1. Asid asetik, asid etanoik atau asid cuka adalah sebatian kimia organik yang
memberikan rasa masam dan aroma dalam makanan.
2. Rumus empirik bagi asid asetik ialah C2H4O2. Rumus ini seringkali ditulis
dalam bentuk CH3-COOH, CH3COOH, atau CH3CO2H.
3. Asid asetik tulen (disebut asid asetik glasial) adalah cecair higroskopik tak
berwarna, dan memiliki takat beku 16.7°C.
4. Asid asetik merupakan asid karboksilik yang kedua teringkas selepas asid
formik.
5. Larutan asid asetik dalam air merupakan asid lemah iaitu hanya tercerai
sebahagian sahaja yang menjadi ion H+ dan CH3COO-.
6. Dalam setahun, keperluan dunia terhadap asid asetik mencapai 6.5
juta tan setahun. 1.5 juta ton setahun diperoleh dari hasil kitar semula,
sisanya diperoleh daripada industri petrokimia mahupun dari sumber hidup.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
Tindak balas kimia
1. Asid asetik bersifat mengkakis terhadap banyak logam
seperti besi, magnesium dan zink, membentuk gas hidrogen dan garam-
garam asetik (disebut logam asetik)..
2. Asid asetik menghasilkan garam asetik apabila bertindak balas
dengan alkali, menghasilkan logam etanoat apabila bertindak balas
dengan logam, dan menghasilkan logam etanoat, air dan karbondioksida
apabila bertindak balas dengan garam karbonat atau bikarbonat.
3. Tindak balas organik yang paling terkenal dari asid asetik adalah
pembentukan etanol melalui tindak balas penurunan, Ester dan amida
dari asid asetik dapat diperoleh melalui tindak balas pengesteran Fischer.
4. Pada suhu tertentu, asid asetik terurai menjadi metana dan karbon
dioksida.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
ASID ASETIK
SIFAT FIZIK
Nama sistematik Asid etanoat, Asid asetik
Rumus molekul CH3COOH
Jisim molar 60.05 g/mol
Ketumpatan dan fasa
1.049 g cm−3, cecair
1.266 g cm−3, pepejal
Takat lebur 16.5 °C (289.6 ± 0.5 K) (61.6 °F)
Takat didih 118.1 °C (391.2 ± 0.6 K) (244.5 °F)
Keadaan Cecair tidak berwarna atau hablur
Keasidan (pKa) 4.76 pada 25 °C
RUJUKAN:
http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/rest/chemical/acetic+acid#x395
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
FORMULA STRUKTUR ASID ASETIK
CH3COOH
Formula struktur lengkap Struktur rangka Formula struktur terkondensasi
Struktur Lewis Struktur molekular (model
molekul)
Struktur resonans
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
KEGUNAAN ASID ASETIK
1. Asid asetik digunakan dalam penghasilan polimer seperti polietilena serta
pelbagai jenis serat dan kain.
2. Dalam industri makanan, asid asetik digunakan secara meluas sebagai
pengawal keasidan.
3. Sebagai pelarut: Asid asetik cair adalah pelarut protik hidrofilik (berkutub),
menyerupai air dan etanol. Asid asetik memiliki pemalar dielektrik yang
sederhana iaitu 6.2, sehingga ia boleh melarutkan baik
dalam sebatian berkutub seperi garam tak organik dan gula mahupun
sebatian tidak berkutub seperti minyak dan unsur-unsur
seperti sulfur dan iodin. Asid asetik bercambur dengan mudah
dengan pelarut berkutub atau tidak berkutub lainnya seperti air, kloroform
dan heksana. Sifat keterlarutan ini membuatkan asid asetik digunakan
secara luas dalam industri kimia.
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

Asid Asetik

  • 1.
    1. Asid asetik,asid etanoik atau asid cuka adalah sebatian kimia organik yang memberikan rasa masam dan aroma dalam makanan. 2. Rumus empirik bagi asid asetik ialah C2H4O2. Rumus ini seringkali ditulis dalam bentuk CH3-COOH, CH3COOH, atau CH3CO2H. 3. Asid asetik tulen (disebut asid asetik glasial) adalah cecair higroskopik tak berwarna, dan memiliki takat beku 16.7°C. 4. Asid asetik merupakan asid karboksilik yang kedua teringkas selepas asid formik. 5. Larutan asid asetik dalam air merupakan asid lemah iaitu hanya tercerai sebahagian sahaja yang menjadi ion H+ dan CH3COO-. 6. Dalam setahun, keperluan dunia terhadap asid asetik mencapai 6.5 juta tan setahun. 1.5 juta ton setahun diperoleh dari hasil kitar semula, sisanya diperoleh daripada industri petrokimia mahupun dari sumber hidup. NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  • 2.
    Tindak balas kimia 1.Asid asetik bersifat mengkakis terhadap banyak logam seperti besi, magnesium dan zink, membentuk gas hidrogen dan garam- garam asetik (disebut logam asetik).. 2. Asid asetik menghasilkan garam asetik apabila bertindak balas dengan alkali, menghasilkan logam etanoat apabila bertindak balas dengan logam, dan menghasilkan logam etanoat, air dan karbondioksida apabila bertindak balas dengan garam karbonat atau bikarbonat. 3. Tindak balas organik yang paling terkenal dari asid asetik adalah pembentukan etanol melalui tindak balas penurunan, Ester dan amida dari asid asetik dapat diperoleh melalui tindak balas pengesteran Fischer. 4. Pada suhu tertentu, asid asetik terurai menjadi metana dan karbon dioksida. NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  • 3.
    ASID ASETIK SIFAT FIZIK Namasistematik Asid etanoat, Asid asetik Rumus molekul CH3COOH Jisim molar 60.05 g/mol Ketumpatan dan fasa 1.049 g cm−3, cecair 1.266 g cm−3, pepejal Takat lebur 16.5 °C (289.6 ± 0.5 K) (61.6 °F) Takat didih 118.1 °C (391.2 ± 0.6 K) (244.5 °F) Keadaan Cecair tidak berwarna atau hablur Keasidan (pKa) 4.76 pada 25 °C RUJUKAN: http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/rest/chemical/acetic+acid#x395 NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  • 4.
    FORMULA STRUKTUR ASIDASETIK CH3COOH Formula struktur lengkap Struktur rangka Formula struktur terkondensasi Struktur Lewis Struktur molekular (model molekul) Struktur resonans NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  • 5.
    KEGUNAAN ASID ASETIK 1.Asid asetik digunakan dalam penghasilan polimer seperti polietilena serta pelbagai jenis serat dan kain. 2. Dalam industri makanan, asid asetik digunakan secara meluas sebagai pengawal keasidan. 3. Sebagai pelarut: Asid asetik cair adalah pelarut protik hidrofilik (berkutub), menyerupai air dan etanol. Asid asetik memiliki pemalar dielektrik yang sederhana iaitu 6.2, sehingga ia boleh melarutkan baik dalam sebatian berkutub seperi garam tak organik dan gula mahupun sebatian tidak berkutub seperti minyak dan unsur-unsur seperti sulfur dan iodin. Asid asetik bercambur dengan mudah dengan pelarut berkutub atau tidak berkutub lainnya seperti air, kloroform dan heksana. Sifat keterlarutan ini membuatkan asid asetik digunakan secara luas dalam industri kimia. NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN