MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Buku 3
1. Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: Kod Sekolah:
1. Nama Guru
MOHD NORAFIF BIN MOHD AMIN
2. Judul
Pengenalan ilmu konten pedagogi
dalam pendidikan jasmani dan
sains sukan.
3. Bidang:
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Ilmu konten pedagogi merupakan domain spesifik atau khusus kepada proses pengajaran. Guru
boleh terus membina ilmu konten pedagogi dalam dimensi dan hala tuju yang baru atau
kontemporari mengikut keperluan semasa dan dengan lebih mendalam mengikut tahap
kemampuan dan kegigihan guru itu sendiri. Guru disarankan sentiasa kekalkan pengajaran dengan
pendekatan-pendekatan yang baru dan menyeronokkan pada diri sendiri dan kepada pelajar.
Konsep ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan melibatkan tata cara
menyampaikan ilmu dalam satu unit konten yang spesifik dengan menggabungjalinkan stail-stail
pengajaran berdasarkan keupayaan dan kebolehan pelajar. konsep Ilmu Konsep Pedagogi yang
menyentuh tentang peranan dan cara-cara memupuk seseorang pendidik dalam membina Ilmu
Konten Pedagogi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Ilmu konten pedagogi juga merupakan suatu ukuran tinggi bagi keadaan atau situasi yang spesifik.
Guru yang mengenali pelajarnya, sekolahnya dan ilmu konten dalam pergerakan motor dengan
baik boleh wujudkan tugasan belajar yang baik terutamanya mengikut corak dan acuan pelajarnya.
Ilmu konten pedagogi adalah ilmu yang sangat berharga kerana ia berkeupayaan memberi peluang
kepada guru dalam bidang Pendidikan Jasmani untuk membina jambatan atau laluan mudah antara
pelajar dengan aktiviti-aktiviti kesukanan serta membantu pelajar menjadi seorang pengerak bidang
Pendidikan Jasmani yang berkemahiran tinggi.
2. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru yang kaya dalam menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi, dapat menampilkan
pengajaran bidang Pendidikan Jasmani sebagai aktiviti intelektual. Mereka dapat mengekalkan
komitmen yang tinggi untuk meneruskan perkembangan profesional dan pembinaan ilmu
pengajaran sepanjang karier mereka. Guru sedemikian percaya dengan sepenuh hatinya bahawa
semua pelajar boleh belajar dan mereka mengukur kemajuan pembelajaran berdasarkan
pencapaian matlamat program Pendidikan Jasmani yang dipegang selama ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(MOHD NORAFIF BIN MOHD AMIN) ( )