SlideShare a Scribd company logo
Minoriti mendominasi majoriti




      Kumpulan minority merupakan mereka yang selalunya disisih termasuk golongan
kurang upaya kerana perbezaan kebudayaan dengan majoriti. Majoriti mendominasi
dari aspek pendidikan, jasmani, keistimewaan, politik, kekayaan dan juga status politik.
Misalnya, di negara England terdapat orang Irish dan orang English. Disebabkan
perbezaan kebudayaan antara dua pihak ini, Irish menjadi golongan minority yang
didomonasikan oleh orang English. Maka orang English pandang rendah terhadap
orang Irish. Orang English mendominasi status social, ekonomi, politik dan kekayaan.
Orang-orang English menganggap orang-orang Irish tidak berupaya untuk maju. Pada
abad ke-19 kumpulan orang Irish mula berhijrah ke Amerika disebabkan factor
ekonomi, pekerjaan dan untuk mencari kekayaan. Di Amerika, golongan English yang
tinggal di Amerika menganggap orang Irish sebagai golongan yang tidak berupaya.
Fenomena yang sama seperti di England berlaku di Amerika kepada orang Irish di
Amerika. Perhubungan sosial antara majoriti dan minoriti menjadi lebih ketara.




      Walaubagaimanapun, minoriti juga boleh mempengaruhi majoriti. Jadi bilangan
bukan menjadi faktor mendominasi antara kaum, bangsa dan negara. Minoriti turut
dapat mendominasi majoriti. Di Boston dan New York bilangan golongan berkulit hitam
adalah majoriti. Namun mereka tidak dapat mendominasikan minoriti dari segi aspek
ekonomi, politik, kekayaan dan status sosial.
Pengaruh minoriti terhadap majoriti




       Satu kaum yang mampu mempengaruhi kaum yang lain dapat mendominasikan
kaum yang terpengaruh. Kuasa pengaruh akan memainkan peranan yang penting tidak
kira majoriti atau minoriti. Kuasa pengaruh ini wujud disebabkan pendidikan,
keterampilan, faktor sains dan teknologi, kekayaan dan sebagainya. Sebagi contoh, di
sesetengah tempat pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan oleh
kumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat dan
berpengaruh.

       Dalam sesuatu masyarakat, boleh wujud dua jenis golongan masyarakat iaitu
majoriti senyap dan minoriti vocal. Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-
19 yang pada masa itu frasa ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang
meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon,
Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi
menentang peperangan Vietnam sebagai „the great silent majority.‟ Kini majoriti senyap
digunakan untuk merujuk kepada kumpulan majoriti dalam suatu masyarakat yang
selalunya tidak melahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka sentiasa suka
berdiam diri.

       Kumpulan minoriti merupakan kumpulan yang kecil tetapi mereka lebih
menonjolkan identiti mereka tersendiri melalui pertuturan, penampilan fizikal dan juga
cara berpakaian. Salah satu faktor penyumbang kumpulan kecil ialah mereka lebih
bersepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka. Misalnya, kumpulan
minoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan Ikhwanul
Muslimin dalam agama Islam kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum,
atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti Manchester
United.
Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalah
kumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah penduduk
Malaysia. Sebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam akan kehilangan
pengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadi
minoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap sehingga mereka dapat
mempengaruhi kumpulan majoriti untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka.




      Hal sedemikian menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnya
akan akur kehendak kumpulan minoriti ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoriti
vokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya,
seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti.
Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidak
sepakat dan sependirian. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang sama
dengan minoriti senyap, mereka lebih suka berdiam diri. Hal ini mereka mudah
dipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal.




      Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap ini
menjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahui
akan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri. Jika berdepan dengan senario di
mana berlaku pertembungan antara mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulan
majoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yang
lebih kuat. Ini adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat.
Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripada
memikirkan apa yang diperjuangkan. Sama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoriti
itu betul ataupun salah. Mereka lebih cenderung memihak kepada kumpulan minoriti
yang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembali
serta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko. Namun, sikap
majoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. Sebaliknya
kumpulan minoriti vokal yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan sebenarnya
kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, kumpulan minoriti lebih
mempengaruhi kumpulan majoriti di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan di
dunia ini.




