SlideShare a Scribd company logo
1 of 58
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Papan Suis Utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas elektrik yang mula-
mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum diagihkan kebahagian-bahagian lain,
beban atau bangunan. Didalam PSU terdapat perkakasan suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Ia
merupakan pusat kawalan serta memberi perlindungan kepada keseluruhan
pemasangan. Peranan, saiz fizikal dan fungsi papan suis utama adalah bergantung
kepada keupayaan membawa arus, kegunaan papan suis itu sendiri serta apakah yang
hendak dikawalnya. Ada sesetengah papan suis hanya mengawal beban elektrik yang
tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. Terdapat berbagai perkakas suis Papan
Suis Utama bagi mengawal dan melindungi pengguna dan hartabenda.
Umumnya terdapat 3 jenis papan suis yang biasa digunakan dan dipasang iaitu:
1.1.1 Jenis melekat di dinding (wallmounted)
Jenis melekat di dinding biasanya dipasang untuk pemasangan kecil
sehingga 100 Ampere.
2
1.1.2 Jenis Pedestal (floormounted)
Jenis pedestal pula untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle
untuk pemasangan besar.
1.1.3 Jenis Cubicle atauCompartment
Ialah jenis dipasang pada papan suis utama secara individu.
Antara perkakas suis dan alat perlindungan yang di pasang di dalam papan suis
utama ialah Pemutus Litar Udara (PLU) atau Air Circuit Breaker (ACB), Pemutus Litar
Beracuan (Moulded Case Circuit Breaker) MCCB, Geganti Beban Lampau (Overload
Relay), Geganti Arus Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Relay) serta Meter Faktor Kuasa
(Power Factor Meter).
“Pemutus litar udara (PLU)” pada papan suis utama voltan rendah adalah satu alat
umtuk memutuskan dan menyambung bekalan atau disebut juga pengasing. Perkataan
udara bermakna sesentuh utamanya berada didalam udara yang dilengkapi dengan
komponen perlindungan yang diperlukan seperti alatubah arus, geganti, shunt trip coil
supaya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik. Biasanya
Pemutus Litar Udara Voltan Rendah untuk beban melebihi 600A hingga 2000A.
Mengikut Peraturan 110, Peraturan-peraturan Elektrik 1994, pemutus litar udara perlu
dibuat penyelenggaraan dan diuji kefungsiannya mengikut jadual atau apabila diarah
oleh Suruhanjaya Tenaga agar bekalan elektrik tidak terganggu bagi keperluan untuk
memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu penyelenggaraan pemutus litar udara voltan
rendah perlu dilakukan dengan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran.
3
“Penyelenggaraan” bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut jadual
perancangan atau jangkamasa tertentu samaada secara bulanan, suku tahun, setengah
tahun atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset itu boleh berfungsi dengan baik dan
selamat sepanjang tempoh penggunaannya.
1.2 PENYATA MASALAH
Didalam pemasangan papan suis utama voltan rendah ini, ia dilakukan bagi
bertujuan mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya. Masalah yang timbul akibat
kerosakan pada pemutus litar udara perlu ditandatangani seberapa segera. Namun
begitu, dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan beberapa masalah lain akan timbul
sama ada sebelum atau semasa kerja penyelenggaraan dijalankan.
Disamping itu, keadaan dan lokasi kerosakan pada bahagian tertentu menyukarkan
proses penyelenggaraan dibuat dan ditandatangani pada peringkat awal. Biasanya ia
dikesan apabila keadaan kerosakannya sudah di tahap serius.
Jika PLU mengalami kerosakan maka pihak pengurusan perlu mengeluarkan kos
yang tinggi bagi membaiki atau mengantikan PLU yang baru bertujuan untuk
memulihkan bekalan elektrik yang ternganggu.
Semasa membuat penyelenggaraan PLU kerap berlakunya kesukaran apabila
mahu “Rack-out” dan “Rack-in” PLU kerana bahagian-bahagian mekanikal yang
mungkin tidak diminyakkan atau gris boleh menyebabkan berkarat dan mengalami
kesukaran semasa proses memasukkan atau mengeluarkan PLU.
4
Sehubungan itu, konsep, prinsip dan sistem penyelenggaraan perlulah diketahui
dan difahami serta perancangan dengan penuh teliti supaya tidak berlakunya kesilapan
selepas penyelenggaraan siap dilakukan.
Selain itu dengan adanya perbincangan dan penyelidikan yang dilakukan ia boleh
mengelakan berlakunya kekerapan gangguan bekalan elektrik kepada penghuni
kuarters. Setelah siap sahaja projek ini dilakukan ia boleh memberi manfaat kepada
semua penghuni kuarters di blokC.
1.3 OBJEKTIFPROJEK
Matlamat projek ini juga adalah untuk mengetahui tatacara bagaimana untuk
mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di Papan Suis Utama Voltan Rendah
(PSU). Maka objektif projek ini adalah seperti berikut:
i. Mengukur dan merekodkan voltan masuk.
ii. Memelihara atau memanjangkan jangka hayat Pemutus Litar Udara.
iii. Meningkatkan keupayaan Pemutus LitarUdara.
5
1. 4 KEPENTINGANPROJEK
Tujuan utama laporan ini disediakan adalah bagi kerja meliputi penyelenggaraan
dan pengujian pemutus litar udara serta mengenalpasti punca kerosakan yang berlaku
pada pemutus litar udara voltan rendah (PLU) dan tindakan yang perlu diambil agar
berkesan dan sistematik. Sekiranya pemutus litar udara mengalami kerosakan, maka
kerja-kerja baikpulih atau pengantian perlu dilakukan serta merta. Jika sebaliknya,
hanya kerja-kerja penyelenggaraan sahaja yang perlu dilakukan terhadap pemutus litar
udara.
Selain daripada itu, laporan ini juga boleh menjadi sebagai panduan asas bagi
generasi akan datang dalam kerja-kerja penyelenggaraan pemutus litar udara.
Disamping mengikut prosedur dan langkah-langkah selenggara yang betul. Seseorang
penyelenggara itu juga perlu mematuhi dan mengamalkan peraturan-peraturan
keselamatan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan diri sendiri, alat,
bangunan dan pengguna lain.
Standard piawai pemasangan elektrik didalam bangunan atau premis perniagaan
menetapkan sesuatu pemasangan dan kelengkapan elektrik perlu diselenggara sebaik
mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna. Ini dinyatakan dengan jelas didalam
Akta 447: Peraturan – peraturan Elektrik 1994:
6
1. Peraturan 110(1): “Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan
baik dan berfungsi dan langkah – langkah awasan hendaklah dipatuhipada setiap
masa untuk mencegahbahaya.”
2. Peraturan 110(3) menyatakan selain daripada pepasangan domestic, sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-
kurangnya sekali setiap lima (5) tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan
oleh SuruhanjayaTenaga.
Oleh yang demikian tujuan sebenar senggaraan yang dilakukan adalah perkara
penting untuk :
i. Memastikan jangka hayat peralatan dapatdipanjangkan
ii. Mengurangkkan kos pembaikan atau operasi. Senggaraan yang berkesan
mengurangkan gangguan bekalan akibat kerosakan ;dan
iii. Memastikan dan meningkatkan daya harap peralatan dan komponen sistem
kuasa.
1.5 SKOP PROJEK
Skop kerja kali ini lebih fokus kepada penyenggaraan Pemutus Litar Udara Voltan
Rendah (PLU) ataupun Air Circuit Breaker(ACB). Skop kerja juga melibatkan kerja-
kerja :
i. Memberi notis dan pengumuman untuk memutuskanbekalan.
ii. Memohon surat kebenaran bekerja (permit towork).
iii. Memutuskan bekalan elektrik.
7
iv. Menyenggara pemutus litarudara.
v. Menguji pemutus litarudara.
vi. Menyambung bekalanelektrik.
8
HENTI TUGAS
PAPAN SUIS
UTAMA
PROSES
PENYELENGGARAAN
/ PENGUJIAN
PLU @ ACB
MULA TUGAS
PAPAN SUIS
UTAMA
BAB 2
METODOLOGI PROJEK
2.1 PENGENALAN
Terdapat tiga peringkat utama yang perlu diberi perhatian apabila melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan pemutus litar udara ini. Peringkat yang pertama ialah
sebelum melakukan penyelenggaraan iaitu proses mematikan bekalan atau henti tugas
di PSU. Peringkat yang kedua pula ialah proses mengeluarkan atau “rack out” pemutus
litar udara daripada kerangka utama dan membuat penyelenggaraan serta pengujian.
Peringkat yang terakhir ialah proses menghidupkan semula bekalan atau mula tugas di
PSU. Berikut ialah carta aliran bagi ketiga-tiga peringkattersebut:
Rajah 2.1: Carta blok prosedur selenggaraan Pemutus Litar Udara.
9
2.2 CARTAGANT
Bagi menetapkan projek yang bakal dilaksanakan mendapat hasil yang sempurna,
perancangan yang teliti dan teratur perlu diujudkan. Oleh itu penggunaan Carta Gant
adalah kaedah terbaik serta ianya mudah untuk difahami. Selain itu perancangan yang
tersusun memudahkan pegawai untuk menyelia setiap kerja yang bakal dilaksanakan.
Bulan/Tahun Jun 2018 Julai 2018 Ogos 2018 Sep. 2018 Oct. 2018
minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Penyediaan surat
cadangan Kerja
Penyelenggaraan
Kelulusan surat
cadangan Kerja
Pembelian
bahan/alatan kerja
/ perlantikan
Kontraktor
Pengeluaran Notis
Gangguan Bekalan
dan Edaran Umum
Pengeluaran waran
Kerja (PTW)
Perlantikan
Pekerja/petugas
Perlaksanaan
Kerjaselenggaraan
10
Pembatalan waran
Kerja (PTW)
Pemyediaan dan
penyerahan
dokumen
Penyiapan/ujian
PETUNJUK
Perancangan
Perlaksanaan
Jadual 2.1: Carta Gant yang digunakan bagi perlaksanaan projek.
11
2.3 KOS PROJEK
Kos adalah sesuatu yang perlu diambil kira bagi memastikan bahawa perkara yang
hendak dibelanjakan memberi pulangan yang berbaloi kepada pihak pengurusan. Dalam
hal ini pegawai yang dipertanggungjawabkan perlu menitikberatkan tindakan yang
sewajarnya apabila membelanjakan wang. Oleh itu senggaraan berkala perlulah
dilakukan dengan bijak dan berkesan agar pihak pengurusan tidak mengalami kerugian.
Jadual 2.2 merupakan kos anggaran minimum yang perlu ditanggung oleh pihak
pengurusan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Pemutus Litar Udara.
Bil Perkara
Pemasangan Baru
( RM )
Selenggara
( RM )
Jumlah RM
1
Kelengkapan Papan suis
utama voltan rendah 400V,
50Hz berkadaran 600-800A
lengkap dengan PLU,
peranti perlindungan
OCR/EFR
RM 1000.00 RM 1000.00
2
Kerja-kerja pemasangan
papan suis / penggantian
kerosakkan perkakasan
3
Kerja-kerja pengujian dan
setting geganti OCR/EFR
RM 1500.00 RM 1500.00
4
Kos Pekerja ( 2 orang
kompeten dan 2 pembantu)
RM 400.00 RM 400.00
JUMLAH RM 2400.00
Jadual 2.2: Kos Senggaraan
12
MULA
TIADA
PENGUJIAN
YA
TAMAT
BATALKAN PTW
AMBIL BACAAN
ONKAN PLU
SEKIRANYA
BACAAN
PENGUJIAN TIDAK
BAIK BUAT
SELENGGARAAN
MEMBUAT SELENGGARA
PADA PLU @ ACB
OFFKAN BEKALAN
DAPATKAN PTW DAN
KELUARKAN NOTIS
TENTUKAN JENIS
SENGGARAAN
2.4 CARTA ALIRANPENYELENGGARAAN
Rajah 2.2: Carta Aliran Penyelenggaraan.
13
2.5 AMALAN KESELAMATAN
2.5.1 Peraturan-Peraturan Elektrik1994
Langkah Awasan Keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa
bekerja (Peraturan 112,113 dan 122, PPE 1994). Selaras dengan Peraturan-peraturan
tersebut, semua pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi sepenuhnya.
Malainkan jika selainnya dijadikan suatu kesalahan di bawah akta, seseorang yang
melanggar atau tidak mematahui mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu ( 1 ) tahun atau kedua-
duanya.
2.5.2 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
“Sesuatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain
terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-
orang yang sedang bekerja”
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OSHA,1994 ) Bahagian VI
Seksyen 24-1 Kewajipan Am Pekerja Yang Sedang Bekerja
a) Beri perhatian keselamatan diri dan oranglain,
14
b) Bekerjasama dengan majikan bagi maksud keselamatan mengikut
kehendakAKTA,
c) Memakai Peralatan Perlindungan Diri yang disediakan olehmajikan,
d) Mematuhi apa-apa arahan yang disediakan oleh majikan berkaitan
dengankeselamatan.
Kewajipan sebagai pekerja untuk memakainya, jika tidak denda RM1,000.00 atau tiga
bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
2.5.3 Prosedur KeselamatanAm
i. Pastikan kerja- kerja senggaraan dilaksanakan oleh orang atau dibawah kawalan
orangkompeten.
ii. Pastikan pemasangan yang hendak disenggara telah dibuktikan mati mengikut
prosedur.
iii. Arahan bertulis (PTW) telah deperolehi mengikut keperluan.
iv. Laksanakan “Tool Box Talk” (Taklimat Kerja) sebelum kerjadijalankan.
v. Peralatan perlindungan diri (PPD) hendaklah digunakan mengikut keperluan
senggaraan contohnya kasut keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan yang
sesuai, cermin mata keselamatan dansebagainya.
vi. Pastikan peralatan kerja dalam keadaanbaik.
vii. Pastikan bahan berbahaya (racun, menghakis) dilebal dengan sempurna dan
disimpan denganbaik.
viii. Pastikan kawasan yang berbahaya telah dihadang dengan sebaiknya contohnya
menggunakan pitakeselamatan.
15
ix. Data dan maklumat senggaraan hendaklah direkodkan dengan sempurna dan
disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan masahadapan.
2.5.4 Kesedaran Keselamatan Am (General safetyAwareness)
 Pakai gogal, topi keledar, face mask, dan kasut keselamatan yang sesuai untuk
kerja dan mengelakkan kecederaan. Sandal atau open toe adalah tidakdibenarkan.
 Dilarang membuang sampah ke dalam longkang atau mana-manasahaja.
Buangkan di dalam plastik yang disediakan.
 Berlari dan permainan kasar adalah tidak dibenarkan ditempatkerja.
 Dilarang sentuh atau operasi mesin atau peralatankilang.
 Laporkan sebarang keadaan dan tindakan yang tidak selamat kepadapenyelia.
 Sebarang kecederaan perlulah dilaporkan secara serta merta kepada penyelia dan
mendapatkan pertolongancemas.
 Memberitahu sesiapa yang berada dalam bangunan sekiranya berlaku kebakaran.
dengan membunyikan penggerakebakaran.
 Tinggalkan bangunan dengan segera jika terdengar bunyi penggerakebakaran.
 Merokok di tempat yangdisediakan.
 Keselamatandidahulukan.
Gambar 2.1: Taklimat Kesedaran Am
16
2.5.5 Langkah Persediaan dan “KESELAMATAN” di bilik SuisUtama
Langkah keselamatan di dalam bilik suis utama adalah sangat penting. Semasa
berkerja di dalam bilik suis utama, aspek keselamatan sangat ditekankan. Sebarang
kecuaian semasa berkerja di bilik suis utama boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-
 Memasang tali penghadang dan memasang papan tanda di hadapan pintu masuk
bilik suis utama. Ia perlu untuk menghalang dan memberitahu orang-orang yang
tidak berkenaan supaya tidak memasuki kawasan kerja terutama berhampiran
papan suis. Papan notis yang sesuai diletakkan ialah “KERJA-KERJA
PENYELENGGARAAN SEDANG DILAKUKAN” dan “DILARANG
MASUK”. Ia seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 2.2 dan 2.3dibawah.
Gambar 2.2: Papan-Papan Tanda Yang digunakan.
17
Gambar 2.3: Papan-Papan Tanda Yang digunakan.
