Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

3,899 views

Published on

dinamika malaysia @ hubungan etnik

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,899
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
162
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

  1. 1. DINAMIKA MALAYSIA UHAS 1172 Oleh: HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN FAKULTI PENGURUSAN DANPEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
  2. 2. KONSEP SEJARAH
  3. 3. Konsep Sejarah• SEJARAH (bahasa Melayu) dan HISTORY (bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Greek-HISTORIA yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan.• Matlamat untuk menggambarkan kejadian- kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku.
  4. 4. Konsep Sejarah• Ia perlu dilakukan berasaskan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.• Namun begitu fakta yang diperoleh boleh dimanipulasi oleh pengkaji menjadi propaganda dan tidak benar.• Oleh itu masyarakat moden perlu meneliti dan menilai semula setiap penulisan sejarah yang dihasilkan agar ia benar-benar bersifat objektif dan terkini.
  5. 5. Tanggapan Salah Tentang Sejarah• Pelaksanaan pengajaran dan isi kandungannya dikatakan klasik dan bersifat tradisional.• Dilihat sebagai hanya sesuatu yang berlaku pada waktu silam yang tidak ada kaitan dengan realiti masa kini.• Dilihat sebagai catatan berbentuk tarikh-tarikh yang beku dan mati/ketiadaan fungsi.
  6. 6. Mengapa Sejarah Penting• Penting untuk menghasilkan pemahaman mendalam tentang keperibadian negara dan peradaban masyarakat.• Membantu kita untuk mengenali dan memahami latar belakang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.• Dapat mengaitkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain, di samping menempatkan peristiwa itu ke tempat yang sewajarnya serta memberi makna yang lebih meluas.
  7. 7. Mengapa Sejarah Penting• Sejarah yang berlaku pada masa lalu meninggalkan banyak pengalaman yang boleh diteladani. Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969• Kefahaman tentang sejarah membolehkan kita memahami keadaan masa kini bagi menyusun perancangan di masa hadapan.
  8. 8. Mengapa Sejarah Penting• Keperibadian yang luhur dan semangat cintakan Negara hanya dapat dipupuk jika semua rakyat memahami luki-liku sejarah pembinaan Negara dan bekerjasama untuk membina sebuah Negara bangsa Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang pada masa akan datang.
  9. 9. Takrifan Sejarah• E.H. Carr : Sejarah adalah suatu proses interaksi yang berterusan antara sejarawan dan fakta-faktanya, serta dialog yang tidak putus-putus antara masa kini dengan masa lalu.
  10. 10. Takrifan Sejarah• Ibn Khaldun : Sejarah adalah maklumat tentang organisasi sosial manusia ……..….. Merangkumi semua kegiatan manusia dan merupakan satu proses ilmu pengetahuan yang mencari kebenaran (tahqiq)
  11. 11. DEFINISI MASYARAKAT
  12. 12. Definisi Masyarakat• Terdapat banyak definisi yang kesemuanya dapat menjelaskan hakikat kewujudan masyarakat. Contoh definisi:-1. Lucy Mair (1965) ‘Masyarat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf’ - Mair menekan: (i) persoalan obligasi di kalangan manusia contoh: berhubungan dan berperanan di antara satu sama lain (ii) Setiap individu mempunyai pemilikan dan kuasa (hak) serta peranan yang saling difahami. Contoh: hak pada harta benda dan hak di dalam masyarakat (penting kerana ia boleh memandu anggotanya berhubung dan bekerja sama)
  13. 13. Definisi Masyarakat2. Ralph Linton (1936) ‘Masyarat adalah kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerja sama hingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu’ - Ini menunjukkan: (i) Pembinaan sesebuah masyarakat itu memakan masa yang lama (ii) Mempunyai manusia yang ramai (iii) Dapat menunjukkan rasa bersatu dalam masyarakat (kesatuan sosial) - Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat: (i) Terdiri daripada manusia (ii) Berhubungan dan bekerja sama (iii) Mempunyai kesatuan sosial (iv) Membina kebudayaan - Hanya MANUSIA yang layak di gelar sebagai ‘MASYARAKAT’. Haiwan tidak layak digelar masyarakat  kenapa?
