2. T/jawab untuk membangunkan negara
bukan terletak semata-mata di bahu
kerajaan tetapi juga rakyat
Rakyat perlu melibatkan diri dalam
aspek pemerintahan negara samada
secara langsung ataupun tidak
langsung.
Inilah yang disebut sebagai penyertaan
politik (political participation).
3. Penyertaan politik ialah ”satu konsep yang
menggambarkan keadaan di mana rakyat
keseluruhannya, termasuk individu dan
kumpulan bukan politik, membabitkan diri
dalam proses politik”
Robertson, “penyertaan politik ialah satu
bentuk aktiviti kolektif yang dijalankan oleh
institusi formal dalam sistem politik”
McClosky (1968), Roberts dan Edwards
(1991), serta Axford dan Rosamond
(1997), “Penyertaan politik ialah satu bentuk
aktiviti yang bersifat sukarela (voluntary
act).”
4. Penyertaan politik amat penting bagi
memastikan kelangsungan (survival)
negara
Menurut Burns, Schlozman dan Verba
(2001), tujuan utama penyertaan politik
ialah untuk mempengaruhi kerajaan
samada secara langsung seperti
mempengaruhi proses pembuatan dan
pelaksanaan dasar negara, ataupun
secara tidak langsung dengan
mempengaruhi pemilihan pegawai-
pegawai kerajaan.
5. Parti politik ialah satu mekanisma utama
rakyat dalam proses penyertaan politik
Rakyat bebas memilih untuk menyertai
mana-mana parti politik mengikut aliran
pemikiran mereka dan ianya juga
bukanlah sesuatu yang wajib.
6. Istilah „parti‟ berasal daripada perkataan Latin
„pars‟ yang bermaksud „part‟ (bahagian).
Ia sering dikaitkan dengan ideologi
berbanding dengan orang-orang yang
menganggotainya
Kebanyakan nama parti politik itu sendiri
menggambarkan ideologi yang menjadi asas
penubuhannya
Parti demokrat ditubuh berdasarkan kepada
ideologi demokrasi, parti liberal berdasarkan
ideologi liberalisme, parti nasionalis
berdasarkan ideologi nasionalisme, dll.
7. 1. Penghubung antara Rakyat dan Kerajaan
Ia sebagai „jambatan‟ antara rakyat dan kerajaan
Masalah dan permintaan rakyat dikemukakan
kepada kerajaan
Dengan menyertai parti politik dan
mengundinya, rakyat dapat mempengaruhi proses
pembuatan dasar dalam negara.
2. Mengumpul Kepentingan Rakyat
Berfungsi mengumpul kepentingan rakyat yang
berbagai2
Membantu rakyat jelata dan semua jenis kumpulan
berkepentingan (interest group) dikemukakan
kepada kerajaan
8. 3. Sebagai Ejen Sosialisasi Politik
Ia menjalankan kempen dan memberi
penerangan mengenai politik serta dasar
parti politik
Menimbulkan kesedaran politik serta
menarik sokongan mereka terhadap parti
politik
Ia juga merekrut ahli baru ke dalam parti.
4. Sebagai Ejen Memobilisasikan Pengundi
Sewaktu kempen pilihanraya dan
mengajak rakyat untuk keluar mengundi
pada hari pilihan raya
9. 5. Membentuk Kerajaan
Parti politik yang menang dalam pilihan
raya berfungsi membentuk kerajaan dalam
negara
Melaksanakan semua janji-janji dalam
manifesto
6. Parti Pembangkang
Parti politik juga berfungsi sebagai parti
pembangkang dalam negara
Berusaha mengurangkan sokongan rakyat
terhadap parti pemerintah
10. Matlamat utama parti politik ialah untuk
mendapat kuasa politik dan seterusnya
menguasai pemerintahan negara
Faktor utama yang mempengaruhi
pembentukan sesebuah parti politik
ialah ideologi.
Samada ia berfahaman kekiri
(leftist), kekanan (rightist), ataupun
ketengah (centrist).
11. 1. Mass Party
Parti yang memerlukan sejumlah besar sokongan
rakyat bagi membolehkannya memenangi
pilihanraya dan menguasai negara
2. Cadre party
Parti yang hanya menarik sokongan daripada elit-elit
politik dan mempunyai satu bentuk organisasi yang
bersifat terpusat (centralized) seperti parti Komunis di
China dan Vietnam.