 Mengesan benda-benda dan gas-gas berbahaya di dalam bilik suis utama. Benda-
benda yang perlu diperhatikan termasuklah sarang-sarang burung, struktur bilik
suis utama serta binatang seperti ular dan lain-lain. Manakala pengudaraan yang
elok amat perlu bagi memastikan jika terdapat gas-gas berbahaya yang terkumpul
di dalam bilik suis utama dapat dialirkankeluar.
 Memeriksa alat pemadam api supaya sentiasa berada ditempatnya dan dalam
keadaan sentiasa sedia untuk digunakan. Pemadam api yang sesuai digunakan bagi
perkakas atau radas elektrik ialah jenis pemadam api jenis karbon dioksida CO2
.
Pemadam api jenis ini sesuai digunakan kerana ia bersih dan tidak mengotorkan
serta tidak perlu dbersihkan setelah digunakan keatas peralatan atau perkakas
elektrik.
18
Gambar 2.4: Alat Pemadam Api CO2
 Memastikan gambar rajah skematik papan suis utama terdapat di dalam atau
berhampiran papan suis utama. Ia perlu kerana kedudukkan pemutus litar udara
mestilah berpandukan gambar rajah skematik papan suisutama.
 Memastikan terdapat carta pertolongan cemas di dalam atau berhampiran papan
suis utama. Ia adalah sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemalangan
terhadap pekerja. Dan lebih penting ialah orang kompeten atau orang yang
melakukan kerja mestilah tahu tentang langkah kecemasan yang perlu diambil
jika berlaku sebarangkemalangan.
Gambar 2.5: Carta Pertolongan Cemas
19
 Memastikan terdapat tikar getah yang diletakkan di papan suis utama. Ia
mestilah mematuhi standard atau garis panduan seperti yang telah ditetapkan
oleh Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Saiz
tikar getah yang dibenarkan ialah 5mm × 450mm ×300mm.
 Memastikan pencahayaan di dalam bilik suis utama dalam keadaanterang.
Lampu kecemasan juga perlu dipastikan dalam keadaan baik.
 Memastikan terdapat alat perkakas untuk kerja – kerja senggaraan mengeluarkan
Pemutus LitarUdara.
 Menyemak kedudukkan Pemutus Litar Udara yang hendak di senggara. Ia untuk
mengelak kesilapan semasa memutuskanbekalan.
 Menyemak dan mencatit bacaan meter di papan suis utama. Kita hendaklah
mencatat segala bacaaan meter yang terdapat pada papan suis utama seperti
bacaan Ammeter danVoltmeter.
 Memeriksa laporan buku senggaraan kerja terdahulu. Sebarang catitan terdahulu
boleh diguna pakai untuk rujukan kerja yang akan dijalankan.
20
2.5.6 Perkakas Penyelenggaraan Dan AlatPengujian
Sebelum memulakan kerja-kerja penyelenggaraan, semua alat dan perkakas
selenggara perlu dipastikan mencukupi. Semua alat pengujian dalam keadaan baik dan
selamat digunakan. Alat pengujian yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan
pengujian yang hendak dijalankan.
NO GAMBAR PERKARA KUANTITI
1.
Pemutar Skrew Secukupnya
2.
Kertas Pasir Secukupnya
3.
Manual Charging
Handle
1 Set
4.
Spray Grease 1 Tin
5.
WD 40 1 Tin
21
6.
Vaseline 1 Unit
7.
Berus 1Batang
8.
Multimeter 1 Unit
9.
Insulation Tester
Meter
1 Unit
10.
Ammeter Clamp 1 Unit
Jadual 2.3: Perkakas penyelenggaraan.
22
2.6 OPERASI HENTI TUGAS PAPAN SUIS UTAMA
Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan ini dilakukan, amatlah penting untuk
memastikan bekalan kuasa dimatikan terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan
orang kompetan yang melakukan penyelenggaraan selamat daripada terkena kejutan
elektrik dan dapat bekerja dengan selamat.
Menurut Akta dan Peraturan Bekalan Elektrik (Peraturan 71).
Tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apa-apa penyelenggaraan dan
pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan perlakuan mana-mana
pepasangan atau kelengkapan dan pengesanan kerosakan kabel melainkan jika dia
memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai seorang kontraktor
perkhidmatan elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini.
2.6.1 Tentukan JenisSenggaraan
 Mengenal pasti perkakas-perkakas suis dalam Papan Suis Utama untuk di
selenggara serta di uji yang perlu dan akan dilakukan. Sama ada senggaraan
Pemutus Litar Udara (PLU), Kapasitor Bank, Busbar Coupler, Geganti(Relay),
Alatubah arus dansebagainya.
2.6.2 PermitKerja
 Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompetenboleh
dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu
kepada orang di bawah kawalannya (Peraturan Elektrik 113).
23
2.6.3 KeluarkanMemo/Notis
 Memo atau notis bertulis ini pula adalah surat siaran yang perludikeluarkan untuk
memaklumkan kepada pengguna-pengguna berkaitan bahawa akan berlaku
gangguan bekalan elektrik disebabkan kerja-kerjapenyelenggaraan.
 Memo atau notis bertulis ini perlu dikeluarkan 72 jam sebelum melakukan kerja-
kerjapenyelenggaraan.
2.6.4 Kelengkapan Peralatan Kerja DanPembantu.
 Peralatan kerja mesti dipastikan mencukupi dan berkerja secara berkumpulan
sekurang-kurangnya duaorang.
2.6.5 Tanda Amaran Bahaya Dan PersediaanAwal
 Tanda amaran hendaklah diletakan diluar pintu bilik papan suis dan pintu bilik
hendaklah sentiasa dibuka untuk pengudaraan yang baik. Selain daripada itu, pasti
terdapat kelengkapan asas yang lain didalam bilik papan suis seperti carta
pertolongan cemas, sistem pemadam api, papan tanda bahaya, peti pertolongan
cemas, rajah skematik dan buku log papansuis.
2.6.6. MatikanBekalan
 Sebelum mematikan bekalan elektrik, semua pengguna hendaklah dimaklumkan
terlebih dahulu dan sistem pemadam api berada dalam keadaanmanual/off.
24
2.6.7 Rekod Bacaan Jangka/PekakasSuis
 Catatkan semua bacaan jangka di dalam servis sheet yang disediakan dan tentukan
kedudukan perkakas samada dalam keadaanON/OFF.
Rajah 2.3: Carta Aliran Henti Tugas Papan Suis Utama
25
Bil. Senarai tugasan
Jadual 2.4: Menyediakan keperluan peralatan pemasangan dan penyelenggaraan serta
pengujian kefungsian Papan Suis Utama.
Bil. Senarai tugasan Sebelum Semasa Selepas
1 Terima laporan kerosakan
-Lawatan tapak
-Memohon PTW
2 Persediaan PPE
3 Persediaan peralatan kerja
4 Persediaan alat pengujian
-Multimeter
-Insulation tester meter
5 Masuk bilik MSB
-Pengudaraan
-Pencahayaan
-Alat pemadam api dan sebagainya
-Manualkan alat pemadam api
6 Penutupan bekalan
-Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot
lamp
-Matikan beban, MCB, MCCB.
-Matikan PLU
-Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot
lamp
7 Mengeluarkan PLU (Rack Out)
-Letak atas tikar getah
-Kerja selenggara PLU
26
8 Pengujian PLU
-Keserataan
-Keterusan
-Rintangan penebatan
9 Memasukkan PLU
-Rack in PLU
-Onkan PLU
-Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot
lamp
10 Memulihkan bekalan
-Beritahu bekalan akan dipulihkan
-Onkan, MCCB, MCB, beban.
-Kesan kelainan pada MSB (Hangit, sparking
dsb)
11 Kerja housekeeping
-Kemas kawasan kerja
-Tutup pintu bilik MSB
12 Batalkan PTW
27
2.7 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PEMUTUS LITARUDARA
Sebelum melakukan kerja – kerja selenggara Pemutus Litar Udara Voltan Rendah,
hendaklah dimatikan dan diasingkan terlebih dahulu. Di antara langkah – langkah yang
perlu diambil ialah seperti berikut :-
 Orang Kompeten hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Berkerja (Permit to
Work) daripada pihak pelanggan / pemunya premis sebelum sebarang kerja
dilakukan dan diawasi oleh penyelia atau orang kompetenpremis.
 Pengguna hendaklah diberi notis terlebih dahulu sebelum bekalan diputuskan. Ia
perlu bagi memastikan tiada mesin atau peralatan elektrik yang masih beroperasi
ketika bekalandimatikan.
 Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya
2 orang iaitu (seorang chargeman dan seorangpekerja).
 Pastikan kunci pintu, tikar getah, alat pemadam api, tanda AWAS, BAHAYA
415V, DILARANG MASUK berada didalam keadaanbaik.
 Pastikan meter-meter pada Papan Suis Utama seperti ammeter, voltmeter, power
faktor meter dan sebagainya didalam keadaan baik danberfungsi.
 Pastikan lampu-lampu penunjuk semuanya menyala dan jelaskelihatan.
28
Gambar 2.6: Papan Suis Utama.
 Sebelum membuat apa-apa kerja anda hendaklah berdiri diatas tikar getah dan
memakai kasutkeselamatan.
 Catat bacaan meter Volt danAmpiar.
 Matikan bekalan keluar dari beban kecil hingga beban yang besar. Ia bertujuan
untuk mengelak berlakunya percikan arka yang tinggi semasa bekalan di Pemutus
Litar Udara diputuskan. Kaedah ini juga dapat memastikan keselamatan pada
Pemutus Litar Udara supaya tahan lebihlama.
 Perhatikan bacaan Ammeter, pastikan bacaan Ammeter 0 Amp. Ini menunjukkan
semua bekalan ke beban telah diputuskan. Walaubagaimanapun Voltmeter masih
lagi ada bacaan iaitu415volt.
 OFF kan Pemutus Litar Udara dengan menekan butang tekan OFF dan pastikan
bacaan pada Voltmeter adalah 0 volt lampu penunjuk bekalan telahpadam.
29
Gambar 2.7: TekanButtonOFF/TRIP Gambar 2.8: Meter Volt /Amp
 Buka pintu kompartment pemutus litar udara dan releasekan interlock pemutus
litar udara langkah demi langkah serta tarik keluar pemutus litar udara peringkat
demi pringkat dengan menggunakan handle yang tersedia mengikut jenis pemutus
litar udara yang dipasang. Akhirnya keluarkan pemutus litar udara dari
kompartmentnya.
Gambar 2.9: Pemutus Litar Udara Yang Hendak Dikeluarkan (Rack Out)
30
 Semasa Pemutus Litar Udara ini dikeluarkan terdapat empat kedudukkan iaitu
seperti berikut:-
 Kedudukkan Tersambung(CONNECTED)
Di mana kedua – dua litar iaitu litar utama dan kawalan masih bersambung
sepenuhnya.
 Kedudukkan Ujian (TEST)
Kedudukkan di mana litar utama telah diputuskan tetapi litar kawalan
masih lagi bersambung bagi membolehkan ujian gegelung pelantik(Shunt
Trip Test) dilakukan.
 Kedudukkan Mengasing (ISOLATED)
Kedudukkan di mana kedua-dua litar utama dan litar kawalan telah
terputus dari bekalan elektrik sepenuhnya.
 Kedudukkan Selamat (SAFEPOSITION)
Kedudukkan di mana Pemutus Litar Udara tidak terus jatuh dari tempatnya
dan bersedia untuk dikeluarkan.
Rajah 2.4: Kedudukkan Pemutus Litar Udara (PLU).
31
 Setelah pemutus litar udara dikeluarkan dari kerangka utama, pemutus litar udara
hendaklah diletakkan di atas tikar getah. Bagi memudahkan kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengujian, semua peralatan dan perkakasan hendaklah
berada berhampiran dengan pemutus litarudara.
 Tutup pintu kompartment pemutus litar udara dan gantung “Awas” atau “Bahaya”
pada kompartment pemutus litar udara voltan rendahtersebut.
Gambar 2.10: Papan TandaYang Telah Digantung Pada Pemutus LitarUdara.
Gambar 2.11: Pemutus Litar Udara (PLU) diletak diatas tikar getah.
32
 Buka dan tutup Pemutus Litar Udara beberapa kali secara manual dan pastikan
tanda ON (I) dan OFF (O)berfungsi.
 Membersihkan dan melapkan bahagian-bahagian Pemutus Litar Udara yang
berhabuk dan kotor dengan kain dan minyak lap untuk memudahkan aktiviti
semasa Pemutus Litar Udaraberoperasi.
 Periksa semua nat dan bolt yang terdapat pada Pemutus Litar Udara dengan
menggunakan spannar, ketatkan nat dan bolt yanglonggar.
 Memeriksa dan membersihkan Pemutus Litar Udara terutama di bahagian
penyerap arka (arc chute) dengan membuang debu dan habuk arka. Keluarkan
perangkap arka dan bersihkan habuk dan debu dengan menggunakan kuasa angin
(blower) atau penyeduthampagas.
 Memeriksa dan meletakkan minyak gris di bahagian sliding contact dan main
roller. Minyakkan bahagian Pemutus Litar Udara yang bergerak dengan petroleum
jelly.
 Memeriksa dan minyak di bahagian mekanisme pensuisan (switching mechanime)
Pemutus Litar Udara dengan menggunakan semburan anti karat (WD40). Ia lebih
tertumpu pada bahagian spring di dalam Pemutus LitarUdara.
33
 Memeriksa dan membersihkan dibahagian kutub sesentuh tetap dan sesentuh
bergerak. Dengan menggunakan kertas pasir gosokkan bahagian sesentuh arka
(arc contact) yang terdapat pada sesentuh tetap dan sesentuh bergerak. Tujuannya
ialah untuk memastikan keserataan pada permukaan sesentuharka.
Gambar 2.12: Kerja-Kerja Membersihkan Sesentuh Sedang Dilakukan.
34
2.8 PENGUJIAN TERHADAP PEMUTUS LITAR UDARA(PLU)
Pemutus Litar Udara mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring.
Spring yang berada didalam keadaan tengang (tension) untuk menolak dengan pantas
sesentuh bergerak untuk tutup dengan sesentuh tetap.
Ujian operasi – ON dan OFF kan Pemutus Litar Udara untuk memastikan ianya
boleh dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
Gambar 2.13: Ujian Mekanikal Pemutus Litar Udara
 Buat ujian tripping menggunakan pushbutton.
 Buat ujian tripping menggunakan Shunt TripCoil.
 Ujian rintanganpenebatan.
 Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari
nilai yang disyorkan oleh pembuat pemutus litarudara.
 Periksa main contact dan bersihkan jikaperlu.
 Rapatkan sesentuh utama jika perlu, sentuhan tekanannya hendaklah mencukupi
danseimbang.
35
 Minyakkan bahagian-bahagian yang bergerak dengan cecair pelincir yang
disyorkan opeh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.
 Pemutus litar udara (PLU) yang telah siap di selenggara perlu dilakukan
pengujian. Terdapat empat pengujian yang perlu dilakukaniaitu:
► UjianKeserataan
o Ujian keserataan lebih tertumpu kepada sesentuh arka pada Pemutus Litar
Udara. Ia dilakukan bagi menilai keserataan permukaan sesentuh arka.
Caranyaialahdenganmeletakkankertaskarbondiantarasesentuhutama
dan tetap dalam keadaan terbuka. On kan Pemutus Litar Udara, kemudian
tekan butang pelantik (trip) pada pemutus litar udara. Dapatkan hasil ujian,
jika hasil ujian menunjukkan sesentuh arka tidak rata, gosokkan dengan
kertas pasir dan ulangi ujian keserataan.
Gambar 2.14: Ujian Keserataan Pemutus Litar Udara
36
► UjianKeterusan
o Ujian ini dilakukan dengan menggunakan multimeter. ON kan Pemutus
Litar Udara dan laraskan multimeter pada unit Ohm (Ω) serta uji pada
bahagian pengalir iaitu di bahagian masukan (incoming) dan keluaran
(outgoing) bagi setiap fasa serta dapatkan bacaan. Bacaan yang elok ialah
0 Ohm dan kebawah.
Gambar 2.15: Ujian Keterusan untuk setiap fasa (pastikan ada keterusan semasa ON
dan tiada keterusan semasa OFF).
► Ujian Keterusan GelongPelantik
o Ujian ini dilakukan keatas gegelung pelantik dan gegelung under voltage.
Dapatkan bacaan ujian. Bacaan mestilah dalam unit Ohm (Ω) atau kilo
Ohm(kΩ).
Gambar 2.16: Ujian Keterusan Gelung Pelantik.
37
► Ujian RintanganPenebatan
○ Ujian ini dijalan bagi memastikan tiada arus bocor diantara pengalir-
pengalirbertebat.
○ Supaya tiada berlaku kebocorankebumi.
○ Kebocoran pada mana-mana bahagian logam akan manyebabkan
terdapatnya arus elektrik pada bahagian logam itu dan membahayakan
pengguna.
○ Mengikut Peraturan IEE 713-04, rintangan penebatan antara konduktor
