SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
2


                                     Bahagian A

                                     [30 markah]

                             [Masa dicadangkan : 45 minit]


Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan.
Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




      Mengekalkan                                               Mengurangkan
       kesihatan                                                masalah sosial




                                   KEPENTINGAN
                                      SUKAN




     Memupuk perpaduan                                         Meningkatkan imej
          kaum                                                      negara




                                http://edu.joshuatly.com/
1103/1 © 2012 Hak Cipta Sekolah ….                                              SULIT
                       http://fb.me/edu.joshuatly
3


                                         Bahagian B

                                        [100 markah]

                             [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.



1   Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar
    yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.

    Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.

2   Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.

    Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.

3   Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan             di negara kita semakin
    membimbangkan banyak pihak.

    Tulis sebuah rencana yang bertajuk ’Tanggungjawab Masyarakat          untuk Membanteras
    Jenayah’.

4   Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar kita untuk menyambung pelajaran di luar negara.

    Bincangkan kebaikan dan keburukan belajar di luar negara.

5   Anda telah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus tersebut.




                                     KERTAS SOALAN TAMAT




                                http://edu.joshuatly.com/
1103/1 © 2012 Hak Cipta Sekolah ….                                                       SULIT
                         http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                        2                                       1103/2


                                  Soalan 1: Rumusan

                                      [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memperkukuh tradisi hidup berjiran dan kepentingan hidup berjiran.              Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tradisi hidup berjiran atau semangat
kejiranan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sudah bertapak sejak sekian lama.
Perbezaan tersebut tidak seharusnya dijadikan sempadan untuk membina benteng daripada
amalan hidup berjiran. Namun realiti masyarakat hari ini adalah mengambil mudah
berhubung semangat kejiranan. Mungkin alasan kesibukan seharian dalam mengejar karier
masing-masing menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan. Pacuan perkembangan
teknologi pada hari ini juga menjadi penyumbang kepada kealpaan masyarakat terhadap
amalan hidup berjiran. Terdapat juga jiran tetangga yang tidak berminat untuk saling
mengenali sesama sendiri kerana mementingkan status, malah tidak pernah bertegur sapa
kerana menganggap jiran mereka rendah darjatnya. Hal sedemikian perlu diatasi segera
dengan mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran seperti bertanya khabar atau
bertukar-tukar pandangan supaya hubungan kejiranan yang mulia ini tidak terhakis dalam
masyarakat kita. Selain itu, usaha bersepadu yang lain perlu dilakukan bagi menyuburkan
kembali tradisi hidup berjiran agar dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat kita.

        Sebenarnya semangat kejiranan mampu meninggalkan kesan yang ketara terhadap
kesejahteraan masyarakat. Kehidupan berjiran akan berkekalan jika setiap jiran mempunyai
matlamat hidup yang sama iaitu inginkan perpaduan dan kesejahteraan. Amalan ambil peduli
terhadap sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi jiran dapat membantu kesulitan yang
dialami oleh mereka. Hal ini demikian kerana banyak masalah kejiranan dapat diselesaikan
apabila masing-masing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan
kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama, sikap saling
menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia seperti ikhlas,
saling menghormati dan tidak bersikap iri hati akan dapat membentuk hubungan kejiranan
yang utuh. Hubungan kejiranan memerlukan kita saling bertemu, jadi meluangkan masa
untuk berkunjung ke rumah jiran juga dapat mengeratkan semangat hidup berjiran. Hal ini
memungkinkan kita lebih mengenali sesama sendiri. Sekurang-kurangnya berkunjunglah ke
rumah jiran pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Hubungan
kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan diri semata-mata
untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Semakin kerap kita menghulurkan bantuan
semakin erat ikatan kejiranan kita seperti semasa kenduri-kendara atau pada waktu-waktu
kecemasan. Seterusnya pelbagai perbezaan sesama jiran dapat disempitkan jurangnya melalui
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan seperti program Kawasan Rukun
Tetangga(KRT) yang bukan sahaja menjaga keselamatan sekitar kejiranan malah
mewujudkan hubungan sosial yang positif.




