PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                   BM 910/2



  TERHAD                                                   KOD KERTAS: 910/2




       JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR
         PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012




     Skema Pemarkahan Dan Skema Jawapan



                           BAHASA MALAYSIA
                                 910/2




  PERINGATAN:
  Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan
  pemeriksaan dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

                 @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012


@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                             1   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                             BM 910/2


CARA PEMBERIAN MARKAH


BAHAGIAN A : KARANGAN (50 markah)

Guru perlulah membaca karangan pelajar untuk memberikan markah yang sewajarnya.
Pemberian markah hendaklah mengikut Kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan
Bahasa (B). Pemberian markah adalah seperti berikut.

(A) Kerelevanan (R) [21 markah]

Pendahuluan (3 markah)


        Tahap                                            Markah
Baik              3 markah – menepati kehendak tajuk dan jelas
Sederhana         2 markah – kurang menepati tajuk dan kurang jelas
Lemah             1 markah – tidak menepati kehendak tajuk/terlalu pendek atau terlalu panjang

Isi (15 markah)


        Tahap                                              Markah
Baik              3 markah – isi menepati kehendak tajuk, jelas dan menjurus kepada isi utama
Sederhana         2 markah – isi masih menepati tajuk tetapi kurang jelas dan tidak menjurus
                  kepada isi utama
Lemah             1 markah – isi lemah


Kesimpulan (3 markah)

Tahap       Markah
Baik        3 markah – jelas dan meyakinkan
Sederhana   2 markah – kurang jelas dan kurang meyakinkan
Lemah       1 markah – terlalu pendek




(B) Pengolahan (P) [14 markah]


       Tahap                                         Markah
Amat baik    13-14 markah – pengolahan baik, teratur dan kemas serta binaan perenggan
             yang baik.
Baik         10-12 markah – pengolahan masih baik tetapi ada yang tidak teratur serta binaan
             perenggan yang masih baik



@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                        2      TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                            BM 910/2


Sederhana       7-9 markah – pengolahan dan perenggan masih baik

Lemah           4-6 markah – pengolahan dan perenggan kurang kemas dan kurang baik
Amat lemah      1-3 markah – pengolahan dan perenggan amat lemah


(C) Bahasa (B) [15 markah]


       Tahap                                          Markah
Amat baik    13-15 markah – kesalahan sintaksis kurang daripada 3 kesalahan, bahasa lancar
             dan berkesan, penggunaan diksi tepat dan luas
Baik         10-12 markah – kesalahan sintaksis antara 4 – 6 kesalahan, bahasa masih lancar
             dan berkesan, penggunaan diksi masih tepat dan luas
Sederhana    7-9 markah – kesalahan sintaksis antara 7 – 10 kesalahan, bahasa masih baik dan
             penggunaan diksi masih tepat.

Lemah           4-6 markah – kesalahan sintaksis antara 11 – 15 kesalahan, bahasa tidak lancar,
                penggunaan diksi ada yang tidak tepat dan terbatas
Amat lemah      1-3 markah – kesalahan sintaksis lebih daripada 16 kesalahan, bahasa amat tidak
                lancar, penggunaan diksi banyak tidak tepat dan terbatas

Nota;
       Jumlah perkataan antara 550 – 649 : tolak 2 markah
       Jumlah perkataan antara 451 – 549 : 4 markah
   ď‚·    Jumlah perkataan antara 450 dan kurang daripada itu : Tolak 6 markah
   ď‚·    Pemeriksa perlu menanda karangan calon hingga 700 patah perkataan sahaja.




                                    BAHAGIAN A [50]

Soalan 1:
Kebanyakan persatuan belia di negara kita ’bagai hidup segan mati tak mahu’ kerana
belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan belia
menceburkan diri secara aktif dalam persatuan.

Skema Jawapan:

Pengenalan

Golongan belia yang menjadi aset negara perlu bergiat aktif dalam persatuan belia. Walau
bagaimanapun, kini belia tidak gemar melibatkan diri secara aktif dalam persatuan
menyebabkan sesetengah persatuan belia hampir terkubur. Hakikatnya, banyak kebaikan
yang dapat diperoleh belia sekiranya mereka bergiat aktif dalam persatuan.

Isi
Kebaikan belia berpersatuan secara aktif :

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                      3    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                            BM 910/2


IS1         :   Memupuk daya kepemimpinan

IS2         :   Meluaskan jaringan hubungan / sosialisasi, sama ada dengan ahli persatuan
                di dalam negara atau di luar negara

IS3         :   Meneroka    ilmu/ kemahiran tambahan mengikut bidang / pengkhususan
                persatuan

IS4         :   Mengembangkan bakat dan potensi diri/ peluang melalui latihan formal atau
                latihan tidak formal untuk kemajuan diri

IS5         :   Meluangkan waktu senggang dengan bermanfaat / mengelakkan diri
                daripada terlibat dengan unsur negatif

IS6         :   Menyertai perbincangan melalui pelbagai mekanisme yang sedia ada, seperti
                melalui majlis perundingan belia, dialog, dan konvensyen belia sama ada di
                peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa

IS7         :   Mendapat pengiktirafan/ sijil / anugerah yang boleh digunakan untuk
                kenaikan pangkat / kemajuan diri

IS8         :   Menaburkan bakti / sumbangan/ kebajikan melalui saluran yang betul dan
                sempurna serta memahami masyarakat dan budaya secara mendalam

IS9         :   Peka terhadap isu semasa yang berkaitan dengan belia

IS10        :   Mendisiplinkan diri melalui peraturan berpersatuan dan kerja berkumpulan

Kesimpulan:

Setiap individu belia perlu memanfaatkan persatuan yang diwujudkan demi kemajuan diri,
masyrakat dan negara.        Belia harus memainkan peranan dengan berkesan untuk
memperkasakan pertubuhan belia sebagai agen mobilisasi dalam pelbagai bidang.

Soalan 2.

Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai,
anda diminta untuk menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada
masalah rumah terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.

Format: Laporan

                                            Tajuk
            1.0 Pendahuluan
            2.0 Senarai Jawatankuasa
            3.0 Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai
                3.1
            4.0 Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai
                4.1
            5.0 Penutup

           Disediakan oleh,
           Tandatangan
@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012
           Setiausaha                                                                      4   TERHAD
           Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                    BM 910/2




Markah maksimum format yang akan ditolak : 4
Tiada : tajuk            -1m
        Pernomboran      -1m
        Subtajuk         -1m
        Tandatangan      -1m


Skema Jawapan:

Pendahuluan:

Masalah rumah terbengkalai di Malaysia semakin serius. Kebanyakan projek
perumahan terbengkalai melibatkan projek perumahan kos rendah. Fenomena ini telah
menimbulkan pelbagai kesan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil
bagi menangani masalah ini.

Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai:

IS I   Pembeli dibebani oleh masalah hutang/disenaraihitamkan oleh pihak pembiaya
       sekiranya gagal melunaskan hutang.
IS 2   Pembeli tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
IS 3   Permintaan terhadap rumah sewa meningkat/kos sewa rumah meningkat.
IS 4   Wujud petempatan setinggan.
IS 5   Tapak projek perumahan terbengkalai akan menjadi tempat pembiakan
       nyamuk - punca penyakit.
IS 6   Tapak projek ini juga menjadi sarang penjenayah.
IS 7   Pembeli yang tidak berpuas hati akan mengadakan demonstrasi untuk
       mendesak pemaju menyiapkan projek mereka


Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai:

IS 8 Pengawasan/pemantauan terhadap semua projek perumahan perlu dilakukan
     oleh kerajaan secara berkala.
IS 9 Melaksanakan kaedah “bina dan jual” rumah.
IS10 Pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti perlu dilaksanakan
     sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.


