SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
SULIT*
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

             940/2                 PERCUBAAN STPM 2012
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
                                        SEJARAH
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
                                    KERTAS 2
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
                 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
                          (Tiga jam)
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
               JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

                      SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
                            (Malaysia Higher School Certificate)
                 SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN
                              DAN ASIA TIMUR 1800-1963

  Arahan kepada calon:

      JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
  BERBUAT DEMIKIAN.

  Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada
  Bahagian B.

  Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]


                     Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
                            © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010


  STPM 940/2                                                                     [Lihat sebelah]
  *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.                        SULIT*




                                                  1
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Bahagian A

1    Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

2    Jelas perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh
     masyarakat Melayu pada abad ke-19.

3    Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah
     Melayu sehingga awal abad ke-20.

4    Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 dan mengapakah
     ia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu.

5    Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan pendudukan Jepun di
     Tanah Melayu.

6    Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963.

                                       Bahagian B

7    Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Mynmar sebelum
     kedatangan Barat.

8    Bincangkan dasar tutup pintu Negara China dan Jepun pada abad ke-19.

9    Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854
     di Jepun.

10   Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah barat telah mengubah pentadbiran
     Indonesia dan Vietnam pada abad ke-19.

11   Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan
     revolusi pada awal abad ke-20.

12   Bincangkan pembangunan ekonomi dan social di Indonesia dan di China yang
     dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua.




                                             2
                    [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1      Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British.

A. Pengenalan: (3m)
Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di
Perak,Kedah,Pahang dan Johor.
Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional.
Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

B. ISI

Sistem beraja (8m)
1.Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak
mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau
raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh
putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta
boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan
takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam
melantik orang lain sebagai sultan.

2.Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak
mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir,
apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja
Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja
dihilir.

3.Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan
atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana
pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan
memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan

4.Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya
bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza
dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebih
demokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong,
Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.

5.Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan putera
baginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak dengan
memberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu.
Sekiranya Yang di-Pertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggap
layak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar.

Peranan Sultan sebelum campur tangan British (12m)

1.Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidak
boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan. Berkuasa menjatuhi hukuman
mati dan memberi pengampunan dalam kes jenayah, salah laku dsbnya.

                                                 3
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2.Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana dan
bermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera.

3.Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan juga
dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Ini
bermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah.

4.Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyai
kebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antara
sultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhaka
dan akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

5.Konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsep
daulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payung
kuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat,
pedang dan keris kerajaan dan sebagainya.

6.Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultan
bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya.

7.Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuai
angkatan tentera mempertahankan negara.

8.Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkan
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu.
Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membina
istana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya.

9.Sultan/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir baginda
dan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasil
bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi.

C. Kesimpulan.(2m)
Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja.
Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untuk
menasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara seperti
perhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.


2     Jelaskan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan
oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19

A. Pengenalan (3M)

Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Sumatera. Adat ini diamalkan di Negeri Sembilan,
Naning dan kawasan sempadan Melaka.
Adat ini dibawa oleh Datuk perpatih Nan Sebatang.
Adat ini merupakan yang tidak bertulis dan pepatah yang diwariskan secara lisan.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri
Melayu
                                              4
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Adat Temenggung diperkenalkan oleh datuk Ketemenggungan diamalkan di semua negeri
kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Adat
Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab
Shafie.

Terdapat beberpa perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung dari segi sifatnya,
perkahwinan, pentadbiran, perundangan dan pembahagian harta.



ISI-ISI (20M)

(a) Jurai Keturunan

Mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau matrilineal
Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta
• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu
• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku

Manakala,dalam Adat Temenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan dan
lebih diutamakan atau bersifat patrilineal
• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta
• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki
• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga

(b) Perkahwinan

Dalam Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami iaitu dari suku berbeza.
perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama
suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara kalau berkahwin dengan suku yang
sama dianggap telah melanggar adat dan akan dibuang daerah.
Suami dikenali sebagai orang Semenda iaitu bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk
isteri dan anak-anaknya, tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri

Manakala dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada
mempunyai talian persaudaraan
• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh
  suami barunya
• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama


(c) Pentadbiran

Adat Perpatih bersifat demokrasi
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, Perut/masyarakat ramai
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
• masyarakat akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan
  Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar

                                                5
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Manakala,dalam Adat Temenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan
• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar dengan jawatan
  tertentu dan pembesar di peringkat wilayah
• sultan melantik pembesar
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung
• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara
• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta
• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan
• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar


(d) Perundangan

Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang
rasa dan berunsur pemulihan
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam
atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh
akan menanggung kehidupan keluarga mangsa
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain

Manakala,dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas untuk memberi
pengajaran.
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh
• raja akan menjatuhkan hukuman dan boleh memberi pengampunan

(e) Semangat Kesukuan

Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku
• setiap ahli keluarga berasaskan kepada suku
Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih

(f) Pembahagian harta

Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli
keuarga
manakala,dalam Adat Temenggung harta milik individu
• pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan

Kesimpulan (2M)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun,
kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota
masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. menghormati sesama
manusia, mematuhi adat istiadat
Kedua-dua adat berubah selepas kedatangan British pada 1874.

                                                 6
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada
waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri
Sembilan dan Naning di Melaka.


3     Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20.

A. Pengenalan (3m)
Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di
Tanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih
menguntungkan. Mulai 1839 permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan
tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan
harga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam
getah secara besar-besaran di Tanah Melayu.

B. ISI Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m)

1. Sumbangan H.N.Ridley
    Perlantikan H.N.Ridley sebagai Pengarah Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888
melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah
Melayu.
     H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk
tempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi
dan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama
Tan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga
dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang.
     Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem
‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan
berterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang
selamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu
yang lembab. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan
yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru.

2. Dasar Kerajaan
    Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah
yang berukuran seekar untuk 10 tahun pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun ,
cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah
bagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang
membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai
pelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu.
    Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu
jalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan
pelabuhan. Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi
menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman.

3. Kemerosotan harga kopi
    Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah
Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan.
Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di
                                             7
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil.
Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk.

4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang
menggunakan getah.
    Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20
mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop
pada tahun 1888 dan perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan
getah. Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan
terhadap getah juga meningkat akibat perkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan,
perabot, tayar dan peralatan elektrik.

5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.
     Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telah
membekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India
adalah yang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan
pembukaan banyak estet getah yang besar oleh orang Eropah.

6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah
secara besar-besaran
     Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan lain-lain telah
melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah
penyelidikan getah telah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah
ditubuhkan oleh kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk
menaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya yang baru.

Kesimpulan (2m)
    Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai
perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga
pada tahun 1914. semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada
bekalan getah dunia.


4    Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 dan
mengapakah ia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu.

A.     Pengenalan (3M)

1 Amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahan
British.
2 Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan
sistem plendidikan vernakular.
3 Pendidikan vernacular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda
masing- masing sebagai bahasa pengantar.
4 Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satu
sama lain.
5 Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina,
Tamil dan Inggeris.

B. ISI (20M)

                                                 8
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1. Sistem pendidikan

I ) Pendidikan Vernakular Melayu

-Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan
sekolah pondok.

-Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-
hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.

-Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepada
masyarakat.

-British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan sekular kepada anak petani dan
nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.

-Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, seni
pertukangan dan perkebunan.

-Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asas
seperti membaca, menulis dan memplelajari asas kira-kira.

-Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu,
sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab
perguruan sahaja.

-Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petani
dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.


ii) Pendidikan Vernakular Inggeris

- Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan oleh
mubaligh Kristian dan badan-badan awam.

- Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau
bagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasa
Inggeris.

- Sek Inggeris dibahagikan kepada sek perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yg lebih tinggi
mengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.

- Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution.

- Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi

- Sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankan
kelas jahitan, memasak dan muzik.



                                                 9
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
- Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di
England. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteraan
Inggeris yg tidak berkaitan orang Asia.

iii) Pendidikan Vernakular Cina

- kerajaan British tidak memberi bantuan kepada sekolah Cina dan membiarkan tanpa sebarang
kawalan dan sekatan

- menggunakan pelbagai longhat seperti Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka

- buku-buku teks dibawa dari Shanghai, guru-guru dari Negara China dan tidak berorientasikan
Tanah Melayu kerana dilatih dalam suasana negara China

- sukatan pelajaran berteraskan Negara China. Sekolah Cina mengajar nilai dan norma negara
serta taat setia kepada Negara China

iv) Pendidikan Vernakular Tamil

- Sekolah Tamil ditubuhkan sekitar tahun 1875 dan lambat berkembang
- bilangan murid di sekolah Tamil amat rendah kerana sekolah Tamil yang serba kekurangan
daripada segi infrastruktur, buku teks dan guru.

- sikap masyrakat India yang memandang rendah terhadap pendidikan

- sikap kerajaan British yang tidak mempedulikan langsung sekolah-sekolah Tamil
- menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan terdapat juga yang menjadikan
bahasa Telegu, Punjabi, Hindi dan Malayalam sebagai bahasa pengantar

2. Faktor kegagalan membentuk masyarakat bersatu padu

   -   Kerajaan British tidak berminat dan mengambil berat soal perpaduan dalam masyarakat
       di Tanah Melayu. British menggunakan dasar laissez-faire sebagai dasar pendidikannya
       untuk mengukuh dan menguatkan kedudukan mereka
- Sistem pendidikan vernakular menyekat pergaulan anak-anak daripada pelbagai bangsa
kerana mereka belajar di sekolah-sekolah yang berasingan
- Sukatan pelajaran / kurikulum dari negara asal menyebabkan murid-murid lebih memahami
sejarah, pemimpin dan perjuangan rakyat Negara asal mereka sahaja
- Guru dari negara asal, yang menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing
- Sekolah Melayu terdapat di kampung-kampung, sekolah Cina dan Inggeris di bandar dan
sekolah Tamil di ladang. Ini menyukarkan kanak-kanak contohnya Melayu untuk memasuki
sekolah Inggeris yang terletak jauh daripada tempat tinggal mereka.
- Keempat-empat bangsa mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berbeza
Amalan yang berlainan menjarakkan perhubungan antara kaum dan menganggap amalan dan
budaya sendiri adalah yang terbaik.
    - Lahir prasangka buruk terhadap amalan kaum lain. Sekolah yang didirikan British untuk
       orang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syak
       wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada
       pengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah,
    - lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif.

                                                 10
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
-  Amal dasar ‘pecah dan perintah’ –tempat tinggal dan pekerjaan yang berbeza mengikut
        kaum. Orang Melayu kekal dengan aktiviti pertanian di kampung, orang Cina menjadi
        pelombong dan peniaga di bandar dan orang India bekerja sebagai buruh di ladang
        getah dan dasar ini memecah belahkan masyrakat TM.
- Penduduk tempatan dan kaum mendatang diletakkan mengikut fungsi ekonomi mereka
masing-masing dan menyebabkan wujud jurang perbezaan pendapatan dan ini menyebabkan
timbul hubungan tidak baik antara kaum.

C.       Kesimpulan ( 2 M)

Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular
Inggeris di Tanah Melatu di antara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.

Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merialisasikan dasar pecah dan perintahnya.