  14. 14. CIRI-CIRI MASYARAKAT1. Masyarakat adalah manusia yang hidup dalam satu kelompok  Manusia mesti hidup berkelompok kerana: (i) Fitrah semulajadi manusia (Al-Quran) – (berpasangan, siang- malam, lelaki-perempuan) (ii) Perlu pada orang lain. - masalah gangguan mental (iii) Lemah2. Masyarakat melahirkan kebudayaan  Tiada masyarakat, maka tiadalah kebudayaan  Masyarakat  kebudayaan (benda dan bukan benda)  Masyarakat dan kebudayaan tidak boleh dipisahkan3. Masyarakat mengalami perubahan  Meliputi – jumlah kelahiran, ekonomi, politik, sosial
  15. 15. Ciri-Ciri Masyarakat4. Anggota masyarakat itu berinteraksi  Dalam masyarakat mesti ada perlakuan berhubunga dan bekerjasama di antara ahli-ahlinya  mencetuskan interaksi  Bahasa memainkan peranan penting (lisan / bertulis)  Penggunaan peralatan – (telefon, telegram, komputer, mesin faksimili dll)5. Dalam masyarakat terdapat kepimpinan  Mengikut bidang dan peringkat dalam masyarakat:  (keluarga, kampung, daerah, negeri, negara pertubuhan sukarela dll)6. Stratifikasi Sosial  Merujuk kepada susunan lapisan sosial dalam masyarakat:  Dapat dibahagi kepada 3: (a) kelas (b) status (c) kasta
  16. 16. Ciri-Ciri Masyarakat6a. Kelas Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta Contoh: kelas atasan (hartawan), kelas menengah, kelas rendah6b. Status Jangkaan peranan dimainkan oleh individu dalam masyarakatnya Status tinggi jika memainkan peranan penting dlam masyarakat Contoh: pegawai daerah, wakil rakyat dll Status juga merujuk kepada peranan individu pada masa / waktu yang berlainan. Contoh: anak, suami, guru dll Faktor yang dapat memberi status dalam masyarakat di sini Contoh: gelaran Haji, lebai, Dato, Tan Sri dan lain-lain
  17. 17. Ciri-Ciri Masyarakat Pembahagian stratifikasi sosial dalam masyarakat: - Golongan Atasan (Pemerintah) - Golongan Pertengahan (pelaksana tugas Pemerintah) - Golongan Bawah (diperintah)Contoh – Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional (Sejarah Melayu) - Raja - Bangsawan - Rakyat - Hamba Moden: berlaku mobiliti sosial  atau  sama ada dalam kelas / status e.g - anak petani (miskin) boleh dapat status tinggi jika berjaya dalam pelajaran - orang yang berasal daripada kelas rendah boleh naik ke kelas atasan, misalnya kita berjaya dalam perniagaan
  18. 18. Ciri-Ciri Masyarakat Kelas dan status saling berkaitan e.g – Kelas tinggi mungkin boleh capai status tinggi  dan sebaliknya Status pekerjaan mewujudkan kelas sosial  menyebabkan wujudnya perbezaan tingkahlaku berpolitik, sosial dll6c. Kasta Wujud dalam masyarakat India tradisional  ke hari ini Brahmin Ksyatria Vaisya SudraCiri-ciri Keahlian ditentukan melalui kelahiran  tidak boleh berubah tempat Perkahwinan hanya dibenarkan dalam kasta sendiri Terdapat peraturan yang ketat dalam mengawal perhubungan & tingkahlaku ahli-ahli
  19. 19. Ciri-Ciri Masyarakat  Stratifikasi sosial dalam masyarakat  tidak boleh dielakkan  kerana setiap anggota masyarakat. Mempunyai kebolehan dan peluang yang tidak sama antara satu sama lain7. Sistem Sosial  Dalam masyarakat, terdapat Sistem Sosial Sistem Sosial ialah  satu set rol sosial yang mempunyai nilai, norma dan matlamat yang sama  Ia menekankan kepada struktur hubungan  bentuk-bentuk hubungan dan kesan sosial secara umum  Sistem Sosial boleh dibahagikan kepada beberapa yang saling berhubungan: - keluarga dan kekeluargaan - sistem ekonomi - pendidikan - agama & kepercayaan - kesenian dll
  20. 20. MASYARAKAT ISLAM1. DEFINISI  Masyarakat Islam dibentuk bersumberkan Al-Quran & Al-Sunnah dan berasaskan aqidah, syarak & akhlak  Masyarakat umum memahami bahawa masyarakat Islam adalah kelompok manusia beragama Islam yang selalu disebut sebagai ‘ummah’  Mengikut Piagam Madinah (fasal 25-35) ‘ummah’ dimaksudkan orang- orang Islam dan Bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna ‘masyarakat Islam’ juga meliputi golongan bukan Islam yang hidup bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok  CIRI-CIRI utama masyarakat ini ialah mengamalkan sistem Islam (undang-undang Islam)