ISII Menyenaraihitamkan syarikat pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek/
     mendakwa pihak pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek - mengenakan
     kompaun.
IS12 Memberikan insentif kepada syarikat pemaju yang berjaya menyiapkan sesuatu
     projek mengikut masa yang ditetapkan.

Kesimpulan:
@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                              5   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                    BM 910/2



Kegagalan syarikat pemaju perumahan menyiapkan sesuatu projek perumahan telah
memberikan pelbagai kesan negatif. Penyelesaian masalah rumah terbengkalai ini
memerlukan kerjasama semua pihak.

Nisbah isi:    3:2
               2:3
               4:1
               1:4




Soalan 3:

Kini, pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah
golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada
pengambilan makanan tersebut?

Skema Jawapan

Pendahuluan

Masyarakat kini yang sentiasa sibuk dengan urusan menyebabkan sesetengah
daripada mereka mewngabaikan pengambilan makanan harian. Oleh sebab itu, ada
individu mengambil makann kesihatan tambahan. Pemakanan kesihatan tambahan
merupakan makanan yang diolah dalam bentuk tertentu dan berkhasiat. Makanan
tersebut merupakan makanan yang sesuai untuk semua golongan bagi menjaga
kesihatan. Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh apabila individu mengamalkan
makanan tersebut.


@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                6   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                     BM 910/2


Isi:

IS I:   Mudah diperoleh / dibeli

IS 2:   Mengawal dan menjaga kesihatan individu / awet muda

IS 3 : Meningkatkan kecerdasan / mneguatkan daya pemikiran/ ingatan

IS 4 : Mengawal penyakit daripada menjadi lebih kronik /sebagai ubat alternatif

IS 5:   Menjimatkan kos/ perbelanjaan (bagi sesetengah makanan kesihatan)

IS 6 : Menambahkan kecergasan fizikal



Kesimpulan:

Setiap individu hendaklah menitikberatkan kesihatan diri dengan mengambil
makanan yang diperlukan mengikut keperluan fizikal individu. Pengambilan
makanan tambahan kesihatan boleh menjadi amalan dalam kehidupan harian dan
menjadi makanan alternative dalam usaha individu menjaga kesihatan diri.




Soalan 4

Malaysia berusaha untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain
di dunia. Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara.

Skema Jawapan

Pendahuluan

Bidang aeroangkasa merupakan suatu bidang yang baru diterokai dan cuba dimajukan
oleh Malaysia dalam usaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara-negara lain di dunia, khusunya dalam bidang sains dan teknologi. Inisiatif
kerajaan memajukan bidang aeroangkasa meninggalkan pelbagai kesan, sama ada
kesan positif atau kesan negatif.

Isi

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                7   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                             BM 910/2


Kesan Positif

IS1       Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam pelbagai bidang.

IS2       Memajukan bidang teknologi satelit, khususnya bidang komunikasi dan
          penyiaran

IS3       Mengesan sumber bahan mentah yang boleh diterokai untuk meningkatkan
          ekonomi negara

IS4       Meramal dan memantau keadaan serta kejadian bencana alam

IS5       Melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa

IS6       Membantu kelancaran bidang pelayaran

IS7       Memajukan bidang perubatan. -penghasilan vaksin yang dijalankan di
          angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.

IS8       Meningkatkan keselamatan negara - pengesanan senjata dan serangan musuh

Kesan Negatif

IS 9      Melibatkan perbelanjaan yang tinggi

IS10      Menyebabkan pencemaran udara

IS11      Menyebabkan kehilangan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa -kapal
          angkasa Challenger meletup sebaik sahaja dilancarkan.

Kesimpulan

      -   Penglibatan negara dalam bidang aeroangkasa ini bukanlah suatu pembaziran
          melainkan satu lagi tanda kemajuan negara dalam bidang sains dan teknologi.

BAHAGIAN B: MERUMUSKAN KARANGAN [20 Markah]

Isi: 10 markah

           Tahap                                         Markah
          Amat Baik   9 - 10 : IU - Tepat dan lengkap
                       IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap
                                         K - tepat dan lengkap

          Baik               7-8 :
                                     IU - Tepat dan lengkap
                                     IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap
                                     K - Kurang tepat / kurang lengkap
                                               Atau
                                     IU - Kurang tepat / kurang lengkap
@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                     8    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                              BM 910/2


                                      IS - Cukup dan lengkap
                                      K - Tepat dan lengkap

          Sederhana          5–6:
                                      IU - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap
                                      IS - Tidak cukup (empat atau tiga)
                                      K - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap
                                                Atau
                                      IU - Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap
                                      IS - Cukup (enam atau lima isi) tetapi kurang lengkap/
                                           kurang tepat
                                      K - Tepat/ salah tempat / kurang lengkap

          Lemah              3 – 4:
                                      IU - Kurang lengkap/ kurang tepat/ samar
                                      IS - Tidak cukup (dua atau satu sahaja)
                                      K - Kurang tepat / kurang lengkap/ tiada
          Amat               1-2:
          Lemah                       IU - Salah / tiada
                                      IS - Tidak cukup/ tidak jelas/ salah
                                      K - Salah / tiada


Nota:
   i)        Isi sokongan (IS) kurang lengkap dianggap sebagai isi sokongan yang lemah (ISL)
   ii)       Dua isi sokongan yang lemah (ISL) dianggap sama nilainya dengan satu isi (IS)
             yang tepat dan lengkap.
   iii)      Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan. Jika calon menulis lebih
             daripada tiga perenggan, tolak satu markah.
   iv)       Rumusan yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak perlu dibaca.

Persembahan : 10 markah

           Tahap                                         Markah
          Amat Baik   9 – 10 : Olahan rumusan kemas, penyampaian berkesan, tidak
                      adakesalahan yang serius
          Baik        7 – 8: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian memuaskan,
                      tidak ada kesalahan bahasa yang serius.
          Sederhana   5 – 6: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian masih
                      memuaskan, mengandungi sedikit kesalahan bahasa tetapi tidak begitu
                      serius
          Lemah       3 – 4: Olahan rumusan kurang kemas, penyampaian kurang
                      memuaskan, mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang
                      serius
          Amat        1-2: Olahan rumusan tidak kemas, penyampaian tidak
          Lemah       memuaskan,mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang serius
@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                         9   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                       BM 910/2




Contoh:
IU        =         L
IS        =         2
ISL       =         3 ( sama dengan 1 ½ isi yang lengkap)
K         =         T
-------------------------------
I         =         5 markah (markah isi)
P         =         4 markah ( markah persembahan)
            ---------------
Jumlah             9
            ---------------



                                         Bahagian B


5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat
dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat
dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara
180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan anda hendaklah
ditulis pada akhir jawapan.                                             [ 20 ]


Gelombang pendidikan yang dahulunya berskala kecil kini telah berubah. Dengan
pelbagai transformasi global, pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat
untuk mengangkat martabat kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan perkongsian
maklumat terkini. Senario ini menyemarakkan taraf institusi pendidikan tinggi di
negara ini. Dengan wujudnya transformasi, ini bermaksud bahawa sesebuah institusi
itu bersedia untuk melaksanakan perubahan yang lebih besar dan melakukan anjakan
paradigma dalam semua segi. Dengan kata lain, sesebuah institusi pendidikan perlu
bersedia untuk melonjakkan kemampuan dan bersaing dengan institusi lain.

