*JANGAN MENCURI KERJA ORANG*
Ini adalah hasil kerja saya untuk membantu membuka minda orang tetang tajuk tersebut dan ia sudah di tetapkan tidak 100% betul. Segala cacat cela slid ini LANGSUNG TIDAK DI UBAH.
*JANGAN MENCURI KERJA ORANG*
Ini adalah hasil kerja saya untuk membantu membuka minda orang tetang tajuk tersebut dan ia sudah di tetapkan tidak 100% betul. Segala cacat cela slid ini LANGSUNG TIDAK DI UBAH.
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamAr Rayyan
Membincangkan tentang kelayakan serta ciri2 pemimpin terbaik menurut perspektif Islam. Terdapat juga tambahan mengenai hak & tanggungjawab pemimpin dalam negara Islam.
Seri Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam; pandangan islam tentang perkembangan ek...Muhammad Jamhuri
Berisi tentang pandangan Islam dalam faktor utama perkembangan ekonomi Islam, karakteristik pribadi muslim, karakteristik masyarakat muslim dan kaitannya dengan ekonomi
Mengapa ada orang yang mampu terus berjalan meski cobaan menghantamnya bertubi
Ciri
1. CIRI-CIRI PEMIMPIN ISLAM
Ummat Islam amat2 memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan
Allah SWT, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala
larangan-Nya, kerana kelak di akhirat, jika mana2 pemimpin melanggar amanah Allah dan
rakyat jelata,akan ditanya Rabbul Jalil akan peranan dan sumbangan kepada agama Islam, negara
dan rakyat...memang berat tugas pemimpin...perlu memiliki ilmu utk mengimbangkan antara
keperluan duniawi dan ukhrawi, bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya atas
sebarang kepentingan diri, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat
disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin
adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam
pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan
seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.
2. Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang
adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada
terus dicemari.Sabda Rasulullah dalam hadisnya:
"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya
dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)
Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani
ini.:antaranya:
1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini
kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.
2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk
pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum
Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum
jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.
3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan
bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah
lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4 . Melaksanakan hukum Allah.
3. 5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul
Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang
pemimpin umat islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada
kerusakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada
yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada
hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat
tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan
mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga
harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan
mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat
dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah
penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan
menjaga kaum tua mereka."…
Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam
dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan
perintah dan hukum Allah diatas bumi ini…