  21. 21. Masyarakat Islam2. Dari segi sejarah, Masyarakat Islam mula wujud dan dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun pertama Hijrah (622m)  seiring dengan penubuhan negara Islam Madinah3. Penduduk Madinah pada ketika itu terdiri daripada orang Islam dan juga penganut agama lain4. Orang bukan Islam dikenali sebagai Ahli Zimmah (Zimmi) bermaksud golongan yang dijaga keharmonian mereka.5. Orang bukan Islam  menerima konsep negara Islam kerana dasar-dasar Islam itu sendiri bersifat adil & menyeluruh untuk semua pihak  ternyata berjaya dan selamat
  22. 22. KEDUDUKAN DAN HAK RAKYAT BUKAN ISLAM kerakyatan  terbahagi kepada 2 Orang Islam  yang beriman Orang Bukan Islam  Golongan kafir Syariat Islam memberi layanan yang cukup adil terhadap kedua-duagolongan  kerana dasar pemerintahan Islam  bersifat menyeluruhkepada semua manusia,  Islam mengamalkan konsep kebebasanberagama Islam juga menjamin setiap warga negaranya menikmati kebebasan didalam memiliki dan mengamal diri, harta, keluarga, fikiran dan kebebasanbersuara
  23. 23. MASYARAKAT Hidup bermasyarakat adalah fitrah semulajadi manusia (Ibn Khaldun) Fitrah inilah yang menyebabkan mereka sama ada mahu / tidak mesti hidup berkeluarga berjiran, berkerabat, bergaul dan bermasyarakat Hidup manusia akan menjadi lebih sempurna dengan adanyamasyarakatISTILAH PERKATAAN Kamus Dewan - dari segi bahasa  ‘masyarakat’ adalah kumpulan manusia yang hidup bersama Drs Sidi Gazalba - dari segi perkataan  ‘masyarakat’ dipinjam dari perkataan Arab iaitu ‘syarikat’ yang bererti perhubungan danpembentukan suatu kelompok / kumpulan Masyarakat dalam Bahasa Melayu menurut beliau adalah pergaulan hidup
  24. 24. KEBUDAYAAN
  25. 25. Kebudayaan1. ISTILAH PERKATAAN  Mengikut Prof Dr. nik Safiah Karim: Budaya adalah cantuman 2 perkataan:- BUDI + DAYA   Dipinjam dari bahasa sanskrit – Perkataan Melayu – Polenesia. Bererti bererti kecerdasan fikiran dan akal Kekuatan tenaga atau perbuatan, Kuasa dan pengaruh  Dalam bahasa Inggeris – CULTURE Latin  Dalam bahasa Belanda – CULTUR ‘Colore’  Colore bermaksud mengolah tanah bertani  Bertolak dari pengertian inilah berkembangnya makna ‘culture’ sebagai ‘segala daya & gerak kerja manusia untuk mengolah & mengubah alam’
  26. 26. DEFINISI KEBUDAYAAN Terdapat banyak definisi / takrif kebudayaan Berbagai-bagai disiplin mengkaji kebudayaan – antropologi, sosiologi, falsafah, sejarah, psokologi, dan lain-lain A.L. Kroeger & C. Cluckhohn – mendapati terdapat sebanyak 160 definisiDEFINISI KEBUDAYAANa. E.B Taylor (1871) ‘Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi di antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat’Definisi ini menunjukkan bahawa:- Taylor tidak menghadkan mana-mana unsur/bidang yang dilakukan dan diamalkan oleh manusia Mengatakan ‘satu keseluruhan yang kompleks’ itu dimaksudkan sebagai seluruh unsur dan aspek dalam kehidupan manusia dan setiap satunya mempunyai pertalian rapat
  27. 27. Definisi Kebudayaan Mengatakan ‘kebolehan & kebiasaan lain yang diperolehi’ dapat dirujuk sebagai apa jua kemampuan, keupayaan & aspek lumrah yang diamal oleh manusia hasil dari usaha-usahanya Ini bererti” ‘bernafas, batuk, bersin, menangis, warna kulit, mata sepit, hidung panjang, dll tidak boleh digelar sebagai unsur kebudayaan kerana bukan hasil usaha manusia tetapi terjadi secara automatik atau sebagai sifat semulajadi’ - Jenis-jenis Kebudayaan - (i) benda (ii) bukan benda Memasukkan rangkai kata “oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat” maksudnya – sebarang kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi itu boleh dimasukkan ke dalam aspek kebudayaan jika individu itu menjadi ahli kepada sesebuah masyarakat - Ini bererti jika perlakuan ganjil oleh seseorang yang tinggal terpencil/ terasing dari kecil hingga dewasa  tida dikira sebagai kebudayaan – kerana diamalkan oleh seorang sahaja. Ia seolah-olah bersyarat bahawa mesti diamalkan & diiktiraf oleh manusia lain
