SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
USUL PENYELIDIKAN(research proposal)
KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN
MURID TAHUN 3 DALAM P&P MATEMATIK
Bab 1 - PENGENALAN
1. Pengenalan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan
komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang
bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Criswell (1989) pula mendefinasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) sebagaipenggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan
pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg
(2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep
pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika
Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan ( Siti Aminah Khasiman,
2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang
dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan
bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam
persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari
mana-mana tempat.Ahlikomuniti boleh terlibat secara aktif sepertibertukar-tukar pandangan mengenai
perkembangan pada masa hadapan,berkongsipandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau
berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.
Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah diMalaysia sebagai
sekolah bestari menjelang tahun 2010. Di bawah sistem sekolah bestari, pembelajaran akan bercorak
terarah kendiri, mengikut kefahaman individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini mengkehendaki
pelajar belajar sendiri dan secara berkumpulan atau pembelajaran kendiri manakala guru berperanan
sebagaipemudahcara atau fasilitator ( Baharum, 1997). Sekolah bestari adalah salah satu daripada
tujuh aplikasi perdana Multimedia Super Corridor ( MSC ) yang mewujudkan satu anjakan paradigma
dalam dunia pendidikan iaitu perubahan budaya sekolah daripada budaya memperolehi fakta dan
penggunaan ingatan kepada budaya yang berlandaskan karya ilmu, berfikiran kritis dan kreatif ( KPM,
1997 ).
Latar belakang kajian
Sememangnya penggunaan bahan ICTdalam pendidikan seharusnya sudah mencapaitahap
yang lebih tinggi di kalangan guru kerana negara kita telah mencapaitahap perkembangan dunia internet
dengan begitu cepat walaupun tidak semaju dengan negara sepertiAmerika,Jepun atau pun Korea.
Mengikut statistik penggunaan internet di Malaysia,sebagaicontoh, pada Februari1997 pengguna
internet di negara ini adalah seramai30,000 orang, dan telah meningkat kepada 137,000 pada Oktober
1997, dan terus meningkat kepada 600,000 pada Januari1998 ( Nua Internet Surveys,1999). Dalam
masa setahun didapatitelah berlaku peningkatan penggunaan internet dikalangan penduduk negara ini
dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda. Darisegiumur pula kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah
Mastura (1997) mendapati67% pengguna internet di Malaysia mempunyai ijazah universiti, 21%
diploma, 11% sekolah menengah dan 1% penuntut sekolah rendah. Keberkesanan pembelajaran secara
maya atau juga dikenali sebagaie-Learning telah terbukti dinegara-negara maju sepertiyang dilaporkan
dalam Laporan InternationalData Corporation ( IDC ),87% adalah kaedah latihan secara tradisional
iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata dan apabila adanya e-learning
kaedah tradisional telah merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik dan menurut
IDC lagi pertumbuhan e-learning ini akan terus meningkat sehingga 94% penggunaannya. ( Jabatan
Penerangan Malaysia,2014 ).
Tidak dinafikan, penggunaan kaedah pembelajaran secara maya banyak keistimewaanya.
Menurut Rosnani ( 1999 ), keistimewaan pembelajaran menggunakan laman web adalah:
 Gabungan pelbagai media seperti audio, animasi dan grafik dalam laman web ini
dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
 Pembelajaran melalui laman web merupakan kaedah yang pantas dan mudah.
 Antara muka ( interface ) yang mesra pengguna dengan sistem menu serta butang-
butang navigasi yang baik membolehkan pengguna mengendalikan laman web dengan
mudah.
 Kuiz interaktif membolehkan pelajar mengetahui sesuatu kesilapan dengan cepat
kerana komputer memberi maklum balas yang serta merta tentang setiap jawapan
mereka.
Cabaran era komunikasi dan globalisasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan
Malaysia adalah nyata dan dihadapi dengan cekalnya. Perkembangan teknologi maklumat dan
kemajuan tenologi global memberi cabaran hebat kepada sistem pendidikan negara yang menuntut
tumpuan diberi kepada corak pendidikan yang menggunakan teknologi tinggi. Harapan rakyat
terhadap pendidikan berubah sejajar dengan keperluan masyarakat di alaf baru. Harapan ini
mencabar fahaman tradisi proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu bersedia untuk
berubah bagi menyesuaikan diri di alaf baru, dari sifat-sifat yang tradisional kepada yang lebih
progresif dan inovatif. Buku Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010 telah menyatakan bahawa KPM akan
memastikan tenaga pengajar merupakan kumpulan profesionalterlatih,bertanggungjawab dan berupaya
melaksanakan P & P dengan berkesan serta menggunakan pedagogiterkiniberasaskan ICT. Adalah
menjadi cabaran KPM untuk memastikan semua guru dapat mengintegrasikan ICTdalam P & P. ( KPM,
2001 ).
Pihak kerajaan juga telah memperuntukan perbelanjaan yang besar bagimembangunkan sistem
pendidikan kearah yang lebih maju dan seiring dengan negara lain. Oleh demikian,Anjakan Ke-7 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 hingga 2025 iaitu memanfaatkan ( ICT ) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan aksesinternet dan persekitaran
pembelajaran maya melaluipelaksanaan 1BestariNet bagikesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka
selesaisepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat,semua murid akan
mempunyaiakses kepada rangkaian 4Gdisekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan
pembelajaran secara interaktif. ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,2013 ).
Hariini, kesemua projek dan perancangan melaluiPPPMtelah pun siap dan selesaihampir
sepenuhnya,telah dapatdigunakan oleh semua murid disemua sekolah diMalaysia termasuk diSabah dan
di Sarawak.Pengetahuan dalam pembelajaran secara maya adalah penting bagimenghasilkan pelajar
yang berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan
sepertiini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat.Pelajaryang mengintegrasikan
teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari,menganalisis dan menilaimaklumat,menjadi
pengguna maklumat,melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan alat-
alat produktiviti secara kreatif dan efektif,dan akan menjadirakyat bermaklumat,bertanggung jawab dan
menyumbang kepada pembangunan negara.
Kebaikan cara pembelajaran menggunakan bahan ICTiniialah pelajar diberi peluang belajar
secara individu, dapat mengikutikadar pembelajaran dan kebolehan sendiri,boleh melihat dan merekod
kemajuan pelajar bagitujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapatdalam laman web
ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar.
Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagaiprogram dan projek bagimeningkatkan
lagi penggunaan teknologidalam kalangan guru dan pelajar. Program-program yang dijalankan ini
berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik. Antara yang telah dijalankan oleh
kerajaan adalah melaluiprogram latihan dalam perkhidmatan (LDP),dimana guru-guru telah diberi
taklimat khas dan hands-on tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh
tenaga pengajaryang terlatih. Semasa LDP,guru-guru inidiajar mengenaipenggunaan Microsoft Word,