Minoriti inspirasi majoriti




       Kumpulan minoriti di sesetengah tempat menjadi inspirasi kepada kumpulan
majoriti. Di Thailand, masyarakat Islam di bahagian selatan negara tersebut yang
merupakan kumpulan minoriti negara tersebut, mampu menjalankan ibadah puasa
tanpa sebarang masalah. Tiga hari sebelum Ramadan menjelma berlaku serangan bom
di wilayah itu, namun serangan itu tidak menggugat penduduk. Sebaliknya serangan
bom berkenaan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam jenayah dan tiada kaitan
dengan puak pemisah yang tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak. Bagi
penduduk Islam, Ramadan tetap disambut dengan meriah tidak kira di mana pun
mereka berada sama ada Pattani, Narathiwat dan Yala.




       Di Perancis, perwatakan yang ditunjukkan oleh pemuda Islam di negara itu
berubah sama sekali dalam bulan amadan. Menurut satu laporan, biarpun pada hari
biasa, mereka minum arak, merokok dan menghisap ganja, tetapi apabila tiba bulan
Ramadan semua perbuatan tersebut ditinggalkan. Seorang aktivis Islam, Rachid Abu
Zareaah berkata, ramai pemuda Islam Perancis meninggalkan perbuatan maksiat dan
menyatakan perang terhadap perbuatan dosa dalam bulan ramadan. Rachid berkata,
sepanjang bulan ramadan, pemuda Muslim mengubah perangai buruk mereka dan
fenomena ini menjadi inspirasi bagi golongan majoriti di Negara Perancis.




       Di Republik Rakyat China, kaum Muslimin di negara itu berpuasa dengan penuh
ketabahan dan kegembiraan. Selain berbuka puasa di masjid-masjid, mereka juga solat
Subuh berjemaah dan mendengar ceramah agama. „„Ini merupakan bulan suci yang
sangat penting bagi kami. Bila kami melakukan suatu kebaikan, ia sama dengan 1,000
kebaikan yang dikerjakan di bulan-bulan lainnya,” kata Ma Guoxing (48 tahun), seorang
Muslim daripada kelompok etnis Hui,di wilayah Ningxia Hui. Pada masa ini, China
mempunyai sekitar 20 juta penduduk Islam, separuh daripadanya adalah kelompok
etnis Hui. Lebih 2.2 juta Muslim dari kelompok etnis Hui tinggal di Ningxia.
Perkembangan orang menganut agama islam adalah disebakan factor inspirasi
golongan minoriti kepada majoriti. Sementara itu, lebih 12,000 penduduk Islam di
Beijing, yang umum tinggal di Niujie Street menjalankan ibadah puasa tanpa masalah
dan pertembungan dengan kaum cina majoriti bukan agama islam. Begitu juga dengan
penduduk Islam di wilayah Gansu, Qinghai dan Xinjiang Uygur.



      Abdul„ahad Kurban, 43, yang tinggal di Xinjiang, berkata, dia dan keluarganya
selama Ramadan menyiapkan masakan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Makanan itu sebahagiannya akan dibahagikan kepada keluarga Muslim lainnya.
„„Seperti warga Muslim lainnya di sini, keluarga kami juga membahagikan makanan
dengan sahabat-sahabat,” kata Abdul„ahad. Bagi Mila, seorang wanita Islam dari
kelompok etnis Uzbekistan di Urumqi, berkata “bulan ramadan akan mempunyai makna
tersendiri, Ini kerana bandar kami sedang memulihkan keadaan berikutan rusuhan yang
berlaku pada masa yang lalu yang menyebabkan 197 terbunuh dan lebih 1,600 orang
lagi cedera. Mila berkata, sempena ramadan, mereka berdoa agar semua pihak
bersedia melakukan kebaikan sesama manusia dan hidup penuh muhibbah. „„Saya juga
berharap semua etnik di negara ini dapat bersatu untuk saling menghargai antara satu
dengan lainnya tanpa prasangka sepanjang masa,‟‟ katanya. Maka kehidupan yang
bersatu umat islam yang minoriti ini menjadi inspirasi kepada golongan majoriti yang
bukan islam.
Kesan Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan minoriti kepada majoriti




Budaya




      Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang kompleks mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, moral, adat resam
dan kebolehan serta kebiasaan lain-lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli
sesebuah masyarakat. Apa jua yang kita fikir dan buat dalam kehidupan merangkumi
semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, teknologi, sains, kesenian,
undang-undang, etika, adat-istiadat dan apa jua cara hidup kita yang merupakan hasil
daripada apa yang diwarisi daripada masyarakat.




