Dokumen tersebut membahas tentang definisi dan konsep politik dalam Islam. Politik didefinisikan sebagai pengaturan urusan umat oleh pemerintahan berdasarkan aturan-aturan Islam. Dokumen tersebut juga membahas tentang tanggung jawab pemimpin Muslim untuk memelihara umat dan menegakkan syariat Islam, serta kewajiban individu Muslim untuk menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran.
Dokumen tersebut membahas tentang definisi dan konsep politik dalam Islam. Politik didefinisikan sebagai pengaturan urusan umat oleh pemerintahan berdasarkan aturan-aturan Islam. Dokumen tersebut juga membahas tentang tanggung jawab pemimpin Muslim untuk memelihara umat dan menegakkan syariat Islam, serta kewajiban individu Muslim untuk menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran.
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Kim Afaka
Wawasan 2020 merupakan visi Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 yang meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, dan budaya. Ia bertujuan mencapai masyarakat yang bersatu, maju, demokratik, bermoral, liberal, saintifik, adil, dan makmur. Strategi utama termasuk meningkatkan kualiti pendidikan, mengubah sikap masyarakat, penekanan pada sains dan teknologi, perancangan sistematik,
Dokumen tersebut membincangkan strategi dan pelaksanaan untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, berjiwa bebas, bermoral, liberal, saintifik, penyayang, adil dalam bidang ekonomi dan makmur. Ini dicapai melalui pelbagai inisiatif seperti sekolah wawasan, PLKN, MAPEN, penekanan pelajaran moral dan Islam, program Citrawarna, SPM Teknologi Maklumat, program Bersamamu dan Yayasan Penyayang Malaysia.
Strategi utama kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan integrasi etnik meliputi pelaksanaan Rukun Negara, dasar-dasar pembangunan nasional, pendidikan kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, Wawasan 2020, 1Malaysia, PLKN, serta peranan masyarakat dan NGO melalui Rukun Tetangga, Rondaan Sukarela, Rumah Terbuka, dan difusi budaya."
Dokumen tersebut membahas tentang Wawasan 2020, yaitu visi Malaysia menjadi negara maju, makmur, dan bersatu pada tahun 2020. Untuk mencapai visi ini, dokumen menyebutkan 9 cabaran utama yakni membentuk masyarakat yang bersatu, berjiwa bebas, demokratis, bermoral, liberal, saintifik, penyayang, adil secara ekonomi, dan makmur.
This document provides guidance on developing public speaking skills. It discusses communication skills, types of speeches, writing a speech outline, finding topics, delivery tips, and steps for successful speeches. The key points covered are expressing ideas clearly, active listening, informative, persuasive and entertaining speeches, outlining introduction, body and conclusion, choosing appropriate topics, practicing delivery, relaxing nerves, and gaining experience through practice.
Pembentangan ini mengandungi hasil kajian yang dijalankan di sebuah sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pola dan cara pengurusan serta pembelajaran pelajar. Pengurusan sekolah juga diambil kira dalam hal ini.
This document discusses word stress in English. It explains that most words with more than one syllable have one syllable that is stressed, making it longer and louder than the other syllables. This stressed syllable plays an important role in pronouncing words correctly. The document provides examples of words with different stress patterns and discusses rules for determining stress in words based on their part of speech, suffixes, and whether they are compound words. It emphasizes that word stress is an important part of pronunciation in English and that stressing the wrong syllable can change a word's meaning or make it difficult to understand.
The story follows an unnamed narrator who develops a crush on his neighbor Mangan's sister. One day, she asks him to go to Araby, a bazaar, and buy her something, as she cannot attend. He eagerly awaits the day of the bazaar. However, on the day of the event, his uncle is late coming home with money for travel. By the time the narrator arrives at Araby, it is almost closed. He feels frustration as his romantic notions about the bazaar are shattered, realizing he was naive to think it could relieve his boredom.
The document discusses the past perfect progressive tense. It is used to describe an action that started in the past and continued up until another time in the past. Some key points:
- It shows something that started in the past and continued up until another time point in the past.
- Common verbs used with the past perfect progressive tense are "watching", "waiting", "crying".
- It should not be used with stative verbs like "know", "understand", "owe".
- The past perfect progressive expresses one ongoing past activity that happened before another past action/event.
The document provides setting details for a story, indicating it takes place in ancient Thebes and Corinth in front of a palace in Ancient Greece. The time is during the ancient Greek period between 430 BC to 420 BC. A specific location on Mount Kithairon is also mentioned as being important to the story.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibentuk untuk menyelaraskan kurikulum sekolah rendah dengan teras kedua Pelan Induk Pendidikan. Ia merupakan hasil transformasi kurikulum sejak 1983 melalui beberapa semakan untuk memenuhi keperluan masa kini dan masa depan, terutamanya memberi tumpuan kepada empat kemahiran utama. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 untuk meningkatkan
Early and late adolescence involve significant cognitive, physical, and social changes. Cognitively, the brain continues developing throughout adolescence as individuals learn from their experiences. Physically, early adolescence involves rapid body growth and development towards an adult form, while changes are less pronounced in late adolescence. Socially and emotionally, early adolescents desire independence but remain sensitive, while late adolescents can better manage emotions and have more advanced social and language skills as they mature. Adolescence plays an important role in development towards adulthood.
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Dokumen tersebut membincangkan falsafah pendidikan Barat dan sumbangannya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia, termasuk pengenalan pendidikan umum, teknikal, dan vokasional serta penekanan terhadap bahasa Melayu dan Inggeris dalam kurikulum. Ia juga menyentuh mengenai kemudahan fizikal dan budaya ilmu yang diperkenalkan ke sekolah-sekolah.