Microsoft Excel,pengurusan emel,blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas sepertiini
memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka,pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil
inisiatif sendiriuntuk membiasakan diridengan penggunaan ICT.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran diMalaysia dikatakan
mengurangkan jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar.Pelajardiluar bandar sekarang telah
didedahkan kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Halinimemudahkan pihak guru untuk
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Kebanyakan program pendidikan yang
dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala,iaitu memerlukan interaksi balas
daripada pelajar. Halini akan dapat dilaksanakan kerana pelajar sudah tahu dan tidak takut untuk
menggunakan gajet-gajet ICT.
Kerajaan juga telah mengambillangkah dengan menambah makmal-makmalkomputer disekolah
di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputersejak usia muda,sekaligus merapatkan
jurang pelajar bandar dan luar bandar.Usaha kerajaan memperbanyak komputer dimakmalkomputer
sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Dalam pada itu,beberapa tahun yang lepas
kerajaan telah memulakan suatu projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Contohnya,pada tahun 2010,kerajaan telah menyediakan
sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka
haruslah melangganipakejperkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
MenteriPenerangan,Komunikasidan Kebudayaan,Datuk SeriDr. Rais Yatim berkata,langkah
itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang bertujuan meluaskan
penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan ‘notebook’ secara percuma inisecara
tidak langsung dapat membantu usaha pelajardan guru dalam meningkatkan lagipenggunaan teknologi,
terutamanya ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendirilaman web
yang sesuaiuntuk meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh
menyelesaikan latihan-latihan yang telah tersedia dilaman-laman web yang sesuai.
Keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam p&p matematik akan lebih baik di masa depan
kerana guru-guru dimasa sekarang iniberlumba-lumba menghasilkan laman pembelajaran maya,kuiz-
kuiz interaktif,rakaman-rakaman video p&p,dan sebagainya telah mengumpulkan banyak bahan ICT
dalam pendidikan yang dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Kita amat rugi
sekiranya bahan-bahan ICTdalam pendidikan masa kiniyang telah dihasilkan tidak digunakan sebaiknya
secara maksimum.
2. Pernyataan masalah (1-2 halaman)
Berdasarkan pengalaman mengajar saya dari tahun 2000 sehingga sekarang, kebolehan dan
keupayaan murid sekarang menerima apa yang dipelajarinya amat berbeza sekali. Rasullulah pernah
berpesan "Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik
zamannya,maka didiklah anak sesuai zamannya!.Ajarlah anak-anakmu, bukan dalamkeadaan yang
serupa denganmu.Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan
zamanmu.( Riwayat Tirmizi ).
Situasi pertama pengalaman saya “ …baiklah murid-murid, cuba perhatikan carta tentang peredaran
bumi dan bulan mengeliling matahari di hadapan ini…” Murid pun lihatlah carta tersebut sambil
mendengar penerangan oleh guru. Pada akhir pengajaran guru mengedarkan lembaran
kerja.”…sekarang cuba kamu jawab soalan yang cikgu bagi..” kebanyakkan murid tidak dapat
menjawab dengan baik lembaran kerja tersbut, seolah-olah mereka tidak faham apa yang saya ajarkan
kepada mereka. Tajuk sepertialam semesta merupakan tajuk berkaitan fakta yang perlu tepat. Carta
yang ditunjukkan oleh guru hanyalah gambarajah pegun sekadar gambaran luaran sahaja. Ia tidak
menampakkan pergerakkan, animasi dan percambahan idea kepada murid. Saya pernah membawa
murid saya ke Pusat Akses dan meminta mereka mencari bahan berkaitan dengan peredaran bulan dan
bumi. Hampir keseluruhan mereka dapat mengakses maklumat tersebut sama ada dalam bentuk teks,
imej, video dan animasi. Melalui penerokaan sebegitu, barulah dapat diperhatikan kesungguhan
mereka dalam pembelajaran.
Situasi kedua“…minggu hadapan kamu ada ujian. Jadi, hari ini kita akan buat ulangkaji.
Cikgu nak kamu jawab semua soalan objektif yang cikgu bagi ni dan hantar sebelumloceng
berbunyi…” Situasi ketiga “…balik rumah nanti jawab semua soalan dalambuku teks muka surat 51
hingga 53 minggu hadapan hantar pada cikgu…”. Berdasarkan situasiini, apa yang dapat saya
perhatikan ialah murid saya boleh menyiapkan semua latihan yang diberikan tetapi mereka tidak
mendapat markah yang baik. Setelah diperhatikan dengan teliti, mereka ini menjawab soalan objektif
sekadar melepaskan ‘ batuk ditangga’ sahaja kadang kala mereka tidak membaca langsung soalan
yang diberikan hanya sekadar menanda sahaja jawapan sama ada A, B, C atau D. Minat mereka
untuk membaca soalan pada kertas sudah semakin kurang. Begitu juga dengan kerja rumah yang
diberikan secara bertulis. Kebanyakkan mereka tidak menyiapkannya dan ada dikalangan mereka
hanya meniru kawan mereka apabila sampai di sekolah pada awalpagi. Setelah ditanya kenapa tidak
menyiapkan kerja rumah, ramai yang kata tidak tahu nak jawab dan tak faham soalan yang diberikan.
Situasi berbeza apabila saya memberi nota dan latihan secara atas talian. Mereka akan cuba buat dan
ada dikalangan mereka sanggup pergi ke pusat internet berbayar untuk menjawab soalan tugasan. Jika
masalah ini dibiarkan sudah tentu membawa masalah kepada mereka dan sekali gus membawa kepada
kemerosotan dalam matapelajaran sains. Mungkin mereka ini adalah generasi yang dilahirkan dalam
dunia yang sedang membangun bersama teknologi secara atas talian atau generasiWord Wide Web (
www ). Oleh demikian, saya rasa satu pendekatan yang lebih rapat dengan mereka perlu saya lakukan.
3. Soalan kajian (setengah halaman)
Berdasrkan objektif kajian,persoalan kajian adalah :
Adakah Pembelajaran Secara Maya dapat meningkatkan pemahaman murid tahun 6 terhadap
tajuk Gerhana Matahari.
4 . Objektif kajian (setengah halaman)
Secara spesifiknya objektif kajian ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 memahamitajuk
Gerhana Mataharimenggunakan kaedah pembelajaran secara Maya.
5. Hipotesis kajian (bagi kajian kuantitatif) (setengah halaman)
Anda boleh memilih untuk menulis hipotesis null atau hipotesis alternative mengikut soalan atau
objektif kajian anda. Hipotesis hanya digunakan untuk soalan atau objektif kajian yang sesuaisahaja.
6. Kepentingan kajian anda (setengah – 1 halaman)
Pengetahuan dalama pembelajaran secara maya adalah penting bagi menghasilkan pelajar yang
berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan
seperti ini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Pelajar yang mengintegrasikan
teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari, menganalisis dan menilai maklumat, menjadi
pengguna maklumat, melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan
alat-alat produktiviti secara kreatif dan efektif, dan akan menjadi rakyat bermaklumat, bertanggung
jawab dan menyumbang kepada pembangunan negara.
7. Definisi Istilah (1-2 halaman)
Bahagian ini adalah lebih berbentuk kamus. Ringkas, padat dan rtepat. Istilah utama yang digunakan
dalam kajian anda perlu didefinisikan di sini.
Bab 2 - Tinjauan Bacaan/Fokus Kajian
2.1 Tinjauan Masalah
Saya mengajar murid yang mendapat prestasi rendah dalam peperiksaan. Oleh itu, mereka
telah diletakkan dalam satu kelas yang dikategorikan sebagai murid GALUS. Sepanjang pengajaran
saya dalam kelas ini, saya dapati mereka ini kurang minat untuk membaca dan cepat hilang fokus
apabila guru mengajar di hadapan. Berdasarkan pemerhatian saya juga, banyak kerja-kerja sekolah