      Proses penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi
satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama dan
perlaksanaan proses ini adalah bagi mewujudkan identiti         nasional di kalangan
kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Akibat daripada usaha penyatuan ini,
perubahan dalam budaya kumpulan majoriti berlaku. Perubahan ini berbeza di tempat
yang berlainan. Kelainan dalam perubahan ini dikatakan sebagai proses integrasi.




      Sesuatu unsur kebudayaan dalam satu kumpulan yang diterima pakai atau
dipinjam oleh kumpulan lain dinamakan sebagai akulturasi. Akhirnya unsur kebudayaan
ini akan diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan
kehilangan identiti asal kumpulan penerima tersebut. Sebagai contoh, pemberian „Ang
Pow‟ pada hari perayaan telah dipraktiskan oleh kumpulan kaum cina iaitu suatu
kumpulan minoriti di negara Malaysia. Akan tetapi budaya tersebut kini diterima pakai
oleh kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti yang lain di Malaysia. Proses ini dapat
dilihat secara ringkas di gambar bawah.
Selain daripada akulturasi, terdapat satu lagi proses penyerapan budaya iaitu
proses asimilasi. Dalam proses ini, cara hidup dan kebudayaan sesuatu kumpulan,
lazimnya kumpulan minoriti akan diserap oleh kebudayaan kumpulan majoriti tanpa
membawa perubahan kebudayaan yang menyerap itu. Akibat daripada proses ini,
kumpulan minoriti mungkin akan kehilangan budaya, bahasa dan agama tersendiri
serta akan mengamalkan budaya kumpulan majoriti. Misalnya, budaya daripada
kumpulan Bugis, Boyan , Minangkabau dan Jawa telah diserap masuk dalam
kebudayaan kumpulan Melayu. Akhirnya unsur-unsur yang telah diguna pakai tersebut
menjadi kelaziman atau diserap masuk dalam kebudayaan kumpulan Melayu. Proses
ini diringkaskan di gambar di bawah.
Proses amalgamasi pula membawa maksud percampuran budaya yang berbeza
dan mewujudkan budaya yang baru. Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan
kepada proses ini berlaku. Misalnya percantuman budaya antara, budaya Portugis
minoriti dan budaya Melayu majoriti dan ekoran daripada perkhawinan campur antara
kumpulan Cina minoriti dan kumpulan Melayu majoriti mewujudkan satu kumpulan yang
mengamalkan budaya yang baru. Kumpulan ini dinamakan sebaga Baba Nyonya. Sila
lihat gambar di bawah untuk pemahaman.




      Proses integrasi ini juga mewujudkan kesan negatif kepada sesetengah
kumpulan yang dinamakan sebagai segregasi. Proses ini membawa pemisahan atau
pengasingan    antara   entik.   Terdapat   juga   undang-undang   dihasilkan   untuk
melaksanakan proses ini yang dipanggil De Jure. Dasar yang dihasilkan ialah Dasar
Apartheid 1948-1994. Jika pelaksanaan tidak didasari undang-undang dipanggil De
Facto. Dalam proses ini berlakunya pengasingan dalam tempat tinggal, pengangkutan,
dan kemudahan awam. Dalam gambarajah di bawah, kemudahan tandas awam
dikhaskan untuk kumpulan minoriti orang putih sahaja.
Dalam proses integrasi tidak semestinya unsur-unsur sesuatu       kumpulan
diterima pakai oleh kumpulan yang lain. Di sesetengah tempat terdapat juga kumpulan
majoriti   dan   kumpulan   minoriti   mengamalkan   budaya   masing-masing    dan
mempertahankan budaya mereka tanpa campuran budaya kumpulan yang lain. Proses
ini dinamakan sebagai akomodasi. Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan dan
mereka bebas mengamalkan budaya mereka. Pada masa yang sama, setiap kumpulan
menyedari dan menghormati budaya etnik lain. Dalam situasi sebegini, perbezaan
kebudayaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Persamaan di bawah
menunjukkan situasi akomodasi dengan jelas.
Kepercayaan / agama



        Kumpulan minoriti turut dapat menghasilkan kesan kepada majoriti di
sesetengah negara. Misalnya, kebebasan umat Islam beribadah di negara Thailand dan
tabiat mereka mengunjungi Masjid Indonesia di Bangkok yang menjadi tumpuan setiap
kali Ramadan dapat menarik perhatian kumpulan lain. Walaupun jumlah penduduk
Islam adalah tidak lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Thailand yang
berjumlah 60 juta, namun Islam menjadi agama kedua terbesar selepas Buddha.
Sempena Ramadan, masjid-masjid di Bangkok mengadakan majlis berbuka puasa dan
solat tarawih.




