SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Di antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah
      bernafkah pada masa senang dan susah, dan menahan diri dari marah, dan memaafkan orang
                                                                            Disusun oleh Abu Haniff



Ú‘{#uρ ßN≡uθ≈yϑ¡¡9$# $yγàÊótã >π¨Ψy_uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ;οtøótΒ 4’n<Î) (#þθããÍ‘$y™uρ *
Þ ö F $                                                    Ï

t⎦⎫ÏϑÏà≈x6ø9$#uρ ™!#§Ø9$#uρ Ï™!#§œ£9$# ’Îû tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$#
                 Ï œ                                                                  ∩⊇⊂⊂∪ t⎦⎫É)−Gßϑù=Ï9 ôN£‰Ïãé&

                      ∩⊇⊂⊆∪ š⎥⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# Ç⎯tã t⎦⎫Ïù$yèø9$#uρ xáø‹tóø9$#
Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang
luasnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang
takutkan Allah. Orang-orang yang bernafkah pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan diri dari marah, dan orang-orang yang memaafkan
orang. Dan Allah, Dia mencintai orang-orang yang berbuat ihsan. (Ali Imran 3:133-134)

Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang
luasnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang
takutkan Allah. (Iaitu) orang-orang yang bernafkah (akan hartanya) pada masa
senang dan susah, (pada masa suka dan duka, pada masa sihat dan sakit, tidak
pernah menolak untuk menafkahkan hartanya pada bila-bila masa, sesuai dengan
tuntutan keadaan, sebagaimana juga yang disebutkan oleh firman Allah di dalam ayat
Al-Baqarah 2:274,