yang diberikan tidak siap malahan ada yang tak buat langsung. Bila di tanya, alasan yang sama
diberikan oleh hampir setiap murid iaitu ‘ tak tau nak buat…, tak faham…., tak pandai nak buat…’
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya amat ketara sekali apabila masuk tajuk berkaitan Bumi
dan Angkasa. Mereka langsung tak boleh menjawab soalan sepertifasa-fasa bulan, kedudukan
Matahari,Bulan dan Bumi semasa berlakunya fenomena gerhana. Apabila mengajar tajuk gerhana
matahari, mereka keliru tentang kedudukan bumi dan bulan. Mereka juga tidak memahami bagaimana
proses kejadian gerhana matahari itu berlaku kerana selepas tamat pembelajaran mereka tidak boleh
menerangkan proses gerhana matahari apabila diminta untuk menceritakan semula apa yang
dipelajarinya.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya fikir sesuatu tindakan harus diambil
untuk membaiki kelemahan pengajaran saya supaya murid saya lebih fokus semasa belajar sekaligus
mereka lebih memahami apa yang dipelajari. Persekitaran pembelajaran juga boleh berubah daripada
bilik darjah tradisionalkepada yang lebih progresif yang berasaskan kepada bentuk konstruktif dengan
pembelajaran secara maya didalam proses pengajaran dan pembelajaran ( Simonson & Th omson ,1997 )
.
Jika diperhalusi perbezaan antara kelas secara tradisionaldan kelas pembelajaran secara maya ialah :
Bilik Darjah tradisional Pembelajaran secara Maya
1. Kursus dipersembahkan secara beransur-
ansur dengan penekanan kepada kemahiran
asas.
2. Aktiviti bergantung kepada buku teks dan
buku kerja.
3. Murid memberi jawapan berdasarkan apa
yang ditanya oleh guru sahaja.
1.Kursus dipersembahkan secara menyeluruh
dengan penekanan kepada konsep-konsep yang
besar.
2. Aktiviti berasaskan punca data asaldan
sumber lain.
3. Pelajar sebagaipemikir dengan
kefahamannya sendiriberdasarkan dunia
sekelilinya
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Analisis awalsaya adalah berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Soalan peperiksaan akhir tahun mengikut
standard UPSR iaitu 30 soalan bagibahagian A dan 20 soalan bagisoalan bahagian B.Daripada kedua-
dua bahagian ini, terdapat lima soalan berkaitan Bumidan Alam Semesta pada bahagian A dan lima soalan
pada bahagian B. Hasilanalisis awalsepertijadual1.
Jadual1 : Hasil analisistinjauan awal
MURID MARKAHBAHAGIANA MARKAH BAHAGIANB
( 5 Soalan BagiTajuk Bumi dan ( 5 Soalan BagiTajuk Bumi dan
dan Alam Semesta ) dan Alam Semesta )
1 3 2
2 3 2
3 2 1
4 2 0
5 3 1
6 2 2
7 3 1
8 2 1
9 2 0
10 2 1
Berdsarkan jadual1 seramaiempatorang sahaja ( 40% ) yang mendapat 3 markah daripada 5
soalan pada bahagian A dan yang selebihnya mendapatdua markah sahaja atau 60% daripada 10 orang
murid. Bagibahagian B pula 20% atau dua orang murid yang tidak dapat menjawab soalan.Manakala
seramai50% atau lima orang hanya betulsatu markah daripada lima soalan dan selebihnya betuldua
markah atau seramai30%.
Berdasarkan pemerhatian terhadap murid kelas saya juga,daripada 10 orang,hanya tiga orang
sahaja yang berminat untuk membaca dan menjawab soalan yang diberikan secara bercetak.Manakala
selebihnya tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang diberikan malahan menunjukkan
muka yang kurang minat. Tetapiapabila soalan diberikan secara atastalian kesemua mereka menunjukan
reaksiyang seronok untuk menjawab soalan sains yang diberikan. Kelihatan mereka lebih rasa selesa
menyiapkan setiap tugasan secara maya berbanding dengan secara bertulis. Hasilperbualan saya dengan
beberapa orang murid saya juga menunjukkan mereka lebih berminat menjawab soalan secara atastalian
sepertimana persoalan saya kepada mereka ‘ Yang mana kamu lebih suka,antara jawab soalan di atas
kertasatau menggunkan computer?’ Jawapan murid adalah :Komputer.
2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan
Kefahaman mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga ialah keupayaan seseorang memahami apa yang
dipelajari. Menurut Benjamin S.Bloom aras kefahaman adalah selepas aras pengetahuan. Pada
peringkat kefahaman ini, pelajar boleh menghurai atau makna sesuatu perkara. Pada peringkat ini
juga, proses yang berlaku adalah penterjemahan, mentafsir dan ekstrapolasi iaitu membuat inferens
tentang apa yang telah dipelajari.
Terdapat pelbagai takrifan tentangan pembelajaran maya dan berubah-ubah mengikut perspektif
dimana pembelajaran maya tersebut dilaksanakan. Pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan
istilah-istilah dan konsep-konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line
learning),pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasakan laman web dan sebagainya. Saya
berpendapat bahawa pembelajaran maya adalah pembelajaran yang berasaskan penggunaan internet
sebagaimana yang diutarakan oleh ( Jamaludin, 2000) Ini adalah keranan istilah pembelajaran maya
mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Menurut Jamaludin ( 2000 ) lagi
pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem
pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang
individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu
yang diuruskan melalui suatu sistem talian ( online ) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan
mekanisme penghantaran pengetahuan atau maklumat, pemantauan prestasipelajar, penilaian dan
capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.Menurut Rheingold ( 2004 ),
pembelajaran maya adalah berasaskan internet,yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti
dan membolehkan mereka berbincang,berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Diantara
mereka tidak ada perhubungan secara fizikal, walaupun mungkin di dalam bilik yang sama. Semua ahli
komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mestiada komputer dan boleh mengekses
secara talian ( online ) darimana-mana tempat diseluruh dunia. Biasanya di dalam perbengkelan atau di
dalam membincangkan sesuatu topik, peserta atau ahlikomuniti boleh terlibat secara aktif seperti
bertukar-tukar pandangan mengenaiperkembangan pada masa hadapan,berkongsipandangan dalam
perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.Dokumen-
dokumen sepertibahan persembahan,artikaldan juga senaraitambahan sumber yang boleh diperolehi
secara on-line darilaman-laman web lain. Terdapat dua komponen asas di dalam persekitaran
pembelajaran maya iaitu;
Sumber Bahan : Ahli komuniti atau peserta boleh mendapatkan maklumat
dengan membaca melalui sumber bahan yang di muat naik ( uploaded) kepada persekitaran
pembelajaran maya tersebut. Secara mudah,semua bahan yang diperlukan dalam perbengkelan atau
perbincangan boleh diperolehi dengan mudah.
Perhubungan:Persekitaran Pembelajaran Maya menyediakan peralatan yang membolehkan perserta
mendaftarkan diri untuk membimbing diantara satu sama lain dan untuk bertukar-tukar pendapat serta
pandangan secara on-line. Peserta boleh menghantar dokumen, dan ahli yang lain boleh memberikan
maklum balas melalui perbincangan dan sebagainya. Oleh itu peralatan seperti,Bulletin Board,E-Mail,
File Sharing, Discussion Forum atau Kelas Maya adalah diperlukan. Alat komunikasi tersebut
seharusnya berfungsisepertipertemuan secara semuka didalam persekitaran pembelajaran tradisional.
Guru bukan lagi pemberi pengetahuan tetapi guru bertindak sebagaipembimbing yang
menolong pelajar untuk mendapatkan ilmu. Penggunaan pembelajaran secara maya dapat
mengatasi masalah kos penyediaan bahan untuk mengajar. Di dalam kaedah kerja lapangan ( field trip
), pelajar perlu dibawa ke tempat di mana kerja lapangan itu akan diadakan. Guru tidak mungkin akan
dapat membawa ke semua lima kelas Tahun 6 misalnya, untuk menyertai satu-satu kerja lapangan.
Banyak masalah seperti kos pengangkutan, kawalan pelajar, bilangan guru yang perlu mengiring
