SlideShare a Scribd company logo
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara
PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat
dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat
dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan
hendaklah diberi keutamaan.
Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi
menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan
kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah
selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta
Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak
demi kepentingan terbaik mereka.
DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah
dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi
terhadap kanak-kanak.
Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk
menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan,
pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang
selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada
segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.
Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius
terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di
samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh
dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada
mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen
yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat
pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah
laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai
peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa
maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks
orang itu atau orang lain.
Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan
sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.
Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang
membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta
kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal
mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.
PERNYATAAN DASAR
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi
pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi
tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan
dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.
PERNYATAAN MATLAMAT
Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan
setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan
komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi
kanak-kanak.
OBJEKTIF
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti
berikut:
i. meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha
melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;
ii. mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak;
iii. menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung
dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi
masing-masing;
iv. melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi;
v. menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara
langsung dengan kanak-kanak;
vi. meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan
vii. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik
perlindungan terhadap kanak-kanak.
STRATEGI
Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek
utama iaitu advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan
pembangunan. Strategi-strategi tersebut adalah seperti berikut:
Advokasi
1. Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab
melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk
mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pihak media dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi
masyarakat.
2. Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak
berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi.
3. Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal
undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial,
doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen),
pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal
keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek
perlindungan.
4. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-
kanak.
5. Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai
perlindungan kanak-kanak.
Pencegahan
1. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme
perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.
2. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan
mereka melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan
eksploitasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka.
3. Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang
bekerja secara langsung dengan kanak-kanak.
Khidmat Sokongan
1. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa,
keluarga, pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat.
2. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan
kepada mangsa dan keluarga.
Penyelidikan dan Pembangunan
1. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-
kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan
penambahbaikan.
Dasar perlindungan kanak

More Related Content

What's hot

Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikBab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
Anonymous
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
wakzar
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
SUAPNAH MUNIADY
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Zaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaZaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaNorshafiza Ismail
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
Nur Hayati Ibrahim
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneenIPDA
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
Semut Hitam
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
Hon Shan Shan
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
Hafizullah Mohd Amin
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Thanushah Soniyasee
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodNur Farhanie
 

What's hot (20)

Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikBab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
Zaman pra sejarah
Zaman pra sejarahZaman pra sejarah
Zaman pra sejarah
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Zaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysiaZaman paleolitik di malaysia
Zaman paleolitik di malaysia
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
Interaksi Antara Genetik Dengan Persekitaran Dalam Menentukan Perkembangan Ma...
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekod
 

Viewers also liked

Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
Sumitra Kan
 
Hak asasi kanak kanak (2)
Hak asasi kanak kanak (2)Hak asasi kanak kanak (2)
Hak asasi kanak kanak (2)hayie85
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
Sarahandi Api Abdullah
 
Ch 13_lecture_presentation
 Ch 13_lecture_presentation Ch 13_lecture_presentation
Ch 13_lecture_presentation
kevperrino
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Spectrophotometry
SpectrophotometrySpectrophotometry
Spectrophotometrysuniu
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

Viewers also liked (11)

Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
Malaysian Law - Act 611 Child-Act 2001
 
Hak asasi kanak kanak (2)
Hak asasi kanak kanak (2)Hak asasi kanak kanak (2)
Hak asasi kanak kanak (2)
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Ch 13_lecture_presentation
 Ch 13_lecture_presentation Ch 13_lecture_presentation
Ch 13_lecture_presentation
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Spectrophotometry
SpectrophotometrySpectrophotometry
Spectrophotometry
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak 2001Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak 2001
 

Similar to Dasar perlindungan kanak

Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
Lei Sing
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Zulfadhli Zulpress
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Norhayati Isman
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Norhayati Isman
 
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
umiefatiya
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan muridTopik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
pohtee
 
Tajuk 3
Tajuk 3Tajuk 3
Tajuk 3
pohtee
 
1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan eduNoraini Huzin
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Siti Nadzirah
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
NURAIN HAZIQAH
 
Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan
Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makananTajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan
Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makananIzz Khalil
 
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdfDasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
ErynnaBadli
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Sarahandi Api Abdullah
 
ASEAN+3
ASEAN+3ASEAN+3

Similar to Dasar perlindungan kanak (20)

Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Edu hak asasi kanak2 telegram
Edu   hak asasi kanak2 telegramEdu   hak asasi kanak2 telegram
Edu hak asasi kanak2 telegram
 
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
 
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan muridTopik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
Topik 3 tekanan emosi dalam kalangan murid
 
Tajuk 3
Tajuk 3Tajuk 3
Tajuk 3
 
1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
 
Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan
Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makananTajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan
Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan
 
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdfDasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Karangancegahjenayah
KarangancegahjenayahKarangancegahjenayah
Karangancegahjenayah
 
ASEAN+3
ASEAN+3ASEAN+3
ASEAN+3
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
SLBPGRIPUNCU
 

Recently uploaded (7)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
 

Dasar perlindungan kanak

  • 1. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara PENGENALAN Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka. Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak- kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak- kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai
  • 2. peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak. Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. PERNYATAAN DASAR Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak. PERNYATAAN MATLAMAT Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak. OBJEKTIF Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut: i. meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama; ii. mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak; iii. menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing; iv. melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; v. menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak; vi. meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan vii. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak. STRATEGI
  • 3. Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan. Strategi-strategi tersebut adalah seperti berikut: Advokasi 1. Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi masyarakat. 2. Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. 3. Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan. 4. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak- kanak. 5. Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak. Pencegahan 1. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa. 2. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka. 3. Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak. Khidmat Sokongan 1. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga, pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat. 2. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada mangsa dan keluarga. Penyelidikan dan Pembangunan 1. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak- kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.