                     ZπuŠÏΡŸξtãuρ #vÅ™ Í‘$yγ¨Ζ9$#uρ È≅øŠ©9$$Î/ Οßγs9≡uθøΒr& šχθà)ÏΨムš⎥⎪Ï%©!$#
yang bermaksud, “Orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka di waktu malam
dan siang, secara rahsia dan secara terbuka”. Adalah menjadi suatu lumrah bahawa di
waktu senang, kesenangan itu mampu menjadikan seseorang itu lebih tamak, lebih
kedekut dan lebih panjang cita-citanya sehingga ia derhaka dengan hartanya.
Sedangkan di waktu susah, seseorang itu merasa bahawa ia lebih patut menerima
daripada memberi. Oleh itu jika seseorang itu menafkahkan hartanya di jalan Allah
pada masa senangnya dan pada masa susahnya, maka ia telah berjaya membebaskan
dirinya dari beban hartanya, dan itu adalah bukti dari ketakwaannya. Di dalam sebuah
hadis,1 Rasulullah pernah bersabda, “Siapakah di antara kamu yang harta warisnya ia
lebih mencintainya dari hartanya sendiri. Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah,
tiadalah seseorang pun di antara kami melainkan hartanya sendiri ia lebih mencintainya
dari harta warisnya. Rasulullah bersabda, “Kamu ketahuilah, sesungguhnya tiada
seseorang pun di antara kamu melainkan harta warisnya ia lebih mencintainya dari
hartanya sendiri. Bukanlah milikmu daripada hartamu itu melainkan apa yang engkau
telah kirimkan sebagai amalan yang soleh, dan bukanlah milik warismu melainkan apa
yang engkau tinggalkan”. Begitulah orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang
1
    Ahmad
sanggup menafkahkan harta mereka pada masa senang dan susah), dan (orang-orang
yang takutkan Allah itu ialah) orang-orang yang menahan diri dari marah (akan
orang lain, padahal mereka mampu memarahi. Dia menahan diri dari marah dari orang
yang membuatnya marah dan dari orang yang menzaliminya. Sesungguhnya banyak
sekali pesanan Rasulullah supaya seseorang itu menahan dirinya dari marah, dan
hebat sekali kelebihan orang yang dapat menahan marahnya. Di dalam sebuah Hadis
Qudsi,2 Rasulullah pernah bersabda bahawa Allah berfirman, “Wahai anak Adam,
ingatlah kepadaKu apabila engkau marah, nescaya Aku mengingatimu apabila Aku
marah. Maka tidaklah Aku membinasakan engkau bersama-sama dengan orang-orang
yang aku binasakan”. Di dalam sebuah hadis yang lain,3 diriwayatkan bahawa seorang
lelaki telah berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku.”
Jawab Rasulullah , “Janganlah engkau marah.” Lelaki tersebut mengulangi
pertanyannya berkali-kali dan Rasulullah bersabda, “Janganlah engkau marah”. Di
dalam sebuah hadis lagi,4 seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, berilah nasihat
kepadaku”. Nabi menjawab, “Janganlah kamu marah”. Lelaki itu berkata lagi, “Lalu
aku berfikir dalam-dalam ketika Rasulullah bersabda apa yang dia sabdakan itu, maka
kalau begitu marah itu menghimpun kejahatan kesemuanya”. Di dalam sebuah hadis
yang lain,5 Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang menahan kemarahan,
sedangkan ia mempunyai kuasa melaksanakannya, Allah akan memanggilnya di mata
semua makhluk, hingga memilihkan untuknya daripada mana-mana saja bidadari”. Dan
di dalam sebuah hadis lagi,6 Rasulullah bersabda, “Tiadalah seseorang hamba
menghirup dari suatu tegukan yang melebihi pahalanya dari suatu tegukan kemarahan
yang ia menahannya di dalam mencari reda Allah”. Berbanding dengan mereka yang
tenggelam dalam kemarahan dan rasa dendam, maka mereka tidak akan mampu
berlaku adil, tidak berdaya menegakkan kebenaran, tetapi sebaliknya mereka akan
melakukan perbuatan yang derhaka. Demikianlah sifat orang-orang yang bertakwa,
iaitu orang-orang yang bernafkah pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang
menahan diri dari marah), dan orang-orang yang memaafkan orang (yang telah
membuat zalim terhadap diri mereka, sehingga tiada sedikit pun perasaan benci yang
ada dalam hati mereka terhadap sesiapa pun. Tidaklah mereka membalas kesalahan
orang lain kepada mereka, padahal mereka sanggup melakukannya. Inilah yang
merupakan akhlak yang paling sempurna. Sesungguhnya sikap memberi maaf ini
adalah jauh lebih tinggi daripada menahan marah. Seseorang yang berdengki dan
berhasad itu dapat menahan marahnya, tetapi ia tidak mungkin dapat memberi maaf. Di
dalam sebuah hadis,7 Rasulullah pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang aku berani
bersumpah ke atasnya. Tidaklah harta menjadi berkurangan kerana sedekah, dan
tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf melainkan
kehormatan, dan barang siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, nescaya Allah
akan mengangkat kedudukannya”. Di dalam sebuah hadis yang lain,8 Rasulullah
bersabda, “Barang siapa yang menjadikannya gembira bahawa dimuliakan baginya
2
  Ibnu Abu Hatim.
3
  Bukhari.
4
  Ahmad.
5
  Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah.
6
  Ibnu Murdawaih.
7
  Ahmad.
8
  Al-Hakim.
dengan bangunan di syurga dan di angkat baginya darjatnya, maka hendaklah ia
memaafkan orang yang menzaliminya, dan memberi kepada orang yang tidak memberi
kepadanya, dan menghubungi orang yang memutuskannya”). Dan Allah, Dia
mencintai orang-orang yang berbuat ihsan (yang menafkahkan harta mereka pada
masa senang dan susah, yang menahan marah mereka walaupun mampu memarahi
dan yang memaafkan orang yang menzalimi mereka. Mereka ini dikasihi Allah, dan
mereka kasihkan Allah. Mereka bersikap lapang dada, toleran, mudah dan bebas dari
dendam kesumat. Mereka ialah kelompok yang bersatu padu, kelompok yang
bersaudara dan kelompok yang kuat. Untuk mereka ialah sebesar-besar pahala,
iaitulah kecintaan Allah kepada hambaNya. Maka di sinilah terletak hubungan di antara
bimbingan ayat ini dengan perjuangan di medan peperangan dan perjuangan di medan
kehidupan).