pelajar dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan kaedah kerja lapangan
secara maya pelajar boleh dibawa kemana-mana sahaja tempat melalui laman web untuk belajar sains.
Cara ini membolehkan semua pelajar menyertai aktiviti pada masa yang sesuai dan dengan kos yang
minimum.
Internet dapat menyediakan dan menyampaikan pengetahuan yang lebih banyak dibandingkan
dengan buku teks. Penggunaan laman web dalam internet sebagai alat bantu mengajar dan belajar
adalah bersesuaian dengan pelbagai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan pelajar. Laman web juga
membantu guru menyediakan rangka pengajaran dan pembelajaran, memaparkan isi pengajaran dan
memberi ruang kepada pelajar untuk membuat rujukan mengikut masa yang sesuai, ia juga
menyediakan satu pilihan pelajar dan guru berinteraksi, penyelesaian kepada penyediaan inovasi baru
dalam e-pembelajaran. ( Marinah 2003).
Mengikut kajian, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar, 75%
didapati daripada deria penglihatan, 13% daripada deria pendengaran dan bakinya 12% daripada
deria-deria lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran
adalah saluran deria yang paling penting sekali di dalam pembelajaran terutama sekali pada peringkat
sekolah menengah dan sekolah rendah. Pelajar banyak menggunakan kedua-dua deria ini untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu alat bantu
mengajar yang digunakan untuk meransang deria pebglihatan dan pendengaran memainkan peranan
penting dalam proses P & P di dalam bilik darjah ( Welsh 1997 ).Daripada pendapat-pendapat yang
telah di berikan, pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, dimana berlaku
komunikasi dua hala diantara pengajar dengan pelajar dan diantara pelajar dengan rakan pelajar yang
lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapibertemu di ruang
maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses pemantauan dan penilaian.
Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan
pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan.Pembelajaran maya
seharusnya lebih berfokuskan pelajar, dimana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan
yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.
Penggunaan bahan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran salah satu aspek
teknologi dalam pendidikan. Peranan media di dalam proses pembelajaran adalah untuk membantu
pencapaian objektif pengajaran dengan lebih teratur. Kesesuaian media dengan objektif pengajaran
dan kemahiran dipersembahkan media tersebut adalah dua aspek yang sangat penting. Yaakop (1985)
mendapati bahawa penggunaan pengajaran secara maya dapat membantu mengatasi masalah
mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.Pengajaran secara
maya dapat membantu pelajar yang lemah di dalam sesuatu mata pelajaran atau topik.Penyampaian
secara tutorial atau latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka faham prinsip-prinsip atau
konsep-konsep yang disampaikan.Ia juga berfungsi sebagaialat yang akan meningkatkan minat
pelajar untuk mempelajari sains dan menjadikan pembelajaran sains menyeronokkan. Pembelajaran
secara maya dapat membantu pelajar menjadi lebih aktif. Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab
mengapa Word Wide Web ( www ) merupakan satu pembangunan yang merangsangkan kepada para
pendidik iaitu ( a ) menggunakan web untuk memaksa pembelajaran aktif berlaku dan ( b )
menggunakan Web untuk memecahkan tembok yang memisahkan sekolah dari lain-lain perkara.
Terdapat banyak contoh persekitaran pembelajaran berasaskan web yang melibatkan pemebelajaran
secara aktif seperti ‘ Dunia Geosaintis’ dalam WebClen dan ‘ Archeotype’ dalam WebQuest.
Menyedari kepentingan pendidikan secara maya ini, Kementerian Pendidikan
telah melaksanakan beberapa projek yang membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan berbagai
maklumat menerusi talian internet. Sebagai contoh, pada tahun 1996, beberapa buah sekolah dari
seluruh negara telah terlibat dengan Projek Rangkaian Munshyi dan Smart Lab. Sekolah-sekolah
tersebut telah dilengkapi dengan komputer, sever dan dihubungkan melalui satu sistem rangkaian
yang membolehkan mereka mengekses bahan pembelajaran yang disediakan serta berkomunikasi
sesama mereka. Malah ada beberapa negeri juga turut membangunkan sistem rangkaian bagi sekolah-
sekolah yang terpilih di negeri-negeri berkenaan.Sebagaicontoh, di Terengganu terdapat rangkaian
TIGER- WEB, sementara di Pulau Pinang pula terdapat Rangkaian Mutiara. Pada tahun 1999,
kerajaan telah memperkenalkan Projek Rintis Sekolah Bestariyang melibatkan 87 buah sekolah
rendah dan menengah yang terpilih dari seluruh negara.Diantara elimen penting di dalam sekolah
bestari ialah penggunaan ICT. Sekolah-sekolah yang terlibat telah dilengkapi dengan makamal
komputer dan kemudahan internet.Ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencari pelbagai
maklumat melalui laman- laman web, perbincangan, forum dan sebagainya secara maya. Seterusnya
mulai tahun 2000, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan e-pembelajaran, dengan
mempromosikan penggunaan internet di dalam pengajaran dan pembelajaran. Diantara
laman web pendidikan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah My
School Net dan Smart School Malaysia. Manakala sekarang ini Kementerian memperkenalkan VLE
1Bestarinet. Disamping itu badan-badan koperat juga tidak ketinggalan dalam memajukan
pembelajaran secara maya di negara ini. Diantara laman-laman web pendidikan yang telah
dibangunkan ialah sepertiTelikom Smart School( http://tss.tmsasia.com ) yang telah dibangunkan
oleh Syarikat Telikom Malaysia, dan Portal Pendidikan Utusan ( www.tutor.com.my ) yang telah
dibangunkan oleh Syarikat Akhbar Utusan Malaysia. Para pelajar boleh mendapatkan pelbagai
maklumat dan mengikuti perbincangan serta pembelajaran maya dari kedua-dua laman web tersebut
secara percuma.
Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran
merekadengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian
kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip jus-in-time
dengan kompetensi anywhere, anytime, anyone ( Karoulis et al, 2004 )
Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memori yang menyatakan bahawa
pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secara langsung mengenkod dua jenis
maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat
verbal akan lebih mudah diingati jika disertai dengan imej visual. Teori tersebut kemudiannya di
aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan teori dua koding multimedia, menurut teori ini
pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran mereka melalui arahan multimedia yang memberi
kesan kepada kognitif ( Cognitive Theory of Multimedia Learning ).
Bab 3 – Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian (1 halaman)
Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya
ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis (1988). Model tersebut
menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkangelungan (cycle) seperti berikut:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action)
iv. Memerhati (Observe).
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini model Kemmis, 1988 digunakan sepertimana
rajah1 berikut :
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemis,1988
Alat ukur kajian / Instrumen Kajian (1 halaman)
Apakah alat ukur kajian yang akan digunakan untuk mengumpulkan data kajian? Siapakah yang bina
soal selidik tersebut (dapat daripada mana?)
Persampelan (1 halaman)
Sila nyatakan siapakah yang mengjadi sampel kajian anda dan teknik yang akan digunakan untuk
memilih sampel kajian tersebut. Hal ini melibatkan siapa, berapa dan bagaimana.
Bibliografi

