SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada
ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai
memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan
falsafah.


Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran
Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan
umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian
kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan
kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.


Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada
persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga
meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan
kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai
golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah
berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,
sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.


Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal
seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan
batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban
Islam.


Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara
China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi
kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.


Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan
Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M)
diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang
terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar
ilmu matematik dan alam.


Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu
pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India.
Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-
Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah
seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk
mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.


Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah
India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan
dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.


Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep
penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan
triniti dalam agama Kristian.


Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut
dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya
kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting
ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari
ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan
satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.


Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan
peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi
Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al
Ghaznawi.


Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al
Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut
mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah
membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang.
Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak
masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.


Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan
beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang
sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul
"Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di
Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam
sepanjang hidupnya


Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang
mengandungi 138 tajuk.
Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-
Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-
Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum
meninggal dunia pada 1048M.


Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga
bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas
tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan
oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan
ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.


Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan
permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara
empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam
umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang
berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.


Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina.
Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan
kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba
boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia
seluruhnya.


Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah
bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya
mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan
kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban
manusia.


Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah
mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label
yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli
falsafah itu sendiri.

More Related Content

What's hot

Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamYu Diey
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasulpuyah87
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degreeSalam Salleh
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Perbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamPerbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamyanamelatiraika
 
IMAM ABU HANIFAH
IMAM ABU HANIFAHIMAM ABU HANIFAH
IMAM ABU HANIFAHkkqsmkta
 
Perempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwiniPerempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwiniIrfan Shafie
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.wJason Lam
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahIzzat Amir
 

What's hot (20)

Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasul
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
p0ligami
p0ligamip0ligami
p0ligami
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Faraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam PerkahwinanFaraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam Perkahwinan
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Perbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islamPerbezaan undang undang dan syariah islam
Perbezaan undang undang dan syariah islam
 
IMAM ABU HANIFAH
IMAM ABU HANIFAHIMAM ABU HANIFAH
IMAM ABU HANIFAH
 
Perempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwiniPerempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Sistem jinayah
Sistem jinayahSistem jinayah
Sistem jinayah
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 

Similar to Al biruni

(9) cendikiawan muslim
(9) cendikiawan muslim(9) cendikiawan muslim
(9) cendikiawan muslimAnis Hamizah
 
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdf
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdfLEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdf
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdfRiyamaraAulia
 
Merajut kembali peradaban muslim
Merajut kembali peradaban muslimMerajut kembali peradaban muslim
Merajut kembali peradaban muslimBKIM IPB
 
Filsuf Islam Al - KIndi
Filsuf Islam Al - KIndi Filsuf Islam Al - KIndi
Filsuf Islam Al - KIndi Alief Risqi
 
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptx
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptxPPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptx
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptxKhoirulSoleh4
 
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu PengetahuanIIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuanfarhanmaulana916953
 
Karakteristik filsafat islam
Karakteristik filsafat islamKarakteristik filsafat islam
Karakteristik filsafat islamAgus Sutarlan
 
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islamSejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islammoh najmi albegama
 
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydkonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydLtfltf
 
Studi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamStudi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamApri Kusanto
 
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attasPemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attasHENDRY SUTOYO
 
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docx
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docxkonsep pendidikan ibnu rusyd (f).docx
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docxUkhyAverroes
 
Pemikiran Filsafat Al-Kindi
Pemikiran Filsafat Al-KindiPemikiran Filsafat Al-Kindi
Pemikiran Filsafat Al-KindiPipit Gupitan
 
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali  Kritik kepada FilosufAl Ghazali  Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali Kritik kepada FilosufRaja Aidil Angkat
 
Dinasti Abasiyah
Dinasti AbasiyahDinasti Abasiyah
Dinasti Abasiyahlistibahati
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxAjangSuryana2
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfWahyuThoha
 

Similar to Al biruni (20)

(9) cendikiawan muslim
(9) cendikiawan muslim(9) cendikiawan muslim
(9) cendikiawan muslim
 
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdf
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdfLEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdf
LEMBAR KERJA MAHASISWA _sejarah sains_copy (1).pdf
 
Merajut kembali peradaban muslim
Merajut kembali peradaban muslimMerajut kembali peradaban muslim
Merajut kembali peradaban muslim
 
Filsuf Islam Al - KIndi
Filsuf Islam Al - KIndi Filsuf Islam Al - KIndi
Filsuf Islam Al - KIndi
 
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptx
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptxPPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptx
PPT FILSAFAT UMUM AL-KINDI.pptx
 
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu PengetahuanIIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
 
Karakteristik filsafat islam
Karakteristik filsafat islamKarakteristik filsafat islam
Karakteristik filsafat islam
 
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islamSejarah dan perkembangan filsafat islam
Sejarah dan perkembangan filsafat islam
 
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydkonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
 
Biografi ibnu sina
Biografi ibnu sinaBiografi ibnu sina
Biografi ibnu sina
 
Biografi Al Kindi
Biografi Al KindiBiografi Al Kindi
Biografi Al Kindi
 
Studi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islamStudi pemikiran filsafat islam
Studi pemikiran filsafat islam
 
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attasPemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
 
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docx
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docxkonsep pendidikan ibnu rusyd (f).docx
konsep pendidikan ibnu rusyd (f).docx
 
Pemikiran Filsafat Al-Kindi
Pemikiran Filsafat Al-KindiPemikiran Filsafat Al-Kindi
Pemikiran Filsafat Al-Kindi
 
Tokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islamTokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islam
 
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali  Kritik kepada FilosufAl Ghazali  Kritik kepada Filosuf
Al Ghazali Kritik kepada Filosuf
 
Dinasti Abasiyah
Dinasti AbasiyahDinasti Abasiyah
Dinasti Abasiyah
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptx
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
 

Al biruni

  • 1. Al-Biruni Ahli falsafah yang serba boleh. Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan. Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain. Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat. Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-
  • 2. Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian. Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.
  • 3. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al- Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al- Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat. Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.