Tujuan utama British adalah untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi negara ini
merupakan faktor utama kegagalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di samping
menjalankan dasar pecah dan perintah.

Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alat
mencapai perpaduan.

Perubahan sistem pendidikan vernakular kepada dasar Barnes dan dasar Razak yang cuba
membentuk satu sistem yang boleh digunakan oleh semua bangsa daripada segi kurikulum,
bahasa pengantar, dan guru.

5     Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan Jepun di Tanah
Melayu.

Pengenalan
       Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Jepun
melaksanakan corak pemerintahan tentera. Dalam tempuh tersebut mereka menjalankan corak
pemerintahan yang keras dan zalim. Dasar dan kesan pendudukan Jepun boleh dilihat dari
sudut politik,sosial dan ekonomi.

Isi-isi Penting

B. Kesan-Kesan Pendudukan Jepun (20m)

Kesan Politik
Pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu. Kemenangan
Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di mata orang Melayu.
Orang Melayu mendapat pengalaman mentadbir, ini memberi peluang kepada orang melayu
untuk menjalankan urusan pentadbirannya yang sebelum ini tidak pernah diperolehi.
Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedran politik orang melayu, Jepun telah
membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan parti-parti
politik orang Melayu. Contohnya Kesatuan Melayu Muda(KMM), Pembela Tanah Air(PETA) dan
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Antara pemimpin politik Melayu seperti
Ibrahim haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain.
Di kalangan orang Cina pula ramai mereka yang menyertai gerakan menentang Jepun.

                                                11
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Sentimen kecinaan semakin bertambah disebabkan kesengsaraan dan kesulitan hidup semasa
pendudukan Jepun.
MPAJA ditubuhkan untuk merancang sabotaj terhadap tentera Jepun. MAPAJA dinaungi oleh
PKM yang menjadi parti politik yang berjuang untuk kepentingan orang Cina.
PKM menggerakkan sentimen anti-Jepun untuk mendapatkan sokongan orang Cina menentang
Jepun.
Dasar diskriminasi antara kaum oleh Jepun telah menimbulkan sentimen perkauman antara
orang Cina dan orang Melayu.
Selain itu, pendudukan Jepun telah menyebabkan sentimen keindiaan orang India di Tanah
Melayu bertambah kukuh.
Jepun telah memperalatkan orang India dengan mengalihkan perasaan nasionalisme ke atas
negara India.
Orang India turut terpengaruh dengan propaganda Jepun menyebabkan mereka lebih
menumpukan perjuangan mereka untuk membebaskan India daripada penjajahan British.
Jepun telah menubuhkan India National Armya(INA) untuk membebaskan India daripada
penjajahan British.
Jepun turut menyokong penubuhan kerajaan dalam buangan Azad Hind di Singapura dengan
slogan “Challo Delhi” atau “ Mara ke Delhi”. Slogan ini telah menaikkan semangat nasionalisme
orang India terhadap negara asal mereka.

Kesan Ekonomi
Penduduk ramai yang menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi manakal harga
makanan dan keprluan harian melambung tinggi.
Pemerintah Jepun mencetak duit pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekurangan
wang, ini menyebabkan maslah inflasi.
Masalah ekonomi turut terjejas disebabkan dasar ‘Bumi Hangus” yang dijalankan oleh Inggeris
semasa pengunduran mereka dari Tanah melayu semasa kedatangan Jepun. Dasar ini telah
menyebabkan perusahaan bijih timah dan ladang getah terjejas
Ekonomi Tanah melayu merosot dengan teruknya semasa pemerintahan Jepun, contohnya
pada tahun 1941 sebanyak 79000 tan bijih timah dihasilkan tetapi pada tahun 1945 sebanyak
3000 tan sahaja.

Kesan Sosial
Penduduk tempatan sangat menderita dan hidup dalam ketakutan.
Perasaan curiga dan tidak mempercayai antara satu sama lain merebak dengan meluas.
Taraf kesihatan merosot. Contohnya penyakit beri-beri dan malarisa merebak dengan meluas.
Jumlah kematian meningkat sebab kekurangan zat.
Keadaan bertambah buruk apabila tentera Jepun merampas bekalan makanan dan ubat untuk
kegunaan mereka sendiri.
Akibat keganasan kempetei, ramai penduduk terutama orang Cina lari ke dalam hutan.


Kesimpulan (2m)
Pada keseluruhannya dasar-dasar Jepun di Tanah Melayu yang meliputi sosial, ekonomi dan
politik selama lebih kurang tiga tahun setengah telah memberi kesan yang mendalam kepada
rakyat di Tanah Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesan-kesan tersebut samada
dari sudut kesan positif dan negatif seperti yang telah dibincangkan.

***Bincangkan dasar pendudukan Jepun, jika soalan bertanya tentang dasar pendudukan
Jepun.
A. Dasar-dasar pendudukan Jepun. (8m)
                                            12
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Dasar Politik
Pentadbiraan dibahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbiran Neger-negeri Selat dijalankan
oleh Gabenor. Singapura dijadikan pusat pentadbiran.
Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Malai Baru. TM dibahagian kepada
lapan wilayah yang ditadbir oleh Gabenor.
Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada
Thailand. Tujuannya untuk membalas jasa Thailand kerana memberi laluan untuk menyerang
Tanah Melayu.
Pemerintahan Jepun mementingkan soal keselamatan. Oleh itu mereka menubuhkan tiga
pasukan perisik tentera, Di antara namanya Kempetai, Tekikan dan Toko.
Pasukan perisikan ini sangat kejam dengan membunuh sesiapa yang disyaki anti Jepun.
Menjalankan propaganda dan sabotaj.

Dasar Sosial
Dasar sosial berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum kepada Jepun.
Orang Melayu diperakui oleh pemerintah Jepun sebagai masyaraakat bumiputera dan berhak
ke atas TM. Diberikan keistimewaan bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Jepun mengamalkan dasar pro Melayu teutamanya golongan elit dan pembesar-pembesar
Melayu. Ramai orang Melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti Pegawai Daerah,
polis dan tentera. Raja Melayu diiktiraf sebaagai Ketua Agama Islam dan elaun diberikan serta
dibenarkan menyimpan harta.
Orang Cina diberikan layanan buruk. Pemerintah Jepun mengamalkan diskriminasi terhadap
mereka. Permusuhan orang Cina dan Jepun telah mula wujud sejak Perang China-Jepun 1937.
Jepun telah membunih ramai orang Cina. Bagi mengelakkan kekejaman Jepun, ramai orang
Cina lari ke kawasan pinggir hutan dan menyertai gerakan anti-Jepun melalui MPAJA dan PKM
bagi menentang Jepun. Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orang
Cina. Jepun telah bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang Cina daalam
bidang ekonomi.
Orang India mendapat layanan yang baik semasa pendudukan Jepun. Namun tidak terlepas
daripada kesengsaraan hidup akibat kekejaman tentera Jepun seperti dipaksa bekerja dalam
pembinaan landasan keretapi maut. Layanan yang baik terhadap kaum India kerana Jepun
memerlukan sokongan orang India untuk menghalau British dari India.

Dasar Ekonomi
Jepun mengamalkan sistem ekonomi bersifat berdikari dan dasar tutup pintu. Ini kerana tidak
mahu bergantung kepada pasaran luar negara.
Jepun menggalakan penubuhan industri ringannbagi menghasilkan barang keperluan dalam
negara seperti minyak, sabun dan tali.
Ekonomi Tanah Melayu merosot kerana tanpa perdagangan eksport.
Jepun menggalakkan kepada bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekurangan
makanan. Contohnya Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk tingkatkan pengeluaran padi.
Rakyat disuruh menananm tanaman tambahan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.
Pada tahun 1943, Tanah Rizab Melayu dibuka kepada bukan Melayu untuk dijadikan kawasan
pertanian.
Dasar ekonomi Jepun menyebabkan ekonomi Tanah melayu merosot dengan teruk. Timbul
banyak masalah seperti kebuluran,pengangguran dan masalah sosial.

Dasar Niponisasi
Dasar ini memaksa penduduk menerima dan menamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan
Jepun.
                                         13
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Proses niponisasi seperti bahasa jepun diajar di sekolah-sekolah. Sekolah Cina dan sekolah
Inggeris ditutup, cuti umum sempena menyambut hari jadi Maharaja.
Jepun mengadakan kempen untuk menghapuskan pengaruh Barat khususnya Inggeris dan
Amerika. Contohnya mengharamkan tayangan filem Barat.


6      Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963.

A. PENGENALAN (3m)
1 Selepas pembubaran Malayan Union, pemerintahan Malaysia diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Perlembagaan PTM menjadi teras sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
2 Pentadbiran Malaysia terdiri dari tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan
Badan Kehakiman.
3 Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang menjadi simbol
keutuhan dan perpaduan rakyat. Setiap badan dipegang oleh pihak berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.

B. ISI – ISI PENTING (20m)

1. BADAN PERUNDANGAN
Peringkat pusat/Persekutuan
Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan
perlembagaan Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia ketua negara ialah DYMM
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan.

Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan Yang Dipertuan Agung
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Mengikut undang-undang Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agung, Dewan
Negara ( wakil dari perkhidmatan awam ) dan Dewan Rakyat ( wakil yang dipilih ).

Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan
Rakyat.

YANG DIPERTUAN AGONG
Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada dalam mana-mana negara lain ialah Yang
Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu.

Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahn lain
dalam Wilayah Persekutuan Kula Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah
dan Sarawak.

Baginda juga Boleh mengisyhtiharkan undang-undang tentera atau darurat.

Dewan negara.
Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utama ialah membahaskan rang undang-undang yang
dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
                                              14
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh Dewan
Undngan Negeri dan 43 orang ahli yang dilantik oleh YPA.

Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama
ada dia akan dilantik dan dipilih semula.

Dewan rakyat.
Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang.


BADAN EKSEKUTIF

Pentadbiran kerajaan pusat
Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang ada.

Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai
oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran dengan
licin dan teratur.

Jemaah Menteri diketuai oleh PM dengan dibantu oleh TPM dan menteri-menteri lain sebagai
ahli.
Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan beberapa buah kementerian,
jabatan dan badan berkanun diwujudkan.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian
dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.


Pentadbiran kerajaan negeri.

Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sulatn/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau
Yang Dipertua Negeri

Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ( EXCO )

Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/YDP
Besar atau YDP Negeri.

Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dipanggil Majlis
Tertinggi manakala Di Sabah di panggil Jemaah Negeri.


                                                 15
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri bertindak sebagai pembuat
dasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersama
yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian.

Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh pegawai daerah.

Pentadbiran kerajaan tempatan.
Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang YDP dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik
oleh Kerajaan Negeri.

Fungsi utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-
ekonomi.

Di Sabah pentdbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh
Pegawai daerah yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.

Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung.
Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerah
ditadbir oleh Pegawai Residen dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakala
kampung ditadbir oleh Penghulu.

3. BADAN KEHAKIMAN
Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak
mahkamah.
Kuasa kehakiman terletak pada dua mahkamah tinggi (Tanah Melayu dan Borneo) dan
beberapa Mahkamah Rendah.
Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam bidang Perundangan dan Eksekutif iaitu:

A.   Kuasa mentaksir perlembagaan dan undang-undang.

B.   Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

C.   Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak sah dan
     batal.

Mengikut perlembagaan persekutuan , badan kehakiman sebagai sebuah badan yang bebas
bagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

 KESIMPULAN (2m)
-Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 telah distruktur dengan jelas di
peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
-Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat berjalan sistematik dan
lancar. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi sehingga hari ini.