More Related Content

What's hot

Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaRina Hafs
 
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Nur Fuanto
 
Indahnya syurga
Indahnya syurgaIndahnya syurga
Indahnya syurgapenaislah
 
Bab III ( asmaul khusna )
Bab III ( asmaul khusna )Bab III ( asmaul khusna )
Bab III ( asmaul khusna )Maghfiroh Firoh
 
al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11desikapyromaniacs
 
Bab iii ( asmaul khusna )
Bab iii ( asmaul khusna )Bab iii ( asmaul khusna )
Bab iii ( asmaul khusna )Maghfiroh Firoh
 
Neraka balasan kejahatan
Neraka balasan kejahatanNeraka balasan kejahatan
Neraka balasan kejahatanSyffqh
 
4 langkah meraih taqwa kultum
4 langkah meraih taqwa kultum4 langkah meraih taqwa kultum
4 langkah meraih taqwa kultumMuhammad Imam BW
 
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang berimanErman Hidayat
 

What's hot (17)

Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zina
 
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
Thoriq fi hidayatillah (jalan menuju petunjuk tuhan)
 
Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4
 
Asmaul husna
Asmaul husnaAsmaul husna
Asmaul husna
 
Ampunkan Daku
Ampunkan DakuAmpunkan Daku
Ampunkan Daku
 
Neraka
NerakaNeraka
Neraka
 
Indahnya syurga
Indahnya syurgaIndahnya syurga
Indahnya syurga
 
Bab III ( asmaul khusna )
Bab III ( asmaul khusna )Bab III ( asmaul khusna )
Bab III ( asmaul khusna )
 
Kebersihan hati
Kebersihan hatiKebersihan hati
Kebersihan hati
 
Indahnya surga
Indahnya surgaIndahnya surga
Indahnya surga
 
al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11
 
Bab iii ( asmaul khusna )
Bab iii ( asmaul khusna )Bab iii ( asmaul khusna )
Bab iii ( asmaul khusna )
 
Neraka balasan kejahatan
Neraka balasan kejahatanNeraka balasan kejahatan
Neraka balasan kejahatan
 
Ikhlas
IkhlasIkhlas
Ikhlas
 
Doa ibu hamil side
Doa ibu hamil sideDoa ibu hamil side
Doa ibu hamil side
 
4 langkah meraih taqwa kultum
4 langkah meraih taqwa kultum4 langkah meraih taqwa kultum
4 langkah meraih taqwa kultum
 
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman
15 kunci rizki dari allah untuk hamba yang beriman
 

Viewers also liked

Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)Bicara Ilmu
 
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahPerlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahBicara Ilmu
 
Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Bicara Ilmu
 
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatMohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuzBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahIngatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahBicara Ilmu
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBicara Ilmu
 
Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Bicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahPenjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 

Viewers also liked (18)

Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
Isbal - (Melabuhkan pakaian ke bawah buku lali)
 
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa MusibahPerlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
 
Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7Tafsir ayat kursi bahagian 7
Tafsir ayat kursi bahagian 7
 
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatMohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlahIngatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
Ingatlah kepada Allah, Dia akan mengingati kamu, dan bersyukurlah
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahBacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
 
Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1Tafsir ayat kursi bahagian 1
Tafsir ayat kursi bahagian 1
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa IftitahPenjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 

Similar to Akhlak Orang Bertakwa

Pendidikan Agama Islam: Dendam
Pendidikan Agama Islam: DendamPendidikan Agama Islam: Dendam
Pendidikan Agama Islam: DendamBhayu Sulistiawan
 
40nasehat keluarga
40nasehat keluarga40nasehat keluarga
40nasehat keluargaHelmon Chan
 
Al akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAl akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAzam Safari
 