  28. 28. Definisi KebudayaanBEBERAPA DEFINISI KEBUDAYAAN YANG LAINb. A.L Kroeber & Clyde Kluckhohn (1952): ‘Kebudayaan terdiri dari pola-pola tingkah laku yang ekspilit dan implisit yang diperolehi, disampaikan melalui simbol-simbol… Teras kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi…, terutama sekali nilai-nilai yang terikat dengannya.’ Kroeber & Kluckhohn mengambil kira: (i) semua pola tingkah laku sama ada: (a) eksplisit (cara bertutur, cara bersalam) (b) implisit (idea, adat resam, kepercayaan) (ii) Idea-idea bercorak tradisi – contoh: perlakuan & amalan biasa yang sudah turun temurun yang berupa teras kepada satu-satu kebudayaan
  29. 29. Definisi Kebudayaanc. Aziz Deraman: ‘Kebudayaan itu ialah apa jua yang kita fikir, buat dan punya dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral, adatistiadat dan apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita’- Rangkai kata ‘apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita’ – sebenarnya membawa aplikasi pola tingkah laku sebagaimana yang ditegaskan oleh Kroeber & Kluckhohn Cara hidup itu pula dilanjutkan daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya secara turun temurun Berdasarkan kepada definisi tersebut & definisi lain yang diberikan oleh ahli-ahli Antropologi, Sosiologi, maka kebudayaan itu mempunyai 4 aspek penting: 1. kelakuan dan usaha manusia 2. peraturan terhadap kelakuan & usaha manusia 3. hasil daripada kelakuan dan usaha manusia 4. kelakuan & usaha manusia itu bertujuan murni. Contoh: memajukan hidup mereka
  30. 30. PENGERTIAN KEBUDAYAAN MENGIKUT ISLAM Islam menganggap kebudayaan sebagai salah satu cabangnya dan bukannya Islam itu sebahagian dari kebudayaan Sarjana-sarjana Barat dalam tanggapan mereka mengatakan bahawa agama itu terkandung dalam kebudayaan – hanya sesuai untuk agama- agama budaya sahaja. (ciptaan manusia) tetapi bukan agama ISLAM – kerana Islam adalah agama wahyu Oleh itu soal kebudayaan adalah tertakluk di bawah ruang lingkup Islam Kebudayaan bagi Islam – bertolak dari Al-Deen Islam. Contohnya: (i) menentukan corak hidup umat Islam (ii) menentukan peraturan dan undang-undang Islam di dunia Al-Deen bererti agama yang diwahyukan melalui rasul Allah – yang meliputi semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat
  31. 31. Pengertian Kebudayaan Mengikut Islam Termasuk hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia Ia adalah satu sistem hidup / peraturan yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat Mengikut Professor Ismail Faruqi, istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kebudayaan ialah ‘adab’ Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Tuhan telah mengadabkan (mendidik) saya, maka DIA menjadikan sebaik- baik adab’ Adab bermaksud cara hidup yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi dan mulai yang merangkumi segala aspek kehidupan Oleh itu kebudayaan dari perspektif Islam bermaksud.. Walaupun soal kebudayaan terpulang kepada penentuan manusia sebagai usaha mereka untuk menjalani kehidupan, tetapi ia juga tertakluk kepada peraturan / adab yang telah ditetapkan Allah / Ilahi
  32. 32. CIRI-CIRI KEBUDAYAAN1. Dipelajari2. Dikongsi3. Sejagat (universal)4. Diwarisi5. Berubah6. Simbolik7. Berpola & berstruktur8. Sistem Perlembagaan9. Mempunyai pandangan hidup
  33. 33. Ciri-ciri Kebudayaan1. Dipelajari  Tidak lahir secara automatik  Manusia perlu belajar untuk mendapatkan ilmu  Contoh: (i) peralatan (ii) bahasa (iii) ilmu pengetahuan dan lain-lain  Proses pembelajaran  formal  tidak formal- Dikongsi  Bermaksud – setiap perlakuan itu diamal & didokong oleh sekumpulan manusia  Jika tidak dikongsi – hanya perlakuan individu  Contoh: - makanan  nasi lemak, roti canai - pakaian  sari, baju kurung dll - pelacuran? Berjudi? Lepak? Minum arak? Bunuh diri?