                                                16
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
BAHAGIAN B

7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar sebelum
kedatangan Barat.

      A. Pengenalan(3m)

     Adat mempunyai petalian rapat dengan masyarakat dan membentuk satu sistem nilai yang
mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat. Sebelum
kedatangan barat, di Myanmar dan Thailand telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan
teratur yang diamalkan secara turun-temurun.

Isi

Myanmar(10m)

Adat Tanah

Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang
mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkirkan oleh masyarkat. Seorang
pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menual tanah mereka

Adat mengadap Raja
Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan,
rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di
perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu
gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

Adat menanggal kasut
Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu menanggalkan kasut dan menundukkan kepala
kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang
suci. Larangan ini sebgai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

Thailand (10m)

Adat mengadap raja

Rakyat percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah. Pemerintah disanjung, dan
menganggap raja Thailand mempunyai kedudukan paling mulia dan dianggap suci. Rakyat
dilarang menatap muka raja. Sesiapa yang menatap akan dijatuhi hukuman dengan
membutakan matanya. Rakyat juga perlu menyembah raja secara bersujud. Contoh. Rama III
mengarahkan rakyatnya merangkak masuk dan meniarap ketika mengadap baginda. Adat ini
telah dihapuiskan oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1873.

Adat menjual isteri dan anak
Seorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya, sebagai simbol
kekayaan yang dimilikinya. Oleh itu isteri dan anak-anaknya boleh dijual untuk dijadikan hamba.

Pakaian Panong


                                                17
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Pakaian beradat, pakaian Panong ialah sehelai kain yang dililit di bahagian bawah badan dan
dimasukkan di celah kaki seperti pakaian dhoti di India. pakaian ini dipakai oleh orang lelaki dan
perempuan Thai.

C.Kesimpulan (2m)

Adat dan hukum adat di Myanmar dan Thailand mempunyai peranan dan garis panduan yang
harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar dan Thailand tertumpu kepada
golongan pmerintah.


8.       Bincangkan dasar tutup pintu negara China dan Jepun pada abad ke-19.

   A. Pengenalan (3m)
Negara-negara China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abad
ke-19. Hal ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahaja
dengan dunia luar. Kedua-dua negara tersebut mengamallkan dasar tutup pintu dengan
menghalang kemasukan pedagang luar atas sebab-sebab tertentu.

B. Isi

China (10m)

-Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat.
Contohnya orang portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja China
membenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian. Semasa
pemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu
mubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman
pemerintahan Manchu.

-China menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan Kung
Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakala negara luar tidak mempunyai
peradaban. China menganggap maharaja China sebagai anak syurga dan pemerintah
universal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
dengan dunia luar. Semua utusan Barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud di hadapan
maharaja mereka.

-China sebagai negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak
memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China
membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan
dengan pelbagai sekatan, contohnya urusan perdagangan mesti melalui Cohong, keluarga tidak
dibenarkan dibawa ke Canton.

-Perdagangan bersifat monopoli namun Barat memerlukan barangan China seperti
mutiara,sutera,tembikar dan teh yang dianggap bernilai tinggi di Barat .
Menganggap orang Barat barbarian atau tidak bertamadun berbanding China yg bertamadun
tinggi.

-Konsep persamaan taraf dalam hubungan perdagangan dan diplomatik dianggap menjatuhkan
imej negara China. Perdagangan adalah pekerjaan yang hina.
M/raja China Chien Lung mengenakan lapan peraturan perdagangan:
                                           18
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
·     pedagang Barat dibenarkan berdagang di Canton sahaja
·     berdagang melalui Cohong
·     Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan cukai dan mengurus
      pengedaran barang.
·     saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macao selepas musim perniagaan
·     dilarang mengahwini wanita tempatan
·     tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke China
·     tidak dibenarkan belajar bahasa cina
·     tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas, dibenarkan melawat Flower
      Garden sahaja. Hal ini menyukarkan pedagang Barat.

Jepun(10m)
-Dasar isolasi di Jepun tidak bersifat mutlak dan masih menerima kedatangan kuasa luar dalam
 keadaan terkawal.
-Dasar tutup pintu diumumkan oleh maharaja pada tahun 1633,1635 dan 1639 dan
 diamalkan kerana :
 *mempunyai sumber pertanian yang mencukupi
 *bimbang dengan penyebaran kristian dan tidak mahu digunakan untuk menjatuhkan kerajaan
 *orang asing sering menimbulkan masalah dan huru hara yang mengancam keamanan
 *curiga terhadap kejujuran Barat dan takut mereka mengambil kesempatan
  bangsa Portugis,Sepanyol, British dan Belanda ada di pelabuhan-pelabuhan Jepun
  Kebencian semakin menebal dengan berita tentang penjajahan orang Eropah
-Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian
semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan
pusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan
hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk
kerana mencemar kebudayaan Jepun.
-Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang
kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama
kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.
Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang
kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkan
kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya
Daimyo Tozama. Shogun bimbang Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar
dari luar.
-Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan
dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana Jepun amalkan ekonomi sara diri.

Kesimpulan (2m)
Pemerintah di China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat
memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campur tangan
Barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka. Mereka juga bimbang
agama dan budaya akan terhakis. China dibuka secara paksa setelah tewas dalam Perang
Candu I dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking 1842 dengan British manakala
Jepun pula dibuka secara rundingan melalui Perjanjian Kanagawa 1854 dengan Amerika
Syarikat.




                                                19
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
9. Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa
1854 di Jepun.

       A. Pengenalan (3 m)

-Perjanjian Bowring 1855 ditandatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untuk
mengekalkan kedaulatan Thailand.
-Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat.
-perjanjian ini sebagai titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.
-Kedua –dua perjanjian ini memberikan implikasi yang besar terhadap Thailand dan Jepun
terutama dalam soal pemerintahan dan politik

       B. Isi-isi penting:

Implikasi Perjanjian Bowring (10 m)

i.    Permulaan Dasar Buka Pintu
Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menandatangani siri perjanjian- perjanjian
perdagangan dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856),
Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1862), Belgium, Norway, Itali dan
Sweden (1868) dan diteruskan oleh anaknya Chulalongkorn misalnya dengan Jerman 1872.

ii.     Hubungan Diplomatik yang erat
-Siam menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa Barat yang lain atas
 dasar persamaan taraf.
-Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menghantar utusan yang diketuai oleh
 Phaya Suriwongse ke Britain.
- Ini mengeratkan lagi persahabatan Siam dengan Britain.

iii.   Kemerdekaan Siam tetap terpelihara
-Dasar buka pintu Siam, hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaan
yang sama dan adil kepada semua kuasa Barat yang ada di Siam telah menjamin kemerdekaan
Siam.

iv.     Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa
- Perjanjian Bowring dan perjanjian dengan kuasa Barat yang lain mendedahkan Siam
  kepada perdagangan antarabangsa.
- Perdagangan antarabangsa sangat menguntungkan Siam sendiri di mana sistem
  ekonomi sara diri digantikan dengan sistem ekonomi komersial.
- Bilangan kapal dagang di Siam semakin meningkat
- Pengeksportan beras, kayu jati dan gula Siam juga meningkat.

v.     Britain muncul sebagai pelabur utama
- Siam banyak menjalankan perdagangan dengan Britain sehingga Siam dikenali sebagai satelit
ekonomi Britain.
-Pelabuhan British di Singapura dan Hong Kong sibuk menjalankan perdagangan dengan Siam.

vi.     Penguasaan perdagangan orang Cina di Siam tamat
- Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan Siam.

vii.       Perubahan dalam sistem kewangan Siam
                                              20
                             [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
- Berikutan dengan perdagangan antarabangsa, kerajaan Siam telah memperbaiki sistem
  percukaian dan sistem kewangannya.

Implikasi perjanjian kanagawa 1854 (10m)

- Kesan yang nyata akibat kedatangan Komodor Perry dan termeterainya Perjanjian Kanagawa,
jepun menamatkan dasar isolasi yg telah diamalkan sejak turun-temurun, sebaliknya Jepun
memasuki dunia masyarakat antarabangsa.
- Perjanjian Kanagawa menjadi asas kepada perjanjian-perjanjian antara Jepun dengan nagara
Barat yang lain. Okt 1854 Komodor Sir James Stirling wakil kerajaan British menandatangani
Perjanjian Nagasaki.
- Februari 1855 Komodor Putyatin wakil kerajaan Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda.
Januari 1856 Belanda pula menandatangani perjanjian dengan Jepun di Nagasaki.
Townsend Harris turut memainkan peranan penting telah membawa hubungan rapat antara
Jepun dengan negara-negara Barat. Pada 29 Julai 1858 beliau berjaya menandatangai
perjanjian perdagangan.
-Kejayaan beliau telah diikuti oleh negara-negara Barat yang lain. Belanda telah
menandatangani perjanjian yang sama pada 18 Ogos 1858, diikuti Rusia 19 Ogos, British 26
Ogos, dan Perancis 7 Okt 1858.
Pada tahun 1860 kerajaan Jepun menghantar perwakilannya yang pertama ke Amerika
Syarikat.
-Implikasi lain yang timbul akibat kehadiran Amerika dan negara-negara Barat ialah kedudukan
Shogun Tokugawa mula tergugat. Tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian
dengan orang asing dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap negara, ini
menyebabkan timbulnya reaksi hebat menentang Shogun Tokugawa.
-Suku kaum yang anti-Tokugawa seperti Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen telah
menggunakan kesempatan ini untuk menjalankan kempen anti-Tokugawa. Tentangan-
tentangan yang dihadapi oleh Shogun Tokugawa membawa kepada kejatuhan
pemerintahannya pada tahun 1867.

     C. Kesimpulan(2m)
Perjanjian Bowring telah membawa Thailand kearah permodenan dan dapat mengekalkan
kedaulatan Thailand. Manakala perjanjian Kanagawa telah membawa era baru kepada Jepun
iaitu membuka Jepun kepada dunia antarabangsa dalam hubungan diplomatik dan
perdagangan serta menjadi titik tolak kejatuhan kuasa Shogun Tokugawa.


10. Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah Barat telah mengubah pentadbiran
Indonesia dan Vietnam pada abad ke-19..