More Related Content

What's hot

Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpZack Azizdin
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8suryanaupsi
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahMazliza Maz
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobilemahnikpt6043
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran AgamaPerisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agamamawar ungu
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestariNur Iza
 

What's hot (20)

Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobile
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran AgamaPerisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari
 

Similar to Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikEi Mans
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxPERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxKrishnan Rau
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 

Similar to Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12 (20)

Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Sekolah bestari
Sekolah bestariSekolah bestari
Sekolah bestari
 
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxPERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 

More from MUHAMAD FAIRUZ LATIF

Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerian
Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerianInfo pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerian
Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerianMUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsia
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsiaBuku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsia
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsiaMUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017 zo...
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017  zo...Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017  zo...
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017 zo...MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc digital story telling daerah kmy 2017
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc   digital story telling daerah kmy 2017Dokumentasi bengkel pembinaan ugc   digital story telling daerah kmy 2017
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc digital story telling daerah kmy 2017MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 

More from MUHAMAD FAIRUZ LATIF (20)

BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2017
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2017BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2017
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2017
 
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2016
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2016BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2016
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2016
 
Buletin PKG Sungai Layar 2018
Buletin PKG Sungai Layar 2018Buletin PKG Sungai Layar 2018
Buletin PKG Sungai Layar 2018
 
Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerian
Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerianInfo pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerian
Info pss direktori laman web universiti di malaysia dan pautan kementerian
 
Label Rak Buku Pengkelasan Dewey
Label Rak Buku Pengkelasan DeweyLabel Rak Buku Pengkelasan Dewey
Label Rak Buku Pengkelasan Dewey
 
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsia
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsiaBuku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsia
Buku Program Pelancaran PAK21 Berasaskan Frog Play Bersama FrogAsia
 
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017
Buku Program PAK21 Berasaskan ICT Bersama Microsoft Malaysia Sek PKGSLayar 2017
 
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2014
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2014BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2014
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2014
 
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017
Bengkel Pembestarian ICT Untuk FT/PPTM PKG Sungai Layar 2017
 
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2017
 
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Bil 2 2018
 
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2015
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2015BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2015
BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2015
 
Brosur PKG Sungai Layar
Brosur PKG Sungai LayarBrosur PKG Sungai Layar
Brosur PKG Sungai Layar
 
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018
Kertas cadangan bengkel penyelarasan aktiviti pkg daerah kmy bagi tahun 2018
 
Laporan program nilam kmy 2013
Laporan program nilam kmy 2013Laporan program nilam kmy 2013
Laporan program nilam kmy 2013
 
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017 zo...
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017  zo...Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017  zo...
Kertas cadangan bengkel penggunaan peranti yes altitude dan frog vle 2017 zo...
 
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016
Dokumentasi bengkel pemantapan pss cemerlang 2016
 
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018
Dokumentasi bengkel pemilihan tokoh nilam daerah kuala muda yan 2018
 
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc digital story telling daerah kmy 2017
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc   digital story telling daerah kmy 2017Dokumentasi bengkel pembinaan ugc   digital story telling daerah kmy 2017
Dokumentasi bengkel pembinaan ugc digital story telling daerah kmy 2017
 
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017
Dokumentasi Kursus Asas PSS KMY 2017
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12

