SlideShare a Scribd company logo
Page1
PENGENALAN
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihanraya untuk
mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang
pilihanraya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau
syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah
dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara
membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan
menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan
ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat.
Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk
memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam
buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang
kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di
peringkat persekutuan ataupun negeri(Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan
Pilihan raya adalah suatu pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga
Penyelidikan Undang-Undang, 2000)
Di Malaysia, sistem pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil.
Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon
tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi
yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau
Parlimen.
Page2
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihan raya hanya dijalankan di peringkat kerajaan tempatan
pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951. Pilihan raya ini
bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan. Kemudiannya pada zaman
pilihan raya merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan telah diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya ini adalah
proseslatihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan
demokrasi.
Pada Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan yang merupakan
pilihan raya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 52 kerusi telah
dipertandingkan. Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1
kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan
secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majoriti dalam Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan. Selepas Persekutuan Tanah
Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali.
Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963,
Pilihan Raya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah
diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah
menimbulkan tragedi hitam yang diingati sehingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa
tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu
dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak.Namun setelah Singapura menarik diri
daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan pilihanraya tetap
diadakan lima tahun sekali setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Page3
FUNGSI PILIHAN RAYA
Melalui pilihan raya yang dijalankan, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti. Ini termasuklah
peranan pilihan raya itu sendiri. Antara yang dapat disimpulkan mengenai peranan ataupun
fungsi pilihan raya ialah:-
Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
Mengekalkan pucuk pimpinan
Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik
Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara
Pilihan raya juga dijadikan sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen
kerana ia sikap adil disebabkan rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin
mereka. Pilihanraya inimelibatkan rakyat dimana rakyat akan melahirkan sebuah pentadbiran
yang kukuh dengan bergantung kepada segala peraturan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan Malaysia. Dengan prosedur-prosedur pilihan raya juga seperti kempen pilihan
raya dan manifesto, rakyat sebenarnya dibimbing bagaimana cara memilih pemimpin yang
benar-benar dapat memimipn mereka. Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir
mengikut apa yang telah mereka janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi
oleh rakyat.Keperluan mengadakan pilihanraya juga adalah untuk menentukan pemindahan
kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkuasa
mentadbir dengan adil dan saksama.
Page4
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN
RAYA
Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal
untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan
tersebut ialah:-
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Negeri.
Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses
pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak
mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam
kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta
Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Page5
ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
Elemen-elemen penting yang dapat disimpulkandalan sesebuah pilihan raya adalah:-
Bahagian Pilihan Raya
Pemilih/Pengundi
Calon Bertanding
Proses Pilihan Raya
Bahagian Pilihan Raya
Bahagian pilihan raya ini merangkumi Dua aspek iaitu:-
Bilangan Bahagian Pilihan Raya
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili
penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau
Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan
Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya
Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab
mengkaji semula sempadanbahagian pilihan raya parlimen dan negeri. Suruhajaya Pilihan Raya
perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun.
Page6
Pemilih/Pengundi
Terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan mengenai pemilih atau pengundi iaitu:-
Pendaftaran Pemilih
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika
dia:-
• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
• Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
• Tidak hilang kelayakan
Hilang Kelayakan
Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
• Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman
penjara
• Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
untuk tempohlebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan
• Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
• Telah memperoleh kerakyatan asing
Page7
Semakan Daftar Pemilih
Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam
undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat
Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-
daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan
urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui
siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam
tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia
dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar
berkenaan.
Calon Bertanding
Calon yang bertanding dalam pilihan raya perlulah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan
Raya. Ini merangkumi:-
Kelayakan Calon
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau
bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan
raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:-
• Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
• Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
Page8
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
• Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
• Didapati seorang yang bankrap
• Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'
• Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
• Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara
untuk tempohtidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan
belum mendapat pengampunan
• Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
Page9
PROSES PILIHAN RAYA
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia mempunyai beberapa peringkat iaitu:-
Pengeluaran writ
Penamaan calon
Kempen
Hari mengundi
Pengiraan undi
Penjumlahan rasmi undi
Pengumuman Keputusan
Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan
di luar jangka, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk
menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan
raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai.
Notis tersebut mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.
PenamaanCalon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya
kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang
dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah
dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Selain dari
penyerahan tiga salinan borang penamaan; calon, pencadang atau penyokong juga perlu
Page10
menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi
ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Kertas-kertas penamaan yang
diterima akan di pamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat
bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan.
Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkancalon-calon yang layak
bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan
mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.
Kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti
yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh
dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam
sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai
kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-
pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini
dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang
wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang
wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini
ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan
umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-
peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
Page11
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi
memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-
petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti
dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-
calon dan petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan raya adalah berupa:-
• Pengedaran risalah dan surat
• Poster
• Ceramah tertutup dan ceramah umum
• Kempen dari rumah ke rumah
Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak
RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa
tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu
mendapat kelulusan dari pihak polis.Parti-parti politik dibenarkan membentang dan
memperjelaskan manifesto mereka masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media
elektronik. Deposit akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan
sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi. Sepanjang tempoh berkempen, pihak
polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yamg
bertanding untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman.
Page12
Hari Mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari
mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman
keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi
hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit
bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu
membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya
akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya
seperti:-
• Tarikh mengundi
• Lokasi tempat mengundi
• Waktu mengundi di semua tempat mengundi
• Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat
mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses
pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.
Pengiraan Undi
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat
pengiraan undi yang telah ditetapkan. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan
kedalam Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi). Semua Borang 14 ini akan
dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus
setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada
Page13
orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula
dengan Borang 13 (Penyata Kertas Undi).
Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan
undi yang telah ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Borang15 (Penyata Pengundian Selepas
Pengiraan Kertas Undi Pos).Semasa undi dikira, hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan
memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:-
• Ahli- ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
• Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
• Kerani pengiraan undi
• Calon, wakil dan ejen mengira undi
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses
yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan
urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.
Penjumlahan Rasmi Undi
Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi iaini setelah
semua keputusan Borang 14 (Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang) dan
Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos) diterima dan diumumkan,
beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.Keputusan-
keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi.
Page14
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan Borang 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu
bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan
mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang
berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui
petisyen pilihan raya.
Page15
ELEMEN-ELEMEN LAIN DALAM PILIHAN
RAYA
Deposit
Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang
deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-
• Pilihan Raya Parlimen;RM 10,000.00
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri;RM 5,000.00
Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya
Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan Raya
boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank. Calon akan hilang wang deposit
sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon yang
bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan atau 12.5% undi daripada jumlah
keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.
Penggunaan Simbol
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia
mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih
mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada
kertas-kertas undi.
Page16
Barung SPR
Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan sebarang pondok di
mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun,
parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia terletak di luar jarak
50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan
Raya akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuannya adalah untuk membantu
pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya
pengundian berjalan dengan lancar dan teratur.
Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi
Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat
mengundi sahaja dibenarkan masukuntuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri dan perlu
ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan
kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:-
• Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
• Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya
• Calon-calon dan wakil calon
• Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi
• Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Page17
Cara-cara Mengundi
Di petak mengundi, seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja. Pemilih
dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi.
Tanda ini seperti tanda 'X' perlu dibuat pada lajur calon iaini di sebelah nama calon yang dipilih
sahaja. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas
undi dan seterusnya memasukkan ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya
yang serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah
ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan
dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’.
Undi Pos
Undi pos ini merupakan salah satu cara pengundian dari jarak jauh sekiranya pemilih tinggal
jauh dari tempat pengundian. Selain itu undi pos ini dihantar dengan pos seawal yang mungkin
kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi mesti sampai kepada Pegawai
Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang
lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.
Ejen Mengundi
Undang-undang kini telah membenarkan calon untuk melantik ejen mengundi. Ini bertujuan
menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah
untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-
peraturan yang berkaitan.
Page18
Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan
raya. Ianya hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh
keputusan pilihan raya diwartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan-
alasan berikut:-
• Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pilihan raya
• Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya
• Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh
calon-calon atau ejen-ejennya.
• Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya.
Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan
mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya
tersebut.
Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Calon-calon dibenarkan membelanjakan wang untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan
jumlah berikut :-
• Dewan Rakyat : Tidak lebih daripada RM200,000.00
• Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00
Page19
Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada Pengarah Pilihan Raya
Negeri dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan
ejen pilihan raya yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau gagal
mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi
tempoh lima tahun akan datang.
Penyimpanan dan Pelupusan
Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu aspek penting
dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti disimpan di dalam peti-peti khas
dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon. Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah
pengawasan Pegawai Pengurus dan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes-
kes petisyen. Selepas tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai
Pengurus akan melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan
dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Page20
PERBEZAAN PILIHAN RAYA UMUM DENGAN
PILIHAN RAYA KECIL
PILIHAN RAYA UMUM PILIHAN RAYA KECIL
Pilihan raya umum hanya akan diadakan
selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
dibubarkan.
Pilihan raya kecil diadakan selepas salah satu
Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Pilihan raya umum diadakan secara berpenggal
iaitu lima tahun sekali.
Pilihan raya kecil tidak mengikut jadual
ataupun penggal.
Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli-
ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri.
Pilihan raya kecil hanya akan diadakan apabila
terdapat kekosongan dalam mana-mana dewan
sama ada Dewan Rakyat ataupun Dewan
Undangan Negeri.
Page21
RUMUSAN
Melalui pilihanraya yang diadakan, dapat dirumuskan serta disimpulkan di sini bahawa pilihan
raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi
amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses
keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka
pilih dalam pilihanraya.
Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan,
maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran.
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik, diikuti pula dengan
penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu
dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu
perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah
kempen pilihanraya di negara kita.
Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan
kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah
dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang
kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi negara kita.
Page22
Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka,
malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja
(walau pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding)
Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi.
Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan
pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan
menghargai konsep kebebasan bersuara.
Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan
cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam
merangka masa depan hidup mereka.
Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar
kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih
akan beransur hilang.
Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat
pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya
akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.
Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah
kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes
rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.