       Mengenai Masjid Indonesia pula, ia adalah masjid pertama yang berdiri atas
sumbangan warga Indonesia yang menjadi penduduk Thailand. Masjid ini menjadi
kebanggaan bagi masyarakat Indonesia kerana menyimpan dua buah kenang-
kenangan berupa jam klasik peninggalan Presiden Sukarno dan Presiden Suharto.
Pada bulan puasa ini, masjid tersebut tiap hari menyelenggarakan buka puasa bersama
bagi warga Muslim di Thailand. Turut menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ialah
Pusat Islam Ramkhaeng yang terletak di Khlong Tan, Bangkok. Pusat Islam terbesar di
Bangkok itu menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan iktikaf pada sepuluh
hari terakhir Ramadan.




Pandangan majoriti terhadap minoriti




       Kumpulan majoriti mempunyai mempunyai pandangan yang berbeza-beza pada
kumpulan minoriti negara mereka. Di Sungai Petani, Malaysia, Bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan kaum minoriti dalam setiap pilihan raya di
negara ini adalah penting. Beliau berkata kaum berkenaan kebiasaannya menentukan
kemenangan walaupun dalam jumlah undi yang kecil. Di sini, peranan kumpulan
minoriti dianggap sangat penting dalam menentukan kemenangan parti pilihan raya di
negara Malaysia. Menurut pandangan Tun Dr Mahathir, dalam pilihan raya yang
berlangsung lazimnya undi daripada kumpulan majoriti adalah hampir sama bagi parti
kerajaan dan parti lawan. Maka yang menentukan kemenangan sesuatu parti adalah
terletak di tangan kumpulan minoriti.




      Dalam sesebuah negara yang mempunyai kumpulan majoriti dan minoriti, boleh
timbul perasaan tidak puas hati oleh suatu kumpulan disebabkan kumpulan yang lain
menerima keistimewaan. Maka, pandangan individu terhadap kumpulan minoriti akan
berubah. Mengikut Tun Dr Mahathir, kalau dengar sungutan kaum tak dapat sesuatu, ini
kerana pertimbangan dibuat untuk kaum-kaum lain juga, jadi ada kaum lain terpaksa
buat pengorbanan.




Minoriti Sebagai moderator




      Kumpulan minoriti turut berfungsi sebagai moderator. Sebagai contoh yang
berlaku di Timur Tengah yang mencetuskan kemelut politik, revolusi dalam konteks The
Arab Awakening dewasa ini. Di Syria, yang berkuasa ialah golongan Syiah yang minoriti
13 peratus bilangan mereka. Manakala majoriti yang mengadakan demonstrasi demi
demonstrasi ialah golongan Sunni 74 peratus bilangan mereka. Di Bahrain pula, yang
berkuasa ialah golongan Sunni yang minoriti. Manakala yang mengadakan demonstrasi
demi demonstrasi ialah golongan Syiah yang majoriti 70 peratus. Kian meningkat
kemelut politiknya ketika ini ialah Syria hingga pihak tentera menggunakan kereta-
kereta kebal terhadap mereka yang menunjuk perasaan. Pihak tentera telah menguasai
sebuah masjid di Bandar Deraa.
Rumusan

      Di sesetengah negara akan terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulan
majoriti dan kumpulan minoriti. Adakalanya majoriti akan mendominasikan minoriti dan
adakalanya minoriti akan mendominasikan majoriti. Tidak boleh dinafikan bahawa
golongan minoriti akan ditindas dan dianiaya oleh golongan majoriti.