  34. 34. Ciri-ciri Kebudayaan3. Sejagat / Universal  Bermaksud – Budayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia / masyarakat  Tetapi kebudayaan antara masyarakat adalah berbeza kerana: (i) faktor pengaruh alam semulajadi (ii) pengaruh luar (iii) tahap penyesuaian anggota masyarakat  Clyde Cluckhohn – mengesan 7 unsur yang universal dalam kebudayaan masyarakat di dunia: (a) peralatan (b) mata pencarian hidup (ekonomi) (c) sistem sosial / kemasyarakatan (politik, perundangan, perkahwinan, sistem kekerabatan dll) (d) bahasa (e) kesenian (f) sistem pengangkutan (g) agama dan kepercayaan
  35. 35. Ciri-ciri Kebudayaan4. Diwarisi  Juga dimaksudkan bersambung (continuity) – berkesinambungan  Bukan sahaja diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, tetapi bersambung dari zaman ke zaman  Ini membawa maksud – tidak ada kebudayaan yang lahir secara serta merta tanpa pertalian sejarah  Contoh: - teknologi - pakaian  baju kurung, sari kebaya dll5. Berubah  Tidak ada budaya yang tidak boleh berubah  Perubahan budaya boleh dikaji dari perubahan bentuk, ciri dan proses yang telah berlaku  Yang mudah berubah – budaya kebendaan  Contoh: - tangga  lif - kereta lembu  kuda  kereta, bas, kapal terbang dll - baju kurung  moden? - kebaya  moden?
  36. 36. Ciri-ciri Kebudayaan6. Simbolik  Kebudayaan itu simbolik – kerana ia boleh dimengerti dan saling difahami oleh pendokongnya  Sistem perlembagaan yang wujud sama ada secara konkrit dan abstrak difahami dan dijelmakan oleh manusia menerusi tingkah lakunya  Contoh: - mengibarkan bendera  patriotik - membakar bendera / patung seseorang  kebencian - keris  kepahlawanan orang Melayu7. Berpola & Berstruktur  Kebudayaan mempunyai pola & struktur yang bermaksud sesuatu kebudayaan mempunyai corak dan susunannya yang tersendiri  Setiap kelompok manusia mempunyai corak organisasi sosial dan susunan kemasyarakat yang berbeza-beza  Contoh: - kebudayaan yang mengira nasab ibu, ada yang mengira nasab bapa - di Malaysia, Afrika, Indonesia dll
  37. 37. Ciri-ciri Kebudayaan  Pada umumnya kebudayaan ini berpola & berstruktur kerana: (i) perbezaan persekitaran (ii) ilmu pengetahuan (iii) kemajuan sains dan teknologi (iv) pengaruh asing (v) jumlah penduduk8. Sistem Perlembagaan  Dalam kebudayaan terdapat sistem perlembagaan yang bermaksud sebagai satu-satu lambang dalam budaya yang boleh memberikan makna tertentu kepada pendokongnya  Sistem perlembagaan boleh dibahagi kepada 2: (i) lambang (ii) isyarat  Lambang indah – sesuatu objek dan perlakuan yang dapat memberikan pengertian tertentu kepada ahli sesuatu kebudayaan  Contoh: bendera, logo, lencana
  38. 38. Ciri-ciri Kebudayaan Isyarat ialah – sesuatu objek dan perlakuan budaya yang memberikan arahan tertentu Contoh: - lampu trafik - tanda-tanda di jalan raya - lambaian tangan - gambar pada tandas Lambang biasa dihormati Isyarat memerlukan kepatuhan daripada pendokong Contoh: - warga negara yang memijak bendera negaranya  taksirannya apa? - warga negara yang tabik  menunjukkan apa? Sistem perlembagaan yang wujud dalam budaya – dapat membantu manusia berhubung & berkomunikasi sesama mereka Lambang & Isyarat membolehkan manusia mengerti sesuatu makna & arahan yang sepatutnya diikuti Contoh: perlawanan bola sepak  pengadil meniup wisel