40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinandios79
 
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurgaJajat Sudrajat
 
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxkhutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxAbi Iklil
 
nasehat-memperbaiki-ru
nasehat-memperbaiki-runasehat-memperbaiki-ru
nasehat-memperbaiki-ruAzuwaru Kuuru
 
40 nasehat memperbaiki rumah tangga
40 nasehat memperbaiki rumah tangga40 nasehat memperbaiki rumah tangga
40 nasehat memperbaiki rumah tanggaSarah Alfarisy
 
40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga
40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga
40 Nasihat Memperbaiki Rumah TanggaArdian DP
 
Istighfar, kunci rizki yang terlupakan
Istighfar, kunci rizki yang terlupakanIstighfar, kunci rizki yang terlupakan
Istighfar, kunci rizki yang terlupakanMuhsin Hariyanto
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetangga
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetanggaAl Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetangga
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetanggaUbaidillah69
 
46 usrah dan dakwah al-banna
46 usrah dan dakwah   al-banna46 usrah dan dakwah   al-banna
46 usrah dan dakwah al-bannaNajmi Mie
 
H viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahH viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahFajar Zain
 
Bersama keluarga meraih jannah
Bersama keluarga meraih jannahBersama keluarga meraih jannah
Bersama keluarga meraih jannahHamidah Jabalnoer
 

Similar to Akhlak Orang Bertakwa (20)

Pendidikan Agama Islam: Dendam
Pendidikan Agama Islam: DendamPendidikan Agama Islam: Dendam
Pendidikan Agama Islam: Dendam
 
40nasehat keluarga
40nasehat keluarga40nasehat keluarga
40nasehat keluarga
 
Ikhlas
IkhlasIkhlas
Ikhlas
 
Ikhlas
IkhlasIkhlas
Ikhlas
 
Al akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAl akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudah
 
Taqwa
TaqwaTaqwa
Taqwa
 
40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan
 
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
 
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxkhutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
 
nasehat-memperbaiki-ru
nasehat-memperbaiki-runasehat-memperbaiki-ru
nasehat-memperbaiki-ru
 
40 nasehat memperbaiki rumah tangga
40 nasehat memperbaiki rumah tangga40 nasehat memperbaiki rumah tangga
40 nasehat memperbaiki rumah tangga
 
40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga
40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga
40 Nasihat Memperbaiki Rumah Tangga
 
Istighfar, kunci rizki yang terlupakan
Istighfar, kunci rizki yang terlupakanIstighfar, kunci rizki yang terlupakan
Istighfar, kunci rizki yang terlupakan
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetangga
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetanggaAl Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetangga
Al Anam, An Nisa, Taha, At Tahrim, Hud, adab terhadap tetangga
 
46 usrah dan dakwah al-banna
46 usrah dan dakwah   al-banna46 usrah dan dakwah   al-banna
46 usrah dan dakwah al-banna
 
Khutbah
KhutbahKhutbah
Khutbah
 
H viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahH viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimah
 
Bersama keluarga meraih jannah
Bersama keluarga meraih jannahBersama keluarga meraih jannah
Bersama keluarga meraih jannah
 
PINTU PAHALA DAN PENGHAPUS DOSA
PINTU PAHALA DAN PENGHAPUS DOSAPINTU PAHALA DAN PENGHAPUS DOSA
PINTU PAHALA DAN PENGHAPUS DOSA
 

More from Bicara Ilmu

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahUjian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahBicara Ilmu
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBicara Ilmu
 
Apakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaApakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaBicara Ilmu
 
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanMunafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanBicara Ilmu
 
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenMunafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenBicara Ilmu
 

More from Bicara Ilmu (16)

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlahUjian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
Ujian itu adalah satu kepastian, maka bersabarlah
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
 
Apakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNyaApakah benar cintamu kepadaNya
Apakah benar cintamu kepadaNya
 