   A. Pengenalan(3m)

   Kemaraan pihak penjajah telah menyebabkan perubahan dari segi pentadbiran,undang-
undang, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang dijajah di rantau Asia Tenggara, Asia
Timur dan Asia Selatan.
   Penguasaan Indonesia oleh Belanda dan Vietnam oleh Perancis telah mengubah sistem
pentadbiran di kedua-dua negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepada
pentadbiran barat

   B. ISI

                                                21
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Indonesia (10m)

Penguasaan Belanda ke atas Pulau Jawa berlaku secara beransur-ansur
-Pusat pentadbiran Belanda-Betawi
Ketua pentadbiran di Jawa ialah Gebenor Jeneral dan dibantu oleh empat orang Konsular,
Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha
-Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan
Terdapat 5 buah jabatan –Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan agama dan Industri, Kerja Raya
Awam, Kewangan dan Kehakiman
-Pada masa itu pemerintah tempatan semakin tersepit dengan dengan perluasan kuasa
Belanda
-Kerajaan Mataram yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah-Sultan
tidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan
-Keadaan ini membantu Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau Jawa
Gebenor Jeneral Belanda iaitu Marsekal Herman Willem Daendels cuba mengawal dengan
memecat atau mengurangkan peranan institusi bupati atau ketua daerah di Jawa
-Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar tempatan merupakan faktor
Perang Jawa(1825-30)
-Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar tempatan tetapi kuasa
mereka tidak dikembalikan
-Pada tahun 1874,sistem pentadbiran daerah disusun mengikut jabatan
Terdapat dua orang Residen dilantik untuk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkan
kuasa mereka berkurangan
-Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka tidak dibenarkan memiliki
tanah
-Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan telah kehilangan kuasa. Misalnya di
Palembangan kesultanan berakhir apabila sultan-sultan dibuang negeri kerana menentang
Belanda
-Keadaan yang serupa juga berlaku di Jambi, Siak , Sambas,Banjarmasin, Bali dan Makasar
Walau bagaimanapun Belanda mengambil usaha melatih penduduk peribumi melalui
penubuhan Volksraad. Seramai 15 orang daripada 39 orang di dewan ini merupakan penduduk
peribumi

 Vietnam (10)
-Sebelum kemasukkan Perancis pernah berlaku perpecahan dalam dinasti raja Vietnam dalam
tahun 1770-an apabila Dinasti Nguyen dijatuhkan oleh Pemberontakkan Tay-Son
Walau bagaimanapun waris terakhir Dinasti Nguyen iaitu Nguyen Anh telah memulihkan
keadaan.
-Beliau seterusnya memakai gelaran Maharaj Gia Long(1802-20)
Bentuk pentadbiran Vietnam mencontohi pemerintahan China
Maharaja dianggap pusat pemerintahan dan dibantu oleh Majlis’Grand Chacellor’ dan
pembesar tempatan
Maharaja dianggap sebagai bapa dan ibu penduduk Vietnam dan dianggap mendapat mandat
dari syurga
-Di peringkat tempatan terdapat pegawai tempatan yang mentadbir, memrintah, menghakimi
dan mempertahankan wilayah tersebut
Hubungan buruk antara pemerintah Vietnam dengan Perancis menyebabkan Vietnam jatuh ke
tangan Perancis
-Pihak Perancis tidak mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjana
Oleh itu bagi menjalankan pentadbirab dengan lancar, Perancis menggunakan tentera sebagai
pegawai kerajaan
                                             22
                      [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
-Maharaja, golongan mandarin(pegawai kerajaan) dan personality berpengaruh menjadi
sebahagian daripada ahli pembantu dalam pentadbiran Perancis bagi mendapatkan sokongan
mereka
-Bagi melemahkan pentadbiran tradisional ini, Vietnam telah dipecahkan kepada 3 bahagian
oleh perancis iaitu Tongking, Annam dan Cochin-China
-Ketua Persekutuan ini ialah Gebenor Jeneral
Setiap wilayah dalam Persekutuan diketuai oleh Gebenor
Di Vietnam pentadbiran dikawal oleh Gabenor
Selain itu wujud Majlis Menteri yang diketuai oleh Gabenor
Pentadbiran Perancis ini kekal sehingga tamat pemerintahan kolonial Perancis

Kesimpulan (2m)

Kedatangan Barat di Indonesia dan Vietnam telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan
dan telah mengubah corak pentadbiran tradisioanal kepada pentadbiran bercorak Barat.



11.  Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah
mencetuskan revolusi pada awal abad ke-20.

   A. Pengenalan (3m)

-Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang
memerintah negara China sejak tahun 1644. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen.
-Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin
oleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja.
-Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja yang semakin meruncing
sedangkan rakyat yang dipimpin oleh golongan intelektual berkehendakan perubahan dari
dikuasai kuasa maharaja yang bersifat mutlak.

B. Isi (20M):

I. Revolusi China 1911 (10m)

i.Kelemahan institusi beraja
-Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan
Mancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China.
-Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam
beberapa siri peperangan yang dianggap bahawa raja telah kehilangan mandat tuhan.
-Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad
ke-20.

ii.Masalah Cukai dan Rasuah
-Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil
pungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat.
Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan
kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan.

iii.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi

                                                23
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
-Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun
1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan
China.
- Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China.
Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar
200 juta tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan
China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pula
China terpaksa membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 juta
tael.

iv.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan Rakyat China
-Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun
1885-1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian.
Akibatnya rakyat China bertambah miskin.
-Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi
kesengsaraan rakyat China.
-Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi
peperangan, dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot
akibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka
terpaksa menjual tanah kepada orang kaya.

v.Sentimen anti-Manchu
-Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orang
Cina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun
1644. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “ Hapuskan
Manchu, Kembalikan Dinasti Ming”.
-Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Mereka
curiga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu.

vi. Kemunculan Golongan Intelektual
- Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luar
negeri. Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme,
liberalisme, kebebasan, dan hak-hak asasi manusia.
 -Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta
kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.
 -Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu
dengan digantikan kerajaan Republik.
- Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi,
dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut-
pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaimanapun , pemberontakan itu gagal
tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot.
-Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapi
dan pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow dan
Hankow-Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan
kedaulatan wilayah Negara China.


Revolusi Siam 1932 (10 m)

i.Kelemahan institusi beraja

                                                 24
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Zaman Vajiravudh
-Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.
Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak. Kabinet menteri jarang
bersidang
-Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa. Vajiravudh lebih berminat dalam bidang
kesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya
-Beliau menjalankan dasar pilih kasih. Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkan
perasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan
Vajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.

Zaman Prajadhipok
-Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok.
-Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik oleh
Vajiravudh. Jawatan menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawai
awam merasa tidak puas hati.
-Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawai
dan mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awam
dan tentera tidak berpuas hati.
-Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan Menteri
Perdagangan ( Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki.

ii. Peranan golongan intelektual
-perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan
golongan intelek berpendidikan barat di Siam
-golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman anti
monarki dan sistem pemerintahan barat
-golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan German
mula mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenan
Siam. Golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam

iii.Kemelesetan ekonomi dunia
Ekonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an.
Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi Siam
Siam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkah
berjimat cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awam
dan golongan tentera.

C. Kesimpulan (2m)

-Ada benarnya kelemahan sistem beraja di China dan Siam menjadi sebab kebangkitan
pendokong revolusi disamping faktor-faktor lain seperti kemunculan golongan intelektual.
-Apapun natijah kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki mutlak. Sistem
pemerintahan di Siam berubah raja berkuasa mutlak diganti sistem raja berperlembagaan
sementara di Cina sistem beraja di tamatkan.



12.   Bincangkan pembangunan ekonomi dan sosial di Indonesia dan di China yang
dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua.


                                                25
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
A. Pengenalan (3m)

-Selepas perang dunia kedua, kebanyakan negara Asia menghadapi pelbagai masalah seperti
kemiskinan dan kaedah bagaimana membangunkan rakyat yang tertinggal dalam ekonomi dan
sosial.
-Di Indonesia kesan penjajahan Belanda dan penjajahan Jepun masih dirasakan selepas
perang dunia kedua. Penderitaan selepas perang dan kemiskinan menjadi isu utama penduduk.
-Begitu juga di China, PKC baru sahaja mengambil alih pemerintahan pada tahun 1949, dimana
keadaan ekonomi yang merosot kerana dikuasai oleh pihak asing.
-Oleh yang demikian pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan Indonesia dan China
untuk membangunkan ekonomi sosial mereka.

A Isi

Indonesia (10m)

1.Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65 peratus
penduduk tinggal di Pulau Jawa dan Madura. Selainnya di Sumatera, Sulawesi, Kalimantan,
dan Irian Jaya. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu (Indonesia). Penduduknya
menggunakan bahasa kebangsaan. Namun bahasa Belanda, Inggeris, Arab dan Sanskrit juga
digunakan.

2. Ekonomi Indonesia bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi. 60 peratus tenaga
kerja terlibat dalam pertanian. Pada abad 17 dan 18, terkenal sebagai pengeksport utama
rempah. Pada abad 20, petroleum, bijih timah dan getah menjadi bahan eksport utama. Beras,
ikan, hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan pendapatan utama
negara.

3. Jawa merupakan kawasan pertanian yang utama, mengeluarkan 50 peratus padi negara, 90
peratus soya, 75 peratus jagung, 80 peratus ubi kayu. Kerajaan telah melaksanakan Revolusi
Hijau untuk memajukan sektor pertanian.

4. Pada tahun 1958, kerajaan menggalakkan pelaburan luar mengusahakan estet pertanian.
Tahun 1961, Presiden Soekarno mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki dua hektar
tanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa.
Dalam bidang industri, Indonesia melibatkan diri dalam bidang petroleum, getah, barangan
elektrik dan tekstil.

5. Tahun 1958, Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah
memiliknegarakan beberapa industri penting.

6. Pada tahun 1950, kerajaan meluluskan undang-undang untuk meningkatkan taraf pendidikan
penduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan penganjuran pendidikan untuk golongan
dewasa turut diadakan.




                                                26
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
China (10m)

1.Ketika Parti Komunis China mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1949, ekonomi
sedang merosot. Sebenarnya ekonomi dikuasai orang asing seperti dalam perbankan dan
perkhidmatan keretapi.

2. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pembangunan ekonomi berasaskan
perusahaan bukannya pertanian. Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat tidak mempunyai
kelas. Industri berat bertumpu di Manchuria manakala industri ringan di Shanghai dan Tientsin.

3. Usaha juga diambil untuk mengukuhkan sistem mata wang dan pembinaan semula serta
membesarkan sistem perhubungan moden. Tali air dan rancangan membina projek
hidroelektrik telah dimulakan.

4. Pada awalnya, peranan penting diberikan kepada pemodal persendirian dan kemudian
kepada pemodal perusahaan Barat. China berusaha menambahkan pendapatan kasar negara
yang diperoleh daripada perusahaan iaitu sebanyak 70 peratus berbanding dengan 20 peratus
pada tahun 1953. Usaha ini berdasarkan kaedah sosialis dan bukannya kapitalis.

5. Usaha lain diperkenalkan seperti Rancangan Lima Tahun (1953-1957). Antara perkaranya
seperti pengenalan koperasi, pembaharuan tanah, dan pembangunan luar bandar. Ini bertujuan
meningkatkan taraf hidup petani.

6. Pendidikan juga diberi perhatian bertujuan melatih kebanyakan penduduk yang kurang
menceburi bidang teknikal.

7. Pada awal 1950-an, kerajaan China telah memeterai penjanjian dengan Rusia. Rusia
memberi pinjaman $500 juta dolar dan memberi bantuan teknikal kepada China. Pada tahun
1956, beribu-ribu pakar teknikal dari Rusia dihantar ke China. Orang China juga dihantar ke
Rusia untuk mendapatkan pendidikan teknikal.