        Sesuatu perubahan yang besar tidak boleh dilakukan secara terburu-buru
kerana hal ini membabitkan kapasiti keseluruhan sesebuah institusi pengajian tinggi.
Perubahan tidak hanya tertumpu pada satu pihak, malah membabitkan seluruh
organisasi. Oleh sebab itu, setiap institusi pendidikan tinggi perlu ada perancangan
yang teliti untuk pembangunan jangka panjang. Dunia hari ini memang memerlukan
institusi pendidikan yang melakukan perubahan, bukan atas dasar populariti tetapi
atas dasar penambahbaikan taraf serta mutu pendidikan masa depan. Transformasi
pendidikan juga tidak hanya berfokuskan matlamat membina nama, status dan
penjenamaan, malah memberikan tindak balas kepada penjanaan kemahiran diri dan
insaniah mahasiswa. Sekiranya sesebuah institusi pendidikan itu tersohor seantero
dunia, tetapi mahasiswanya memiliki kemahiran insaniah yang rendah, maka ini boleh
diandaikan bahawa tiada apa-apa transformasi yang berlaku terhadap institusi itu.

        Era pendidikan dunia masa ini juga bukan lagi membudayakan kepelbagaian
jurusan ilmu semata-mata, malah membuka pintu kepada jalinan kerjasama antara
institusi merentasi pelbagai negara. Dengan aspirasi untuk memajukan pendidikan

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                               10    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                          BM 910/2


setara dengan permintaan global, pelbagai institusi pendidikan di negara ini, terutama
di peringkat tinggi mula mencari rakan baharu dan menjalin hubungan dua hala yang
strategik bagi bertukar-tukar kepakaran serta teknologi. Dengan menjadikan program
pengantarabangsaan sebagai asas lonjakan, institusi pengajian di seluruh negara ini
mula melaksanakan pembaharuan, seperti dari aspek dasar, utiliti dan mentaliti bagi
memenuhi kapasiti permintaan yang semakin tinggi.

        Dalam konteks pendidikan hari ini, organisasi yang mahu menerima
perubahan dan mempunyai visi yang jelas, maka organisasi itu akan muncul sebagai
pemenang dan menjadi pilihan. Organisasi yang tidak berani berubah, pasti tidak
mampu bersaing. Masyarakat dunia hari ini suka menilai dan melihat pendidikan
sebagai aset yang perlu ditambah setiap masa.     Oleh sebab itu, setiap institusi
memfokuskan transformasi pendidikan terhadap kepakaran dan ilmu sebagai cagaran
untuk mendapatkan pulangan.        Namun demikian, ketaksuban melaksanakan
transformasi atau perubahan yang besar boleh mendatangkan impak sampingan.
Misalnya, ketidakupayaan pensyarah dan mahasiswanya untuk memenuhi piawaian,
bukan sahaja boleh menjejaskan emosi, malah menjadikan mereka keliru. Pastinya,
usaha melakukan transformasi gagal jika golongan ini tidak jelas akan matlamat
institusi. Bagi mengelakkan kesan itu, maka perancangan perlu dilakukan secara
menyeluruh dan teliti.    Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek
transformasi pendidikan.    Namun demikian, jika silap percaturan, pelaksanaan
transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi dengan
sekelip mata dan mungkin sukar untuk dipulihkan.


                                 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Metro 4 April 2011)




Skema jawapan

 Idea Utama      : (Gelombang pendidikan kini telah berubah) (menyebabkan
                   pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat) (untuk
    3/4 isi        memartabatkan kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan
                   perkongsian maklumat terkini) (serta menyemarakkan institusi
                   pengajian tinggi Malaysia.)

     IS1         : (Transformasi menyebabkan sesebuah institusi bersedia untuk
                   melaksanakan anjakan paradigma dalam semua segi) (dan
    2/2 isi        bersedia untuk melonjakkan kemampuan serta bersaing dengan
                   institusi lain.)

     IS2         : (Transformasi membabitkan kapasiti seluruh institusi) (dan
                   memerlukan perancangan jangka panjang yang teliti) (atas dasar
      2/3          penambahbaikan taraf serta pendidikan masa hadapan.)

     IS3         : (Transformasi pendidikan bukan hanya untuk membina nama
                   sahaja,) (malah untuk penjanaan kemahiran diri dan insaniah
@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                   11    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                                 BM 910/2


      2/2              mahasiswa.)

      IS4           : (Untuk menyetarakan pendidikan di Malaysia dengan permintaan
                      global, institusi pendidikan mewujudkan hubungan dua hala
      2/3             yang strategik bagi pertukaran kepakaran dan teknologi. )
                      (Berlandaskan program pengantarabangsaan sebagai asas
                      lonjakan, institusi di Malaysia melaksanakan pelbagai
                      pembaharuan) (bagi memenuhi kapasiti permintaan yang semakin
                      tinggi.)

      IS5           : (Setiap institusi memfokuskan transformasi pendidikan terhadap
                      kepakaran dan ilmu sebagai cagaran untuk mendapatkan
      2/2             pulangan) ( tetapi ketaksuban melakukan transformasi boleh
                      meninggalkan kesan.)

       K            : (Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek
                      transformasi pendidikan, ) (namun jika silap percaturan,
      2/2             pelaksanaan transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah
                      institusi pengajian tinggi.)




BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [15 markah]

Isi ( I ) [5 markah]

            Tahap                                            Markah

        Amat baik            5 markah – isi tepat, tiada isi tertinggal, tiada fakta terpesong

        Baik                 4 markah – isi masih tepat, terdapat sedikit isi/fakta yang tidak
                             tepat/tertinggal

        Sederhana            3 markah – isi masih baik, terdapat sebahagian isi terpesong dan fakta
                                       tertinggal


        Lemah                2 markah – isi tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal


        Amat                 1 markah – keseluruhan isi tidak tepat/sipi/menyeleweng/tertinggal
        lemah

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                           12   TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                                            BM 910/2


Persembahan ( P ) [10 markah]

               Tahap                                                     Markah

           Amat baik                9-10 markah – jalinan kemas, tiada kesalahan bahasa dan bentuk alih
                                    bahasa tepat

           Baik                     7-8 markah – jalinan masih kemas, tiada kesalahan bahasa yang serius
                                    dan bentuk alih bahasa masih tepat


           Sederhana                5-6 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan
                                    bahasa tetapi tidak menjejaskan isi teks, alih bentuk alih bahasa
                                    kurang tepat


           Lemah                    3-4 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan
                                    bahasa yang serius, bentuk alih bentuk bahasa tidak tepat

           Amat                     1-2 markah – jalinan tidak kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa
           lemah                    yang serius sehingga merosakkan isi, bentuk alih bahasa yang terhasil
                                     terpesong

Nota       * Pelajar yang menyalin petikan sepenuhnya diberi 1 markah.

CARA PEMERIKSAAN

   (i)          Guru hendaklah menandakan kesalahan bahasa sama seperti cara pemeriksaan/penandaan kesalahan
                aspek bahasa dalam bahagian karangan.
   (ii)         Kalau alih bentuk bahasa keseluruhannya berbentuk ulasan/laporan markah keseluruhan ialah 2.
   (iii)        Markah hendaklah ditulis pada akhir jawapan calon.