More Related Content

What's hot

Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
khatijah1889
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumRama Devi
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Abdul Khaliq
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
Maszurah Omar
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
teochaw
 
Kepelbagaian Budaya
Kepelbagaian BudayaKepelbagaian Budaya
Kepelbagaian Budaya
Rosnaliza07
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
mama fiya
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
Farah Hilmi
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
Fadhil Ismail
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
farhanahgary
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 

What's hot (20)

Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Kepelbagaian Budaya
Kepelbagaian BudayaKepelbagaian Budaya
Kepelbagaian Budaya
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 

Similar to Minoriti mendominsi majority2

Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
aienaanaina
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
razali1982
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
Juriza Jusoh
 
Assignment
AssignmentAssignment
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Mak Jemah AF
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalismeNur Az
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
myfaisal
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Rasit Masrii
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
abelgxx
 
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tmForum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
impak
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
AnisFikriyah2
 

Similar to Minoriti mendominsi majority2 (20)

Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tmForum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
Forum perpaduan kaum menjamin kestabilan negara (sarjit upm) 26 jun 2011 ui tm
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 

More from vincentraj74

Essence of christmas_hi
Essence of christmas_hiEssence of christmas_hi
Essence of christmas_hi
vincentraj74
 
Sawan babi
Sawan babiSawan babi
Sawan babi
vincentraj74
 
Tugasan kumpulan
Tugasan kumpulanTugasan kumpulan
Tugasan kumpulan
vincentraj74
 
Cover soalan teks penuh
Cover soalan teks penuhCover soalan teks penuh
Cover soalan teks penuh
vincentraj74
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 

More from vincentraj74 (6)

Essence of christmas_hi
Essence of christmas_hiEssence of christmas_hi
Essence of christmas_hi
 
Sawan babi
Sawan babiSawan babi
Sawan babi
 
Tugasan kumpulan
Tugasan kumpulanTugasan kumpulan
Tugasan kumpulan
 
Cover soalan teks penuh
Cover soalan teks penuhCover soalan teks penuh
Cover soalan teks penuh
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 