hidup dan diantara setiap konduktor hidup dan bumi hendaklah diukur
sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan dan semasa
penyelenggaraan.
○ Alat yang digunakan ialah Insulation Tester Meter.
○ Alat ini berupaya mengeluarkan voltan 2 kali ganda voltan bekalan. Ini
untuk memecahkan mana-mana penebatan yang lemah di dalamlitar.
○ Alat penguji ini juga dapat mengeluarkan arusterus.
○ Pengalir yang perlu diuji:
 Fasa merah dengan fasa kuning =MΩ
 Fasa kuning denganfasabiru =MΩ
 Fasa biru denganfasamerah =MΩ
 Fasa merahdenganbumi =MΩ
 Fasa kuningdengan bumi = MΩ
 Fasa birudenganbumi =MΩ
38
Insulation Meter
ACB Connector
outgoing
ACB Connector
incoming
Gambar 2.17: Ujian Rintangan Penebatan Sedang Dilakukan.
Gambar 2.17.1: Ujian penebatan diantara fasa dengan fasa iaitu fasa
merah dengan fasa kuning. Pastikan bacaan adalah dalam unit Mega
Ohm(MΩ).
39
Gambar 2.17.2: Pengujian rintangan penebatan antara fasa dengan bumi.
40
2.9 SELEPAS PENYELENGGARAAN PAPAN SUISUTAMA
Aktiviti pengawasan dan pemeriksaan harus dititik beratkan selepas
penyelenggaraan
a) Memastikan Bilik Papan Suis Utama dan sekelilingnya telahdibersihkan.
b) Membatalkan Permit kerja penyelenggaraan oleh orangkompeten.
c) Memastikan sekeliling dan keadaan bilik Papan Suis Utama selamat dan bebas
daripada sebaranghalangan.
d) Memastikan tiada orang berada dalam bilik Papan SuisUtama.
e) Orang Kompeten memberikan bekalan elektrik semula ke Papan SuisUtama.
f) Memastikan arus sudah dialirkan ke semua panel dalam PapanSuisUtama.
g) ON Pemutus LitarUdara.
h) Menguji Pemutus LitarUdara.
i) Menguji bacaanvoltmeter.
j) Menguji voltan fasa 230V – Fasa Neutral dan 400V fasa ke fasa. Voltan Verasi
yang dibenarkan ialah: - +10% atau -6% daripada voltansebenar.
k) Beritahu pengguna/operator lain bahawa bekalan elektrik telah dibekalkan
semula.
l) Tentukan Faktor Kuasa berada 0.85 keatas
m) Catatkan tarikh senggaraan dibuat. Rekodkan bahagian yangdibaiki.
n) Kemaskanperalatan
o) Tunggu sehingga tiga dan empat minit. Jika tiada sebarang kerumit, boleh
tinggalkan bilikkawalan.
p) Laporkan kepada penyelia/jurutera bahawa kerja telah siapdibuat.
41
2.10 OPERASI MULA TUGAS PAPAN SUISUTAMA
Setelah proses penyelenggaraan dan pengujian selesai dilakukan, papan suis
utama perlu dihidupkan semula bekalannya. Bermula pada kedudukan “isolate”,
Pemutus Litar Udara akan dipacu menggunakan lengan yang disediakan kedalam
rangka sehingga pada kedudukan “test” dan “service”. Proses ini dinamakan sebagai
“Rackin”.
Gambar 2.18: Proses “Rack in” Pemutus Litar Udara.
42
2.10.1 Rekod bacaan jangka/perkakassuis
 Pastikan semua kerja-kerja senggaraan telah selesai dijalankan dan tiada
peralatan yang tertinggal.
2.10.2 LangkahKeselamatan
 Reset geganti perlindungan, periksa fius dan pastikan semua perkakas suis ke
beban dalam keadaan OFF.
2.10.3 Menghidupkan Pemutus LitarUdara
 Sebelum menghidupkan Pemutus Litar Udara, maklumkan kepada pengguna
terlebih dahulu. Hidupkan perkakas suis dari beban yang besar kepada yang
kecil.
Gambar 2.19: Proses menghidupkan Pemutus Litar Udara.
43
2.10.4 Semak dan Catit BacaanMeter
 Rekod semua bacaan dalam jangka dalam servis sheet dan bandingkan sebarang
perubahaanbacaan.
Gambar 2.20: Semak dan Catit bacaan Meter.
2.10.5 Memastikan Tiada Berlaku Perlantikan
 Tunggu beberapa waktu sekitar 5 hingga 10 minit untuk memastikan tiada beban
lampau atau litar pintas yang berlaku.
2.10.6 Rekod Dalam Buku Selenggara (BukuLog)
 Catatkan semua butir-butir kerja yang telah dijalankan dan tindakan yang telah
dibuat dalam bukuselenggaraan.
44
2.10.7 Kemas Peralatan dan Batal PTW
 Sebelum meninggalkan bilik suis, pastikan keadaan bilik bersih dankemas.
Sistem pemadam kebakaran hendaklah disetkan semula dalam keadaan Auto
dan langkah terakhir ialah batal permit kerja(PTW).
45
BAB 3
PENEMUAN, ANALISIS DAN HASIL PROJEK
3.1 PENGENALAN
Segala alat perlindungan elektrik perlu dijaga dengan baik disamping perlu
diselenggara dan diuji bagi menjamin keberkesanan alat pengasing dan perlindungan
berkenaan keberkesanan sesuatu alat perlindungan bukan sahaja dapat menyelamatkan
nyawa pengguna dan alat itu sendiri tetapi turut menyelamatkan peralatan lain daripada
berlaku kerosakan.
Setiap alat pengasing dan perlindungan yang diselenggara dan diuji apabila
didapati terdapat keadaan atau keputusan ujian yang tidak normal, maka alat
perlindungan tersebut perlu dirawat atau dibaikpulih. Proses ini perlu dilakukan supaya
alat perlindungan berkenaan dapat terus berfungsi dengan baik dan menjimatkan kos.
46
3.2 ANALISAPENGUJIAN
Segala ujian dijalankan terhadap pepasangan Pemutus Litar Udara (PLU), secara
keseluruhan pemutus litar udara berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda tidak
normal pada pemutus litar udara. Walau bagaimanapun, apabila beberapa pengujian
dijalankan terhadap pemutus litar udara, terdapat keadaan tidak normal pada sesentuh
arka. Jadual dan gambar foto dibawah menunjukan keputusan bagi setiap pengujian
yang telahdijalankan.
JENIS PENGUJIAN PERKARA YANG
DIUJI
KEPUTUSAN UJIAN
NILAI STATUS
Keterusan
R in – R out OK
Y in – Y out OK
B in – B out OK
Penebatan
R in – Y in 1250MΩ OK
Y in – B in 1250 MΩ OK
B in – R in 1250 MΩ OK
R out – Y out 1250 MΩ OK
Y out – B out 1250 MΩ OK
B out – R out 1250 MΩ OK
Gelung Pelantik
litar mati 246 Ω OK
bekalan 230V 237 Ω OK
Keseratan
Jadual 3.1: Keputusan pengujian yang dijalankan.
47
Gambar 3.1: Keputusan Ujian Keserataan Sesentuh Arka.
Daripada gambarajah keputusan ujian keserataan yang dijalankan, jelas
menunjukan bahawa salah satu sesentuh arka berkenaan tidak mencapai sentuhan rata
80% dan ini akan menyebabkan berlaku percikan dan mengurang pretasi dan kecekapan
Pemutus Litar Udara. Masaalah ini mungkin terjadi akibat arka atau kotoran pada
permukaan sesentuh arka berkenaan.
48
3.3 TINDAKAN PEMULIHAN
Bagi mengatasi masaalah ini, permukaan sesentuh arka berkenaan perlu diratakan
atau digosok dengan menggunakan kertas pasir. Semasa melakukan kerja ini,
keselamatan amatlah diutamakan. Ini kerana, tangan atau jari boleh tersepit diantara
sesentuh arka pada bila-bila masa. Sekiranya sesentuh arka masih tidak dapat memberi
keputusan ujian sehingga 80% keserataan, maka sesentuh arka berkenaan perlu diganti.
Gambar 3.2: Penggunaan kertas pasir untuk pembersihan sesentuh.
49
3.4 KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSANPENYELENGGARAAN
BIL PERKARA SANGAT
BAIK
SEDERHANA BAIK TIDAK
BAIK
1. Rintangan Penebatan Infiniti
2. Rintangan Sesentuh √
3. Prestasi kendalian √
4. Kefungsian √
Jadual 3.2: Ujian-ujian Pemutus Litar Udara (PLU).
KESIMPULAN : Memenuhi kehendak pengguna danpembuat.
DISAHKANOLEH : Yushairie Bin Yusoff
TANDATANGAN : ….............................................
PERKARA JAN FEB MAR. APRIL MAY JUNE JULY AUG. SEPT. OCT.
Analisis
Kerosakan
Bulanan
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Jadual 3.3: Analisis terhadap aduan kerosakan.
Kesimpulan: Ini menunjukan bahawa mutu pembuat Papan Suis Utama dan Pemutus
Litar Udara adalah sangat baik
Nota: √ - Tiada kerosakan berlaku
X - Ada kerosakanberlaku
XX - Ada kerosakan berlakuberulang
50
Daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pengguna Papan Suis Utama,
kedua-dua faktor yang dinyatakan adalah berada dalam nilai purata 4.5, maka pengguna
pemutus litar udara dikatakan adalah berpuas hati.
Sistem pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan adalah bagi memastikan
kelancaran dan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping meminimakan kos
penyelenggaraan yang dilakukan. Selain itu, untuk mengetahui keberkesanan kerja
penyelenggaraan yang dilakukan dengan menganalisa hasil kerja yang telah siap
dilakukan serta mengambilkira maklum balas daripada pengguna tersebut.
Maklumbalas daripada pengguna Papan Suis Utama dan kerja penganalisaan
semua akan dapat memberikan keputusan kepada jawapan berkesankah atau tidak kerja
penyelenggaraan yang dijalankan disamping memenuhi tahap permintaan dan kepuasan
pengguna papan suis. Ia penting bagi memastikan pemutus litar udara berada dalam
keadaan baik dan dapat berfungsi dengan sempurna serta memberikan keselesaan
kepadapengguna.
51
Perkara
Analisa Frekuensi
Purata
1 2 3 4 5
Perkhidmatan kerja
penyelenggaraan
4 3 4 4 5 4
Kualiti kerja Penyelenggaraan 4 5 5 5 5 4.8
Masa kerja penyelenggaraan 5 5 5 5 5 5
Jadual 3.4: Jadual analisa tahap kepuasan oleh pengguna Papan Suis Utama (PSU) dan
Pemutus Litar Udara (PLU).
Nota:
5 - sangat memuaskan
4 - berpuas hati
3 - agak berpuas hati
2 - tidak berpuas hati
1 - sangat tidak berpuas hati
Apabila penyelenggaraan Papan Suis Utama (PSU) yang dijalankan didapati
segala kerosakan dapat dikesan dengan baik. Ini menunjukkan kualiti penyelenggaraan
yang dijalankan adalah tinggiketepatannya.
52
Jadual 3.5: Peratusan Keselamatan Diselenggara
53
BAB 4
PERBINCANGAN, SARANAN DAN KESIMPULAN
4.1 PERBINCANGAN
Papan Suis Utama adalah antara aset penting dan utama didalam sistem agihan
bekalan elektrik. Di dalam Papan Suis Utama terdapat komponen perlindungan utama
yang mengawal dan melindungi pemasangan. Kekotoran dan habuk yang terdapat pada
Papan Suis Utama bukan sahaja boleh mengurangkan kecekapan malah apabila sampai
ke satu tahap yang kritikal yang boleh menyebabkan kerosakan yang maksimum.
Kegagalan fungsi komponen perlindungan dan di tambah dengan ketidak serataan
permukaan sesentuh arka adalah masaalah yang sering dihadapi oleh Pemutus Litar
Udara. Sekiranya keadaan Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara ini tidak dicegah
dan dirawat pada peringkat awal, kos penyelenggaraan boleh meningkat pada masa
akan datang. Kerosakan dan kegagalan kefungsian alat ini boleh dicegah dengan
melakukan aktiviti selenggara dan pengujian pada komponen yangbetul.
54
4.2 SARANAN KEKERAPAN PENYELENGGARAAN PAPAN SUIS
UTAMA DAN PEMUTUS LITARUDARA
Kekerapan penyelenggaraan atau pemeriksaan Papan Suis Utama dan Pemutus
Litar Udara adalah bergantung kepada syarat-syarat pemasangan, bilangan litar pintas,
arus bocor dan faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan secara terperinci.
Aturcara senggaraan Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara (PLU) dan
jangkamasa:
AKTIVITI SUKU
TAHUN
SETENGAH
TAHUN
TAHUAN
1. Memeriksa Pemutus Litar Udara
√ √ √
2. Memeriksa SesentuhTanduk
√ √
3. Memeriksa SesentuhUtama
√ √ √
4. Memeriksa Shunt TripCoil
√ √ √
5. Memeriksa Ujian Rintangan Penebatan
Pemutus LitarUdara √ √ √
6. Memeriksa Ujian tekanan Pemutus Litar
Udara √ √ √
7. Memeriksa Geganti ArusLampau
√ √ √
8. Memeriksa Geganti Arus Bocor KeBumi
√ √ √
9. Memeriksa PalangBus
√ √ √
55
10. Memeriksa Litar Ammeter Tiga Fasa
√ √ √
11. Memeriksa Litar Voltmeter Tiga Fasa
√ √ √
12. Memeriksa Litar KWH Meter Tiga fasa
√ √ √
13. Memeriksa Litar KW meter Tiga Fasa
√ √ √
14. Memeriksa Litar Faktor Kuasa
√ √ √
15. Memeriksa kapasitor Bank
√ √ √
16. Memeriksa Suis Utama keluaran
√ √ √
17. Memeriksa Tamatan kabel Bawah Tanah
√ √ √
18. Memeriksa pembumian Papan Suis
√ √ √
19. Memeriksa Ujian Galangan Bumi
√ √ √
20. Memeriksa Kefungsian Papan Suis
√ √ √
Jadual 4.1: Saranan kekerapan penyelenggaraan dan pemeriksaan Papan Suis Utama &
Pemutus Litar Udara (PLU).
56
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai oleh pihak pemilik bangunan
atau premis untuk memastikan Papan Suis Utama sentiasa berada dalam keadaan
terbaik. Sebagai cadangan kepada projek ini pemilik boleh memilih jenis senggaraan
yang hendak dilakukan agar dapat mengawal kos yang perlu ditanggungkelak.
Kaedah Keterangan
Senggaraan Reaktif
Kaedah senggaraan yang hanya menjangkakan senggaraan
yang perlu dibuat tanpa jadual rujukan, tindakan pembaikan
dijalankan sekiranya terjadi kerosakan dan tanpa
perancangan pesediaan alat ganti serta sukar dikawal.
Senggaraan Pencegah
Merupakan senggaraan pencegah yang dimana melibatkan
kerja rombak rawat dan menukar komponen peralatan pada
ketetapan masa tertentu.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja pemeriksaan
fizikal, pembersihan, mengetatkan skru, membuat
penjajaran, tentukur dan lain-lain lagi.
Senggaraan Jangkaan
Kaedah ini menjangka kerosakan yang akan berlaku
berpandukan data-data hasil senggaraan yang dilakukan
dalam tempoh masa tertentu.
Senggaraan ini boleh dilakukan tanpa melibatkan
hentitugas bagi menilai kejanggalan yang berlaku pada
peralatan seperti melakukan ujian Thermal Scanning
UltraSound dan lain-lainlagi.
Senggaraan Proaktif
Kaedah yang menambahbaik senggaraan dari segi
rekabentuk (design), pemasangan, prosedur senggaraan,
tenaga kerja dan alat ganti yang terancang.
Jadual 4.2: Jenis-jenis senggaraan.
57
4.3 KESIMPULAN
Konklusinya, penyelenggaraan Papan Suis Utama (PSU) Voltan Rendah adalah
penting untuk menjamin keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan yang
diakibatkan oleh gangguan bekalan elektrik demi kesejahteraan bersama.
Dengan adanya penyelenggaraan yang diadakan dari masa ke semasa yang
digunakan oleh sesiapa sahaja memberi jaminan keselamatan yang tinggi sepanjang
masa penggunaannya.
Selain itu, penyelenggaraan juga diadakan untuk menjaga keselamatan para orang
kompeten yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan. Gangguan kerosakan
elektrik dapat dikesan dengan baik dan teliti serta dapat menjaga keselamatan pada
keseluruhan amnya.
Kecekapan dan kualiti kerja pengurusan adalah bergantung kepada cara
pengurusan yang dijalankan. Pengurusan yang cekap adalah penting untuk menentukan
sistem pengurusan penyelenggaraan sesebuah Papan Suis Utama dan Pemutus Litar
Udara berjalan dengan baik. Bagi memantapkannya, setiap pekerja dan staf yang
menguruskan hal tersebut perlu mempunyai pengetahuan serta kemahiran secukupnya
dengan menghantar mereka menyertai kursus-kursus untuk mempertingkatkan
produktiviti dan kualiti kerja. Penganalisaan kerja amat penting dilakukan untuk
mengetahui kelemahan kerja dari semasa ke semasa. Kesulitan dan cabaran yang
dikenal pasti dalam kerja penyelenggaraan perlulah diatasi secepat mungkin dengan
solusi-solusi yang berkesan supaya kerja penyelenggaraan lebih sistematik dan berjaya.
Sistem pengurusan penyelenggaraan yang telah menghasilkan ketepatan sistemdan
58
dapat memaksimakan kualiti kerja serta meminimakan kos penyelenggaraan. Semoga
laporan ini akan menjadi rujukan dan panduan untuk generasi akan datang bagi kerja-
kerja penyelenggaraan dan pengujian Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara
(PLU).