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikanMunafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
Munafik – 2: orang-orang munafik yang terumbang-ambing di dalam kemunafikan
 
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulenMunafik – 1: orang-orang munafik tulen
Munafik – 1: orang-orang munafik tulen
 

Akhlak Orang Bertakwa

  • 1. Di antara akhlak orang-orang yang takutkan Allah bernafkah pada masa senang dan susah, dan menahan diri dari marah, dan memaafkan orang Disusun oleh Abu Haniff Ú‘{#uρ ßN≡uθ≈yϑ¡¡9$# $yγàÊótã >π¨Ψy_uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ;οtøótΒ 4’n<Î) (#þθããÍ‘$y™uρ * Þ ö F $ Ï t⎦⎫ÏϑÏà≈x6ø9$#uρ ™!#§Ø9$#uρ Ï™!#§œ£9$# ’Îû tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# Ï œ ∩⊇⊂⊂∪ t⎦⎫É)−Gßϑù=Ï9 ôN£‰Ïãé& ∩⊇⊂⊆∪ š⎥⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# Ç⎯tã t⎦⎫Ïù$yèø9$#uρ xáø‹tóø9$# Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang takutkan Allah. Orang-orang yang bernafkah pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan diri dari marah, dan orang-orang yang memaafkan orang. Dan Allah, Dia mencintai orang-orang yang berbuat ihsan. (Ali Imran 3:133-134) Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang takutkan Allah. (Iaitu) orang-orang yang bernafkah (akan hartanya) pada masa senang dan susah, (pada masa suka dan duka, pada masa sihat dan sakit, tidak pernah menolak untuk menafkahkan hartanya pada bila-bila masa, sesuai dengan tuntutan keadaan, sebagaimana juga yang disebutkan oleh firman Allah di dalam ayat Al-Baqarah 2:274, ZπuŠÏΡŸξtãuρ #vÅ™ Í‘$yγ¨Ζ9$#uρ È≅øŠ©9$$Î/ Οßγs9≡uθøΒr& šχθà)ÏΨムš⎥⎪Ï%©!$# yang bermaksud, “Orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka di waktu malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka”. Adalah menjadi suatu lumrah bahawa di waktu senang, kesenangan itu mampu menjadikan seseorang itu lebih tamak, lebih kedekut dan lebih panjang cita-citanya sehingga ia derhaka dengan hartanya. Sedangkan di waktu susah, seseorang itu merasa bahawa ia lebih patut menerima daripada memberi. Oleh itu jika seseorang itu menafkahkan hartanya di jalan Allah pada masa senangnya dan pada masa susahnya, maka ia telah berjaya membebaskan dirinya dari beban hartanya, dan itu adalah bukti dari ketakwaannya. Di dalam sebuah hadis,1 Rasulullah pernah bersabda, “Siapakah di antara kamu yang harta warisnya ia lebih mencintainya dari hartanya sendiri. Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, tiadalah seseorang pun di antara kami melainkan hartanya sendiri ia lebih mencintainya dari harta warisnya. Rasulullah bersabda, “Kamu ketahuilah, sesungguhnya tiada seseorang pun di antara kamu melainkan harta warisnya ia lebih mencintainya dari hartanya sendiri. Bukanlah milikmu daripada hartamu itu melainkan apa yang engkau telah kirimkan sebagai amalan yang soleh, dan bukanlah milik warismu melainkan apa yang engkau tinggalkan”. Begitulah orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang 1 Ahmad
  • 2. sanggup menafkahkan harta mereka pada masa senang dan susah), dan (orang-orang yang takutkan Allah itu ialah) orang-orang yang menahan diri dari marah (akan orang lain, padahal mereka mampu memarahi. Dia menahan diri dari marah dari orang yang membuatnya marah dan dari orang yang menzaliminya. Sesungguhnya banyak sekali pesanan Rasulullah supaya seseorang itu menahan dirinya dari marah, dan hebat sekali kelebihan orang yang dapat menahan marahnya. Di dalam sebuah Hadis Qudsi,2 Rasulullah pernah bersabda bahawa Allah berfirman, “Wahai anak Adam, ingatlah kepadaKu apabila engkau