Minoriti mendominsi majority2

  • 1. Minoriti mendominasi majoriti Kumpulan minority merupakan mereka yang selalunya disisih termasuk golongan kurang upaya kerana perbezaan kebudayaan dengan majoriti. Majoriti mendominasi dari aspek pendidikan, jasmani, keistimewaan, politik, kekayaan dan juga status politik. Misalnya, di negara England terdapat orang Irish dan orang English. Disebabkan perbezaan kebudayaan antara dua pihak ini, Irish menjadi golongan minority yang didomonasikan oleh orang English. Maka orang English pandang rendah terhadap orang Irish. Orang English mendominasi status social, ekonomi, politik dan kekayaan. Orang-orang English menganggap orang-orang Irish tidak berupaya untuk maju. Pada abad ke-19 kumpulan orang Irish mula berhijrah ke Amerika disebabkan factor ekonomi, pekerjaan dan untuk mencari kekayaan. Di Amerika, golongan English yang tinggal di Amerika menganggap orang Irish sebagai golongan yang tidak berupaya. Fenomena yang sama seperti di England berlaku di Amerika kepada orang Irish di Amerika. Perhubungan sosial antara majoriti dan minoriti menjadi lebih ketara. Walaubagaimanapun, minoriti juga boleh mempengaruhi majoriti. Jadi bilangan bukan menjadi faktor mendominasi antara kaum, bangsa dan negara. Minoriti turut dapat mendominasi majoriti. Di Boston dan New York bilangan golongan berkulit hitam adalah majoriti. Namun mereka tidak dapat mendominasikan minoriti dari segi aspek ekonomi, politik, kekayaan dan status sosial.
  • 2. Pengaruh minoriti terhadap majoriti Satu kaum yang mampu mempengaruhi kaum yang lain dapat mendominasikan kaum yang terpengaruh. Kuasa pengaruh akan memainkan peranan yang penting tidak kira majoriti atau minoriti. Kuasa pengaruh ini wujud disebabkan pendidikan, keterampilan, faktor sains dan teknologi, kekayaan dan sebagainya. Sebagi contoh, di sesetengah tempat pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan oleh kumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat dan berpengaruh. Dalam sesuatu masyarakat, boleh wujud dua jenis golongan masyarakat iaitu majoriti senyap dan minoriti vocal. Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke- 19 yang pada masa itu frasa ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon, Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi menentang peperangan Vietnam sebagai „the great silent majority.‟ Kini majoriti senyap digunakan untuk merujuk kepada kumpulan majoriti dalam suatu masyarakat yang selalunya tidak melahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka sentiasa suka berdiam diri. Kumpulan minoriti merupakan kumpulan yang kecil tetapi mereka lebih menonjolkan identiti mereka tersendiri melalui pertuturan, penampilan fizikal dan juga cara berpakaian. Salah satu faktor penyumbang kumpulan kecil ialah mereka lebih bersepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka. Misalnya, kumpulan minoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan Ikhwanul Muslimin dalam agama Islam kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum, atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti Manchester United.
  • 3. Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalah kumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia. Sebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam akan kehilangan pengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadi minoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap sehingga mereka dapat mempengaruhi kumpulan majoriti untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka. Hal sedemikian menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnya akan akur kehendak kumpulan minoriti ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoriti vokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya, seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti. Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidak sepakat dan sependirian. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang sama dengan minoriti senyap, mereka lebih suka berdiam diri. Hal ini mereka mudah dipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal. Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap ini menjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahui akan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri. Jika berdepan dengan senario di mana berlaku pertembungan antara mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulan majoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yang lebih kuat. Ini adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat. Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripada memikirkan apa yang diperjuangkan. Sama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoriti itu betul ataupun salah. Mereka lebih cenderung memihak kepada kumpulan minoriti yang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembali serta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko. Namun, sikap majoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. Sebaliknya kumpulan minoriti vokal yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan sebenarnya
