SlideShare a Scribd company logo
1
KOMUNIKASI BERKESAN MAMPU MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Kemahiran komunikasi secara umumnya dikonotasikan sebagai kebolehan
menyampaikan dan memindahkan mesej dari seseorang kepada seseorang yang lain
(Saodah, Narimah & Yusof, 2003). Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru kerana profesien
keguruan sememangnya melibatkan komunikasi dengan setiap lapisan masyarakat, bermula
dengan murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan komuniti. Kemahiran berkomunikasi penting
khususnya untuk menjalinkan hubungan baik antara guru dan murid. Kini, terdapat pelbagai
isu pendidikan yang timbul termasuklah dalam bidang profesien dan profesionalisme
keguruan, standard prestasi antarabangsa dan kepelbagaian potensi murid (Noriati, Lee,
Zulkufli & Zakiah, 2014). Sesungguhnya, profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan melalui
penggunaan komunikasi yang berkesan.
Amalan profesionalisme guru dapat dirujuk dalam model Standard Guru Malaysia
yang terdiri daripada amalan nilai profesionalisme, kemahiran pengajaran dan pembelajaran
(PdP) serta pengetahuan dan kefahaman. Amalan nilai profesionalisme mengandungi tiga
domain iaitu domain diri, profesion dan sosial (Mok, 2009). Dalam domain-domain tersebut,
guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang positif dengan mencerminkan nilai-nilai yang
murni seperti amanah, sabar, kreatif dan berketrampilan. Maka, guru hendaklah menunjukkan
tingkah laku yang baik dalam masyarakat kerana perlakuan juga dapat dikenal pasti sebagai
komunikasi non verbal (Bender, 2005). Budaya senyum dan sapaan antara guru dengan guru
amat penting untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama rakan sejawat. Perlakuan
hormat-menghormati tidak kira perbezaan usia akan mengeratkan hubungan dan kemesraan
di tempat kerja (Shahabuddin, Rohizani & Zohir, 2007). Hal ini mewujudkan komunikasi dua
hala antara guru dengan guru sekali gus membolehkan guru bekerjasama sebagai satu
pasukan sekerja. Ini menunjukkan bahawa komunikasi yang baik membantu guru untuk
menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sejawat di sekolah sekali gus meningkatkan
profesionalisme keguruan. Impaknya, guru dapat mengadaptasi di setiap persekitaran
masyarakat melalui komunikasi berkesan.
2
Selain itu, guru juga perlu meningkatkan profesionalime kendiri bagi meningkatkan
kualiti profesionalime guru dalam hubungan komunikasi (Noriati, Lee, Zulkifli & Zakiah, 2014).
Guru perlu sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan mempelajari pelbagai cara yang
efektif untuk meningkatkan kualiti pedagogi PdP. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan
lawatan sambil belajar ke Bandaraya Melaka untuk menarik minat murid dalam subjek
Sejarah. Di sini, guru hendaklah berbincang dengan pihak-pihak organisasi-organisasi luar
seperti Muzium Negara Malaysia untuk merancang kos-kos perbelanjaan dan masa yang
diperlukan. Interaksi yang wujud membantu guru untuk mencapai matlamat yang dibuat
bersama sesebuah organisasi (Zainuddin, 2006). Hal ini secara tidak langsung mewujudkan
komunikasi yang baik antara guru dengan agensi-agensi luar secara permuafakatan. Dengan
ini, guru dapat menambaik pedagogi dalam PdP dengan menjalinkan hubungan baik dengan
organisasi-organisasi luar.
Seterusnya, budaya pembelajaran sepanjang hayat sememangnya membolehkan
guru menyampaikan maklumat kepada pelajar secara dinamik. Penyampaian maklumat
adalah penting bagi mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan murid terhadap guru
dalam PdP (Rosnah, 2017). Guru hendaklah mempraktikkan budaya ini melalui budaya
membaca, belajar dan berfikir untuk menambah ilmu pengetahuan baharu. Penerangan yang
lengkap semasa PdP membolehkan murid untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari
dengan lebih mendalam. Aktiviti soal jawab amat penting bagi meningkatkan kefahaman
murid mengenai sesuatu yang tidak difahaminya (Nielsen, 2008). Contohnya, guru Sejarah
perlu menerangkan melalui lakonan misalnya mengenai pembentukan Malaysia kepada murid
yang kurang faham dengan betul agar murid tersebut tidak menyalah tafsir maklumat yang
sahih. Tindakan sebegini dapat membantu muriduntuk menghayati sesuatudengan berkesan
(Hekmi &Ilhaamie, 2017). Komunikasi yang berlaku secara tidak langsung meningkatkan imej
guru sebagai masyarakat yang proaktif terhadap pembangunan negara.
3