  39. 39. Ciri-ciri Kebudayaan9. Budaya mempunyai Pandangan Hidup (World View)  World View – adalah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian  World View – lahir kerana manusia yang melahirkan  Kebudayaan mempunyai pertalian yang sangat erat dengan alam sekitarnya – yang diterjemahkan & digunakan dalam kehidupan sehari- hari  Contoh: - simpulan bahasa - seperti aur dengan tebing - ibarat bunga sedang mekar dll - ukuran - sehasta - sekangkang kera - kalau kail panjang sedepa ….. - tempoh masa - sepenanak nasi - sepiak sirih - sikap / usaha - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - kalau mencabut lalang, cabutlah hingga ke akarnya (pepatah cina)
  40. 40. KONSEP KENEGARAAN
  41. 41. Konsep Kenegaraan1. ISTILAH PERKATAAN:1.1 Berasal dari perkataan NEGARA Menunjukkan pengenalan bagi: bangsa masyarakat sistem politik / pemerintahan
  42. 42. Konsep Kenegaraan1.2 Definisi Negara Terdapat beberapa pendekatan:  Organisasi masyarakatnya yang terikat dengan undang-undang  Organisasi dan kuasa pemerintahannya  Kawasan yang berautoriti  Sistem politik dan lain-lain
  43. 43. Konsep Kenegaraan1.3 Definisi oleh Deutch: “Negara merupakan sebuah jentera tersusun bagi menyedia dan menjalankan keputusan-keputusan politik dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sesebuah pemerintahan” Deutch melihat NEGARA sebagai: (i) jentera pemerintahan (ii) organisasi yang terkawal dengan undang-undang
  44. 44. Konsep Kenegaraan1.4 Definisi Kenegaraan DALAM SAINS [OLITIK – KENEGARAAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU BIDANG KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA (NATIONHOOD) - Tetapi berdasarkan keterangan mengenai negara dan beberapa unsur yang dikaitkan dengannya. KENEGARAAN pada umumnya ialah: “KAJIAN MENGENAI SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN NEGARA, MELIPUTI SOSIO POLITIK, SOSIO-BUDAYA, MASYARAKAT DAN EKONOMI”
  45. 45. KONSEP POLITIK
  46. 46. Konsep Politik1.5 KONSEP POLITIK• BIDANG POLITIK – meliputi aktiviti-aktiviti manusia:1.1 Tidak formal – aktiviti-aktiviti dalam institusi bukan pemerintahan Contoh: persatuan, pejabat, rumahtangga dan lain-lain1.2 Formal – melibatkan hal ehwal kenegaraan Contoh: Pemerintahan Pembangunan Dasar-dasar Pentadbiran Tanggungjawab Parti-parti negara awam negara awam rakyat politik Pengaruh Institusi Perlakuan & Kehakiman Kuasa Perundangan Budaya politik
  47. 47. Konsep Politik2. PERKATAAN POLITIK  YUNANI (GREEK) – POLIS, POLITIK, POLITIKOS - NEGARA BANDAR ATAU NEGARA TERKAWAL  LATIN – POLITIKA - MERUJUK KEPADA ILMU YANG BERHUBUNG DENGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NEGARA3. DEFINISI POLITIK Kepelbagaian aktiviti manusia dan bidang ilmu telah mempengaruhi definisi politik yang berbeza-beza: (a) POLITIK – pendekatan Sains Sosial ialah: “satu cara untuk mengendalikan atau mengurus hal ehwal masyarakat, termasuklah masalah politik itu sendiri, ekonomi dan keselamatan.” - kadang-kadang politik juga diaktakan sebagai: “satu kegiatan yang lahir dari naluri manusia untuk mendapatkan kuasa” kerana dalam setiap kelompok masyarakat memerlukan pemimpin - berlakunya persaingan untuk berkuasa
  48. 48. Konsep Politik4. MATLAMAT POLITIK “UNTUK MEMBENTUK DAN MENCAPAI PENGHIDUPAN MASYARAKAT DAN NEGARA YANG ADIL DAN MAKMUR” Matlamat di atas hanya dapat dicapai: (i) pemerintah yang jujur (ii) masyarakat yang sedar terhadap tanggungjawab dalam erti hidup bernegara (iii) memiliki semangat dan sikap patriotisme yang tinggi terhadap negaranya
