaya popular itu juga