Kesimpulan (2m)

-Pelbagai usaha dilakukan untuk merealitikan pembangunan pucuk pimpinan negara masing-
masing
-Masalah utama kekurangan modal yang menyebabkan meminta bantuan luar terutama barat.
-Pihak barat mengambil kesempatan menyebar ideologi seperti Rusia di China.




                                                27
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SET 2 Tee

1        Terangkan struktur social masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British.

2      Bincangkan system politik Melayu tradisional sebelum tahun 1874.

3      Bincangkan factor-faktor penentangan terhadap campur tangan British di Perak dan di
Pahang pada abad ke-19.
4      Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1896.
5      Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membanteras ancaman
pengganas komunis antara tahun 1948 hingga 1960.
6      Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, komanwel dan
antarabangsa dari tahun 1957 sehingga 1963. Set 3 sel.

Bahagian B
7       Masyarakat China dan Jepun mempunyai system kepercayaan dan agama yang
tersendiri. Set 2 sel
8       Bincangkan dasar tutup pintu di Thailand dan Vietnam pada abad ke-19. Set Mel 11
9       Bincangkan kesan sosio ekonomi akibat kedatangan orang China di Thailand dan di
Filipina sehingga awal abad ke-20. Set 3 sel
10      Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa pemerintahan antara Maharaja Tung Chih di
China dan Maharaja Meiji di Jepun pada akhir abad ke-19 set 1 sel.
11      Huraikan peranan golongan intelektual di Indonesia dan Mynmar dalam gerakan
nasionalisme dari tahun 1900 hingga pertengahan abad ke-20. Set 2 sel
12      Bincangkan perkembangan di luar Asia Tenggara yang mempengaruhi nasionalisme di
Asia Tenggara sebelum tahun 1930an. Set 3.


Font 11 arial no spacing




                                                28
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

More Related Content

What's hot

Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Steve Simon
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia norlizaismail2013
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DORAEMONLINA
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Sejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaSejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaHartini Ishak
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultanan
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultananCiri – ciri negara dan bangsa dalam kesultanan
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultananlailaan
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1A'dilah Hanum
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanshafiq014840
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaMiz Arien
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAAishah Ali
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958Brenda Rachel Marie
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanPENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanAmin Upsi
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanJuni Izyan
 
Nota sejarah ting 1
Nota sejarah ting 1Nota sejarah ting 1
Nota sejarah ting 1Izara Airin
 

What's hot (20)

Penubuhan malaysia
Penubuhan malaysiaPenubuhan malaysia
Penubuhan malaysia
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Sejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaSejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydia
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultanan
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultananCiri – ciri negara dan bangsa dalam kesultanan
Ciri – ciri negara dan bangsa dalam kesultanan
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahman
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
Melaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selatMelaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selat
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanPENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
Nota sejarah ting 1
Nota sejarah ting 1Nota sejarah ting 1
Nota sejarah ting 1
 

Similar to Rashman sejarah 2 selangor

940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred HeartRusslan Ssvs
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraaminahjhr9811
 
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahan
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahanTopik 2 ciri negara&warisanpemerintahan
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahanNadia Khalid
 
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3SEJARAH BAB 8 KERTAS 3
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3warisasyikin
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONKesuma Wahida
 
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2Rosielawati Zawawi
 
Topik 5 sejarah
Topik 5 sejarahTopik 5 sejarah
Topik 5 sejarahSuet Yet
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdf
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdfT5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdf
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdfVictorKang12
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan unionsuriawati
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 

Similar to Rashman sejarah 2 selangor (20)

940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
 
Hsp sejarah ting2
Hsp sejarah ting2Hsp sejarah ting2
Hsp sejarah ting2
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggara
 
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahan
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahanTopik 2 ciri negara&warisanpemerintahan
Topik 2 ciri negara&warisanpemerintahan
 
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3SEJARAH BAB 8 KERTAS 3
SEJARAH BAB 8 KERTAS 3
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
 
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2
RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 2
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
Topik 5 sejarah
Topik 5 sejarahTopik 5 sejarah
Topik 5 sejarah
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
PM 5
PM 5PM 5
PM 5
 
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdf
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdfT5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdf
T5B3 SEJ KSSM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.pdf
 
Institusi pemerintahan
Institusi pemerintahanInstitusi pemerintahan
Institusi pemerintahan
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 

More from Nur faizah Baharin

More from Nur faizah Baharin (20)

Motor control and_learning
Motor control and_learningMotor control and_learning
Motor control and_learning
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 full
Bab 1 fullBab 1 full
Bab 1 full
 
Bab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta mindaBab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta minda
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
 
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan
 
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
 
Rashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangorRashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangor
 
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
 
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
Skema bm2 stpm selangor 2012
Skema  bm2 stpm selangor 2012Skema  bm2 stpm selangor 2012
Skema bm2 stpm selangor 2012
 