More Related Content

What's hot

2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
Qaseh Zulaikha
 
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasiasam jeruk
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
Kolej Matrikulasi Perlis
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10azah narowi
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIAPENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
saadiah alidrus
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
Shaff Fx
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Nikky Charloutee
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimen
munnianwar
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
Shila Sim Rin
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
Nicholas Lidang Mud
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
nasywah79
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranCg Zue
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agong
munnianwar
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
amiraaa96
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pra Universiti SMK Dato' Kamaruddin
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
JASONYAPMUNHONG
 

What's hot (20)

2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIAPENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimen
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaran
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agong
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 

Similar to Pilihan Raya di Malaysia

Mpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negaraMpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negara
AhmadAdhaCz
 
Sistem politik malaysia
Sistem politik malaysiaSistem politik malaysia
Sistem politik malaysia
umi3047
 
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Tuisyen Geliga
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
NursKitchen
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
NurAlyaAzman
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentation
amgong
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptxDEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
MatZainiey
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Guru Sejarah
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Guru Sejarah
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Tuisyen Geliga
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
ciklaili. com
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
fnasfea
 
Demokrasi dan pilihanraya
Demokrasi dan pilihanrayaDemokrasi dan pilihanraya
Demokrasi dan pilihanraya
sritiassalam
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanMohd Muzlimi Junoh
 

Similar to Pilihan Raya di Malaysia (20)

Mpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negaraMpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negara
 
Sistem politik malaysia
Sistem politik malaysiaSistem politik malaysia
Sistem politik malaysia
 
Kertas 3 johor 2014
Kertas 3   johor 2014Kertas 3   johor 2014
Kertas 3 johor 2014
 
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Cadangan kertas 3 jpnp 2014
Cadangan kertas 3 jpnp 2014Cadangan kertas 3 jpnp 2014
Cadangan kertas 3 jpnp 2014
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentation
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
 
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptxDEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Demokrasi dan pilihanraya
Demokrasi dan pilihanrayaDemokrasi dan pilihanraya
Demokrasi dan pilihanraya
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
 

More from Akhy Sham

Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Akhy Sham
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
Akhy Sham
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
Akhy Sham
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Akhy Sham
 
Golongan Munafik
Golongan MunafikGolongan Munafik
Golongan Munafik
Akhy Sham
 
Breakfast
Breakfast Breakfast
Breakfast
Akhy Sham
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Akhy Sham
 
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian muliaKemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Akhy Sham
 
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Akhy Sham
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
KonfusianismeAkhy Sham
 
Sushi King Restaurant
Sushi King RestaurantSushi King Restaurant
Sushi King Restaurant
Akhy Sham
 
Leonardo Da Vinci
Leonardo Da VinciLeonardo Da Vinci
Leonardo Da Vinci
Akhy Sham
 
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Akhy Sham
 
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Akhy Sham
 
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika ProfesionalPerkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Akhy Sham
 

More from Akhy Sham (15)

Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
 
Golongan Munafik
Golongan MunafikGolongan Munafik
Golongan Munafik
 
Breakfast
Breakfast Breakfast
Breakfast
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
 
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian muliaKemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
 
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
Konfusianisme
 
Sushi King Restaurant
Sushi King RestaurantSushi King Restaurant
Sushi King Restaurant
 
Leonardo Da Vinci
Leonardo Da VinciLeonardo Da Vinci
Leonardo Da Vinci
 
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
 
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
 
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika ProfesionalPerkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
 