  • 1. USUL PENYELIDIKAN(research proposal) KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM P&P MATEMATIK Bab 1 - PENGENALAN 1. Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagaipenggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan ( Siti Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari mana-mana tempat.Ahlikomuniti boleh terlibat secara aktif sepertibertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan,berkongsipandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah diMalaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010. Di bawah sistem sekolah bestari, pembelajaran akan bercorak terarah kendiri, mengikut kefahaman individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini mengkehendaki pelajar belajar sendiri dan secara berkumpulan atau pembelajaran kendiri manakala guru berperanan sebagaipemudahcara atau fasilitator ( Baharum, 1997). Sekolah bestari adalah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Multimedia Super Corridor ( MSC ) yang mewujudkan satu anjakan paradigma dalam dunia pendidikan iaitu perubahan budaya sekolah daripada budaya memperolehi fakta dan penggunaan ingatan kepada budaya yang berlandaskan karya ilmu, berfikiran kritis dan kreatif ( KPM, 1997 ). Latar belakang kajian
  • 2. Sememangnya penggunaan bahan ICTdalam pendidikan seharusnya sudah mencapaitahap yang lebih tinggi di kalangan guru kerana negara kita telah mencapaitahap perkembangan dunia internet dengan begitu cepat walaupun tidak semaju dengan negara sepertiAmerika,Jepun atau pun Korea. Mengikut statistik penggunaan internet di Malaysia,sebagaicontoh, pada Februari1997 pengguna internet di negara ini adalah seramai30,000 orang, dan telah meningkat kepada 137,000 pada Oktober 1997, dan terus meningkat kepada 600,000 pada Januari1998 ( Nua Internet Surveys,1999). Dalam masa setahun didapatitelah berlaku peningkatan penggunaan internet dikalangan penduduk negara ini dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda. Darisegiumur pula kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah Mastura (1997) mendapati67% pengguna internet di Malaysia mempunyai ijazah universiti, 21% diploma, 11% sekolah menengah dan 1% penuntut sekolah rendah. Keberkesanan pembelajaran secara maya atau juga dikenali sebagaie-Learning telah terbukti dinegara-negara maju sepertiyang dilaporkan dalam Laporan InternationalData Corporation ( IDC ),87% adalah kaedah latihan secara tradisional iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata dan apabila adanya e-learning kaedah tradisional telah merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik dan menurut IDC lagi pertumbuhan e-learning ini akan terus meningkat sehingga 94% penggunaannya. ( Jabatan Penerangan Malaysia,2014 ). Tidak dinafikan, penggunaan kaedah pembelajaran secara maya banyak keistimewaanya. Menurut Rosnani ( 1999 ), keistimewaan pembelajaran menggunakan laman web adalah:  Gabungan pelbagai media seperti audio, animasi dan grafik dalam laman web ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.  Pembelajaran melalui laman web merupakan kaedah yang pantas dan mudah.  Antara muka ( interface ) yang mesra pengguna dengan sistem menu serta butang- butang navigasi yang baik membolehkan pengguna mengendalikan laman web dengan mudah.  Kuiz interaktif membolehkan pelajar mengetahui sesuatu kesilapan dengan cepat kerana komputer memberi maklum balas yang serta merta tentang setiap jawapan mereka. Cabaran era komunikasi dan globalisasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan Malaysia adalah nyata dan dihadapi dengan cekalnya. Perkembangan teknologi maklumat dan kemajuan tenologi global memberi cabaran hebat kepada sistem pendidikan negara yang menuntut tumpuan diberi kepada corak pendidikan yang menggunakan teknologi tinggi. Harapan rakyat terhadap pendidikan berubah sejajar dengan keperluan masyarakat di alaf baru. Harapan ini mencabar fahaman tradisi proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu bersedia untuk berubah bagi menyesuaikan diri di alaf baru, dari sifat-sifat yang tradisional kepada yang lebih progresif dan inovatif. Buku Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010 telah menyatakan bahawa KPM akan memastikan tenaga pengajar merupakan kumpulan profesionalterlatih,bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan P & P dengan berkesan serta menggunakan pedagogiterkiniberasaskan ICT. Adalah menjadi cabaran KPM untuk memastikan semua guru dapat mengintegrasikan ICTdalam P & P. ( KPM, 2001 ). Pihak kerajaan juga telah memperuntukan perbelanjaan yang besar bagimembangunkan sistem pendidikan kearah yang lebih maju dan seiring dengan negara lain. Oleh demikian,Anjakan Ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 hingga 2025 iaitu memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan aksesinternet dan persekitaran pembelajaran maya melaluipelaksanaan 1BestariNet bagikesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesaisepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat,semua murid akan mempunyaiakses kepada rangkaian 4Gdisekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif. ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,2013 ).
  • 3. Hariini, kesemua projek dan perancangan melaluiPPPMtelah pun siap dan selesaihampir sepenuhnya,telah dapatdigunakan oleh semua murid disemua sekolah diMalaysia termasuk diSabah dan di Sarawak.Pengetahuan dalam pembelajaran secara maya adalah penting bagimenghasilkan pelajar yang berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan sepertiini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat.Pelajaryang mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari,menganalisis dan menilaimaklumat,menjadi pengguna maklumat,melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan alat- alat produktiviti secara kreatif dan efektif,dan akan menjadirakyat bermaklumat,bertanggung jawab dan menyumbang kepada pembangunan negara. Kebaikan cara pembelajaran menggunakan bahan ICTiniialah pelajar diberi peluang belajar secara individu, dapat mengikutikadar pembelajaran dan kebolehan sendiri,boleh melihat dan merekod kemajuan pelajar bagitujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapatdalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagaiprogram dan projek bagimeningkatkan lagi penggunaan teknologidalam kalangan guru dan pelajar. Program-program yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik. Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melaluiprogram latihan dalam perkhidmatan (LDP),dimana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajaryang terlatih. Semasa LDP,guru-guru inidiajar mengenaipenggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel,pengurusan emel,blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas sepertiini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka,pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiriuntuk membiasakan diridengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran diMalaysia dikatakan mengurangkan jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar.Pelajardiluar bandar sekarang telah didedahkan kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Halinimemudahkan pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala,iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Halini akan dapat dilaksanakan kerana pelajar sudah tahu dan tidak takut untuk menggunakan gajet-gajet ICT. Kerajaan juga telah mengambillangkah dengan menambah makmal-makmalkomputer disekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputersejak usia muda,sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar.Usaha kerajaan memperbanyak komputer dimakmalkomputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Dalam pada itu,beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Contohnya,pada tahun 2010,kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka haruslah melangganipakejperkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM). MenteriPenerangan,Komunikasidan Kebudayaan,Datuk SeriDr. Rais Yatim berkata,langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan ‘notebook’ secara percuma inisecara tidak langsung dapat membantu usaha pelajardan guru dalam meningkatkan lagipenggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendirilaman web yang sesuaiuntuk meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan latihan-latihan yang telah tersedia dilaman-laman web yang sesuai. Keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam p&p matematik akan lebih baik di masa depan kerana guru-guru dimasa sekarang iniberlumba-lumba menghasilkan laman pembelajaran maya,kuiz- kuiz interaktif,rakaman-rakaman video p&p,dan sebagainya telah mengumpulkan banyak bahan ICT