More Related Content

What's hot

Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenancemuhdhazim404
 
Jenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorJenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorjuan_fjfn
 
1. kompenan asas penghawa dingin
1. kompenan asas penghawa dingin1. kompenan asas penghawa dingin
1. kompenan asas penghawa dinginAmit Preve
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Ezuan Atok
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Ezuan Atok
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCEAkilan36
 
Motor servo>>>)))))
Motor servo>>>)))))Motor servo>>>)))))
Motor servo>>>)))))KEN KEN
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utamaEzuan Atok
 
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCE
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCEUPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCE
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCEAkilan36
 
Bab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motorBab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motorLemon Sour
 
Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusSaidin Dahalan
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMUQRI MUQRI
 

What's hot (20)

Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenance
 
Jenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorJenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensor
 
1. kompenan asas penghawa dingin
1. kompenan asas penghawa dingin1. kompenan asas penghawa dingin
1. kompenan asas penghawa dingin
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)
 
Jenis2 pghidup
Jenis2 pghidupJenis2 pghidup
Jenis2 pghidup
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
Motor servo>>>)))))
Motor servo>>>)))))Motor servo>>>)))))
Motor servo>>>)))))
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utama
 
Pdf pengujian-elektrik
Pdf pengujian-elektrikPdf pengujian-elektrik
Pdf pengujian-elektrik
 
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCE
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCEUPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCE
UPS AND BATERY CHARGER INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 
Automation
AutomationAutomation
Automation
 
Pendawaian industri
Pendawaian industriPendawaian industri
Pendawaian industri
 
Bab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motorBab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motor
 
Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terus
 
06 pengujian
06 pengujian06 pengujian
06 pengujian
 
MSB 105.pptx
MSB 105.pptxMSB 105.pptx
MSB 105.pptx
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
 

Similar to PSU Proses Penyelenggaraan PLU @ ACB

Pemeliharaan motor listrik 6kv trans
Pemeliharaan motor listrik 6kv transPemeliharaan motor listrik 6kv trans
Pemeliharaan motor listrik 6kv transMuhammadFirdaus477
 
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptxASTEKINDOLAMPUNG
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPudin Mahari
 
Belajar kontrol
Belajar kontrolBelajar kontrol
Belajar kontrolketutjuan
 
kalibrasi controler
kalibrasi controlerkalibrasi controler
kalibrasi controlersomad79
 
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptxAliceKuhurima1
 
Kk010 memasang proteksi pembangkit
Kk010   memasang proteksi pembangkitKk010   memasang proteksi pembangkit
Kk010 memasang proteksi pembangkitEko Supriyadi
 
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptx
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptxProses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptx
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptxAmirotusSholihati1
 
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.Chenk Alie Patrician
 
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdf
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdfPPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdf
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdfFebriaNisaUlfina
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Maintenance Electrical
Maintenance Electrical Maintenance Electrical
Maintenance Electrical Praba74
 
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)namakugilang
 
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptx
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptxPresentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptx
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptxmanotartamba555
 

Similar to PSU Proses Penyelenggaraan PLU @ ACB (20)

Kertas penerangan k1
Kertas penerangan k1Kertas penerangan k1
Kertas penerangan k1
 
Pemeliharaan motor listrik 6kv trans
Pemeliharaan motor listrik 6kv transPemeliharaan motor listrik 6kv trans
Pemeliharaan motor listrik 6kv trans
 
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx
306645_1871023003940006_58465_1712213916.pptx
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udara
 
Belajar kontrol
Belajar kontrolBelajar kontrol
Belajar kontrol
 
kalibrasi controler
kalibrasi controlerkalibrasi controler
kalibrasi controler
 
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx
6. PPT Memelihara Sistem Proteksi PLTS Fotovoltaik.pptx
 
PPT KP.pptx
PPT KP.pptxPPT KP.pptx
PPT KP.pptx
 
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIKOPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
 
Rks me
Rks meRks me
Rks me
 
Kk010 memasang proteksi pembangkit
Kk010   memasang proteksi pembangkitKk010   memasang proteksi pembangkit
Kk010 memasang proteksi pembangkit
 
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptx
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptxProses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptx
Proses bisnis menyeluruh di bidang industri ketenagalistrikan.pptx
 
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.
Pemeliharaan sistem pendingin air cooler generator unit iv.
 
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdf
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdfPPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdf
PPT Sistem Tenaga Listrik [TM9].pdf
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Maintenance Electrical
Maintenance Electrical Maintenance Electrical
Maintenance Electrical
 
SISTEM PROTEKSI
SISTEM PROTEKSI SISTEM PROTEKSI
SISTEM PROTEKSI
 
Automatic Temperature Controller
Automatic Temperature ControllerAutomatic Temperature Controller
Automatic Temperature Controller
 
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)
Sasaran dan tanggung jawab maintenance (2007)
 
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptx
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptxPresentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptx
Presentasi TUK Ahli Madya Mekanikal.pptx_35180.pptx
 