   Contoh:

   I       =        3
   P       =        6
                  ____
                    9
                  _____



                                                Bahagian C

6. Alih bahasa petikan di bawah kepada bahasa Melayu moden.                                            [15]



Adapun akan Barga Singa itu ada seorang anak, Darsa Singa namanya. Maka disuruh
Maharaja Rawana memanggil Darsa Singa untuk berjumpa baginda. Maka tatkala ia
akan pergi maka bondanya yang bernama Sura Pandaki iaitu saudara Maharaja
Rawana berkata kepada anaknya, demikian bunyinya,”Hai, anakku, akan bapamu
sekian-sekian kebaktiannya kepada Maharaja Rawana lagi dibunuhnya, tiada dengan
dosanya berbanding dengan engkau kanak-kanak yang tiada tahu budi bicara! Pada

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                                       13    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                     BM 910/2


bicaraku baik engkau bertapa ke dalam hutan.”   Maka kata anaknya, “Baiklah.”
Maka Sura Pandaki dengan anaknya kedua masuk ke dalam hutan.

Beberapa lamanya berjalan dalam hutan maka bertemu dengan serumpun buluh.
Maka kata ibunya, “Hai, Darsa Singa, di sinilah baik anakku bertapa!.” Setelah
anaknya masuk ke dalam rumpun buluh itu maka Sura Pandaki pun kembali ke
rumahnya. Maka Sura Pandaki sediakala menghantar nasi gulai akan anaknya dalam
rumpun buluh itu. Sudah ia menghadap anaknya makan itu maka ia kembali ke
rumahnya. Sediakala inilah kerja ibunya.

                              (Dipetik daripada cerita Sikap Terburu-buru Membawa
                              Padah, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan
                              Pustaka)



Skema Jawapan

        Barga Singa mempunyai seorang anak yang bernama Darsa Singa. Maharaja
Rawana menyuruh orang memanggil Darsa Singa untuk berjumpa dengan baginda.
Ketika Darsa Singa hendak pergi berjumpa dengan Maharaja Rawana, bondanya
yang bernama Sura Pandaki, iaitu saudara kepada Maharaja Rawana berkata kepada
anaknya bahawa bapa Darsa Singa yang telah banyak berjasa kepada Maharaja
Rawana pun dibunuh oleh Maharaja Rawana, walaupun Barga Singa tidak berdosa
apatah lagi Darsa Singa seorang kanak-kanak yang tidak tahu budi bicara. Sura
Pendaki menyatakan bahawa pada pendapat baginda, lebih baik jika Darsa Singa
bertapa di dalam hutan. Darsa Singa bersetuju. Sura Pandaki dan Darsa Singa
berjalan ke dalam hutan.

       Setelah beberapa lama mereka berjalan di dalam hutan, mereka telah menemui
serumpun buluh. Sura Pandaki menyatakan bahawa tempat itu sesuai untuk Darsa
Singa bertapa. Setelah Darsa Singa masuk ke dalam rumpun buluh itu, Sura Pandaki
pun pulang ke rumah. Setiap hari Sura Pendaki menghantar nasi dan gulai kepada
anak baginda di dalam rumpun buluh itu. Setelah baginda menghadap Darsa Singa
makan, Sura Pandaki kembali ke rumah. Itulah yang dilakukan oleh Sura Pandaki
pada setiap hari.



7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu
moden                                                                         [15]



Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya yang selalu mengambilnya pulang
dari sekolah.


@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                             14    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                          BM 910/2


“Tak balik lagi ?” tanya Raja yang duduk di sebelah Rafizi.

“Pak Mat tak datang lagi. Ingatkan kau dah balik,” jawab Hafizi. Raja menggeleng-
geleng.

“Esok kau pergi tak ? Raja bertanya kepada Hafizi.

“Tengoklah dulu !”

“Bukannya selalu kita pergi berkelah,” pujuk Raja lagi. Kereta Proton Perdana
berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua. Pintu kereta ditarik perlahan-
lahan.

“Jom, aku hantar kau balik!” ajak Hafizi sambil menarik tangan Raja.

“Aku tunggu bas saja.”

“Marilah!” ajak Hafizi lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan itu setelah berkali-
kali digesa oleh Hafizi.

“Fizi, kau anak orang berada . Ada kereta besar. Datang dihantar dan balik pula
dijemput, tak seperti aku,” kata Raja merendah diri.

“Mungkin ini kelebihan yang dianugerahi Allah kepadaku, Raja. Bagaimanapun aku
tidak memandang kepada semua ini. Kaya atau miskin sama saja,” ujar Hafizi sambil
menepuk bahu Raja.

                                 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tempang
                                  Oleh Pitteriah Abdullah, Dewan Bahasa dan
                                  Pustaka,halaman 91)


Skema jawapan:

Hafizi menunggu Pak Mat, iaitu pemandu keluarganya yang selalu menjemputnya
dari sekolah.

Raja yang duduk di sebelah Rafizi ingin tahu sebab Rafizi tidak balik lagi.

Hafizi menyatakan bahawa Pak Mat belum datang lagi. Hafizi menyatakan bahawa
dia mengandaikan Raja sudah pulang.

Raja menggeleng-gelengkan kepalanya.

Raja bertanya kepada Hafizi, sama ada Hafizi pergi atau tidak pada esok hari.

Hafizi menyatakanan bahawa dia belum pasti dengan keputusannya.

Raja memujuk Hafizi dengan mengatakan bahawa mereka tidak selalu pergi berkelah.

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                 15    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                         BM 910/2


Kereta Proton Perdana yang berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua.
Pintu kereta ditarik secara perlahan-lahan.

Sambil menarik tangan Raja, Hafizi mengajak Raja untuk dihantar pulang.

Raja menyatakan bahawa dia menunggu bas.

Hafizi mengajak Raja lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan Hafizi setelah
beberapa kali digesa oleh Hafizi.

Dengan nada merendah diri, Raja menyatakan bahawa Hafizi tidak seperti diri Raja
kerana Hafizi anak orang berada an mempunyai kereta yang besar serta Hafizi
dihantar dan dijemput pulang.

Sambil menepuk bahu Raju, Hafizi menyatakan bahawa keadaan tersebut mungkin
merupakan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada Hafizi. Tambah Hafizi lagi,
dia tidak memandang perkara tersebut. Menurutnya, sama ada kaya atau miskin,
mereka serupa.




                                    BAHAGIAN D

8       Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

        Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah Kementerian Belia dan
Sukan lancarkan pada 17 November 2008 dengan geran permulaan berjumlah RM 1
juta. Yayasan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet negara,
sama ada yang masih aktif, bersara mahupun yang kurang upaya. Hakikatnya,
sebelum YAKEB ditubuhkan, kebajikan beribu orang atlet negara seolah-olah terabai
dan disisihkan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai perspektif negatif masyarakat
sehinggakan timbul tanggapan dalam kalangan pelajar sekolah bahawa sukan tidak
menjanjikan jaminan kewangan yang baik dan kesenangan di masa tua. Justeru,
kredibiliti sukan di negara ini mesti dibina secara holistik.

Skema jawapan

@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                  16    TERHAD
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM JPNS 2012                                           BM 910/2


Bil Kesalahan                     Sebab Kesalahan                      Pembetulan
1. ...telah Kementerian           Kesalahan struktur ayat pasif.       ...telah dilancarkan oleh
    Belia dan Sukan               Bagi ayat pasif yang pelakunya       Kementerian Belia dan
    lancarkan...                  bukan kata ganti diri pertama atau   Sukan...
                                  kedua, kata kerja pasif perlu
                                  menggunakan imbuhan awalan di-
                                  dan berada sebelum pelaku.