                                                                    [Lihat halaman sebelah
1103/2                http://edu.joshuatly.com/                                    SULIT
                      http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                           3                                       1103/2


        Dalam konteks menjaga hubungan sesama jiran, kita bertanggungjawab untuk tidak
menyakiti hati jiran, baik perkataan mahupun perbuatan. Sampah sarap tidak harus dibiarkan
berserakan dan berbau, begitu juga elakkan berbuat bising sehingga mengganggu ketenteram
jiran terutama pada waktu malam. Jelaslah betapa pentingnya peranan jiran dalam
menentukan keharmonian dan keselamatan dalam sesebuah negara.Persoalan arus
kemodenan bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan soal kejiranan. Dalam menjalani
kehidupan berjran ini kita perlu menghayati pepatah Melayu iaitu jiran sepakat membawa
berkat.

                      (Dipetik dan diubahsuai daripada Berbaik Sangka Erat Hubungan Jiran
                                                   Tetangga Mingguan Malaysia, Jun 2009)

                                   Soalan 2: Pemahaman
                                        [ 35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i)      Berikan maksud rangkai kata penyumbang kepada kealpaan.

                                                                                  [2 markah]

(ii)     Apakah punca-punca yang menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan?

                                                                                  [3 markah]

(iii)    Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menyakiti hati jiran tetangga?

                                                                                  [4 markah]




                                                                       [Lihat halaman sebelah
1103/2                   http://edu.joshuatly.com/                                    SULIT
                         http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                          4                                      1103/2


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

       Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini
bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau.
Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu
kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan
kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

        Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-
ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi
busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun
tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

       Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga
menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah
menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum
masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning pun nampak saja
besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air
Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

                                     (Dipetik daripada „Ibu dan Ceper‟ oleh Shahnon Ahmad
                                 dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)      Bagaimanakah keadaan Sungai Ceper apabila dilanda kemarau panjang?
                                                                               [2 markah]

(ii)     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak
         apabila bencana alam melanda?
                                                                               [3 markah]

(iii)    Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan
         cerpen ini.
                                                                               [4 markah]




                                                                     [Lihat halaman sebelah
1103/2                  http://edu.joshuatly.com/                                   SULIT
                        http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                           5                                       1103/2


Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

         Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil
segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu
tinggallah di situ.

     Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain
menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar
kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang.
Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang
datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

    Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku‟l Nasar
di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar
menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar
bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata
Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara
hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita
menumpang bersuka kepadanya.”

                                                             (Dipetik daripada „Merah Silu‟
                                                             dalam antologi Harga Remaja,
                                                               Dewan Bahasa dan Pustaka).

(i)      Berikan maksud rangkai kata ia pun sedia raja.
                                                                                [2 markah]

(ii)     Nyatakan bukti-bukti yang menggambarkan sikap baik hati Merah Silu?
                                                                                [3 markah]

(iii)    Sekiranya anda Merah Silu, bagaimanakah caranya anda memanfaatkan harta yang
         banyak itu?
                                                                           [3 markah]




                                                                      [Lihat halaman sebelah
1103/2                   http://edu.joshuatly.com/                                   SULIT
                         http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                     6                                    1103/2


Soalan 2 (d) - Syair

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak dipeduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

Puisi Melayu Tradisi 1993
Oxford Fajar Sdn. Bhd.


                                                               [Lihat halaman sebelah
1103/2                  http://edu.joshuatly.com/                             SULIT
                        http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                            7                                         1103/2


(i)    Berdasarkan rangkap yang kedua syair di atas, nyatakan ciri-ciri orang yang riak.

                                                                                   [2 markah]

(ii)   Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas?

                                                                                   [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran daripada syair di atas.

                                                                                   [4 markah]




                                                                         [Lihat halaman sebelah
1103/2                   http://edu.joshuatly.com/                                      SULIT
                         http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                            8                                      1103/2


                         Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                                           [30 markah]
                                       Jawab semua soalan


(a)      Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
         anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
         imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
         atau nama khas.

