Perlembagaan PRISMA KUIS merupakan sebuah dokumen yang mengandungi peraturan serta garis panduan pengurusan persatuan yang ditetapkan oleh Badan Eksekutif Persatuan serta Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS.
Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Slaid pembentangan YBhg Dato' Wan Azman Wan Omar, Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam semasa Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2016 di AKEPT pada 20 Ogos 2016.
Perlembagaan PRISMA KUIS merupakan sebuah dokumen yang mengandungi peraturan serta garis panduan pengurusan persatuan yang ditetapkan oleh Badan Eksekutif Persatuan serta Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS.
Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Slaid pembentangan YBhg Dato' Wan Azman Wan Omar, Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam semasa Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2016 di AKEPT pada 20 Ogos 2016.
3. Ahli Jawatankuasa Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik Di Dalam Kampus
Universiti Malaya:
Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (Pengerusi)
Profesor Datuk Dr. Rohana binti Yusof
Encik K. Puniamurthy
Cik Noorlydia Ahmad
Diterbitkan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya
Deraf akhir Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik Di Dalam Kampus Universiti
Malaya telah diluluskan oleh Pengurusan Universiti Malaya pada 6
September 2012.
4. PENGENALAN
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah digubal pada tahun
1971.
Sebelum
penggubalan
Akta
ini,
tiada
undang-undang
yang
mengawal selia penubuhan dan pentadbiran universiti pada masa tersebut.
Dengan perancangan untuk menubuhkan lebih banyak universiti di negara
ini, AUKU telah digubal dan berperanan untuk memastikan terdapat
undang-undang yang seragam bagi mewujudkan satu sistem tadbir urus
sesebuah universiti di negara ini agar lebih tersusun sebagai asas kukuh
pembangunan pendidikan tinggi negara.
Perkara utama yang dititikberatkan dalam AUKU pada tahun 1971 ialah
untuk memastikan kebebasan akademik kepada pensyarah-pensyarah dan
untuk mengawal selia tatakelakuan pelajar. AUKU kemudiannya telah
mengalami beberapa pindaan berdasarkan keadaan semasa pendidikan
tinggi negara dan polisi kerajaan.
Dalam pindaan AUKU pada tahun 1975, undang-undang yang lebih ketat
diwartakan untuk menangani ancaman komunis terhadap masyarakat
kampus pada masa tersebut. Seterusnya, pada tahun 2009, AUKU telah
dipinda, di mana Akta ini lebih liberal, iaitu dengan antara lainnya
membenarkan pelajar menyertai organisasi tanpa perlu mendapatkan
kebenaran daripada universiti dan menghapuskan penalti jenayah terhadap
pelajar yang melanggar undang-undang universiti.
AUKU telah dipinda sekali lagi pada tahun 2012 yang mana pendekatan
yang lebih liberal dan terbuka diambil oleh Kerajaan
berdasarkan
kepercayaan yang tinggi terhadap kematangan pelajar-pelajar pada masa
kini. Pindaan AUKU 2012 ini, antaranya, membenarkan pelajar untuk
menyertai dan menjadi ahli kepada parti politik, namun masih mengekalkan
1
5. konsep keberkecualian kampus agar kepentingan dan kesejahteraan semua
pihak terjamin.
RASIONAL
Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik di Dalam Kampus Universiti Malaya ini
diwujudkan sebagai respon kepada Pindaan AUKU pada tahun 2012, yang
mana menyatakan dalam Seksyen 15 AUKU yang telah dipinda seperti
berikut:
“15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar
Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan,
pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di
dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti
politik.
(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh –
a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang menyalahi
undang-undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia;
b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan,
badan atau
kumpulan orang, yang bukannya
suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu;
c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.
(3)
Seseorang
pelajar
Universiti
dan
mana-mana
persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti
yang
ditubuhkan
2
oleh,
di
bawah
atau
6. mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau
melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya
ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau
simpati dengan atau bangkangan terhadap –
a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan
orang
yang
menyalahi
undang-
undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia; atau
b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar
Universiti tidak
boleh dihalang daripada –
a) membuat penyataan mengenai sesuatu perkara
akademik yang berhubungan dengan perkara
yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang
disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu
seminar, simposium atau majlis seumpamanya
yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh manamana
persatuan,
kumpulan
orang
pertubuhan,
yang
badan
menyalahi
atau
undang-
undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia,
atau
mana-mana
persatuan,
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan
(3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
3
7. (5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan
persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti di dalam Kampus.”