2.   ...kebajikan         atlet   Kesalahan penggunaan kata            ...kebajikan     atlet
     negara, sama ada yang        hubung berpasangan. Penggunaan       negara, sama ada yang
     masih aktif, bersara         kata hubung “sama ada”perlu          masih aktif, bersara
     mahupun yang kurang          berpasangan dengan kata hubung       ataupun yang kurang
     upaya.                       “ataupun”/ atau.                     upaya.
3.   ...beribu orang atlet...     Kesalahan kata bilangan yang         ...beribu-ribu  orang
                                  membawa maksud himpunan. Kata        atlet...
                                  bilangan yang membawa maksud
                                  himpunan perlu digandakan.
4.   ...di masa tua.              Kesalahan penggunaan kata sendi      ...pada masa tua.
                                  nama “di” bagi membentuk frasa
                                  sendi nama yang merujuk maksud
                                  masa.
                                  Kata sendi nama yang digunakan
                                  untuk merujuk masa ialah kata
                                  sendi nama “pada”
5.   Justeru, kredibiliti         Kesalahan       penggunaan   kata    Oleh itu,      kredibiliti
     sukan...                     hubung sebagai penanda wacana.       sukan...
                                  “Justeru” ialah kata hubung
                                  gabungan       dan    tidak boleh
                                  digunakan pada awal ayat.
                                  Penanda wacana yang sesuai bagi
                                  ayat ini ialah “Oleh itu”.

                                        TAMAT




@ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012                                    17     TERHAD