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
 

Rashman sejarah 2 selangor

  • 1. SULIT* JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR 940/2 PERCUBAAN STPM 2012 JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR SEJARAH JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR KERTAS 2 JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (Tiga jam) JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (Malaysia Higher School Certificate) SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR 1800-1963 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 STPM 940/2 [Lihat sebelah] *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 2. Bahagian A 1 Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. 2 Jelas perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19. 3 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20. 4 Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 dan mengapakah ia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu. 5 Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 6 Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963. Bahagian B 7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Mynmar sebelum kedatangan Barat. 8 Bincangkan dasar tutup pintu Negara China dan Jepun pada abad ke-19. 9 Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun. 10 Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah barat telah mengubah pentadbiran Indonesia dan Vietnam pada abad ke-19. 11 Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke-20. 12 Bincangkan pembangunan ekonomi dan social di Indonesia dan di China yang dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua. 2 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 3. 1 Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. A. Pengenalan: (3m) Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di Perak,Kedah,Pahang dan Johor. Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih. B. ISI Sistem beraja (8m) 1.Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam melantik orang lain sebagai sultan. 2.Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir, apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja dihilir. 3.Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan 4.Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebih demokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. 5.Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan putera baginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu. Sekiranya Yang di-Pertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggap layak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar. Peranan Sultan sebelum campur tangan British (12m) 1.Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan. Berkuasa menjatuhi hukuman mati dan memberi pengampunan dalam kes jenayah, salah laku dsbnya. 3 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 4. 2.Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana dan bermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera. 3.Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan juga dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Ini bermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah. 4.Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyai kebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antara sultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah atau kecelakaan. 5.Konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsep daulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payung kuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat, pedang dan keris kerajaan dan sebagainya. 6.Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. 7.Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara. 8.Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkan melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu. Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membina istana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya. 9.Sultan/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir baginda dan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasil bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi. C. Kesimpulan.(2m) Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja. Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara seperti perhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya. 2 Jelaskan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 A. Pengenalan (3M) Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Sumatera. Adat ini diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan kawasan sempadan Melaka. Adat ini dibawa oleh Datuk perpatih Nan Sebatang. Adat ini merupakan yang tidak bertulis dan pepatah yang diwariskan secara lisan. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu 4 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 5. Adat Temenggung diperkenalkan oleh datuk Ketemenggungan diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie. Terdapat beberpa perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung dari segi sifatnya, perkahwinan, pentadbiran, perundangan dan pembahagian harta. ISI-ISI (20M) (a) Jurai Keturunan Mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau matrilineal Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat • kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta • nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu • anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku Manakala,dalam Adat Temenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan dan lebih diutamakan atau bersifat patrilineal • anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta • susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki • Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga (b) Perkahwinan Dalam Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami iaitu dari suku berbeza. perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara kalau berkahwin dengan suku yang sama dianggap telah melanggar adat dan akan dibuang daerah. Suami dikenali sebagai orang Semenda iaitu bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya, tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri Manakala dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan • sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh suami barunya • dilarang berkahwin dengan perbezaan agama (c) Pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi • kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, Perut/masyarakat ramai • pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat • masyarakat akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar 5 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 6. Manakala,dalam Adat Temenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan • pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar dengan jawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah • sultan melantik pembesar • ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung • sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara • anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta • sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta • jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan • keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar (d) Perundangan Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan • kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi • ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa • Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh • Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain Manakala,dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas untuk memberi pengajaran. • hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh • raja akan menjatuhkan hukuman dan boleh memberi pengampunan (e) Semangat Kesukuan Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku • setiap ahli keluarga berasaskan kepada suku Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih (f) Pembahagian harta Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga • harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga manakala,dalam Adat Temenggung harta milik individu • pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan Kesimpulan (2M) Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat Kedua-dua adat berubah selepas kedatangan British pada 1874. 6 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 7. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. 3 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20. A. Pengenalan (3m) Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839 permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di Tanah Melayu. B. ISI Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m) 1. Sumbangan H.N.Ridley Perlantikan H.N.Ridley sebagai Pengarah Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu. H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem ‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembab. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru. 2. Dasar Kerajaan Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yang berukuran seekar untuk 10 tahun pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman. 3. Kemerosotan harga kopi Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di 7 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 8. pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk. 4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah. Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 dan perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat akibat perkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik. 5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet. Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telah membekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalah yang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estet getah yang besar oleh orang Eropah. 6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secara besar-besaran Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getah telah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya yang baru. Kesimpulan (2m) Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914. semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia. 4 Terangkan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga tahun 1941 dan mengapakah ia gagal menyatukan masyarakat di Tanah Melayu. A. Pengenalan (3M) 1 Amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. 2 Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem plendidikan vernakular. 3 Pendidikan vernacular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing- masing sebagai bahasa pengantar. 4 Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satu sama lain. 5 Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. B. ISI (20M) 8 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 9. 1. Sistem pendidikan I ) Pendidikan Vernakular Melayu -Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. -Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum- hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. -Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepada masyarakat. -British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan sekular kepada anak petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. -Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan. -Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis dan memplelajari asas kira-kira. -Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu, sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja. -Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. ii) Pendidikan Vernakular Inggeris - Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. - Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasa Inggeris. - Sek Inggeris dibahagikan kepada sek perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yg lebih tinggi mengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. - Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution. - Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi - Sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankan kelas jahitan, memasak dan muzik. 9 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 10. - Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteraan Inggeris yg tidak berkaitan orang Asia. iii) Pendidikan Vernakular Cina - kerajaan British tidak memberi bantuan kepada sekolah Cina dan membiarkan tanpa sebarang kawalan dan sekatan - menggunakan pelbagai longhat seperti Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka - buku-buku teks dibawa dari Shanghai, guru-guru dari Negara China dan tidak berorientasikan Tanah Melayu kerana dilatih dalam suasana negara China - sukatan pelajaran berteraskan Negara China. Sekolah Cina mengajar nilai dan norma negara serta taat setia kepada Negara China iv) Pendidikan Vernakular Tamil - Sekolah Tamil ditubuhkan sekitar tahun 1875 dan lambat berkembang - bilangan murid di sekolah Tamil amat rendah kerana sekolah Tamil yang serba kekurangan daripada segi infrastruktur, buku teks dan guru. - sikap masyrakat India yang memandang rendah terhadap pendidikan - sikap kerajaan British yang tidak mempedulikan langsung sekolah-sekolah Tamil - menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan terdapat juga yang menjadikan bahasa Telegu, Punjabi, Hindi dan Malayalam sebagai bahasa pengantar 2. Faktor kegagalan membentuk masyarakat bersatu padu - Kerajaan British tidak berminat dan mengambil berat soal perpaduan dalam masyarakat di Tanah Melayu. British menggunakan dasar laissez-faire sebagai dasar pendidikannya untuk mengukuh dan menguatkan kedudukan mereka - Sistem pendidikan vernakular menyekat pergaulan anak-anak daripada pelbagai bangsa kerana mereka belajar di sekolah-sekolah yang berasingan - Sukatan pelajaran / kurikulum dari negara asal menyebabkan murid-murid lebih memahami sejarah, pemimpin dan perjuangan rakyat Negara asal mereka sahaja - Guru dari negara asal, yang menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing - Sekolah Melayu terdapat di kampung-kampung, sekolah Cina dan Inggeris di bandar dan sekolah Tamil di ladang. Ini menyukarkan kanak-kanak contohnya Melayu untuk memasuki sekolah Inggeris yang terletak jauh daripada tempat tinggal mereka. - Keempat-empat bangsa mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berbeza Amalan yang berlainan menjarakkan perhubungan antara kaum dan menganggap amalan dan budaya sendiri adalah yang terbaik. - Lahir prasangka buruk terhadap amalan kaum lain. Sekolah yang didirikan British untuk orang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah, - lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif. 10 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 11. - Amal dasar ‘pecah dan perintah’ –tempat tinggal dan pekerjaan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu kekal dengan aktiviti pertanian di kampung, orang Cina menjadi pelombong dan peniaga di bandar dan orang India bekerja sebagai buruh di ladang getah dan dasar ini memecah belahkan masyrakat TM. - Penduduk tempatan dan kaum mendatang diletakkan mengikut fungsi ekonomi mereka masing-masing dan menyebabkan wujud jurang perbezaan pendapatan dan ini menyebabkan timbul hubungan tidak baik antara kaum. C. Kesimpulan ( 2 M) Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular Inggeris di Tanah Melatu di antara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua. Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merialisasikan dasar pecah dan perintahnya. Tujuan utama British adalah untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi negara ini merupakan faktor utama kegagalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di samping menjalankan dasar pecah dan perintah. Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alat mencapai perpaduan. Perubahan sistem pendidikan vernakular kepada dasar Barnes dan dasar Razak yang cuba membentuk satu sistem yang boleh digunakan oleh semua bangsa daripada segi kurikulum, bahasa pengantar, dan guru. 5 Bincangkan kesan politik, ekonomi dan social akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pengenalan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera. Dalam tempuh tersebut mereka menjalankan corak pemerintahan yang keras dan zalim. Dasar dan kesan pendudukan Jepun boleh dilihat dari sudut politik,sosial dan ekonomi. Isi-isi Penting B. Kesan-Kesan Pendudukan Jepun (20m) Kesan Politik Pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu. Kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di mata orang Melayu. Orang Melayu mendapat pengalaman mentadbir, ini memberi peluang kepada orang melayu untuk menjalankan urusan pentadbirannya yang sebelum ini tidak pernah diperolehi. Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedran politik orang melayu, Jepun telah membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan parti-parti politik orang Melayu. Contohnya Kesatuan Melayu Muda(KMM), Pembela Tanah Air(PETA) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Antara pemimpin politik Melayu seperti Ibrahim haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Di kalangan orang Cina pula ramai mereka yang menyertai gerakan menentang Jepun. 