  49. 49. Konsep Politik Menurut H.S. Laswell, politik ialah siapa mendapat apa, bila dan bagaimana? Sebenarnya terdapat tiga unsur penting dalam politik iaitu: (i) Dasar (policy) (ii) Pertentangan (conflict) (iii) Kuasa (power)(i) Dasar - Ia merujuk kepada perbezaan pendapat dan matlamat dalam kegiatan berpolitik. Biasanya sesebuah parti atau kumpulan memperjuangkan apa yang difikirkan sebagai benar dan realistik(ii) Pertentangan - Pententangan untuk berkuasa akan melibatkan perspektif politik yang lain iaitu konflik, pengurusan konflik dan kaedah penyelesaian konflik - Contoh – Karl Marx menyatakan politik ialah pertentangan yang berterusan di antara dua kelas di dalam masyarakat
  50. 50. Konsep Politik(iii) Kuasa - sangat penting dalam mana-mana sistem politik - ia menekankan persoalan kuasa, keesahan kuasa dan penggunaan kuasa - melibatkan unsur paksaan (coercion) dan sekatan, pengorbanan atau perlucutan hak (deprivation) yang ketara - lebih melibatkan ‘pemerintah’, dan yang tidak mengikut perintah akan dikenakan hukuman - kuasa yang sah dipanggil autoriti Max Weber membahagikan autoriti kepada 3: (i) Autoriti tradisional - kuasa turun temurun atau “divine ringht” yang berunsur kedewaan / ketuhanan
  51. 51. Konsep Politik(ii) Autoriti karisma - keperibadian luar biasa seperti Imam Khomeini, Sukarno, Hitler dll(iii) Autoriti legal-rasional - disahkan oleh kedudukan politik dan bukan unsur-unsur peribadi - ditentukan oleh undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
  52. 52. EVOLUSI POLITIK Sistem politik juga mengalami proses evolusi Politik tersebut boleh diringkaskan seperti berikut: (a) Sistem Politik Tradisional (b) Sistem Politik Moden
  53. 53. PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL & MODENA. SISTEM POLITIK TRADISIONAL  Ialah sistem pemerintahan yang paling dominan sebelum berlakunya proses pemodenan yang bermula selepas berlakunya revolusi industri pada abad ke-18CIRI-CIRI(i) Dipengaruhi unsur-unsur kepercayaan, adat resam dan agama yang digunakan untuk menjamin kedudukan & pengukuhan kuasa pemerintah(ii) Wujudnya jurang perbezaan antara golongan aristokrat istana / bangsawan dengan golongan rakyat bawahan(iii) Berlaku pembatasan peranan rakyat dalam politik – hanya di peringkat kegiatan politik kampung(iv) Politik golongan atasan menguasai keseluruhan kepentingan politik, ekonomi dan tenaga rakyat(v) Hal-hal kebajikan dan keadilan rakyat tidak mendapat perhatian politik, golongan atasan(vi) Sistem politik tradisional dikenali sebagai “tirani” (kejam)
  54. 54. PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL & MODENB. SISTEM POLITIK MODEN  Sistem politik moden lahir apabila berlaku reformasi ekonomi daripada pertanian di Eropah pada abad ke-19CIRI-CIRI(i) Diterima sebagai ideologi perjuangan untuk menegak keadilan sosial(ii) Diterima sebagai konsep negara untuk melindungi rakyat dalam menentang sistem pemerintahan tradisional (feudal)(iii) Peranan dan suara rakyat menjadi penting dalam menentukan sesebuah pemerintahan(iv) Peranan dan tanggungjawab kerajaan semakin tercabar dalam memenuhi tuntutan hak dan penyertaan rakyat dalam bidang-bidang politik, ekonomi, dan status sosial yang lebih baik(v) Keyakinan & sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk mengekalkan sesebuah kerajaan / pemerintahan(vi) Kewujudan institusi raja lebih merupakan simbol warisan lampau(vii) Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak(viii) Perlembagaan adalah kuasa tertinggi negara