  • 4. kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, kumpulan minoriti lebih mempengaruhi kumpulan majoriti di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan di dunia ini. Minoriti inspirasi majoriti Kumpulan minoriti di sesetengah tempat menjadi inspirasi kepada kumpulan majoriti. Di Thailand, masyarakat Islam di bahagian selatan negara tersebut yang merupakan kumpulan minoriti negara tersebut, mampu menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang masalah. Tiga hari sebelum Ramadan menjelma berlaku serangan bom di wilayah itu, namun serangan itu tidak menggugat penduduk. Sebaliknya serangan bom berkenaan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam jenayah dan tiada kaitan dengan puak pemisah yang tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak. Bagi penduduk Islam, Ramadan tetap disambut dengan meriah tidak kira di mana pun mereka berada sama ada Pattani, Narathiwat dan Yala. Di Perancis, perwatakan yang ditunjukkan oleh pemuda Islam di negara itu berubah sama sekali dalam bulan amadan. Menurut satu laporan, biarpun pada hari biasa, mereka minum arak, merokok dan menghisap ganja, tetapi apabila tiba bulan Ramadan semua perbuatan tersebut ditinggalkan. Seorang aktivis Islam, Rachid Abu Zareaah berkata, ramai pemuda Islam Perancis meninggalkan perbuatan maksiat dan menyatakan perang terhadap perbuatan dosa dalam bulan ramadan. Rachid berkata, sepanjang bulan ramadan, pemuda Muslim mengubah perangai buruk mereka dan fenomena ini menjadi inspirasi bagi golongan majoriti di Negara Perancis. Di Republik Rakyat China, kaum Muslimin di negara itu berpuasa dengan penuh ketabahan dan kegembiraan. Selain berbuka puasa di masjid-masjid, mereka juga solat
  • 5. Subuh berjemaah dan mendengar ceramah agama. „„Ini merupakan bulan suci yang sangat penting bagi kami. Bila kami melakukan suatu kebaikan, ia sama dengan 1,000 kebaikan yang dikerjakan di bulan-bulan lainnya,” kata Ma Guoxing (48 tahun), seorang Muslim daripada kelompok etnis Hui,di wilayah Ningxia Hui. Pada masa ini, China mempunyai sekitar 20 juta penduduk Islam, separuh daripadanya adalah kelompok etnis Hui. Lebih 2.2 juta Muslim dari kelompok etnis Hui tinggal di Ningxia. Perkembangan orang menganut agama islam adalah disebakan factor inspirasi golongan minoriti kepada majoriti. Sementara itu, lebih 12,000 penduduk Islam di Beijing, yang umum tinggal di Niujie Street menjalankan ibadah puasa tanpa masalah dan pertembungan dengan kaum cina majoriti bukan agama islam. Begitu juga dengan penduduk Islam di wilayah Gansu, Qinghai dan Xinjiang Uygur. Abdul„ahad Kurban, 43, yang tinggal di Xinjiang, berkata, dia dan keluarganya selama Ramadan menyiapkan masakan khas untuk berbuka puasa dan sahur. Makanan itu sebahagiannya akan dibahagikan kepada keluarga Muslim lainnya. „„Seperti warga Muslim lainnya di sini, keluarga kami juga membahagikan makanan dengan sahabat-sahabat,” kata Abdul„ahad. Bagi Mila, seorang wanita Islam dari kelompok etnis Uzbekistan di Urumqi, berkata “bulan ramadan akan mempunyai makna tersendiri, Ini kerana bandar kami sedang memulihkan keadaan berikutan rusuhan yang berlaku pada masa yang lalu yang menyebabkan 197 terbunuh dan lebih 1,600 orang lagi cedera. Mila berkata, sempena ramadan, mereka berdoa agar semua pihak bersedia melakukan kebaikan sesama manusia dan hidup penuh muhibbah. „„Saya juga berharap semua etnik di negara ini dapat bersatu untuk saling menghargai antara satu dengan lainnya tanpa prasangka sepanjang masa,‟‟ katanya. Maka kehidupan yang bersatu umat islam yang minoriti ini menjadi inspirasi kepada golongan majoriti yang bukan islam.
  • 6. Kesan Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan minoriti kepada majoriti Budaya Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang kompleks mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, moral, adat resam dan kebolehan serta kebiasaan lain-lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Apa jua yang kita fikir dan buat dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, teknologi, sains, kesenian, undang-undang, etika, adat-istiadat dan apa jua cara hidup kita yang merupakan hasil daripada apa yang diwarisi daripada masyarakat. Proses penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama dan perlaksanaan proses ini adalah bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Akibat daripada usaha penyatuan ini, perubahan dalam budaya kumpulan majoriti berlaku. Perubahan ini berbeza di tempat yang berlainan. Kelainan dalam perubahan ini dikatakan sebagai proses integrasi. Sesuatu unsur kebudayaan dalam satu kumpulan yang diterima pakai atau dipinjam oleh kumpulan lain dinamakan sebagai akulturasi. Akhirnya unsur kebudayaan ini akan diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan kehilangan identiti asal kumpulan penerima tersebut. Sebagai contoh, pemberian „Ang Pow‟ pada hari perayaan telah dipraktiskan oleh kumpulan kaum cina iaitu suatu kumpulan minoriti di negara Malaysia. Akan tetapi budaya tersebut kini diterima pakai oleh kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti yang lain di Malaysia. Proses ini dapat dilihat secara ringkas di gambar bawah.
  • 7. Selain daripada akulturasi, terdapat satu lagi proses penyerapan budaya iaitu proses asimilasi. Dalam proses ini, cara hidup dan kebudayaan sesuatu kumpulan, lazimnya kumpulan minoriti akan diserap oleh kebudayaan kumpulan majoriti tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap itu. Akibat daripada proses ini, kumpulan minoriti mungkin akan kehilangan budaya, bahasa dan agama tersendiri serta akan mengamalkan budaya kumpulan majoriti. Misalnya, budaya daripada kumpulan Bugis, Boyan , Minangkabau dan Jawa telah diserap masuk dalam kebudayaan kumpulan Melayu. Akhirnya unsur-unsur yang telah diguna pakai tersebut menjadi kelaziman atau diserap masuk dalam kebudayaan kumpulan Melayu. Proses ini diringkaskan di gambar di bawah.