3. Devotee party
Parti yang dibentuk bagi mempromosikan imej
seseorang pemimpin diktator seperti Hitler (Parti
Nazi), Peron (Argentina), Vargas (Brazil) dan Saddam
Hussein (Parti Baath).
12. 1. Sistem Satu Parti
Satu parti yang dibenarkan ditubuhkan di sesebuah
negara yg mengamalkan sistem totalitarian dan
pemerintahan scara diktator seperti di bekas
USSR, China, Korea Utara, dan beberapa buah negara di
Asia dan Afrika
2. Sistem Parti Dominan
Wujud satu parti yang dominan dalam negara di samping
parti2 lain, contoh Parti Kongres (India), LDP (Jepun) dan
Barisan Nasional (Malaysia).
3. Sistem Dua Parti
Wujud di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat
dan Britain di mana kedua-dua parti yang bertanding
mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi
pilihan raya
13. 4. Sistem Pelbagai Parti
Kewujudan pelbagai parti dalam negara yang
bertanding dalam pilihan raya seperti di Sweden,
Israel, Italy, Holland, dan Norway
5. Sistem Dua Parti dan Lebih
Sistem ini menyaksikan kewujudan dua buah parti
yang besar di samping beberapa buah parti kecil
seperti di Jerman dan Austria.
6. Sistem Tiada Parti
Tiada parti politik wujud kerana negara tersebut
mengamalkan sistem pemerintahan monarki seperti
di Arab Saudi, negara-negara Teluk (Gulf states) dan
Brunei.
14. Kekeliruan mengenai pendefinisian istilah
ini. Kumpulan-kumpulan berkepentingan
juga kadangkala disebut sebagai
kumpulan-kumpulan pendesak (pressure
groups)
Kumpulan2 berkepentingan dan parti
politik mempunyai banyak persamaan dan
juga banyak perbezaan. Sbg contoh, parti
politik berjuang untuk mendapat kuasa
politik dan ia juga bertanggungjawab
kepada rakyat
15. Roskin (2004: 170), perbezaan yang wujud
antara kumpulan-kumpulan berkepentingan
dan parti politik seperti berikut:
1. Matlamat
Matlamat parti politik ialah untuk
mendapatkan kuasa politik dan kumpulan2
berkepentingan lebih mementingkan kepada
program dan isu-isu tertentu
Kumpulan2 berkepentingan juga cuba untuk
mempengaruhi parti politik dan pemimpin
mereka untuk menyokong dasar-dasar tertentu
tetapi tidak bertindak sebagai pembuat dasar.
16. 2. Bentuk Keahlian
Kebanyakkan parti politik memerlukan
sokongan daripada rakyat bagi memenangi
pilihanraya manakala kumpulan2
berkepentingan yang tidak perlu bertanding
dalam pilihanraya.
Bentuk keahlian dalam kumpulan ini bersifat
„selective‟ dan bergantung kepada bentuk isu,
Contoh, Greenpeace dianggotai oleh mereka
yang berjuang dalam isu mengenai alam
sekitar, manakala CUEPACS pula dianggotai
oleh kakitangan perkihdmatan awam di
Malaysia.
17. 3. Jumlah Bilangan
Sistem pelbagai parti (multi party
system), jumlah parti politik biasanya
terhad
Jumlah kumpulan2 berkepentingan pula
tiada had dan boleh dibentuk dan
ditubuhkan pada bila-bila masa sahaja
yang diperlukan
18. 1. Kumpulan Berkepentingan ‘Associational’
Kumpulan ini mempunyai nama yang
tertentu, ibu pejabat, keahlian yang
profesional, serta menggunakan prosedur
yang efektif untuk menjayakan matlamat
mereka
Terdiri daripada ahli
perniagaan, industri, pertubuhan
perdagangan, kesatuan buruh, persatuan
ahli-ahli profesional, kumpulan petani dan
lain-lain.
19. 2. Kumpulan Berkepentingan ‘Non-
associational’
Kumpulan ini tidak mempunyai nama
ataupun bentuk struktur organisasi formal
Masih mempunyai identiti yang tersendiri
dan mempunyai ciri-ciri dan kepentingan
yang sama.
Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan
yang berbentuk budaya, etnik, sosial dan
keagamaan.
20. 3. Kumpulan Berkepentingan ‘Institutional’
Ia wujud dalam kerajaan dan mempunyai
struktur organisasi yang tersusun seperti
birokrasi kerajaan, angkatan tentera, ahli
parlimen dan lain-lain.