1. 1
HNS 2013
KENEGARAAN
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK:
1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D20121058086
2. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D20121058087
3. DAVINDRAN A/L RAMESH D20121058090
4. AMIRAH BINTI AB WAHAB D20121058091
5. NURAISYAH BT ADZMAN D20121058094
6. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D20121058098
7. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108
SOALAN 5
TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG
TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH
NAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMI
KUMPULAN : F
2. 2
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan Perpaduan ialah satu proses
yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara.
Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara
kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,
kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Pelbagai usaha dari aspek
politik, ekonomi dan sosial telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai dan
mengukuhkan perpaduan di negara kita.
3. 3
USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH
Aspek Politik
Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2000), “Malaysia
adalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.”
Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara
perwakilan. Dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah
negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang
memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof.
Madya Dr. Zainal Abidin Ahamad Mazlan Zulkifly (2006), "Satu cara untuk mewujudkan
perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan." Rakyat Persekutuan
Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan
pengalaman pilihanraya iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen.
Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota Majlis
Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah
perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli
pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara
Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.
Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjadi
tumpuan parti-parti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.
Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu,
UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahan
teruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yang
dinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC)
telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah mengemukakan
manifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaum-kaum lain.
4. 4
Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan.
Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di
negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum
untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik,
organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara
kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat
keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu
persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain.
Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada
perkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.
Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip
kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di kalangan
warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih menghadapi keadaan
darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui
kesetiaan orang Cina. Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju untuk bertolak
ansur menerima prinsip jus soli.
Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap
persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin bukan Melayu
dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan
Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnya
adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Dari sini bermulalah sikap
bertolak ansur antara kaum di Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan negara hari ini.
Aspek Ekonomi
Dari aspek ekonomi pula, mantan Perdana Menteri negara, Tun Abdul Razak Dato’
Hussien telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dua langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan
5. 5
seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua
pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi
membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang
dilaksanakan oleh penjajah. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses ini
telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai
objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat."
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terhad di kawasan perkampungan yang mana
hanya melibatkan pertanian dan perikanan manakala kaum India pula dikhususkan untuk
mengerjakan ladang-ladang kepunyaan penjajah. Kaum Cina pula berada di bandar-bandar
mengerjakan lombong malah diberi sedikit keistimewaan untuk menjalankan perniagaan.
Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristiwa
rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidaktegasan melaksanakan apa yang telah
termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan
orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi-ekonomi dan taraf pendidikan
serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera
dengan bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan
pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah
ke kota mencari pekerjaan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun
1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan
Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan bukan
Bumiputera dari segi semua bidang. DEB telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia
ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan
utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi
tanpa mengira kaum.
6. 6
Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk
meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum
bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru
diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum
Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada
tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat
ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990.
Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman
modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang
menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30
peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun.
Kewujudan Federal Land Development Activity (FELDA) pada 1 Julai 1956 telah
mengubah banyak nasib rakyat Malaysia. Penyediaan tanah untuk diterokai membolehkan
mereka mengubah nasib hidup dan juga mengekalkan perpaduan kaum. FELDA terdiri daripada
pelbagai kaum di Malaysia yang mendiami satu kelompok.
Dengan pelaksanaan DEB ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif
dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah
keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu
pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam
dasar-dasar dan program-program tertentu.
Aspek Sosial
Dari aspek sosial pula, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memupuk
perpaduan antara penduduk pelbagai kaum. Antaranya ialah pengenalan Rukun Negara. Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari
1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak.Setelah berbincang
serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah
merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu
diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang
7. 7
telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun ke-13 kemerdekaan Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu
membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan
rakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah
penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam
bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Ia juga merupakan landasan yang
menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan
bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.
Dari aspek pendidikan pula, suatu sistem pendidikan nasional tidak wujud sehingga
penubuhan Penyata Razak. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan
proses pencapaian perpaduan.Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing
sebagai bahasa pengantar. Malah SJKC dan SJKT menggunakan kurikulum pendidikan yang
digunakan di China dan India. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai
melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beberapa langkah telah diambil bagi memenuhi
matlamat dasar ini. Antaranya termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatan
pelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia dan melaksanakan
kegiatan kokurikulum.
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan
memperkayakan Bahasa Melayu. DBP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-
program seperti Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan pengaplikasian
Bahasa Melayu oleh semua kaum dan cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa” telah diwujudkan pada
1960. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 telah mengukuhkan lagi
kedudukan Bahasa Melayu dan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
perpaduan integrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan
belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam
Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
8. 8
rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-
pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan
yuran persekolahan sehingga tingkatan lima tanpa mengira latar belakang pelajar dan ini
memastikan peluang pelajaran yang saksama bagi setiap kaum. Selain itu, Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) yang sebelum ini hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari
segi ekonomi turut diberikan kepada semua pelajar tanpa berkecuali kini. Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) juga merupakan salah satu program yang masih lagi diteruskan sehingga
sekarang. Semua ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai
medium utama bagi memupuk perpaduan.
Inisiatif kerajaan yang seterusnya ialah penggubalan Dasar Kebudayaan Negara pada
tahun 1971. Objektifnya adalah bagi memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta
memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Strategi dan pelaksanaan dasar ini adalah
seperti berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya;
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Melalui dasar ini juga, kerajaan telah memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkan
masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjungi di antara satu
sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.
9. 9
KESIMPULAN
Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi
mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan
ekonomi yang pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak
kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi
merealisasikan impian murni ini.
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawipernah mengingatkan rakyat
bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan
daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu
pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini.
10. 10
BIBLIOGRAFI
Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013
daripada http://pmr.inform.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra
pendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html
Dasar Ekonomi Baru. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomi
baru-.html
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar
negara/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html
Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripada
http://members.multimania.co.uk/nabirz/pol3.html
Rukun Negara 1M. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripada
http://yds2u.com/?page_id=1279