Pilihan Raya di Malaysia

  • 1. Page1 PENGENALAN Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang pilihanraya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat persekutuan ataupun negeri(Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihan raya adalah suatu pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000) Di Malaysia, sistem pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.
  • 2. Page2 SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihan raya hanya dijalankan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951. Pilihan raya ini bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan. Kemudiannya pada zaman pilihan raya merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya ini adalah proseslatihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi. Pada Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan yang merupakan pilihan raya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 52 kerusi telah dipertandingkan. Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majoriti dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihan Raya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang diingati sehingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak.Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
  • 3. Page3 FUNGSI PILIHAN RAYA Melalui pilihan raya yang dijalankan, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti. Ini termasuklah peranan pilihan raya itu sendiri. Antara yang dapat disimpulkan mengenai peranan ataupun fungsi pilihan raya ialah:- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi Mengekalkan pucuk pimpinan Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara Pilihan raya juga dijadikan sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana ia sikap adil disebabkan rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin mereka. Pilihanraya inimelibatkan rakyat dimana rakyat akan melahirkan sebuah pentadbiran yang kukuh dengan bergantung kepada segala peraturan yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Dengan prosedur-prosedur pilihan raya juga seperti kempen pilihan raya dan manifesto, rakyat sebenarnya dibimbing bagaimana cara memilih pemimpin yang benar-benar dapat memimipn mereka. Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir mengikut apa yang telah mereka janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi oleh rakyat.Keperluan mengadakan pilihanraya juga adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.
  • 4. Page4 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:- Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Negeri. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19). Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
  • 5. Page5 ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA Elemen-elemen penting yang dapat disimpulkandalan sesebuah pilihan raya adalah:- Bahagian Pilihan Raya Pemilih/Pengundi Calon Bertanding Proses Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya Bahagian pilihan raya ini merangkumi Dua aspek iaitu:- Bilangan Bahagian Pilihan Raya Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri. Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengkaji semula sempadanbahagian pilihan raya parlimen dan negeri. Suruhajaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun.
  • 6. Page6 Pemilih/Pengundi Terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan mengenai pemilih atau pengundi iaitu:- Pendaftaran Pemilih Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:- • Warganegara Malaysia • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia • Tidak hilang kelayakan Hilang Kelayakan Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempohlebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya • Telah memperoleh kerakyatan asing
  • 7. Page7 Semakan Daftar Pemilih Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar- daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan. Calon Bertanding Calon yang bertanding dalam pilihan raya perlulah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini merangkumi:- Kelayakan Calon Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:- • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon • Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
  • 8. Page8 Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:- • Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman • Didapati seorang yang bankrap • Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit' • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya • Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempohtidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan • Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
  • 9. Page9 PROSES PILIHAN RAYA Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia mempunyai beberapa peringkat iaitu:- Pengeluaran writ Penamaan calon Kempen Hari mengundi Pengiraan undi Penjumlahan rasmi undi Pengumuman Keputusan Pengeluaran Writ Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan. PenamaanCalon Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan; calon, pencadang atau penyokong juga perlu
  • 10. Page10 menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan. Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkancalon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding. Kempen Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan- pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding. Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan- peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
  • 11. Page11 jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas- petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon- calon dan petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan raya adalah berupa:- • Pengedaran risalah dan surat • Poster • Ceramah tertutup dan ceramah umum • Kempen dari rumah ke rumah Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.Parti-parti politik dibenarkan membentang dan memperjelaskan manifesto mereka masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Deposit akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi. Sepanjang tempoh berkempen, pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yamg bertanding untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman.
  • 12. Page12 Hari Mengundi Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:- • Tarikh mengundi • Lokasi tempat mengundi • Waktu mengundi di semua tempat mengundi • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi. Pengiraan Undi Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi). Semua Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada
  • 13. Page13 orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 (Penyata Kertas Undi). Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Borang15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos).Semasa undi dikira, hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:- • Ahli- ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya • Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya • Kerani pengiraan undi • Calon, wakil dan ejen mengira undi Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus. Penjumlahan Rasmi Undi Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi iaini setelah semua keputusan Borang 14 (Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang) dan Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos) diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.Keputusan- keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi.
  • 14. Page14 Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan Borang 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.
  • 15. Page15 ELEMEN-ELEMEN LAIN DALAM PILIHAN RAYA Deposit Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:- • Pilihan Raya Parlimen;RM 10,000.00 • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri;RM 5,000.00 Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Penggunaan Simbol Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
  • 16. Page16 Barung SPR Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan sebarang pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuannya adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan lancar dan teratur. Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja dibenarkan masukuntuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:- • Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya • Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya • Calon-calon dan wakil calon • Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi • Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
  • 17. Page17 Cara-cara Mengundi Di petak mengundi, seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja. Pemilih dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini seperti tanda 'X' perlu dibuat pada lajur calon iaini di sebelah nama calon yang dipilih sahaja. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya memasukkan ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya yang serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’. Undi Pos Undi pos ini merupakan salah satu cara pengundian dari jarak jauh sekiranya pemilih tinggal jauh dari tempat pengundian. Selain itu undi pos ini dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi. Ejen Mengundi Undang-undang kini telah membenarkan calon untuk melantik ejen mengundi. Ini bertujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan.
  • 18. Page18 Petisyen Pilihan Raya Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan- alasan berikut:- • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pilihan raya • Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya. • Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya. Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya Calon-calon dibenarkan membelanjakan wang untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :- • Dewan Rakyat : Tidak lebih daripada RM200,000.00 • Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00
  • 19. Page19 Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau gagal mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon. Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
  • 20. Page20 PERBEZAAN PILIHAN RAYA UMUM DENGAN PILIHAN RAYA KECIL PILIHAN RAYA UMUM PILIHAN RAYA KECIL Pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya kecil diadakan selepas salah satu Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya umum diadakan secara berpenggal iaitu lima tahun sekali. Pilihan raya kecil tidak mengikut jadual ataupun penggal. Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli- ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil hanya akan diadakan apabila terdapat kekosongan dalam mana-mana dewan sama ada Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri.
  • 21. Page21 RUMUSAN Melalui pilihanraya yang diadakan, dapat dirumuskan serta disimpulkan di sini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya. Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran. Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik, diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi negara kita.
  • 22. Page22 Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walau pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding) Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara. Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka. Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih akan beransur hilang. Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien. Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.