4. Kumpulan Berkepentingan ‘Anomic’
Wujud secara spontan apabila ada segelintir
masyarakat memperjuangkan sesuatu isu atau
dasar tertentu
Tidak mempunyai perancangan awal, namun
demikian ia tidak menghalang ahli2
membentuk satu organisasi secara „ad-hoc‟
bagi memperjuangkan sesuatu isu penting.
21. Sebagai mekanisma rakyat dalam
konteks perwakilan politik
Membenarkan proses politik menjadi
lebih „responsive’ dan seterusnya
Kerajaan akan lebih peka bahawa
setiap dasar yang dikeluarkannya
Sebagai „orang tengah‟ (mediator)
22. Membantu kerajaan dalam merangka
dasar-dasar negara
Sebagai platform bagi rakyat untuk
bertidak secara kolektif dalam
Mengemukakan permintaan dan
masalah kepada kerajaan.
Mengelakkan konsentrasi kuasa
kerajaan secara total. Ia bertindak
sebagai „watch-dog’ bagi pihak rakyat
jelata
23. Pilihan raya wujud dalam sistem demokrasi
secara perwakilan (representative
democracy)
Rakyat memilih wakil daripada kalangan
mereka untuk memerintah negara
Definisi Pilihan Raya
Istilah „pilihan raya‟ (election) berasal
daripada perkataan Latin „eligere‟ yang
bermaksud „untuk memilih‟ (to pick out; to
choose).
Ringkasnya pilihan raya ialah satu proses
pemilihan pemimpin yang dilakukan secara
mengundi untuk memilih wakil rakyat ke
dewan perwakilan.
24. a. Sebagai cara rakyat memilih dan
mengawal wakil-wakil mereka.
b. Sebagai saluran penyertaan politik untuk
rakyat
c. Sebagai satu bentuk komunikasi antara
memerintah dan yang diperintah.
d. Sebagai cara untuk mengesahkan mereka
yang memerintah.
e. Sebagai cara sesebuah kerajaan
mendapat pengesahan (legitimacy)
daripada rakyat.
25. Antara ciri-ciri sebuah pilihan raya bebas
ialah seperti berikut:
1. Diadakan Secara ‘Regular’
Pilihan raya mesti diadakan secara
„regular’ atau mengikut tempoh tertentu
yang ditetapkan oleh perlembagaan
negara.
2. Pengundi Mempunyai Pilihan Calon
Pengundi mesti mempunyai pilihan calon
lebih dari seorang atau sekurang-
kurangnya dua orang sebagai alternatif
dalam mengundi.
26. 3. Kebebasan Memilih Calon
Pengundi mesti mempunyai kebebasan
untuk memilih dan mengundi mana-
mana calon yang mereka sokong tanpa
apa-apa tekanan ataupun paksaan.
4. Kebebasan Mengenal Calon
Pengundi berhak mengenali calon-
calon pilihan raya dan manifesto
mereka sebelum mengundi
27. 5. Kebebasan Berkempen
Calon berhak berkempen mengenalkan
manifesto serta parti mereka kepada rakyat
6. Hak Mengundi bagi yang Layak
Setiap orang yang layak mengundi mesti
diberikan hak tersebut tanpa sebarang
sekatan, tekanan ataupun paksaan.
7. Peluang Mengundi yang Sama Rata
Setiap orang yang layak mengundi mesti
diberikan peluang yang samarata
Tanpa sebarang sekatan di mana setiap orang
mempunyai satu undi.
28. 8. Mendaftar Mengundi Secara Bebas
Tanpa sebarang sekatan, tekanan atau
paksaan.
9. Pengiraan Undi yang Betul
Pengiraan undi mestilah dilakukan
dengan betul dan tepat
29. Ranney (1993): Terdapat beberapa syarat
umum yang boleh menentukan seseorang
individu itu samada layak atau tidak untuk
mengundi seperti berikut:
1. Kewarganegaraan
Warganegara mereka sahaja untuk
mengundi, tidak kita samada individu tersebut
lahir di negara tersebut ataupun di luar negara
2. Umur
Setiap negara memperuntukkan had umur
tertentu untuk mengundi
Misalannya berumur 21 tahun ke atas layak
untuk mengundi manakala bayi, kanak-kanak
atau remaja tidak dibenarkan mengundi.
30. 3. Pemastautin
Pemastautin tetap di negaranya atau
untuk tempoh tertentu bagi
melayakkannya mengundi.
4. Pendaftaran Mengundi
Bagi mengelakkan sebarang bentuk
penipuan undi,