11 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 12. Sentimen kecinaan semakin bertambah disebabkan kesengsaraan dan kesulitan hidup semasa pendudukan Jepun. MPAJA ditubuhkan untuk merancang sabotaj terhadap tentera Jepun. MAPAJA dinaungi oleh PKM yang menjadi parti politik yang berjuang untuk kepentingan orang Cina. PKM menggerakkan sentimen anti-Jepun untuk mendapatkan sokongan orang Cina menentang Jepun. Dasar diskriminasi antara kaum oleh Jepun telah menimbulkan sentimen perkauman antara orang Cina dan orang Melayu. Selain itu, pendudukan Jepun telah menyebabkan sentimen keindiaan orang India di Tanah Melayu bertambah kukuh. Jepun telah memperalatkan orang India dengan mengalihkan perasaan nasionalisme ke atas negara India. Orang India turut terpengaruh dengan propaganda Jepun menyebabkan mereka lebih menumpukan perjuangan mereka untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Jepun telah menubuhkan India National Armya(INA) untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Jepun turut menyokong penubuhan kerajaan dalam buangan Azad Hind di Singapura dengan slogan “Challo Delhi” atau “ Mara ke Delhi”. Slogan ini telah menaikkan semangat nasionalisme orang India terhadap negara asal mereka. Kesan Ekonomi Penduduk ramai yang menderita kerana bekalan makanan tidak mencukupi manakal harga makanan dan keprluan harian melambung tinggi. Pemerintah Jepun mencetak duit pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekurangan wang, ini menyebabkan maslah inflasi. Masalah ekonomi turut terjejas disebabkan dasar ‘Bumi Hangus” yang dijalankan oleh Inggeris semasa pengunduran mereka dari Tanah melayu semasa kedatangan Jepun. Dasar ini telah menyebabkan perusahaan bijih timah dan ladang getah terjejas Ekonomi Tanah melayu merosot dengan teruknya semasa pemerintahan Jepun, contohnya pada tahun 1941 sebanyak 79000 tan bijih timah dihasilkan tetapi pada tahun 1945 sebanyak 3000 tan sahaja. Kesan Sosial Penduduk tempatan sangat menderita dan hidup dalam ketakutan. Perasaan curiga dan tidak mempercayai antara satu sama lain merebak dengan meluas. Taraf kesihatan merosot. Contohnya penyakit beri-beri dan malarisa merebak dengan meluas. Jumlah kematian meningkat sebab kekurangan zat. Keadaan bertambah buruk apabila tentera Jepun merampas bekalan makanan dan ubat untuk kegunaan mereka sendiri. Akibat keganasan kempetei, ramai penduduk terutama orang Cina lari ke dalam hutan. Kesimpulan (2m) Pada keseluruhannya dasar-dasar Jepun di Tanah Melayu yang meliputi sosial, ekonomi dan politik selama lebih kurang tiga tahun setengah telah memberi kesan yang mendalam kepada rakyat di Tanah Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesan-kesan tersebut samada dari sudut kesan positif dan negatif seperti yang telah dibincangkan. ***Bincangkan dasar pendudukan Jepun, jika soalan bertanya tentang dasar pendudukan Jepun. A. Dasar-dasar pendudukan Jepun. (8m) 12 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 13. Dasar Politik Pentadbiraan dibahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbiran Neger-negeri Selat dijalankan oleh Gabenor. Singapura dijadikan pusat pentadbiran. Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Malai Baru. TM dibahagian kepada lapan wilayah yang ditadbir oleh Gabenor. Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand. Tujuannya untuk membalas jasa Thailand kerana memberi laluan untuk menyerang Tanah Melayu. Pemerintahan Jepun mementingkan soal keselamatan. Oleh itu mereka menubuhkan tiga pasukan perisik tentera, Di antara namanya Kempetai, Tekikan dan Toko. Pasukan perisikan ini sangat kejam dengan membunuh sesiapa yang disyaki anti Jepun. Menjalankan propaganda dan sabotaj. Dasar Sosial Dasar sosial berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum kepada Jepun. Orang Melayu diperakui oleh pemerintah Jepun sebagai masyaraakat bumiputera dan berhak ke atas TM. Diberikan keistimewaan bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Jepun mengamalkan dasar pro Melayu teutamanya golongan elit dan pembesar-pembesar Melayu. Ramai orang Melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti Pegawai Daerah, polis dan tentera. Raja Melayu diiktiraf sebaagai Ketua Agama Islam dan elaun diberikan serta dibenarkan menyimpan harta. Orang Cina diberikan layanan buruk. Pemerintah Jepun mengamalkan diskriminasi terhadap mereka. Permusuhan orang Cina dan Jepun telah mula wujud sejak Perang China-Jepun 1937. Jepun telah membunih ramai orang Cina. Bagi mengelakkan kekejaman Jepun, ramai orang Cina lari ke kawasan pinggir hutan dan menyertai gerakan anti-Jepun melalui MPAJA dan PKM bagi menentang Jepun. Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orang Cina. Jepun telah bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang Cina daalam bidang ekonomi. Orang India mendapat layanan yang baik semasa pendudukan Jepun. Namun tidak terlepas daripada kesengsaraan hidup akibat kekejaman tentera Jepun seperti dipaksa bekerja dalam pembinaan landasan keretapi maut. Layanan yang baik terhadap kaum India kerana Jepun memerlukan sokongan orang India untuk menghalau British dari India. Dasar Ekonomi Jepun mengamalkan sistem ekonomi bersifat berdikari dan dasar tutup pintu. Ini kerana tidak mahu bergantung kepada pasaran luar negara. Jepun menggalakan penubuhan industri ringannbagi menghasilkan barang keperluan dalam negara seperti minyak, sabun dan tali. Ekonomi Tanah Melayu merosot kerana tanpa perdagangan eksport. Jepun menggalakkan kepada bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekurangan makanan. Contohnya Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk tingkatkan pengeluaran padi. Rakyat disuruh menananm tanaman tambahan seperti ubi kayu,keledek dan keladi. Pada tahun 1943, Tanah Rizab Melayu dibuka kepada bukan Melayu untuk dijadikan kawasan pertanian. Dasar ekonomi Jepun menyebabkan ekonomi Tanah melayu merosot dengan teruk. Timbul banyak masalah seperti kebuluran,pengangguran dan masalah sosial. Dasar Niponisasi Dasar ini memaksa penduduk menerima dan menamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun. 13 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 14. Proses niponisasi seperti bahasa jepun diajar di sekolah-sekolah. Sekolah Cina dan sekolah Inggeris ditutup, cuti umum sempena menyambut hari jadi Maharaja. Jepun mengadakan kempen untuk menghapuskan pengaruh Barat khususnya Inggeris dan Amerika. Contohnya mengharamkan tayangan filem Barat. 6 Bincangkan system pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963. A. PENGENALAN (3m) 1 Selepas pembubaran Malayan Union, pemerintahan Malaysia diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan PTM menjadi teras sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. 2 Pentadbiran Malaysia terdiri dari tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. 3 Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Setiap badan dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. B. ISI – ISI PENTING (20m) 1. BADAN PERUNDANGAN Peringkat pusat/Persekutuan Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan perlembagaan Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia ketua negara ialah DYMM Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan. Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan Yang Dipertuan Agung bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Mengikut undang-undang Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agung, Dewan Negara ( wakil dari perkhidmatan awam ) dan Dewan Rakyat ( wakil yang dipilih ). Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan Rakyat. YANG DIPERTUAN AGONG Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada dalam mana-mana negara lain ialah Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu. Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahn lain dalam Wilayah Persekutuan Kula Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Baginda juga Boleh mengisyhtiharkan undang-undang tentera atau darurat. Dewan negara. Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utama ialah membahaskan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. 14 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 15. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undngan Negeri dan 43 orang ahli yang dilantik oleh YPA. Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama ada dia akan dilantik dan dipilih semula. Dewan rakyat. Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang. BADAN EKSEKUTIF Pentadbiran kerajaan pusat Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran dengan licin dan teratur. Jemaah Menteri diketuai oleh PM dengan dibantu oleh TPM dan menteri-menteri lain sebagai ahli. Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. Pentadbiran kerajaan negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sulatn/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ( EXCO ) Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/YDP Besar atau YDP Negeri. Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi manakala Di Sabah di panggil Jemaah Negeri. 15 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 16. Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian. Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh pegawai daerah. Pentadbiran kerajaan tempatan. Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang YDP dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Fungsi utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosio- ekonomi. Di Sabah pentdbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai daerah yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerah ditadbir oleh Pegawai Residen dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakala kampung ditadbir oleh Penghulu. 3. BADAN KEHAKIMAN Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Kuasa kehakiman terletak pada dua mahkamah tinggi (Tanah Melayu dan Borneo) dan beberapa Mahkamah Rendah. Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam bidang Perundangan dan Eksekutif iaitu: A. Kuasa mentaksir perlembagaan dan undang-undang. B. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang C. Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak sah dan batal. Mengikut perlembagaan persekutuan , badan kehakiman sebagai sebuah badan yang bebas bagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas dengan adil dan saksama. KESIMPULAN (2m) -Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 telah distruktur dengan jelas di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak. -Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat berjalan sistematik dan lancar. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi sehingga hari ini. 16 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 17. BAHAGIAN B 7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan Barat. A. Pengenalan(3m) Adat mempunyai petalian rapat dengan masyarakat dan membentuk satu sistem nilai yang mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan Thailand telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun. Isi Myanmar(10m) Adat Tanah Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkirkan oleh masyarkat. Seorang pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menual tanah mereka Adat mengadap Raja Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan. Adat menanggal kasut Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu menanggalkan kasut dan menundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebgai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja. Thailand (10m) Adat mengadap raja Rakyat percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah. Pemerintah disanjung, dan menganggap raja Thailand mempunyai kedudukan paling mulia dan dianggap suci. Rakyat dilarang menatap muka raja. Sesiapa yang menatap akan dijatuhi hukuman dengan membutakan matanya. Rakyat juga perlu menyembah raja secara bersujud. Contoh. Rama III mengarahkan rakyatnya merangkak masuk dan meniarap ketika mengadap baginda. Adat ini telah dihapuiskan oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1873. Adat menjual isteri dan anak Seorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya, sebagai simbol kekayaan yang dimilikinya. Oleh itu isteri dan anak-anaknya boleh dijual untuk dijadikan hamba. Pakaian Panong 17 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 18. Pakaian beradat, pakaian Panong ialah sehelai kain yang dililit di bahagian bawah badan dan dimasukkan di celah kaki seperti pakaian dhoti di India. pakaian ini dipakai oleh orang lelaki dan perempuan Thai. C.Kesimpulan (2m) Adat dan hukum adat di Myanmar dan Thailand mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar dan Thailand tertumpu kepada golongan pmerintah. 8. Bincangkan dasar tutup pintu negara China dan Jepun pada abad ke-19. A. Pengenalan (3m) Negara-negara China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abad ke-19. Hal ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar. Kedua-dua negara tersebut mengamallkan dasar tutup pintu dengan menghalang kemasukan pedagang luar atas sebab-sebab tertentu. B. Isi China (10m) -Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat. Contohnya orang portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman pemerintahan Manchu. -China menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakala negara luar tidak mempunyai peradaban. China menganggap maharaja China sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan dunia luar. Semua utusan Barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud di hadapan maharaja mereka. -China sebagai negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya urusan perdagangan mesti melalui Cohong, keluarga tidak dibenarkan dibawa ke Canton. -Perdagangan bersifat monopoli namun Barat memerlukan barangan China seperti mutiara,sutera,tembikar dan teh yang dianggap bernilai tinggi di Barat . Menganggap orang Barat barbarian atau tidak bertamadun berbanding China yg bertamadun tinggi. -Konsep persamaan taraf dalam hubungan perdagangan dan diplomatik dianggap menjatuhkan imej negara China. Perdagangan adalah pekerjaan yang hina. M/raja China Chien Lung mengenakan lapan peraturan perdagangan: 18 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 19. · pedagang Barat dibenarkan berdagang di Canton sahaja · berdagang melalui Cohong · Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan cukai dan mengurus pengedaran barang. · saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macao selepas musim perniagaan · dilarang mengahwini wanita tempatan · tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke China · tidak dibenarkan belajar bahasa cina · tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas, dibenarkan melawat Flower Garden sahaja. Hal ini menyukarkan pedagang Barat. Jepun(10m) -Dasar isolasi di Jepun tidak bersifat mutlak dan masih menerima kedatangan kuasa luar dalam keadaan terkawal. -Dasar tutup pintu diumumkan oleh maharaja pada tahun 1633,1635 dan 1639 dan diamalkan kerana : *mempunyai sumber pertanian yang mencukupi *bimbang dengan penyebaran kristian dan tidak mahu digunakan untuk menjatuhkan kerajaan *orang asing sering menimbulkan masalah dan huru hara yang mengancam keamanan *curiga terhadap kejujuran Barat dan takut mereka mengambil kesempatan bangsa Portugis,Sepanyol, British dan Belanda ada di pelabuhan-pelabuhan Jepun Kebencian semakin menebal dengan berita tentang penjajahan orang Eropah -Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun. -Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun. Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar. -Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana Jepun amalkan ekonomi sara diri. Kesimpulan (2m) Pemerintah di China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campur tangan Barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka. Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis. China dibuka secara paksa setelah tewas dalam Perang Candu I dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking 1842 dengan British manakala Jepun pula dibuka secara rundingan melalui Perjanjian Kanagawa 1854 dengan Amerika Syarikat. 19 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 20. 9. Huraikan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun. A. Pengenalan (3 m) -Perjanjian Bowring 1855 ditandatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Thailand. -Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat. -perjanjian ini sebagai titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat. -Kedua –dua perjanjian ini memberikan implikasi yang besar terhadap Thailand dan Jepun terutama dalam soal pemerintahan dan politik B. Isi-isi penting: Implikasi Perjanjian Bowring (10 m) i. Permulaan Dasar Buka Pintu Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menandatangani siri perjanjian- perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1862), Belgium, Norway, Itali dan Sweden (1868) dan diteruskan oleh anaknya Chulalongkorn misalnya dengan Jerman 1872. ii. Hubungan Diplomatik yang erat -Siam menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa Barat yang lain atas dasar persamaan taraf. -Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menghantar utusan yang diketuai oleh Phaya Suriwongse ke Britain. - Ini mengeratkan lagi persahabatan Siam dengan Britain. iii. Kemerdekaan Siam tetap terpelihara -Dasar buka pintu Siam, hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaan yang sama dan adil kepada semua kuasa Barat yang ada di Siam telah menjamin kemerdekaan Siam. iv. Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa - Perjanjian Bowring dan perjanjian dengan kuasa Barat yang lain mendedahkan Siam kepada perdagangan antarabangsa. - Perdagangan antarabangsa sangat menguntungkan Siam sendiri di mana sistem ekonomi sara diri digantikan dengan sistem ekonomi komersial. - Bilangan kapal dagang di Siam semakin meningkat - Pengeksportan beras, kayu jati dan gula Siam juga meningkat. v. Britain muncul sebagai pelabur utama - Siam banyak menjalankan perdagangan dengan Britain sehingga Siam dikenali sebagai satelit ekonomi Britain. -Pelabuhan British di Singapura dan Hong Kong sibuk menjalankan perdagangan dengan Siam. vi. Penguasaan perdagangan orang Cina di Siam tamat - Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan Siam. vii. Perubahan dalam sistem kewangan Siam 20 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 21. - Berikutan dengan perdagangan antarabangsa, kerajaan Siam telah memperbaiki sistem percukaian dan sistem kewangannya. Implikasi perjanjian kanagawa 1854 (10m) - Kesan yang nyata akibat kedatangan Komodor Perry dan termeterainya Perjanjian Kanagawa, jepun menamatkan dasar isolasi yg telah diamalkan sejak turun-temurun, sebaliknya Jepun memasuki dunia masyarakat antarabangsa. - Perjanjian Kanagawa menjadi asas kepada perjanjian-perjanjian antara Jepun dengan nagara Barat yang lain. Okt 1854 Komodor Sir James Stirling wakil kerajaan British menandatangani Perjanjian Nagasaki. - Februari 1855 Komodor Putyatin wakil kerajaan Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda. Januari 1856 Belanda pula menandatangani perjanjian dengan Jepun di Nagasaki. Townsend Harris turut memainkan peranan penting telah membawa hubungan rapat antara Jepun dengan negara-negara Barat. Pada 29 Julai 1858 beliau berjaya menandatangai perjanjian perdagangan. -Kejayaan beliau telah diikuti oleh negara-negara Barat yang lain. Belanda telah menandatangani perjanjian yang sama pada 18 Ogos 1858, diikuti Rusia 19 Ogos, British 26 Ogos, dan Perancis 7 Okt 1858. Pada tahun 1860 kerajaan Jepun menghantar perwakilannya yang pertama ke Amerika Syarikat. -Implikasi lain yang timbul akibat kehadiran Amerika dan negara-negara Barat ialah kedudukan Shogun Tokugawa mula tergugat. Tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian dengan orang asing dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap negara, ini menyebabkan timbulnya reaksi hebat menentang Shogun Tokugawa. -Suku kaum yang anti-Tokugawa seperti Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen telah menggunakan kesempatan ini untuk menjalankan kempen anti-Tokugawa. Tentangan- tentangan yang dihadapi oleh Shogun Tokugawa membawa kepada kejatuhan pemerintahannya pada tahun 1867. C. Kesimpulan(2m) Perjanjian Bowring telah membawa Thailand kearah permodenan dan dapat mengekalkan kedaulatan Thailand. Manakala perjanjian Kanagawa telah membawa era baru kepada Jepun iaitu membuka Jepun kepada dunia antarabangsa dalam hubungan diplomatik dan perdagangan serta menjadi titik tolak kejatuhan kuasa Shogun Tokugawa. 10. Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah Barat telah mengubah pentadbiran Indonesia dan Vietnam pada abad ke-19.. A. Pengenalan(3m) Kemaraan pihak penjajah telah menyebabkan perubahan dari segi pentadbiran,undang- undang, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang dijajah di rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Penguasaan Indonesia oleh Belanda dan Vietnam oleh Perancis telah mengubah sistem pentadbiran di kedua-dua negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepada pentadbiran barat B. ISI 21 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 22. Indonesia (10m) Penguasaan Belanda ke atas Pulau Jawa berlaku secara beransur-ansur -Pusat pentadbiran Belanda-Betawi Ketua pentadbiran di Jawa ialah Gebenor Jeneral dan dibantu oleh empat orang Konsular, Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha -Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan Terdapat 5 buah jabatan –Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan agama dan Industri, Kerja Raya Awam, Kewangan dan Kehakiman -Pada masa itu pemerintah tempatan semakin tersepit dengan dengan perluasan kuasa Belanda -Kerajaan Mataram yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah-Sultan tidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan -Keadaan ini membantu Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau Jawa Gebenor Jeneral Belanda iaitu Marsekal Herman Willem Daendels cuba mengawal dengan memecat atau mengurangkan peranan institusi bupati atau ketua daerah di Jawa -Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar tempatan merupakan faktor Perang Jawa(1825-30) -Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar tempatan tetapi kuasa mereka tidak dikembalikan -Pada tahun 1874,sistem pentadbiran daerah disusun mengikut jabatan Terdapat dua orang Residen dilantik untuk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkan kuasa mereka berkurangan -Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka tidak dibenarkan memiliki tanah -Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan telah kehilangan kuasa. Misalnya di Palembangan kesultanan berakhir apabila sultan-sultan dibuang negeri kerana menentang Belanda -Keadaan yang serupa juga berlaku di Jambi, Siak , Sambas,Banjarmasin, Bali dan Makasar Walau bagaimanapun Belanda mengambil usaha melatih penduduk peribumi melalui penubuhan Volksraad. Seramai 15 orang daripada 39 orang di dewan ini merupakan penduduk peribumi Vietnam (10) -Sebelum kemasukkan Perancis pernah berlaku perpecahan dalam dinasti raja Vietnam dalam tahun 1770-an apabila Dinasti Nguyen dijatuhkan oleh Pemberontakkan Tay-Son Walau bagaimanapun waris terakhir Dinasti Nguyen iaitu Nguyen Anh telah memulihkan keadaan. -Beliau seterusnya memakai gelaran Maharaj Gia Long(1802-20) Bentuk pentadbiran Vietnam mencontohi pemerintahan China Maharaja dianggap pusat pemerintahan dan dibantu oleh Majlis’Grand Chacellor’ dan pembesar tempatan Maharaja dianggap sebagai bapa dan ibu penduduk Vietnam dan dianggap mendapat mandat dari syurga -Di peringkat tempatan terdapat pegawai tempatan yang mentadbir, memrintah, menghakimi dan mempertahankan wilayah tersebut Hubungan buruk antara pemerintah Vietnam dengan Perancis menyebabkan Vietnam jatuh ke tangan Perancis -Pihak Perancis tidak mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjana Oleh itu bagi menjalankan pentadbirab dengan lancar, Perancis menggunakan tentera sebagai pegawai kerajaan 22 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 23. -Maharaja, golongan mandarin(pegawai kerajaan) dan personality berpengaruh menjadi sebahagian daripada ahli pembantu dalam pentadbiran Perancis bagi mendapatkan sokongan mereka -Bagi melemahkan pentadbiran tradisional ini, Vietnam telah dipecahkan kepada 3 bahagian oleh perancis iaitu Tongking, Annam dan Cochin-China -Ketua Persekutuan ini ialah Gebenor Jeneral Setiap wilayah dalam Persekutuan diketuai oleh Gebenor Di Vietnam pentadbiran dikawal oleh Gabenor Selain itu wujud Majlis Menteri yang diketuai oleh Gabenor Pentadbiran Perancis ini kekal sehingga tamat pemerintahan kolonial Perancis Kesimpulan (2m) Kedatangan Barat di Indonesia dan Vietnam telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan dan telah mengubah corak pentadbiran tradisioanal kepada pentadbiran bercorak Barat. 11. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke-20. A. Pengenalan (3m) -Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang memerintah negara China sejak tahun 1644. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. -Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin oleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja. -Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja yang semakin meruncing sedangkan rakyat yang dipimpin oleh golongan intelektual berkehendakan perubahan dari dikuasai kuasa maharaja yang bersifat mutlak. B. Isi (20M): I. Revolusi China 1911 (10m) i.Kelemahan institusi beraja -Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan Mancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China. -Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam beberapa siri peperangan yang dianggap bahawa raja telah kehilangan mandat tuhan. -Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad ke-20. ii.Masalah Cukai dan Rasuah -Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil pungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat. Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan. iii.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi 23 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 24. -Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun 1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan China. - Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China. Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pula China terpaksa membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 juta tael. iv.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan Rakyat China -Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun 1885-1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China bertambah miskin. -Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China. -Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan, dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya. v.Sentimen anti-Manchu -Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orang Cina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1644. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “ Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming”. -Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu. vi. Kemunculan Golongan Intelektual - Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan, dan hak-hak asasi manusia. -Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi. -Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik. - Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi, dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut- pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaimanapun , pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot. -Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapi dan pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow dan Hankow-Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China. Revolusi Siam 1932 (10 m) i.Kelemahan institusi beraja 24 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 25. Zaman Vajiravudh -Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh. Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak. Kabinet menteri jarang bersidang -Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa. Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya -Beliau menjalankan dasar pilih kasih. Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkan perasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal. Zaman Prajadhipok -Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok. -Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik oleh Vajiravudh. Jawatan menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati. -Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawai dan mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awam dan tentera tidak berpuas hati. -Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan Menteri Perdagangan ( Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki. ii. Peranan golongan intelektual -perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat di Siam -golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman anti monarki dan sistem pemerintahan barat -golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan German mula mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenan Siam. Golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam iii.Kemelesetan ekonomi dunia Ekonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an. Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi Siam Siam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awam dan golongan tentera. C. Kesimpulan (2m) -Ada benarnya kelemahan sistem beraja di China dan Siam menjadi sebab kebangkitan pendokong revolusi disamping faktor-faktor lain seperti kemunculan golongan intelektual. -Apapun natijah kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki mutlak. Sistem pemerintahan di Siam berubah raja berkuasa mutlak diganti sistem raja berperlembagaan sementara di Cina sistem beraja di tamatkan. 12. Bincangkan pembangunan ekonomi dan sosial di Indonesia dan di China yang dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua. 25 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 26. A. Pengenalan (3m) -Selepas perang dunia kedua, kebanyakan negara Asia menghadapi pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kaedah bagaimana membangunkan rakyat yang tertinggal dalam ekonomi dan sosial. -Di Indonesia kesan penjajahan Belanda dan penjajahan Jepun masih dirasakan selepas perang dunia kedua. Penderitaan selepas perang dan kemiskinan menjadi isu utama penduduk. -Begitu juga di China, PKC baru sahaja mengambil alih pemerintahan pada tahun 1949, dimana keadaan ekonomi yang merosot kerana dikuasai oleh pihak asing. -Oleh yang demikian pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan Indonesia dan China untuk membangunkan ekonomi sosial mereka. A Isi Indonesia (10m) 1.Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65 peratus penduduk tinggal di Pulau Jawa dan Madura. Selainnya di Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, dan Irian Jaya. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu (Indonesia). Penduduknya menggunakan bahasa kebangsaan. Namun bahasa Belanda, Inggeris, Arab dan Sanskrit juga digunakan. 2. Ekonomi Indonesia bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi. 60 peratus tenaga kerja terlibat dalam pertanian. Pada abad 17 dan 18, terkenal sebagai pengeksport utama rempah. Pada abad 20, petroleum, bijih timah dan getah menjadi bahan eksport utama. Beras, ikan, hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan pendapatan utama negara. 3. Jawa merupakan kawasan pertanian yang utama, mengeluarkan 50 peratus padi negara, 90 peratus soya, 75 peratus jagung, 80 peratus ubi kayu. Kerajaan telah melaksanakan Revolusi Hijau untuk memajukan sektor pertanian. 4. Pada tahun 1958, kerajaan menggalakkan pelaburan luar mengusahakan estet pertanian. Tahun 1961, Presiden Soekarno mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki dua hektar tanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa. Dalam bidang industri, Indonesia melibatkan diri dalam bidang petroleum, getah, barangan elektrik dan tekstil. 5. Tahun 1958, Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah memiliknegarakan beberapa industri penting. 6. Pada tahun 1950, kerajaan meluluskan undang-undang untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan penganjuran pendidikan untuk golongan dewasa turut diadakan. 26 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 27. China (10m) 1.Ketika Parti Komunis China mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1949, ekonomi sedang merosot. Sebenarnya ekonomi dikuasai orang asing seperti dalam perbankan dan perkhidmatan keretapi. 2. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pembangunan ekonomi berasaskan perusahaan bukannya pertanian. Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat tidak mempunyai kelas. Industri berat bertumpu di Manchuria manakala industri ringan di Shanghai dan Tientsin. 3. Usaha juga diambil untuk mengukuhkan sistem mata wang dan pembinaan semula serta membesarkan sistem perhubungan moden. Tali air dan rancangan membina projek hidroelektrik telah dimulakan. 4. Pada awalnya, peranan penting diberikan kepada pemodal persendirian dan kemudian kepada pemodal perusahaan Barat. China berusaha menambahkan pendapatan kasar negara yang diperoleh daripada perusahaan iaitu sebanyak 70 peratus berbanding dengan 20 peratus pada tahun 1953. Usaha ini berdasarkan kaedah sosialis dan bukannya kapitalis. 5. Usaha lain diperkenalkan seperti Rancangan Lima Tahun (1953-1957). Antara perkaranya seperti pengenalan koperasi, pembaharuan tanah, dan pembangunan luar bandar. Ini bertujuan meningkatkan taraf hidup petani. 6. Pendidikan juga diberi perhatian bertujuan melatih kebanyakan penduduk yang kurang menceburi bidang teknikal. 7. Pada awal 1950-an, kerajaan China telah memeterai penjanjian dengan Rusia. Rusia memberi pinjaman $500 juta dolar dan memberi bantuan teknikal kepada China. Pada tahun 1956, beribu-ribu pakar teknikal dari Rusia dihantar ke China. Orang China juga dihantar ke Rusia untuk mendapatkan pendidikan teknikal. Kesimpulan (2m) -Pelbagai usaha dilakukan untuk merealitikan pembangunan pucuk pimpinan negara masing- masing -Masalah utama kekurangan modal yang menyebabkan meminta bantuan luar terutama barat. -Pihak barat mengambil kesempatan menyebar ideologi seperti Rusia di China. 27 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 28. SET 2 Tee 1 Terangkan struktur social masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. 2 Bincangkan system politik Melayu tradisional sebelum tahun 1874. 3 Bincangkan factor-faktor penentangan terhadap campur tangan British di Perak dan di Pahang pada abad ke-19. 4 Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1896. 5 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membanteras ancaman pengganas komunis antara tahun 1948 hingga 1960. 6 Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, komanwel dan antarabangsa dari tahun 1957 sehingga 1963. Set 3 sel. Bahagian B 7 Masyarakat China dan Jepun mempunyai system kepercayaan dan agama yang tersendiri. Set 2 sel 8 Bincangkan dasar tutup pintu di Thailand dan Vietnam pada abad ke-19. Set Mel 11 9 Bincangkan kesan sosio ekonomi akibat kedatangan orang China di Thailand dan di Filipina sehingga awal abad ke-20. Set 3 sel 10 Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa pemerintahan antara Maharaja Tung Chih di China dan Maharaja Meiji di Jepun pada akhir abad ke-19 set 1 sel. 11 Huraikan peranan golongan intelektual di Indonesia dan Mynmar dalam gerakan nasionalisme dari tahun 1900 hingga pertengahan abad ke-20. Set 2 sel 12 Bincangkan perkembangan di luar Asia Tenggara yang mempengaruhi nasionalisme di Asia Tenggara sebelum tahun 1930an. Set 3. Font 11 arial no spacing 28 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]