  • 8. Proses amalgamasi pula membawa maksud percampuran budaya yang berbeza dan mewujudkan budaya yang baru. Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan
  • 9. kepada proses ini berlaku. Misalnya percantuman budaya antara, budaya Portugis minoriti dan budaya Melayu majoriti dan ekoran daripada perkhawinan campur antara kumpulan Cina minoriti dan kumpulan Melayu majoriti mewujudkan satu kumpulan yang mengamalkan budaya yang baru. Kumpulan ini dinamakan sebaga Baba Nyonya. Sila lihat gambar di bawah untuk pemahaman. Proses integrasi ini juga mewujudkan kesan negatif kepada sesetengah kumpulan yang dinamakan sebagai segregasi. Proses ini membawa pemisahan atau pengasingan antara entik. Terdapat juga undang-undang dihasilkan untuk melaksanakan proses ini yang dipanggil De Jure. Dasar yang dihasilkan ialah Dasar Apartheid 1948-1994. Jika pelaksanaan tidak didasari undang-undang dipanggil De Facto. Dalam proses ini berlakunya pengasingan dalam tempat tinggal, pengangkutan, dan kemudahan awam. Dalam gambarajah di bawah, kemudahan tandas awam dikhaskan untuk kumpulan minoriti orang putih sahaja.
  • 10. Dalam proses integrasi tidak semestinya unsur-unsur sesuatu kumpulan diterima pakai oleh kumpulan yang lain. Di sesetengah tempat terdapat juga kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti mengamalkan budaya masing-masing dan mempertahankan budaya mereka tanpa campuran budaya kumpulan yang lain. Proses ini dinamakan sebagai akomodasi. Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan dan mereka bebas mengamalkan budaya mereka. Pada masa yang sama, setiap kumpulan menyedari dan menghormati budaya etnik lain. Dalam situasi sebegini, perbezaan kebudayaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Persamaan di bawah menunjukkan situasi akomodasi dengan jelas.
  • 11. Kepercayaan / agama Kumpulan minoriti turut dapat menghasilkan kesan kepada majoriti di sesetengah negara. Misalnya, kebebasan umat Islam beribadah di negara Thailand dan tabiat mereka mengunjungi Masjid Indonesia di Bangkok yang menjadi tumpuan setiap kali Ramadan dapat menarik perhatian kumpulan lain. Walaupun jumlah penduduk Islam adalah tidak lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Thailand yang berjumlah 60 juta, namun Islam menjadi agama kedua terbesar selepas Buddha. Sempena Ramadan, masjid-masjid di Bangkok mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih. Mengenai Masjid Indonesia pula, ia adalah masjid pertama yang berdiri atas sumbangan warga Indonesia yang menjadi penduduk Thailand. Masjid ini menjadi kebanggaan bagi masyarakat Indonesia kerana menyimpan dua buah kenang- kenangan berupa jam klasik peninggalan Presiden Sukarno dan Presiden Suharto. Pada bulan puasa ini, masjid tersebut tiap hari menyelenggarakan buka puasa bersama bagi warga Muslim di Thailand. Turut menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ialah Pusat Islam Ramkhaeng yang terletak di Khlong Tan, Bangkok. Pusat Islam terbesar di Bangkok itu menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan. Pandangan majoriti terhadap minoriti Kumpulan majoriti mempunyai mempunyai pandangan yang berbeza-beza pada kumpulan minoriti negara mereka. Di Sungai Petani, Malaysia, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan kaum minoriti dalam setiap pilihan raya di negara ini adalah penting. Beliau berkata kaum berkenaan kebiasaannya menentukan kemenangan walaupun dalam jumlah undi yang kecil. Di sini, peranan kumpulan
  • 12. minoriti dianggap sangat penting dalam menentukan kemenangan parti pilihan raya di negara Malaysia. Menurut pandangan Tun Dr Mahathir, dalam pilihan raya yang berlangsung lazimnya undi daripada kumpulan majoriti adalah hampir sama bagi parti kerajaan dan parti lawan. Maka yang menentukan kemenangan sesuatu parti adalah terletak di tangan kumpulan minoriti. Dalam sesebuah negara yang mempunyai kumpulan majoriti dan minoriti, boleh timbul perasaan tidak puas hati oleh suatu kumpulan disebabkan kumpulan yang lain menerima keistimewaan. Maka, pandangan individu terhadap kumpulan minoriti akan berubah. Mengikut Tun Dr Mahathir, kalau dengar sungutan kaum tak dapat sesuatu, ini kerana pertimbangan dibuat untuk kaum-kaum lain juga, jadi ada kaum lain terpaksa buat pengorbanan. Minoriti Sebagai moderator Kumpulan minoriti turut berfungsi sebagai moderator. Sebagai contoh yang berlaku di Timur Tengah yang mencetuskan kemelut politik, revolusi dalam konteks The Arab Awakening dewasa ini. Di Syria, yang berkuasa ialah golongan Syiah yang minoriti 13 peratus bilangan mereka. Manakala majoriti yang mengadakan demonstrasi demi demonstrasi ialah golongan Sunni 74 peratus bilangan mereka. Di Bahrain pula, yang berkuasa ialah golongan Sunni yang minoriti. Manakala yang mengadakan demonstrasi demi demonstrasi ialah golongan Syiah yang majoriti 70 peratus. Kian meningkat kemelut politiknya ketika ini ialah Syria hingga pihak tentera menggunakan kereta- kereta kebal terhadap mereka yang menunjuk perasaan. Pihak tentera telah menguasai sebuah masjid di Bandar Deraa.
  • 13. Rumusan Di sesetengah negara akan terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Adakalanya majoriti akan mendominasikan minoriti dan adakalanya minoriti akan mendominasikan majoriti. Tidak boleh dinafikan bahawa golongan minoriti akan ditindas dan dianiaya oleh golongan majoriti.