SlideShare a Scribd company logo
Karangan : Usaha Menangani Jenayah Di
 Negara Ini
    Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan
masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan
jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun
percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif
dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin
mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan
tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang
mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang
tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk
memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu
dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil
untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

    Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu
bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk
anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur
buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh
setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak
menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah
menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang
sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang
tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam
mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab
kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya
kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat
berlindung dan tempat mengadu masalah.

    Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah
yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar
dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk
dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep
bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak
tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan
kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan
sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya
dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya
mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi
pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan
selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga.
Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut.
Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was
kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara
ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi
mencegah jenayah.

    Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)
kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk
membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah
membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-
nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini,
seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur
keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada
pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya
pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.

   Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan
peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah
yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk
pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah
jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah
kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka
mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap,
pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan
yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk
menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara
tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di
Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

    Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap
sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran
dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian
kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan
ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-
kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang
sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti
jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan
mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen
kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang
sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

    Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus
operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-
kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan
menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan
sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah
sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian
dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah
sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli
didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah
sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat
dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

   Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah
sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan
jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini,
Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada
waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang
menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya
wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat
rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil
oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat
dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.

More Related Content

What's hot

Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIATABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
Nuraishah
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
NurZahidah22
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
Maliney Pohs
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
smk batu sapi
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
ariffzainuddin
 
Jabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteriJabatan perdana menteri
Jabatan perdana menterimunnianwar
 
Contoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiContoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumi
Liea7701
 
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)Mohd Noor Noor
 
Bab 6-ting-5 Sejarah SPM
Bab 6-ting-5  Sejarah SPMBab 6-ting-5  Sejarah SPM
Bab 6-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Gerakan nasionalisme
Gerakan nasionalismeGerakan nasionalisme
Gerakan nasionalismeaseojjhy
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayu
isharsmiaa
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Nor Hasimah
 
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
sejarahkkb
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
Izzuliani Yassim
 
Bab 1
Bab 1Bab 1

What's hot (20)

Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIATABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Komanwel
KomanwelKomanwel
Komanwel
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 
Jabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteriJabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteri
 
Contoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiContoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumi
 
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)
Kelebihan Bekerja dengan Kerajaan (SPA)
 
Bab 6-ting-5 Sejarah SPM
Bab 6-ting-5  Sejarah SPMBab 6-ting-5  Sejarah SPM
Bab 6-ting-5 Sejarah SPM
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Gerakan nasionalisme
Gerakan nasionalismeGerakan nasionalisme
Gerakan nasionalisme
 
Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)
Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)
Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayu
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
 
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

Similar to Karangancegahjenayah

Jenayah
Jenayah Jenayah
Jenayah
Yfook Ng
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
5.pdf
5.pdf5.pdf
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
Yfook Ng
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Rosli Dol Haji
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
NurZahidah22
 
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebritiSiti Nur Zulaikha
 
penipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranpenipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranmandalina landy
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remaja
Runnur Hannah
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
Lei Sing
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Heather Strinden
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
Panduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayahPanduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayah
zaimee05
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Ong Fang
 
CERPEN MUNSYI - KBAT
CERPEN MUNSYI - KBATCERPEN MUNSYI - KBAT
CERPEN MUNSYI - KBAT
Shamsul Ponijan
 
Teks ucapan kpn
Teks ucapan kpnTeks ucapan kpn
Teks ucapan kpn
Vivian Song
 
Dasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanakDasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanak
Kaynine Kiko
 

Similar to Karangancegahjenayah (20)

Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Jenayah
Jenayah Jenayah
Jenayah
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
5.pdf
5.pdf5.pdf
5.pdf
 
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
 
penipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranpenipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaran
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remaja
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
Panduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayahPanduan kelab pencegahan jenayah
Panduan kelab pencegahan jenayah
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
 
CERPEN MUNSYI - KBAT
CERPEN MUNSYI - KBATCERPEN MUNSYI - KBAT
CERPEN MUNSYI - KBAT
 
Teks ucapan kpn
Teks ucapan kpnTeks ucapan kpn
Teks ucapan kpn
 
Dasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanakDasar perlindungan kanak
Dasar perlindungan kanak
 

Karangancegahjenayah

  • 1. Karangan : Usaha Menangani Jenayah Di Negara Ini Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah. Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut.
  • 2. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah. Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai- nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen- kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab- kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan
  • 3. menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.