PSU Proses Penyelenggaraan PLU @ ACB

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Papan Suis Utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas elektrik yang mula- mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum diagihkan kebahagian-bahagian lain, beban atau bangunan. Didalam PSU terdapat perkakasan suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Ia merupakan pusat kawalan serta memberi perlindungan kepada keseluruhan pemasangan. Peranan, saiz fizikal dan fungsi papan suis utama adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan papan suis itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah papan suis hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. Terdapat berbagai perkakas suis Papan Suis Utama bagi mengawal dan melindungi pengguna dan hartabenda. Umumnya terdapat 3 jenis papan suis yang biasa digunakan dan dipasang iaitu: 1.1.1 Jenis melekat di dinding (wallmounted) Jenis melekat di dinding biasanya dipasang untuk pemasangan kecil sehingga 100 Ampere.
  • 2. 2 1.1.2 Jenis Pedestal (floormounted) Jenis pedestal pula untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. 1.1.3 Jenis Cubicle atauCompartment Ialah jenis dipasang pada papan suis utama secara individu. Antara perkakas suis dan alat perlindungan yang di pasang di dalam papan suis utama ialah Pemutus Litar Udara (PLU) atau Air Circuit Breaker (ACB), Pemutus Litar Beracuan (Moulded Case Circuit Breaker) MCCB, Geganti Beban Lampau (Overload Relay), Geganti Arus Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Relay) serta Meter Faktor Kuasa (Power Factor Meter). “Pemutus litar udara (PLU)” pada papan suis utama voltan rendah adalah satu alat umtuk memutuskan dan menyambung bekalan atau disebut juga pengasing. Perkataan udara bermakna sesentuh utamanya berada didalam udara yang dilengkapi dengan komponen perlindungan yang diperlukan seperti alatubah arus, geganti, shunt trip coil supaya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik. Biasanya Pemutus Litar Udara Voltan Rendah untuk beban melebihi 600A hingga 2000A. Mengikut Peraturan 110, Peraturan-peraturan Elektrik 1994, pemutus litar udara perlu dibuat penyelenggaraan dan diuji kefungsiannya mengikut jadual atau apabila diarah oleh Suruhanjaya Tenaga agar bekalan elektrik tidak terganggu bagi keperluan untuk memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu penyelenggaraan pemutus litar udara voltan rendah perlu dilakukan dengan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran.
  • 3. 3 “Penyelenggaraan” bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut jadual perancangan atau jangkamasa tertentu samaada secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset itu boleh berfungsi dengan baik dan selamat sepanjang tempoh penggunaannya. 1.2 PENYATA MASALAH Didalam pemasangan papan suis utama voltan rendah ini, ia dilakukan bagi bertujuan mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya. Masalah yang timbul akibat kerosakan pada pemutus litar udara perlu ditandatangani seberapa segera. Namun begitu, dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan beberapa masalah lain akan timbul sama ada sebelum atau semasa kerja penyelenggaraan dijalankan. Disamping itu, keadaan dan lokasi kerosakan pada bahagian tertentu menyukarkan proses penyelenggaraan dibuat dan ditandatangani pada peringkat awal. Biasanya ia dikesan apabila keadaan kerosakannya sudah di tahap serius. Jika PLU mengalami kerosakan maka pihak pengurusan perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membaiki atau mengantikan PLU yang baru bertujuan untuk memulihkan bekalan elektrik yang ternganggu. Semasa membuat penyelenggaraan PLU kerap berlakunya kesukaran apabila mahu “Rack-out” dan “Rack-in” PLU kerana bahagian-bahagian mekanikal yang mungkin tidak diminyakkan atau gris boleh menyebabkan berkarat dan mengalami kesukaran semasa proses memasukkan atau mengeluarkan PLU.
  • 4. 4 Sehubungan itu, konsep, prinsip dan sistem penyelenggaraan perlulah diketahui dan difahami serta perancangan dengan penuh teliti supaya tidak berlakunya kesilapan selepas penyelenggaraan siap dilakukan. Selain itu dengan adanya perbincangan dan penyelidikan yang dilakukan ia boleh mengelakan berlakunya kekerapan gangguan bekalan elektrik kepada penghuni kuarters. Setelah siap sahaja projek ini dilakukan ia boleh memberi manfaat kepada semua penghuni kuarters di blokC. 1.3 OBJEKTIFPROJEK Matlamat projek ini juga adalah untuk mengetahui tatacara bagaimana untuk mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di Papan Suis Utama Voltan Rendah (PSU). Maka objektif projek ini adalah seperti berikut: i. Mengukur dan merekodkan voltan masuk. ii. Memelihara atau memanjangkan jangka hayat Pemutus Litar Udara. iii. Meningkatkan keupayaan Pemutus LitarUdara.
  • 5. 5 1. 4 KEPENTINGANPROJEK Tujuan utama laporan ini disediakan adalah bagi kerja meliputi penyelenggaraan dan pengujian pemutus litar udara serta mengenalpasti punca kerosakan yang berlaku pada pemutus litar udara voltan rendah (PLU) dan tindakan yang perlu diambil agar berkesan dan sistematik. Sekiranya pemutus litar udara mengalami kerosakan, maka kerja-kerja baikpulih atau pengantian perlu dilakukan serta merta. Jika sebaliknya, hanya kerja-kerja penyelenggaraan sahaja yang perlu dilakukan terhadap pemutus litar udara. Selain daripada itu, laporan ini juga boleh menjadi sebagai panduan asas bagi generasi akan datang dalam kerja-kerja penyelenggaraan pemutus litar udara. Disamping mengikut prosedur dan langkah-langkah selenggara yang betul. Seseorang penyelenggara itu juga perlu mematuhi dan mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan diri sendiri, alat, bangunan dan pengguna lain. Standard piawai pemasangan elektrik didalam bangunan atau premis perniagaan menetapkan sesuatu pemasangan dan kelengkapan elektrik perlu diselenggara sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna. Ini dinyatakan dengan jelas didalam Akta 447: Peraturan – peraturan Elektrik 1994:
  • 6. 6 1. Peraturan 110(1): “Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah – langkah awasan hendaklah dipatuhipada setiap masa untuk mencegahbahaya.” 2. Peraturan 110(3) menyatakan selain daripada pepasangan domestic, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang- kurangnya sekali setiap lima (5) tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh SuruhanjayaTenaga. Oleh yang demikian tujuan sebenar senggaraan yang dilakukan adalah perkara penting untuk : i. Memastikan jangka hayat peralatan dapatdipanjangkan ii. Mengurangkkan kos pembaikan atau operasi. Senggaraan yang berkesan mengurangkan gangguan bekalan akibat kerosakan ;dan iii. Memastikan dan meningkatkan daya harap peralatan dan komponen sistem kuasa. 1.5 SKOP PROJEK Skop kerja kali ini lebih fokus kepada penyenggaraan Pemutus Litar Udara Voltan Rendah (PLU) ataupun Air Circuit Breaker(ACB). Skop kerja juga melibatkan kerja- kerja : i. Memberi notis dan pengumuman untuk memutuskanbekalan. ii. Memohon surat kebenaran bekerja (permit towork). iii. Memutuskan bekalan elektrik.
  • 7. 7 iv. Menyenggara pemutus litarudara. v. Menguji pemutus litarudara. vi. Menyambung bekalanelektrik.
  • 8. 8 HENTI TUGAS PAPAN SUIS UTAMA PROSES PENYELENGGARAAN / PENGUJIAN PLU @ ACB MULA TUGAS PAPAN SUIS UTAMA BAB 2 METODOLOGI PROJEK 2.1 PENGENALAN Terdapat tiga peringkat utama yang perlu diberi perhatian apabila melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pemutus litar udara ini. Peringkat yang pertama ialah sebelum melakukan penyelenggaraan iaitu proses mematikan bekalan atau henti tugas di PSU. Peringkat yang kedua pula ialah proses mengeluarkan atau “rack out” pemutus litar udara daripada kerangka utama dan membuat penyelenggaraan serta pengujian. Peringkat yang terakhir ialah proses menghidupkan semula bekalan atau mula tugas di PSU. Berikut ialah carta aliran bagi ketiga-tiga peringkattersebut: Rajah 2.1: Carta blok prosedur selenggaraan Pemutus Litar Udara.
  • 9. 9 2.2 CARTAGANT Bagi menetapkan projek yang bakal dilaksanakan mendapat hasil yang sempurna, perancangan yang teliti dan teratur perlu diujudkan. Oleh itu penggunaan Carta Gant adalah kaedah terbaik serta ianya mudah untuk difahami. Selain itu perancangan yang tersusun memudahkan pegawai untuk menyelia setiap kerja yang bakal dilaksanakan. Bulan/Tahun Jun 2018 Julai 2018 Ogos 2018 Sep. 2018 Oct. 2018 minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Penyediaan surat cadangan Kerja Penyelenggaraan Kelulusan surat cadangan Kerja Pembelian bahan/alatan kerja / perlantikan Kontraktor Pengeluaran Notis Gangguan Bekalan dan Edaran Umum Pengeluaran waran Kerja (PTW) Perlantikan Pekerja/petugas Perlaksanaan Kerjaselenggaraan
  • 10. 10 Pembatalan waran Kerja (PTW) Pemyediaan dan penyerahan dokumen Penyiapan/ujian PETUNJUK Perancangan Perlaksanaan Jadual 2.1: Carta Gant yang digunakan bagi perlaksanaan projek.
  • 11. 11 2.3 KOS PROJEK Kos adalah sesuatu yang perlu diambil kira bagi memastikan bahawa perkara yang hendak dibelanjakan memberi pulangan yang berbaloi kepada pihak pengurusan. Dalam hal ini pegawai yang dipertanggungjawabkan perlu menitikberatkan tindakan yang sewajarnya apabila membelanjakan wang. Oleh itu senggaraan berkala perlulah dilakukan dengan bijak dan berkesan agar pihak pengurusan tidak mengalami kerugian. Jadual 2.2 merupakan kos anggaran minimum yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Pemutus Litar Udara. Bil Perkara Pemasangan Baru ( RM ) Selenggara ( RM ) Jumlah RM 1 Kelengkapan Papan suis utama voltan rendah 400V, 50Hz berkadaran 600-800A lengkap dengan PLU, peranti perlindungan OCR/EFR RM 1000.00 RM 1000.00 2 Kerja-kerja pemasangan papan suis / penggantian kerosakkan perkakasan 3 Kerja-kerja pengujian dan setting geganti OCR/EFR RM 1500.00 RM 1500.00 4 Kos Pekerja ( 2 orang kompeten dan 2 pembantu) RM 400.00 RM 400.00 JUMLAH RM 2400.00 Jadual 2.2: Kos Senggaraan
  • 12. 12 MULA TIADA PENGUJIAN YA TAMAT BATALKAN PTW AMBIL BACAAN ONKAN PLU SEKIRANYA BACAAN PENGUJIAN TIDAK BAIK BUAT SELENGGARAAN MEMBUAT SELENGGARA PADA PLU @ ACB OFFKAN BEKALAN DAPATKAN PTW DAN KELUARKAN NOTIS TENTUKAN JENIS SENGGARAAN 2.4 CARTA ALIRANPENYELENGGARAAN Rajah 2.2: Carta Aliran Penyelenggaraan.
  • 13. 13 2.5 AMALAN KESELAMATAN 2.5.1 Peraturan-Peraturan Elektrik1994 Langkah Awasan Keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa bekerja (Peraturan 112,113 dan 122, PPE 1994). Selaras dengan Peraturan-peraturan tersebut, semua pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi sepenuhnya. Malainkan jika selainnya dijadikan suatu kesalahan di bawah akta, seseorang yang melanggar atau tidak mematahui mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu ( 1 ) tahun atau kedua- duanya. 2.5.2 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 “Sesuatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang- orang yang sedang bekerja” Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OSHA,1994 ) Bahagian VI Seksyen 24-1 Kewajipan Am Pekerja Yang Sedang Bekerja a) Beri perhatian keselamatan diri dan oranglain,
  • 14. 14 b) Bekerjasama dengan majikan bagi maksud keselamatan mengikut kehendakAKTA, c) Memakai Peralatan Perlindungan Diri yang disediakan olehmajikan, d) Mematuhi apa-apa arahan yang disediakan oleh majikan berkaitan dengankeselamatan. Kewajipan sebagai pekerja untuk memakainya, jika tidak denda RM1,000.00 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali. 2.5.3 Prosedur KeselamatanAm i. Pastikan kerja- kerja senggaraan dilaksanakan oleh orang atau dibawah kawalan orangkompeten. ii. Pastikan pemasangan yang hendak disenggara telah dibuktikan mati mengikut prosedur. iii. Arahan bertulis (PTW) telah deperolehi mengikut keperluan. iv. Laksanakan “Tool Box Talk” (Taklimat Kerja) sebelum kerjadijalankan. v. Peralatan perlindungan diri (PPD) hendaklah digunakan mengikut keperluan senggaraan contohnya kasut keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan yang sesuai, cermin mata keselamatan dansebagainya. vi. Pastikan peralatan kerja dalam keadaanbaik. vii. Pastikan bahan berbahaya (racun, menghakis) dilebal dengan sempurna dan disimpan denganbaik. viii. Pastikan kawasan yang berbahaya telah dihadang dengan sebaiknya contohnya menggunakan pitakeselamatan.
  • 15. 15 ix. Data dan maklumat senggaraan hendaklah direkodkan dengan sempurna dan disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan masahadapan. 2.5.4 Kesedaran Keselamatan Am (General safetyAwareness)  Pakai gogal, topi keledar, face mask, dan kasut keselamatan yang sesuai untuk kerja dan mengelakkan kecederaan. Sandal atau open toe adalah tidakdibenarkan.  Dilarang membuang sampah ke dalam longkang atau mana-manasahaja. Buangkan di dalam plastik yang disediakan.  Berlari dan permainan kasar adalah tidak dibenarkan ditempatkerja.  Dilarang sentuh atau operasi mesin atau peralatankilang.  Laporkan sebarang keadaan dan tindakan yang tidak selamat kepadapenyelia.  Sebarang kecederaan perlulah dilaporkan secara serta merta kepada penyelia dan mendapatkan pertolongancemas.  Memberitahu sesiapa yang berada dalam bangunan sekiranya berlaku kebakaran. dengan membunyikan penggerakebakaran.  Tinggalkan bangunan dengan segera jika terdengar bunyi penggerakebakaran.  Merokok di tempat yangdisediakan.  Keselamatandidahulukan. Gambar 2.1: Taklimat Kesedaran Am
  • 16. 16 2.5.5 Langkah Persediaan dan “KESELAMATAN” di bilik SuisUtama Langkah keselamatan di dalam bilik suis utama adalah sangat penting. Semasa berkerja di dalam bilik suis utama, aspek keselamatan sangat ditekankan. Sebarang kecuaian semasa berkerja di bilik suis utama boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-  Memasang tali penghadang dan memasang papan tanda di hadapan pintu masuk bilik suis utama. Ia perlu untuk menghalang dan memberitahu orang-orang yang tidak berkenaan supaya tidak memasuki kawasan kerja terutama berhampiran papan suis. Papan notis yang sesuai diletakkan ialah “KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG DILAKUKAN” dan “DILARANG MASUK”. Ia seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 2.2 dan 2.3dibawah. Gambar 2.2: Papan-Papan Tanda Yang digunakan.