marah, nescaya Aku mengingatimu apabila Aku marah. Maka tidaklah Aku membinasakan engkau bersama-sama dengan orang-orang yang aku binasakan”. Di dalam sebuah hadis yang lain,3 diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku.” Jawab Rasulullah , “Janganlah engkau marah.” Lelaki tersebut mengulangi pertanyannya berkali-kali dan Rasulullah bersabda, “Janganlah engkau marah”. Di dalam sebuah hadis lagi,4 seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku”. Nabi menjawab, “Janganlah kamu marah”. Lelaki itu berkata lagi, “Lalu aku berfikir dalam-dalam ketika Rasulullah bersabda apa yang dia sabdakan itu, maka kalau begitu marah itu menghimpun kejahatan kesemuanya”. Di dalam sebuah hadis yang lain,5 Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang menahan kemarahan, sedangkan ia mempunyai kuasa melaksanakannya, Allah akan memanggilnya di mata semua makhluk, hingga memilihkan untuknya daripada mana-mana saja bidadari”. Dan di dalam sebuah hadis lagi,6 Rasulullah bersabda, “Tiadalah seseorang hamba menghirup dari suatu tegukan yang melebihi pahalanya dari suatu tegukan kemarahan yang ia menahannya di dalam mencari reda Allah”. Berbanding dengan mereka yang tenggelam dalam kemarahan dan rasa dendam, maka mereka tidak akan mampu berlaku adil, tidak berdaya menegakkan kebenaran, tetapi sebaliknya mereka akan melakukan perbuatan yang derhaka. Demikianlah sifat orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang bernafkah pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan diri dari marah), dan orang-orang yang memaafkan orang (yang telah membuat zalim terhadap diri mereka, sehingga tiada sedikit pun perasaan benci yang ada dalam hati mereka terhadap sesiapa pun. Tidaklah mereka membalas kesalahan orang lain kepada mereka, padahal mereka sanggup melakukannya. Inilah yang merupakan akhlak yang paling sempurna. Sesungguhnya sikap memberi maaf ini adalah jauh lebih tinggi daripada menahan marah. Seseorang yang berdengki dan berhasad itu dapat menahan marahnya, tetapi ia tidak mungkin dapat memberi maaf. Di dalam sebuah hadis,7 Rasulullah pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang aku berani bersumpah ke atasnya. Tidaklah harta menjadi berkurangan kerana sedekah, dan tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf melainkan kehormatan, dan barang siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, nescaya Allah akan mengangkat kedudukannya”. Di dalam sebuah hadis yang lain,8 Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang menjadikannya gembira bahawa dimuliakan baginya 2 Ibnu Abu Hatim. 3 Bukhari. 4 Ahmad. 5 Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah. 6 Ibnu Murdawaih. 7 Ahmad. 8 Al-Hakim.
  • 3. dengan bangunan di syurga dan di angkat baginya darjatnya, maka hendaklah ia memaafkan orang yang menzaliminya, dan memberi kepada orang yang tidak memberi kepadanya, dan menghubungi orang yang memutuskannya”). Dan Allah, Dia mencintai orang-orang yang berbuat ihsan (yang menafkahkan harta mereka pada masa senang dan susah, yang menahan marah mereka walaupun mampu memarahi dan yang memaafkan orang yang menzalimi mereka. Mereka ini dikasihi Allah, dan mereka kasihkan Allah. Mereka bersikap lapang dada, toleran, mudah dan bebas dari dendam kesumat. Mereka ialah kelompok yang bersatu padu, kelompok yang bersaudara dan kelompok yang kuat. Untuk mereka ialah sebesar-besar pahala, iaitulah kecintaan Allah kepada hambaNya. Maka di sinilah terletak hubungan di antara bimbingan ayat ini dengan perjuangan di medan peperangan dan perjuangan di medan kehidupan).