           (i)       merah jambu       -   jambu merah
           (ii)      sawah padi        -   padi sawah
           (iii)     orang ramai       -   ramai orang
                                                                                 [6 markah]

(b)      Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata,
         ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

          (i)   Negara Indonesia merupakan pengeluar petroleum yang terbesar di Asia
                Tenggara.
          (ii) Projek pembinaan rumah kos rendah akan dimulakan bila?
          (iii) “Jemputlah datang ke rumah sempena majlis ulang tahun kelahiran saya,” kata
                Ira kepada Azmir.
          (iv) Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.
          (v) “Saya mahu anda semua mengemas bilik darjah ini sebelum balik,” kata Cikgu
                Amin kepada pelajar-pelajarnya.
          (vi) “Amboi, lama benar awak pergi bercuti di Australia!”kata Suhaila kepada
                Nasa.

                                                                                 [6 markah]

(c)      Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
         penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
         setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
         dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
         semula.

          (i)      Meneroka angkasa lepas merupakan bidang baru yang perlu dicebori oleh
                   generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara
                   lain.

           (ii) Pertandingan merwarna yang disertai oleh pelajar pra sekolah itu dapat
                meningkatkan kemahiran seni lukis mereka.

           (iii) Remaja hendaklah mengelak diri daripada melepak di komplek beli-belah
                 kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah.

                                                                                 [6 markah]

                                                                       [Lihat halaman sebelah
1103/2                     http://edu.joshuatly.com/                                  SULIT
                           http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                           9                                        1103/2


(d)      Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
         tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
         tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau
         istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

            Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia terus mengorak jejak membentuk
         sebuah negara yang maju dan berdaulat. Malaysia meneruskan acara dengan memberi
         tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi di luar bandar. Matlamat kerajaan ialah untuk
         mengimbangi pertumbuhan ekonomi agar dapat rakyat nikmati. Ekonomi negara
         menunjukkan perkembangan yang positif dari masa ke semasa. Kedudukan ekonomi
         yang stabil telah menguatkan mata wang negara.

                                                                                  [6 markah]

(e)      Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
         sesuai dengan petikan tersebut.

            Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah.
         Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara
         biasa baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada
         waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu
         ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya
         itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering menasihati
         adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan
         nasihat tersebut.

                                                                                  [6 markah]




                                                                       [Lihat halaman sebelah
1103/2                   http://edu.joshuatly.com/                                    SULIT
                         http://fb.me/edu.joshuatly
SULIT                                              10                                        1103/2


                                          Soalan 4 : Novel

                                             [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


         (i)       Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

         (ii)       Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

         (iii)     Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

         (iv)      Renyah karya Gunawan Mahmood

         (v)       Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

         (vi)      Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

         (vii)     Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

         (viii)    Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain


(a)            Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari.
                                                                                       [7 markah]


(b)         Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan
            daripada novel tersebut.

                                                                                       [8 markah]

                                   KERTAS SOALAN TAMAT




                                                                            [Lihat halaman sebelah
1103/2                      http://edu.joshuatly.com/                                      SULIT
                            http://fb.me/edu.joshuatly

More Related Content

Similar to Memperkukuh Tradisi Hidup Berjiran

Similar to Memperkukuh Tradisi Hidup Berjiran (20)

Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Ips kelas 3 - suranti
Ips kelas 3  - surantiIps kelas 3  - suranti
Ips kelas 3 - suranti
 
[Edu.joshuatly.com] johor spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] johor spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] johor spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] johor spm trial 2011 b.melayu (w ans)
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2
 
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskiniRangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-b
 
Latihan kertas 1
Latihan kertas 1Latihan kertas 1
Latihan kertas 1
 
SOAL PREDIKSI SOSIOLOGI UN 2012
SOAL PREDIKSI SOSIOLOGI UN 2012SOAL PREDIKSI SOSIOLOGI UN 2012
SOAL PREDIKSI SOSIOLOGI UN 2012
 