Di samping itu, perubahan standard prestasi antarabangsa yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyebabkan implikasi terhadap perubahan
kurikulum. KPM telah menyemak semula kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) pada tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun
2017 demi meningkatkan sistem pendidikan negara (Noriati, Lee, Zulkufli & Zakiah, 2014).
Cara PdP dalam kelas diubah di mana guru perlu membuat pentaksiran sepanjang masa dan
tidak berpandukan buku teks 100%. Guru dikehendaki mengaplikasikan idea-idea dalam
pelbagai bentuk pengajaran melalui Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) seperti gallery walk,
role play dan hot seat. Aktiviti-aktiviti sebegini menggalakkan murid untuk menyuarakan
pendapat dan idea mengenai sesuatu topik yang dibincangkan (Ayob, 2018). Guru hanya
menjadi pemudahcara kepada murid semasa PdP di dalam kelas. Sekiranya murid memberi
maklumat atau penjelasan yang salah, guru perlu menegur murid tersebut secara berhemah
agar tiada salah faham berlaku dalam komunikasi (Amin, 2008). Hal ini dapat meningkatkan
mutu pengajaran guru terhadap murid di dalam kelas. Kesannya, tahap kognitif murid akan
lebih cepat berkembang dengan adanya dorongan guru untuk berinteraksi di dalam kelas.
Selanjutnya, setiap murid mempunyai potensi yang berbeza dan guru perlu
mencungkil bakat-bakat yang terpendam tersebut. Badan-badan pendidikan seperti KPM,
sekolah dan guru-guru patut melakukan perbincangan dan perkongsian antara satu samalain
dalam melaksanakan inisiatif penggubal dasar (Amin, 2008). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang digubal berupaya meningkatkan keberhasilan
kemenjadian murid pada masa hadapan. Permusyawarahan antara guru dan pihak KPM
adalah penting dalam membuat keputusan tentang hal pendidikan secaramuafakat (Abdullah,
Abd. Rashid & Abd. Ghani, 2007). Permuafakatan yang dilakukan dapat memastikan setiap
sekolah mempunyai prasarana seperti perpustakaan, makmal komputer dan padang yang
lengkap untuk menggalakkan murid menceburi sesuatu bidang dengan mendalam. Guru
boleh menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak KPM untuk memperbaiki dan
menambahbaik mutu sistem pendidikan dengan lebih efisien. Misalnya mengenai isu sekolah
4
di pedalaman dan luar bandar yang tidak mempunyai makmal komputer. Masalah seperti ini
perlu dibincangkan bersama melalui hubungan interaksi yang baik antara pihak guru dan
pihak atasan. Permuafakatan yang berlaku mampu meningkatkan martabat guru berdasarkan
kod etika yang dipatuhi (Chesebro & McCroskey, 2002). Hal ini menunjukkan bahawa
komunikasi yang berkesan mampu menjana persepakatan dalam membangunkan potensi
murid.
Sementalahan itu, komitmen antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti
mestilah dihasilkan bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain (Bender, 2005).
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sememangnya menjadi medium perantaraan antara
pihak sekolah dengan pihak luar. Jalinan yang terbina ini dapat mewujudkan komunikasi untuk
bersama membangunkan pendidikan murid-murid (Noriati, Lee, Zulkufli & Zakiah, 2014).
Melalui PIBG, guru boleh menyampaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah
kepada ibu bapa seperti masalah disiplin, kurang pemahaman terhadap subjek dan
berkeperluan khas. Hal ini membantu ibu bapa untuk mengetahui dan menangani masalah
anak-anak mereka di rumah dengan baik. Interaksi ini secara tidak langsung meningkatkan
kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti untuk bersama memainkan peranan dalam
pendidikan anak-anak (Zainuddin, 2006). Isu-isu seperti ibu bapa menyerang guru
disebabkan tidak puas hati sudah pasti dapat diatasi apabila wujud komunikasi yang berkesan
sesamaibu bapa dan guru. Persepakatan ini membantu meningkatkan kualiti profesionalisme
keguruan melalui komunikasi berkesan antara ibu bapa dan guru.
Deduksinya, komunikasi berkesan berperanan dalam meningkatkan profesionalisme
keguruan dalam menangani pelbagai isu pendidikan di Malaysia (Mok, 2009). Komunikasi
sangat penting untuk mewujudkan perhubungan yang baik antara guru dengan murid, ibu
bapa dan komuniti. Dengan adanya interaksi yang sihat, perkembangan jati diri murid yang
seimbang pasti dapat dilahirkan. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi yang berkesan di
samping personaliti dan sikap yang cemerlang perlu dimiliki oleh setiap guru dalam
melancarkan proses PdP sekali gus memacu ke arah kemenjadian murid.