Berdasarkan
undang-undang
yang
diperuntukkan
tersebut,
Kod
ini
disediakan bukan sahaja untuk mengawal selia aktiviti pelajar di dalam
kampus, malah agar dapat dijadikan panduan untuk pelaksanaan undangundang oleh pihak Universiti Malaya dan juga panduan kepada pelajar
untuk memudahkan pergerakan pelajar dalam menjalankan aktiviti di dalam
kampus.
SKOP KOD TATAKELAKUAN
Kod Tatakelakuan ini adalah terpakai dan dikuatkuasakan ke atas semua
pelajar seperti didefinisikan dalam peruntukan Seksyen 2 AUKU.
PIHAK YANG MEMBUAT ADUAN
Aduan tentang pelanggaran Kod Tatakelakuan ini boleh dibuat oleh: Warga kampus;
Polis Diraja Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan;
Orang awam;
Mana-mana pihak yang berkenaan.
4
8. AKTIVITI YANG DIBENARKAN
Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan
DI LUAR KAMPUS
DI DALAM KAMPUS
i. Menjadi ahli parti politik;
ii. Memegang
jawatan
i. memegang jawatan pelajar dalam
dalam
kampus, termasuklah dalam badan
parti politik;
pelajar,
kolej
kediaman,
Majlis
iii. Bertanding dalam pilihanraya;
Perwakilan Pelajar dan mana-mana
iv. Menjadi agen kepada calon
organisasi pelajar dan pada masa
parti politik;
yang sama memegang jawatan parti
v. Melibatkan diri dalam kempen
pilihanraya.
politik;
ii. Mengambil bahagian dalam seminar
atau simposium berkaitan politik yang
dianjurkan oleh Universiti Malaya dan
diluluskan
oleh
Naib
Canselor
di
dalam Kampus;
iii. Mengeluarkan
mengenai
kenyataan
politik
yang
akhbar
berkaitan
dengan kajian atau kursus akademik
yang diikuti oleh pelajar melalui dan
diluluskan
oleh
Antarabangsa
Pejabat
&
Hubungan
Korporat
(ICR),
Universiti Malaya;
iv. Menganjurkan aktiviti akademik yang
melibatkan ahli parti politik dengan
kebenaran Universiti Malaya;
v. Menjemput mana-mana orang yang
bukan pelajar atau pekerja Universiti
untuk mesyuarat, seminar, bengkel,
kuliah, tutorial atau program yang
seumpamanya
dengan
kelulusan
Naib Canselor Universiti Malaya.
5
9. Peringatan:
Pelajar perlu mengisytiharkan secara bertulis kepada Universiti Malaya
penglibatan mereka dalam parti politik di luar Kampus. Ini adalah
untuk membolehkan Universiti Malaya memantau prestasi akademik
pelajar yang terlibat agar tidak terjejas.
Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti parti politik di luar Kampus
perlu menjaga adab sopan dan kelakuan masing-masing. Sekiranya
didapati pelajar terlibat dalam perkara yang memudaratkan dan
mencemarkan nama Universiti Malaya, pelajar masih tertakluk kepada
peraturan Universiti Malaya sedia ada.
Universiti Malaya tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa
perkara yang berlaku terhadap pelajar semasa pelajar menjalankan
aktiviti parti politik.
6
10. AKTIVITI YANG DILARANG
Aktiviti-aktiviti yang dilarang
i. terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus, termasuklah
menyebarkan maklumat, propaganda atau ideologi berkaitan parti
politik melalui ceramah, taklimat, menyebarkan risalah, mempamerkan
sepanduk, poster atau dalam apa jua bentuk penyebaran secara lisan
atau apa-apa bentuk dokumen termasuklah melalui media elektronik
ii. berurusan dengan parti politik atau mana-mana persatuan di luar
Kampus tanpa kebenaran Universiti Malaya, termasuklah membuat
penyataan secara bertulis dan/atau tidak bertulis di dalam Kampus bagi
pihak parti politik atau mengutip derma/sumbangan di dalam Kampus
bagi pihak parti politik, atau perkara-perkara yang seumpamanya
iii. menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap manamana parti politik melalui penggunaan mana-mana simbol atau apa-apa
yang melambangkan parti politik termasuklah dengan pakaian, topi,
lencana atau sebagainya, di dalam Kampus
iv. menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap manamana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan
dan kesentosaan pelajar atau Universiti Malaya.
v. memakai atau membawa atau dalam apa-apa cara menggunakan
logo atau simbol Universiti Malaya dalam penglibatan pelajar dalam
aktiviti parti politik di luar Kampus.