  • 17. 17 Gambar 2.3: Papan-Papan Tanda Yang digunakan.  Mengesan benda-benda dan gas-gas berbahaya di dalam bilik suis utama. Benda- benda yang perlu diperhatikan termasuklah sarang-sarang burung, struktur bilik suis utama serta binatang seperti ular dan lain-lain. Manakala pengudaraan yang elok amat perlu bagi memastikan jika terdapat gas-gas berbahaya yang terkumpul di dalam bilik suis utama dapat dialirkankeluar.  Memeriksa alat pemadam api supaya sentiasa berada ditempatnya dan dalam keadaan sentiasa sedia untuk digunakan. Pemadam api yang sesuai digunakan bagi perkakas atau radas elektrik ialah jenis pemadam api jenis karbon dioksida CO2 . Pemadam api jenis ini sesuai digunakan kerana ia bersih dan tidak mengotorkan serta tidak perlu dbersihkan setelah digunakan keatas peralatan atau perkakas elektrik.
  • 18. 18 Gambar 2.4: Alat Pemadam Api CO2  Memastikan gambar rajah skematik papan suis utama terdapat di dalam atau berhampiran papan suis utama. Ia perlu kerana kedudukkan pemutus litar udara mestilah berpandukan gambar rajah skematik papan suisutama.  Memastikan terdapat carta pertolongan cemas di dalam atau berhampiran papan suis utama. Ia adalah sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemalangan terhadap pekerja. Dan lebih penting ialah orang kompeten atau orang yang melakukan kerja mestilah tahu tentang langkah kecemasan yang perlu diambil jika berlaku sebarangkemalangan. Gambar 2.5: Carta Pertolongan Cemas
  • 19. 19  Memastikan terdapat tikar getah yang diletakkan di papan suis utama. Ia mestilah mematuhi standard atau garis panduan seperti yang telah ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Saiz tikar getah yang dibenarkan ialah 5mm × 450mm ×300mm.  Memastikan pencahayaan di dalam bilik suis utama dalam keadaanterang. Lampu kecemasan juga perlu dipastikan dalam keadaan baik.  Memastikan terdapat alat perkakas untuk kerja – kerja senggaraan mengeluarkan Pemutus LitarUdara.  Menyemak kedudukkan Pemutus Litar Udara yang hendak di senggara. Ia untuk mengelak kesilapan semasa memutuskanbekalan.  Menyemak dan mencatit bacaan meter di papan suis utama. Kita hendaklah mencatat segala bacaaan meter yang terdapat pada papan suis utama seperti bacaan Ammeter danVoltmeter.  Memeriksa laporan buku senggaraan kerja terdahulu. Sebarang catitan terdahulu boleh diguna pakai untuk rujukan kerja yang akan dijalankan.
  • 20. 20 2.5.6 Perkakas Penyelenggaraan Dan AlatPengujian Sebelum memulakan kerja-kerja penyelenggaraan, semua alat dan perkakas selenggara perlu dipastikan mencukupi. Semua alat pengujian dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Alat pengujian yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan pengujian yang hendak dijalankan. NO GAMBAR PERKARA KUANTITI 1. Pemutar Skrew Secukupnya 2. Kertas Pasir Secukupnya 3. Manual Charging Handle 1 Set 4. Spray Grease 1 Tin 5. WD 40 1 Tin
  • 21. 21 6. Vaseline 1 Unit 7. Berus 1Batang 8. Multimeter 1 Unit 9. Insulation Tester Meter 1 Unit 10. Ammeter Clamp 1 Unit Jadual 2.3: Perkakas penyelenggaraan.
  • 22. 22 2.6 OPERASI HENTI TUGAS PAPAN SUIS UTAMA Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan ini dilakukan, amatlah penting untuk memastikan bekalan kuasa dimatikan terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan orang kompetan yang melakukan penyelenggaraan selamat daripada terkena kejutan elektrik dan dapat bekerja dengan selamat. Menurut Akta dan Peraturan Bekalan Elektrik (Peraturan 71). Tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apa-apa penyelenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan perlakuan mana-mana pepasangan atau kelengkapan dan pengesanan kerosakan kabel melainkan jika dia memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai seorang kontraktor perkhidmatan elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini. 2.6.1 Tentukan JenisSenggaraan  Mengenal pasti perkakas-perkakas suis dalam Papan Suis Utama untuk di selenggara serta di uji yang perlu dan akan dilakukan. Sama ada senggaraan Pemutus Litar Udara (PLU), Kapasitor Bank, Busbar Coupler, Geganti(Relay), Alatubah arus dansebagainya. 2.6.2 PermitKerja  Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompetenboleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang di bawah kawalannya (Peraturan Elektrik 113).
  • 23. 23 2.6.3 KeluarkanMemo/Notis  Memo atau notis bertulis ini pula adalah surat siaran yang perludikeluarkan untuk memaklumkan kepada pengguna-pengguna berkaitan bahawa akan berlaku gangguan bekalan elektrik disebabkan kerja-kerjapenyelenggaraan.  Memo atau notis bertulis ini perlu dikeluarkan 72 jam sebelum melakukan kerja- kerjapenyelenggaraan. 2.6.4 Kelengkapan Peralatan Kerja DanPembantu.  Peralatan kerja mesti dipastikan mencukupi dan berkerja secara berkumpulan sekurang-kurangnya duaorang. 2.6.5 Tanda Amaran Bahaya Dan PersediaanAwal  Tanda amaran hendaklah diletakan diluar pintu bilik papan suis dan pintu bilik hendaklah sentiasa dibuka untuk pengudaraan yang baik. Selain daripada itu, pasti terdapat kelengkapan asas yang lain didalam bilik papan suis seperti carta pertolongan cemas, sistem pemadam api, papan tanda bahaya, peti pertolongan cemas, rajah skematik dan buku log papansuis. 2.6.6. MatikanBekalan  Sebelum mematikan bekalan elektrik, semua pengguna hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu dan sistem pemadam api berada dalam keadaanmanual/off.
  • 24. 24 2.6.7 Rekod Bacaan Jangka/PekakasSuis  Catatkan semua bacaan jangka di dalam servis sheet yang disediakan dan tentukan kedudukan perkakas samada dalam keadaanON/OFF. Rajah 2.3: Carta Aliran Henti Tugas Papan Suis Utama
  • 25. 25 Bil. Senarai tugasan Jadual 2.4: Menyediakan keperluan peralatan pemasangan dan penyelenggaraan serta pengujian kefungsian Papan Suis Utama. Bil. Senarai tugasan Sebelum Semasa Selepas 1 Terima laporan kerosakan -Lawatan tapak -Memohon PTW 2 Persediaan PPE 3 Persediaan peralatan kerja 4 Persediaan alat pengujian -Multimeter -Insulation tester meter 5 Masuk bilik MSB -Pengudaraan -Pencahayaan -Alat pemadam api dan sebagainya -Manualkan alat pemadam api 6 Penutupan bekalan -Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot lamp -Matikan beban, MCB, MCCB. -Matikan PLU -Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot lamp 7 Mengeluarkan PLU (Rack Out) -Letak atas tikar getah -Kerja selenggara PLU
  • 26. 26 8 Pengujian PLU -Keserataan -Keterusan -Rintangan penebatan 9 Memasukkan PLU -Rack in PLU -Onkan PLU -Ambil bacaan Voltmeter, Ampmeter dan pilot lamp 10 Memulihkan bekalan -Beritahu bekalan akan dipulihkan -Onkan, MCCB, MCB, beban. -Kesan kelainan pada MSB (Hangit, sparking dsb) 11 Kerja housekeeping -Kemas kawasan kerja -Tutup pintu bilik MSB 12 Batalkan PTW
  • 27. 27 2.7 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PEMUTUS LITARUDARA Sebelum melakukan kerja – kerja selenggara Pemutus Litar Udara Voltan Rendah, hendaklah dimatikan dan diasingkan terlebih dahulu. Di antara langkah – langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut :-  Orang Kompeten hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Berkerja (Permit to Work) daripada pihak pelanggan / pemunya premis sebelum sebarang kerja dilakukan dan diawasi oleh penyelia atau orang kompetenpremis.  Pengguna hendaklah diberi notis terlebih dahulu sebelum bekalan diputuskan. Ia perlu bagi memastikan tiada mesin atau peralatan elektrik yang masih beroperasi ketika bekalandimatikan.  Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu (seorang chargeman dan seorangpekerja).  Pastikan kunci pintu, tikar getah, alat pemadam api, tanda AWAS, BAHAYA 415V, DILARANG MASUK berada didalam keadaanbaik.  Pastikan meter-meter pada Papan Suis Utama seperti ammeter, voltmeter, power faktor meter dan sebagainya didalam keadaan baik danberfungsi.  Pastikan lampu-lampu penunjuk semuanya menyala dan jelaskelihatan.
  • 28. 28 Gambar 2.6: Papan Suis Utama.  Sebelum membuat apa-apa kerja anda hendaklah berdiri diatas tikar getah dan memakai kasutkeselamatan.  Catat bacaan meter Volt danAmpiar.  Matikan bekalan keluar dari beban kecil hingga beban yang besar. Ia bertujuan untuk mengelak berlakunya percikan arka yang tinggi semasa bekalan di Pemutus Litar Udara diputuskan. Kaedah ini juga dapat memastikan keselamatan pada Pemutus Litar Udara supaya tahan lebihlama.  Perhatikan bacaan Ammeter, pastikan bacaan Ammeter 0 Amp. Ini menunjukkan semua bekalan ke beban telah diputuskan. Walaubagaimanapun Voltmeter masih lagi ada bacaan iaitu415volt.  OFF kan Pemutus Litar Udara dengan menekan butang tekan OFF dan pastikan bacaan pada Voltmeter adalah 0 volt lampu penunjuk bekalan telahpadam.
  • 29. 29 Gambar 2.7: TekanButtonOFF/TRIP Gambar 2.8: Meter Volt /Amp  Buka pintu kompartment pemutus litar udara dan releasekan interlock pemutus litar udara langkah demi langkah serta tarik keluar pemutus litar udara peringkat demi pringkat dengan menggunakan handle yang tersedia mengikut jenis pemutus litar udara yang dipasang. Akhirnya keluarkan pemutus litar udara dari kompartmentnya. Gambar 2.9: Pemutus Litar Udara Yang Hendak Dikeluarkan (Rack Out)
  • 30. 30  Semasa Pemutus Litar Udara ini dikeluarkan terdapat empat kedudukkan iaitu seperti berikut:-  Kedudukkan Tersambung(CONNECTED) Di mana kedua – dua litar iaitu litar utama dan kawalan masih bersambung sepenuhnya.  Kedudukkan Ujian (TEST) Kedudukkan di mana litar utama telah diputuskan tetapi litar kawalan masih lagi bersambung bagi membolehkan ujian gegelung pelantik(Shunt Trip Test) dilakukan.  Kedudukkan Mengasing (ISOLATED) Kedudukkan di mana kedua-dua litar utama dan litar kawalan telah terputus dari bekalan elektrik sepenuhnya.  Kedudukkan Selamat (SAFEPOSITION) Kedudukkan di mana Pemutus Litar Udara tidak terus jatuh dari tempatnya dan bersedia untuk dikeluarkan. Rajah 2.4: Kedudukkan Pemutus Litar Udara (PLU).
  • 31. 31  Setelah pemutus litar udara dikeluarkan dari kerangka utama, pemutus litar udara hendaklah diletakkan di atas tikar getah. Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengujian, semua peralatan dan perkakasan hendaklah berada berhampiran dengan pemutus litarudara.  Tutup pintu kompartment pemutus litar udara dan gantung “Awas” atau “Bahaya” pada kompartment pemutus litar udara voltan rendahtersebut. Gambar 2.10: Papan TandaYang Telah Digantung Pada Pemutus LitarUdara. Gambar 2.11: Pemutus Litar Udara (PLU) diletak diatas tikar getah.
  • 32. 32  Buka dan tutup Pemutus Litar Udara beberapa kali secara manual dan pastikan tanda ON (I) dan OFF (O)berfungsi.  Membersihkan dan melapkan bahagian-bahagian Pemutus Litar Udara yang berhabuk dan kotor dengan kain dan minyak lap untuk memudahkan aktiviti semasa Pemutus Litar Udaraberoperasi.  Periksa semua nat dan bolt yang terdapat pada Pemutus Litar Udara dengan menggunakan spannar, ketatkan nat dan bolt yanglonggar.  Memeriksa dan membersihkan Pemutus Litar Udara terutama di bahagian penyerap arka (arc chute) dengan membuang debu dan habuk arka. Keluarkan perangkap arka dan bersihkan habuk dan debu dengan menggunakan kuasa angin (blower) atau penyeduthampagas.  Memeriksa dan meletakkan minyak gris di bahagian sliding contact dan main roller. Minyakkan bahagian Pemutus Litar Udara yang bergerak dengan petroleum jelly.  Memeriksa dan minyak di bahagian mekanisme pensuisan (switching mechanime) Pemutus Litar Udara dengan menggunakan semburan anti karat (WD40). Ia lebih tertumpu pada bahagian spring di dalam Pemutus LitarUdara.
  • 33. 33  Memeriksa dan membersihkan dibahagian kutub sesentuh tetap dan sesentuh bergerak. Dengan menggunakan kertas pasir gosokkan bahagian sesentuh arka (arc contact) yang terdapat pada sesentuh tetap dan sesentuh bergerak. Tujuannya ialah untuk memastikan keserataan pada permukaan sesentuharka. Gambar 2.12: Kerja-Kerja Membersihkan Sesentuh Sedang Dilakukan.
  • 34. 34 2.8 PENGUJIAN TERHADAP PEMUTUS LITAR UDARA(PLU) Pemutus Litar Udara mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada didalam keadaan tengang (tension) untuk menolak dengan pantas sesentuh bergerak untuk tutup dengan sesentuh tetap. Ujian operasi – ON dan OFF kan Pemutus Litar Udara untuk memastikan ianya boleh dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja. Gambar 2.13: Ujian Mekanikal Pemutus Litar Udara  Buat ujian tripping menggunakan pushbutton.  Buat ujian tripping menggunakan Shunt TripCoil.  Ujian rintanganpenebatan.  Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari nilai yang disyorkan oleh pembuat pemutus litarudara.  Periksa main contact dan bersihkan jikaperlu.  Rapatkan sesentuh utama jika perlu, sentuhan tekanannya hendaklah mencukupi danseimbang.
  • 35. 35  Minyakkan bahagian-bahagian yang bergerak dengan cecair pelincir yang disyorkan opeh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.  Pemutus litar udara (PLU) yang telah siap di selenggara perlu dilakukan pengujian. Terdapat empat pengujian yang perlu dilakukaniaitu: ► UjianKeserataan o Ujian keserataan lebih tertumpu kepada sesentuh arka pada Pemutus Litar Udara. Ia dilakukan bagi menilai keserataan permukaan sesentuh arka. Caranyaialahdenganmeletakkankertaskarbondiantarasesentuhutama dan tetap dalam keadaan terbuka. On kan Pemutus Litar Udara, kemudian tekan butang pelantik (trip) pada pemutus litar udara. Dapatkan hasil ujian, jika hasil ujian menunjukkan sesentuh arka tidak rata, gosokkan dengan kertas pasir dan ulangi ujian keserataan. Gambar 2.14: Ujian Keserataan Pemutus Litar Udara
  • 36. 36 ► UjianKeterusan o Ujian ini dilakukan dengan menggunakan multimeter. ON kan Pemutus Litar Udara dan laraskan multimeter pada unit Ohm (Ω) serta uji pada bahagian pengalir iaitu di bahagian masukan (incoming) dan keluaran (outgoing) bagi setiap fasa serta dapatkan bacaan. Bacaan yang elok ialah 0 Ohm dan kebawah. Gambar 2.15: Ujian Keterusan untuk setiap fasa (pastikan ada keterusan semasa ON dan tiada keterusan semasa OFF). ► Ujian Keterusan GelongPelantik o Ujian ini dilakukan keatas gegelung pelantik dan gegelung under voltage. Dapatkan bacaan ujian. Bacaan mestilah dalam unit Ohm (Ω) atau kilo Ohm(kΩ). Gambar 2.16: Ujian Keterusan Gelung Pelantik.
  • 37. 37 ► Ujian RintanganPenebatan ○ Ujian ini dijalan bagi memastikan tiada arus bocor diantara pengalir- pengalirbertebat. ○ Supaya tiada berlaku kebocorankebumi. ○ Kebocoran pada mana-mana bahagian logam akan manyebabkan terdapatnya arus elektrik pada bahagian logam itu dan membahayakan pengguna. ○ Mengikut Peraturan IEE 713-04, rintangan penebatan antara konduktor hidup dan diantara setiap konduktor hidup dan bumi hendaklah diukur sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan dan semasa penyelenggaraan. ○ Alat yang digunakan ialah Insulation Tester Meter. ○ Alat ini berupaya mengeluarkan voltan 2 kali ganda voltan bekalan. Ini untuk memecahkan mana-mana penebatan yang lemah di dalamlitar. ○ Alat penguji ini juga dapat mengeluarkan arusterus. ○ Pengalir yang perlu diuji:  Fasa merah dengan fasa kuning =MΩ  Fasa kuning denganfasabiru =MΩ  Fasa biru denganfasamerah =MΩ  Fasa merahdenganbumi =MΩ  Fasa kuningdengan bumi = MΩ  Fasa birudenganbumi =MΩ