  • 4. dalam pendidikan yang dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Kita amat rugi sekiranya bahan-bahan ICTdalam pendidikan masa kiniyang telah dihasilkan tidak digunakan sebaiknya secara maksimum. 2. Pernyataan masalah (1-2 halaman) Berdasarkan pengalaman mengajar saya dari tahun 2000 sehingga sekarang, kebolehan dan keupayaan murid sekarang menerima apa yang dipelajarinya amat berbeza sekali. Rasullulah pernah berpesan "Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya,maka didiklah anak sesuai zamannya!.Ajarlah anak-anakmu, bukan dalamkeadaan yang serupa denganmu.Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu.( Riwayat Tirmizi ). Situasi pertama pengalaman saya “ …baiklah murid-murid, cuba perhatikan carta tentang peredaran bumi dan bulan mengeliling matahari di hadapan ini…” Murid pun lihatlah carta tersebut sambil mendengar penerangan oleh guru. Pada akhir pengajaran guru mengedarkan lembaran kerja.”…sekarang cuba kamu jawab soalan yang cikgu bagi..” kebanyakkan murid tidak dapat menjawab dengan baik lembaran kerja tersbut, seolah-olah mereka tidak faham apa yang saya ajarkan kepada mereka. Tajuk sepertialam semesta merupakan tajuk berkaitan fakta yang perlu tepat. Carta yang ditunjukkan oleh guru hanyalah gambarajah pegun sekadar gambaran luaran sahaja. Ia tidak menampakkan pergerakkan, animasi dan percambahan idea kepada murid. Saya pernah membawa murid saya ke Pusat Akses dan meminta mereka mencari bahan berkaitan dengan peredaran bulan dan bumi. Hampir keseluruhan mereka dapat mengakses maklumat tersebut sama ada dalam bentuk teks, imej, video dan animasi. Melalui penerokaan sebegitu, barulah dapat diperhatikan kesungguhan mereka dalam pembelajaran. Situasi kedua“…minggu hadapan kamu ada ujian. Jadi, hari ini kita akan buat ulangkaji. Cikgu nak kamu jawab semua soalan objektif yang cikgu bagi ni dan hantar sebelumloceng berbunyi…” Situasi ketiga “…balik rumah nanti jawab semua soalan dalambuku teks muka surat 51 hingga 53 minggu hadapan hantar pada cikgu…”. Berdasarkan situasiini, apa yang dapat saya perhatikan ialah murid saya boleh menyiapkan semua latihan yang diberikan tetapi mereka tidak mendapat markah yang baik. Setelah diperhatikan dengan teliti, mereka ini menjawab soalan objektif sekadar melepaskan ‘ batuk ditangga’ sahaja kadang kala mereka tidak membaca langsung soalan yang diberikan hanya sekadar menanda sahaja jawapan sama ada A, B, C atau D. Minat mereka untuk membaca soalan pada kertas sudah semakin kurang. Begitu juga dengan kerja rumah yang diberikan secara bertulis. Kebanyakkan mereka tidak menyiapkannya dan ada dikalangan mereka hanya meniru kawan mereka apabila sampai di sekolah pada awalpagi. Setelah ditanya kenapa tidak menyiapkan kerja rumah, ramai yang kata tidak tahu nak jawab dan tak faham soalan yang diberikan. Situasi berbeza apabila saya memberi nota dan latihan secara atas talian. Mereka akan cuba buat dan ada dikalangan mereka sanggup pergi ke pusat internet berbayar untuk menjawab soalan tugasan. Jika masalah ini dibiarkan sudah tentu membawa masalah kepada mereka dan sekali gus membawa kepada kemerosotan dalam matapelajaran sains. Mungkin mereka ini adalah generasi yang dilahirkan dalam dunia yang sedang membangun bersama teknologi secara atas talian atau generasiWord Wide Web ( www ). Oleh demikian, saya rasa satu pendekatan yang lebih rapat dengan mereka perlu saya lakukan. 3. Soalan kajian (setengah halaman)
  • 5. Berdasrkan objektif kajian,persoalan kajian adalah : Adakah Pembelajaran Secara Maya dapat meningkatkan pemahaman murid tahun 6 terhadap tajuk Gerhana Matahari. 4 . Objektif kajian (setengah halaman) Secara spesifiknya objektif kajian ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 memahamitajuk Gerhana Mataharimenggunakan kaedah pembelajaran secara Maya. 5. Hipotesis kajian (bagi kajian kuantitatif) (setengah halaman) Anda boleh memilih untuk menulis hipotesis null atau hipotesis alternative mengikut soalan atau objektif kajian anda. Hipotesis hanya digunakan untuk soalan atau objektif kajian yang sesuaisahaja. 6. Kepentingan kajian anda (setengah – 1 halaman) Pengetahuan dalama pembelajaran secara maya adalah penting bagi menghasilkan pelajar yang berupaya untuk memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif. Pengetahuan seperti ini boleh menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat. Pelajar yang mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran mereka akan mencari, menganalisis dan menilai maklumat, menjadi pengguna maklumat, melakukan penyelesaian masalah dan pembuat keputusan dengan menggunakan alat-alat produktiviti secara kreatif dan efektif, dan akan menjadi rakyat bermaklumat, bertanggung jawab dan menyumbang kepada pembangunan negara. 7. Definisi Istilah (1-2 halaman) Bahagian ini adalah lebih berbentuk kamus. Ringkas, padat dan rtepat. Istilah utama yang digunakan dalam kajian anda perlu didefinisikan di sini. Bab 2 - Tinjauan Bacaan/Fokus Kajian 2.1 Tinjauan Masalah Saya mengajar murid yang mendapat prestasi rendah dalam peperiksaan. Oleh itu, mereka telah diletakkan dalam satu kelas yang dikategorikan sebagai murid GALUS. Sepanjang pengajaran saya dalam kelas ini, saya dapati mereka ini kurang minat untuk membaca dan cepat hilang fokus apabila guru mengajar di hadapan. Berdasarkan pemerhatian saya juga, banyak kerja-kerja sekolah yang diberikan tidak siap malahan ada yang tak buat langsung. Bila di tanya, alasan yang sama diberikan oleh hampir setiap murid iaitu ‘ tak tau nak buat…, tak faham…., tak pandai nak buat…’ Masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya amat ketara sekali apabila masuk tajuk berkaitan Bumi dan Angkasa. Mereka langsung tak boleh menjawab soalan sepertifasa-fasa bulan, kedudukan Matahari,Bulan dan Bumi semasa berlakunya fenomena gerhana. Apabila mengajar tajuk gerhana matahari, mereka keliru tentang kedudukan bumi dan bulan. Mereka juga tidak memahami bagaimana proses kejadian gerhana matahari itu berlaku kerana selepas tamat pembelajaran mereka tidak boleh menerangkan proses gerhana matahari apabila diminta untuk menceritakan semula apa yang dipelajarinya. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya fikir sesuatu tindakan harus diambil untuk membaiki kelemahan pengajaran saya supaya murid saya lebih fokus semasa belajar sekaligus mereka lebih memahami apa yang dipelajari. Persekitaran pembelajaran juga boleh berubah daripada bilik darjah tradisionalkepada yang lebih progresif yang berasaskan kepada bentuk konstruktif dengan
  • 6. pembelajaran secara maya didalam proses pengajaran dan pembelajaran ( Simonson & Th omson ,1997 ) . Jika diperhalusi perbezaan antara kelas secara tradisionaldan kelas pembelajaran secara maya ialah : Bilik Darjah tradisional Pembelajaran secara Maya 1. Kursus dipersembahkan secara beransur- ansur dengan penekanan kepada kemahiran asas. 2. Aktiviti bergantung kepada buku teks dan buku kerja. 3. Murid memberi jawapan berdasarkan apa yang ditanya oleh guru sahaja. 1.Kursus dipersembahkan secara menyeluruh dengan penekanan kepada konsep-konsep yang besar. 2. Aktiviti berasaskan punca data asaldan sumber lain. 3. Pelajar sebagaipemikir dengan kefahamannya sendiriberdasarkan dunia sekelilinya 2.2 Analisis Tinjauan Masalah Analisis awalsaya adalah berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Soalan peperiksaan akhir tahun mengikut standard UPSR iaitu 30 soalan bagibahagian A dan 20 soalan bagisoalan bahagian B.Daripada kedua- dua bahagian ini, terdapat lima soalan berkaitan Bumidan Alam Semesta pada bahagian A dan lima soalan pada bahagian B. Hasilanalisis awalsepertijadual1. Jadual1 : Hasil analisistinjauan awal MURID MARKAHBAHAGIANA MARKAH BAHAGIANB ( 5 Soalan BagiTajuk Bumi dan ( 5 Soalan BagiTajuk Bumi dan dan Alam Semesta ) dan Alam Semesta ) 1 3 2 2 3 2 3 2 1
  • 7. 4 2 0 5 3 1 6 2 2 7 3 1 8 2 1 9 2 0 10 2 1 Berdsarkan jadual1 seramaiempatorang sahaja ( 40% ) yang mendapat 3 markah daripada 5 soalan pada bahagian A dan yang selebihnya mendapatdua markah sahaja atau 60% daripada 10 orang murid. Bagibahagian B pula 20% atau dua orang murid yang tidak dapat menjawab soalan.Manakala seramai50% atau lima orang hanya betulsatu markah daripada lima soalan dan selebihnya betuldua markah atau seramai30%. Berdasarkan pemerhatian terhadap murid kelas saya juga,daripada 10 orang,hanya tiga orang sahaja yang berminat untuk membaca dan menjawab soalan yang diberikan secara bercetak.Manakala selebihnya tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang diberikan malahan menunjukkan muka yang kurang minat. Tetapiapabila soalan diberikan secara atastalian kesemua mereka menunjukan reaksiyang seronok untuk menjawab soalan sains yang diberikan. Kelihatan mereka lebih rasa selesa menyiapkan setiap tugasan secara maya berbanding dengan secara bertulis. Hasilperbualan saya dengan beberapa orang murid saya juga menunjukkan mereka lebih berminat menjawab soalan secara atastalian sepertimana persoalan saya kepada mereka ‘ Yang mana kamu lebih suka,antara jawab soalan di atas kertasatau menggunkan computer?’ Jawapan murid adalah :Komputer. 2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan Kefahaman mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga ialah keupayaan seseorang memahami apa yang dipelajari. Menurut Benjamin S.Bloom aras kefahaman adalah selepas aras pengetahuan. Pada peringkat kefahaman ini, pelajar boleh menghurai atau makna sesuatu perkara. Pada peringkat ini juga, proses yang berlaku adalah penterjemahan, mentafsir dan ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang telah dipelajari. Terdapat pelbagai takrifan tentangan pembelajaran maya dan berubah-ubah mengikut perspektif dimana pembelajaran maya tersebut dilaksanakan. Pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan istilah-istilah dan konsep-konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line learning),pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasakan laman web dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa pembelajaran maya adalah pembelajaran yang berasaskan penggunaan internet sebagaimana yang diutarakan oleh ( Jamaludin, 2000) Ini adalah keranan istilah pembelajaran maya mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Menurut Jamaludin ( 2000 ) lagi pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu
  • 8. yang diuruskan melalui suatu sistem talian ( online ) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan atau maklumat, pemantauan prestasipelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.Menurut Rheingold ( 2004 ), pembelajaran maya adalah berasaskan internet,yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang,berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Diantara mereka tidak ada perhubungan secara fizikal, walaupun mungkin di dalam bilik yang sama. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mestiada komputer dan boleh mengekses secara talian ( online ) darimana-mana tempat diseluruh dunia. Biasanya di dalam perbengkelan atau di dalam membincangkan sesuatu topik, peserta atau ahlikomuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenaiperkembangan pada masa hadapan,berkongsipandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.Dokumen- dokumen sepertibahan persembahan,artikaldan juga senaraitambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line darilaman-laman web lain. Terdapat dua komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya iaitu; Sumber Bahan : Ahli komuniti atau peserta boleh mendapatkan maklumat dengan membaca melalui sumber bahan yang di muat naik ( uploaded) kepada persekitaran pembelajaran maya tersebut. Secara mudah,semua bahan yang diperlukan dalam perbengkelan atau perbincangan boleh diperolehi dengan mudah. Perhubungan:Persekitaran Pembelajaran Maya menyediakan peralatan yang membolehkan perserta mendaftarkan diri untuk membimbing diantara satu sama lain dan untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan secara on-line. Peserta boleh menghantar dokumen, dan ahli yang lain boleh memberikan maklum balas melalui perbincangan dan sebagainya. Oleh itu peralatan seperti,Bulletin Board,E-Mail, File Sharing, Discussion Forum atau Kelas Maya adalah diperlukan. Alat komunikasi tersebut seharusnya berfungsisepertipertemuan secara semuka didalam persekitaran pembelajaran tradisional. Guru bukan lagi pemberi pengetahuan tetapi guru bertindak sebagaipembimbing yang menolong pelajar untuk mendapatkan ilmu. Penggunaan pembelajaran secara maya dapat mengatasi masalah kos penyediaan bahan untuk mengajar. Di dalam kaedah kerja lapangan ( field trip ), pelajar perlu dibawa ke tempat di mana kerja lapangan itu akan diadakan. Guru tidak mungkin akan dapat membawa ke semua lima kelas Tahun 6 misalnya, untuk menyertai satu-satu kerja lapangan. Banyak masalah seperti kos pengangkutan, kawalan pelajar, bilangan guru yang perlu mengiring pelajar dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan kaedah kerja lapangan secara maya pelajar boleh dibawa kemana-mana sahaja tempat melalui laman web untuk belajar sains. Cara ini membolehkan semua pelajar menyertai aktiviti pada masa yang sesuai dan dengan kos yang minimum. Internet dapat menyediakan dan menyampaikan pengetahuan yang lebih banyak dibandingkan dengan buku teks. Penggunaan laman web dalam internet sebagai alat bantu mengajar dan belajar adalah bersesuaian dengan pelbagai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan pelajar. Laman web juga membantu guru menyediakan rangka pengajaran dan pembelajaran, memaparkan isi pengajaran dan memberi ruang kepada pelajar untuk membuat rujukan mengikut masa yang sesuai, ia juga menyediakan satu pilihan pelajar dan guru berinteraksi, penyelesaian kepada penyediaan inovasi baru dalam e-pembelajaran. ( Marinah 2003). Mengikut kajian, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar, 75% didapati daripada deria penglihatan, 13% daripada deria pendengaran dan bakinya 12% daripada deria-deria lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran
  • 9. adalah saluran deria yang paling penting sekali di dalam pembelajaran terutama sekali pada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Pelajar banyak menggunakan kedua-dua deria ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu alat bantu mengajar yang digunakan untuk meransang deria pebglihatan dan pendengaran memainkan peranan penting dalam proses P & P di dalam bilik darjah ( Welsh 1997 ).Daripada pendapat-pendapat yang telah di berikan, pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, dimana berlaku komunikasi dua hala diantara pengajar dengan pelajar dan diantara pelajar dengan rakan pelajar yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapibertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses pemantauan dan penilaian. Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan.Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, dimana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi. Penggunaan bahan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran salah satu aspek teknologi dalam pendidikan. Peranan media di dalam proses pembelajaran adalah untuk membantu pencapaian objektif pengajaran dengan lebih teratur. Kesesuaian media dengan objektif pengajaran dan kemahiran dipersembahkan media tersebut adalah dua aspek yang sangat penting. Yaakop (1985) mendapati bahawa penggunaan pengajaran secara maya dapat membantu mengatasi masalah mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.Pengajaran secara maya dapat membantu pelajar yang lemah di dalam sesuatu mata pelajaran atau topik.Penyampaian secara tutorial atau latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka faham prinsip-prinsip atau konsep-konsep yang disampaikan.Ia juga berfungsi sebagaialat yang akan meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan menjadikan pembelajaran sains menyeronokkan. Pembelajaran secara maya dapat membantu pelajar menjadi lebih aktif. Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Word Wide Web ( www ) merupakan satu pembangunan yang merangsangkan kepada para pendidik iaitu ( a ) menggunakan web untuk memaksa pembelajaran aktif berlaku dan ( b ) menggunakan Web untuk memecahkan tembok yang memisahkan sekolah dari lain-lain perkara. Terdapat banyak contoh persekitaran pembelajaran berasaskan web yang melibatkan pemebelajaran secara aktif seperti ‘ Dunia Geosaintis’ dalam WebClen dan ‘ Archeotype’ dalam WebQuest. Menyedari kepentingan pendidikan secara maya ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa projek yang membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan berbagai maklumat menerusi talian internet. Sebagai contoh, pada tahun 1996, beberapa buah sekolah dari seluruh negara telah terlibat dengan Projek Rangkaian Munshyi dan Smart Lab. Sekolah-sekolah tersebut telah dilengkapi dengan komputer, sever dan dihubungkan melalui satu sistem rangkaian yang membolehkan mereka mengekses bahan pembelajaran yang disediakan serta berkomunikasi sesama mereka. Malah ada beberapa negeri juga turut membangunkan sistem rangkaian bagi sekolah- sekolah yang terpilih di negeri-negeri berkenaan.Sebagaicontoh, di Terengganu terdapat rangkaian TIGER- WEB, sementara di Pulau Pinang pula terdapat Rangkaian Mutiara. Pada tahun 1999, kerajaan telah memperkenalkan Projek Rintis Sekolah Bestariyang melibatkan 87 buah sekolah rendah dan menengah yang terpilih dari seluruh negara.Diantara elimen penting di dalam sekolah bestari ialah penggunaan ICT. Sekolah-sekolah yang terlibat telah dilengkapi dengan makamal komputer dan kemudahan internet.Ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencari pelbagai maklumat melalui laman- laman web, perbincangan, forum dan sebagainya secara maya. Seterusnya mulai tahun 2000, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan e-pembelajaran, dengan mempromosikan penggunaan internet di dalam pengajaran dan pembelajaran. Diantara
  • 10. laman web pendidikan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah My School Net dan Smart School Malaysia. Manakala sekarang ini Kementerian memperkenalkan VLE 1Bestarinet. Disamping itu badan-badan koperat juga tidak ketinggalan dalam memajukan pembelajaran secara maya di negara ini. Diantara laman-laman web pendidikan yang telah dibangunkan ialah sepertiTelikom Smart School( http://tss.tmsasia.com ) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Telikom Malaysia, dan Portal Pendidikan Utusan ( www.tutor.com.my ) yang telah dibangunkan oleh Syarikat Akhbar Utusan Malaysia. Para pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan mengikuti perbincangan serta pembelajaran maya dari kedua-dua laman web tersebut secara percuma. Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran merekadengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip jus-in-time dengan kompetensi anywhere, anytime, anyone ( Karoulis et al, 2004 ) Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memori yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secara langsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai dengan imej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan teori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran mereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif ( Cognitive Theory of Multimedia Learning ). Bab 3 – Metodologi Kajian Reka bentuk kajian (1 halaman) Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkangelungan (cycle) seperti berikut: i. Mereflek (Reflect) ii. Merancang (Plan) iii. Bertindak (Action) iv. Memerhati (Observe). Bagi melaksanakan kajian tindakan ini model Kemmis, 1988 digunakan sepertimana rajah1 berikut :
  • 11. Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemis,1988 Alat ukur kajian / Instrumen Kajian (1 halaman) Apakah alat ukur kajian yang akan digunakan untuk mengumpulkan data kajian? Siapakah yang bina soal selidik tersebut (dapat daripada mana?) Persampelan (1 halaman) Sila nyatakan siapakah yang mengjadi sampel kajian anda dan teknik yang akan digunakan untuk memilih sampel kajian tersebut. Hal ini melibatkan siapa, berapa dan bagaimana. Bibliografi