PPT PPKN ANA.pptx
PPT PPKN ANA.pptxPPT PPKN ANA.pptx
PPT PPKN ANA.pptx
 

More from Nur faizah Baharin (20)

Motor control and_learning
Motor control and_learningMotor control and_learning
Motor control and_learning
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 full
Bab 1 fullBab 1 full
Bab 1 full
 
Bab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta mindaBab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta minda
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
 
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan
 
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
 
Rashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangorRashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangor
 
Rashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangorRashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangor
 
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
 
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
 
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
Skema bm2 stpm selangor 2012
Skema  bm2 stpm selangor 2012Skema  bm2 stpm selangor 2012
Skema bm2 stpm selangor 2012
 
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
 

Memperkukuh Tradisi Hidup Berjiran

  • 1. 2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Mengekalkan Mengurangkan kesihatan masalah sosial KEPENTINGAN SUKAN Memupuk perpaduan Meningkatkan imej kaum negara http://edu.joshuatly.com/ 1103/1 © 2012 Hak Cipta Sekolah …. SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 2. 3 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik. Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut. 2 Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu. Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan. 3 Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan di negara kita semakin membimbangkan banyak pihak. Tulis sebuah rencana yang bertajuk ’Tanggungjawab Masyarakat untuk Membanteras Jenayah’. 4 Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar kita untuk menyambung pelajaran di luar negara. Bincangkan kebaikan dan keburukan belajar di luar negara. 5 Anda telah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus tersebut. KERTAS SOALAN TAMAT http://edu.joshuatly.com/ 1103/1 © 2012 Hak Cipta Sekolah …. SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 3. SULIT 2 1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memperkukuh tradisi hidup berjiran dan kepentingan hidup berjiran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tradisi hidup berjiran atau semangat kejiranan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sudah bertapak sejak sekian lama. Perbezaan tersebut tidak seharusnya dijadikan sempadan untuk membina benteng daripada amalan hidup berjiran. Namun realiti masyarakat hari ini adalah mengambil mudah berhubung semangat kejiranan. Mungkin alasan kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan. Pacuan perkembangan teknologi pada hari ini juga menjadi penyumbang kepada kealpaan masyarakat terhadap amalan hidup berjiran. Terdapat juga jiran tetangga yang tidak berminat untuk saling mengenali sesama sendiri kerana mementingkan status, malah tidak pernah bertegur sapa kerana menganggap jiran mereka rendah darjatnya. Hal sedemikian perlu diatasi segera dengan mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran seperti bertanya khabar atau bertukar-tukar pandangan supaya hubungan kejiranan yang mulia ini tidak terhakis dalam masyarakat kita. Selain itu, usaha bersepadu yang lain perlu dilakukan bagi menyuburkan kembali tradisi hidup berjiran agar dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat kita. Sebenarnya semangat kejiranan mampu meninggalkan kesan yang ketara terhadap kesejahteraan masyarakat. Kehidupan berjiran akan berkekalan jika setiap jiran mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu inginkan perpaduan dan kesejahteraan. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi jiran dapat membantu kesulitan yang dialami oleh mereka. Hal ini demikian kerana banyak masalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masing-masing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama, sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia seperti ikhlas, saling menghormati dan tidak bersikap iri hati akan dapat membentuk hubungan kejiranan yang utuh. Hubungan kejiranan memerlukan kita saling bertemu, jadi meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran juga dapat mengeratkan semangat hidup berjiran. Hal ini memungkinkan kita lebih mengenali sesama sendiri. Sekurang-kurangnya berkunjunglah ke rumah jiran pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Semakin kerap kita menghulurkan bantuan semakin erat ikatan kejiranan kita seperti semasa kenduri-kendara atau pada waktu-waktu kecemasan. Seterusnya pelbagai perbezaan sesama jiran dapat disempitkan jurangnya melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan seperti program Kawasan Rukun Tetangga(KRT) yang bukan sahaja menjaga keselamatan sekitar kejiranan malah mewujudkan hubungan sosial yang positif. [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 