Skema bm2 stpm selangor 2012

  • 1.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 TERHAD KOD KERTAS: 910/2 JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012 Skema Pemarkahan Dan Skema Jawapan BAHASA MALAYSIA 910/2 PERINGATAN: Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksaan dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 1 TERHAD
  • 2.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 CARA PEMBERIAN MARKAH BAHAGIAN A : KARANGAN (50 markah) Guru perlulah membaca karangan pelajar untuk memberikan markah yang sewajarnya. Pemberian markah hendaklah mengikut Kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan Bahasa (B). Pemberian markah adalah seperti berikut. (A) Kerelevanan (R) [21 markah] Pendahuluan (3 markah) Tahap Markah Baik 3 markah – menepati kehendak tajuk dan jelas Sederhana 2 markah – kurang menepati tajuk dan kurang jelas Lemah 1 markah – tidak menepati kehendak tajuk/terlalu pendek atau terlalu panjang Isi (15 markah) Tahap Markah Baik 3 markah – isi menepati kehendak tajuk, jelas dan menjurus kepada isi utama Sederhana 2 markah – isi masih menepati tajuk tetapi kurang jelas dan tidak menjurus kepada isi utama Lemah 1 markah – isi lemah Kesimpulan (3 markah) Tahap Markah Baik 3 markah – jelas dan meyakinkan Sederhana 2 markah – kurang jelas dan kurang meyakinkan Lemah 1 markah – terlalu pendek (B) Pengolahan (P) [14 markah] Tahap Markah Amat baik 13-14 markah – pengolahan baik, teratur dan kemas serta binaan perenggan yang baik. Baik 10-12 markah – pengolahan masih baik tetapi ada yang tidak teratur serta binaan perenggan yang masih baik @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 2 TERHAD
  • 3.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Sederhana 7-9 markah – pengolahan dan perenggan masih baik Lemah 4-6 markah – pengolahan dan perenggan kurang kemas dan kurang baik Amat lemah 1-3 markah – pengolahan dan perenggan amat lemah (C) Bahasa (B) [15 markah] Tahap Markah Amat baik 13-15 markah – kesalahan sintaksis kurang daripada 3 kesalahan, bahasa lancar dan berkesan, penggunaan diksi tepat dan luas Baik 10-12 markah – kesalahan sintaksis antara 4 – 6 kesalahan, bahasa masih lancar dan berkesan, penggunaan diksi masih tepat dan luas Sederhana 7-9 markah – kesalahan sintaksis antara 7 – 10 kesalahan, bahasa masih baik dan penggunaan diksi masih tepat. Lemah 4-6 markah – kesalahan sintaksis antara 11 – 15 kesalahan, bahasa tidak lancar, penggunaan diksi ada yang tidak tepat dan terbatas Amat lemah 1-3 markah – kesalahan sintaksis lebih daripada 16 kesalahan, bahasa amat tidak lancar, penggunaan diksi banyak tidak tepat dan terbatas Nota;  Jumlah perkataan antara 550 – 649 : tolak 2 markah  Jumlah perkataan antara 451 – 549 : 4 markah  Jumlah perkataan antara 450 dan kurang daripada itu : Tolak 6 markah  Pemeriksa perlu menanda karangan calon hingga 700 patah perkataan sahaja. BAHAGIAN A [50] Soalan 1: Kebanyakan persatuan belia di negara kita ’bagai hidup segan mati tak mahu’ kerana belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan belia menceburkan diri secara aktif dalam persatuan. Skema Jawapan: Pengenalan Golongan belia yang menjadi aset negara perlu bergiat aktif dalam persatuan belia. Walau bagaimanapun, kini belia tidak gemar melibatkan diri secara aktif dalam persatuan menyebabkan sesetengah persatuan belia hampir terkubur. Hakikatnya, banyak kebaikan yang dapat diperoleh belia sekiranya mereka bergiat aktif dalam persatuan. Isi Kebaikan belia berpersatuan secara aktif : @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 3 TERHAD
  • 4.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 IS1 : Memupuk daya kepemimpinan IS2 : Meluaskan jaringan hubungan / sosialisasi, sama ada dengan ahli persatuan di dalam negara atau di luar negara IS3 : Meneroka ilmu/ kemahiran tambahan mengikut bidang / pengkhususan persatuan IS4 : Mengembangkan bakat dan potensi diri/ peluang melalui latihan formal atau latihan tidak formal untuk kemajuan diri IS5 : Meluangkan waktu senggang dengan bermanfaat / mengelakkan diri daripada terlibat dengan unsur negatif IS6 : Menyertai perbincangan melalui pelbagai mekanisme yang sedia ada, seperti melalui majlis perundingan belia, dialog, dan konvensyen belia sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa IS7 : Mendapat pengiktirafan/ sijil / anugerah yang boleh digunakan untuk kenaikan pangkat / kemajuan diri IS8 : Menaburkan bakti / sumbangan/ kebajikan melalui saluran yang betul dan sempurna serta memahami masyarakat dan budaya secara mendalam IS9 : Peka terhadap isu semasa yang berkaitan dengan belia IS10 : Mendisiplinkan diri melalui peraturan berpersatuan dan kerja berkumpulan Kesimpulan: Setiap individu belia perlu memanfaatkan persatuan yang diwujudkan demi kemajuan diri, masyrakat dan negara. Belia harus memainkan peranan dengan berkesan untuk memperkasakan pertubuhan belia sebagai agen mobilisasi dalam pelbagai bidang. Soalan 2. Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, anda diminta untuk menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Format: Laporan Tajuk 1.0 Pendahuluan 2.0 Senarai Jawatankuasa 3.0 Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai 3.1 4.0 Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai 4.1 5.0 Penutup Disediakan oleh, Tandatangan @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 Setiausaha 4 TERHAD Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai
  • 5.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Markah maksimum format yang akan ditolak : 4 Tiada : tajuk -1m Pernomboran -1m Subtajuk -1m Tandatangan -1m Skema Jawapan: Pendahuluan: Masalah rumah terbengkalai di Malaysia semakin serius. Kebanyakan projek perumahan terbengkalai melibatkan projek perumahan kos rendah. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai kesan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil bagi menangani masalah ini. Kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai: IS I Pembeli dibebani oleh masalah hutang/disenaraihitamkan oleh pihak pembiaya sekiranya gagal melunaskan hutang. IS 2 Pembeli tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. IS 3 Permintaan terhadap rumah sewa meningkat/kos sewa rumah meningkat. IS 4 Wujud petempatan setinggan. IS 5 Tapak projek perumahan terbengkalai akan menjadi tempat pembiakan nyamuk - punca penyakit. IS 6 Tapak projek ini juga menjadi sarang penjenayah. IS 7 Pembeli yang tidak berpuas hati akan mengadakan demonstrasi untuk mendesak pemaju menyiapkan projek mereka Cadangan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai: IS 8 Pengawasan/pemantauan terhadap semua projek perumahan perlu dilakukan oleh kerajaan secara berkala. IS 9 Melaksanakan kaedah “bina dan jual” rumah. IS10 Pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. ISII Menyenaraihitamkan syarikat pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek/ mendakwa pihak pemaju yang gagal menyiapkan sesuatu projek - mengenakan kompaun. IS12 Memberikan insentif kepada syarikat pemaju yang berjaya menyiapkan sesuatu projek mengikut masa yang ditetapkan. Kesimpulan: @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 5 TERHAD
  • 6.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Kegagalan syarikat pemaju perumahan menyiapkan sesuatu projek perumahan telah memberikan pelbagai kesan negatif. Penyelesaian masalah rumah terbengkalai ini memerlukan kerjasama semua pihak. Nisbah isi: 3:2 2:3 4:1 1:4 Soalan 3: Kini, pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan makanan tersebut? Skema Jawapan Pendahuluan Masyarakat kini yang sentiasa sibuk dengan urusan menyebabkan sesetengah daripada mereka mewngabaikan pengambilan makanan harian. Oleh sebab itu, ada individu mengambil makann kesihatan tambahan. Pemakanan kesihatan tambahan merupakan makanan yang diolah dalam bentuk tertentu dan berkhasiat. Makanan tersebut merupakan makanan yang sesuai untuk semua golongan bagi menjaga kesihatan. Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh apabila individu mengamalkan makanan tersebut. @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 6 TERHAD
  • 7.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Isi: IS I: Mudah diperoleh / dibeli IS 2: Mengawal dan menjaga kesihatan individu / awet muda IS 3 : Meningkatkan kecerdasan / mneguatkan daya pemikiran/ ingatan IS 4 : Mengawal penyakit daripada menjadi lebih kronik /sebagai ubat alternatif IS 5: Menjimatkan kos/ perbelanjaan (bagi sesetengah makanan kesihatan) IS 6 : Menambahkan kecergasan fizikal Kesimpulan: Setiap individu hendaklah menitikberatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang diperlukan mengikut keperluan fizikal individu. Pengambilan makanan tambahan kesihatan boleh menjadi amalan dalam kehidupan harian dan menjadi makanan alternative dalam usaha individu menjaga kesihatan diri. Soalan 4 Malaysia berusaha untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain di dunia. Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara. Skema Jawapan Pendahuluan Bidang aeroangkasa merupakan suatu bidang yang baru diterokai dan cuba dimajukan oleh Malaysia dalam usaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia, khusunya dalam bidang sains dan teknologi. Inisiatif kerajaan memajukan bidang aeroangkasa meninggalkan pelbagai kesan, sama ada kesan positif atau kesan negatif. Isi @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 7 TERHAD