  • 38. 38 Insulation Meter ACB Connector outgoing ACB Connector incoming Gambar 2.17: Ujian Rintangan Penebatan Sedang Dilakukan. Gambar 2.17.1: Ujian penebatan diantara fasa dengan fasa iaitu fasa merah dengan fasa kuning. Pastikan bacaan adalah dalam unit Mega Ohm(MΩ).
  • 39. 39 Gambar 2.17.2: Pengujian rintangan penebatan antara fasa dengan bumi.
  • 40. 40 2.9 SELEPAS PENYELENGGARAAN PAPAN SUISUTAMA Aktiviti pengawasan dan pemeriksaan harus dititik beratkan selepas penyelenggaraan a) Memastikan Bilik Papan Suis Utama dan sekelilingnya telahdibersihkan. b) Membatalkan Permit kerja penyelenggaraan oleh orangkompeten. c) Memastikan sekeliling dan keadaan bilik Papan Suis Utama selamat dan bebas daripada sebaranghalangan. d) Memastikan tiada orang berada dalam bilik Papan SuisUtama. e) Orang Kompeten memberikan bekalan elektrik semula ke Papan SuisUtama. f) Memastikan arus sudah dialirkan ke semua panel dalam PapanSuisUtama. g) ON Pemutus LitarUdara. h) Menguji Pemutus LitarUdara. i) Menguji bacaanvoltmeter. j) Menguji voltan fasa 230V – Fasa Neutral dan 400V fasa ke fasa. Voltan Verasi yang dibenarkan ialah: - +10% atau -6% daripada voltansebenar. k) Beritahu pengguna/operator lain bahawa bekalan elektrik telah dibekalkan semula. l) Tentukan Faktor Kuasa berada 0.85 keatas m) Catatkan tarikh senggaraan dibuat. Rekodkan bahagian yangdibaiki. n) Kemaskanperalatan o) Tunggu sehingga tiga dan empat minit. Jika tiada sebarang kerumit, boleh tinggalkan bilikkawalan. p) Laporkan kepada penyelia/jurutera bahawa kerja telah siapdibuat.
  • 41. 41 2.10 OPERASI MULA TUGAS PAPAN SUISUTAMA Setelah proses penyelenggaraan dan pengujian selesai dilakukan, papan suis utama perlu dihidupkan semula bekalannya. Bermula pada kedudukan “isolate”, Pemutus Litar Udara akan dipacu menggunakan lengan yang disediakan kedalam rangka sehingga pada kedudukan “test” dan “service”. Proses ini dinamakan sebagai “Rackin”. Gambar 2.18: Proses “Rack in” Pemutus Litar Udara.
  • 42. 42 2.10.1 Rekod bacaan jangka/perkakassuis  Pastikan semua kerja-kerja senggaraan telah selesai dijalankan dan tiada peralatan yang tertinggal. 2.10.2 LangkahKeselamatan  Reset geganti perlindungan, periksa fius dan pastikan semua perkakas suis ke beban dalam keadaan OFF. 2.10.3 Menghidupkan Pemutus LitarUdara  Sebelum menghidupkan Pemutus Litar Udara, maklumkan kepada pengguna terlebih dahulu. Hidupkan perkakas suis dari beban yang besar kepada yang kecil. Gambar 2.19: Proses menghidupkan Pemutus Litar Udara.
  • 43. 43 2.10.4 Semak dan Catit BacaanMeter  Rekod semua bacaan dalam jangka dalam servis sheet dan bandingkan sebarang perubahaanbacaan. Gambar 2.20: Semak dan Catit bacaan Meter. 2.10.5 Memastikan Tiada Berlaku Perlantikan  Tunggu beberapa waktu sekitar 5 hingga 10 minit untuk memastikan tiada beban lampau atau litar pintas yang berlaku. 2.10.6 Rekod Dalam Buku Selenggara (BukuLog)  Catatkan semua butir-butir kerja yang telah dijalankan dan tindakan yang telah dibuat dalam bukuselenggaraan.
  • 44. 44 2.10.7 Kemas Peralatan dan Batal PTW  Sebelum meninggalkan bilik suis, pastikan keadaan bilik bersih dankemas. Sistem pemadam kebakaran hendaklah disetkan semula dalam keadaan Auto dan langkah terakhir ialah batal permit kerja(PTW).
  • 45. 45 BAB 3 PENEMUAN, ANALISIS DAN HASIL PROJEK 3.1 PENGENALAN Segala alat perlindungan elektrik perlu dijaga dengan baik disamping perlu diselenggara dan diuji bagi menjamin keberkesanan alat pengasing dan perlindungan berkenaan keberkesanan sesuatu alat perlindungan bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa pengguna dan alat itu sendiri tetapi turut menyelamatkan peralatan lain daripada berlaku kerosakan. Setiap alat pengasing dan perlindungan yang diselenggara dan diuji apabila didapati terdapat keadaan atau keputusan ujian yang tidak normal, maka alat perlindungan tersebut perlu dirawat atau dibaikpulih. Proses ini perlu dilakukan supaya alat perlindungan berkenaan dapat terus berfungsi dengan baik dan menjimatkan kos.
  • 46. 46 3.2 ANALISAPENGUJIAN Segala ujian dijalankan terhadap pepasangan Pemutus Litar Udara (PLU), secara keseluruhan pemutus litar udara berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda tidak normal pada pemutus litar udara. Walau bagaimanapun, apabila beberapa pengujian dijalankan terhadap pemutus litar udara, terdapat keadaan tidak normal pada sesentuh arka. Jadual dan gambar foto dibawah menunjukan keputusan bagi setiap pengujian yang telahdijalankan. JENIS PENGUJIAN PERKARA YANG DIUJI KEPUTUSAN UJIAN NILAI STATUS Keterusan R in – R out OK Y in – Y out OK B in – B out OK Penebatan R in – Y in 1250MΩ OK Y in – B in 1250 MΩ OK B in – R in 1250 MΩ OK R out – Y out 1250 MΩ OK Y out – B out 1250 MΩ OK B out – R out 1250 MΩ OK Gelung Pelantik litar mati 246 Ω OK bekalan 230V 237 Ω OK Keseratan Jadual 3.1: Keputusan pengujian yang dijalankan.
  • 47. 47 Gambar 3.1: Keputusan Ujian Keserataan Sesentuh Arka. Daripada gambarajah keputusan ujian keserataan yang dijalankan, jelas menunjukan bahawa salah satu sesentuh arka berkenaan tidak mencapai sentuhan rata 80% dan ini akan menyebabkan berlaku percikan dan mengurang pretasi dan kecekapan Pemutus Litar Udara. Masaalah ini mungkin terjadi akibat arka atau kotoran pada permukaan sesentuh arka berkenaan.
  • 48. 48 3.3 TINDAKAN PEMULIHAN Bagi mengatasi masaalah ini, permukaan sesentuh arka berkenaan perlu diratakan atau digosok dengan menggunakan kertas pasir. Semasa melakukan kerja ini, keselamatan amatlah diutamakan. Ini kerana, tangan atau jari boleh tersepit diantara sesentuh arka pada bila-bila masa. Sekiranya sesentuh arka masih tidak dapat memberi keputusan ujian sehingga 80% keserataan, maka sesentuh arka berkenaan perlu diganti. Gambar 3.2: Penggunaan kertas pasir untuk pembersihan sesentuh.
  • 49. 49 3.4 KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSANPENYELENGGARAAN BIL PERKARA SANGAT BAIK SEDERHANA BAIK TIDAK BAIK 1. Rintangan Penebatan Infiniti 2. Rintangan Sesentuh √ 3. Prestasi kendalian √ 4. Kefungsian √ Jadual 3.2: Ujian-ujian Pemutus Litar Udara (PLU). KESIMPULAN : Memenuhi kehendak pengguna danpembuat. DISAHKANOLEH : Yushairie Bin Yusoff TANDATANGAN : …............................................. PERKARA JAN FEB MAR. APRIL MAY JUNE JULY AUG. SEPT. OCT. Analisis Kerosakan Bulanan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ Jadual 3.3: Analisis terhadap aduan kerosakan. Kesimpulan: Ini menunjukan bahawa mutu pembuat Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara adalah sangat baik Nota: √ - Tiada kerosakan berlaku X - Ada kerosakanberlaku XX - Ada kerosakan berlakuberulang
  • 50. 50 Daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pengguna Papan Suis Utama, kedua-dua faktor yang dinyatakan adalah berada dalam nilai purata 4.5, maka pengguna pemutus litar udara dikatakan adalah berpuas hati. Sistem pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan adalah bagi memastikan kelancaran dan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping meminimakan kos penyelenggaraan yang dilakukan. Selain itu, untuk mengetahui keberkesanan kerja penyelenggaraan yang dilakukan dengan menganalisa hasil kerja yang telah siap dilakukan serta mengambilkira maklum balas daripada pengguna tersebut. Maklumbalas daripada pengguna Papan Suis Utama dan kerja penganalisaan semua akan dapat memberikan keputusan kepada jawapan berkesankah atau tidak kerja penyelenggaraan yang dijalankan disamping memenuhi tahap permintaan dan kepuasan pengguna papan suis. Ia penting bagi memastikan pemutus litar udara berada dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan sempurna serta memberikan keselesaan kepadapengguna.
  • 51. 51 Perkara Analisa Frekuensi Purata 1 2 3 4 5 Perkhidmatan kerja penyelenggaraan 4 3 4 4 5 4 Kualiti kerja Penyelenggaraan 4 5 5 5 5 4.8 Masa kerja penyelenggaraan 5 5 5 5 5 5 Jadual 3.4: Jadual analisa tahap kepuasan oleh pengguna Papan Suis Utama (PSU) dan Pemutus Litar Udara (PLU). Nota: 5 - sangat memuaskan 4 - berpuas hati 3 - agak berpuas hati 2 - tidak berpuas hati 1 - sangat tidak berpuas hati Apabila penyelenggaraan Papan Suis Utama (PSU) yang dijalankan didapati segala kerosakan dapat dikesan dengan baik. Ini menunjukkan kualiti penyelenggaraan yang dijalankan adalah tinggiketepatannya.
  • 52. 52 Jadual 3.5: Peratusan Keselamatan Diselenggara
  • 53. 53 BAB 4 PERBINCANGAN, SARANAN DAN KESIMPULAN 4.1 PERBINCANGAN Papan Suis Utama adalah antara aset penting dan utama didalam sistem agihan bekalan elektrik. Di dalam Papan Suis Utama terdapat komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi pemasangan. Kekotoran dan habuk yang terdapat pada Papan Suis Utama bukan sahaja boleh mengurangkan kecekapan malah apabila sampai ke satu tahap yang kritikal yang boleh menyebabkan kerosakan yang maksimum. Kegagalan fungsi komponen perlindungan dan di tambah dengan ketidak serataan permukaan sesentuh arka adalah masaalah yang sering dihadapi oleh Pemutus Litar Udara. Sekiranya keadaan Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara ini tidak dicegah dan dirawat pada peringkat awal, kos penyelenggaraan boleh meningkat pada masa akan datang. Kerosakan dan kegagalan kefungsian alat ini boleh dicegah dengan melakukan aktiviti selenggara dan pengujian pada komponen yangbetul.
  • 54. 54 4.2 SARANAN KEKERAPAN PENYELENGGARAAN PAPAN SUIS UTAMA DAN PEMUTUS LITARUDARA Kekerapan penyelenggaraan atau pemeriksaan Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara adalah bergantung kepada syarat-syarat pemasangan, bilangan litar pintas, arus bocor dan faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan secara terperinci. Aturcara senggaraan Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara (PLU) dan jangkamasa: AKTIVITI SUKU TAHUN SETENGAH TAHUN TAHUAN 1. Memeriksa Pemutus Litar Udara √ √ √ 2. Memeriksa SesentuhTanduk √ √ 3. Memeriksa SesentuhUtama √ √ √ 4. Memeriksa Shunt TripCoil √ √ √ 5. Memeriksa Ujian Rintangan Penebatan Pemutus LitarUdara √ √ √ 6. Memeriksa Ujian tekanan Pemutus Litar Udara √ √ √ 7. Memeriksa Geganti ArusLampau √ √ √ 8. Memeriksa Geganti Arus Bocor KeBumi √ √ √ 9. Memeriksa PalangBus √ √ √
  • 55. 55 10. Memeriksa Litar Ammeter Tiga Fasa √ √ √ 11. Memeriksa Litar Voltmeter Tiga Fasa √ √ √ 12. Memeriksa Litar KWH Meter Tiga fasa √ √ √ 13. Memeriksa Litar KW meter Tiga Fasa √ √ √ 14. Memeriksa Litar Faktor Kuasa √ √ √ 15. Memeriksa kapasitor Bank √ √ √ 16. Memeriksa Suis Utama keluaran √ √ √ 17. Memeriksa Tamatan kabel Bawah Tanah √ √ √ 18. Memeriksa pembumian Papan Suis √ √ √ 19. Memeriksa Ujian Galangan Bumi √ √ √ 20. Memeriksa Kefungsian Papan Suis √ √ √ Jadual 4.1: Saranan kekerapan penyelenggaraan dan pemeriksaan Papan Suis Utama & Pemutus Litar Udara (PLU).
  • 56. 56 Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai oleh pihak pemilik bangunan atau premis untuk memastikan Papan Suis Utama sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Sebagai cadangan kepada projek ini pemilik boleh memilih jenis senggaraan yang hendak dilakukan agar dapat mengawal kos yang perlu ditanggungkelak. Kaedah Keterangan Senggaraan Reaktif Kaedah senggaraan yang hanya menjangkakan senggaraan yang perlu dibuat tanpa jadual rujukan, tindakan pembaikan dijalankan sekiranya terjadi kerosakan dan tanpa perancangan pesediaan alat ganti serta sukar dikawal. Senggaraan Pencegah Merupakan senggaraan pencegah yang dimana melibatkan kerja rombak rawat dan menukar komponen peralatan pada ketetapan masa tertentu. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja pemeriksaan fizikal, pembersihan, mengetatkan skru, membuat penjajaran, tentukur dan lain-lain lagi. Senggaraan Jangkaan Kaedah ini menjangka kerosakan yang akan berlaku berpandukan data-data hasil senggaraan yang dilakukan dalam tempoh masa tertentu. Senggaraan ini boleh dilakukan tanpa melibatkan hentitugas bagi menilai kejanggalan yang berlaku pada peralatan seperti melakukan ujian Thermal Scanning UltraSound dan lain-lainlagi. Senggaraan Proaktif Kaedah yang menambahbaik senggaraan dari segi rekabentuk (design), pemasangan, prosedur senggaraan, tenaga kerja dan alat ganti yang terancang. Jadual 4.2: Jenis-jenis senggaraan.
  • 57. 57 4.3 KESIMPULAN Konklusinya, penyelenggaraan Papan Suis Utama (PSU) Voltan Rendah adalah penting untuk menjamin keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan yang diakibatkan oleh gangguan bekalan elektrik demi kesejahteraan bersama. Dengan adanya penyelenggaraan yang diadakan dari masa ke semasa yang digunakan oleh sesiapa sahaja memberi jaminan keselamatan yang tinggi sepanjang masa penggunaannya. Selain itu, penyelenggaraan juga diadakan untuk menjaga keselamatan para orang kompeten yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan. Gangguan kerosakan elektrik dapat dikesan dengan baik dan teliti serta dapat menjaga keselamatan pada keseluruhan amnya. Kecekapan dan kualiti kerja pengurusan adalah bergantung kepada cara pengurusan yang dijalankan. Pengurusan yang cekap adalah penting untuk menentukan sistem pengurusan penyelenggaraan sesebuah Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara berjalan dengan baik. Bagi memantapkannya, setiap pekerja dan staf yang menguruskan hal tersebut perlu mempunyai pengetahuan serta kemahiran secukupnya dengan menghantar mereka menyertai kursus-kursus untuk mempertingkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Penganalisaan kerja amat penting dilakukan untuk mengetahui kelemahan kerja dari semasa ke semasa. Kesulitan dan cabaran yang dikenal pasti dalam kerja penyelenggaraan perlulah diatasi secepat mungkin dengan solusi-solusi yang berkesan supaya kerja penyelenggaraan lebih sistematik dan berjaya. Sistem pengurusan penyelenggaraan yang telah menghasilkan ketepatan sistemdan
  • 58. 58 dapat memaksimakan kualiti kerja serta meminimakan kos penyelenggaraan. Semoga laporan ini akan menjadi rujukan dan panduan untuk generasi akan datang bagi kerja- kerja penyelenggaraan dan pengujian Papan Suis Utama dan Pemutus Litar Udara (PLU).