More Related Content

What's hot

WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
AFIFAH ABIDIN
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologiepoicikgu
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Antasha Kamaruzzaman
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman firo HAR
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fatin Ain Nabila
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
2
22
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
munnianwar
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
nelson fredoline
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
Maizatul Mansor
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
ArifahAzlanShah1
 
What's hot (20)

WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologi
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
2
22
2
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Similar to EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK

Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwmSahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
affafyusra05
 
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahNuruddin Arranirri
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptxMembangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
hanifulmuttaqin87
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Jun Sahrul
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
muhammad
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
sitinurnadirahibrahi
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Yang Dibuang
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
Sugan Wae
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
NiniMartini1
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Rekha Mariappan
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
mohdsanusisidik
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
Rizka Amalia
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 
SOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptxSOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptx
DeltaMiranda1
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Similar to EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK (20)

Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwmSahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
Sahsiah guru cemerlang jihffbwjehhfbfjrkekwm
 
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Ppp2
 
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptxMembangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
Membangun Profesionalisme Guru di MI Subulussalam 1.pptx
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Sekolah Kolaboratif
Sekolah Kolaboratif Sekolah Kolaboratif
Sekolah Kolaboratif
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
SOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptxSOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptx
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
More from Muhammad Fateh

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
Muhammad Fateh
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
Muhammad Fateh
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
Muhammad Fateh
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
Muhammad Fateh
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
Muhammad Fateh
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
Muhammad Fateh
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Muhammad Fateh
 
More from Muhammad Fateh (7)

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
Recently uploaded

SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi dan prakarsa perubahan
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi  dan prakarsa perubahanAKSI NYATA MODUL 1.3 visi  dan prakarsa perubahan
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi dan prakarsa perubahan
PutuRatihSiswinarti1
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
Rismawati408268
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala SekolahVisi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
kusnen59
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
jaya35ml2
 
Recently uploaded (20)

EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK

  • 1. 1 KOMUNIKASI BERKESAN MAMPU MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN Kemahiran komunikasi secara umumnya dikonotasikan sebagai kebolehan menyampaikan dan memindahkan mesej dari seseorang kepada seseorang yang lain (Saodah, Narimah & Yusof, 2003). Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru kerana profesien keguruan sememangnya melibatkan komunikasi dengan setiap lapisan masyarakat, bermula dengan murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan komuniti. Kemahiran berkomunikasi penting khususnya untuk menjalinkan hubungan baik antara guru dan murid. Kini, terdapat pelbagai isu pendidikan yang timbul termasuklah dalam bidang profesien dan profesionalisme keguruan, standard prestasi antarabangsa dan kepelbagaian potensi murid (Noriati, Lee, Zulkufli & Zakiah, 2014). Sesungguhnya, profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan melalui penggunaan komunikasi yang berkesan. Amalan profesionalisme guru dapat dirujuk dalam model Standard Guru Malaysia yang terdiri daripada amalan nilai profesionalisme, kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengetahuan dan kefahaman. Amalan nilai profesionalisme mengandungi tiga domain iaitu domain diri, profesion dan sosial (Mok, 2009). Dalam domain-domain tersebut, guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang positif dengan mencerminkan nilai-nilai yang murni seperti amanah, sabar, kreatif dan berketrampilan. Maka, guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang baik dalam masyarakat kerana perlakuan juga dapat dikenal pasti sebagai komunikasi non verbal (Bender, 2005). Budaya senyum dan sapaan antara guru dengan guru amat penting untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama rakan sejawat. Perlakuan hormat-menghormati tidak kira perbezaan usia akan mengeratkan hubungan dan kemesraan di tempat kerja (Shahabuddin, Rohizani & Zohir, 2007). Hal ini mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan guru sekali gus membolehkan guru bekerjasama sebagai satu pasukan sekerja. Ini menunjukkan bahawa komunikasi yang baik membantu guru untuk menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sejawat di sekolah sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan. Impaknya, guru dapat mengadaptasi di setiap persekitaran masyarakat melalui komunikasi berkesan.
  • 2. 2 Selain itu, guru juga perlu meningkatkan profesionalime kendiri bagi meningkatkan kualiti profesionalime guru dalam hubungan komunikasi (Noriati, Lee, Zulkifli & Zakiah, 2014). Guru perlu sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan mempelajari pelbagai cara yang efektif untuk meningkatkan kualiti pedagogi PdP. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandaraya Melaka untuk menarik minat murid dalam subjek Sejarah. Di sini, guru hendaklah berbincang dengan pihak-pihak organisasi-organisasi luar seperti Muzium Negara Malaysia untuk merancang kos-kos perbelanjaan dan masa yang diperlukan. Interaksi yang wujud membantu guru untuk mencapai matlamat yang dibuat bersama sesebuah organisasi (Zainuddin, 2006). Hal ini secara tidak langsung mewujudkan komunikasi yang baik antara guru dengan agensi-agensi luar secara permuafakatan. Dengan ini, guru dapat menambaik pedagogi dalam PdP dengan menjalinkan hubungan baik dengan organisasi-organisasi luar. Seterusnya, budaya pembelajaran sepanjang hayat sememangnya membolehkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar secara dinamik. Penyampaian maklumat adalah penting bagi mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan murid terhadap guru dalam PdP (Rosnah, 2017). Guru hendaklah mempraktikkan budaya ini melalui budaya membaca, belajar dan berfikir untuk menambah ilmu pengetahuan baharu. Penerangan yang lengkap semasa PdP membolehkan murid untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari dengan lebih mendalam. Aktiviti soal jawab amat penting bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai sesuatu yang tidak difahaminya (Nielsen, 2008). Contohnya, guru Sejarah perlu menerangkan melalui lakonan misalnya mengenai pembentukan Malaysia kepada murid yang kurang faham dengan betul agar murid tersebut tidak menyalah tafsir maklumat yang sahih. Tindakan sebegini dapat membantu muriduntuk menghayati sesuatudengan berkesan (Hekmi &Ilhaamie, 2017). Komunikasi yang berlaku secara tidak langsung meningkatkan imej guru sebagai masyarakat yang proaktif terhadap pembangunan negara.