  • 8.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Kesan Positif IS1 Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam pelbagai bidang. IS2 Memajukan bidang teknologi satelit, khususnya bidang komunikasi dan penyiaran IS3 Mengesan sumber bahan mentah yang boleh diterokai untuk meningkatkan ekonomi negara IS4 Meramal dan memantau keadaan serta kejadian bencana alam IS5 Melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa IS6 Membantu kelancaran bidang pelayaran IS7 Memajukan bidang perubatan. -penghasilan vaksin yang dijalankan di angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti. IS8 Meningkatkan keselamatan negara - pengesanan senjata dan serangan musuh Kesan Negatif IS 9 Melibatkan perbelanjaan yang tinggi IS10 Menyebabkan pencemaran udara IS11 Menyebabkan kehilangan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa -kapal angkasa Challenger meletup sebaik sahaja dilancarkan. Kesimpulan - Penglibatan negara dalam bidang aeroangkasa ini bukanlah suatu pembaziran melainkan satu lagi tanda kemajuan negara dalam bidang sains dan teknologi. BAHAGIAN B: MERUMUSKAN KARANGAN [20 Markah] Isi: 10 markah Tahap Markah Amat Baik 9 - 10 : IU - Tepat dan lengkap IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap K - tepat dan lengkap Baik 7-8 : IU - Tepat dan lengkap IS - Cukup isi (lima/enam), tepat dan lengkap K - Kurang tepat / kurang lengkap Atau IU - Kurang tepat / kurang lengkap @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 8 TERHAD
  • 9.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 IS - Cukup dan lengkap K - Tepat dan lengkap Sederhana 5–6: IU - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap IS - Tidak cukup (empat atau tiga) K - Kurang tepat / salah tempat/ kurang lengkap Atau IU - Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap IS - Cukup (enam atau lima isi) tetapi kurang lengkap/ kurang tepat K - Tepat/ salah tempat / kurang lengkap Lemah 3 – 4: IU - Kurang lengkap/ kurang tepat/ samar IS - Tidak cukup (dua atau satu sahaja) K - Kurang tepat / kurang lengkap/ tiada Amat 1-2: Lemah IU - Salah / tiada IS - Tidak cukup/ tidak jelas/ salah K - Salah / tiada Nota: i) Isi sokongan (IS) kurang lengkap dianggap sebagai isi sokongan yang lemah (ISL) ii) Dua isi sokongan yang lemah (ISL) dianggap sama nilainya dengan satu isi (IS) yang tepat dan lengkap. iii) Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan. Jika calon menulis lebih daripada tiga perenggan, tolak satu markah. iv) Rumusan yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak perlu dibaca. Persembahan : 10 markah Tahap Markah Amat Baik 9 – 10 : Olahan rumusan kemas, penyampaian berkesan, tidak adakesalahan yang serius Baik 7 – 8: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian memuaskan, tidak ada kesalahan bahasa yang serius. Sederhana 5 – 6: Olahan rumusan masih kemas, penyampaian masih memuaskan, mengandungi sedikit kesalahan bahasa tetapi tidak begitu serius Lemah 3 – 4: Olahan rumusan kurang kemas, penyampaian kurang memuaskan, mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang serius Amat 1-2: Olahan rumusan tidak kemas, penyampaian tidak Lemah memuaskan,mengandungi terlalu banyak kesalahan bahasa yang serius @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 9 TERHAD
  • 10.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Contoh: IU = L IS = 2 ISL = 3 ( sama dengan 1 ½ isi yang lengkap) K = T ------------------------------- I = 5 markah (markah isi) P = 4 markah ( markah persembahan) --------------- Jumlah 9 --------------- Bahagian B 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan anda hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20 ] Gelombang pendidikan yang dahulunya berskala kecil kini telah berubah. Dengan pelbagai transformasi global, pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat untuk mengangkat martabat kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat terkini. Senario ini menyemarakkan taraf institusi pendidikan tinggi di negara ini. Dengan wujudnya transformasi, ini bermaksud bahawa sesebuah institusi itu bersedia untuk melaksanakan perubahan yang lebih besar dan melakukan anjakan paradigma dalam semua segi. Dengan kata lain, sesebuah institusi pendidikan perlu bersedia untuk melonjakkan kemampuan dan bersaing dengan institusi lain. Sesuatu perubahan yang besar tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana hal ini membabitkan kapasiti keseluruhan sesebuah institusi pengajian tinggi. Perubahan tidak hanya tertumpu pada satu pihak, malah membabitkan seluruh organisasi. Oleh sebab itu, setiap institusi pendidikan tinggi perlu ada perancangan yang teliti untuk pembangunan jangka panjang. Dunia hari ini memang memerlukan institusi pendidikan yang melakukan perubahan, bukan atas dasar populariti tetapi atas dasar penambahbaikan taraf serta mutu pendidikan masa depan. Transformasi pendidikan juga tidak hanya berfokuskan matlamat membina nama, status dan penjenamaan, malah memberikan tindak balas kepada penjanaan kemahiran diri dan insaniah mahasiswa. Sekiranya sesebuah institusi pendidikan itu tersohor seantero dunia, tetapi mahasiswanya memiliki kemahiran insaniah yang rendah, maka ini boleh diandaikan bahawa tiada apa-apa transformasi yang berlaku terhadap institusi itu. Era pendidikan dunia masa ini juga bukan lagi membudayakan kepelbagaian jurusan ilmu semata-mata, malah membuka pintu kepada jalinan kerjasama antara institusi merentasi pelbagai negara. Dengan aspirasi untuk memajukan pendidikan @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 10 TERHAD
  • 11.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 setara dengan permintaan global, pelbagai institusi pendidikan di negara ini, terutama di peringkat tinggi mula mencari rakan baharu dan menjalin hubungan dua hala yang strategik bagi bertukar-tukar kepakaran serta teknologi. Dengan menjadikan program pengantarabangsaan sebagai asas lonjakan, institusi pengajian di seluruh negara ini mula melaksanakan pembaharuan, seperti dari aspek dasar, utiliti dan mentaliti bagi memenuhi kapasiti permintaan yang semakin tinggi. Dalam konteks pendidikan hari ini, organisasi yang mahu menerima perubahan dan mempunyai visi yang jelas, maka organisasi itu akan muncul sebagai pemenang dan menjadi pilihan. Organisasi yang tidak berani berubah, pasti tidak mampu bersaing. Masyarakat dunia hari ini suka menilai dan melihat pendidikan sebagai aset yang perlu ditambah setiap masa. Oleh sebab itu, setiap institusi memfokuskan transformasi pendidikan terhadap kepakaran dan ilmu sebagai cagaran untuk mendapatkan pulangan. Namun demikian, ketaksuban melaksanakan transformasi atau perubahan yang besar boleh mendatangkan impak sampingan. Misalnya, ketidakupayaan pensyarah dan mahasiswanya untuk memenuhi piawaian, bukan sahaja boleh menjejaskan emosi, malah menjadikan mereka keliru. Pastinya, usaha melakukan transformasi gagal jika golongan ini tidak jelas akan matlamat institusi. Bagi mengelakkan kesan itu, maka perancangan perlu dilakukan secara menyeluruh dan teliti. Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek transformasi pendidikan. Namun demikian, jika silap percaturan, pelaksanaan transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi dengan sekelip mata dan mungkin sukar untuk dipulihkan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Metro 4 April 2011) Skema jawapan Idea Utama : (Gelombang pendidikan kini telah berubah) (menyebabkan pendidikan menjadi agenda baharu kepada masyarakat) (untuk 3/4 isi memartabatkan kehidupan ke landasan penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat terkini) (serta menyemarakkan institusi pengajian tinggi Malaysia.) IS1 : (Transformasi menyebabkan sesebuah institusi bersedia untuk melaksanakan anjakan paradigma dalam semua segi) (dan 2/2 isi bersedia untuk melonjakkan kemampuan serta bersaing dengan institusi lain.) IS2 : (Transformasi membabitkan kapasiti seluruh institusi) (dan memerlukan perancangan jangka panjang yang teliti) (atas dasar 2/3 penambahbaikan taraf serta pendidikan masa hadapan.) IS3 : (Transformasi pendidikan bukan hanya untuk membina nama sahaja,) (malah untuk penjanaan kemahiran diri dan insaniah @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 11 TERHAD
  • 12.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 2/2 mahasiswa.) IS4 : (Untuk menyetarakan pendidikan di Malaysia dengan permintaan global, institusi pendidikan mewujudkan hubungan dua hala 2/3 yang strategik bagi pertukaran kepakaran dan teknologi. ) (Berlandaskan program pengantarabangsaan sebagai asas lonjakan, institusi di Malaysia melaksanakan pelbagai pembaharuan) (bagi memenuhi kapasiti permintaan yang semakin tinggi.) IS5 : (Setiap institusi memfokuskan transformasi pendidikan terhadap kepakaran dan ilmu sebagai cagaran untuk mendapatkan 2/2 pulangan) ( tetapi ketaksuban melakukan transformasi boleh meninggalkan kesan.) K : (Tidak ada pihak yang boleh mengkesampingkan aspek transformasi pendidikan, ) (namun jika silap percaturan, 2/2 pelaksanaan transformasi boleh mencemarkan reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi.) BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [15 markah] Isi ( I ) [5 markah] Tahap Markah Amat baik 5 markah – isi tepat, tiada isi tertinggal, tiada fakta terpesong Baik 4 markah – isi masih tepat, terdapat sedikit isi/fakta yang tidak tepat/tertinggal Sederhana 3 markah – isi masih baik, terdapat sebahagian isi terpesong dan fakta tertinggal Lemah 2 markah – isi tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal Amat 1 markah – keseluruhan isi tidak tepat/sipi/menyeleweng/tertinggal lemah @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 12 TERHAD