4. SULIT 3 1103/2 Dalam konteks menjaga hubungan sesama jiran, kita bertanggungjawab untuk tidak menyakiti hati jiran, baik perkataan mahupun perbuatan. Sampah sarap tidak harus dibiarkan berserakan dan berbau, begitu juga elakkan berbuat bising sehingga mengganggu ketenteram jiran terutama pada waktu malam. Jelaslah betapa pentingnya peranan jiran dalam menentukan keharmonian dan keselamatan dalam sesebuah negara.Persoalan arus kemodenan bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan soal kejiranan. Dalam menjalani kehidupan berjran ini kita perlu menghayati pepatah Melayu iaitu jiran sepakat membawa berkat. (Dipetik dan diubahsuai daripada Berbaik Sangka Erat Hubungan Jiran Tetangga Mingguan Malaysia, Jun 2009) Soalan 2: Pemahaman [ 35 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata penyumbang kepada kealpaan. [2 markah] (ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menyakiti hati jiran tetangga? [4 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 5. SULIT 4 1103/2 Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga. Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan- ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung. (Dipetik daripada „Ibu dan Ceper‟ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Bagaimanakah keadaan Sungai Ceper apabila dilanda kemarau panjang? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak apabila bencana alam melanda? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen ini. [4 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 6. SULIT 5 1103/2 Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ. Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau. Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku‟l Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.” (Dipetik daripada „Merah Silu‟ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka). (i) Berikan maksud rangkai kata ia pun sedia raja. [2 markah] (ii) Nyatakan bukti-bukti yang menggambarkan sikap baik hati Merah Silu? [3 markah] (iii) Sekiranya anda Merah Silu, bagaimanakah caranya anda memanfaatkan harta yang banyak itu? [3 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 7. SULIT 6 1103/2 Soalan 2 (d) - Syair Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Makna Riak Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak dipeduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak. Puisi Melayu Tradisi 1993 Oxford Fajar Sdn. Bhd. [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 8. SULIT 7 1103/2 (i) Berdasarkan rangkap yang kedua syair di atas, nyatakan ciri-ciri orang yang riak. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas? [3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran daripada syair di atas. [4 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 9. SULIT 8 1103/2 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) merah jambu - jambu merah (ii) sawah padi - padi sawah (iii) orang ramai - ramai orang [6 markah] (b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (i) Negara Indonesia merupakan pengeluar petroleum yang terbesar di Asia Tenggara. (ii) Projek pembinaan rumah kos rendah akan dimulakan bila? (iii) “Jemputlah datang ke rumah sempena majlis ulang tahun kelahiran saya,” kata Ira kepada Azmir. (iv) Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. (v) “Saya mahu anda semua mengemas bilik darjah ini sebelum balik,” kata Cikgu Amin kepada pelajar-pelajarnya. (vi) “Amboi, lama benar awak pergi bercuti di Australia!”kata Suhaila kepada Nasa. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Meneroka angkasa lepas merupakan bidang baru yang perlu dicebori oleh generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara lain. (ii) Pertandingan merwarna yang disertai oleh pelajar pra sekolah itu dapat meningkatkan kemahiran seni lukis mereka. (iii) Remaja hendaklah mengelak diri daripada melepak di komplek beli-belah kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah. [6 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 10. SULIT 9 1103/2 (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia terus mengorak jejak membentuk sebuah negara yang maju dan berdaulat. Malaysia meneruskan acara dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi di luar bandar. Matlamat kerajaan ialah untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi agar dapat rakyat nikmati. Ekonomi negara menunjukkan perkembangan yang positif dari masa ke semasa. Kedudukan ekonomi yang stabil telah menguatkan mata wang negara. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut. Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah. Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebut. [6 markah] [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly
  • 11. SULIT 10 1103/2 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (a) Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah] (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel tersebut. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT [Lihat halaman sebelah 1103/2 http://edu.joshuatly.com/ SULIT http://fb.me/edu.joshuatly