  • 3. 3 Di samping itu, perubahan standard prestasi antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyebabkan implikasi terhadap perubahan kurikulum. KPM telah menyemak semula kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 demi meningkatkan sistem pendidikan negara (Noriati, Lee, Zulkufli & Zakiah, 2014). Cara PdP dalam kelas diubah di mana guru perlu membuat pentaksiran sepanjang masa dan tidak berpandukan buku teks 100%. Guru dikehendaki mengaplikasikan idea-idea dalam pelbagai bentuk pengajaran melalui Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) seperti gallery walk, role play dan hot seat. Aktiviti-aktiviti sebegini menggalakkan murid untuk menyuarakan pendapat dan idea mengenai sesuatu topik yang dibincangkan (Ayob, 2018). Guru hanya menjadi pemudahcara kepada murid semasa PdP di dalam kelas. Sekiranya murid memberi maklumat atau penjelasan yang salah, guru perlu menegur murid tersebut secara berhemah agar tiada salah faham berlaku dalam komunikasi (Amin, 2008). Hal ini dapat meningkatkan mutu pengajaran guru terhadap murid di dalam kelas. Kesannya, tahap kognitif murid akan lebih cepat berkembang dengan adanya dorongan guru untuk berinteraksi di dalam kelas. Selanjutnya, setiap murid mempunyai potensi yang berbeza dan guru perlu mencungkil bakat-bakat yang terpendam tersebut. Badan-badan pendidikan seperti KPM, sekolah dan guru-guru patut melakukan perbincangan dan perkongsian antara satu samalain dalam melaksanakan inisiatif penggubal dasar (Amin, 2008). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang digubal berupaya meningkatkan keberhasilan kemenjadian murid pada masa hadapan. Permusyawarahan antara guru dan pihak KPM adalah penting dalam membuat keputusan tentang hal pendidikan secaramuafakat (Abdullah, Abd. Rashid & Abd. Ghani, 2007). Permuafakatan yang dilakukan dapat memastikan setiap sekolah mempunyai prasarana seperti perpustakaan, makmal komputer dan padang yang lengkap untuk menggalakkan murid menceburi sesuatu bidang dengan mendalam. Guru boleh menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak KPM untuk memperbaiki dan menambahbaik mutu sistem pendidikan dengan lebih efisien. Misalnya mengenai isu sekolah
  • 4. 4 di pedalaman dan luar bandar yang tidak mempunyai makmal komputer. Masalah seperti ini perlu dibincangkan bersama melalui hubungan interaksi yang baik antara pihak guru dan pihak atasan. Permuafakatan yang berlaku mampu meningkatkan martabat guru berdasarkan kod etika yang dipatuhi (Chesebro & McCroskey, 2002). Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi yang berkesan mampu menjana persepakatan dalam membangunkan potensi murid. Sementalahan itu, komitmen antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti mestilah dihasilkan bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain (Bender, 2005). Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sememangnya menjadi medium perantaraan antara pihak sekolah dengan pihak luar. Jalinan yang terbina ini dapat mewujudkan komunikasi untuk bersama membangunkan pendidikan murid-murid (Noriati, Lee, Zulkufli & Zakiah, 2014). Melalui PIBG, guru boleh menyampaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah kepada ibu bapa seperti masalah disiplin, kurang pemahaman terhadap subjek dan berkeperluan khas. Hal ini membantu ibu bapa untuk mengetahui dan menangani masalah anak-anak mereka di rumah dengan baik. Interaksi ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti untuk bersama memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak (Zainuddin, 2006). Isu-isu seperti ibu bapa menyerang guru disebabkan tidak puas hati sudah pasti dapat diatasi apabila wujud komunikasi yang berkesan sesamaibu bapa dan guru. Persepakatan ini membantu meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan melalui komunikasi berkesan antara ibu bapa dan guru. Deduksinya, komunikasi berkesan berperanan dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dalam menangani pelbagai isu pendidikan di Malaysia (Mok, 2009). Komunikasi sangat penting untuk mewujudkan perhubungan yang baik antara guru dengan murid, ibu bapa dan komuniti. Dengan adanya interaksi yang sihat, perkembangan jati diri murid yang seimbang pasti dapat dilahirkan. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi yang berkesan di samping personaliti dan sikap yang cemerlang perlu dimiliki oleh setiap guru dalam melancarkan proses PdP sekali gus memacu ke arah kemenjadian murid.