  • 13.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Persembahan ( P ) [10 markah] Tahap Markah Amat baik 9-10 markah – jalinan kemas, tiada kesalahan bahasa dan bentuk alih bahasa tepat Baik 7-8 markah – jalinan masih kemas, tiada kesalahan bahasa yang serius dan bentuk alih bahasa masih tepat Sederhana 5-6 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan isi teks, alih bentuk alih bahasa kurang tepat Lemah 3-4 markah – jalinan kurang kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius, bentuk alih bentuk bahasa tidak tepat Amat 1-2 markah – jalinan tidak kemas, terdapat banyak kesalahan bahasa lemah yang serius sehingga merosakkan isi, bentuk alih bahasa yang terhasil terpesong Nota * Pelajar yang menyalin petikan sepenuhnya diberi 1 markah. CARA PEMERIKSAAN (i) Guru hendaklah menandakan kesalahan bahasa sama seperti cara pemeriksaan/penandaan kesalahan aspek bahasa dalam bahagian karangan. (ii) Kalau alih bentuk bahasa keseluruhannya berbentuk ulasan/laporan markah keseluruhan ialah 2. (iii) Markah hendaklah ditulis pada akhir jawapan calon. Contoh: I = 3 P = 6 ____ 9 _____ Bahagian C 6. Alih bahasa petikan di bawah kepada bahasa Melayu moden. [15] Adapun akan Barga Singa itu ada seorang anak, Darsa Singa namanya. Maka disuruh Maharaja Rawana memanggil Darsa Singa untuk berjumpa baginda. Maka tatkala ia akan pergi maka bondanya yang bernama Sura Pandaki iaitu saudara Maharaja Rawana berkata kepada anaknya, demikian bunyinya,”Hai, anakku, akan bapamu sekian-sekian kebaktiannya kepada Maharaja Rawana lagi dibunuhnya, tiada dengan dosanya berbanding dengan engkau kanak-kanak yang tiada tahu budi bicara! Pada @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 13 TERHAD
  • 14.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 bicaraku baik engkau bertapa ke dalam hutan.” Maka kata anaknya, “Baiklah.” Maka Sura Pandaki dengan anaknya kedua masuk ke dalam hutan. Beberapa lamanya berjalan dalam hutan maka bertemu dengan serumpun buluh. Maka kata ibunya, “Hai, Darsa Singa, di sinilah baik anakku bertapa!.” Setelah anaknya masuk ke dalam rumpun buluh itu maka Sura Pandaki pun kembali ke rumahnya. Maka Sura Pandaki sediakala menghantar nasi gulai akan anaknya dalam rumpun buluh itu. Sudah ia menghadap anaknya makan itu maka ia kembali ke rumahnya. Sediakala inilah kerja ibunya. (Dipetik daripada cerita Sikap Terburu-buru Membawa Padah, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) Skema Jawapan Barga Singa mempunyai seorang anak yang bernama Darsa Singa. Maharaja Rawana menyuruh orang memanggil Darsa Singa untuk berjumpa dengan baginda. Ketika Darsa Singa hendak pergi berjumpa dengan Maharaja Rawana, bondanya yang bernama Sura Pandaki, iaitu saudara kepada Maharaja Rawana berkata kepada anaknya bahawa bapa Darsa Singa yang telah banyak berjasa kepada Maharaja Rawana pun dibunuh oleh Maharaja Rawana, walaupun Barga Singa tidak berdosa apatah lagi Darsa Singa seorang kanak-kanak yang tidak tahu budi bicara. Sura Pendaki menyatakan bahawa pada pendapat baginda, lebih baik jika Darsa Singa bertapa di dalam hutan. Darsa Singa bersetuju. Sura Pandaki dan Darsa Singa berjalan ke dalam hutan. Setelah beberapa lama mereka berjalan di dalam hutan, mereka telah menemui serumpun buluh. Sura Pandaki menyatakan bahawa tempat itu sesuai untuk Darsa Singa bertapa. Setelah Darsa Singa masuk ke dalam rumpun buluh itu, Sura Pandaki pun pulang ke rumah. Setiap hari Sura Pendaki menghantar nasi dan gulai kepada anak baginda di dalam rumpun buluh itu. Setelah baginda menghadap Darsa Singa makan, Sura Pandaki kembali ke rumah. Itulah yang dilakukan oleh Sura Pandaki pada setiap hari. 7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden [15] Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya yang selalu mengambilnya pulang dari sekolah. @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 14 TERHAD
  • 15.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 “Tak balik lagi ?” tanya Raja yang duduk di sebelah Rafizi. “Pak Mat tak datang lagi. Ingatkan kau dah balik,” jawab Hafizi. Raja menggeleng- geleng. “Esok kau pergi tak ? Raja bertanya kepada Hafizi. “Tengoklah dulu !” “Bukannya selalu kita pergi berkelah,” pujuk Raja lagi. Kereta Proton Perdana berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua. Pintu kereta ditarik perlahan- lahan. “Jom, aku hantar kau balik!” ajak Hafizi sambil menarik tangan Raja. “Aku tunggu bas saja.” “Marilah!” ajak Hafizi lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan itu setelah berkali- kali digesa oleh Hafizi. “Fizi, kau anak orang berada . Ada kereta besar. Datang dihantar dan balik pula dijemput, tak seperti aku,” kata Raja merendah diri. “Mungkin ini kelebihan yang dianugerahi Allah kepadaku, Raja. Bagaimanapun aku tidak memandang kepada semua ini. Kaya atau miskin sama saja,” ujar Hafizi sambil menepuk bahu Raja. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tempang Oleh Pitteriah Abdullah, Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 91) Skema jawapan: Hafizi menunggu Pak Mat, iaitu pemandu keluarganya yang selalu menjemputnya dari sekolah. Raja yang duduk di sebelah Rafizi ingin tahu sebab Rafizi tidak balik lagi. Hafizi menyatakan bahawa Pak Mat belum datang lagi. Hafizi menyatakan bahawa dia mengandaikan Raja sudah pulang. Raja menggeleng-gelengkan kepalanya. Raja bertanya kepada Hafizi, sama ada Hafizi pergi atau tidak pada esok hari. Hafizi menyatakanan bahawa dia belum pasti dengan keputusannya. Raja memujuk Hafizi dengan mengatakan bahawa mereka tidak selalu pergi berkelah. @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 15 TERHAD
  • 16.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Kereta Proton Perdana yang berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua. Pintu kereta ditarik secara perlahan-lahan. Sambil menarik tangan Raja, Hafizi mengajak Raja untuk dihantar pulang. Raja menyatakan bahawa dia menunggu bas. Hafizi mengajak Raja lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan Hafizi setelah beberapa kali digesa oleh Hafizi. Dengan nada merendah diri, Raja menyatakan bahawa Hafizi tidak seperti diri Raja kerana Hafizi anak orang berada an mempunyai kereta yang besar serta Hafizi dihantar dan dijemput pulang. Sambil menepuk bahu Raju, Hafizi menyatakan bahawa keadaan tersebut mungkin merupakan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada Hafizi. Tambah Hafizi lagi, dia tidak memandang perkara tersebut. Menurutnya, sama ada kaya atau miskin, mereka serupa. BAHAGIAN D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah Kementerian Belia dan Sukan lancarkan pada 17 November 2008 dengan geran permulaan berjumlah RM 1 juta. Yayasan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet negara, sama ada yang masih aktif, bersara mahupun yang kurang upaya. Hakikatnya, sebelum YAKEB ditubuhkan, kebajikan beribu orang atlet negara seolah-olah terabai dan disisihkan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai perspektif negatif masyarakat sehinggakan timbul tanggapan dalam kalangan pelajar sekolah bahawa sukan tidak menjanjikan jaminan kewangan yang baik dan kesenangan di masa tua. Justeru, kredibiliti sukan di negara ini mesti dibina secara holistik. Skema jawapan @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 16 TERHAD
  • 17.
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMJPNS 2012 BM 910/2 Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan 1. ...telah Kementerian Kesalahan struktur ayat pasif. ...telah dilancarkan oleh Belia dan Sukan Bagi ayat pasif yang pelakunya Kementerian Belia dan lancarkan... bukan kata ganti diri pertama atau Sukan... kedua, kata kerja pasif perlu menggunakan imbuhan awalan di- dan berada sebelum pelaku. 2. ...kebajikan atlet Kesalahan penggunaan kata ...kebajikan atlet negara, sama ada yang hubung berpasangan. Penggunaan negara, sama ada yang masih aktif, bersara kata hubung “sama ada”perlu masih aktif, bersara mahupun yang kurang berpasangan dengan kata hubung ataupun yang kurang upaya. “ataupun”/ atau. upaya. 3. ...beribu orang atlet... Kesalahan kata bilangan yang ...beribu-ribu orang membawa maksud himpunan. Kata atlet... bilangan yang membawa maksud himpunan perlu digandakan. 4. ...di masa tua. Kesalahan penggunaan kata sendi ...pada masa tua. nama “di” bagi membentuk frasa sendi nama yang merujuk maksud masa. Kata sendi nama yang digunakan untuk merujuk masa ialah kata sendi nama “pada” 5. Justeru, kredibiliti Kesalahan penggunaan kata Oleh itu, kredibiliti sukan... hubung sebagai penanda wacana. sukan... “Justeru” ialah kata hubung gabungan dan tidak boleh digunakan pada awal ayat. Penanda wacana yang sesuai bagi ayat ini ialah “Oleh itu”. TAMAT @ Hak cipta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 17 TERHAD