  55. 55. IDEOLOGI DAN IDEOLOGI POLITIK
  56. 56. Ideologi dan Ideologi Politik1. IDEOLOGI  Berdasarkan 2 perkataan - idea (pemikiran, tanggapan) - logos (ilmu)  Ideologi dari sudut tatabahasanya ialah: “Ilmu tentang konsep pemikiran, pegangan dan keyakinan”  Dari sudut terminologinya – ideologi boleh didefinisikan sebagai: “suatu aliran fahaman, falsafah atau prinsip perjuangan yang berpengaruh, diterima pakai & yang dapat mendorong terhadap pengenalan sesuatu sistem politik, ekonomi / sosial  Ideologi ini dikenali sebagai Ideologi Sekularisme  Ideologi boleh diibaratkan sebagai nadi / agenda penting dalam mana- mana perjuangan politik, dan dalam mengukuhkan satu-satu sistem politik  Contoh: manifesto parti, rukun negara (Malaysia) / Pancasila (Indonesia), sistem demokrasi, dasar-dasar kebangsaan negara dan lain-lain
  57. 57. Ideologi dan Ideologi Politik2. IDEOLOGI POLITIK  Mengikut Alan R. Ball: Ideologi Politik adalah satu set idea / sistem yang berfungsi dan diterima pakai dalam sesuatu perlakuan politik bagi menyokong (atau mengukuh) pelaksanaan rancangan, reformasi atau hasil daripada sesuatu reaksi
  58. 58. IDEOLOGI NEGARA Ia tergolong dalam perjuangan ideologi politik Ia meliputi prinsip-prinsip dan dasar-dasar sosial, ekonomi & politik negaraKENAPA PERLU KEPADA IDEOLOGI NEGARA1. Untuk memenuhi keperluan agenda ideologi politik sesebuah negara - masyarakat yang kompleks - berbagai bangsa dan budaya2. Untuk melindungi dan memartabatkan negara3. Untuk menegakkan identiti negara dan bangsa4. Untuk mencapai keharmonian dan kerukunan hidup bernegara5. Untuk menanamkan sikap dan semangat patriotisme terhadap negara6. Contoh di Malaysia: - Rukun Negara, Perlembagaan Negara, Dasar-Dasar Pembangunan, Pendidikan, Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain
  59. 59. IDEOLOGI NEGARAKONSEP HIDUP BERNEGARA & TANGGUNGJAWAB BERNEGARA“Tatacara / prosidur hidup warga negara atau masyarakat dengan penuhkesedaran dan tanggungjawab, disertai oleh semangat patriotisme yang tinggi,saling bekerjasama, bertoleransi, hormat menghormati antara satu sama lain,(rakyat dengan rakyat dan pemerintah) demi mencapai matlamat sesebuahnegara yang makmur, maju dan berdaulat”BAGAIMANA MENCAPAINYA Bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara rakyat & pemerintah Rakyat mesti memahami & menghayati sepenuhnya tentang erti hidup bernegara
  60. 60. IDEOLOGI NEGARA TANGGUNGJAWAB RAKYAT YANG PALING ASAS DALAM MENYEMPURNAKAN MATLAMAT & MENYAHUT CABARAN NEGARA:1. Membina kehidupan keluarga dengan sempurna2. Membina & membentuk diri serta peribadi mulia untuk menjadi individu berguna3. Menyumbang bakti melalui penguasaan terhadap setiap bidang ilmu dan kemahiran sedia ada4. Melaksanakan apa juga tugas & tanggungjawab yang dapat membantu pembangunan demi kesejahteraan masa depan negara & masyarakat5. Berazam untuk memahami dan mematuhi perlembagaan dan undang- undang kebaikkan bersama6. Berpegang teguh dan mematuhi ajaran agama serta ketatasusilaan hidup yang sekaligus merupakan benteng kekuatan & keselamatan negara, selain untuk mendapatkan keredhaan Tuhan demi untuk kejayaan hidup di dunia dan di alam sesudahnya
  61. 61. TAMATSEKIAN TERIMA KASIH BYE.. !!!

×