Buku teks ringkas mengfokuskan tamadun islam dan tamadun asia tenggara.
• Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun.
• Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa.• Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun.
Buku teks ringkas mengfokuskan tamadun islam dan tamadun asia tenggara.
• Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun.
• Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa.• Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun.
Pendekatan islam dalam komunikasi interpersonalAre Matt
Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas yang bersesuaian. Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan sebagainya juga adalah aktiviti komunikasi.
Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa arab. Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam (kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam.
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamAre Matt
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Ledakan teknologi alaf baru ini akan membawa membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia mampu menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk media alaf baru ini tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan
1. BAB 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
(1) Pengajian ketamadunan dan sejarah ketamadunan
- Pegajian tamadun – membicarakan teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara
konseptual, teoretikal dan abstrak
- Sejarah tamadun – merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun
dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran
- Pengajian tamadun terikat kepada zaman
- Sejarah tamadun dibatasi faktor masa
(2) Takrif dan ciri tamadun
- Perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi
- Pengertian tamadun menekankan kepada 2 perkara :
Kehalusan budi pekerti
Pembangunan pembandaran dan penempatan
- Pelopor bidang pengajian ini :
Jurji zaydan – tarikh al-tamaddun al-Islami
Farid wajdi
Muhammad abduh – menggunakan istilah “madaniyyah”
Ibnu khaldun – menggunakan istilah „umran
- Ciri tamadun :
Wujudnya sistem kepercayaan dan agama
Wjud penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan yang disatukan
membentuk kota, bandar
Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik seterusnya menghasilkan
peningkatan jangka hayat
Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
ekonomi dan pendidikan
Kemunculan 1 bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan 1 sistem
tulisan yang tersendiri
Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan
pembinaan
(3) Kepercayaan, agama dan tamadun
- kepercayaan dan agama merupakan aspek yang penting dalam kajian ketamadunan
- tamadun merujuk kepada suatu taraf pencapaian dari segi pembangunan sosial,
keadaan masyarakat yang berperadaban dan bertamadun
(4) hubungan antara tamadun dengan budaya
- budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannyadan
menguruskan kehidupan bermasyarakat
- tamadun berbeza dengan budaya dari 2 keadaan berikut :
2. pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan
pengaruh dan natijah budaya. Sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam
sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Contohnya adalah kesetiaan
kepada maharaja merupakan suatu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun
meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza dari lampau. Cara mereka
berpakaian merupakan natijah budaya kerana telah mengalamai banyak
perubahan
tamadun melampaui batas kenegaraan dan wikalah sedangkan budaya selalu
dikaitan dengan negara atau wilayah tertentu. Contohnya tamadun islam
adalah budaya masyarakat Islam di Alam Melayu berpakaian berbeza
daripada masyarakat Islam di semenajung tanah arab sungguhpun mereka
berada dibawah naungan tamadun Islam
(5) kelahiran, perkembangan dan kemerosotan tamadun
- faktor pendorong kepada kemunculan tamadun dunia :
kedudukan yang strategik
ransangan keagamaan dan kerohanian
pembangunan ilmu dan penghayatan nilai
peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi
persaingan dengan tamadun lain
- faktor kemerosotan :
jurang sosial
kezaliman
keruntuhan moral
jumud
bencana alam
(6) persamaan dan perbezaan antara tamadun
alam sekitar
keluarga
masyarakat
kerajaan
ekonomi
pendidikan
kesihatan dan kesejahteraan
(7) prinsip dialog
memahami dan menyedari tujuan utama dialog ialah untuk kedua-dua pihak
menyedari sesuatu dan sesudah itu melalui atau mengalami perubahan ke arah
kebaikan
dialog antara tamdun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua-
dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter tamadun
perlu dlakukan dengan penuh iklas
3. boleh atau berupaya menjelaskan pandangan yang dipegangnya dengan jelas
cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya
berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun lain
tidak mempunyai prajudis
(8) halangan kepada dialog
bertukar agama
rendah diri
sindiran sosial
syak wasangka