7
11. KAEDAH PELAKSANAAN
Sekiranya Universiti mendapati wujudnya pelanggaran terhadap peruntukan
peraturan yang dinyatakan dalam Kod ini, Universiti boleh mengambil
tindakan di bawah Kod Tatakelakuan ini ke atas pelajar.
1. Jawatankuasa Adjudikasi
Jawatankuasa Adjudikasi adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan
di bawah Kod Tatakelakuan ini yang akan mendengar kes yang
melibatkan pelanggaran Kod Tatakelakuan ini dan seterusnya membuat
keputusan tentang kes yang didengar. Ahli Jawatankuasa Adjudikasi
dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
Jawatankuasa Adjudikasi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat
tunjuk sebab kepada pelajar yang terlibat dalam pelanggaran Kod
Tatakelakuan ini dan dalam
membuat keputusan,
Jawatankuasa
Adjudikasi perlu membuat keputusan sama ada terdapat kes terhadap
pelajar atau tidak. Sekiranya Jawatankuasa Adjudikasi mendapati
bahawa terdapat kes terhadap pelajar, kes tersebut hendaklah dirujuk
kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Universiti Malaya.
Keanggotaan :
Seorang Dekan/Pengarah Fakulti/Akademi/Pusat - Pengerusi
Dua orang ahli akademik
Dua orang kakitangan Pengurusan & Profesional (sekiranya difikirkan
perlu oleh Pengerusi)
8
12. Tatacara Apabila Terdapat Pelanggaran Kod Tatakelakuan :a) Urusetia mendapat laporan daripada Pihak Yang Membuat Aduan
tentang pelanggaran Kod Tatakelakuan ini oleh pelajar.
b) Kes disiasat.
c) Jawatankuasa Adjudikasi ditubuhkan dan meneliti laporan kes.
Jawatankuasa Adjudikasi membuat keputusan sama ada surat tunjuk
sebab wajar dikeluarkan kepada pelajar.
d) Jawatankuasa Adjudikasi menentukan tarikh prosiding Pelanggaran
Kod Tatakelakuan.
e) Notis (sekurang-kurangnya 7 hari) diberikan kepada pelajar yang
menerangkan kesalahan pelajar dan pelajar juga diminta hadir untuk
prosiding Pelanggaran Kod Tatakelakuan.
f) Jawatankuasa
Adjudikasi
Jawatankuasa Adjudikasi
bersidang.
Dalam
prosiding
akan meneliti laporan kes,
tersebut,
dokumen
sokongan serta mendapatkan keterangan saksi (sekiranya ada).
g) Pelajar
dibenarkan
mengemukakan
saksi
dan
bukti
sokongan
(sekiranya ada).
h) Jawatankuasa Adjudikasi membuat keputusan berkenaan kes pelajar.
i) Keputusan disampaikan kepada pelajar secara lisan (dalam prosiding)
dan secara bertulis.
9
13. ARAHAN PENTADBIRAN
Naib Canselor boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan yang
difikirkan
perlu
dan
suaimanfaat
untuk
tujuan
pelaksanaan
dan
penguatkuasaan Kod Tatakelakuan ini.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR DAN ORGANISASI PELAJAR DALAM MEMATUHI
KOD TATAKELAKUAN
Kod Tatakelakuan ini diwujudkan untuk mengawal selia aktiviti pelajar dan
persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dalam aktiviti politik.
Selain itu, Kod Tatakelakuan ini juga bertujuan untuk memastikan keamanan
dan keharmonian komuniti kampus dapat sentiasa dijaga dan dipelihara.
Pelajar atau organisasi pelajar yang didapati melanggar peruntukan
peraturan seperti yang terkandung dalam Kod Tatakelakuan ini boleh
dikenakan tindakan tegas oleh Universiti di bawah Kod Tatakelakuan ini.
Bagi memastikan pelajar dan organisasi pelajar tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang melanggar peruntukan dalam Kod Tatakelakuan ini, maka
adalah wajar bagi setiap pelajar untuk memahami, menghayati dan
seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang baik dan perilaku yang tidak
bertentangan dengan peraturan Kod Tatakelakuan ini serta peraturan
Universiti yang lain. Penghayatan sepenuhnya ini bukan sahaja boleh
menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perilaku yang bertentangan
dengan undang-undang, malah boleh mempertingkatkan martabat pelajar
dan seterusnya menyumbang kepada penjagaan nama baik dan imej
Universiti.
10